ANALITIC

Jumaat, November 20, 2026

Lima dekad selami industri, M. Nasir belum puas terokai dunia perfileman

petikan Utusan Malaysia 20 November 2026

Oleh . Fatin Nurain Mustafa Kamal

Andai perjalanan seni diibaratkan sebuah pengembaraan, barangkali masih ada persinggahan yang belum dijejaki maestro terkenal, Datuk M. Nasir meskipun sudah lebih empat dekad menyusuri bidang ini.

Walaupun ratusan melodi telah dilahirkan, pelbagai pentas telah ditakluki, nama pemuzik berusia 69 tahun itu cukup sinonim dengan karya-karya yang melangkaui batas zaman.

Namun, di sebalik segala pencapaian yang menghiasi lembaran kariernya, pemilik nama Mohamad Nasir Mohamed itu masih menyimpan sebuah impian yang belum terlunaskan.

“Ada beberapa perkara lagi yang belum saya lakukan seperti filem. Walaupun saya sudah lama menceburi dunia perfileman, ada daerah-daerah yang belum saya terokai.

“Saya belum betul-betul menceburi dunia filem secara menyeluruh. Jadi, mungkin saya mahu melalui perkara itu dalam hidup ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selepas sibuk menjayakan beberapa siri konsert sepanjang tahun ini, penyanyi lagu Mustika itu mengakui fikirannya kini mula terarah kepada usaha menghasilkan karya perfileman dan teater.

“Saya tidak pernah memikirkan untuk berehat daripada konsert, tetapi saya sedang memikirkan perkara-perkara lain yang mahu saya lakukan seperti filem dan teater,” kongsinya.

Ditanya sama ada pembabitannya dalam teater Mansur & Liu sebelum ini menyemarakkan kembali semangat untuk menghasilkan karya pentas, M. Nasir mengakui pengalaman tersebut mula menjadi satu ketagihan.

Bagaimanapun, beliau menyedari untuk menterjemahkan sebuah impian kepada realiti bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi penghasilan sesebuah naskhah menuntut komitmen besar dari pelbagai sudut.

“Itulah yang sedang kami fikirkan dan sering bincangkan, tetapi kita tengoklah bagaimana nanti. Konsepnya belum diketahui kerana ada banyak kemungkinan. Nak buat sesuatu bukan sekadar berkata, mari kita buat. Ia banyak melibatkan soal kewangan dan kita juga perlu melihat suasana semasa.

“Perancangan itu penting untuk melakukan apa sahaja, sama ada konsert besar atau apa-apa projek dalam industri hiburan,” jelasnya.

Industri hiburan kini dinominasi orang muda

Biarpun namanya sudah terpahat kukuh dalam sejarah muzik tanah air, M. Nasir tidak pernah meletakkan dirinya sebagai figura yang perlu sentiasa mendominasi persada seni.

Sebaliknya, seniman itu cukup sedar bahawa peredaran zaman menuntut sesebuah industri memberikan ruang kepada kelahiran bakat-bakat baharu.

Baginya, pengalaman berpuluh tahun dalam dunia seni menjadikan seseorang pengkarya lebih memahami kedudukan masing-masing dalam landskap hiburan yang sentiasa berubah.

“Industri hiburan hari ini adalah industri orang muda. Orang yang sudah berusia seperti saya, kalau terlalu sibuk dengan mereka, nanti mereka kata saya ini sibuk pula.

“Jadi, kita sebagai orang yang sudah lama dalam industri ini perlu pandai-pandai mencari ruang untuk terus berkarya,” selorohnya.

Namun, M. Nasir menyifatkan perubahan itu tidak bermakna pengkarya senior perlu berhenti berkarya atau sekadar bersandar pada kegemilangan silam , sebaliknya terus berkarya dan melahirkan sesuatu yang baharu selagi masih dikurniakan daya kreativiti.

“Bagi orang yang menghasilkan karya, dia sentiasa mahu mencipta lagu baharu. Dia merasakan dirinya masih mampu dan mempunyai daya untuk menghasilkan lagu baharu. Dalam dunia media sosial sekarang, perkara itu tidak perlu terlalu difikirkan. Buat sahaja.

“Namun, kita perlu memberikan peluang kepada orang muda untuk mengekspresikan kemahiran dan bakat mereka. Ituyang penting. Kita perlu menggalakkan mereka dan kita perlu bekerjasama dengan mereka,” kongsinya.


Selasa, November 17, 2026

Bergaduh dengan perokok demi jaga kesihatan

petikan Berita Harian 17 November 2026

Oleh Affan Rostam

M Nasir tetap mempertahankan pendirian tidak merokok meskipun terpaksa berdepan persekitaran kerja yang dikelilingi perokok.Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Bukan mudah mempertahankan prinsip tidak merokok apabila terpaksa bekerja dalam persekitaran yang dikelilingi perokok, namun maestro muzik, Datuk M Nasir tetap berpegang teguh pada pendiriannya demi menjaga kesihatan.

Malah, penyanyi, komposer dan penerbit muzik berusia 68 tahun itu mengakui pernah bertengkar serta memarahi individu yang merokok di sekelilingnya kerana tidak mahu terdedah kepada tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan.

M Nasir berkata, amalan menjauhi rokok antara disiplin gaya hidup sihat yang diterapkan sejak muda, selain aktif bersukan sebelum pembabitannya dalam industri seni.

"Sebelum menceburkan diri dalam bidang hiburan, saya sangat aktif dalam sukan terutama bola sepak. Sukan lain pun saya sertai. Apabila sudah memasuki bidang hiburan, saya masih aktif bersukan, tetapi lebih kepada bersenam.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan cara saya menjaga diri, tetapi ada beberapa disiplin yang saya amalkan. Antaranya, saya sentiasa cuba menjauhi perkara yang tidak baik untuk tubuh badan seperti merokok.

"Saya percaya perkara seperti itu boleh merosakkan kesihatan. Mungkin sejak awal lagi saya memang tidak merokok, tetapi itu tidak bermakna saya seorang yang sentiasa sihat. Dari semasa ke semasa, ada juga masalah kesihatan yang saya alami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5, di sini, semalam.

Mengulas pengalamannya berdepan perokok, M Nasir berkata, bukan mudah untuk mempertahankan pendirian itu apabila perlu berurusan dengan individu yang mengamalkan tabiat berkenaan.

"Memang sukar. Saya sering bertengkar dan bergaduh dengan mereka. Ada kala saya memarahi mereka kerana ketika itu saya berada dalam kedudukan untuk menegur, tetapi ada yang tidak mengendahkannya.

"Jadi, saya sendiri perlu mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada berada terlalu dekat dengan mereka terutama ketika mereka sedang merokok," katanya.

Mengulas lanjut, M Nasir tidak menafikan komitmen kerja dalam bidang muzik yang menuntut tumpuan dan ketekunan tinggi turut memberi kesan terhadap kesihatan, terutama apabila terlalu fokus menyiapkan sesuatu projek.

Katanya, beliau seorang yang cukup tekun apabila bekerja, sama ada ketika menyanyi mahupun menghasilkan lagu, sehingga tahap kesungguhannya kadangkala mengejutkan individu yang tidak biasa dengan cara kerjanya.

"Dari segi pekerjaan pula, sama ada menyanyi atau menghasilkan lagu, saya juga seperti orang lain. Apabila sudah bekerja, tahap ketekunan itu kadangkala boleh mengejutkan mereka yang tidak biasa dengan cara kerja saya.

"Namun, keadaan itu juga boleh menjejaskan kesihatan. Sebab itu, saya bersyukur kerana disiplin menjaga diri yang diamalkan sejak awal dahulu banyak membantu saya hingga sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, M Nasir bakal mengadakan konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5 yang bukan sekadar persembahan hiburan, sebaliknya menjadi wadah apresiasi terhadap budaya dan khazanah muzik tanah air.

Konsert anjuran Luncai Emas Sdn Bhd yang menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKD) Persembahan Muzik daripada MyCreative Ventures itu dijadual berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), pada 5 Disember depan.

Konsert berkenaan bakal mengetengahkan semula karya ikonik M Nasir menerusi kolaborasi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), selain menampilkan penyanyi jemputan seperti Hazama, Ernie Zakri, Luca Sickta, Kmy Kmo, JoBranko, Kid Search, Pitahati dan Pi'e Ramayan.

Sebanyak 30 karya pilihan akan diberi nafas baharu menerusi susunan muzik simfoni oleh Mohd Rafi Shafie yang bertindak selaku pengarah muzik.

Sabtu, November 07, 2026

‘Saya tak celik teknologi, tapi pakai orang buatkan’

petikan KOSMO 7 November 2026

Oleh Haryati Karim

TEGUH merentas waktu dengan lebih 3,000 untaian lagu, empayar muzik seniman ikonik bernama Datuk M. Nasir tiada tandingan. Selayaknya digelar genius muzik, insan yang dikatakan bertanggungjawab membentuk jiwa Nusantara muzik tanah air itu bagaimanapun tersangat polos dalam satu hal. Dalam senyuman bersahaja, beliau ‘menjatuhkan’ tembok kemegahan hayat 47 tahun berkarya dengan mengakui; “Saya tak celik teknologi.”

Daripada era rakaman analog kepada penggunaan pengaturcaraan muzik, kemudian kemunculan aplikasi moden dan kecerdasan buatan (AI), perubahan teknologi terus mewarnai dunia yang menjadi lapangan seninya.

Tidak mahir mengendalikan teknologi bukan alasan untuk komposer dan penyanyi tersohor itu menolak kemudahan yang boleh membantu proses penghasilan muzik.

Sebaliknya, beliau mendapatkan bantuan individu yang lebih arif untuk mengendalikan teknologi tersebut, sementara dirinya terus meneroka idea.

“Secara jujur saya mengaku, saya tak celik teknologi, tetapi saya pakai teknologi. Saya pakai orang untuk buatkan,” katanya ketika ditanya sejauh mana beliau mengikuti perkembangan AI.

M. Nasir malah menjelaskan turut menggunakan platform muzik AI, Suno untuk menghasilkan demo dan mendengar idea yang terhasil menerusi aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, keterbukaan menggunakan AI tidak bermakna beliau mudah terpesona dengan hasil muzik yang dijana teknologi tersebut.

Bagi M. Nasir, kecanggihan sesuatu aplikasi tetap perlu disertai kebijaksanaan pengguna kerana kemudahan menghasilkan lagu belum menjamin mutu karya.

“Sekarang ini bergantung pada siapa yang pandai pakai. Tetap kena ada kreativiti sendiri,” ujarnya.

Beliau melihat reaksi terhadap AI sebagai sesuatu yang pernah dilalui industri ketika penggunaan program komputer mula mengambil tempat dalam penghasilan muzik.

“Mula-mula apabila program muzik masuk dalam industri kita dahulu, orang pun bising juga, samalah macam situasi AI sekarang. Tetapi lama-kelamaan, penggunaan program muzik sudah jadi ‘standard’ yang semua orang pun pakai.

“Tetapi bukan semua orang pandai pakai benda itu. Sama juga dengan AI,” jelasnya.

TIDAK celik IT bukan bermakna menolak teknologi AI. M. Nasir menggunakan khidmat orang yang arif dalam bidang berkenaan untuk menjalankan kerja berkaitan AI untuk memudahkan kerja-kerjanya di studio.

Salin dan tampal

Menilai hasil yang pernah didengarinya, beliau mengakui belum menemui karya muzik AI yang benar-benar mengagumkan, terutama apabila bunyi dan tona kedengaran hampir serupa.

“Benda sama sahaja. Salin dan tampal apa yang ada. Kalau mahu cipta sebuah lagu yang sedap, kena ada idea.

“Dalam industri filem, mereka gunakan imej janaan komputer (CGI), tapi jika tidak pandai guna, hasil CGI kurang menjadi dan mudah dikesan biarpun menggunakan teknologi canggih. Samalah AI dalam muzik,” tuturnya.

Mengenai kesan AI terhadap industri muzik, M. Nasir akui tugasan seperti nyanyian demo turut terjejas, namun penyanyi masih perlu menyanyi bagi rakaman yang memerlukan persembahan mereka sendiri.

Beralih kepada perjalanan hidup, pertanyaan mengenai titik paling rendah sepanjang bergelar pengkarya disambut dengan jawapan ringkas. M. Nasir ternyata sukar mengenal pasti pengalaman tertentu untuk dikongsikan.

Diajukan kemungkinan pernah berdepan penolakan, bayaran kecil atau dipandang sebelah mata, beliau tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu ditangisi.

“Tak adalah nak sedih benda-benda begitu. Saya ikut sahaja aturan Tuhan.

“Cuma, sebagai seorang penyanyi, perjalanan karier dan kehidupan memang tidak mudah.

Konsert

Disoal juga, apa lagi yang membuatkan beliau masih naik ke pentas selepas puluhan tahun menghiburkan peminat dan menjayakan pelbagai konsert?

Jelas M. Nasir, pekerjaan sebagai penyanyi ‘istimewa’ kerana tiada tempoh persaraan wajib. Justeru, beliau bersedia meneruskan persembahan selagi khidmat dan kemampuannya diperlukan, sekali gus menjawab mengapa deretan konsert belum menjadi noktah perjalanan seninya.

“Selagi saya boleh digunakan, saya akan lakukan. Kalau dah tak boleh, kita fikir jalan lain pula,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kepuasan mencipta lagu daripada sesuatu yang belum wujud sehingga menjadi karya yang disukai pendengar membuatkannya sukar membayangkan persaraan.

“Saya jenis yang tidak boleh duduk diam tanpa menghasilkan sesuatu dalam bidang seni, tidak kisahlah berkonsert, menyanyi atau mencipta lagu. Jadi, selagi peminat masih mahu melihat saya, okey, saya teruslah buat konsert selagi ada hayat dan kemampuan,” luahnya.

Dalam pada itu, beliau bakal muncul menerusi Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 pada 5 Disember 2026, pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“Mungkin saya akan menyanyikan sekitar 30 buah lagu kerana lagu saya terlalu banyak. Walaupun sudah buat banyak konsert, banyak lagi lagu yang belum didendangkan dalam konsert.

“Jadi, nantikan, ada juga kejutan buat peminat yang hadir,” katanya tertawa.

Jumaat, November 06, 2026

Confession Bilik Gelap : Dalam Indsutri, Kena Ada Jati Diri Untuk Survive – Dato' M.Nasir

sumber Youtube SYOK 6 November 2026

Temubual dalam podcast "Confession Bilik Gelap" (Musim 6 Episod 39) dihoskan oleh Sudirman Mohamad Tahir bersama tetamu jemputan ikonik muzik tanah air, Datuk M. Nasir. 

Berikut adalah sinopsis ringkas dan poin-poin utama daripada temubual tersebut:

Konsert "Magnum Opus M. Nasir Dekad Kelima": 

Temubual ini memfokuskan kepada perancangan Konsert Magnum Opus M. Nasir Dekad Kelima yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Berbeza dengan siri Magnum Opus sebelum ini (2017 dan 2019) yang lebih berbentuk forum dan dokumentari skala kecil, konsert kali ini berkonsepkan persembahan muzik yang lebih intim (intimate).

Persembahan ini diterbitkan oleh Luncai Emas dan menampilkan persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (lebih 40 pemuzik), diselitkan tayangan dokumentari, imej arkib, serta wawancara individu yang pernah membentuk perjalanan 50 tahun karier M. Nasir.

Senarai lagu merangkumi karya nyanyian serta ciptaan beliau (termasuk lagu-lagu underrated atau B-side) yang dipilih oleh pasukan penerbitan, bersama kemunculan penyanyi dan kumpulan jemputan seperti Erni Zakri, Pitahati, dan Syafie daripada kumpulan Ramayan.

Cabaran Industri Digital & Kepentingan Jati Diri: 

M. Nasir meluahkan rasa simpati terhadap pengkarya muda hari ini yang terpaksa bersaing dalam industri yang sangat bergantung kepada algoritma, sudut kamera, dan keghairahan konten tular (viral) berbanding bakat dan kemahiran murni.

Beliau menegaskan bahawa walaupun seniman perlu memahami dan memanfaatkan platform media sosial semasa, perkara paling utama untuk bertahan (survive) ialah mengekalkan jati diri dan harga diri agar tidak hanyut dari segi zahir dan batin.

Penjagaan Kesihatan & Pengalaman Kritis Vokal:

Beliau berkongsi tentang disiplin mengenal had kemampuan tubuh dan menjaga kesihatan vokal pada usia emas.

M. Nasir turut mendedahkan pengalaman pahit pernah mengalami masalah gangguan/kerosakan suara selama 6 bulan yang memerlukan latihan pemulihan semula bersama pakar.

Realiti Pasaran & Ekosistem Muzik Tempatan:

Beliau mengulas cabaran menganjurkan siri jelajah konsert (tours) di luar Kuala Lumpur disebabkan kekangan pasaran tempatan dan kebiasaan pembeli.

Beliau menganggarkan saiz pasaran pembeli aktif muzik Melayu sekitar 2 juta orang dan menekankan kepentingan meluaskan pasaran karya tempatan ke peringkat serantau serta merentasi pelbagai kaum.

Sabtu, Oktober 31, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 13)

  sumber Youtube Luncai Emas 31 Oktober 2026

Podcast Magnum Opus episod ini menampilkan Zarul Al-Bakri, seorang penerbit filem dan pemuzik, yang berkongsi pengalaman beliau bekerja dalam industri perfileman Malaysia era 80-an.

Berikut adalah sorotan utama temubual tersebut:

Kolaborasi bersama M. Nasir: Zarul menceritakan penglibatan beliau dalam menerbitkan filem ikonik seperti Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Matinya Seorang Patriot, serta hubungan kerja rapat beliau dengan Datuk M. Nasir dan pengarah Nasir Jani.

Cabaran Produksi: Beliau berkongsi kesukaran menghasilkan filem secara 'indie' pada waktu itu, termasuk isu bajet, perubahan skrip secara drastik, serta masalah teknikal seperti suntingan tidak sah oleh pihak panggung wayang .

Kontroversi Pesta Filem: Zarul mengimbas kembali kekecewaan apabila filem Kembara Seniman Jalanan berhadapan dengan isu kontroversi di pesta filem, di mana beliau merasa filem tersebut tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya.

Warisan & Masa Depan: Perbincangan turut menyentuh usaha Zarul melakukan remastering audio untuk filem Kembara Seniman Jalanan sempena ulang tahun ke-40 filem tersebut, serta impian beliau untuk menghasilkan kesinambungan atau 'part two' bagi filem tersebut

Sabtu, Oktober 24, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 12)

 sumber Youtube Luncai Emas 24 Oktober 2026

Podcast Magnum Opus M. Nasir episod ke-12 ini menampilkan tetamu khas, Marlin Prabakaran, seorang jurutera bunyi yang pernah berkhidmat di Studio Ronggeng pada tahun 1990-an. Berikut adalah sinopsis ringkas temubual ini:

Pengalaman Bekerja di Sebalik Tabir: Marlin berkongsi pengalamannya bekerja dengan lagenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir. Beliau menceritakan proses kreatif di studio, termasuk cara M. Nasir menggubah lagu yang dianggap sangat unik dan bersifat semula jadi.

Sifat Keibubapaan & Profesionalisme: Marlin menggambarkan M. Nasir sebagai seorang abang (mentor) yang tidak garang, tenang, dan sangat santai ketika bekerja, walaupun di bawah tekanan menghasilkan karya hit.

Budaya Kerja Studio: Antara topik menarik yang dibincangkan adalah tabiat unik M. Nasir di studio (seperti kerap bersendawa dan kadang-kadang tertidur semasa proses rakaman), serta kolaborasi beliau dengan pemuzik lain seperti arwah Loloq dan Wan Rastari.

Perkembangan Muzik: Marlin turut menyentuh tentang evolusi teknologi rakaman dari era analog ke digital dan mengapa M. Nasir kekal relevan sehingga kini kerana sifatnya yang sentiasa 'lapar' untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.

Episod ini juga mengetengahkan inisiatif MyPride oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan sokongan BSN sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka

Sabtu, Oktober 17, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 11)

 sumber Youtube Luncai Emas 17 Oktober 2026

Podcast ini menampilkan Art Fazil sebagai tetamu jemputan, berbincang bersama hos Hasnul Rahmat dan Aisyah mengenai perjalanan seni dan pengaruh besar Datuk M. Nasir dalam industri muzik Nusantara 

Antara topik utama yang dibincangkan:

Kagum kepada Fenomena: Art Fazil berkongsi bagaimana muzik Datuk M. Nasir, bermula daripada era kumpulan Kembara (seperti album Hati Emas), telah memberikan inspirasi besar kepada beliau untuk menceburi bidang penulisan lagu dan seni.

Perspektif Seniman: Perbincangan menyentuh sisi Datuk M. Nasir sebagai seorang seniman pelbagai disiplin (polymath)—seorang pelukis, komposer, penulis lirik, dan pelakon yang mempunyai visi yang sangat mendalam dan berbeza daripada pengkarya sezamannya.

Realiti Industri: Art Fazil mengulas tentang nilai ekonomi dan impak karya Datuk M. Nasir terhadap kerjaya ramai artis lain, serta kepentingan untuk sentiasa relevan dalam industri muzik tanpa mengira usia .

Pengalaman Peribadi: Art Fazil menceritakan pertemuan beliau dengan Datuk M. Nasir dan bagaimana nasihat atau pendekatan kerja beliau—seperti tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga—memberikan pengajaran yang mendalam kepada Art Fazil. Datuk M. Nasir mengajar tentang tanggungjawab sebagai seorang pengkarya. Beliau menekankan bahawa kerja seni perlu diseimbangkan dengan realiti kehidupan, seperti kewajipan mencari rezeki untuk keluarga

Episod ini turut memaparkan kisah inspirasi usahawan mikro Petals2u yang berkembang daripada minat menjadi perniagaan yang berjaya 

Jumaat, Oktober 16, 2026

M. Nasir ‘spill’ banyak benda, kongsi perjalanan seni hampir 50 tahun

 sumber Youtube mStar 16 Oktober 2026


Temubual dalam podcast Kenot Brain mStar Online Malaysia ini membincangkan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang telah bertapak hampir lima dekad (47 tahun) dalam industri muzik.

Berikut adalah sinopsis ringkas dan poin-poin utama daripada temubual tersebut:

Asal Usul Gelaran "Sifu": Gelaran ini mula dipopularkan oleh penyanyi Khattan yang kerap memerhatikan M. Nasir bekerja di studio semasa rakaman dan menganggap beliau sebagai guru. Walaupun M. Nasir menyifatkan jolokan tersebut sebagai "permainan dunia" dan cuba mengelaknya, beliau tetap menerima hakikat bahawa gelaran itu sudah mesra di kalangan masyarakat.

Kuantiti Karya & Proses Kreatif: Beliau telah menghasilkan hampir 3,000 buah lagu, dengan lebih 2,000 daripadanya telah diterbitkan. M. Nasir mendedahkan bahawa teknik menghasilkan lagu adalah mudah bagi yang mahir, namun mencipta lagu yang benar-benar bermutu memerlukan naluri serta pemikiran dari sudut pandang pendengar.

Pandangan Mengenai AI & Etika Muzik: Dari sudut etika dan moral, M. Nasir menegaskan bahawa teknologi AI tidak sepatutnya digunakan untuk mencuri hasil hak cipta orang lain demi mengaut keuntungan. Walau bagaimanapun, dalam industri, AI boleh dijadikan sebagai alat pemudah cara (tools) berlandaskan undang-undang dan kawalan hak cipta yang jelas.

Cabaran Era Digital & Trend Tular: Beliau menyifatkan landskap muzik digital masa kini lebih mencabar dan memenatkan. Jika dahulu syarikat rakaman menguruskan promosi album, kini artis perlu berdikari membina hubungan di media sosial. Beliau turut memerhatikan bahawa kandungan tular (viral) cenderung membuatkan sesebuah lagu popular bertahan sekejap sahaja (sekitar tiga bulan).

Konsert "Magnum Opus" & Kenangan Konsert "Canggung": Pementasan konsert Magnum Opus di Istana Budaya bakal menawarkan persembahan akustik yang lebih intim bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan serta gitaris ikonik seperti Kid (Search), Hillary, Joe, dan Op (Bloodshed). Selain itu, konsert yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya beliau ialah Konsert Canggung di Stadium Negara anjuran sahabatnya, Ali Bakar, berikutan kejayaan fenomena album Canggung Mendonan.


Karyawan says M Nasir and Sheila Majid must explain court action against the government guidelines

taken from The Star 16 October 2026 

The Malaysian Artistes’ Association (Karyawan) would like to express its appreciation and gratitude to the government, particularly the Minister of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, for the steps taken to improve the royalty collection and distribution system of the local music industry, which has been a thorn in the industry's side for as long as one can remember.

However, in yesterday's Parliament sitting, Datuk Armizan informed the House that the government's well-intentioned efforts to introduce Guidelines to strengthen transparency in the collection and distribution of music royalties by collective management organisations (CMOs) could not be implemented, following judicial review proceedings filed in court by three organisations, namely MACP, PPM and RPM.

“Karyawan is deeply disappointed with these three bodies for choosing to use the court process to thwart the government's well-intentioned efforts to improve the music royalty collection and distribution process,” said Karyawan President, Datuk Freddie Fernandez.

“What is even more shocking is that two of the three bodies are led by two well-known artistes, namely Dato' M. Nasir, the Chairman of MACP, which represents music creators, and Datuk Seri Sheila Majid, Chairman of Recording Performers Malaysia (RPM), which represents recording artistes and musicians. Both bodies, together with another body representing recording companies named PPM, have filed a judicial review to have the Guidelines set aside.”

“In early 2025, many of the country's music practitioners were overjoyed to hear Datuk Armizan's announcement at a special 'Music Royalty Advocacy' event, where he declared that the Guidelines for CMO’s would be enforced as the best solution to the complaints of music practitioners over the past several decades.”

“Unfortunately, this joy was short-lived. Not only did these three royalty collection bodies boycott the Minister's announcement event, but not long afterwards they filed a judicial review in court to set aside the Guidelines.”

“As a result, the Guidelines, which were supposed to take effect in January this year, have had to be postponed until such time the case is resolved, a process that may take months, maybe even years. In the meantime, music practitioners have to accept that there will be no changes or improvements to the existing royalty collection and distribution systems until the conclusion of the court case.”

“We do not understand why two big names in the music industry like M. Nasir and Sheila Majid do not support these Guidelines, and what their problem is, given that the majority of other music practitioners consider them to be a positive development and beneficial to artistes, composers and other music practitioners as a whole.

Another nagging question is why they did not obtain the views of their members, in the form of an AGM or EGM, before making such an important decision to drag the government to court?

In our view, these Guidelines deserve the support of all music practitioners because they provide music practitioners with greater powers to ensure a royalty system that is more transparent and efficient in comparison to what we have at the moment.”

“Karyawan hopes that both of them will come forward to explain why they chose to take the court action to subvert the efforts of a caring government that is truly concerned about the plight of artistes and musicians and is only trying to solve problems that have plagued the music industry for the past several decades.”

Sabtu, Oktober 10, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 10)

sumber Youtube Luncai Emas 10 Oktober 2026

Podcast Magnum Opus episod ini menampilkan perbualan mendalam bersama penulis lirik tersohor, Budi Hekayat, yang membincangkan pelbagai aspek seni penulisan, hubungan kreatif, dan evolusi kerjaya Datuk M. Nasir. Berikut adalah topik-topik utama yang dibincangkan:

Proses Kreatif dan Penulisan Lirik : Budi Hekayat menjelaskan bahawa menulis adalah satu bentuk ekspresi hati yang tidak berhenti bercakap. Beliau menekankan kepentingan imaginasi dalam melodi; di mana Datuk M. Nasir mampu menyampaikan visual atau gambaran cerita melalui melodi walaupun tanpa lirik.

Penulis lirik perlu menterjemahkan 'bunyi yang dilihat' (slogan Luncai Emas) ke dalam bentuk kata-kata yang bermakna.

Hubungan Dinamik dengan Datuk M. Nasir dan Arwah Loloq

Budi mengimbau kenangan awal beliau mengenali Datuk M. Nasir dan arwah Lolok di universiti. Beliau menjelaskan bahawa Lolok adalah sosok unik yang sukar digantikan.

Kerjasama beliau dengan Datuk M. Nasir bermula selepas pemergian Lolok, bermula dengan lagu Awan Nano.

Beliau menyifatkan kecerewetan Datuk M. Nasir sebagai tanda kasih sayang dan dedikasi untuk memastikan kualiti karya mencapai tahap tertinggi, sesuatu yang dipelajari daripada cara Lolok bekerja dahulu.

Evolusi dan Kematangan Datuk M. Nasir :  Perbincangan mengenai transformasi perwatakan Datuk M. Nasir daripada seorang yang sukar didekati pada era 90-an kepada seorang seniman yang lebih matang dan penuh dengan 'bahasa orang tua' yang bijaksana (wisdom).

Kepentingan kematangan pengalaman bagi seorang seniman dalam menghasilkan karya yang lebih 'mahal' dan mendalam seiring peningkatan usia.

Sosial dan Semangat Zaman : Budi menyentuh tentang Zeitgeist (semangat zaman) dalam karya Datuk M. Nasir yang sering merakam kehidupan rakyat bawahan, nelayan, dan golongan pekerja. Seniman diingatkan untuk tidak hidup dalam 'gua' tetapi perlu dekat dengan realiti masyarakat.

Kepentingan bereksperimen dengan elemen tradisional (seperti pantun) namun mengadunnya dengan nafas baharu agar seni tidak malap.

Sokongan kepada Usahawan Mikro : Segmen khas mengetengahkan Saad Capal (usahawan mikro BSN), menunjukkan bagaimana langkah kecil dalam berkarya atau perniagaan boleh membesar dan mencapai pasaran antarabangsa dengan sokongan yang tepat.