Jumaat, Mei 17, 2013

M.Nasir : Sang Pencinta Teaser

Jangan lepaskan peluang ke Konsert Sang Pencinta pada 28, 29 & 30 Jun 2013! Tiket boleh dibeli di Ticket2U atau hubungi ticket2u di talian 03- 4147 8600 dan IB Box Office 03-21618134.

Rabu, Mei 15, 2013

Konsert M.Nasir Ubah Tarikh Bukan Kerana Tiket Tidak Laku


petikan mStar 15 Mei 2013
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

M.Nasir bergambar kenangan dengan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani (tiga dari kanan) dan Pengarah Konsert, Zamberi Shaari (empat dari kiri) bersama kumpulan pemuzik Gong Impian. - Foto BRIAN MOH.

KUALA LUMPUR: Pihak penganjur konsert M. Nasir Sang Pencinta menafikan kelembapan penjualan tiket menjadi penyebab tarikh asal persembahan itu iaitu pada pada 7 hingga 9 Jun diubah kepada 28 hingga 30 Jun 2013.

Pengarah konsertnya, Zamberi Shaari berkata, isu itu tidak pernah timbul sebaliknya memberitahu perubahan itu disebabkan oleh kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang masih belum reda dikalangan penduduk di negara ini.

"Walaupun PRU13 telah berakhir tetapi ia masih menjadi tumpuan dan perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia dan bukannya perkara lain termasuk muzik.

"Jadi perubahan ini dilakukan supaya situasi itu reda terlebih dahulu dan bukannya disebabkan oleh kelembapan penjualan tiket," jelasnya pada sidang media konsert M.Nasir Sang Pencinta di Istana Budaya, Selasa.

Tambah Zamberi, peminat yang telah mendapatkan tiket pada tarikh asal tidak perlu bimbang dengan penukaran tersebut kerana ia masih sah digunakan.

Dalam pada itu, Datuk M.Nasir ketika ditemui berkata, konsert itu nanti akan menampilkan kelainan kerana ia bakal menggabungkan audio dan visual bagi membawa penonton menyelam dan menjiwai lagu-lagu yang bakal dipersembahkan.

Jelas M.Nasir, konsert itu nanti akan mempunyai ciri-ciri teater muzikal yang mana akan memperlihatkan beliau berlakon agar pengembaraan muziknya dapat disampaikan kepada penonton.

M.Nasir bakal menyanyikan 20 buah lagu pada konsert itu nanti.

"Pada konsert ini juga kita akan menggunakan kaedah 'visual mapping' di mana beberapa projektor akan digunakan bagi memberi kesan kepada persembahan pada malam itu nanti," katanya.

Tambah M.Nasir, beliau akan menyampaikan lebih 20 buah lagu dan bakal diiringi oleh 30 pemuzik daripada kumpulan Gong Impian, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Orkestra Tradisional Malaysia.

"Malah pada malam itu nanti saya akan menyampaikan sebuah lagu terbaharu berjudul Sang Pencinta buat semua peminat dan penonton yang hadir," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, M.Nasir berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan perubahan tarikh konsert itu sebaliknya berpendapat ia dapat memberi ruang lebih kepadanya untuk membuat persediaan menjelang konsert itu.

"Apabila pihak penganjur menjelaskan sebab ia perlu ditunda kepada tarikh baru saya bersetuju dan persediaan lebih rapi dapat dilakukan untuk penonton yang hadir nanti," katanya.

Tiket konsert M.Nasir Sang Pencinta dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455 dan untuk mendapatkan tiket boleh melayari www.ticket2u.biz atau menghubungi ticket2u di talian 03-41478600.

Peminat juga boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Istana Budaya Box Office di talian 03-20618134.

M.Nasir sentiasa berjiwa muda

sumber : Youtube 

berikut pula adalah Promo Konsert Sang Pencinta di Istana Budaya

Isnin, Mei 06, 2013

Konsert Sang Pencinta telah ditukar kepada 28,29 & 30 Jun

Di kala kesibukan PRU13, mungkin ada yang ketinggalan berita pertukaran tarikh Konsert Sang Pencinta yang dijadualkan berlangsung pada 7,8 dan 9 Jun.  Konsert di Istana Budaya ini akan ditukar ke tarikh baru. Konsert M Nasir tersebut akan diadakan  pada 28 (Jumaat), 29 (Sabtu) & 30 (Ahad) Jun 2013. Laman Ticket2U juga telah dikemaskini dengan tarikh baru ini.

Berikut adalah kenyataan dari brader Bombay (Penganjur Konsert) di Facebook KSMN mengenai pertukaran ini.

Moga konsert Sang Pencinta di IB menjadi konsert terbaik tahun ini. Pada yang belum beli tiket boleh kumpul duit untuk beli seat terbaik! M Nasir pun dah lama tak buat konsert solo di Istana Budaya.  Menurut bro Bombay lagi ada lagu baru akan dibawakan oleh sifu dalam konsert tu nanti.
Jangan lepaskan peluang ke Konsert Sang Pencinta ini!
Tiket boleh dibeli di Ticket2U atau hubungi ticket2u di talian 03- 4147 8600 dan  IB Box Office 03-21618134.