petikan Berita Harian Singapura 12 Julai 1981
M. NASIR baru-baru ini, bersama-sama Eddy Nor Ali, telah menubuhkan sebuah kumpulan paduan suara yang mereka namakan kumpulan "Kembara".Kumpulan "Kembara" sekarang ini sedang sibuk membuat rakaman di studio Polygram di Commonwealth Drive.
Menurut keterangan daripada Nasir, kumpulannya cuba membawa konsep baharu dalam dunia hiburan tempatan. Mereka banyak mengetengahkan lagu-lagu eksperimen bertemakan rakyat dan dihiasi dengan lirik berunsur puisi.
Sebelum kami berpisah, sempat juga saya tanyakan kepada Nasir, siapakah kekasih hatinya sekarang ini. Dengan wajah selamba kata Nasir: "Kekasihku tak lain daripada J." Bila saya tanya lagi, siapa itu 'J', dia suruh saya cari sendiri.
