ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label Seni Lukis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seni Lukis. Papar semua catatan

Khamis, Disember 25, 2025

Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS.

petikan Astro Awani 25 Disember 2025

Zahari Hamzah

Karya M Nasir (kiri) menjadi jambatan paling jelas antara visual dan muzikal membuktikan bahawa kedua-duanya berkongsi akar yang sama: emosi, ingatan dan pengalaman manusia.

PAMERAN What Song Do You Hear When You See This Painting? yang berlangsung di Galeri PETRONAS, Suria KLCC, tampil melangkaui kerangka pameran seni visual konvensional.

Ia hadir sebagai satu eksperimen estetik yang mengajak khalayak menilai semula cara seni dialami bukan sekadar melalui penglihatan, tetapi menerusi ingatan deria, emosi dan gema muzikal yang terbit secara intuitif dalam kesedaran individu.

Dirasmikan oleh Ketua Galeri PETRONAS, Kerina Fauzi, pameran ini menandakan satu anjakan signifikan dalam pendekatan kuratorial tempatan.

Dalam landskap pasca keterpisahan sosial dan budaya, ketika masyarakat berusaha membina semula rasa kebersamaan selepas tempoh fragmentasi, pameran ini berfungsi sebagai ruang pertemuan antara visual, bunyi batin dan memori kolektif.

Menurut Kerina, seni kontemporari hari ini tidak lagi boleh dibaca secara linear atau tunggal.

Sebaliknya, ia wujud sebagai pengalaman berlapis yang menuntut tafsiran intuitif dan reflektif.

Sejajar dengan pendekatan tersebut, pameran ini tidak mengarahkan pengunjung tentang apa yang perlu dilihat, sebaliknya mengemukakan satu soalan terbuka: apakah lagu yang anda dengar apabila memandang sesebuah lukisan?

Tambah beliau, 12 seniman daripada pelbagai generasi dan latar, berpameran di Galeri PETRONAS ini mencerminkan ekologi seni visual Malaysia yang dinamik merangkumi kesinambungan tradisi moden serta penerokaan kontemporari yang bersifat interdisiplin telah berkerjasama dengan kurator jemputan, Jamal Afiq Datuk Jamaludin.

Antara tokoh penting yang diketengahkan ialah Dr Choong Kam Kow, seorang seniman multidisiplin Malaysia berusia 91 tahun, telah berkarya sejak era pra-kemerdekaan, dengan kerjaya seni yang merangkumi lebih tujuh dekad.

Dikenali sebagai “The Teacher” dalam kalangan generasi pendidik seni, akademik, dan tokoh-tokoh seni terkemuka di Malaysia, beliau dihormati bukan sahaja kerana karya-karyanya, tetapi juga sumbangannya sebagai pendidik dan pemikir yang membentuk landskap pendidikan seni negara.

Dengan latar pendidikan seni di Taipei dan New York, Dr Choong membawa gabungan unik antara tradisi Timur dan pendekatan Barat dalam praktik seninya.

Bahasa visual beliau yang reflektif dan struktural mencerminkan pengalaman budaya dan intelektual yang luas.

Karya-karyanya juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk penyertaan dalam koleksi The Metropolitan Museum of Art (The Met), New York.

Dalam pameran ini, kurator telah memilih karya Dr Choong dari tahun 1985 hingga 1994, termasuk siri “Rockscape” dan “Earthscape.”

Karya-karya ini lahir daripada pengalaman ekspedisi beliau ke Endau Rompin dan Taman Negara, serta memori zaman kanak-kanak beliau di Kinta, Perak.

Landskap yang digambarkan bukan sekadar representasi visual, tetapi medan pertemuan antara ingatan peribadi, pemerhatian alam, dan refleksi falsafah mengenai masa, bumi, dan kewujudan.

Melalui struktur geometri, kontras warna dan keseimbangan optikal, menghasilkan sensasi ritma yang menyerupai komposisi muzik minimalis.

Susunan visualnya seolah-olah bergerak dalam tempo terancang, seperti rangkaian not yang disusun kemas, mencetuskan pengalaman bacaan visual yang berlapis dan sistematik.

Keseluruhan karya Dr Choong Kam Kow menunjukkan kesinambungan pemikiran dan ketekunan seorang seniman yang merentasi zaman, menjadikannya sebagai rujukan penting dalam sejarah seni moden dan kontemporari Malaysia.

Sebaliknya, karya Datuk Sharifah Fatimah Syed Zubir merupakan seniman wanita (fine art artist) yang terkemuka menampilkan kehalusan warna dan struktur organik yang membentuk “melodi” visual yang lebih lembut dan harmonis.

Lapisan warna yang anggun menghadirkan suasana seakan alunan adagio perlahan, reflektif dan sarat dengan dimensi spiritual.

Pendekatan yang lebih senyap dan kontemplatif dapat dilihat dalam karya Datuk Tajuddin Ismail.

Komposisi minimalisnya mencipta ruang hening yang berfungsi seperti rest not dalam muzik - jeda yang memberi ruang renungan.

Dalam konteks pameran ini, karya beliau berperanan sebagai hentian meditatif yang mengajak pengunjung membaca makna melalui kekosongan dan keseimbangan abstrak.

Tenaga berbeza pula muncul melalui arca-arca karya Mad Anuar Ismail yang berasal daripada Terengganu.

Karya Mad Anuar mengangkat semangat kepahlawanan sering dizahirkan melalui tema-tema yang dekat dengan hatinya.

Rafiee Ghani dengan kecenderungan ekspresionis dan gerakan garisan yang dinamik, membebaskan warna sebagai satu bentuk gerak.

Karyanya menyerupai improvisasi jazz yang spontan, bebas dan kadangkala memberontak, namun tetap berlandaskan struktur dalaman yang kukuh.

Rafiee Ghani yang terkenal dengan keghairahan warnanya; percikan warna, tekstur dan jalinan permukaan menghasilkan kesan orkestrasi penuh, seolah-olah kanvasnya “bernyanyi” melalui ledakan emosi yang intens.

Naratif, Memori dan Geografi Emosi Chang Fee Ming, tokoh tersohor seni cat air kontemporari Malaysia, membawa dimensi naratif yang kuat ke dalam pameran ini.

Dikenali melalui visual yang kaya dengan warna, perincian dan kehidupan seharian, pendekatan beliau berakar daripada pengalaman pengembaraan merentas Asia.

Proses lakaran langsung di lokasi, interaksi bersama komuniti setempat serta pengumpulan objek budaya menjadi asas kepada penterjemahan visual yang menangkap roh sesuatu tempat.

“Setiap perjalanan saya bukan sekadar untuk melihat, tetapi untuk memahami. Saya melukis di tempat sebenar, hidup bersama komuniti setempat dan mengumpul objek-objek harian yang mencerminkan budaya mereka. Semua ini membantu saya merakam bukan sahaja rupa sesuatu tempat, tetapi juga jiwanya,” jelas Chang Fee Ming.

Dalam pameran ini, Chang Fee Ming memberi penghormatan kepada wanita-wanita yang ditemuinya sepanjang jelajah kepulauan Asia, menghubungkan figura tersebut dengan unsur bumi dan laut.

Digambarkan melalui rutin harian, wanita-wanita ini muncul sebagai nadi komuniti yang menjaga dan tonggak kehidupan yang sering tidak disedari.

Karya-karya ini menghadirkan “lagu-lagu sunyi” yang berakar pada memori geografi, sebuah balada lembut yang diam tetapi mendalam maknanya.

Manakala dalam bidang seni cetakan, karya Juhari Said menawarkan struktur ritma yang lebih tegas.

Teknik blok kayu yang berulang dan kontras gelap-terang menghasilkan kesan perkusif - ketukan visual yang konsisten dan berdaya naratif. Setiap potongan menjadi rentak yang mengukuhkan intensiti pengalaman pameran.

Sementara itu, seniman muda dari Tawau, Sabah, Chok Yue Zan, mempersembahkan realisme kontemporari yang terfragmentasi.

Lapisan imejnya mencipta kesan gema atau reverb, di mana visual berfungsi sebagai memori yang berganda, bukannya representasi tunggal.

Pendekatan berbeza ditampilkan oleh Dr Lyne Ismail, yang menggabungkan latar sains nanoteknologi dengan praktik seni halus.

Dalam tiga karya utamanya Second Intelligence, Fractal Diffraction/Cinta dan Monolife/Jiwa Dr Lyne meneroka kebijaksanaan dalaman, kesedaran emosi dan penyatuan spiritual.

Karya ini menghubungkan sains, emosi dan kerohanian dalam bahasa visual yang kontemplatif dan puitis.

Menurut Dr. Lyne Ismail, “Saya tidak cuba menggambarkan sains. Saya mengalaminya, dan membiarkan pengalaman itu membentuk karya.”

Perspektif Global dan Ledakan Visual Tiga karya Michelle Yap pula memperlihatkan pendekatan multidisiplin yang dipengaruhi pengalaman global.

Lulusan Central Saint Martins, London, Michelle menggabungkan falsafah Timur dengan teknik Barat, menghasilkan karya yang berani, optimistik dan berlapis dari segi tekstur serta warna. Sapuan kaligrafi, kontras kuat dan warna pop menjadi identiti visualnya.

Dalam pameran ini, dua karya beraksara Cina yang melambangkan Keberanian (勇) dan Ketenangan (舒) dipersembahkan sebagai refleksi nilai kehidupan yang saling melengkapi.

Karya Blooming Skies pula menutup pengalaman visual dengan nada cerah, menzahirkan harapan dan keseimbangan emosi.

Secara keseluruhan, karya Michelle menghasilkan “bunyi” visual yang bertenaga dan agresif seumpama hentakan dram atau petikan gitar elektrik yang mengisi ruang

Dari kiri Jamal Afiq, Kerina Fauzi, Naib Presiden Hubungan Strategik dan Komunikasi PETRONAS, Ir Norafizal Mat Saad, M Nasir dan isteri, Datin Marlia Musa.

M Nasir: Apabila muzik menjelma sebagai lukisan

Kemunculan Datuk M Nasir sebagai satu-satunya seniman berlatarbelakangkan muzik memberikan dimensi yang unik dan signifikan kepada pameran ini.

Buat pertama kalinya, karya catan beliau dipamerkan di Galeri PETRONAS — ruang yang selama ini sinonim dengan gema suaranya sebagai pemuzik dan penyanyi di Dewan Filharmonik PETRONAS.

Lulusan Nanyang Academy of Fine Arts, Singapura, M Nasir mengemukakan bahasa visual yang simbolik, mistikal dan introspektif.

Warna bumi, struktur organik dan elemen spiritual membentuk satu suara batin yang kuat sebagai sebuah kesinambungan daripada dunia muzik yang telah lama membentuk identitinya.

Berbeza dengan seniman lain yang menggunakan muzik sebagai metafora, karya M Nasir sendiri berfungsi seperti lagu.

Garis-garis dalam lukisannya mengalir seperti melodi, manakala lapisan warna disusun seakan struktur muzik: nada rendah yang berterusan seperti drone bass, palet tanah sebagai mid-tone, dan cahaya sebagai not tinggi yang menyuluh makna.

Lukisan-lukisan ini tidak sekadar dilihat, tetapi dirasakan dan “didengar” secara intuitif.

Dalam konteks pameran ini, karya M Nasir menjadi jambatan paling jelas antara visual dan muzikal membuktikan bahawa kedua-duanya berkongsi akar yang sama: emosi, ingatan dan pengalaman manusia.

Dari melihat ke mengalami

Jamal Afiq, selaku kurator jemputan Galeri PETRONAS telah mengstrukturkan pameran ini bagi mengelakkan pembacaan sejarah yang kaku.

Sebaliknya, ia menggalakkan pengalaman multisensori, di mana karya seni berfungsi sebagai sumber resonans yang hidup.

Tambah Jamal, persoalan tentang “lagu” yang muncul ketika melihat lukisan bukan sekadar retorik, tetapi satu pendekatan epistemologi baharu untuk menggabungkan deria, emosi dan memori sebagai cara memahami seni.

Melalui inisiatif digital seperti #HearTheArt dan #GaleriPETRONAS, respons pengunjung membentuk satu arkib suara kolektif yang mencerminkan kepelbagaian tafsiran dan pengalaman.

Seni sebagai lagu kolektif

Pameran What Song Do You Hear When You See This Painting? bukan sahaja memperluas wacana seni visual Malaysia, malah membuka ruang dialog yang lebih inklusif antara seniman dan khalayak.

Dengan menghimpunkan pelbagai generasi dan pendekatan, pameran ini membuktikan bahawa seni hari ini bukan sekadar untuk dilihat tetapi untuk didengar, dirasa dan dihidupkan dalam imaginasi kolektif.

Jika sebuah imej sering dikatakan bernilai seribu kata, pameran ini membuktikan bahawa sebuah lukisan juga mampu melahirkan seribu lagu dan dalam konteks ini, karya M. Nasir mengingatkan kita bahawa muzik dan seni visual, pada dasarnya, berkongsi denyut yang sama.

Pameran What Song Do You Hear When You See This Painting? berlangsung sehingga 26 April 2026 di Galeri PETRONAS, di aras 3, Suria KLCC.

* Zahari Hamzah merupakan pengkritik dan pemerhati teater Malaysia yang aktif menulis tentang seni persembahan kontemporari, tubuh dan bahasa dalam konteks budaya Melayu moden.

Beliau pernah menulis dan mengarah beberapa muzikal serta dramatari di Dewan Filharmonik PETRONAS, antaranya Muzikal Pap Pandir, Demang Lebar Daun, Awang Sulung Merah Muda, Hanuman dan Puteri Intan Baiduri selain terlibat sebagai pelakon dan tenaga produksi teater tradisional Mak Yong dan Mek Mulung.

Beliau merupakan graduan Sarjana Pengajian Seni dari UPSI.

Rabu, September 17, 2025

Pameran Lukisan Jiwa M Nasir

 sumber : Muzium Pahang

Pameran Lukisan Jiwa M Nasir 31 Ogos 2025 - 31 Disember 2025

Buat julung kalinya, Muzium Maritim di Pulau Beram, Pekan yang baru dinaik taraf kini mempersembahkan pameran sulungnya: “Lukisan Jiwa M. Nasir”

Ikon seni tanah air, Dato’ M. Nasir, lebih dikenali ramai melalui penglibatannya dalam industri muzik, namun pameran ini membawa anda menyelami sisi lain beliau sebagai seorang pelukis dan pencinta seni halus. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan bagaimana karya seni visual menjadi cerminan rohani, falsafah dan renungan diri seorang seniman sejati.

Mari alami sendiri manifestasi jiwa seorang seniman dalam dimensi kehambaan, melalui karya-karya yang menggugah rasa dan menyentuh jiwa.

—————————————————————————

MAKLUMAN

Muzium Maritim, Pulau Beram, Pekan masih dalam proses naik taraf untuk fasa-fasa berikutnya. Hanya pameran ‘Lukisan Jiwa M. Nasir’ yang dibuka bagi kunjungan orang awam buat masa ini.

WAKTU OPERASI:

Isnin :Tutup

Selasa hingga Khamis : 9 pagi - 5 petang

Jumaat : 9 pagi - 12.15 tengah hari

(rehat dan solat Jumaat)

2.45 petang - 5 petang

Sabtu dan Ahad :  9 pagi - 5 petang

Masuk adalah percuma

Isnin, Jun 10, 2024

Sesat di Galeri Puteh: Lagu-lagu M. Nasir dalam seni tampak

petikan Releven.com.my 10 Jun 2024

By Ku Syafiq Ku Fozi

KARYA Abdullah Jones bertajuk Requiem yang diilhamkan dari lagu Balada Osman Tikus. - Gambar Ku Syafiq Ku Fozi

SAYA tak tahu pameran Sesat di Kuala Lumpur: Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M. Nasir di Galeri Puteh dilancarkan pada 9 Jun.

Sudah terbayang suasana sunyi dan romantis sebuah galeri seni, betapa lapangnya fikiran ketika mengumpul kandungan untuk artikel ini. Tapi dari eskalator tingkat 4 KL Eco City, saya dah nampak orang bersila di luar galeri.

Galeri Puteh agak penuh dan padat. Ramai betul manusia berkumpul. Rupanya majlis pelancaran baru usai.

Jangan salahkan saya sebab tak tahu. Saya baca artikel Abdullah Jones di Seni Malaya tentang pameran itu tapi tak ada langsung maklumat tentang pelancarannya diletakkan.

Sebab inilah, saya fikir, pelukis dari Kuantan itu tak diberi vest coat wartawan oleh editor Seni Malaya dan Malaysiakini. Artikelnya tak cukup ‘wartawan’, tak cukup ‘reporting’.

Nak dibanding dengan Karam Singh Walia, susahlah.

Penyatuan seni

Konsep pameran Sesat di Kuala Lumpur unik dan menarik. Ia menyatu dua cabang seni, muzik dengan seni tampak.

Dalam Galeri Puteh, penuh karya seni berkaitan lagu-lagu M. Nasir yang dipamer. Ada lukisan, ada foto, ada juga arca. Ada juga kayu-kayu yang disusun yang saya tak tahu nak kategorikan sebagai apa. 

Saya memang tak tahu banyak benda tentang seni-seni yang selalu dipamer di galeri. Ini hujah saya terhadap Abdullah Jones setiap kali dia desak saya menulis tentang seni-seni itu.

Sekali lagi, konsep pameran itu sangat menarik. Mungkin sudah lazim di tempat lain tapi di Malaysia – atau dalam radar pengetahuan saya – masih langka. 

Boleh jadi, langkanya itu sebab tak banyak karya (atau pengkarya) muzik di Malaysia yang cukup dalam dan prolifik untuk ditafsir dalam bentuk seni lain.

M. Nasir ada kedalaman itu. Diskografinya cukup kaya dengan dengan lagu dan lirik yang boleh ditafsir berlapis-lapis.

Alih wahana

Subtajuk pameran, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu mengingatkan saya pada lagu Jason Ranti, Lagunya Begini Nadanya Begitu. Lagu Jason itu pula pastinya homaj buat penyair kesayangan Indonesia, Sapardi Djoko Damono yang lebih awal menerbitkan buku bertajuk Bilang Begini, Maksudnya Begitu.

Jadi, tak hairan apabila Noor Azam Shairi banyak memetik Sapardi dalam artikel muka hadapan The Blank Canvas Galeri Puteh keluaran khas Sesat di Kuala Lumpur.

Dari ungkapan “sebermula adalah bunyi, baru sesudah itu muncul gambar”, Noor Azam memetik idea alih wahana oleh Sapardi yang dilihat tepat dengan konsep pameran tersebut.

Alih wahana membawa maksud perpindahan medium. Maknanya, bukan sekadar lagu-lagu M. Nasir didengar ketika proses penghasilan lebih 60 karya yang dipamer itu. Ia hanya teknik atau proses.

Lebih penting, tafsiran terhadap lagu atau lirik dipindahkan kepada medium lukisan, foto atau arca. Karya seni yang dihasilkan mengendong makna yang boleh jadi sama, tercambah atau sepenuhnya baharu, bergantung kepada tafsiran para seniwan yang terlibat.

Dengan pindahan tafsiran tersebut, karya muzik dihidupkan semula dalam bentuk baharu. Roda kreativiti sambung berputar, kata Noor Azam.

Datang pameran, kawan-kawan

Pameran Sesat di Kuala Lumpur: Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M. Nasir akan berlangsung sehingga 30 Jun. Ini peluang untuk peminat muzik M. Nasir menikmati karyanya dalam bentuk berbeza.

Akses ke Galeri Puteh juga mudah. Stesen LRT dan KTM Abdullah Hukum betul-betul di hadapan bangunan KL Eco City. Pusat beli-belah itu pula tak ramai orang, sesuai dengan peminat seni yang suka sunyi, depresi dan aktiviti termenung.

Saya sendiri perlu datang lagi untuk buat ulasan yang betul-betul. Pada hari pelancarannya, orang terlalu ramai. Mana nak bersembang, mana nak nikmati art. Tak sempat.

Tapi harapnya, waktu sampai masa untuk mengulas nanti, ia tidak dihakimi bersungguh-sungguh oleh penggiat seni tampak terbilang seperti Abdullah Jones dan rakan-rakannya.

Anggaplah saya seperti seorang pemuda polos yang baru nak belajar menikmati seni yang rumit dan mendalam itu. Datanglah dengan teguran berhemah. 

Seperti teguran saya ini kepada Bang Doloh: kalau nak jadi wartawan, berhenti guna “ianya” dalam penulisan, DBP tak suka. – RELEVAN

Dari lagu ke visual

 petikan Seni Malaya 6 Jun 2024

Oleh:Abdullah Jones

Sesi berbual Abdullah Jones dan M.Nasir di Galeri Puteh baru-baru ini.

“Mana ada orang pakai dah!” kata editor portal ini dan mungkin juga portal yang satu lagi itu kepada kami. 

Semasa diminta untuk bertemu Datuk M.Nasir bagi menulis artikel pameran ‘SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M.Nasir’ yang akan diadakan di Galeri Puteh, kami menolak kecuali jika kami dibekalkan dengan vest coat seperti mana kami lihat yang selalu dipakai oleh mereka yang terlibat mencari berita. 

Kami minta dari Seni Malaya dan juga Malaysiakini.

Pameran ‘SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M.Nasir’ memerlukan para pelukis menafsirkan semula lagu-lagu yang telah ditulis oleh seniman ini. Lebih 40 buah karya mengambil bahagian dalam pameran tersebut.

Sejak membaca kolum Pak Pandir Moden oleh Pak Sako di surat khabar lama dulu, kami teringin juga beroleh kemudahan yang sedemikian dan setelah melihat Karam Singh Walia memakai vest-coat di televisyen, kami berazam untuk kelihatan bergaya seperti dia jika nanti kami direzekikan untuk mewakili mana-mana badan berita.

Kecewa kami hanya Tuhan yang tahu apabila diberitahu yang wartawan kini  tidak lagi gemar beridentiti begitu. Dan kami menolak pelawaan itu sebenarnya kerana kami takut untuk duduk bersama dengan tokoh yang satu ini.

Tidak pernah selama menulis kami menganggap diri kami sebagai wartawan. Malu sebenarnya mahu mengaku memangku jawatan sebesar itu. Kami hanya seorang yang suka menulis dan menulislah yang kami lakukan.

Dan sebagai seorang yang bukan pemberita, semasa duduk bersama M.Nasir kami memberitahu dia yang kami tidak ada apa-apa soalan.

“Kalau tak ada soalan, kita berceritalah,” jawabnya dan dia pun mula bercerita.

Menurut M.Nasir rancangan untuk pameran ini  adalah hasil dari perbualan santai diantara dia dan juga Nizam Rahmat, pengasas Galeri Puteh.

Menurut dia lagi, tugas untuk memilih pelukis diserahkan sepenuhnya kepada pihak galeri dan dia mencadangkan agar pelukis yang dipilih adalah dari pelbagai lapisan usia. Ini adalah untuk memungkinkan penafsiran lagu-lagu yang pernah dia hasilkan tidak terhad hanya kepada satu generasi.

Hasilnya  menurut M.Nasir, karya-karya yang dipamerkan sangat mengesankan. Dia mengambil contoh karya pelukis Ronnie Mohamad yang mempersembahkan karya yang mengambil judul pameran ini, Sesat Di Kuala Lumpur sebagai  tajuk karyanya. 

Karya tersebut menurut dia memang menggambarkan keadaan yang sebenar di Central Market sekitar tahun 1980-an. Ronnie pada hemat M.Nasir berjaya membuat satu tafsiran yang tepat terhadap lagu tersebut. Sesat yang dipamerkan oleh Ronnie adalah sesat yang dialami oleh M.Nasir dan juga mereka yang sibuk mencari jalan lurus di Kuala Lumpur pada zaman itu.

Selain itu karya Husin Othman, Arikwibowo Amril, Norlisham Nor dan juga Jamil Mat Isa juga menarik untuk diperkatakan. Pelukis lain yang terlibat dalam pameran ini ialah Hamir Soib, Ahmad Fuad Osman, Najib Bamadhaj, Hishamuddin Abdullah, Rafiee Ghani serta ramai lagi.

M.Nasir sendiri juga menyumbangkan beberapa buah karya.

Penafsiran baru juga membuka ruang kepada pemahaman yang lebih luas terhadap lagu dan tentu sekali lirik-lirik penyanyi tersebut. Ianya juga menjadikan lagu-lagu yang selama ini berada disatu jalan sehala  bercambah menjadi sesuatu yang lebih terbuka.

Pelukis terkenal Fendy Zakri yang terlibat sama  dalam pameran ini meminta kami bertanya kepada M.Nasir sama ada penyanyi ini  pernah menghasilkan lagu berdasarkan lukisannya sendiri.

Untuk makluman, selain pemusik, M.Nasir juga adalah seorang pelukis. Menurutnya, dia melukis setiap hari sejak lama dulu sehingga hari ini. Dia juga pernah mengadakan pameran solo sedikit masa dulu.

Menjawab pertanyaan Fendy, dia mengatakan mungkin ada namun dia  tidak dapat menamakan secara khusus judul lagu yang terhasil dari sesi melukis. Menurut dia, sudah semestinya dia akan berlagu semasa melukis namun dia tidak dapat mengenal pasti lagu mana satukah yang terhasil dari sibuknya dia melukis itu.

Lagu yang paling terkenal terhasil dari lukisan adalah lagu ‘Vincent‘ nyanyian Don McLean. Lagu tersebut menceritakan kisah hidup pelukis Vincent Van Gogh dengan penuh melankolia. Namun begitu ianya dihasilkan lama setelah pelukis tersebut meninggal dunia.

Sementara pameran lukisan berasaskan lagu seperti pameran ‘SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M.Nasir’ yang dapat dikesan adalah apabila para pelukis berkumpul untuk meraikan lagu-lagu dari album Us karya penyanyi Peter Gabriel.

Pameran Art About Us ini disertai oleh pelukis-pelukis tersohor seperti Yayoi Kusama, Mikael Bethe-Selassie, Ian Huges dan juga Finbar Kelly serta ramai lagi.

Menariknya, Peter Gabriel adalah penyanyi yang turut menjadi rujukan M.Nasir dalam berkarya. Dia pernah mengatakan keinginan untuk membawa musik Nusantara ke mata dunia seperti mana yang dilakukan oleh Peter Gabriel kepada ‘world music’. 

Dalam masa bercerita itu, M.Nasir juga menegaskan bahawa kini agak sukar untuk mencari penulis lirik yang bagus. Mungkin kerana hidup dalam kesenangan maka apa yang mereka lagukan kini adalah permasalahan cinta yang pura-pura. Lagu-lagu kasih sayang hari ini ditulis tanpa ada jiwa manakala lagu-lagu pemberontakan pula kelihatan berada diatas permukaan.

Dalam dunia musik pula, selain kumpulan Kembara, Nasir mendapati kumpulan Harmoni yang dipimpin oleh Zubir Ali layak diingat sebagai kumpulan yang rebel kepada musik yang ada pada waktu itu. 

Disebalik kemerduan dan harmonisnya lagu-lagu mereka kumpulan ini sebenarnya adalah perlawanan kepada nada dan irama yang menguasai pendengar pada waktu itu.

Sementara pemberontakan dalam lukisan dinegara kita menurut M.Nasir dimulakan oleh Latiff Mohidin dan kumpulan Anak Alam. Lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh Latiff dan juga kumpulan Anak Alam menurut M.Nasir lari dari  kebiasaan seperti yang dihasilkan oleh seniman yang ada pada masa itu.

M.Nasir juga menamakan Sulaiman Esa sebagai seorang yang berani dalam menghasilkan karya.

Dunia catan kita berhenti memberontak setelah itu dan mungkin kerana kehidupan seniman hari ini adalah selesa, mereka tidak lagi mahu dilihat sebagai pemberontak atau setidak-tidaknya pembaharu dalam dunia catan hari ini.

Isu royalti P Ramlee rumit sebab ada perjanjian antarabangsa - M Nasir

petikan Berita Harian 10 Jun 2024

Oleh Norhayati Nordin  norhayati_nordin@hmetro.com.my

M Nasir pada pameran Sesat di Kuala Lumpur, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu di Galeri Puteh di ibu negara. Foto NSTP Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M Nasir menyifatkan isu royalti karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sudah tamat 50 tahun sebelum ini agak rumit untuk diselesaikan kerana wujud perjanjian antarabangsa.

M Nasir, 67, berkata, isu royalti karya P Ramlee yang tamat tahun lalu selepas lima dekad kematian Seniman Agung itu lantas berstatus 'domain awam', bagaimanapun, masih layak diterima beberapa penulis lirik lain yang bekerjasama dengan arwah.

"Pembayaran royalti P Ramlee untuk waris-warisnya memang sudah tamat pada tahun lalu, tetapi ada antara penulis lirik lain yang pernah bekerjasama dengan arwah masih layak untuk waris mereka menerima royalti itu.

"Royalti P Ramlee sudah melepasi tarikh tamatnya selama 50 tahun selepas kematian arwah agak rumit diselesaikan kerana ada perjanjian antarabangsa yang memerlukan diteliti daripada pelbagai aspek.

"Jadi, tempoh untuk selesaikan isu royalti P Ramlee yang warisnya (arwah) mohon berpanjangan selama beberapa tahun lagi perlu ambil masa diuruskan," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga sama ada dalam setahun atau dua tahun isu royalti P Ramlee selesai, M Nasir tiada jawapan untuk itu. Sebaliknya, bergantung masa berikutan prosesnya agak rumit.

Terdahulu, M Nasir hadir pada majlis perasmian pameran lukisan Sesat Di Kuala Lumpur, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu... M Nasir yang disempurnakan oleh anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah Anwar di Galeri Puteh di sini, semalam.

Mengulas juga isu hak harta intelek Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma yang nama arwah diguna pakai dalam pelbagai acara tanpa pengetahuan warisnya, M Nasir berkata tindakan undang-undang wajar diambil.

"Bagi Saloma pula, tindakan waris untuk menggunakan saluran undang-undang adalah tepat. Cuma, kalau isu royalti sebagaimana P Ramlee itu, setahu saya Saloma adalah seorang penyanyi.

"Allahyarham Saloma tidak mencipta lagu dan kebanyakan karya nyanyiannya hasil ciptaan P Ramlee. Apapun, diharapkan agar pihak luar yang ingin menggunakan 'jenama' artis ambil tahu berhubung harta intelek," katanya.

Pameran lukisan Sesat Di Kuala Lumpur, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu...M Nasir yang berlangsung dari 10 Jun hingga 30 Jun ini membabitkan lebih 60 lukisan.

Difahamkan, semua karya lukisan itu adalah diilhamkan pelukis daripada lagu ciptaan M Nasir dengan gabungan elemen seni visual, fotografi dan persembahan yang menarik serta terbaik.

Antara pelukis yang menyertai pameran lukisan ini adalah M Nasir sendiri; Rafiee Ghani; Ahmad Fuad Osman; Masnoor Ramli; Abdullah Jones; Samsuddin Wahab; Stephen Menon; Najib Bamadhaj; Shafiq Nordin; Hisyamuddin Abdullah; Kide Baharudin dan Ika Sharom.

Jumaat, Jun 07, 2024

Weekend for the arts: Galeri Puteh's M. Nasir tribute

taken from The StarThe Star 7 June 2024

EXHIBITION: 'SESAT DI KUALA LUMPUR'

Venue: Galeri Puteh, KL Eco City Mall, Kuala Lumpur

Date: June 8-30


Fawwaz Sukri's painting 'Cover Album Series: Kembara Seniman Jalanan' (acrylic on canvas, 2024). Photo: Galeri Puteh

On Sunday, Galeri Puteh will be opening Sesat Di Kuala Lumpur: Lagunya Begini, Tampaknya Begitu, an exhibition showcasing nearly 60 artists inspired by legendary Malaysian singer, songwriter, and actor Datuk M. Nasir.

Running through the month of June, the exhibit features a multi-generational line-up including Rafiee Ghani, Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli, Abdullah Jones, Samsuddin Wahab, Stephen Menon, Najib Bamadhaj, Shafiq Nordin, Hisyamuddin Abdullah, Kide Baharudin, Ika Sharom, Mustaffa Ahmad Hidzir (aka Tapa Otai) and others.

The exhibition features a range of mediums, including paintings, mixed media art, wall installations, and photographs.

Inspired by M. Nasir's extensive music and arts legacy, the exhibition also references his song from the 1986 cult classic movie Kembara Seniman Jalanan.

An opening reception will be held this Sunday at 2pm, with the public invited to check out a gallery programme that might offer a surprise or two when it comes to music, art and poetry.

Read more : Reimagining M. Nasir's musical legacy through art

Rabu, Jun 05, 2024

‘Sesat di Kuala Lumpur’ art exhibition fetes legendary artiste M. Nasir and his 45 years in music

taken from Malay Mail 5 Jun 2024

By Dhesegaan Bala Krishnan

Legendary singer-actor Datuk M. Nasir, 67, is celebrating his 45 years in music with a concert on August 10. — Picture by Raymond Manuel

KUALA LUMPUR, June 5 — Feeling lost in Kuala Lumpur is not necessarily bad, says legendary singer and actor Datuk M. Nasir, as he recalled his early years in the city.

In fact, the Singapore-born artist said the city “gives you many reasons to get lost.”

“‘Sesat’ does not necessarily mean getting lost although KL can be a maze to navigate.

“KL allows you to get lost and then find your way,” Nasir told Malay Mail when met at Galeri Puteh, ahead of an art exhibition celebrating his musical career here this Sunday.

The Sesat di Kuala Lumpur: Lagunya Begini, Tampaknya Begitu... M.Nasir exhibition ― named after the singer-songwriter's hit song in the 1986 cult classic film Kembara Seniman Jalanan ― celebrates his 45-year musical journey.

The exhibition features over 50 artworks inspired by Nasir’s vast career in music and films from 30 multi-generational artists, such as Rafiee Ghani, Ahmad Fuad Osman and many more.

Nasir himself will be contributing his paintings for the exhibition.

Afterall, he first came to Kuala Lumpur in the 1970s to pursue his passion in painting after graduating in Fine Arts from the Nanyang Academy of Fine Arts in Singapore.

Still a Singaporean citizen then, Nasir was keen to become a part of Anak Alam, an influential art collective established in 1974.

There, he also made acquaintance with late actor and poet Pyan Habib, who later became his co-star in Kembara Seniman Jalanan.

“It was their freedom that attracted me. They could just express themselves in a way they wanted through poetry, theatre, paintings.

“It was simply their way of life ― one that was closer to nature and above all material ambitions,” he said.

Fate, however, had something else stored for Nasir. His songs started garnering traction since his first solo album Peminat Seni debuted in 1979, eventually making him the “Sifu” of Malaysian music.

“The 1980s marked the beginning of many things. It was the time Malaysia ushered in a new era of development, and I wrote the songs to document the thoughts of the people back then,” he said.

Meanwhile, Galeri Puteh co-founder Nizam Rahmat said the artworks on display were selected after a rigorous process to ensure a fitting tribute to Nasir’s musical journey.

His personal favourite was the Sesat di Kuala Lumpur painting by artist Husin Othman, who is based in Parit Buntar, Perak, inspired by the Kembara Seniman Jalanan movie.


Galeri Puteh co-founders Nizam Rahmat and Mimie Abdullah pose with Husin Othman’s artwork inspired and named after M. Nasir’s 1986 hit, ‘Sesat di Kuala Lumpur’ ― Picture by Raymond Manuel

“To me, this painting captures Nasir at his peak during the 1985 -1986 period.

“Very few artists deserve an art exhibition on them and Nasir is a legend with an illustrious career that certainly deserves this honour,” he said.

The Sesat di Kuala Lumpur: Lagunya Begini, Tampaknya Begitu... M.Nasir exhibition will run from June 8 until June 30 at Galeri Puteh in KL Eco City Mall.

The 67-year-old singer will also mark his 45-year milestone with a concert at Axiata Arena on August 10.

Sabtu, Mei 25, 2024

Lagu-lagu M.Nasir divisualkan

petikan SENI MALAYA 25 Mei 2024

Oleh: Irwan Muhammad Zain

Pameran SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu…M.Nasir ini bukan sekadar pameran, tetapi sebuah pengalaman artistik yang mendalam.

DALAM meraikan perjalanan seni yang penuh inspirasi Datuk M.Nasir selama 45 tahun, Galeri Puteh akan menganjurkan sebuah pameran seni yang berjudul SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu…M.Nasir.

Menurut Pengarah Galeri Puteh, Nizam Rahmat, pameran ini merupakan penghormatan luar biasa kepada perjalanan seni M.Nasir.

Nizam berkata pameran ini menampilkan lebih dari 30 pengkarya seni tampak, fotografi, dan persembahan yang terinspirasi oleh karya muzik M.Nasir. 

Katanya, setiap karya seni yang dipamerkan adalah interpretasi unik yang membawa pengunjung menyelami dunia M. Nasir melalui lensa visual yang kaya dan berlapis.

“Galeri Puteh menganjurkan pameran karya berdasarkan lagu-lagu ciptaan M.Nasir kerana kami ingin memberi penghormatan kepada sumbangan besar beliau dalam dunia seni muzik Malaysia. 

“Lagu-lagu M.Nasir yang penuh makna dan kaya dengan elemen seni dan budaya boleh menjadi inspirasi bagi pelbagai bentuk seni tampak.

“Keistimewaan M.Nasir yang membuatkan Galeri Puteh memilih untuk menganjurkan pameran ini adalah kerana beliau bukan sahaja seorang tokoh muzik tetapi juga seorang seniman yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia seni dan budaya Malaysia. 

“Karya-karyanya yang mendalam dan pelbagai mempengaruhi bukan sahaja dunia muzik tetapi juga seni tampak Melayu. ,” katanya kepada Senimalaya.

Nizam berkata M. Nasir, yang terkenal sebagai penyanyi, pencipta lagu, penulisan lirik, pelukis, pelakon dan pengarah, telah menjadi ikon seni yang mempengaruhi banyak generasi. 

“Pameran SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu…M.Nasir ini bukan sekadar pameran, tetapi sebuah pengalaman artistik yang mendalam, di mana setiap lukisan, foto, dan persembahan memberikan nyawa baru kepada lagu-lagu dan kisah-kisah yang dicipta oleh beliau,” katanya lagi.

Antara pengkarya yang menyertai pameran ini adalah Rafiee Ghani, Ahmad Fuad Osman, Abdullah Jones, Samsuddin Wahab, Najib Bamadhaj, Kide Baharudin, Ika Sharom dan ramai lagi.

Galeri Puteh menjemput semua pihak untuk menikmati keindahan setiap karya seni yang dipamerkan, merasai keajaiban bagaimana muzik dan seni visual dapat bergabung dalam harmoni dan mempesonakan. 

Pameran bakal berlangsung pada 8 hingga 30 Jun ini menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja merangsang pemikiran tetapi juga menggerakkan emosi.

Khamis, November 09, 2023

Karya M Nasir di pameran "Colours For Gaza"

 petikan AstroAwani 9 November 2023

Irwan Muhammad Zain

Pameran ini dianjurkan atas dasar keprihatinan dan solidariti seniman-seniman negara ini kepada rakyat Palestin di Gaza. - Gambar ihsan Galeri Puteh

SENIMAN Datuk M Nasir turut menyertai pameran seni Colours For Gaza yang menghimpunkan 90 seniman dari seluruh negara.

Pengarah Galeri Puteh, Mohd Nizam Rahmat berkata, M Nasir telah bersetuju menyerahkan sekeping lukisan beliau untuk dipamer dan dijual.

"Kami amat berbesar hati dengan penyertaan M Nasir ini dan pastinya ia membawa seribu makna kepada Galeri Puteh dan pameran ini," katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.

Dianjurkan Galeri Puteh, "Colours For Gaza" akan berlangsung dari 14 hingga 21 November dan pelancarannya pada 15 November.

Mohd Nizam berkata, pameran ini dianjurkan atas dasar keprihatinan dan solidariti seniman-seniman negara ini kepada rakyat Palestin di Gaza.

eran ini juga diadakan untuk menyampaikan mesej dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.

"Selain itu, ia juga bertujuan mencipta ruang dialog dan pemahaman antara masyarakat melalui seni dan warna sebagai medium untuk berkomunikasi.

"Seniman mempunyai peranan yang kuat dalam membentuk persepsi dan emosi kerana, setiap karya seni menyampaikan pesanan dan emosi, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan golongan itu kepada usaha kemanusiaan di Palestin," tambahnya.

Hasil penjualan karya seni dan penajaan akan disumbangkan kepada tabung bantuan Palestin, menerusi kerjasama dengan badan kemanusiaan yang sah akan dipilih kelak.

Selain M.Nasir, seniman lain yang akan bersama di pameran tersebut antaranya, Abdul Mansoor Ibrahim, Tajuddin Ismail, Ahmad Fuad Osman, Bayu Utomo Radjikin, Abu Bakar Idris, Juhari Said, Faizal Suhif, Jalaini Abu Hassan, Fauzul Yusri, Suzlee Ibrahim, Ramlan Abdullah, Rafiee Ghani, Kide Baharudin, Ika Sharom, Stephen Menon, Samsuddin Wahab, Hamir Soib, Faisal Tehrani, Amar Idris dan Intan Rafiza.

Selain itu, dua seniman wanita dari Brazil dan Turkiye juga turut mempamerkan karya mereka untuk dijual

Rabu, April 29, 2015

M. Nasir: He sings, he writes, now he’s making art

taken from Star2  - 29 April  2015
BY DARYL GOH




Meet M. Nasir, the artist.

From keronchong to Kandinsky, M. Nasir is a man with many artful twists.

And yet his Wikipedia page makes no mention of a recent addition to his extensive resume. Datuk M. Nasir – the visual artist. This omission doesn’t really bother the 57-year-old renaissance man, who has maintained and enjoyed a long-standing career – singer, songwriter, composer, producer, actor and film director – in the entertainment industry in Malaysia since the late 1970s.

“‘I didn’t know you painted,’” says M. Nasir, sounding slightly amused. “I get that comment very often when people find out about what I have been busy doing outside my music work.”


Inner emotion: The multi-talented M. Nasir – singer, songwriter, actor, producer and now painter – at his solo exhibition Tanda II at Tapak Galeri in Shah Alam, Selangor. He is standing beside his work Warna Maya (acrylic on canvas, 2015). Photo: NORAFIFI EHSAN/The Star

While music has clearly made M. Nasir a household name, art has always been something knocking on the back door of his career. It’s just that the knocks have gotten louder in recent months, or so he claims during an interview last week at Tapak Galeri in Shah Alam, Selangor.

“At one point in my life, I was full of messages. That was some 20 years ago … I wanted the world to listen to what I had to say through music. Then I came to realisation that it didn’t have to be like that. Sometimes, having an idea in itself can be outdated.

"Through art, I’m just expressing my existence now. I’m enjoying the process of making art,” he adds with a philosophical nod."

Back to art

In 1996, M. Nasir nearly went back to art after his songs were frozen on RTM channels following his infamous “Siapa Mahathir?” outburst. He survived that stormy period.

An interesting – here and now – thread is developing for M. Nasir when it comes to art. He is not passing through the studio door, seeking to re-enter the past.

“This is me making art now. It’s coming from the inside. It’s how I feel now. I’m not trying to look back.”

It’s easy to see why some people would think he’s on a nostalgic trip. It was back in 1977 when the Singapore-born M. Nasir graduated in Fine Arts from the Nanyang Academy of Fine Arts.

He even participated in a handful of group shows in the late 1970s – including a two-man batik show with S. Amin Shahab (artist/composer) at National Art Gallery Singapore in 1978 – before moving his career towards music and theatre work in Kuala Lumpur.


Dewi, (acrylic on canvas,2015) is one of the highlights at M. Nasirs solo exhibition Tanda II at Tapak Galeri, Shah Alam, Selangor.

But it took M. Nasir more than 37 years to finally agree to a solo exhibition and veteran artist Yusof Ghani, after much insistence and encouragement, had to pull out all the stops to organise M. Nasir’s first solo show at Tapak Galeri last August.

“I’ve known M. Nasir for a number of years now. We were part of a group show (Maya at Maybank Art Gallery) in 1999. We kept in touch. Through a mutual friend – Dr Rizhar A. Rahim, who writes music and paints – I found out more about M. Nasir’s art.

“About two years ago, Rizhar and I talked to him about doing a possible solo show. He agreed to give it some thought, and here we are now – two shows in nine months!” says Yusof, 64, who owns Tapak Galeri.

M. Nasir took more than a year to develop the first Tanda exhibition series at Tapak. Tanda, featuring 15 abstract paintings, definitely put his name and works out in the public domain as a solo artist.

The show was a success – selling out before it opened last August.

Busy with art

M. Nasir has been prolific since that first show, working the canvases diligently at his home studio in Sungai Buloh, Selangor.

“I wake up early and hit the studio before 8am,” he says.

“I paint during this time. For me, it’s a way of putting my thoughts and what I see in my head – the colours, the shapes – in an artwork.

“You want to perfect the vision in your head. Art is just like music, that’s the way I feel. You’re alone with your thoughts a lot in both,” he says.

Buka (acrylic on canvas, 2015) by M. Nasir.

But just in case you think he’s given up everything else, he stresses:

“I’m still working on my music … that’s my afternoon work.”

Even in his music circles, art is not too far away. He mentions Kopratasa duo Sani Sudin and Usop, present-day collaborator Buddhi Hekayat, S. Amin Shahab and the late songwriter Loloq, as some of the people in his life who come from an art background and have made music a career as well.

This spurt of creativity – outside music – has clearly reinvigorated M. Nasir.

Tanda II

M. Nasir looked most comfortable in the artful surrounds of the spacious Galeri Tapak, where his second solo exhibition Tanda II, has now gained him further mention within the art circles here. This current show, featuring 25 new abstract works, also sold out once the exhibition began earlier this month.

Tanda II features a clearer progression of M. Nasir abstract paintings, with works from 2013 to 2015 pointing to an artist reborn and finding an identity.

M. Nasir’s Degup (acrylic on canvas, 2015) is one of the standouts at his Tanda II solo exhibition.

“Art is something I do for myself. I tend to sketch and work on portraits when I have the time, but preparing for a solo is another matter,” says the artist, who gravitated towards abstract art for his Tanda and Tanda II series.

“When the first (show) was done last year, Yusof told me to do another show … he didn’t expect another show so soon, though. Not even a year has passed. I had no timeline, I just had this momentum to paint,” he reveals.

The insightful Tanda II catalogue notes from Buddhi also suggests M. Nasir’s art as a reflection of his “lyrical poetics swimming on canvas.”


The multi-talented M. Nasir (left) - singer, songwriter, actor, producer and now painter - at his solo exhibition Tanda II at Tapak Galeri in Shah Alam, Selangor, with gallery owner/artist Yusof Ghani.

From the streaks, dabs, daubs and smudges of acrylic on canvas, you find Tanda II making its mark as an exhibition. Riveting pieces like Dewi (2014), Deru (2014), Buka (2015) and Mimpi Merah (2015) catch the eye.

Themes like dreams, certainties, doubts and history – all tied to the man’s understanding of poetic abstraction – span both large and small canvases.

Spirit to spirit

Years after art school, M. Nasir has not forgotten what Russian abstract pioneer Wassily Kandinsky describes in his essay Paintings As Pure Art:

“This art speaks in artistic language from spirit to spirit”.

Abstract art, as M. Nasir maintains, is an artistic voice he is keen to pursue further.

“Are both my shows at Tapak connected in a way? Not really. Perhaps, some can say it’s the continuation of the same kind of expression … and it’s called Tanda II. If you are going through something (when painting), art amplifies it.

“You can see and feel all your emotions. It’s the same thing (like music), but different sides,” says M. Nasir, who, art apart, has various music projects lined up this year, including producing the next Amy Search album and working on his own solo album (the first since Sang Pencinta in 2006).


Keraian, (acrylic on canvas,2015) is one of the highlights at M. Nasirs solo exhibition Tanda II at Tapak Galeri, Shah Alam, Selangor.

The Tapak shows have given M. Nasir a solid return to the world of art and a third show, as revealed by gallerist Yusof, is scheduled next year.

“I think M. Nasir is secretly loving the rush of returning to the art scene. His close friends have always known about his passion for art – but now it’s out there.

“The first Tanda show saw a rush of music fans grabbing his art. With Tanda II, we’ve attracted a broader pool of collectors and the conversation surrounding his art is getting more interesting,” says Yusof.

For M. Nasir, he is taking this art “homecoming” in his stride.

“Maybe I’ll have to do another show soon. I still can’t afford to buy a Yusof Ghani painting,” he says with a hearty laugh.

Tanda II is on at Tapak Galeri, 1, Jalan Tanjong 8/28, Section 8, Shah Alam, Selangor, until May 2. Call 03-5510 1329 or e-mail segerak@hotmail.com

Khamis, April 09, 2015

TANDA II

taken from KSMN FB


"Bunyi memang dapat dilihat."

Legendary artist Datuk M Nasir returns with another sell out collection, most sought after and intriguing pieces in his solo show TANDA II, TAPAK gallery Shah Alam.
18 April 8pm


Khamis, Oktober 30, 2014

Poster Konsert Hati Emas Kembara Berunsur Illuminati: Ini Jawab M. Nasir

petikan malaysiandigest  30 Oktober 2014


Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.

Penghibur lagenda Dato' M. Nasir menyangkal dakwaan bahawa lukisan pada poster rasmi bagi 'Konsert Hati Emas Kembara' yang akan berlangsung pada November ini menyelitkan unsur Iluminati.

Jelas beliau yang juga merupakan vokalis kumpulan Kembara, lukisan mata tersebut adalah simbol universal dan tiada kaitan dengan apa-apa makna lain.

"Illuminati? (gelak). Kenapa jauh sangat...? Kenapa tak cakap Pekida jer", tanya beliau kepada pihak media.

"Sebenarnya bukan (illuminati). Tapi ia simbol universal yang selalu digunakan", jawabnya ringkas.

M.Nasir ditemui pada sidang media kedua konsert Hati Emas Kembara, bertempat di hotel Premiera, Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang juga dihadiri oleh anggota kumpulan kembara yang lain iaitu A. Ali (gitar/vokal), S.Sahlan (vokal), Zoul (gitar/vokal), Md Shah (keyboard) dan Cheman (Bass) turut di lancarkan poster berkenaan.

Lukisan 'Oil On Canvas' itu di lukis oleh pelukis terkenal, S. Amin Shahab (juga pelukis asal album Kembara sebelum ini) yang telah mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkannya.


Tafsiran lukisan poster tersebut membawa maksud, sebelum mencipta atau melaksanakan sesuatu, kita perlukan khayalan atau imiginasi. Pelangi pula melambangkan warna kepada kota yang memerlukan dan sekaligus, memberikan air pada bumi yang tandus. Walau bagaimanapun, kita perlu fokus (centralize) kerana kita adalah 'tools' atau alat dan memperalat dan sentiasa disaksikan oleh mata yang bermaksud kita perlu menjadi pemerhati yang baik untuk dapat perhatian. Dan sepasang tangan yang kosong beerti tiada apa-apa dan semuanya kehendak-Nya.

Perkataan KEMBARA kini timbul setelah lama menghilang. Kupu-kupu yang tersepit oleh playar melambangkan kebebasan seniman yang tersepit dibawa arus kebendaan, jadi... hilanglah nilai estetikanya tanpa disedari. Kebiasaannya kupu-kupu itu sanggup mati untuk menjadi hiasan. Akhir sekali seganas-ganasnya harimau, mesti ada perasaan rindu kepada tempat asalnya.

Sementara itu, mengenai konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November ini, ia berkonsepkan sebuah persembahan yang membawa penonton menggembara dan bernostalgia dalam 'Ekspres Rakyat' menyusuri liku-liku perjuangan manusia dalam kehidupan ini dan menyelam ke alam kecintaan demi mencari keluhuran untuk menemui Hati Emas.

"Kami sudah sering membuat persembahan sebelum ini. Setelah 28 tahun (sejak konsert terakhir) kini kami kembali semula dan akan berikan sebuah persembahan dengan cara kami sendiri. Dengan imej kami sebagai penghibur. Kami pentingkan vokal harmoni, alunan gitar akustik dan muzik yang besar.

"Selain mendedangkan lagu-lagu kami dari albul pertama hingga yang yang ketujuh, pada konsert kali ini peminat dapat saksikan gabungan kami kumpulan Kembara generasi pertama dan kedua.

"Dari segi lagu, ada yang kami ubah semula susunan muziknya untuk berberapa lagu tertentu. Ada yang kami kekalkan sepertimana di dalam album. Sebab, kadang-kadang peminat lagi suka dengan dengar live lagu yang muziknya sama macam dalam album", kata M. Nasir lagi.

Berlangsung selama 2 jam setengah, persembahan kumpulan yang cukup popular era 80-an ini bukan sekadar bermain muzik serta melontarkan keharmonian suara sahaja, malah turut divisualisasikan melalui audio dan video mapping bagi menimbulkan 'mood' serta karakter lagu dan persembahan itu sendiri bagi melayani nostalgia penonton di dalam dewan Panggung Sari nanti.

"Bagi peminat-peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami, pada konsert nanti kami akan mengembalikan semula nostalgia serta semangat mereka. Saya rasa ini adalah konsert kami yang boleh ni arkibkan kerana kami akan tampilkan sebuah persembahan yang epik', tambah Zoul yang juga merupakan adik kepada M. Nasir.

Tiket konsert anjuran Luncai Emas ini dijual pada harga RM68, RM98, RM188, RM258, RM328 dan RM388. Para peminat boleh mendapat tiket di kaunter Istana Budaya atau layari www.ticket2u.biz.

Rabu, Oktober 29, 2014

Poster Konsert Kembara Hati Emas


Perkara pertama dalam fikiran Saudagar bila tengok poster ini.. 
"Pergh! ni baru rasa feeling Kembara old skoll beb !..."
Rasa macam tahun 80an ler... sambil-sambil tu boleh cari benda tersembunyi...
macam hint utk lagu Konsert tu pula...
(SM tak nak bagitahu lagu apa, kalau fan mesti boleh agak lagu Kembara yang cuba gambarkan & jangan pulak ada yang rajin buat teori Konspirasi ...haha...)

Ahad, September 21, 2014

Kurang bergaul, gemar menyendiri

petikan Utusan Malaysia 21 September 2014
 oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my


BANYAK ciri-ciri seorang seniman sudah ditonjolkan M. Nasir sewaktu zaman kanak-kanaknya.

Paling jelas komposer berusia 57 tahun ini gemar membuat haluan sendiri biarpun ketika bermain dengan lapan orang adik beradiknya.

M. Nasir auat nama sebenar Mohamad Nasir Mohamad sering beranggapan minat yang dilontarkan itu tidak senada, itu yang membuat anak keempat ini ‘hidup’ dalam dunianya sendiri.

Satu perkara lagi M. Nasir seorang yang gemar berimaginasi dan memendamkan perasaannya. Apa saja yang berada di sekelilingnya itu terus dirakam dalam ingatan.

Semuanya bertitik tolak daripada sikap berdikarinya sejak berusia 10 tahun. Pada waktu itu M. Nasir gemar merayau secara bersendirian.

Jika sendirian kata M. Nasir lagi, dia boleh menikmati perjalanan di Kampung Bukit Panjang, Singapura berbanding secara berkumpulan yang disifatkan mempunyai banyak karenah.

Justeru langkah kaki M. Nasir menjadi semakin panjang dan dia boleh berjalan dari kampungnya sehingga menjelajah ke kampung lain berjam-jam lamanya.

Mengetepikan langsung soal penat dan takut kata M. Nasir, apa yang paling penting pada waktu itu adalah memenuhi perasaan ingin tahu itu terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

“Masa zaman sekolah rendah dulu fizikal saya kecil saja. Saya tak aktif bermain sukan. Jadi aktiviti kegemaran saya ialah melihat permandangan di sekitar kampung saya.

“Sepanjang perjalanan itu, saya akan memerhatikan betul-betul suasana di sekeliling. Mana tempat yang menarik, saya akan duduk lama di situ.

“Kalau hari ini tak puas melihat, saya akan sambung keesokan harinya. Janji tiap-tiap hari keluar rumah," kata bekas pelajar Sekolah Rendah Bukit Panjang, Singapura ini berhubung aktiviti hariannya selepas tamat sesi persekolahan.

Menyifatkan aktiviti merayau sebagai satu perkara yang cukup menyeronokkan, M. Nasir juga mempunyai hobi lain pada masa yang sama.

Seperti kebanyakan kanak-kanak lelaki, M. Nasir juga seorang yang gemar aktiviti lasak. Dia menjadikan kawasan belukar berhampiran rumahnya itu sebagai tempat permainannya.

Kata M. Nasir, dia gemar mencari serangga pada peringkat awal namun minatnya beralih kepada aktiviti lebih lasak iaitu bermain pedang dan melastik binatang.

“Saya juga gemar mengejar layang-layang. Pada masa itu ada pertandingan layang-layang paling lama bertahan. Saya boleh berlari mengejar layang-layang semata-mata untuk mengetahui juara permainan itu," katanya tentang aktiviti kesukaan sewaktu berusia 12 tahun.

M. Nasir meneruskan minat yang sama sewaktu dia belajar di Sekolah Menengah Bukit Panjang, Singapura. Bagaimanapun disebabkan tubuhnya sudah tegap timbul keyakinan untuk aktif dalam acara sukan.

Antara jenis sukan yang diceburi M. Nasir pada waktu itu ialah sofbal, sepak raga dan hoki.

Keperibadian M. Nasir yang dilihat cukup misteri di mata dalam kalangan peminatnya mendorong Pancaindera mengetahui sifat sebenar M. Nasir.

Mengakui dia bukan jenis yang gemar bercakap banyak M. Nasir menambah, dia juga akan sentiasa berfikir sebelum berkata-kata.

“Saya hanya bercakap apabila perlu. Kalau bercakap mesti ada maksud tertentu. Bukan sambil lewa. Mungkin juga apabila saya mengeluarkan kata-kata, ada orang yang terasa," ujarnya.

Justeru kata M. Nasir, dia menggunakan kelebihannya itu untuk ciptaan lagu kerana di situ dia boleh menyampaikan kata-katanya dengan lebih baik menggunakan garapan ideanya yang bernas.

Memang misteri Jadi artis

M. Nasir memberitahu dia sendiri tidak mengetahui kebolehannya dalam bidang seni. Dia sendiri tidak tahu pengertian artis itu sendiri kerana sasarannya pada waktu itu mahu menjadi seniman.

Justeru selepas mengikat kontrak menjadi artis PolyGram Records atas saranan salah seorang saudaranya pada awal 80-an kata M. Nasir, dia kemudiannya dipertemukan dengan individu sealirannya.

Mula mengenali individu bernama A.Ali (Hamdan Atan) yang pernah menjadi anggota kumpulan Sweet Charity M. Nasir menambah, mereka kemudiannya berfikir untuk mencari seorang lagi ahli kumpulan.

“A. Ali mencadangkan untuk mencari seorang lagi ahli kumpulan. Ada beberapa nama disebut tapi kami lebih terarah kepada bakat S.Sahlan (Roslan Tajuddin).

“Jadi kami ke sebuah kelab malam di Johor Bharu, Johor untuk menjemput S. Sahlan ke menyertai kumpulan kami yang dinamakan Kembara," ujarnya.

Dan kini selepas 28 tahun membuat haluan masing-masing M. Nasir bersyukur apabila mereka bakal bersatu dalam Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 23 November ini.

Himpunan lagu nostalgia seperti Ekspres Rakyat, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Duit, KepadaMu Kekasih, Impian Seorang Nelayan, Perhentian Puduraya dan Senandung Buruh Kasar bakal didendangkan di pentas berprestij itu.

Sejak ditubuhkan, Kembara sinonim dengan genre pop, folk dan rock serta mengangkat konsep buskers atau pemuzik jalanan sebagai satu cara mendekati peminat.

Kembara generasi pertama yang dianggotai M. Nasir, A. Ali dan S. Sahlan memiliki tiga album iaitu Kembara pada 1981, Perjuangan (1982) dan Generasiku (1983).

A. Ali dan S. Sahlan kemudian meninggalkan Kembara dan M. Nasir merekrut Zoul yang juga adiknya, Cheman, Md. Shah dan Shahrom sebagai anggota Kembara generasi kedua.

Mereka menghasilkan empat album iaitu Seniman Jalanan pada 1984, 1404 Hijrah (1984), Duit (1985) dan Lagu-lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986).

Minat lukisan

MENGULAS tentang minatnya dalam bidang lukisan kata M. Nasir, dia hanya mempelajarinya sewaktu mata pelajaran Pendidikan Seni di peringkat sekolah rendah.

Bagaimanapun minatnya ke arah itu semakin menjadi-jadi sewaktu mengikuti pelajaran di Sekolah Seni Nanyang, Singapura pada 1973.

Di situ M. Nasir mempelajari secara formal teknik lukisan secara mendalam selama tiga tahun. Banyak lukisan sudah dihasilkan pada waktu itu. Kebanyakannya disimpan di rumahnya.

Minat melukis semakin menjadi-jadi apabila dia mengikuti jurusan Diploma Seni Halus seawal usia 19 tahun.

Kata M. Nasir, fokusnya pada waktu itu adalah lukisan semata-mata biarpun dia turut didedahkan dengan cabang seni lain seperti membuat arca.

“Masa inilah saya menzahirkan semula rakaman permandangan yang disimpan dalam ingatan dalam bentuk lukisan. Saya melukis daripada hati berdasarkan imaginasi.

“Masih saya ingat lagi, lukisan pertama saya dalam bentuk potret menarik perhatian seorang pembeli. Ceritanya sewaktu saya sedang melukis tiba-tiba ada orang meminta saya menjual lukisan saya.

“Yang kelakarnya saya menjual lukisan itu dengan harga RM50 (pada waktu itu) tetapi si pembeli menempah bingkai dengan harga RM100," katanya yang pernah mengikiti pelajaran tidak sampai setahun di Sekolah Vokasional Boys Town, Singapura pada 1972.

Menjadikan bakat yang dimilikinya itu sebagai mata pencarian hidup M. Nasir mengakui pernah menjadi guru lukisan kepada golongan ekspatriat ketika usianya 18 tahun.

Mengajar teknik lukisan batik kepada beberapa individu di satu sudut di Wisma Indonesia, Singapura kata M. Nasir dia memilih tempat itu kerana suasana premis itu penuh dengan eleman seni.

“Selama dua tahun saya ‘berkampung’ di sini. Melihat dan mengkaji seni lukisan sebelum bermula episod cabang dalam bidang muzik pula," katanya lagi.

Selasa, Ogos 05, 2014

Pameran lukisan seniman Datuk M.Nasir di Galeri Tapak bermula 9 Ogos.

sumber : instagram 501awani


"Segalanya ada bersangkutan dengan kerohanian. Segalanya akan tertuju pada satu titik, segalanya warna akan menjadi putih, segalanya adalah satu wujud". - Datuk M. Nasir

Jangan ketinggalan Pameran lukisan seniman Datuk M.Nasir yang akan diadakan di Galeri Tapak bermula 9 Ogos 2014.  Ikuti cerita lanjut kisah disebalik lukisan beliau di laman web www.astroawani.com 
video Astro Awani - temubual bersama Datuk M Nasir :

Rabu, Julai 16, 2014

Dato M Nasir - Tanda solo art show

sumber Facebook Pahlawan Aku Aries.


"Melukis pada awalnya adalah sesuatu kemahiran semula jadi tanpa apa-apa kesedaran yang besar. Fasinasi padanya bertambah bila terdedah dengan karya-karya agung renaissance seperti karya Leonardo Da Vinci dan Michelangelo dan karya-karya moden seperti lukisan-lukisan Picasso dan Van Gogh. Tidak lebih dari hanya terpesona dengan keindahan karya-karya itu. Kenaifanku terkikis sedikit demi sedikit setelah menyeberang ke Nanyang Academy of Fine Arts pada tahun 75 di mana melukis setiap garis, bentuk, warna dan tekstur dituntut memberi makna. Cahaya, bayang, perspektif, keseimbangan dan harmoni serta komposisi, ruang dan rasa tidak dibebaskan dari semestinya ada. Dengan mengikuti perkembangan seni semasa dan membuka diri pada penemuan-penemuan aku buka pintu-pintu yang harus ku buka satu demi satu.

Aku menambah kemahiran melukis dan memahiri kegunaan medium arang, cat minyak, cat air dan juga kemahiran seni arca. Pernah aku melanggar adat dengan ikut pameran dengan kerja-kerja yang naïf hanya untuk pengalaman pameran,dalam masa yang sama memberi pelajaran teknik lukisan batik pada peminat-peminat lukisan itu yang kebanyakannya pelancong luar negeri.

Tamat pengajian pada tahun 77 aku ikut pameran graduasi dengan hasil kerja sekolah yang kebanyakannya medium cat minyak pemandangan,still life dan portrait. Walau kelebihan pada melukis portrait lukisan batiklah yang menjadi medium ku ketika 4 hingga 5 tahun sebagai pelukis sepenuh masa. Aku terpengaruh pada batik setelah melihat pameran batik dari pelukis-pelukis batik terkenal Indonesia seperti Bangong Kusudiardja dan Amri Yahya, juga kawan sendiri seperti S.Amin Shahab dan Sarkasi Said dari Singapura. Masa-masa itu aku cuba memperbaiki teknik dalam pembatikan sehingga aku sedari keterbatasannya. Aku dengan S.Amin Shahab telah membuat pameran Batik Contemporary di National Art Gallery. Kemudian dengan beberapa pelukis lain berbagai medium pada 79 diberi nama View Point. Makin senang dengan abstrak ekspressionisme dan sedikit surreal walau dengan apa medium sekalipun dan banyak menaruh minat pada kerja-kerja kontemporari Amerika seperti kerja-kerja Willem de Kooning dan Ad Reinhardt. Penemuan demi penemuan, pengaruh demi pengaruh sehingga masanya tiba aku lakar garis yang jelas. Melukis tanpa buat pameran selama lebih dua puluh tahun adalah sebuah misteri sehingga kembali dengan karya-karya abstrak surealisme spiritualisme pada 1995 di galeri Petronas Daya Bumi dengan Malay Artis Singapore.

Kini aku sedang bekerja membongkar bentuk-bentuk yang dipanjangkan oleh minda sehingga ia menjangkau sempadan yang kita kenal untuk mengetahui adakah bentuk-bentuk yang kita tidak pernah kenal lagi atau semua itu pernah kita kenal suatu masa dulu."

- Dato M Nasir
Tanda solo art show
10th of August Tapak Shah Alam