ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label Quest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Quest. Papar semua catatan

Isnin, September 17, 2007

Lagu Istimewa Ramadhan Dari Kumpulan Quest

dipetik dari luncaiemas.com.my 17 September 2007
oleh Syah Mohamed

QUEST yang pernah popular dengan lagu Jiwa Terbakar & Kita Rasa Cinta tahun lepas kini muncul dengan sebuah lagu istimewa sempena kehadiran ramadhan yang mulia ini. Lagu ‘Pertama Ramadhan Ini’ dibawakan oleh mereka dengan gaya vokal mantap & berkesan dan diiringi muzik yang cukup tenang sekali.

Kumpulan vokal berharmoni yang dianggotai oleh Aiez, Zenn, Wandi & Raheel ini pernah diberi peluang menyanyikan lagu pembukaan Anugerah Juara Lagu 2006 bersama-sama Francesca Peter dan Man Kidal untuk lagu Sekadar Di Pinggiran di dalam sebuah persembahan bertenaga AJL tersebut. Juga single kedua mereka Kita Rasa Cinta pernah menjadi lagu tema telemovie bersiri popular TV3 tahun 2006 iaitu Salina 2.

Lagu istimewa ramadhan ini sebenarnya merupakan nyanyian semula mereka daripada lagu asalnya yang dinyanyikan oleh penyanyi Shamrin dari kumpulan Fotograf. Kini setelah 12 tahun, pihak Luncai Emas merasakan lagu ciptaan sifu M.Nasir dan lirik oleh Keon ini perlu diberi sentuhan baru tanpa berhasrat menyaingi penyanyi asal lagu ini.

Pihak Luncai Emas berharap para peminat muzik tanahair akan mendapat sesuatu sentuhan daripada lagu ini di bulan Ramadhan kita yang mulia ini.

Sekian, terima kasih dan selamat mendengar PERTAMA RAMADHAN INI – Quest!

Khamis, Februari 02, 2006

ENTERTAINMENT: On a Quest to be heard

taken from Malay Mail 27 January 2006
by EDY DANIEL

YOU may not have heard any solo efforts from M. Nasir for a while, but his touch can still be felt in many other talents, young and old.

You probably would have have heard of Nasir’s upcoming collaboration with Mawi, his ward from Akademi Fantasia 3.

Well, here’s another one project you should sample – Quest, a band signed up by Nasir’s own Luncai Emas Sdn Bhd studio.

Quest recently released its debut album, Jiwa Terbakar, which has 10 tracks. It is pretty obvious to see Nasir’s touch in a lot of the songs.

Although Quest is still very new and still trying to find its own niche, they have been around for six years. It consists of Raheel (Rahil Ezzat Abdul Razak), Zenn (Mohamed Khirul Nizam Wahab), Aie’z (Wan Mohd Azran Wan Hamzah) and Irwandi (Irwandi Ahmad Ibrahim).

“We used to perform at underground gigs,” said band leader Aie’z. “We would always jam too. Earlier we were called NOTEZ. After we met with Nasir, he asked us to change our group’s name to suit our type of music.

“We chose Quest as it also means “journey”. We still have a long way to go in this industry, after all.”

The group signed up with Luncai Emas in 2003, and after nearly three years finally managed to complete their first album under.

“It took us quite sometime to produce this album, as all of us have different preferences. For instance, I’m more into R&B and hip hop; to fit that scheme into the picture, Nasir had to find a blend that was suitable.

Raheel added, “At the end of the day, we all agreed that the album is a pop project, and that we are offering a unique mix of music tunes that represent each of us.”

The band started recording the album in early 2004 with Nasir, with his in-house music team strictly guiding the four young talents.

Currently, the band’s first single, Jiwa Terbakar, is enjoying good airplay among radio stations.

The band’s other single, Kita Rasa Cinta, has been chosen as the theme song for a popular Malay drama series, Salina 2, currently being shown on TV3.

With all the encouraging things happening around the band and the album, one would say that Quest has a good start.

Quest’s compact disc is priced RM30.90 each. However, if you buy it direct from Luncai Emas, you only have to pay RM25 for each CD.

The response? “Quite good,” said Nurul Azni, Luncai Emas’s production assistant.

Apart from Nasir, other big names involved in the album include renowned composers, arrangers and producers like Firdaus, Hadi Hassan and Tengku Sharom. Among the word-smiths who provided their creative touch in the album are Nasir himself, Loloq, Keon, Seth and Arabakar.

The album cover was designed by the creative Nizam Rahmat from Ad Verse Sdn Bhd, the same designer who won The Best Album Cover award at Anugerah Industri Muzik last year for Ning Baizura’s album, Erti Pertemuan .

The current slump in the music industry does not seem to deter the group’s determination to make it big. “We are still new in the industry, but we have years of experience as far as music-making is concerned,” Aie’z said.

“One of the reasons we are here is to share our talents with the listeners. We want them to know what Quest is all about.”

Well, judging from the sound of the album – which has lots of live instruments colouring the whole feel – one might say that the band is not doing too bad.



* The distributor for Quest is Universal Music Sdn Bhd.

Jumaat, Julai 01, 2005

Anak didik baru M. Nasir

Oleh: WANDA IDRIS
petikan Utusan Malaysia 1 Julai 2005

DI SAAT zaman kegemilangan boys band (artis lelaki berkumpulan) sudah pun berada di penghujungnya, M. Nasir melahirkan Quest, sebuah kumpulan vokal berharmoni lelaki - Raheel, Irwandi, Zenn dan Aie'Z.

Kata sifu itu, empat anak muda ini berpotensi dan mampu melangkah jauh dalam bidang seni suara tempatan sekalipun kecenderungan dan minat masing-masing terhadap muzik berbeza. Raheel cenderung ke arah R&B, Irwandi (broadway), Zenn (etnik) dan Aie'Z (rock).

``Mereka boleh menyanyi. Jadi mengapa mesti kita sia-siakan bakat mereka'' katanya sewaktu bersantai dengan Mega di studio rakaman Ronggeng, miliknya sambil memerhati anggota kumpulan tersebut menyudahkan pembikinan rakaman lagu Cintakan Temui Jalannya.

Lagu tersebut merupakan lagu terakhir yang dirakam oleh Quest untuk dimuatkan dalam album sulung mereka yang dijangka dipasarkan penghujung Julai ini.

Lagu ciptaan dan lirik oleh M. Nasir itu juga bakal menjadi taruhan kepada Quest untuk memperkenalkan diri dalam industri muzik tempatan.

Mega turut berkesempatan mendengar lagu-lagu yang telah dirakamkan oleh Quest termasuk lagu Cintakan Temui Jalannya, Jiwa Terbakar, Kita Rasa Cinta dan Hanya Satu Ingatan Cinta yang dikatakan bakal hits dan menjadi siulan ramai.

Nyata pendirian M. Nasir terhadap konsep pop Quest begitu jelas.

``Kita tak mahu terikat dengan pasaran urban. Kita buat album yang orang boleh terima.

``Lagu kalau sedap, sedaplah. Kalau tak sedap, tak sedaplah (didengar) walau apa konsep yang dibawa,'' katanya.

Komen anggota Quest
``Mula-mula bekerja dengan M.Nasir memang seram. Kita orang masuk studio rakaman dengan macam-macam rasa. Memang dua tiga bulan pertama tu, rasa tak boleh nyanyi.

``Tapi dia banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami. Daripada tak tahu apa-apa, M. Nasir memberi bimbingan dan mempertingkatkan bakat dan kemahiran diri kami.

``Dan apabila kami semakin faham dengan caranya, kami rasa amat mudah dan selesa bekerja dengan M. Nasir,'' ujar Raheel mewakili teman-temannya.

Menjelaskan mengenai kumpulan tersebut, kata Raheel, sebagai sebuah kumpulan vokal berharmoni, mereka tetap mengekalkan elemen kegemaran masing-masing.

``Memang kami menampilkan konsep pop tetapi secara dasar dan akarnya kami kumpulan berharmoni. Tiap seorang mempunyai kelebihan vokal masing-masing.

``Elemen-elemen itu merupakan kekuatan dan keistimewaan setiap individu dalam Quest dan memang kami tonjolkan dalam setiap lagu-lagu dendangan kami,'' jelasnya.

Tentang Quest
* Ditubuhkan sejak lima tahun lalu dengan nama asal, Notez (sebutan notes).

* Quest bermaksud pengembaraan yang menggambarkan kumpulan itu sendiri yang sedang `mengembara' mencari tapak dalam dunia hiburan tempatan.

* Mula menjadi artis rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd., setelah jamming dengan Ilham (anak M. Nasir) di Studio Ronggeng. Kebetulan M. Nasir terdengar dan terus suruh datang uji bakat.

* Masa uji bakat, nyanyi lima lagu acapella.

* Menjadi artis Luncai Emas sejak Ogos 2003 dan memulakan pembikinan album sejak pertengahan tahun lepas.

* Ada 15 lagu dalam senarai. Tapi hanya 11 lagu yang dirakamkan.

* Enam daripada lagu-lagu tersebut adalah ciptaan M. Nasir manakala selebihnya daripada Firdaus, Hadi Hassan dan Tengku Shahrum.

* Turut terpilih ialah lagu ciptaan Raheel dan lirik oleh Ara Bakar berjudul Ini Yang Ku Cari.

* Album sulung Quest yang berjudul Jiwa Terbakar diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Universal Music (M) Sdn. Bhd.