Jumaat, Jun 08, 2007
Nostalgia: Senandung Semalam buat Loga
Oleh Zainuri Misfar
Pemergian penyanyi kedua Alleycats amat dirasai
“DALAM banyak lagu Melayu yang saya nyanyikan, Senandung Semalam paling saya suka. Lagu itu benar-benar menyentuh perasaan. Saya menghayati lagu itu. Jiwa saya melayang entah ke mana apabila menyanyikan Senandung Semalam.” Itulah antara kata-kata Loga ketika akhbar ini pernah menemubualnya sewaktu persembahan Alleycats di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Peramah orangnya. Lagu Senandung Semalam, liriknya mengenai lamunan seseorang yang kehilangan orang tersayang - mungkin isteri, suami, ayah, ibu, anak, sahabat, tunang atau kekasih. Selain menyanyi, dalam persembahan itu, Loga meniup flute atau seruling selain bermain percussion. Kadang-kadang dia terbatuk kecil setiap kali selepas meniup flute.
Loga yang dilihat sering senyum, sesekali lalu menepuk bahu abangnya, David yang asyik tersasul atau lupa lirik ketika menyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti dan Seribu Bintang. Tapi itulah kemesraan dua beradik ini.
Keceriaan Loga pernah diakui M Nasir, orang yang bertanggungjawab menaikkan nama Alleycats.
“Mereka tidak banyak perubahan walaupun sudah berusia. Suara David bertambah sedih dan suara Loga bertambah ceria,” kata Nasir sambil ketawa pada pelancaran album Alleycats 2001.
Loga atau Loganathan, adik kepada David Arumugam mengasaskan bersama Alleycats pada 1968. Loga sebenarnya lebih lincah ketika di pentas. Dia boleh bertutur bahasa Malaysia agak baik berbanding David. Bahkan, loghat Pulau Pinang masih melekat dalam pertuturannya. Dalam temu bual itu, Loga ada menyatakan keutuhan Alleycats kerana keserasiannya bekerja dengan David.
“Saya dengan dia (David) ngam (serasi) sebab itulah boleh bersama. Dalam apa kerja, kalau ngam, senang buat kerja. Kalau tak ngam, bukan saja dengan abang, dengan orang lain pun kita tak boleh kerja,” kata Loga.
Pemergiannya pada Isnin lalu (4 Jun) di sebuah hospital di Pulau Pinang kerana barah paru-paru memang amat dirasai, bukan saja David, atau mereka yang pernah menganggotai kumpulan ini tetapi peminat Alleycats.
Senandung Semalam ciptaan Wan Ibrahim dan seni katanya karya M Nasir, adalah antara lagu daripada Alleycats yang segar hingga sekarang. Ia meletakkan Alleycats sebagai kumpulan muzik bukan Melayu paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 70-an masih kekal hingga sekarang dan masih aktif menyanyi.
Selepas 10 tahun ditubuhkan, mereka hanya berpeluang menghasilkan album bahasa Melayu pertama berjudul Terima Kasih pada 1978. Gaya rambut afro David dan Loga menjadi identiti cukup dikenali dan sinonim dengan Alleycats. Di sebalik gaya rambut itu, David dan Loga ada kisah suka dukanya. Rambut afro Loga pernah terbakar ketika dia tidur di sebuah hotel di Subang pada akhir 1994. Akibat kejadian itu, mukanya melecur dan terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di hotel itu.
Dalam sejarah Alleycats, pencapaiannya lebih 20 album adalah satu kebanggaan. Walaupun kebanyakan lagu dan album dalam imej Melayu tetapi ia banyak ditangani Eric Yeo, komposer bukan Melayu yang berkhidmat untuk Alleycats menerusi 19 album. Penerbit lain, M Nasir,Wan Ibrahim, Aman dan Razman Mohd Nor.
Selain David dan Loga, anggota asal Alleycats ialah Tan Chin Hock, Shanmugam, Fook Meng dan Francis Khor. Selepas album Terima Kasih, Alleycats muncul dengan Dapatkah (1980). David dan Loga pernah muncul solo. Album solo Loga, Bumi diterbitkan pada 1994, manakala album solo David bertajuk Segarkah Cinta.
Nama Alleycats meledak menerusi album Alleycats 4 yang memuatkan lagu Hingga Akhir Nanti, Seribu Bintang dan Berita Dari Rantau. Diikuti dengan album Kucing (1981) yang mengandungi banyak lagu popular hingga sekarang seperti Andainya Aku Pergi Dulu, Jangan Telefon Lagi dan Sekuntum Mawar Merah.
Dalam album Enam Kucing (1982), Alleycats memuatkan lagu Setahun Sudah Berlalu, manakala album Suara Kekasih (1985) pula ada lagu Suara Kekasih, Layang-Layang Putus Tali dan Istana Pasir.
Apa yang pasti, setiap album Alleycats memang meninggalkan lagu yang memberikan nostalgia kepada pendengar dan peminatnya dengan David dan adiknya, Loga menjadi ikon tersendiri dengan gaya rambut afro mereka. Tidak dilupakan ungkapan David; “Ma...kasihhh!”
Profil Alleycats
Tahun Diasaskan: 1968
Asal: Pulau Pinang
Mula hasilkan album: 1978
Anggota Asal Alleycats:
* David Arumugam (vokal)
* Loganathan (vokal/percussion)
* Chef (saksofon)
* Tan Chin Hock (dram)
* Shanmugam (gitar utama)
* Tham Fook Meng (gitar)
* Francis Khor (keyboard).
Album: Alleycats (album Inggeris/1978); Penyanyi (album Melayu pertama/1978); Terima Kasih (1979); Dapatkah (1980); Alleycats 4 (Awal 1981); Kucing (Akhir 1981); Enam Kucing (1982); Alleycats (1983); Kerana (awal 1984); Irama Kehidupan (akhir 1984); Suara Kekasih (1985); Sampaikan Salam (awal 1986); Alleycats 12 (1986); Aku Kerinduan (1987); Suatu Pengertian (awal 1988); Akhir Tetap Merindu (akhir 1988); Dilema Sekuntum Cinta (1989); C.I.N.T.A (1990); Selagi Tangis Belum Terhenti (1991); Untukmu (1992); Alleycats 20 (1993); Alleycats 21 (1996); Alleycats 22 (1997) dan Alleycats 2001 (2001)
Senandung Semalam
Berirama
Senandung Semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta
Kau mencurah apa yang dirasa
Kau dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu
Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga di pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemu-Nya
Oh kenangan
Tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam
Lagu: Wan Ibrahim
Lirik: M Nasir
Selasa, Jun 05, 2007
Loga, of Alleycats, dies
GEORGE TOWN: Loganathan Arumugam, a founder-member of the popular and widely followed Alleycats pop music band, died after losing a year-long battle with lung cancer.The 54-year old musician, who was one of the most recognisable local musicians with his trademark Afro hairdo, died at the Mount Miriam Hospital here at 10.50am yesterday.
He died to the tune of a collection of early Alleycats songs being played on a portable disc player placed at his bedside.
Family members said Loga, as he was fondly known, died with a smile listening to his music which brought him and the Alleycats worldwide fame.
He leaves wife, Susan, 50; son Vigneshwaran, 24, and daughter, Priyadashini, 20.
Loga used to play the flute in the band and was also vocalist alongside his brother, David Arumugam, 57.
David said his brother’s death was fated and the family accepted it as the will of God.
"It has been a tough battle but he fought it all the way after learning that he had lung cancer in October last year. He used to smoke but gave it up many years ago," he said when met at the hospital.
The body was later taken to the family home in Jalan Tanjung Bungah here and is expected to be cremated according to Hindu rites at 11am on Wednesday.
Asked on the future of the band, David said Loga had informed him that the Alleycats music should never die.
"We recorded an album last year but its launch was put on hold after Loga was diagnosed with cancer. The launch was supposed to take place when his condition improved," he said, adding Loga’s last stage performance was at the PJ Hilton in October last year.
David said the group had also planned to release a "live" album once Loga’s condition improved and the project was already on the drawing board.
The Alleycats, formed in 1969, has contributed much to the development of the local pop music scene.
The group started by playing in clubs around the country before signing a recording deal with PolyGram Records in 1978. The Alleycats has 29 albums to its credit.
It is one of Malaysia’s favourite bands with evergreen hits like Sampaikan Salam, Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu and Sekuntum Mawar Merah. The band until today is regarded as one of the classic Malaysian pop music groups.
Meanwhile Karyawan president Freddie Fernandez said Loga was a versatile and gifted artiste who had "dedicated his life to music and clubs".
"This is very sad news for the Malaysian music industry. The power of Loga’s harmonies with David was awesome and they were famous for getting crowds of all races to enjoy and appreciate their music," he said.
Composer M. Nasir, who co-produced the first Malay album for the Alleycats, Terima Kasih, in 1978, said he spoke to Loga on the phone last week.
"We talked about his illness and the treatment he was taking. He sounded fine at the time and I was confident he would be making full recovery. I will really miss him."
He remembers Loga for his positive outlook on life.
Singer Khadijah Ibrahim recalled meeting Loga with other members of Alleycats at a stage show in 1979. The first thing that struck her was his Afro hairdo.
"I remember him as a very serious person when it came to work. Off stage, he was friendly and charming. I will always remember his zest for life," she said.
For singer Francissca Peter, Loga was an intelligent musician who never stopped working to make the Alleycats music relevant to today’s audiences.
"Even the younger generation knows Alleycats. A musician like Loga is a rare commodity," said Fran, who got to know Loga and David in the late 1970s when they performed together at stage shows.
Khamis, September 15, 1994
NASIHAT M.NASIR : ARTIS ARTIS KITA JANGAN MUDAH PERASAN.
(sumber : Terima kasih Wiraaz Collezzione)
Seniman Berjanggut, M Nasir walaupun sibuk mencipta lagu album artis tempatan, berlakon filem dan kini pula konsert tidak pernah mengatakan “no” kepada wartawan yang ingin menemubualnya. Walaupun terlalu sibuk. M. Nasir yang diuruskan isterinya Nana dari syarikat bersama LUNCAI EMAS Sdn. Bhd tidak mengecewakan.
Caranya profesional. Tidaklah kerana sibuk dijadikan alasan sukar menemui wartawan. Tidak dapat melayani wartawan, sebagaimana ada artis kita yang kononnya tidak ada masa untuk wartawan.
Sehinggakan wartawan terpaksa mencari artis itu di studio di tengah malam demi untuk mendapatkannya. M Nasir bukan berlagak atau mudah bersikap begitu.
Dalam pertemuan baru-baru ini saya sempat-lah berbual agak panjang dengan M Nasir yang sudah lebih 13 tahun berkecimpung dalam arena seni muzik.
PENYANYI KITA PERLU UBAH SIKAP
Kata M Nasir penyanyi dan pemuzik kita hari ini perlulah mengubah sikap. Fikirkan masa depan dan kenali diri serta bakat yang ada untuk pergi lebih jauh.
Bukannya dengan mudah perasan dan lupa diri.
Mereka tidak boleh malas. Kalau ada peluang untuk pergi jauh jangan dipersia siakan.
Ini tidak ada, baru jadi artis, tetapi lagaknya pula lebih.
Cuba selami bakat yang ada. Fikirkan sejauh mana boleh diperkembangkan. Jangan jadi pemuzik atau artis yang sekali diketuk baru bergerak' katanya yang turut bertindak sebagai
Timbalan Presiden PAPITA.
Kata M.Nasir lagi “Kadang kala mereka yang malas belajar dan memperkayakan diri dengan ilmu seni hanya bijak berdebat kepada perkara yang tidak kena”
Begitulah M Nasir mahukan artis tidak tidur hanya kerana mempunyai pengurus. Bila menandatangani kontrak dia tidak faham apa yang dibaca, inilah yang salah.
"Pernah Papita bersama pihak lain menganjurkan program motivasi kepada artis. Di situ banyak hal mereka boleh belajar mengenai undang undang kontrak, mengenai karear sebagai penyanyi.
“Tapi sayang hanya beberapa kerat saja yang datang? Kebanyakannya hanya tahu meluahkan masalah. Kemudian bercakap lantang, tetapi banyak lagi yang mencari arah” katanya.
M.Nasir mengakui “Ada artis nasibnya memang baik. Bakatnya terserlah, buat album, syarikat tidak fikir panjang untuk buat promosi.
“Tidak kurang juga yang agak malang album dikeluarkan tak boleh jual. Sesungguhnya ada nama, ada popular...tetapi banyak mana wang yang syarikat keluarkan ..album tak laku juga.”
“Dan di situ syarikat rakaman ini tidak mengira sangat soalan bayaran tinggi kepada artis tadi kerana memikirkan rugi dan untung. Mereka lebih pakar soal bisnes”
Kerana itu artis pun perlu tahu soal undang-undang, bisnes perlu belajar bukan memberontak”. Tapi yang peliknya artis kita ini masih ramai yang malas.”
Oleh itu M Nasir mahukan artis mengenali diri mereka, berapa lama menjadi penyanyi atau pemuzik, belum cukup mendabik dada dan hidung tinggi.
M.Nasir menyarankan artis terutama dibawah PAPITA untuk bangun dan memikirkan masa depan memperbaiki diri dari kelemahan.
Mengenai kesibukan artis kita mahu merakamkan album diluar negara , bagi M.Nasir bagi mendapatkan teknologi canggih dan pengalaman tidak salah tetapi biarlah sesuai untuk mendapatkan sesuatu.
“Bergantung dengan albumnya juga. Macam Zainal dan Shiela Majid mereka ada sebab kenapa mahu gunakan kombinasi pemuzik luar. Begitulah mengapa saya ke Australia untuk album Amy”.
“Saya perlukan beberapa pemuzik bagi biola dan violin kerana merasakan perlu bagi mendapatkan perkhidmatan mereka”.katanya
M.Nasir masih yakin dengan kebolehan pemuzik tempatan kerana itulah dia mengutamakan kehadiran mereka. Dan kerana itulah dia mahu pemuzik tempatan celik, bangun dan berdiri bersama sama.
Jangan hanya diketuk baru terjaga. Itulah juga kepada semua penyanyi lain.masanya untuk serius harus bermula ketika diri menjejak langkah bukannya kerana popular dan glamor terus lupa diri.
RM12,000 SAHAJA UNTUK M. NASIR?
Saya tanyakan M Nasir benarkah hanya dibayar cuma RM12,000 untuk Konsert Canggung M.Nasir di Stadium Negara awal Ogos lalu?
Mana kau tahu? beliau bertanya sambil tersenyum.
"Sebenarnya pada aku bayaran itu diterima kerana sudah dibuat perjanjian kontrak. Sudah ditandatangani sebelum itu bayaran cuma sebanyak itu.”
"Kalau pun banyak mana diperolehi penganjur, tetetapi aku sudah ikut perjanjian. Tidak boleh buat apa-apa. Tapi Box-Office berani untuk mencuba konsert untuk aku, katanya.
Kenapa? Apakah penganjur lain tidak berani? tanya saya.
“Bukan tidak berani, tapi tak yakin. Dulu syarikat rokok tidak mahu aku. Mereka memikirkan soal aku dah berusia 30 tahun lebih. Biasanya orang seusia aku kurang merokok. Kemudian ada penganjur lain tak yakin untuk taja konsert aku. Mereka yakin dengan artis lain.
Kerana itulah konsert solo aku baru diadakan.
“Sebelum ini aku hanya jadi penyanyi undangan sahaja. Konsert solo aku di Stadium Negara itulah dianjurkan oleh Box-Office.” katanya
Apa perasaannya melihat peminat-peminat konsert malam itu melebihi 14 ribu, catat sejarah penyanyi Malaysia mengadakan konsert di Stadium Negara.
“Sebenarnya waktu atas pentas aku tidak begitu memikirkan sangat soal penonton ramai sungguhpun pada mulanya aku langsung tidak menduga ramai yang akan datang.
" Sebabnya aku rasa di Lembah Klang ini sungguhpun album aku banyak terjual, tetapi untuk konsert mungkin ramai tidak datang. Tetapi ternyata sangkaan itu sebaliknya.
“Tapi waktu di atas pentas yang aku fikirkan ialah rancangan yang sudah diatur untuk konsert itu tidak terganggu.”
“Jangan diubah ...terus mengikut rancangan asal. Aku rasa menyanyi di konsert bukannya untuk melayan peminat macam penghibur di Kelab Malam atau eksklusif.”
"Tak boleh kita suruh mereka menyanyi atau menarik mereka naik ke pentas berjenaka. Zaman itu sudah berlalu. Konsert sekarang kita utamakan persembahan, muzik dan jalinan cerita dalam konsert kita”. katanya yang menceritakan caranya d atas pentas di malam konsert itu.
Bagaimana pun hatinya turut terusik gembira melihat sambutan yang diberikan. Di Situ juga dengan alunan muzik dan dan cerita yang mahu disampaikan dalam konsertnya diluahkan agar penonton berasa puas.
M Nasir bagaimanapun tidak menolak masalah sistem bunyi yang kurang baik. Pada masa akan datang dia akan berusaha mengelakkan masalah itu.
Malam itu M Nasir mengenakan pakaian yang dbeli di Australia sewaktu menyiapkan proses akhir album Amy.
KONSERT BESAR MENJELANG 95
Belum puas dengan konsert M.Nasir? M.Nasir akan bertemu lag kali ini berkemungkinan di Johor Bahru.
Saya juga dapat tahu M Nasir bersetuju untuk menyanyikan lagu-lagu hits di zaman dulunya yang paling diminati dan masih kekal sehingga hari ini menjadi “evergreen”.
“InsyaAllah akan diadakan dan mungkin aku akan menyanyikan lagu lama juga.” katanya
Tidakkah M.Nasir menyanyikan semula lagu cinta “Seperti Dua Insan Bercinta bersama Yosenesar Hussein, lalu M.Nasir bertanyakan “Agak-agak siapakah yang layak berduet semula dengan aku.?”
Saya tanyakan Nasir apakah tidak berminat merakamkan semula lagu-lagu hits olehnya mahupun yang dipopularkan oleh penyanyi lain dalam album koleksi terbarunya? “Mungkin” kata M. Nasir ringkas
ALLEYCATS SILA BERBAHASA MELAYU DENGAN BAIK
M.Nasir memberitahu dia akan menulis dan mencipta lagu untuk Alleycats asalkan kumpulan itu membuktikan mereka boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.
“Kenapa mereka tu tak boleh? Mereka asal dari mana? Tengok tu DJ Dave kenapa dia boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik. Aku akan mencipta lagu mereka semula kalau mereka memperbaiki, bahasa Melayu mereka”
M Nasir pernah diminta oleh Alleycats akan memberikan sentuhan irama pada album mereka kerana ternyata lagu-lagu Nasir sebelum ini serasi dengan mereka.
bersambung........................
Rabu, April 22, 1981
'Malam Konsert Bintang PolyGram'
Petikan Berita Harian, 22 April 1981
Oleh Siara
Malam Konsert Bintang Polygram ...akan kenalkan kumpulan artist pujaan dengan peminat peminat ...
Artis dari Syarikat Piring Hitam PolyGram buat pertama kalinya akan bersama-sama berhimpun untuk menghiburkan para peminat mereka dalam satu pertunjukan pentas ‘Malam Konsert Bintang PolyGram: Bertujuan untuk memperkenalkan para artis PolyGram di samping menghiburkan para peminat mereka dengan lebih dekat lagi 'Malam Konsert Bintang PolyGram' akan diadakan di Panggong Negara pada 25 April. Normah Johari, M.Nasir, Ideal Sisters dan Al-Jawaher adalah di antara barisan artis di bawah naungan label PolyGram yang akan mendendangkan lagu-lagu `hit' dari album terbaru mereka.
Kecekapan
Rafeah Buang. penyanyi 60an yang hingga kini masih lagi mengekalkan keharuman namanya di arena seni suara dan penyanyi Yusnizar bintang baru PolyGram (kedua-duanya dari Malaysia) telah juga turut diundang untuk menyerikan lagi konsert tersebut.
Bagi para peminat yang meminati lagu-lagu nyanyian dari kumpulan The Flybaits (yang sedang popular di ketika ini) dan mungkin sedang menantikan kemunculan mereka di pentas akan berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat lagi persembahan dan kecekapan ahli-ahli kugiran kelab malam ini bila mereka muncul di pentas mendendangkan lagu-lagu dari album kedua mereka.
Kugiran Alleycats. sebuah lagi kugiran kelab malam yang ketika ini sedang bermain di Hong-kong akan didatangkan khas buat mempersembahkan lagu-lagu dari album keempat mereka.
Anugerah
Penyampaian Gold dan Silver Disc. kepada artis PolyGram yang paling berjaya di sepanjang tahun lalu akan menjadi acara kemuncak di pertunjukan malam itu nanti. Sebuah album keluaran khas mengandungi gabungan 10 buah lagu dari artis-artis PolyGram akan juga turut diedarkan pada malam itu. Para penonton yang telah berjaya mene-ka dengan tepat akan berpeluang merebut hadiah-hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penajanya.
'Malam Konsert Bintang PolyGram' akan diiringi juga oleh Kombo Poly-Gram yang dipimpin oleh Ricky Ho. Pertunjukan malam itu nanti akan dijuruacarakan oleh Cik Suharti Ali.

