ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label Teater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teater. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 29, 2026

M NASIR X ZRA STRIM: Perjalanan Lengkap Sifu M Nasir Dari Menyanyi, Berlakon Hingga Mengarah Teater

 sumber Youtube 

Temubual bersama ZRA dan M Nasir ini membincangkan projek teater muzikal Mansur & Lui, epik berskala besar yang diarahkan sendiri oleh Datuk M. Nasir di Istana Budaya. 

Sinopsis Plot & Latar Teater: Teater ini menggunakan latar abad ke-15 Melaka dengan kostum purbawara. Ia membawakan kisah percintaan tiga segi yang menyentuh hati serta mempunyai adegan saspens dan pertempuran. Kisahnya berpusat pada watak Liu yang mempunyai kekasih di China, namun terpaksa dihantar kepada Sultan Mansur Shah di Melaka. Keadaan menjadi lebih tragis apabila kekasih Liu diarahkan oleh Maharaja China untuk mengiringinya sepanjang pelayaran ke Melaka tersebut bagi diserahkan kepada Sultan.

Barisan Pelakon & Cabaran Uji Bakat: Teater berskala besar ini melibatkan lebih 100 orang pelakon. Watak utama disandang oleh Alif Aziz (sebagai Sultan Mansur Shah versi muda bagi mengekalkan elemen romantik) dan seorang pelakon baru bernama Madeline yang ditemui melalui uji bakat. M. Nasir berkongsi bahawa proses casting sangat mencabar kerana sukar mencari bakat di Malaysia yang mampu berlakon dan menyanyi secara langsung dengan baik pada masa yang sama. 

Muzik Asli: Persembahan ini akan menampilkan lebih daripada 10 buah lagu asli ciptaan M. Nasir yang tidak pernah diperdengarkan atau dirakam untuk tujuan komersial sebelum ini.

Visi M. Nasir untuk Seni Teater: M. Nasir berkongsi minatnya terhadap teater sejak usia muda. Beliau juga mendedahkan telah melawat beberapa buah negara seperti China dan England untuk menonton teater bagi mendapatkan inspirasi, dengan impian mahu menjadikan teater sebagai sebahagian daripada budaya hiburan yang penting dan popular di Malaysia.

Butiran Pementasan: Teater yang berdurasi 2 jam setengah (mempunyai rehat di pertengahan) ini akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 September selama 10 hari dengan jumlah 14 persembahan. 

Hj Zainal mengutarakan pendapat bahawa penglibatan dalam seni teater boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi anak muda. Beliau juga menyeru para peminat setia untuk hadir menonton bagi melengkapkan portfolio seni "Sifu" M. Nasir—daripada seorang penyanyi, pencipta lagu, pelakon, pengarah filem, sehinggalah kini bergelar pengarah teater.

* Sinopsis Janaan AI

Khamis, Ogos 27, 2026

M. Nasir guna ‘lesen seni’ hidupkan Mansur dan Liu

petikan Astro AWANI 27 Ogos 2026

Diilhamkan daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, pementasan itu mengangkat pertemuan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Liu dari China.

KUALA LUMPUR: Keterbatasan catatan mengenai keperibadian Sultan Mansur Shah membuka ruang kepada Datuk M Nasir untuk menggunakan “lesen seni” dalam menghidupkan tokoh berkenaan menerusi Teater Muzikal Mansur & Liu.

M. Nasir menjelaskan, pementasan itu bukan rekonstruksi sejarah secara literal, sebaliknya sebuah karya fiksyen yang dibina berasaskan tokoh dan latar Kesultanan Melayu Melaka.

Menurutnya, tidak banyak catatan yang memperincikan perwatakan Sultan Mansur Shah, termasuk cara hidup, pakaian dan pertuturan masyarakat ketika itu.

“Tidak ada orang yang benar-benar tahu wataknya bagaimana. Sejarah tidak banyak menceritakan tentang watak beliau.


“Jadi, kita mempunyai ‘lesen seni’ untuk mengagak perwatakannya kerana bukan mudah untuk mengetuai sebuah empayar ketika Melaka berada di puncak kegemilangan.

“Kisah Mansur & Liu ini ialah sebuah fiksyen. Bukannya cerita sebenar atau sejarah, tetapi berdasarkan watak-watak sejarah,” katanya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.

Diilhamkan daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, pementasan itu mengangkat pertemuan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Liu dari China.

Selain percintaan, jalan ceritanya turut menyentuh persaingan kuasa dan kedudukan Melaka di tengah-tengah percaturan geopolitik yang melibatkan China, Siam serta kerajaan serantau pada abad ke-15.

Projek tertangguh akibat COVID-19

Penerbit Teater Muzikal Mansur & Liu, Datin Marlia Musa berkata, projek tersebut sebenarnya telah dirancang sejak beberapa tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Selepas keadaan kembali mengizinkan, pasukan produksi menyusun semula skrip sebelum memulakan proses latihan dan persiapan pentas.

“Kami sudah merancang untuk menerbitkan teater ini beberapa tahun lalu. Kemudian apabila COVID-19 berlaku, kami terpaksa meletakkannya ke tepi.

“Apabila merasakan ini masa yang sesuai, kami mulakan semula dan mengolah kembali skripnya,” katanya.

Menurut Marlia, Mansur & Liu pada asasnya ialah sebuah karya romantik, namun turut menggabungkan unsur politik dan konflik bagi mengukuhkan perkembangan cerita.

“Kami bekerja dengan sekumpulan penulis. Datuk akan memberikan gambaran besar mengenai bagaimana cerita itu sepatutnya bergerak, kemudian kami memberikan input untuk menaikkan graf cerita.

“Mansur & Liu ialah sebuah kisah cinta. Ia bukan cerita sejarah atau politik semata-mata, tetapi kami menggabungkan semua elemen berkenaan,” jelasnya.

Marlia mengakui antara cabaran terbesar sebagai penerbit adalah menterjemahkan imaginasi M. Nasir kepada sebuah persembahan berskala besar di Istana Budaya.

Produksi itu melibatkan lebih 80 pelakon dan tenaga produksi di atas pentas, selain puluhan pemuzik yang akan mengiringi persembahan secara langsung.

“Cabaran saya ialah suami saya kerana dia petik sahaja apa yang dia mahu,” katanya berseloroh.

“Kalau konsert, prosesnya mungkin lebih mudah, pilih lagu dan pergi kepada susunan muzik. Tetapi teater lebih kompleks. Cabarannya ialah merealisasikan imaginasi visual seorang pengarah.”

Melinda tidak sedar terpilih sebagai Puteri Liu

Sementara itu, Melinda Dadew mendedahkan bahawa beliau pada awalnya tidak mengetahui sesi uji bakat yang dihadirinya adalah untuk memilih pemegang watak Puteri Liu.

Melinda hadir selepas dihubungi pengurusnya dan terus diminta menyanyi serta membaca dialog watak berkenaan.

“Saya datang tanpa berfikir panjang. Ketika itu saya tidak tahu saya sedang menjalani uji bakat untuk watak Puteri Liu.

“Selepas selesai, Datin bertanya sama ada saya boleh datang semula keesokan harinya. Saya fikir mungkin ada satu lagi uji bakat. Apabila saya bertanya kepada pengurus, semua ketawa dan berkata, ‘Awak sudah dapat’,” katanya.

Selain menghafal skrip, Melinda berkata cabaran terbesar adalah memahami emosi watak dan menyampaikannya melalui bahasa tubuh, termasuk ketika tidak berdialog.

“Bukan sekadar menghafal skrip, tetapi kita perlu benar-benar memahami maksudnya dan tahu bagaimana mahu mengeluarkan emosi.

“Walaupun ketika diam, kita masih perlu bermain dengan perasaan. Saya juga perlu menghafal dialog bahasa Mandarin kerana ada satu babak yang menggunakan bahasa itu sepenuhnya,” jelasnya.

Arena Wan keluar dari zon selesa

Arena Wan pula menggalas watak Tun Seri Anem, sepupu kepada Sultan Mansur Shah yang diwujudkan khusus bagi membentuk konflik cinta tiga segi dalam pementasan tersebut.

Menurut Arena, penampilannya dalam Mansur & Liu merupakan pengalaman pertama dalam teater muzikal dan mencabar dirinya sebagai pelakon yang tidak mempunyai latar belakang sebagai penyanyi.

“Ini kali pertama saya terlibat dalam teater muzikal. Saya seorang pelakon, bukan penyanyi, jadi itu cabaran terbesar saya.

“Saya berterima kasih kepada Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa kerana memberikan peluang serta kepercayaan kepada saya untuk membawa watak ini,” katanya.

Arena menyifatkan barisan pelakon, skrip dan muzik produksi berkenaan sebagai antara faktor yang membuatkannya teruja untuk membuat penampilan sulung di pentas teater.

Naskhah asal Mansur & Liu ditulis oleh Allahyarham Zakaria Ariffin sebelum dikembangkan secara kolektif oleh pasukan penulis serta produksi.

Pementasan tersebut menjadi teater muzikal pertama arahan M. Nasir dan menampilkan kira-kira 30 lagu baharu ciptaannya.

Aliff Aziz membawakan watak Sultan Mansur Shah, manakala Melinda sebagai Puteri Liu. Barisan pelakonnya turut disertai Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Arena Wan dan beberapa nama lain.

Teater Muzikal Mansur & Liu akan dipentaskan dari 10 hingga 20 September 2026 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Keterbatasan catatan mengenai Sultan Mansur Shah membuka ruang kepada M. Nasir mengembangkan cerita menerusi tafsiran kreatif.

Sumber Video : Youtube Astro AWANI

Selasa, Ogos 18, 2026

M Nasir anggap Mansur & Liu ibarat peperangan seni

 petikan Berita Harian 18 Ogos 2026

Oleh Farihad Shalla Mahmud 

M Nasir memantau persiapan barisan pelakon menjelang pementasan muzikal. - Foto NSTP/ Hari Anggara

KUALA LUMPUR: Menyatukan lebih 150 tenaga kerja, menghidupkan 30 lagu dan membawa legenda Melayu ke pentas dalam acuan baharu, Datuk M Nasir mengakui pementasan Mansur & Liu ibarat satu peperangan seni yang menuntut kesungguhan seluruh pasukan.

Namun, di sebalik cabaran produksi berskala besar itu, penyanyi, komposer dan pengarah berusia 68 tahun berkenaan melihat Mansur & Liu sebagai karya yang cukup dekat dengan jiwanya, terutama kerana tercetus daripada minat mendalam terhadap hikayat dan legenda Melayu.

M Nasir berkata, idea menghasilkan muzikal itu sudah tercetus sejak 2016 sebelum terhenti akibat pandemik COVID-19, namun kembali diusahakan beberapa tahun kemudian.

M Nasir mahu Mansur & Liu mencapai standard tinggi setanding produksi muzikal bertaraf dunia. - Foto NSTP/ Hari Anggara

"Teater ini mencabar. Setiap kali selepas latihan, saya cakap kepada semua yang terbabit, ini adalah satu peperangan.

"Pengalaman saya buat album dan konsert, tetapi ini lebih menyeronokkan kerana kita bekerja bersama lebih 150 orang, termasuk tenaga kerja di belakang pentas," katanya ditemui pada sidang media dan sesi latihan muzikal berkenaan di sini, baru-baru ini.

Menurut M. Nasir, minat terhadap hikayat Melayu membawanya kepada kisah Puteri Liu yang mempunyai persamaan dengan legenda Hang Tuah dan Hang Li Po.

Katanya, nama Puteri Liu dipilih kerana kisah Hang Li Po sudah terlalu sinonim dalam penceritaan mengenai legenda Melayu, sedangkan watak yang diketengahkan dalam muzikal itu mempunyai latar dan pendekatan tersendiri.

"Saya minat hikayat Melayu dan menemui kisah Puteri Liu, Hang Tuah serta beberapa karakter legenda Melayu. Persamaan cerita Puteri Liu dengan Hang Li Po menarik perhatian saya.

"Saya melihatnya sebagai satu alternatif kepada cerita legenda Raja Melaka berkahwin dengan puteri Cina. Temanya menarik untuk diketengahkan," katanya.

Idea pementasan itu pada asalnya dikembangkan bersama aktivis teater, Allahyarham Zakaria Ariffin pada 2019. Selepas pemergian penulis berkenaan, naskhah itu dibangunkan semula tahun lalu dengan pembabitan empat penulis yang pernah bekerja bersama pasukan produksi.

M Nasir berkata, Mansur & Liu tidak dibentuk sebagai muzikal tradisional, sebaliknya menggabungkan elemen muzik tradisi, moden, rock dan kontemporari.

Sebanyak 30 lagu disediakan untuk pementasan itu, dengan pendekatan muzik yang bersifat fusion bagi mengiringi jalan cerita.

"Ini bukan cerita tradisional. Ia cerita kontemporari dan fusion. Ada elemen tradisi, moden dan muzik yang lebih rock.

"Bahasa dialog juga tidak terlalu terikat dengan latar tahun yang tepat. Ada bahasa Mandarin dan bahasa istana, tetapi bukan dalam bentuk bangsawan," katanya.

M Nasir turut menyifatkan pemilihan Aliff Aziz sebagai watak utama ibarat rezeki selepas pasukan produksi berusaha mendapatkan pelakon yang sesuai menerusi proses uji bakat.

Katanya, hampir semua nama dicadangkan turut dihubungi atau dipanggil menghadiri uji bakat sebelum Aliff dipilih pada saat akhir.

"Aliff bagi saya adalah anugerah Tuhan kepada saya dan produksi ini. Kami sudah cuba mendapatkan orang lain dan dia datang pada saat terakhir," katanya.

Pengarah itu juga mengakui pada awalnya berasa bimbang kerana Alif dan pelakon utama wanita, Melinda Dadew, tidak mempunyai pengalaman dalam teater muzikal.

Namun, kebimbangan itu terpadam apabila kedua-duanya menunjukkan kesungguhan dan kemampuan belajar dengan pantas sepanjang latihan.

Dalam pada itu, M Nasir melihat pementasan Mansur & Liu sebagai karya yang cukup peribadi, malah berpotensi menjadi asas kepada projek lebih besar pada masa depan.

"Teater ini sangat personal buat saya. Ia akan menjadi satu filem yang besar dan kerjasama dengan China," katanya.

Sementara itu, penerbit, Datin Marlia Musa pula berkata, cabaran produksi bukan hanya berkaitan proses kreatif, malah turut membabitkan komitmen pelakon yang perlu meluangkan masa berbulan-bulan dengan pulangan kewangan yang tidak setimpal.

Katanya, kecintaan terhadap seni teater menjadi antara faktor utama yang mendorong pelakon profesional untuk terus terbabit dalam produksi sedemikian.

"Gaji kami tidak tinggi dan pulangan pelaburan (ROI) juga tidak besar. Kadang-kadang lebih banyak rugi daripada untung.

"Kalau mereka suka teater, mereka akan datang dan beri komitmen. Itulah realitinya," katanya.

Rabu, Ogos 12, 2026

M Nasir 'peram' Mansur & Liu 6 tahun

petikan  Berita Harian 12 Ogos 2026

Oleh Affan Rostam 

M Nasir bersama barisan pelakon Teater Muzikal Mansur & Liu selepas sidang media pementasan berkenaan di Istana Budaya, baru-baru ini. - Foto NSTP/ Nabila Adlina Azahari

KUALA LUMPUR: Bakal mengarahkan teater buat kali pertama selepas hampir lima dekad bergelar anak seni, maestro muzik, Datuk M Nasir, tidak sabar menterjemahkan segala yang terbuku dalam fikiran dan hati ke pentas menerusi teater muzikal Mansur & Liu.

Selepas lebih enam tahun 'memeram' idea berikutan beberapa faktor, M Nasir bakal mencipta satu lagi sejarah peribadi menerusi pementasan yang dijadual berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di sini, selama 11 hari mulai 10 September depan.

Memilih mengangkat kisah Sultan Melaka keenam, iaitu Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu daripada Dinasti Ming yang diambil daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, karya berkenaan dijangka hadir dengan kekuatan jalan ceritanya.

Malah, Mansur & Liu bakal menjadi antara pementasan berskala besar terawal dipersembahkan di IB selepas panggung seni utama negara itu selesai menjalani kerja pembaikan dan naik taraf.

Bagaimanapun, dalam keghairahan mengarah dan mementaskan teater sulungnya, M Nasir tidak terlepas daripada kritikan warga maya susulan pemilihan artis sensasi, Aliff Aziz, untuk melakonkan watak Sultan Mansur Shah.

Pemilihan nama pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu dipersoalkan segelintir pihak susulan kontroversi yang pernah membabitkannya.

Namun, komposer dan penyanyi legenda berusia 68 tahun itu berkata, beliau bersama pasukan produksi mempunyai alasan tersendiri dalam pemilihan setiap pelakon selepas mengadakan sesi uji bakat.

"Semua ini (watak) ada kriterianya. Teater muzikal ini membabitkan ramai pelakon, tetapi ada yang tidak memenuhi kriteria yang kita cari. Satu perkara lagi yang penting, terutama dari segi nyanyian.

"Jadi, proses memilih itu cerewet dan memang kena cerewet. Bukan sebab perangai kita cerewet, tetapi memang kita perlu cerewet. Kalau tidak, nanti kita yang menyesal.

"Tapi saya pasti ada juga orang yang tidak berpuas hati sebab kita semua ada hak untuk memilih.

"Namun, kita cuba dapatkan pelakon yang sedekat mungkin dengan watak yang kita bayangkan sebelum ini. Jadi, yang dipilih ini adalah paling dekat dengan bayangan kita," katanya pada sidang media Teater Muzikal Mansur & Liu di Istana Budaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, pengasas Icon Entertainment, Iman Tang selaku penganjur bersama dan Pengarah Produksi Istana Budaya, Hanida Mohamed Yusof.

Mengulas mengapa idea pementasan berkenaan akhirnya dapat direalisasikan sekarang, M Nasir berkata, ia bergantung kepada peluang yang sebelum ini belum berpihak kepadanya.

"Ini mengenai peluang. Ia bergantung pada semangat juga kerana sekian lama saya memang mahu buat, tetapi peluang itu tidak dapat.

"Saya sudah tengok kebanyakan persembahan di negara kita dan memang hasrat saya mahu buat. Tetapi kalau hendak buat, saya mahu buat betul-betul dan memberikan satu persembahan yang baharu, kuat dan impaknya besar," katanya.

M Nasir berkata, idea tercetus lebih enam tahun lalu selepas dia tertarik dengan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu ketika membaca Sulalatus Salatin.

"Saya ambil peluang mengusulkan idea pementasan teater muzikal ini kepada sebuah syarikat, tetapi akhirnya ia tidak menjadi kenyataan.

"Kemudian, pandemik COVID-19 melanda dan idea itu seakan-akan terhenti. Maknanya, sudah enam tahun idea untuk menghasilkan karya ini tercetus.

"Apabila saya mendapat peluang dan ada pihak yang berminat untuk menjayakan pementasan muzikal ini dari sudut pembiayaan dan sebagainya, idea itu muncul semula.

"Akhirnya, saya dapat merealisasikan apa yang selama ini saya bayangkan," katanya.

Menyentuh persediaan pementasan, M Nasir berkata, pihaknya sudah melalui pelbagai proses bagi memastikan karya berkenaan dapat dipersembahkan mengikut konsep yang dirancang, khususnya di pentas IB.

"Itu semua kita sudah lalui. Kita sudah lalui prosesnya kerana IB tempat yang paling sesuai untuk mementaskan teater epik seperti ini.

"Ada kelemahannya, tetapi kita sudah dapat atasi dengan bantuan daripada pihak luar," katanya.

Ditanya mengenai perasaan menjelang pementasan yang juga menjadi pengalaman sulungnya sebagai pengarah teater, M Nasir berkata, debaran itu kemungkinan hanya dirasakan apabila semakin hampir dengan hari persembahan.

"Belum lagi (rasa gemuruh). Orang kata kalau tidak gemuruh, tidak bagus. Kena ada rasa gemuruh. Tapi biasanya ia datang pada saat-saat akhir," katanya.

M Nasir berkata, antara cabaran utama menjayakan pementasan teater muzikal adalah mendapatkan pelakon yang mempunyai kemahiran seimbang dalam bidang lakonan dan nyanyian.

"Saya tengok perkembangan sekarang, hendak mencari pelakon untuk muzikal agak susah. Kita tidak dilatih dengan cara begitu.

"Banyak penyanyi kita tidak dilatih untuk menjadi pelakon dan pelakon pula tidak dilatih untuk menjadi penyanyi.

"Tapi kalau dua-dua sekali, kalau kita ada kemahiran yang diperlukan dalam muzikal ini, kita ada satu budaya yang mengasah mereka untuk boleh membuat persembahan.

"Saya pasti ramai pelakon yang boleh menyanyi. Tetapi menyanyi untuk muzikal ini ada sedikit perbezaannya," katanya.

Teater Muzikal Mansur & Liu mempertaruhkan gandingan Aliff sebagai Sultan Mansur Shah dengan bakat baharu, Melinda Dadew yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak Puteri Liu.

Selain Aliff dan Melinda, pementasan itu turut dibarisi Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad.

Diterbitkan Roman Abadi dengan kerjasama Icon Entertainment, teater muzikal itu akan mempersembahkan 30 lagu serta skor muzik asli ciptaan M Nasir.

Karya berkenaan bukan sekadar mengisahkan pertemuan antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, bahkan menyingkap satu zaman yang menyaksikan diplomasi mengatasi sengketa, kebijaksanaan mengatasi kekuatan dan kasih merapatkan dua empayar yang dipisahkan lautan.

Isnin, Ogos 10, 2026

Teater Muzikal Mansur & Liu

“Mansur & Liu” merupakan produksi teater muzikal pertama yang diarahkan oleh legenda muzik Malaysia, Dato' M. Nasir, yang menggabungkan barisan penghibur, pemuzik, dan penggiat kreatif ternama bagi menyajikan pengalaman teater bertaraf dunia.

Diinspirasikan oleh kisah-kisah daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Sri Lanang, produksi yang mengasyikkan ini menghidupkan semula kisah hubungan antara Sultan Mansur Shah dari Melaka dengan Puteri Liu dari China sebagai lambang diplomasi budaya, percintaan, serta ikatan geopolitik antara Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming. Berlatarkan suasana Melaka pada abad ke-15, pementasan ini menampilkan lebih daripada 30 lagu dan gubahan muzik baharu hasil ciptaan penyanyi serta penggubah lagu terkemuka Malaysia, Dato’ M. Nasir. Produksi ini akan meneroka tema-tema seperti identiti, kuasa, dan permuafakatan melalui penceritaan visual yang kaya serta gubahan muzik yang memukau.

🎟️ Pembelian Tiket

Tempat : Istana Budaya

Tarikh Persembahan:

10 Sept - 20 Sept 2026

Sesi 3.00 petang & 8.30 malam

Sesi Ramah Mesra (Meet & Greet) tambahan tersedia



M.Nasir bets big on newcomer Melinda Dadew and Aliff Aziz as the main stars of his Mansur & Liu musical

 taken from Malay Mail 10 August 2026

By Arif Zikri

Datuk M.Nasir’s first ever musical theatre Mansur & Liu, is set to open at Istana Budaya from September 10 to September 20. — Picture by Choo Choy May

KUALA LUMPUR, Aug 10 – After months of searching, music maestro Datuk M.Nasir has finally found the main stars for his upcoming musical Mansur & Liu in Sabahan newcomer Melinda Dadew and Singaporean singer and actor Aliff Aziz. 

The full cast revelation was made recently at the prestigious Istana Budaya where local media were given a glimpse of the cast lineups in their full traditional attire, as well as footage from some of the training and auditions. 

Mansur & Liu marks M.Nasir’s first endeavor in producing a musical alongside his wife Datin Marlia Musa. It follows the encountering tales between Sultan Mansur Shah from the Malacca sultanate and Princess Liu from the Ming dynasty, heavily inspired by the Sulalatus Salatin (The Malay Annals). 

More than a royal love story, the musical epic aims to bring to life an era where diplomacy beat war and love bridged two vast empires.

“We have our own reasons as to why we’ve chosen Aliff for the role but based on his audition performance alone, he is definitely the right person for this character (Sultan Mansur Shah). 

“Another thing about Aliff is that he is the second most handsome actor in Malaysia,” M.Nasir said with a chuckle. 

In a more serious tone, the 68-year-old pointed out that despite Malaysia having a pool of talented actors, there are not many who could sing, which is one of the main criterias for the role. 

“There’s a lot of talented actors but not many could fulfil the requirements especially when it comes to singing. 

“Which is why we need to be picky to avoid any future regrets. 

“There will inevitably be some dissatisfaction, but we set out to select the actor who most closely aligns with the character we imagined—and Aliff truly fits the bill,” he said. 

M.Nasir who will be serving as the director, composer, and musical scorer for Mansur & Liu also revealed that the idea to direct a musical  first came to him six years ago when he was recording an audiobook on Tun Sri Lanang’s Sulalatus Salatin. 

“Previously I was involved in reading an audiobook where I had to read the entirety of Sulalatus Salatin, which recounts ancient Malay legends by Tun Sri Lanang. 

“I was captivated by the tales and lore in the text and I came across the tale of Mansur and Liu which particularly piqued my interest in creating this work,” he said, adding that he’s grateful for the opportunity to finally direct his own musical after years of patiently waiting. 

M.Nasir cheekily describes Singaporean actor and singer Aliff Aziz as the second most handsome actor in Malaysia. — Picture by Choo Choy May

Meanwhile, it is a huge honour for Aliff Aziz to have been selected to portray Sultan Mansur Shah in the musical and the 35-year-old revealed that he took some time before agreeing to audition for the role. 

“Before joining the audition, I actually took some time to decide whether I had the courage to take it on – but after encouragement by my family and close friends, I decided to go for it. 

“Joining this production has been amazing – the team is absolutely amazing, from Datuk M.Nasir to Datin Marlia to the entire cast, everyone has been so supportive and guiding. 

“They’ve given me the confidence I needed and I am beyond excited to be part of such a special production,” Aliff said. 

Newcomer Melinda Dadew, who first gained recognition on last year’s local singing reality show Raise The Star Malaysia, recalled her six-hour audition process. Expecting to land a supporting role, she was both shocked and thrilled to secure the lead as Princess Liu.

Marking her acting debut, the singer admitted the pressure is mostly self-imposed. 

“The pressure is really on myself rather than from the cast, as this is my first acting gig. 

“I need to put in extra effort to bring Princess Liu to life,” Dadew said. 

To prepare, she completed targeted assignments from Datin Marlia Musa and attended masterclasses with fellow cast members. 

“One of my main assignments was to dissect Princess Liu’s character—her traits, mannerisms, and speech patterns,” she said. 

Despite Mansur & Liu marking her first time acting, newcomer Melinda Dadew came from a classical music background. — Picture by Choo Choy May

She added that in order to prepare for her role as Princess Liu, she has been reading the script repeatedly to grasp her character while watching clips from traditional Chinese period dramas to study the posture and mannerisms of royalty.

Outside of the acting demands, Dadew is unfazed by the show’s musical requirements, drawing on her classical voice training.

Aside from Aliff and Dadew, Mansur & Liu also boasts a stellar lineup of other local stars including Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh, and Shahrul Mizad.

Mansur & Liu is set to open from September 10 to September 20, taking place at the Panggung Sari in Istana Budaya. 

Organised by Roman Abadi in collaboration with Icon Entertainment, the musical is set to feature around 30 songs and musical scores composed by M.Nasir. 

Tickets will go on sale starting from August 10 with prices ranging from RM88 to RM388.

Jumaat, Ogos 07, 2026

Aliff Aziz pelakon kedua paling tampan di Malaysia - M Nasir

 petikan Harian Metro 7 Ogos 2026

Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pelakon, Aliff Aziz dan M Nasir bergambar pada sidang media Mansur & Liu di Istana Budaya. Foto Nabila Adlina Azahari

Kuala Lumpur: Maestro muzik tanah air, Datuk M Nasir menyifatkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai individu paling sesuai memegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu berdasarkan kriteria serta bakat yang dimiliki.

Malah, M Nasir yang juga pengarah teater berkenaan secara berseloroh mendedahkan faktor ketampanan Aliff turut menjadi antara kriteria pemilihannya untuk watak terbabit.

"Semua pelakon dipilih melalui sesi uji bakat. Mengapa mereka dipilih? Kami mempunyai kriteria kami sendiri. Jika melihat kepada persembahan mereka, saya merasakan mereka sangat sesuai dengan watak masing-masing.

"Terutamanya Aliff. Mengapa saya memilihnya? Sebab dia pelakon kedua paling tampan di Malaysia," katanya memaklumkan pementasan akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 20 September depan..

Mengulas mengenai cetusan idea pementasan terbabit, M Nasir mendedahkan naskhah berkenaan sebenarnya sudah berada dalam fikirannya sejak enam tahun lalu selepas terbabit dalam projek pembacaan buku audio kisah tulisan Tun Sri Lanang.

Bagaimanapun, katanya, perancangan awal untuk merealisasikannya terhenti susulan penularan pandemik Covid-19 selain kekangan tertentu sebelum ini.

"Semasa membacanya, saya menemui kisah Mansur dan Liu lalu sangat tertarik untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah itu.

"Idea ini sudah wujud sejak enam tahun lalu. Apabila ada pihak yang berminat untuk saya menghasilkan pementasan muzikal serta menyediakan sokongan dari segi dana, idea itu muncul semula dan akhirnya berjaya direalisasikan," katanya.

M Nasir menambah, persediaan dan latihan yang dijalankan selama hampir sebulan memberi keyakinan tinggi bahawa karya itu mampu memberikan impak mendalam kepada industri hiburan tanah air.

Sementara itu, Aliff menyifatkan kepercayaan yang diberikan oleh M Nasir dan pihak produksi sebagai satu penghormatan besar sepanjang kerjaya seninya.

"Ini kali pertama saya menerima peluang seperti ini. Apabila menerima tawaran, saya mengambil sedikit masa untuk berfikir sama ada saya berani atau tidak untuk menerimanya.

"Selepas berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan, Alhamdulillah, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran ini.

"Seluruh pasukan banyak memberikan sokongan dan saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pementasan teater ini," katanya.

Teater Muzikal Mansur & Liu diterbitkan oleh Roman Abadi dan Icon Entertainment turut dibintangi Melinda Dadew sebagai Puteri Liu, Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad.

Khamis, Mei 14, 2026

Teater Muzikal Sulung: M. Nasir Mencari Liu

petikan BERNAMA 14 Mei 2026

Oleh Wartawan Bernama Lifestyle

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama)  Selepas puluhan tahun menghidupkan dunia seni menerusi muzik dan lakonan, legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir membuka satu lagi dimensi baharu dalam perjalanan seninya menerusi penerbitan teater muzikal "Mansur & Liu".

Naskhah itu menjadi projek teater muzikal sulung yang diterbitkan bersama-sama dengan isteri Datin Marlia Musa, dan mereka sedang mencari "Liu", iaitu watak heroin yang bakal menghidupkan pementasan berkenaan. Marlia berkata pemegang watak Liu perlu memiliki ciri-ciri tersendiri, termasuk gerak tari yang gemalai, tutur bicara yang bijaksana serta suara lunak dan gemersik bagi melengkapkan gandingan dengan karakter Mansur. "Ini adalah teater muzikal pertama kami. Sebelum ini, kami hanya mendengar suara, melihat lakonan dan gerak tari. Jadi, kami mahu melihat semuanya diterjemahkan secara nyata menerusi bakat-bakat baharu dalam pementasan ini nanti," katanya dalam kenyataan.

Bagi merealisasikan pencarian itu, sesi uji bakat terbuka "M. Nasir Mencari Liu" akan berlangsung esok di Club Chinois, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur bermula 3 petang dan mempelawa bakat-bakat berpotensi untuk tampil. - BERNAMA

-

Sabtu, Mei 11, 1985

Khamis, Jun 04, 1981

Balai Rakyat Tanglin pentaskan dua drama

Petikan Berita Harian, 4 June 1981

Oleh KHAIRANI AHMAD 

SEDANG badan-badan drama berlumba-lumba untuk membanyakkan lagi jumlah persembahan drama tempatan, anggota Kelab Drama Balai Rakyat Tanglin juga tidak mahu ketinggalan dalam usaha itu.

Mereka, sejak Januari lalu. begitu gigih menjalankan latihan untuk menjayakan dua buah drama moden yang akan dapat disaksikan oleh para peminat seni pada 13 Jun di Pusat Kebudayaan, dekat Pusat Penjaja Rasa Singapura. 

Kedua-dua drama moden itu bertemakan pertikaian dan masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia sehari-hari. Drama pertama berjudul Syaitan Syaitan Berdrama, ditulis oleh Syed Amin Shahab, pelukis muda yang melangkahkan kakinya ke dunia penulisan drama pentas sejak beberapa tahun lalu dengan harapan dapat mengurangkan 'ketegangan' di alam seni lukisan. 

Penulis yang mengakui jiwanya lebih berat ke arah seni lukis menjelaskan semasa dia mengadakan latihan di Balai Rakyat Tanglin baru-baru ini, bahawa Syaitan Syaitan Berdrama merupakan hasil karya yang kedua selepas drama Otak'. 

Menyentuh sedikit tentang drama itu. Syed Amin menjelaskan idea untuk menulis kisah tersebut timbul di fikirannva apabila sebuah lagu bertajuk 'Mencari Tuhan" berkumandang di radio semasa dia berada di Jakarta tahun lalu. 

Kisah itu akan dibawakan oleh sebelas watak di mana watak-watak utamanya terdiri dari syaitan satu, syaitan dua dan syaitan tiga. Menurutnya lagi drama yang mendedahkan kejahilan manusia yang tunduk kepada hasutan syaitan ini diolah sebegitu rupa supaya mesejnya dapat disampaikan kepada para penonton menerusi kata-kata yang mudah difahami. 

Sebagaimana petikan kata-kata yang berbunyi: "Syabas! Aku senang sekali melihat syaitan yang optimis seperti kau.. Ya! syaitan optimis, syaitan intelek, syaitan genius tapi syaitan tetap syaitan kita akan bina satu masyaratakat syaitan yang kukuh, kita akan bina satu kerajaan baru. kerajaan syaitan-syaitan bersatu... dengan tujuan yang sama iaitu untuk mengacau-bilaukan manusia.' 

Kepahitan 

Sementara drama berjudul Wabak, hasil nukilan M.Nasir pula agak begitu simbolik, memandangkan hanya seorang saja yang membawakan tiga watak, diiringi dengan suara-suara latar belakang yang beraksi sebagal perabot-perabot rumah seperti katil, jam loceng, potret. cermin. pil tidur dan lain-lain.

Wabak cuba mempaparkan kepahitan yang dirasai oleh seorang Insan yang hidup dalam wabak khayalannya sendiri terapung-apung tanpa tujuan. 

M.Nasir. sebenarnya memang tidak asing lagi di kalangan peminat seni drama dan seni suara kerana artis muda ini telah lama berkecimpung di lapangan tersebut. 

Pada 1979, M.Nasir telah terpilih sebagai pelakon lelaki terbaik dalam Pesta Drama Sriwana. 

Kepuasan

Bagaimanapun, dapatkah M.Nasir memberi kepuasan kepada para peminatnya menerusi hasil karyanya yang pertama ini? Sama-sama-lah kita ikuti kisah berjudul Wabak yang akan dipentaskan pada 13 Jun nanti. 

Tiket-tiket berharga $2 kini telah pun dijual di Balai Rakvat Tanglin dan di pintu masuk Pusat Kebudayaan pada hari pementasannya. 

Dua orang pelakon yang menjayakan drama Syaitan Syaitan Berdrama, iaitu Mahani Aljunied. 21 tahun dan Maskam Mualim. 32 tahun memberitahu bahawa mcreka akan cuba menghidupkan watak-watak yang diberi supaya para penonton akan merasa puas ketika menonton drama tersebut.