petikan Hip Berita Harian 25 Disember 2013
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin | serima@bh.com.my
Sifu muzik perjelas isu terima anugerah 14 kali, cipta hampir 2,000 lagu sejak 1970-an
Jarang sekali seniman bernama Datuk M Nasir ini dilihat tampil ke depan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar berhubung sesuatu kontroversi. Apatah lagi dirinya sendiri kurang dikaitkan dengan cerita panas yang mencalarkan imej.
Namun, sekiranya dirasakan perlu, komposer dan penyanyi tersohor ini tidak keberatan untuk membuka mulut menghuraikan sesebuah persoalan mengaitkan diri mahupun kerjaya seninya. Itulah juga yang dilakukan M Nasir apabila ada sesetengah pihak dikatakan mempertikaikan pencapaiannya menerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-14 pada Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP) 2013, baru-baru ini.
Begitupun, sifu muzik ini seboleh-bolehnya enggan memanjangkan isu terbabit. Kata M Nasir, tiada guna dia memperjelaskan peranan MACP, sebaliknya pihak yang mempertikaikan pencapaiannya itulah yang seharusnya perlu maklum objektif badan berkenaan ditubuhkan.
“Saya tidak perlu marah atau berang apabila ada yang pertikaikan kenapa saya masih dipilih sebagai penerima anugerah itu. Sepatutnya, sebelum perkara terbabit hendak dijadikan isu, pihak itu sendiri perlu tahu apa tujuan anugerah berkenaan diwujudkan.
“Dia pertikaikan kelayakan saya sebab dia tidak faham. Saya bukan baru setahun atau dua buat lagu. Sebaliknya saya sudah menghasilkan hampir 2,000 lagu dan masih lagi menulis sehingga kini.
“Saya juga bukan buat lagu untuk diri sendiri, sebaliknya untuk penyanyi lain juga. Saya kira, itu sudah cukup untuk menjelaskan kenapa saya masih dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan,” katanya yang ditemui pada sidang media mengumumkan konsert tahun baru anjuran sebuah bank di Putrajaya, minggu lalu.
Belum putus serah trofi
Baru-baru ini, pemberian anugerah tertinggi kepada M Nasir nyata tidak disenangi sesetengah pihak, apabila mereka mencetuskan pertikaian berhubung kehebatan pencipta lagu dan penghibur kelahiran Singapura itu, sehingga tiada calon lain lebih layak untuk menerima anugerah terbabit.
Ditanya adakah dia rela melepaskan anugerah itu ke tangan komposer lain tahun depan, berikutan wujudnya pihak yang mempertikaikan pencapaiannya itu, M Nasir menyerahkan perkara berkenaan kepada keputusan yang dicapai MACP pada mesyuarat mereka akan datang.
“Saya belum membuat sebarang keputusan, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada MACP untuk membuat keputusan, pada mesyuarat akan datang,” katanya yang mula aktif dalam bidang muzik sejak 1979.
Rabu, Disember 25, 2013
Isnin, November 25, 2013
M.Nasir Terus Ungguli Anugerah MACP
petikan mStar 25 November 2013
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
M.Nasir menang dua anugerah. -foto SHAARI CHE MAT/The Star
PETALING JAYA: Komposer terkenal Datuk M. Nasir terus mengungguli Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2013 apabila memenangi dua anugerah pada majlis yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara di sini, malam Ahad.
M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed menerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-14.
Selain itu, syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.
M.Nasir ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan tersebut selain berharap pihak MACP terus berusaha untuk membantu penggiat seni sepertinya dalam soal royalti.
"Jika tiada MACP mungkin royalti kami tidak dapat dikutip dan peranan mereka sangat penting dalam membela nasib kami," ujarnya.
Presiden MACP, Habsah Hassan pula menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak untuk tahun ini.
Anugerah tersebut sebelum ini diungguli oleh Allahyarham Rosli Khamis (Loloq).
Dalam pada itu, anugerah Nadi Cipta dimenangi oleh komposer terkenal Johan Nawawi.
Johan dipilih memenangi anugerah tersebut atas sumbangannya terhadap industri muzik selama 20 tahun.
Antara artis yang pernah bekerjasama dengannya termasuk Nora, Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar.
Sementara itu, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan dipilih sebagai penerima anugerah Komposer Muda Berpotensi.
Manakala anugerah Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dimenangi oleh EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd.
Sementara itu, komposer dan penyanyi rap, Malique menerima anugerah Persembahan Lagu Melayu Terbanyak menerusi lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan oleh Kaka dan Zizan.
Bagi kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi dimenangi oleh Michael Wong menerusi lagu ciptaannya berjudul Tong Hua.
Setiap pemenang membawa pulang hadiah berbentuk sebuah trofi.
Majlis yang diacarakan oleh AG itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan.
Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah MACP 2013 :
1. Anugerah Nadi Cipta :
2. Komposer Muda Berpotensi : Aizat Amdan
3. Persembahan Lagu Tamil Terbanyak
Lagu: Mazhaiye Van Mazhaiye
Penyanyi : Vilaiyaatu Pasange
Komposer & Penulis Lirik : Saravanakumar Vengedasalam.
4. Persembahan Lagu Cina Terbanyak
Lagu: Jian Ao
Penyanyi : Jess Lee
komposer & Penulis Lirik : Yow Shann Giang, Xu Shi Zhen, Wu Hu Fu dan Fu Cong Li.
5. Persembahan Lagu Melayu Terbanyak
Lagu : Bawaku Pergi
Penyanyi : Zizan Razak & Kaka
Komposer & Penulis Lirik : Malique
6. Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak
Lagu : Fantastic Baby
Penyanyi : Big Bang
Komposer & Penulis Lirik : G-Dragon, Te Di dan TOP
7. Pendapatan Luar Negara Tertinggi
Lagu : Tong Hua
Penyanyi : Michael Wong
Komposer & Penulis Lirik : Michael Wong
8. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak :
Luncai Emas Sdn Bhd
Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak:
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
9. Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak :
Abdul Jalil Saleh (Juwie)
Habsah Hassan
Rosli Khamis (Loloq)
10. Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak :
Edry Abdul Halim
Mohd Nasir Mohamed
Saari Jusoh (Saari Amri)

Selasa, Ogos 27, 2013
Pertarungan klimaks M. Nasir, Faizal Hussein
petikan Kosmo! 27 Ogos 2013
Oleh ZAKI SALLEH
M. NASIR dan Faizal Hussein (kanan) merupakan tarikan utama filem Rajawali: Aku Abang Long.
PERTEMBUNGAN antara dunia siber, kuasa mistik dan persilatan Melayu menjadi latar layar filem Rajawali: Aku Abang Long (RAAL).
Merujuk kepada sedutan yang ditayangkan kepada pihak media, RAAL yang diterbitkan oleh Muradijaya Sdn. Bhd. (Muradijaya) itu dijangka muncul sebagai filem Melayu yang cukup hebat serta luar biasa.
Ia ekoran daripada barisan nama-nama besar yang terbabit dalam filem ini.
Dari sisi kreativiti, RAAL merupakan kolaborasi sulung S. Amin Shahab selaku pengarah bersama Mamat Khalid sebagai penulis skrip.
Menampilkan pula pelakon-pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Faizal Hussein, Wan Hanafi Su serta dua pelakon generasi baharu, Siti Saleha dan Razali Hussain, tenaga lakonan RAAL dimantapkan dengan barisan pelakon baharu yang mula mencipta nama seperti Bil Azali, Yaya Ma’embong, Hafiz Bahari dan Niena Baharun.
Tidak ketinggalan gitaris kumpulan Iklim, Umarul Mahdzar yang membuat penampilan istimewa.
Pemilik Muradijaya, Zaid Harisah Zakaria memberitahu, hampir 65 peratus pengambaran filem tersebut yang berlokasi di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak telah disiapkan.
Selaku penerbitan sulung syarikatnya, Zaid mengakui, dia cukup teruja apabila berjaya mendapatkan khidmat Mamat Khalid untuk mencorakkan jalan cerita RAAL serta kesediaan nama-nama besar industri seni yang menyertai produksinya.
“Perspektif saya menerusi filem ini sudah tentu mahu mengetengahkan tradisi Melayu melalui seni persilatan yang disesuaikan dengan elemen-elemen moden di dalam sebuah filem cita rasa hari ini,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar RAAL di Hotel Vistana, Pulau Pinang baru-baru ini yang dianjurkan baru-baru ini.
Semi fantasi
RAAL mengisahkan sekumpulan remaja yang merupakan penceroboh atau hackers terhandal bertaraf dunia iaitu Maya (lakonan Siti Saleha), Harun (Razali Hussein), Shahrul (Bil Azali) dan Jimi (Hafiz Bahari).
Mereka mengucar-ngacirkan sistem ekonomi antarabangsa dengan menggodam akaun-akaun institusi kewangan demi mengejar kemewahan.
Selain diburu pihak berkuasa, mereka turut dijejaki oleh Komang (M. Nasir) yang menghabiskan usianya mencari hackers terhandal untuk melengkapkan satu perisian komputer unik bersifat mistik.
Ketika inilah munculnya Abang Long (Faizal), yang tinggal di desa dijaga oleh Tok Wan (Wan Hanafi) mendalami ilmu persilatan sejak kecil dan berlakulah pertembungan antara dunia siber, mistik dan persilatan Melayu.
Kehadiran Abang Long untuk menyelamatkan adik-adiknya (Maya dan Shahrul) bagaimanapun mempertaruhkan nyawanya sendiri.
Mengulas mengenai jalan cerita filem itu, ujar Mamat, RAAL merupakan sebuah filem separuh fantasi yang menggambarkan kuasa jahat melawan kuasa baik dengan gabungan unsur-unsur siber yang tidak keterlaluan.
“Skrip filem ini perlu segar, justeru saya kuatkan dengan aksi-aksi dan unsur suspens tanpa meminggirkan budaya tradisi Melayu yang menjadi tunjang kekuatan penceritaannya termasuk kekeluargaan.
“Klimaks filem ini ditonjolkan menerusi pertembungan Abang Long sebagai adi wira untuk berhadapan kuasa jahat Komang, dan di sinilah para pelakon diuji perwatakan masing-masing,” ujar Mamat.
Sarat aksi lasak
Dalam pada itu, S. Amin menegaskan, dia mempunyai sebab penting kenapa memilih Pulau Pinang sebagai lokasi utama RAAL.
Jelas S. Amin, dia memerlukan feri Pulau Pinang kerana banyak adegan pergaduhan telah difikirkan perlu berlokasi di kawasan lain daripada yang lain jika ingin menyajikan perspektif berbeza kepada audiens.
“Tinggalan arkitektur kolonial sekitar George Town masih ada dan masih tidak banyak diteroka dalam sesebuah filem, jadi mengapa tidak digunakan untuk RAAL,” ujarnya.
Ditebak soalan kenapa dia kembali mengarah selepas sekian lama tidak aktif mengarah drama, ujarnya: “Tidak banyak yang berubah (dari segi arahan).
“Cuma kali ini skrinnya besar, maka banyak yang perlu diisi (berbanding drama-drama arahannya sebelum ini). Sebagai pengarah, saya mengutamakan visual dan syot yang cantik.
“Dengan persediaan yang cepat, apa yang boleh saya buat adalah mencantikkan sahaja filem ini.
“Sebenarnya belum tiba masa untuk saya memuji diri sendiri sehinggalah RAAL dinilaikan sendiri oleh audiens,” tuturnya mengenai percubaan sulungnya sebagai pengarah filem.
NASKHAH Rajawali: Aku Abang Long merupakan kolaborasi sulung Mamat Khalid dan S. Amin Shahab (kanan).
Faizal lepas geram
Bukan senang untuk mendengar jawapan ‘ya’ daripada M. Nasir untuk diambil berlakon setelah menolak puluhan lamaran. Bukan memilih tetapi M. Nasir mengakui yang beliau punya sebab tersendiri jika membuat pilihan bersetuju.
“Saya bukan tidak mahu berlakon tapi bergantung kepada projek-projek yang menarik. Saya suka filem ini sebab watak yang diberi adalah dalam dimensi sungguh berbeza.
“RAAL sangat menarik bagi saya bukan sebab S. Amin Shahab itu sahabat baik saya tetapi cerita dan wataknya serta tidak ketinggalan ada (sentuhan skrip) Mamat Khalid.
“Watak saya ringkas iaitu daripada seorang yang baik bertukar menjadi jahat dan akhirnya diselamatkan oleh anaknya sendiri untuk menerima kebaikan,” ujar M. Nasir.
Sementara itu, Faizal Hussein melahirkan kesyukuran kerana dapat terlibat dalam produksi yang membariskan nama-nama besar termasuk kekaguman peribadinya terhadap gabungan S. Amin dan Mamat.
Setelah lebih 30 tahun membabitkan diri dalam industri lakonan, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) melalui lakonannya dalam filem Bunohan itu menyifatkan RAAL umpama bulan jatuh ke riba.
Dia yang sememangnya peminat filem lasak dan pergaduhan mengakui mencurahkan sepenuh tumpuan terhadap pembikinan RAAL, termasuk melakonkan sendiri aksi stunt termasuk jatuh dari tempat tinggi.
“Cerita tentang Abang Long sendiri seolah-olah watak yang direka untuk saya oleh Mamat. Kemungkinan dalam filem yang lepas-lepas penonton kurang melihat aksi persilatan Faizal Hussein tetapi tidak dalam RAAL.
“Kali ini saya berpeluang ‘melepaskan geram’ untuk melakukan aksi-aksi silat termasuklah satu adegan yang memakan masa dua malam pengambaraan. Paling mencabar adalah untuk beraksi dalam becak sawah,” kata aktor yang mula berlakon pada tahun 1982 itu.
Tidak menafikan ada sedikit tekanan untuk melakonkan filem ini selepas kejayaan Bunohan, bagaimanapun Faizal menyifatkan ia merupakan perasaan biasa yang kerap dialaminya.

Ahad, Ogos 25, 2013
Estetika, khazanah seni
petikan Kosmo! 25 Ogos 2013
MEMBESAR melihat, merasa dan menikmati karya seni dari jiwa yang besar menyatukan Datuk M. Nasir, S. Amin Shahab dan Hasnul Rahmat ke dalam sebuah filem dokumentari muzik berjudul Angin Menderu.
Mereka menyanyi riang dengan penuh harmoni dalam lunak bayu petang berlatarkan sebuah rumah tinggal di Parit Jambi, Johor tidak lama dahulu. Ketiga-tiga mereka bersiul dan berbicara tentang Melayu, akar budaya serta bangsa termasuk menyentuh tentang khazanah yang membawa mereka ke satu fasa yang sungguh indah jika dilukis dengan penuh estetika.
Wacana itu bersambung-sambung dalam tiga nada yang berbeza. Setiap seorang sama ada M. Nasir, Hasnul ataupun S. Amin Shabab, mereka adalah antara pengkarya yang bekerja dari jiwa dan raga untuk sebuah penghasilan yang bermakna jujur. Kepuasan mereka adalah dengan menikmati apa yang terhasil, berkongsi rasa bersama khalayak. Selebihnya, biar karya itu yang bergerak, membesar ataupun statik berdasarkan pemahaman umum.
Tiba masanya, buruk atau baik, setiap karya sama ada filem, drama, lagu, lirik mahupun lukisan, semuanya pasti tersemat kekal menjadi khazanah warisan untuk generasi akan datang.
"Dalam tamadun-tamadun hebat di Eropah, contohnya seni tampak serta hasil kerja tangan, itu yang mempengaruhi kehidupan mereka. Dalam bab seni muzik juga begitu. Seni muzik juga satu pergerakan kepada bangsa mereka. Kita sedang ke arah itu dan sudah tentu, seni yang dihasilkan akan menjadi khazanah. Ada yang tanpa sedar ia akan menjadi khazanah sebab apa sahaja yang dihasilkan, selagi ia dipelihara, bagus atau tidak bagus, itu perdebatan pada kemudian hari," lentur M. Nasir sampai menyifatkan evolusi kesenian muzik tempatan sudah memiliki budaya sendiri.
"Memang muzik kita dipengaruhi muzik luar, kita juga telah pergi jauh daripada muzik rakyat, kita sudah ada filharmonik, tapi walaupun kita dipengaruhi muzik luar kita telah cipta muzik ikut cara tempatan. Muzik sudah jadi bisnes serius, dulu pemuzik bukan pekerja tapi sekarang sudah jadi kerjaya," katanya melihat kebangkitan muzik Malaysia paling agresif sekitar 1980-an dan 1990-an.
Bercakap tentang seni sebagai khazanah, Hasnul melihat kebanyakan kerja seni tidak akan lengkap jika proses terakhir penyimpanan atau kelestarian karya tidak sempurna.
"Ia termasuk juga dengan keprihatinan terhadap warisan khazanah yang hanya disimpan tapi kurang diberi analisis atau penulisan yang mengangkat sesuatu karya dengan sempurna. Di situlah, pentingnya institusi penyimpan arkib, kalau simpan tak dapat melihat tak ada ertinya juga. Kalau dulu banyak filem Melayu klasik yang hilang, ia termasuklah muzik, lukisan dan sebagainya. Masih ada khazanah seni yang hilang walaupun usaha mendokumentasi seni telah dilakukan sejak zaman sebelum ada komputer sehingga sekarang," pelakon yang sedang bergerak sebagai pengarah, Hasnul pula meluahkan pandangan.
BERBEZA portfolio tetapi berkongsi aspirasi yang sama menjadi alasan untuk tiga nama ini terlibat dalam satu produksi.
Kepada pelukis, penulis lirik dan karyawan yang baru selesai penggambaran filem pertama arahannya, Rajawali: Aku Abang Long, S. Amin yang juga seorang pengumpul keris pula secara perlahan memberikan penyataan:
"Kita lebih kepada pemungut khazanah. Macam keris, keris asalnya dari Jawa tapi diterima sebagai hak orang Melayu. Lukisan pula, kita diajar melukis oleh British tak macam di Indonesia yang hidup mereka memang dalam kesenian walaupun dalam soal beragama. Kalau di Malaysia, bila berkarya lebih melangkaui batas pemikiran, kita akan dipanggil menghadap.
"Tapi, seni akan jadi khazanah yang berharga apabila pengkaryanya telah tiada atau ia dinilai sebagai sesuatu yang merakamkan makna. Macam lukisan saya yang diabadikan sebagai kulit empat buah album Kembara. Semua lukisan kulit album Kembara, Perjuangan, Generasiku dan Seniman Jalanan itu dibeli dan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara."
Seni intelektual atau hiburan
Seperti kata M. Nasir, bagus atau tidak bagusnya sesebuah karya, sampai waktunya ia tetap dikira khazanah, persoalan tentang seni intelek dan seni sebagai hiburan akan terbangkit untuk dihuraikan.
Jelas Hasnul, dia secara peribadi merasa terhibur terhadap kedua-dua kategori seni sama ada yang diklasifikasi sebagai bersifat intelek ataupun hiburan. Cantuman kedua-dua seni itu wujud dalam segala aspek pengkaryaan yang bersifat ringan atau berat, panggung berkondisi wayang mahal atau yang berpijat.
"Berat ringan estetika sesebuah karya seni selalunya dinilai berdasarkan tahap ilmiah seseorang," jelas Hasnol.
S. Amin yang selalu tampil bersahaja tetapi mudah dikenali sebagai seniman itu pula menyifatkan seni sememangnya untuk hiburan.
"Seni tetap seni tapi bagaimana interpretasi khalayak itu membezakan ia benar-benar bermakna atau tidak. Seni memang untuk hiburan, lukisan juga salah satu hiburan. Ia terpulang kepada pelukis dan masyarakat yang menilai seni itu. Macam Vincent Van Gogh yang melukis karya bunga matahari. Ketika hayatnya, lukisan itu hanya dihumban di bawah katil tetapi, setelah meninggal, lukisan itu berharga berjuta-juta. Nilai seni juga terletak kepada pengkarya itu sendiri. Bagi saya, lukisan saya adalah cerminan diri dan kembara yang saya lalui" jelas S. Amin yang cenderung menghalakan lukisan ke aliran surealisme namun, masih sedikit penerimaan dalam budaya tempatan.
Dalam konteks yang sama, lelaki yang bergelar sifu muzik pula berkata-kata.
"Apabila hiburan sudah jadi budaya, orang mula rasa untuk berfikir, zaman sudah maju dan tuntutan untuk menikmati seni yang bernilai tinggi mula ada. Seni yang bersifat elit memang kurang mendapat tempat, hal itu berlaku di seluruh dunia kerana karya sederhana atau pop akan mudah diterima ramai. Begitu juga dengan filem tetapi kelompok seni elit yang bercita-cita tinggi akan puas hati dengan kelompok dan karya mereka.
"Saya sendiri boleh menghargai apa sahaja bentuk seni, pengkaryaan ialah ekspresi diri. Apa-apa pun, karya bergantung rasa dan lazimnya rasa sedap itu universal. Kalau seseorang itu dididik dengan muzik klasik tentunya muzik klasik dirasakan, bagi orang lain mungkin tidak. Ia terpulang kepada pencari rasa itu sendiri," terjemah M. Nasir tentang kecenderungan seni secara umum.
Impian dalam karya
Selagi merah warna darah seni yang masih pekat mengalir dalam tubuh, setiap pengkarya tidak akan mati mencari ilham dan membuahkan karya.
M. Nasir memberitahu, dia ada menyimpan cita-cita untuk menjayakan sebuah konsert kegemilangan 100 tahun lagu-lagu Melayu.
"Sudah lama saya terdetik soal itu. Sedar atau tidak, muzik tempatan telah melahirkan banyak karya hebat. Karya hebat itu tiada pengkelasan tapi haruslah memberikan rakaman rasa dan meninggalkan momen. Kita ada lagu Melayu klasik yang dulunya ia popular. Orang selalu cakap pasal P. Ramlee tapi kita juga miliki Abdullah Chik yang lagu-lagunya telah merakamkan momen zamannya," kata pemilik ribuan lirik dan lagu yang berjaya berjaya membentuk gelombang muzik tempatan itu.
Jika M. Nasir tidak pernah hilang semangat untuk berkonsert, S. Amin pula berhasrat mahu menyempurnakan baki lukisan yang bertajuk Dunia Dalam Satu Kilometer yang dimulakan sejak tahun 2004.
"Melukis perlukan momen, kalau sampai rasa mahu melukis, saya akan melukis lagi. Untuk projek Dunia Satu Kilometer Sekarang masih ada beberapa ratus meter lagi yang belum siap. Saya kena sambung lagi pengembaraan itu," katanya yang pernah merantau sampai ke Afrika Selatan untuk kembara kanvasnya itu.
Tiba giliran Hasnul pula bercerita tentang projek terbaharunya; projek yang sekali gus membuka ruang momen fotografi ini dilestarikan.
Angin Menderu merupakan sebuah filem dokumentari muzik yang merakamkan sejarah muzik secara demografik lagu-lagu Melayu di rantau laut alam Melayu termasuk Sumatera, Riau, Singapura dan Malaysia.
"Dokumentari itu masih dalam suntingan akhir. Konsep muzik yang saya ibaratkan sebagai angin yang merantau itu membuka ruang bukan untuk bernostalgia tetapi untuk mengenali keindahan muzik dan seni kata Melayu supaya dapat dikhazanah, dilestarikan dengan tempat yang baik dalam alam Melayu serantau," beritahu Hasnol mengenai dokumentari terbitan Finas itu.
Selain M. Nasir dan S. Amin, artis lain yang terlibat termasuklah seniwati dan seniman filem Melayu era 40-an dan 50-an seperti Momo Latif, Nona Asiah, Datuk Maria Menado serta R. Ismail. Bercerita melalui irama dan lagu, rakaman santai itu menyelusuri sejarah budaya Melayu itu sendiri melalui muzik.
Mengalir tenang bicara yang diperbincangkan dalam jiwa dan rasa tiga seniman ini sekali igus mempamerkan estetika yang mereka kandung dalam nafas perjuangan seni mereka. Angin seni yang mereka bawakan jujur menderu mengelilingi baitulmal khazanah budaya tempatan.

SALAH sebuah adegan yang terakam dalam dokumentari Angin Menderu yang melakukan penggambaran di Parit Jambi, Johor karya dan arahan Hasnul Rahmat.

Sabtu, Julai 27, 2013
Melodi tidak sedap punca lagu baharu gagal - M. Nasir
petikan Utusan Malaysia 27 Julai 2013
MUZIK ciptaannya tidak pernah lapuk ditelan zaman sekali gus membuktikan setiap karya yang dihasilkannya mempunyai aura luar biasa dan boleh dibanggakan hingga ke hari ini.
Itulah kehebatan Datuk Mohamad Nasir Mohamad atau lebih dikenali sebagai M. Nasir, 56, yang tidak dapat disangkal lagi apabila mencipta lagu.
Lihat sahaja lagu lebaran ciptaan beliau seperti Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir), Hari Raya Hari Bahagia (Ideal Sister), Selamat Hari Raya (Ramlah Ram), Esok Hari Raya (Dr. Sam), Salam Dunia (M. Nasir), Halaman Asmara (Awie dan Ziana Zain), Raya Yang Sempurna (Awie) serta lagu buat Al-Jawaher dan Sheq yang majoritinya popular sehingga kini.
Terbaharu, lagu Pening Raya nyanyian beliau bersama Salleh Yaacob yang dirakamkan pada 2010 itu juga antara lagu yang sering dimainkan di radio walaupun tidak sekerap Satu Hari Di Hari Raya.
"Tiada rahsia untuk menghasilkan lagu raya yang diminati ramai kerana kebanyakan karya itu dibuat secara spontan selain memerlukan kreativiti pengubah lagu itu sendiri.
"Misalnya, lagu Satu Hari Di Hari Raya dicipta apabila saya terfikir untuk mencari kelainan dalam menghasilkan lagu raya yang mana tidak menyentuh mengenai ketupat dan rendang seperti kelazimannya.
"Berdasarkan pengalaman meraikan Aidilfitri, saya mengetengahkan tema perhubungan kekeluargaan dalam lagu raya yang sudah berusia lebih 30 tahun itu," katanya yang mengambil masa enam jam untuk merakamkan lagu Satu Hari Di Hari Raya di Studio Lion, Singapura pada tahun 1982.
Jelas M. Nasir, lagu raya ciptaannya itu menceritakan tentang ikatan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa yang mana ia berbeza dengan kebanyakan lagu raya pada zaman tersebut yang sering menampilkan hal berkaitan masakan ataupun suasana raya.
Tambah beliau, kekuatan melodi bagi penghasilan sesebuah lagu juga menjadi tunjang utama dalam mencipta karya yang berkualiti dan mampu bertahan lama.
Secara jujur, katanya, penghasilan melodi yang tidak sedap didengar dalam kebanyakan lagu baharu antara alasan yang menyebabkan karya tersebut tidak dapat diterima ramai.

Jumaat, Julai 12, 2013
Sifu takes charge
taken from NST 12 July 2013
By Aref Omar
Returning to Istana Budaya once again, M. Nasir had his adoring fans grooving to the beat, writes Aref Omar
LOOKING younger than his age, consummate performer Datuk M. Nasir, 55, easily showed the army of fans who turned up for his concert at Istana Budaya how to have a good time.
It’s not everyday that the audience gets to stand up and joget in the majestic hall to the evergreen tunes of the man dubbed sifu for his longstanding musical endeavours.
Initially hesitant, the mixed crowd warmed up to his beguiling charms, clapped and sang along at his request before getting up to move to the infectious grooves by the second half of his show.
M. Nasir even walked off the stage to sing amidst the dancing crowd and to shake hands with his appreciative fans, who didn’t hesitate to tell him how much they love him.
Following his last concert here four years ago, the poet, songwriter, composer, producer, actor and film director pushed it up a notch with his latest Konsert Sang Pencinta which featured some theatrical elements that added to the revelry.
After starting with an instrumental song Cermin Mimpi, accompanied by a visual feast of surreal CGI images projected onto a special screen that encapsulated the stage, a masked troupe of young performers dressed in white recited the poem Aku by Chairil Anwar.
A silhouette behind the curtain heralded the start of the two-hour show, which kicked into high gear when the lights came on.
The curtain lifted to reveal M. Nasir, who then sang his set of 25 tunes in perfect form — most of which were signature numbers that the audience screamed in delight as they heard the introductory strains being played.
From Dalam, Bahtera Raudah, Apokalips and Keroncong Untuk Ana, to Hidayah, Rajawali Terbang Tinggi, Perang Yang Lagi Satu and Hijab Kekasih, he clearly had the crowd in the palms of his hands.
Fully warmed up and enjoying the ride, they bopped along to his mesmerising rendition of Mentera Semerah Padi. Backed by a large live band which included three backing vocalists, percussionists, the OSK (National Symphony Orchestra) string section and the OTM (Malaysian Traditional Orchestra) gamelan ensemble, his set of songs were given a fresh feel with new arrangements.
M. Nasir, decked in a classy red Malay ensemble that looked like he had just stepped out of a period Hang Tuah set, worked the stage with graceful vigour — his moves reminiscent of silat stances and steps. He didn’t speak much in between songs, except to continuously thank the crowd for their support, preferring to let the show do all of the talking musically.
Halfway through, M. Nasir, accompanied by his two guitarists Aznan Alias (also music director) and Mohd Rafi Shafie (string arranger), performed an emotive and subtle unplugged session of songs that included Layang Layang Putus Talinya, Meniti Titian Usang, Srikandi Cintaku and Tanya Sama Itu Hud Hud.
He also strummed out a new song written specially for the concert, titled Aku dah Bilang.
The acoustic set added another dimension to the show which kicked back into high gear when the full band performed Akar Kita, Buka Hatimu, Wadi, Mustika and Sahabat Gua, before ending with Ada.
By this time the crowd were already worked into a frenzy with loud chants of “we want more”. M. Nasir obliged with an affecting rendition of Sesat di Kuala Lumpur, followed by Sentuhan Listrikmu and Hati Emas.
The encore session came to an end with a reprise of Mentera Semerah Padi, that drew roaring applause and a standing ovation no less.
The concert was organised by Bombbay Worldwide in collaboration with Red On Black, Belbis and Istana Budaya.

Rabu, Julai 03, 2013
Sang 'pencinta' sejati
petikan Utusan Malaysia 3 Julai 2013
Konsert M. Nasir Sang Pencinta menyaksikan penyanyi itu memberikan persembahan bertenaga sebagai hadiah buat peminatnya.
SEJAK kebelakangan ini kita didedahkan dengan banyak konsert-konsert yang membabitkan nama-nama besar dalam dunia hiburan antarabangsa khususnya penyanyi-penyanyi dari Korea Selatan.
Tidak kurang juga konsert-konsert yang dijayakan oleh artis ternama tempatan antaranya kumpulan Wings, Jamal Abdillah dan terbaru yang berlangsung di Istana Budaya, konsert M. Nasir Sang Pencinta.
Datuk M. Nasir membuktikan janjinya bahawa konsert selama tiga hari bermula pada 28 Jun lalu itu adalah hadiah berharga dari dalam dirinya sendiri, istimewa buat peminat tersayang.
Ternyata, walaupun dengan lambakan persembahan dan konsert-konsert yang melibatkan nama-nama besar di peringkat antarabangsa dan tempatan, M. Nasir masih mempunyai aura tersendiri apabila konsert yang diadakan tersebut mendapat sambutan sehingga memenuhi ruang panggung.
Persembahan yang bermula pada pukul 8.30 malam tersebut dimulakan dengan dendangan beberapa buah lagu-lagu popular penyanyi kelahiran Singapura iaitu Dalam, Bahtera Raudhah dan Apokalips.
Selesai babak pembukaan, M. Nasir menyampaikan sedikit ucapan mengatakan niatnya membuat konsert tersebut selain mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong karier seninya.
Persembahan diteruskan pula dengan dendangan lagu-lagu seperti Keroncong Untuk Ana, Hidayah, Rajawali dan Perang Yang Lagi Satu.
Tidak menunggu terlalu lama, hadirin dipersembahkan dengan lagu 'berhantu' yang masih popular sehingga kini iaitu lagu Mentera Semerah Padi sebelum diteruskan dengan lagu Hijab Kekasih.
Selain menyanyikan lagu-lagu popularnya, M. Nasir juga mempersembahkan beberapa lagu popular yang dihasilkannya untuk penyanyi-penyanyi lain seperti Layang-Layang Terputus Tali nyanyian kumpulan Alleycats, Meniti Titian Usang (Search) dan juga Srikandi Cintaku (Bloodshed).
Pengunjung yang hadir menyaksikan konsert tersebut juga berpeluang mendengar lagu baru yang turut diselitkan dalam konsert tersebut iaitu lagu berjudul Aku Dah Bilang.
Persembahan diteruskan lagi dengan lagu-lagu popular penyanyi yang pernah bergelar Pengetua program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ke-3 iaitu lagu Tanya Sama Itu Hud Hud, Akar Kita dan Bukalah Hati Mu.
Sepertimana kehebatan dia sebelum ini, M. Nasir bijak mengambil peluang, meluaskan bahasa seninya dengan sesi interaksi langsung dengan penonton. Dia yang serius boleh dalam sekelipan mata menjadi si pencetus humor dalam erat semangat di hadapan peminat.
Lawaknya yang bersahaja, sememangnya menjadi penyeri hidangan yang membawa keceriaan, acara tidak jemu dan memberi rasa kepuasan tidak terbanding. Di situ hebatnya sang pencinta ini.
Kemuncak interaksi antara penyanyi terbabit dengan para penonton pastinya sewaktu dia mendendangkan lagu Sahabat Gua dan Ada, di mana dia mengajak penonton untuk berdiri dan bernyanyi bersama selain turut menggoyangkan badan mengikut rentak muzik dimainkan.
'Bertemankan' kumpulan pemuzik profesional serta alatan muzik moden dan tradisional seperti Gamelan, M.Nasir menamatkan persembahan yang memakan masa kira-kira dua jam setengah itu dengan lagu Sesat Di Kuala Lumpur dan juga Sentuhan Listrik Mu.
Menonton konsert kali ini, terasa diri sekaligus menjadi saksi kepada kehebatan seorang legenda dunia muzik tempatan. Benarlah, pada usianya yang melebih angka 50 tahun, M. Nasir kekal 'muda'. - KHAIRUL

Selasa, Julai 02, 2013
Konsert M Nasir Sang Pencinta pukau penonton
petikan Sinar Harian 2 Julai 2013
NOR ATIEYAH YUSOFF
Foto: IHSAN MEPORTAL.NET
SIAPA tidak mengenali figura bernama M Nasir, 34 tahun berkecimpung dalam industri seni, beliau cukup terkenal dengan seleksi lagu yang penuh puitis dan suara yang merdu.
Kehebatannya dalam mencipta lagu sememangnya tidak lagi boleh dipertikaikan dan gelaran sifu sememangnya sesuai untuknya.
Terbaru, setelah empat tahun tidak mengadakan konsert, M Nasir kembali menghiburkan peminat setianya di Panggung Sari, Istana Budaya menerusi konsertnya, M Nasir Sang Pencinta yang berlangsung dari 28 hingga 30 Jun lalu.
Ternyata, aura dan magisnya masih lagi utuh apabila konsert tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.
Berkesempatan menonton sendiri konsert M Nasir, penulis dapat menggambarkan ia adalah sebuah persembahan penuh dengan magis tersendiri.
Penonton bagai diulit dengan nyanyian yang penuh dengan puitis seolah-olah terbang bersama ke dalam dunia magisnya.
Menariknya, tirai persembahan dimulakan dengan puisi-drama oleh sekumpulan anak muda yang mendeklamasikan puisi Aku, karya Chairil Anwar, dengan penuh keasyikan.
Kemudian, penonton dibawa bersama menelusuri pengembaraan muzik sepanjang M Nasir bergelar anak seni dengan 22 lagu yang disampaikan dengan penuh bertenaga.
Tidak dapat dinafikan, persembahan tersebut antara yang terbaik pernah ditonton sebelum ini.
Istimewanya, gabungan pemuzik -pemuzik handalan tanah air dengan iringan String dari Orkestra Simfoni Kebangsaan dan gamelan Orkestra Tradisional Malaysia telah menghasilkan muzik yang sangat indah.
Imbau zaman kegemilangan
Hampir tiga jam konsert tersebut berlangsung, penonton bagaikan tidak puas mendengar lagu-lagu yang disampaikan.
Menyampaikan seleksi lagu-lagu hitsnya seperti Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi, Rajawali dan Tanya Sama Itu Hud-Hud, M Nasir seolah membawa penonton mengimbau kembali zaman kegemilangannya.
Apatah lagi, penonton juga berpeluang mendengar lagu terbaru M Nasir yang bertajuk Aku Sudah Bilang buat kali pertama.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan beberapa lagu berentak rancak seperti Ada dan Sahabat Gua.
Malah, suasana panggung ketika itu gamat setelah M Nasir turun untuk menyanyi dan menari membuatkan penonton berdiri dan menari bersamanya.
Tidak ketinggalan, M Nasir turut mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan kumpulan Search iaitu Meniti Titian Usang dan Srikandi Cinta secara akustik, nyanyian asal kumpulan Bloodshed.
Tidak sekadar menyanyi dan menari, penonton turut disajikan dengan beberapa siaran visual sepanjang persembahannya dengan kesan grafik cukup menarik.
M Nasir terharu
Mengulas mengenai konsertnya itu, M Nasir sempat berkongsi rasa terharunya kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat dan penyokong industri muzik tempatan.
Katanya, sokongan tersebut membuktikan bahawa genre muzik yang dibawanya masih lagi diterima oleh masyarakat terutamanya golongan muda.
“Perasaan saya ketika ini sukar digambarkan kerana pelbagai perasaan bercampur baur,” katanya yang pernah menghiburkan peminatnya pada 2009 dalam Konsert Alam Muzik M Nasir di pentas Istana Budaya.
Luahnya, dalam tempoh empat tahun lalu dia bercita-cita untuk mengadakan konsert, namun sering tertangguh akibat perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Saya terharu dengan peluang diberikan Istana Budaya. Terima kasih juga di atas sokongan peminat, rakan-rakan dan media,” katanya.
Sukar pilih lagu
Menyentuh mengenai pemilihan lagunya, M Nasir berkata, dia berhadapan dengan kesukaran untuk memilih lagu untuk dinyanyikan kerana terdapat beberapa lagu yang jarang diperdengarkan kepada peminat.
Malah pemilihan lagu bagi konsert yang bertemakan seni muzikal itu melalui proses perbincangan yang agak panjang bersama penganjur.
“Mungkin peminat tidak kisah dengan lagu yang hendak disampaikan. Tetapi, saya mahu lagu yang dipilih bertepatan dengan tema konsert.
“Setiap lagu yang dinyanyikan mempunyai mesej tertentu dan sedap didengari penonton. Malah ada lagu yang jarang saya nyanyikan dipilih,” ujar M Nasir.
Tambahnya, lagu seperti Wali jarang diperdengarkan kepada umum, namun ia bertepatan dengan konsep konsert pada kali ini.
Malah lagu Bahtera Raudah turut dipilih kerana ia mengajak penonton bersama menghayati dan mengembara ke alam fantasi.
“Orang yang sudah biasa dengan lagu hits saya mungkin akan teragak-agak untuk mendengarnya.
“Tetapi, tidak salah jika kita ubah sedikit selera muzik kita dan berharap lagu tersebut sedap untuk didengari pendengar,” katanya.

Isnin, Julai 01, 2013
Sentuhan Listrik Pencinta.
Oleh Saudagar Mimpi… yang melapor dari Panggung Sari, Istana Budaya. Kuala Lumpur.
REVIEW :
KONSERT SANG PENCINTA
Sabtu : 29 Jun 2013
Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur
Perancangan saat akhir! Aku pada mulanya tak merancang untuk pergi konsert ini. Setelah di”racun” dengan cerita dan imej visual yang diperolehi dari FB KSMN akhirnya aku mengalah. Tambahan pula ada jualan CD Kembara di Esplanade & Konsert MPO tu. Mesti pergi beli! Orang lain sibuk beli tiket bola Johor lawan Kelantan, aku beli tiket konsert.
Perjalanan kali ini aku cuma naik bas . Budget ketat beb!!!. Ye la tak lama lagi puasa dan raya. Golongan marhaen macam aku ni tak boleh dapat semua benda dalam hidup. Setelah tiba di KL tercari-cari hotel bajet tapi semuanya penuh tapi akhirnya terjumpa juga sebuah hotel yang ada bilik kosong. Nasib aku tak Sesat di Kuala Lumpur!
Selepas berehat petang tu barulah aku seorang diri bergerak ke Istana Budaya.
Pada mulanya mahu minta teksi hantarkan aku ke IB. Semua teksi yang aku tahan tak mahu hantarkan..”Jem” alasan mereka. Lepas Maghrib barulah menapak menuju ke Istana Budaya sambil urut-urut kepala yang berdenyut.
Selain konsert, tumpuan aku sudah tentu mahu mendapatkan CD Kembara Live di Esplanade 300313 dan M Nasir & MPO itu. Mungkin disebabkan CD itu adalah rakaman konsert, sebenarnya ada ramai hamba Allah yang ingat ia adalah rakaman video dalam bentuk DVD! (Kecewa agaknya bila mainkan di DVD player di rumah tapi tak keluar gambar...hahahhah!) Aku juga sempat membeli dua helai t shirt dari booth Sahabat Gua EM. Dapat la 3 poster Sang Pencinta free....
Jam 8.15 lebih ramai penonton memenuhi ruang menunggu di bawah dan atas. Kelihatan juga kelibat wajah wajah “fan” Sifu yang aku tahu akan datang malam itu. Ada orang politik, ada personaliti TV, dan ada ramai marhaen macam aku. Majoriti yang hadir sudah tentunya dari pelbagai bangsa dalam lingkungan umur 30 ke atas yang membesar dengan karya sifu.
Tepat jam 8.30 malam pintu dewan mula dibuka.
Untuk konsert Sang Pencinta, SM memilih untuk duduk di bahagian tengah Grand Circle. Sebelah kanan SM kerusi kosong. Mungkin tidak hadir kerana menonton perlawanan Johor-Kelantan. Sempat juga bertegur sapa dengan penonton di sebelah yang peramah dan sudi berkongsi cerita pengalamannya terserempak dengan sifu M Nasir di sebuah lif suatu masa dahulu.
Sebagaimana protokol acara di premis kerajaan, semua penonton diminta bangun dan menyanyikan lagu Negaraku.
Setlist (Malam kedua)
1. Cermin Mimpi - (Montaj)
Puisi - AKU (Chairil Anwar)
2. Dalam
3. Bahtera Raudah
4. Apokalips
5. Keroncong Untuk Ana
6. Hidayah
7. Rajawali Terbang Tinggi
8.Perang Yang Lagi Satu
9. Mentera Semerah Padi
10. Hijab Kekasih
*Set Akustik
11. Layang Layang Putus Talinya
12. Meniti Titian Usang
13. Srikandi Cintaku
14. Aku dah Bilang
15. Tanya Sama Hud Hud.
16. Akar Kita
17. Buka Hatimu.
18. Wadi
19. Mustika
20. Sahabat Gua
21. Ada
Encore
22. Sesat di Kuala Lumpur
23. Sentuhan Listrikmu
24. Hati Emas
25. Mentera Semerah Padi (reprise)
1. Cermin Mimpi
Persembahan bermula dengan montaj Konsert Sang Pencinta yang menggunakan lagu Cermin Mimpi. Bila tengok montaj alam mimpi itu teringat pula SM dengan video "Time" dari Pink Floyd. ( ya la..aku ni minat Pink Floyd......jadi apa aku tengok semua di”Pink Floyd”kan.)
Pentas kemudian dipenuhi barisan remaja yang berpakaian putih dan bertopeng mendeklamasi puisi "Aku" - karya Chairil Anuar. Puisi ini bertemakan pejuang yang tidak perlu ditangisi pemergiannya,....adakah itu yang cuba disampaikan oleh M Nasir?
AKU (Chairil Anwar)
Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Penonton mula bertepuk dan pentas terus hangat bila bayang sifu kelihatan membawakan lagu Dalam.
2. Dalam
Sebagaimana tajuknya..dalam mungkin itulah yg mahu disampaikan melalui imej visual pada latar pentas. Latar langit biru dan pokok kelihatan kesan 3D berjaya. Memang terbaik!
3. Bahtera Raudah
Lagu dari album Sang Pencinta... kisah perjalanan. Begitu lah gambaran kapal tersadai dalam latar. Apa yg SM perhatikan Bro Aznan dan Rafi memberikan persembahan bertenaga untuk lagu ini.
4. Apokalips
Hidup dan nasib- roller coaster...Jadi sudah tentu visual rollercoaster dipaparkan di skrin!. Penonton di Grand Circle pula nampak masih segan segan walaupun petikan gitar Nan dan Rafi menusuk telinga meminta penonton turut serta mengikut irama dan lagu.
5. Keroncong Untuk Ana
Sebelum memulakan lagu, katanya lagu ini lagu lama. Lagu ini tetap menarik walaupun diberi gubahan yang sedikit berbeza.
6. Hidayah
Sebuah lagu kesukaan SM dari album Saudagar Mimpi. Tak sangka dapat dengar lagu ini live!
7. Rajawali Terbang Tinggi
Saya mahu bawa anda semua terbang tinggi..kata sifu sebelum mulakan lagu. Gitar solo lagu ni tak payah cakap la ”best” ke tidak!
8.Perang Yang Lagi Satu
Lagu yang tidak rancak tapi menarik perhatian SM kerana mesejnya. Mungkin itulah juga yang cuba dijelmakan semula dalam visual mapping lagu ini. Perang satu lagi sudah tentulah perperangan melawan hawa nafsu. Imej wanita banyak digunakan dalam visual ini.
9. Mentera Semerah Padi
Tiupan nafiri menjadi treadmark lagu ini. Lagu ini sememangnya antara lagu biasa dibawakan oleh sifu di pentas. Sudah tentu sempurna!
Sekali lagi kumpulan remaja bertopeng mendeklamasikan puisi di pentas.
10. Hijab Kekasih
Antara lagu yang dalam kisahnya. Diakhir lagu sempat M Nasir bertanyakan audien maksud bait lirik" Haram kelamin untuk kita bercerai…Kasih dan sayang dalam keredhaanMu…”. Sifu juga bertanya sama ada penulis lirik Seth hadir atau tidak pada malam itu.
*Set Akustik...Aznan, Rafi bersama M Nasir memainkan gitar akustik.
11. Layang Layang Putus Talinya
Lagu pertama dalam set Akustik. Rafi dan Nan memainkan gitar akustik untuk lagu Alleycats yang sifu ciptakan untuk sebuah drama swasta. Datuk M Nasir cuba mengingatkan audien tentang kemunculan slot drama swasta di TV lama dahulu. Antara persembahan menarik malam itu.
12. Meniti Titian Usang
Lagu Search yang pernah dinyanyikan sifu dalam album Srikandi Cintaku
13. Srikandi Cintaku
Kata sifu lagu ini beliau cipta untuk kumpulan yang berat tetapi dilembutkan. (Ya la, nama kumpulan ganas- “Bloodshed”...nyanyi lagu cinta..hahhahah.)
14. Aku dah Bilang
Sebuah lagu baru yang belum dirakamkan oleh M Nasir. Rasanya lagu ini bercorak country blues. (... kalau tak silap pemahaman SM la..kalau salah tolong betulkan. ) M Nasir bermain gitar akustik bersama Nan dan Rafi.
15. Tanya Sama Hud Hud.
Gabungan Rafi dan Nan memainkan gitar mengingatkan kita pada kolaborasi mereka dalam konsert Akar bertahun dulu. Sudah tentu penonton diajak menyanyi bersama terutamanya bahagian" lang menyilang. kui menyikui"... Layan!.
Solo seruling oleh Mohar memberi ruang kepada Datuk M. Nasir menukar busana.
16. Akar Kita
Pentas kembali hangat dengan lagu dari Konsert Akar dan lagu ini diberi susunan yang baru. Imej akar dan pokok menghiasi latar mengiringi lagu ini.
17. Buka Hatimu.
Lagu rancak ini memang best! Gaya sepontan brader “Rock” yang tiba tiba bangun dan rap dalam dialek Kelantan.!!! Siap ada efek bunyi turntable lagi...masalahnya aku sepatah haram tak faham tapi ia tetap menghiburkan. Orang putih kata... i didnt see that coming.....lucu pun ada. Solo Aznan dalam lagu ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
18. Wadi
Kisah perjalanan Kabilah menuju ke destinasi (jalan yang benar). Imej patung pulau Easter di kanan pentas mungkin menggambarkan tema kesesatan. Iringan gamelan dari Kumpulan Swarasa Gamelan mempercantikkan lagi susunan lagu ini.
19. Mustika
Akhirnya dapat juga dengar lagu Mustika ini secara live. Lebih bermakna bila ia turut diiringi Gamelan. Gitar solo dimainkan oleh Aznan.
20. Sahabat Gua
lagu wajib untuk penonton bangun dan menari bersama sifu! Tak payah disuruh suruh....Lagu paling happening!!!. Rafi memainkan Oud .Bergegar gegar lantai dewan!
21. Ada
Lagi lagu wajib jika nak beronggeng. Lebih ramai berdiri dan menari. Di bawah kelihatan M Nasir turun dari pentas dan menyanyi dan menari dicelah penonton yang menari mengikut irama. Orang orang kuat KSMN juga tak lepaskan peluang joget lambak malam tu.. Happenig habis la malam itu. Protokol semua tolak tepi. Di akhir lagu M.Nasir cuba mengubah lirik yang membawa maksud persembahan sudah tamat.
Encore
Pentas digelapkan. Penonton mula buat kecoh dan meminta Datuk M Nasir kembali ke pentas. Ada juga yang mula bertepuk dan menjerit "We want more!"
22. Sesat di Kuala Lumpur
Datuk M Nasir kembali ke pentas bermain gitar akustik. Layar hadapan diturunkan dan paparan efek gambaran warna warni kesibukan Kuala Lumpur. Imej yang ditayangkan sangat menarik sesuai dengan nilai nostalgia Kuala Lumpur. Antara persembahan yang tidak boleh dilupakan.
23. Sentuhan Listrikmu
Penonton menyanyi bersama M Nasir dalam lagu ini. Penonton diminta menyanyikan bahagian latar...eya ya ya ya.... mengelikan hati kerana suara penonton tidak ikut tune.
24. Hati Emas
Lagi lagu wajib M Nasir. Penonton sudah berdiri dan tidak mahu duduk. M Nasir, Nan dan Rafi sudah menguasai pentas dengan gitar solo dan tarian sifu.
25. Mentera Semerah Padi (reprise)
Bagaikan latar imej api di pentas begitulah panasnya penonton bila terus berdiri dan menyanyikan lagu semangat pahlawan Melayu ini sekali lagi bersama kumpulan Gong Impian yang seolah-olah cuba mencurahkan tenaga terakhir malam itu. Bagaikan jantan yang berkokok... !!!!
Persembahan tamat setelah berlangsung selama dua jam tanpa henti. Pengacara majlis memperkenalkan barisan pemuzik dan produksi Konsert Sang Pencinta. Diantara pemuzik yang menjayakan Konsert Sang Pencinta adalah : Guitar Rafi & Aznan, Keyboard: Firdaus, Rap/Rebana: Rock, Seruling: Mohar., Keyboard/Accordian: Eddie, . Percussion II: Paeng, Drum : Pae, Kumpulan Gamelan dari Aswara. Layar pula memaparkan End kredit-tenaga produksi Sang Pencinta. M Nasir, menyertai anggota Gong Impian, Bombbay dan semua pemuzik iringan memberikan penghormatan kepada semua penonton yang hadir pada malam itu. Penonton juga memberikan "standing ovation" diikuti tepukan gemuruh dari seluruh penonton.
Penonton kelihatan gembira dan terkesan dengan persembahan Sang Pencinta. Kehebatan pemuzik dan Imej pemetaan visual berjaya meningkatkan lagi nilai konsert ini.
Di lobi Istana Budaya peminat sifu dari pelbagai lapisan umur mula beratur panjang untuk sesi autograf dan bergambar bersama M Nasir. Kemunculan M Nasir disambut tepukan gemuruh.
Konsert Sang Pencinta merupakan satu lagi penanda aras tinggi dalam karier panjang seniman yang bernama Datuk M Nasir. Gabungan teknologi pementasan dan lagu malar segar karya sifu memperkuatkan sifat mistik konsert Sang Pencinta. Sebagai peminat karya sifu, segunung tahniah kepada Datuk M. Nasir, Pihak Penganjur, Istana Budaya, Luncai Emas, Kelab Sahabat M Nasir (KSMN) dan semua yang menjadikan Konsert Sang Pencinta satu realiti.
SM- *Tak sia-sia la aku pening kepala, naik bas turun bas! Harap ada la rakaman Blu Ray konsert ini nanti!!!

Sang Pencinta pukau penonton
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
Karismanya di pentas begitu terserlah. Kawalan vokal pula mantap dan bertenaga. Manakala, persembahan penuh dengan sifat jati diri kemelayuan yang disuntik dengan elemen moden menjadikan semua yang hadir berasa terhibur.
Itulah yang dirasai penonton ketika menyaksikan Konsert M Nasir Sang Pencinta yang berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 28 hingga 30 Jun lalu.
Hampir dua jam setengah, penonton terpegun dengan energi hebat Nasir dalam konsert anjuran Bombbay Worldwide dengan kerjasama Red On Black dan Belbis serta sokongan IB ini.
Penampilan Aznan Alias selaku Pengarah Muzik dan Mohd Rafi Shafie sebagai ‘string arranger’ serta gabungan pemuzik handalan tanah air dan iringan string daripada OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) yang bergandingan dengan gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia), sememangnya menjanjikan sebuah persembahan hebat dari penyanyi bergelar ‘sifu’ ini.
Intro konsert dimulakan dengan penampilan sekumpulan individu bertopeng yang melontarkan bicara Ku Mahu Hidup Seribu Tahun Lagi dan kemudiannya bermonolog.
Kemudiannya Nasir tampil dengan lagu pertama berjudul Dalam. Ketika ini, set pentas diliputi dengan skrin yang memancarkan ilustrasi berbentuk 3D di mana Nasir berada didalamnya. Ia mewujudkan satu pemandangan yang indah.
Biarpun lagu ini kurang mesra di telinga peminat dan sukar mengajak mereka untuk bersama-sama menyanyi, Nasir ada sebab tersendiri memilihnya sebagai pembuka pentas.
Kemudiannya dia menyampaikan lagu Bahtera Raudah dan diikuti dengan lagu Apokalips. Di sini barulah situasi penonton seakan mula bernafas dan terhibur dengan persembahan yang ditampilkan.
Seterusnya suasana terus bersemarak apabila lagu Keroncong Untuk Ana, Hidayah, Rajawali dan Perang Yang Lagi Satu didendangkan kepada penonton.
Seperti yang diketahui, Nasir bukan terikat dengan skrip, justeru setiap patah kata yang keluar dari mulutnya bersifat spontan, namun mempunyai pengertian mendalam.
Peminat setia sudah sinonim dengan penghayatan mendalamnya ketika menyampaikan lagu. Ada kala lagaknya seperti orang bersilat, mengikut irama yang disampaikan. Dia juga tidak duduk diam apabila bergerak ke segenap pelosok pentas termasuk mencelah di antara pemuzik.
Tiada sebarang cacat cela gabungan Nasir bersama pemuzik pengiringnya sepanjang konsert ini. Masing-masing sudah memahami gaya nyanyian dan gimik persembahannya.
Bahkan sesuatu yang menghiburkan pemuziknya seakan menjadi jentera penggerak yang mewarnai persembahan Nasir. Gaya tersendiri mereka juga turut menghidupkan persembahan ini.
Persembahan diteruskan lagi dengan lagu Mantera Semerah Padi yang turut sama dinyanyikan oleh penonton serta lagu Hijab Kekasih. Begitu syahdu mendengar lagu ini disampaikan dengan penuh perasaan.
Selepas itu, M Nasir tampil berbeza menerusi segmen akustik bersama string. Pilihannya ialah menyanyikan semula lagu ciptaannya yang pernah dipopularkan oleh artis lain iaitu Layang-Layang Terputus Tali (Alleycats), Meniti Titian Usang (Search) dan Srikandi Cintaku (Bloodshed).
Lagu-lagu ini sememangnya meninggalkan nostalgia terhadap peminat dan sekali lagi mereka bersama-sama menyanyikannya. Nasir tidak ketinggalan menyanyikan lagu baru berjudul Aku Dah Bilang dan seterusnya lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.
Lagu seterusnya Akar Kita, Bukalah Hati Mu dan Wadi serta Mustika (diiringi muzik gamelan), Sahabat Gua dan Ada.Selepas gimik meninggalkan pentas buat seketika, dia tampil semula dengan lagu Sesat Di Kuala Lumpur dan mengakhiri persembahan dengan lagu Sentuhan Listrikmu.
Tidak perlu banyak berceloteh, peminat tetap gembira menyaksikan persembahan Nasir. Namun siapa sangka seniman hebat ini juga pandai bergurau apabila cuba mengajuk gaya gwiyomi membuatkan semua yang hadir ketawa.
Mengulas mengenai perasaannya, Nasir terharu apabila berpeluang beraksi lagi di IB selepas kali pertama melakukannya pada konsert Alam Muzik empat tahun lalu.
“Terima kasih kepada Bombbay (Zamberi Shaari), yang percaya dengan saya. Dia bersungguh-sungguh untuk melaksanakan konsert ini. Walaupun saya ada bercita-cita nak buat, tapi saya jenis suka bertangguh.
“Bombbay penuh dengan cita-cita dan semangat tinggi. Saya kagum dengan usahanya untuk merealisasikan konsert ini,” katanya.
Ahad, Jun 30, 2013
Mantera M. Nasir menjadi
petikan Utusan Malaysia 30 Jun 2013
Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto NOORADZRENE MOHD NOOR
LAGU-LAGU seperti Mentera Semerah Padi dan Senyuman Listrikmu begitu dekat dengan peminat. Susunan muzik yang cukup hebat menambahkan seri pada lagu yang sudah sedikit berusia itu.
Tidak terhenti daripada terus memberikan yang terbaik buat para pencinta karyanya, M. Nasir membuktikan pengalaman berpuluh tahun di atas pentas berjaya meletakkan dia di tempat tertinggi.
Uniknya M. Nasir masih berada dalam kelas tersendiri. Muzik yang diperjuangkan oleh lelaki berkenaan masih punyai ramai pengikut lantaran kita semakin ketandusan penyanyi yang mempertahankan roh Melayu dalam setiap karya mereka.
Kehebatan karya-karya M. Nasir tidak terletak kepada populariti lagu itu semata-mata sebaliknya seni kata puitis penuh maksud tersirat menambahkan lagi misteri pada setiap sentuhan penyanyi ini.
Dan biar dia di depan, kekuatan M. Nasir tidak hanya terletak pada dirinya sebaliknya bersama paduan para pemuzik yang mendokong persembahannya.
Diketuai Aznan Alias bersama rakan-rakan yang lain nyata telah menyempurnakan konsert Sang Pencinta yang bermula 28 Jun yang lalu sehingga malam ini.
Seperti yang dijanjikan, konsert kali ini tidak hanya menghidangkan peminat dengan lagu-lagu popular sebaliknya mengetengahkan lagu-lagu yang kurang dimainkan di radio.
Memulakan konsert dengan lagu Dalam dan Bahtera Raudhah sudah pasti ramai yang samar-samar mendengarkan lagu tersebut. Namun buat peminat setianya, lagu itu bukan asing pada mereka.
Momentum yang dicipta sejak lagu pertama diteruskan sehingga tamat konsert. Variasi lagu-lagu yang dipilih oleh penyanyi ini cukup lengkap dan bagaikan perjalanan satu malam yang manis untuk ditempuhi.
Konsert yang dianjurkan oleh Bombbay Worldwide itu turut diserikan dengan lagu-lagu lain seperti Apokalips, Keroncong Untuk Ana, Hidayah, Rajawali, Hijab Kekasih, Tanya Sama Itu Hud-Hud dan banyak lagi.
Tidak hanya mendendangkan lagu-lagu nyanyiannya, M. Nasir turut menyanyikan lagu ciptaannya kepada penyanyi lain seperti Layang-Layang Terputus Tali, Menanti Titian Usang dan Srikandi Cintaku.
Semangat kemelayuan M. Nasir terserlah di dalam lagu Wadi dan Mustika. Selain menggunakan akordion sebagai penambah seri, ketukan gamelan juga membangkitkan lagi semangat Melayu pada konsert ini.
Apa yang pasti percaturan Bombay selaku penganjur konsert ini menjadi dengan pembaharuan pemetaan visual yang boleh disifatkan antara terbaik pernah dihasilkan.
MENGHIBURKAN... M. Nasir tidak pernah renggang dengan roh Melayunya.

Jumaat, Jun 28, 2013
Dato’ M. Nasir Lakar Magis di Konsert Sang Pencinta
petikan gua.com.my 28 Jun 2013
KAMARUDDIN RAZAL
Konsert M. Nasir Sang Pencinta yang menemui penggemar muzik di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 28 Jun sehingga 30 Jun 2013 boleh dikatakan sebagai salah sebuah konsert yang terbaik yang pernah diadakan pada tahun ini. Aura dan magis Dato’ M. Nasir masih utuh dan ampuh.
GUA berkesempatan menonton Konsert M. Nasir Sang Pencinta pada malam Khamis dan konsert ini telah membuktikan bahawa M. Nasir merupakan salah seorang penghibur terbaik tanah air. Dimulakan dengan persembahan puisi-drama oleh sekumpulan anak muda yang mendeklamasikan puisi ‘Aku’ dari Chairil Anwar, seterusnya penonton telah dibawa menyelusuri penggembaraan muzik M. Nasir dengan persembahan 22 buah lagu dengan penuh bertenaga sekali.
Menyampaikan seleksi lagu-lagu hitnya seperti ‘Rajawali’, ‘Mentera Semerah Padi’, ‘Keroncong Untuk Ana’ dan ‘Tanya Sama Itu Hud-Hud’, penonton juga berpeluang mendengarkan lagu baru M. Nasir yang berjudul ‘Aku Dah Bilang’. Selain itu, penonton juga diajak menari bersama dengan M. Nasir ketika beliau melagukan lagu ‘Ada’ dan ‘Sahabat Gua’. Suasana Panggung Sari, Istana Budaya gamat seketika apabila semua hadirin bangun dan menarikan retak lagu tersebut yang begitu mengasyikkan.
M. Nasir juga tidak ketinggalan mengalunkan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Search, Meniti Titian Usang dan lagu Srikandi Cintaku, nyanyian asal kumpulan Bloodshed secara akustik. Apa yang membuatkan para penonton kagum ialah disamping alunan vokal mantap M. Nasir, penonton juga disajikan dengan penataan grafik yang cukup mantap. Kaedah 'visual mapping' yang menggunakan beberapa projektor memberi kesan grafik yang cukup menarik dalam konsert tersebut.
Menemui M. Nasir dalam satu sesi sidang media usai konsert, beliau menjelaskan yang dirinya sangat terharu kerana diberi peluang sekali lagi untuk beraksi di pentas Istana Budaya.
“Saya sangat terharu diberikan peluang sekali lagi untuk mengadakan konsert di Istana Budaya. Terima kasih atas semua sokongan yang diterima dari para peminat, kawan-kawan dan pihak media. Terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana percaya kepada saya, sebagai seorang penghibur,” ulas M. Nasir yang pernah muncul dalam Konsert Alam Muzik M. Nasir pada tahun 2009, juga di Istana Budaya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Konsert M. Nasir Sang Pencinta ini! Bagi para peminat di luar sana yang mahu menyaksikan konsert ini, tiket masih lagi dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455 dan untuk mendapatkan tiket, anda boleh melayari laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi Ticket2u di talian 03-41478600 dan boleh menghubungi Istana Budaya Box Office di talian 03-20618134.

Rabu, Jun 26, 2013
Datuk M Nasir: Janjikan kelainan
petikan Harian Metro 26 Jun 2013
Oleh Wahi Aziz
Empat tahun berselang sejak Konsert Alam Musik di Istana Budaya (IB), karyawan serba boleh Datuk M Nasir beraksi semula di pentas berprestij itu dalam Konsert M Nasir Sang Pencinta yang bermula lusa.
Selepas sekian lama peminat menanti aksi penyanyi ini secara langsung, jangkaan umum pastinya tinggi melangit untuk menyaksikan sebuah konsert terbaik.
Ketika ditemui RAP, baru-baru ini, pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamad, 56, menyifatkan acara mega itu adalah rutin biasa bagi seorang penghibur.
Menyangkal sebarang bentuk tekanan atau kebimbangan, komposer disegani ini sebaliknya mahu mencabar diri untuk menampilkan persembahan yang istimewa dan penuh pengertian.
M NASIR ketika sesi latihan sempena Konsert M Nasir Sang Pencipta yang bermula Jumaat ini di Istana Budaya.
“Tiada tekanan pun kerana konsert adalah perkara biasa bagi seorang penghibur. Sebaliknya, kita kena beri sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan dulu.
“Memandangkan kebelakangan ini penganjuran konsert berbayar sudah tidak rancak seperti dulu, saya perlu memastikan tenaga dan pengisian konsert nanti lebih besar dan baik,” katanya.
Berkongsi serba ringkas mengenai pengisian persembahan, M Nasir berkata, elemen paling penting dalam sebuah persembahan adalah penyampaian dan nyanyian.
Katanya, tanpa perlu menampilkan sebarang gimik keterlaluan, tumpuan sebenarnya pada tiga malam konsert berlangsung adalah menghiburkan penonton secara spontan dan semula jadi.
“Bukan saya akan berlakon dalam persembahan nanti tetapi kita ketengahkan usaha dramatik dengan sokongan visual, muzik dan peralatan bagi memperkayakan nilai konsert itu.
“Susunan muzik harus lebih besar dan maju ke depan. Saya selalu mahu membawa penonton ke hadapan ketika berhibur dalam persembahan saya.
“Gabungan muzik Melayu dan moden itu disusun secara progresif bersesuaian dengan bunyi sekarang. Itu penekanan yang saya terapkan nanti,” katanya.
Ditanya mengenai harapan, penyanyi lagu Apokalips dan Mustika ini hanya berharap kesihatannya berada pada tahap terbaik agar dapat mencurahkan sepenuh tenaga dan usaha dalam konsert itu kelak.
“Kadang-kadang keghairahan kita boleh mengganggu perancangan yang disusun. Suara bukan alat muzik yang boleh dibaiki atau ditukar ganti.
“Saya hanya berharap dapat beraksi dengan sepenuh tenaga. Jangkaan besar penonton adalah suntikan semangat untuk saya memberikan aksi yang lebih besar,” katanya.
Seniman yang mula aktif sejak 1979 ini dijangka mendendangkan 25 lagu popularnya termasuk segmen ‘unplugged’ bagi koleksi lagu ciptaannya untuk artis lain.
Dalam pada itu, penerbit juga pengarah konsert, Zamberi Shaari berkata, M Nasir menjanjikan kelainan dalam perjalanan konsert itu nanti, sekali gus menjadikan ia acara yang tidak patut dilepaskan.
“Bagi menambahkan impak kepada persembahannya, dia memerlukan 10 pemuzik rythm, 12 pemain alat muzik bertali daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan tujuh pemuzik gamelan daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
“Sudah tentu gabungan muzik ini mampu menaikkan semangat penonton yang mahukan kepuasan dalam menyelami muzik istimewa sifu ini,” katanya.
Katanya lagi, jika pada konsert di IB empat tahun lalu, M Nasir membuka tirai dengan memaparkan visual abstrak mengenai kelahiran, kali ini penyanyi itu akan menggunakan kecanggihan teknologi visual 3 dimensi (3D) menggunakan tujuh projektor bagi melatari aksinya.
“Bagaimana hasilnya, sama-samalah kita nantikan kejutan di pentas IB,” katanya

Ahad, Jun 23, 2013
M. NASIR Harap ini bukan terakhir
petikan Utusan Malaysia 23 Jun 2013
KONSERT Sang Pencinta masih mengekalkan keaslian lagu asal M. Nasir dengan diiringai Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Orkestra Tradisional Malaysia.
HAMPIR dua dekad Konsert Canggung Medonan berlalu tetapi manisnya tetap dirasai sampai sekarang. Tidak menyangka sama sekali konsert tersebut meninggalkan impak sebegitu besar dalam perjalanan seninya, penyanyi ini tahu kenangan itu tak mungkin luput dalam ingatan.
Saat namanya semakin memuncak ketika itu, M. Nasir tahu inilah masa untuk menguji kesetiaan peminatnya. Melihatkan lautan manusia yang memenuhkan Stadium Negara pada tahun 1994 itu, dia tahu percaturannya berjaya.
Segala-gala telah disiapkan sejak awal. Dari segi pemilihan lagu hingga susunan muzik telah diatur untuk terus menghiburkan peminat lagu-lagu popular M. Nasir yang baru saja melancarkan album Canggung Medonan.
Saya masih ingat ketika itu orang jarang buat apa yang cuba saya sampaikan. Waktu itu industri kita dipengaruhi oleh irama pop dan rock yang menebal.
Apabila saya menyuntik elemen begini nampaknya peminat menerima. Ditambah dengan beberapa lagu popular ketika itu menjadikan Konsert Canggung Medonan meninggalkan kenangan manis buat saya dan pemuzik," kata M. Nasir.
Tidak dinafikan semangat dan jati diri muzik Melayu begitu menebal di dalam dirinya. Semangat itu juga disuntik ke dalam lagu dan lirik bagi menterjemah kuasa irama Melayu ke dalam setiap lagu sepanjang kerjayanya.
Menariknya penyanyi kelahiran Singapura ini masih tebal muzik Melayu. Saat ramai yang mula mengikut gelombang arus muzik dunia yang sering membadai, hanya dia antara artis yang masih setia mempertahan cita rasa Melayu dalam muzik.
Saya sedar kita masih ada penyanyi lama yang tebal dengan jati diri muzik Melayu. Cuma kalau kita lihat pada generasi baru keadaan itu nampaknya sudah semakin meruncing dan amat membimbangkan. Paling saya takut andai kata saya menjadi yang terakhir.
Trend ini memang mengikut perubahan semasa. Saya sedar muzik itu perlu ada perkembangan tetapi dalam masa yang sama kita masih perlu mengekalkan ciri-ciri Melayu.
Kalau tengok sekarang dah tak ramai yang ada ciri-ciri itu. Semuanya mengikut trend terkini. Muzik luar yang pada dasarnya tidak langsung mempertahankan ciri-ciri Melayu walau sedikit dalam lagu.
Dari segi lagu sampailah cara nyanyian semuanya kita mahu tiru penyanyi luar. Malah cara sebutan pun bertukar seperti orang putih," jelas penyanyi yang popular dengan lagu Mentera Semerah Padi ini lagi.
Mengakui trend muzik dunia mempengaruhi sesebuah komuniti, hal itu terjadi sejak dulu lagi. Mengambil contoh beberapa negara yang sudah hilang jati diri (dalam bidang muzik), M. Nasir berharap agar perkara tersebut tidak akan terjadi di sini.
Baginya peranan yang dimainkan oleh stesen radio amat penting. Tidak sekadar memutarkan lagu-lagu yang dikelaskan sebagai lagu popular sezaman sebaliknya mereka berperanan mempromosikan lagu-lagu bercirikan Melayu.
Kuasa yang ada pada stesen radio boleh mengubah situasi itu. Jika tidak dibendung mungkin lagu orang muda hanya untuk orang muda dan lagu orang tua akan terus terpinggir tanpa dinikmati sama rata.

Konsert teaterikal M Nasir
petikan Berita Harian 23 Jun 2013
Oleh Mohd Aizat Shamsuddin
Aksi sifu muzik di Istana Budaya pada 28-30 Jun
Persembahan Datuk M Nasir dalam tiga konsert solonya sebelum ini tidak pernah menghampakan peminat. Walaupun dilihat kurang berinteraksi bersama penonton, barisan lagu yang didendangkan bagaikan mewakili dirinya untuk berkata-kata.
Semangat dibawa penonton turut sama-sama menyanyi dan ada juga menari mengikut rentak seakan merasuk di jiwa M Nasir untuk memberi persembahan terbaik menjadikan setiap konsert solo dijayakannya pasti meninggalkan memori tersendiri.
Bermula dengan konsert solonya pertamanya, Konsert Canggung di Stadium Negara (1994) diikuti Konsert Akar di PWTC (1995) dan kali terakhir, Konsert Alam Musik di Istana Budaya (2009) masing-masing mempertaruhkan gaya persembahan dan mood berbeza kepada penonton.
Penantian empat tahun
Selepas empat tahun sabar menanti, M Nasir sekali bakal membuka cerita baru kepada konsert solonya, Konsert M Nasir Sang Pencinta yang akan diadakan di Istana Budaya (IB) pada 28 sehingga 30 Jun ini.
“Setiap konsert solo yang pernah saya jayakan, ada pembaharuan yang akan dibawa, ada cerita yang cuba untuk disampaikan dalam bentuk visual kepada penonton.
Untuk konsert kali ini cerita yang akan disampaikan lebih mendalam berbentuk teaterikal. Ini merangkumi rekaan persembahan pada malam itu dari segi muzik iringan, pencahayaan dan pemilihan lagu yang jarang didengar tapi sedap didengar. Setakat ini masih belum ada kata putus lagu yang akan dipersembahkan tetapi ia merangkumi lagu biasa dipersembahkan dan lagu yang jarang diputarkan tapi sedap dipersembahkan di pentas konsert.
“Lagu ini akan disusun semula untuk mendapatkan nafas baru tapi digubah mengikut kesesuaian konsert.
Selebihnya penonton harus melihatnya pada malam konsert itu nanti,” katanya pada sesi latihan di Studio Red On Black, Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Persembah 25 lagu
Tiga malam konsert M Nasir itu kelak dijangka menyampaikan 25 lagu, dibahagikan kepada beberapa segmen termasuk unplugged bagi koleksi lagu ciptaannya kepada penyanyi lain.
Konsert M Nasir Sang Pencinta dibawakan Bombbay Worldwide dengan kerjasama Red on Black dan Belbis serta sokongan Istana Budaya, turut menampilkan Aznan Alias sebagai Pengarah Muzik dan Mohd Rafi Shafie pula sebagai Penyusun Alat Muzik ‘String’.
Sementara itu, Aznan Alias berkata, setakat ini latihan lancar dan setiap pemuzik yang terbabit sudah bersedia untuk malam konsert itu nanti.
“Setakat ini sudah 90 peratus lagu yang akan dipersembahkan sudah diputuskan cuma akan dimuktamadkan nanti dengan M Nasir,” katanya yang bekerjasama dengan M Nasir sejak Konsert Canggung di Stadium Negara pada 1994.
Tiket konsert dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455. Untuk tempahan, layari www.ticket2u.biz atau hubungi ticket2u di talian 03-41478600

Konsep peta visual Bombay
petikan Kosmo! 23 Jun 2013
KONSERT Opera Hidup grup Wings merupakan tapak mula Bombay mengaplikasikan konsep peta visual.
DALAM lapangan pementasan, Bombay atau nama sebenarnya Zambre Shaari cukup dekat sebagai penganjur konsert yang sering tampil dengan idea dan konsep yang bagus.
Pada tahun ini, Bombay melalui syarikat kendaliannya, Bombay Worldwide Events tampil dengan sebuah konsert yang ditunggu-tunggu ramai peminat hiburan.
Konsert Sang Pencinta yang mempertaruhkan Datuk M. Nasir sebagai penghibur bakal bersulam dengan konsep yang disebut visual mapping atau peta visual.
Jelas Bombay, peta visual tersebut menggunakan teknologi video dalam konsert berkenaan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 28 Jun ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
BOMBAY atau Zambre Shaari mula bergiat dengan dunia konsert sejak zaman Battle of the Band.
"Konsep ini saya telah cuba untuk konsert Rockestra Opera Hidup Wings di Istana Budaya dua tahun dahulu.
"Tidak terlalu sofistikated tetapi kita perlu mencuba teknologi baharu yang akan mempamerkan sesuatu yang lebih terperinci," jelas taukeh konsert ini.
Apabila ditanya tentang keperluan konsep sebegini dalam adunan Sang Pencinta kelak, Bombay menjelaskan bahawa ia akan memperhebatkan persembahan M. Nasir kelak.
"Konsep peta visual ini akan memberi kelebihan kepada pentas, lebih menyeluruh dan akan berkaitan dengan jalan cerita konsert tersebut. Secara visual, ia akan kelihatan lebih jelas dan terperinci," jelas Bombay yang turut bekerjasama dengan pihak Red On Black dan Belbis untuk konsert tersebut.
"M. Nasir memang unik dari segi penciptaan lagu-lagunya. Ini yang membuahkan cabaran dalam melahirkan kelainan dalam konsert Sang Pencinta kelak. Ketekunan dan penelitian perlu diberi penekanan kerana kita mahu sampaikan maksud lagu-lagunya yang mendalam," ujarnya yang sudah membuat persediaan selama empat bulan sebelum konsert tersebut berlangsung.
Buat Bombay, M. Nasir boleh memberikan input kepada sesiapa sahaja dan merupakan seniman yang mempunyai ruang yang besar dalam berkarya.
"Dia merupakan seniman yang memberikan satu cabaran yang lebih kepada sesiapa sahaja yang bekerja dengannya. Kelebihannya ialah dari segi penciptaan lagu-lagunya," jelas Bombay.
Bombay mula terlibat dengan dunia konsert sejak zaman Battle of the Band lagi. Dia juga berkesempatan bekerjasama dengan Allahyarham Jalil Ngah dalam produksi belakang tabir konsert.
"Saya suka bekerjasama dengan M. Nasir kerana boleh berkongsi idea dan konsep. Lagu-lagunya yang ke arah kemelayuan akan membuatkan konsep persembahan dan pementasan jadi lebih luas untuk diteroka. Impaknya juga besar kerana dia membawa jiwa nusantara," jelas Bombay yang melihat M. Nasir cukup teruja dengan konsert kali ini.

Khamis, Jun 20, 2013
Buat konsert untuk peminat
petikan Utusan Malaysia 20 Jn 2013
Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar NASIRRUDDIN YAZID
M. Nasir bakal mengadakan persembahan di Istana Budaya selama tiga hari bermula 28 Jun ini.
SEBUT sahaja nama Datuk M. Nasir, siapa yang tidak kenal. Ramai yang cukup tertarik dengan persembahan yang dilakukannya.
Melihat gaya tarian dengan elemen muzik yang dibawakannya cukup untuk menghanyutkan pendengar berada di alam M. Nasir dengan tarian yang bersahaja.
Bagi penyanyi yang berasal dari Singapura itu, dia mula mengecap nama dalam bidang nyanyian bukan sebagai seorang penyanyi yang bergerak solo. Sebaliknya dengan kumpulan Kembara yang turut dianggotai A. Ali dan S. Sahlan.
Kumpulan yang ditubuhkan sekitar tahun 1980-an itu banyak mendendangkan lagu-lagu puisi dan rakyat sehinggalah mereka berpecah dan Kembara dianggotai dengan ahli baru yang ditambah elemen kugiran.
Menariknya, kumpulan itu mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan peminat muzik ketika era mereka.
Malah, Kembara juga sudah mengadakan konsert bergerak ke seluruh negara untuk menemui peminat dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.
Namun, setelah hampir 65 buah lagu dihasilkan bersama Kembara, ahli kumpulan itu membawa haluan masing-masing sehinggalah mereka membuat kemunculan semula untuk peminat setia.
Jika dilihat, sejak akhir-akhir ini banyak kumpulan muzik lama sudah mula berkumpul kembali untuk mengadakan persembahan kemunculan semula kumpulan mereka.
Namun, bagi M. Nasir, dia berpendapat kumpulan-kumpulan yang pernah mengecapi popular pada zaman kegemilangan mereka sememangnya berhak membuat kemunculan semula buat peminat.
"Bukan mudah hendak membuat kemunculan semula kerana mereka memerlukan peminat yang sangat tegar memberi sokongan setiap kali mereka melakukan persembahan.
"Peminat tegar ini yang akan menghadiri setiap kali kumpulan mereka membuat persembahan biarpun kumpulan itu sudah agak lama tidak aktif," jelasnya.
Tambahnya, bukan mudah untuk mengumpulkan semula kesemua anggota yang pernah terlibat satu ketika dahulu untuk mengadakan sebuah konsert kerana memerlukan masa dan perancangan yang teliti.
"Kebiasaannya, sebuah kumpulan akan mempunyai peminat tegar apabila kumpulan mereka mempunyai banyak lagu dan kebanyakan lagu mereka mendapat perhatian peminat ketika di zaman mereka," ujarnya.
Berkongsi pengalaman mengadakan konsert bersama dengan kumpulannya, Kembara di Singapura baru-baru ini, jelas M. Nasir, dia sendiri terkejut dengan sambutan yang diberikan peminat.
"Sebenarnya konsert itu diadakan atas permintaan orang. Saya pun bersetuju dengan ahli kumpulan yang lain untuk membuat persembahan sebagai Kembara.
"Pada mulanya, saya tidak meletakkan sebarang harapan pada konsert tersebut. Tetapi bila tiba hari persembahan, saya terkejut dengan kehadiran peminat yang agak ramai," jelasnya.
Tambahnya, kemunculan semula kumpulan-kumpulan lama bukanlah satu fenomena, tetapi mereka sebenarnya memang layak membuat kemunculan semula sebagai menghargai peminat setia.
"Ada orang cakap ini satu fenomena kerana bila ada yang mula, ramai yang nak ikut. Bagi saya, ini bukan fenomena. Sebaliknya kumpulan-kumpulan yang pernah mengecapi era popular mereka memang layak membuat kemunculan semula," katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan Kembara diadakan di negara ini, jelas M.Nasir, itu memerlukan masa dan perancangan yang teliti.
"Memang kami ada merancang untuk mengadakan persembahan untuk Kembara di sini tetapi ia masih lagi dalam peringkat perancangan.
"Banyak benda yang perlu diteliti terutamanya melibatkan masa apatah lagi setiap anggota mempunyai komitmen mereka tersendiri," jelasnya.
Pentas Sang Pencinta
Selepas melakukan konsert solo Alam Muzik pada tahun 2009, M. Nasir kini muncul lagi dengan konsert solonya dan kali ini ia berjudul Konsert M. Nasir Sang Pencinta bertempat di pentas Istana Budaya selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Jun ini.
Menurut M. Nasir, konsert itu akan menyaksikan dirinya mendendangkan lebih 20 buah lagu melibatkan lagu-lagu nyanyiannya yang popular sehinggalah ke lagu yang jarang didengari.
"Selain lagu-lagu didendangkan oleh saya, saya akan turut menyanyikan semula lagu-lagu ciptaan saya yang diberikan kepada penyanyi lain," jelasnya.
Mengulas mengenai konsertnya kali ini, jelas M. Nasir, sebagai seorang penyanyi, memang sudah menjadi kerja buat penyanyi untuk mengadakan konsert bagi peminat mereka.
"Saya sebagai seorang penyanyi memang kerjanya ialah untuk menjayakan konsert melalui nyanyian. Tetapi perbezaannya ialah, konsert solo ini khusus buat penyanyi itu sendiri.
"Saya sendiri sentiasa menantikan untuk mengadakan konsert solo kerana ia adalah seperti satu pemberian buat peminat-peminat.
"Semua penyanyi buat persembahan pentas bila melibatkan majlis atau program-program undangan tetapi bukan semua peminat dapat hadir. Jadi, bila buat konsert solo, ia lebih terbuka kepada umum dan lebih ramai peminat berpeluang untuk hadir," ujarnya.
Tambahnya lagi, antara kelainan yang terdapat pada konsertnya nanti sudah semestinya tenaga persembahan yang lebih hebat.
"Selain tenaga, konsert kali ini mengandungi kesan visual yang menceritakan setiap lagu yang dipersembahkan.
"Saya juga bakal menyampaikan sebuah lagu baru pada malam persembahan dan jika mahu tahu lagu itu tentang apa, irama dan judul lagu itu, kenalah datang menonton," jelasnya.

Labels:
Kembara,
Konsert Sang Pencinta
Langgan:
Catatan (Atom)