ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label Canggung Mendonan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Canggung Mendonan. Papar semua catatan

Ahad, Julai 14, 2024

Di Sebalik Enigma Merungkai Pemikiran Sang Maestro


Sebuah temubual eksklusif  Music Addicts Malaysia MAMY bersama sifu M Nasir yang mengupas kisah dan makna disebalik lagu-lagu yang beliau nyanyikan & cipta dalam album Kembara & album-album solonya.
#wajibtonton !


 

Isnin, April 27, 2020

Tutorial Gitar Sentuhan Listrikmu

Sementara menunggu tempoh PKP wabak Covid19 ini berakhir, ramai pemuzik  dalam dan luar negara terkesan dan mula menggunakan masa yang terluang berkongsi pengalaman dan tutorial.

Dua gitaris penting Gong yang mengiringi konsert-konsert M.Nasir turut berkongsi pengalaman berkerja dan berkarya bersama sifu M.Nasir dalam studio dan konsert.

Menerusi Facebook dan Youtube, Guitarist Aznan Alias & Rafi telah sudi berkongsi tutorial gitar  lagu"Sentuhan Listrikmu" dari album Canggung Mendonan

Tontoni video tersebut, dan jangan lupa like & subscribe channel Youtube mereka!

Tutorial Guitar "Sentuhan ListrikMu versi akustik oleh Aznan Alias (sumber FB Aznan Alias) 


Tutorial Guitar "Sentuhan ListrikMu  oleh Rafi (sumber Youtube Rafi Studio)


Sabtu, Februari 13, 2016

Selepas lagu, filem dan lukisan, M.Nasir tulis buku pula

petikan Astro Awani 13 Februari 2016
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 13, 2016 10:52 MYT

M.Nasir merasakan ada keperluan untuk mendokumentasikan sebahagian hidupnya, perjalanan dalam menghasilkan album-album sebelum dan selepas Canggung Mendonan dan bagaimana album itu dihasilkan.

KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang seni terutama dalam bidang nyanyian, Datuk M.Nasir berkongsi kisah hidupnya menerusi sebuah buku autobiografi.

Buku tersebut ditulis sendiri oleh seniman tersohor itu dan ia berkisar tentang perjalanan beliau menghasilkan album Canggung Mendonan yang memuatkan lagu Mentera Semerah Padi.

Bagi M.Nasir, beliau merasakan ada keperluan untuk mendokumentasikan sebahagian hidupnya, perjalanan dalam menghasilkan album-album sebelum dan selepas Canggung Mendonan dan bagaimana album itu dihasilkan.

"Buku yang saya tulis ini adalah tentang pemikiran saya dan perjalanan saya bagaimana terjadinya album Mentera Semerah Padi," katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.

M.Nasir juga menganggap buku yang sedang ditulisnya itu merupakan satu sumbangan kepada masyarakat terutama peminat-peminat setia beliau.

"Mereka (peminat) boleh mengharapkan pemikiran kisah-kisah daripada beberapa album yang saya buat dan juga kisah-kisah perjalanan diantara album-album itu dan bagaimana album itu terjadi.

"Bagi saya yang penting pemikiran, apa-apa yang saya fikirkan waktu itu, bila saya buat satu kerja, buat lagu umpamanya, buat album dan apa yang telah saya alami, lihat dan merasakan," ujar seniman yang juga sedang menyiapkan album terbarunya.

Bercerita lanjut, anak seni yang berusia 59 tahun ini menjelaskan biarpun album Canggung Mendonan bukanlah klimaks dalam kerjayanya tetapi album itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Saya mengekspresikan perasan saya dalam album itu dan ia menyerlah dan saya kira ramai orang dapat membacanya dan menganggap ini m.nasir, ini adalah watak M.Nasir," jelas beliau.



Buku yang belum mempunyai judul itu akan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), yang menganggap belum ada buku auotobiografi seniman yang ditulis secara serius.

"Adalah satu dua seperti buku yang ditulis Pekin Ibrahim dan Faizal Hussein," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron.

Mohd Khair juga menjelaskan ITBM memilih M.Nasir kerana pihaknya merasakan masyarakat terutama generasi muda perlu didedahkan dengan kisah hidup seniman tersohor itu.

"Kita merasakan bahawa M.Nasir patut berkongsi pengalaman beliau, pandangan hidup beliau kepada rakyat malaysia terutama generasi muda, bagaimana mahu menjadi penghibur sebenar, penghibur yang ada prinsip, penghibur yang tahu halatuju kerjayanya," ujar beliau.

Jelas Mohd Khair, ITBM berharap peminat-peminat M.Nasir dapat merasai pengalaman yang dilalui seniman itu dan generasi muda yang baru berkecimpung dalam dunia penerbitan lagu dapat mempelajari sesuatu dari kisah yang ditulis komposer digelar sifu itu.


Isnin, Oktober 01, 2007

Mentera Semerah Padi bakar semangat pesilat

petikan Berita Harian 1 Oktober 2007
Daripada Harris Rajahdin di Chungju (Korea Selatan)

LAGU Mentera Semerah Padi dendangan M Nasir mencetuskan semangat luar biasa pesilat lincah Malaysia yang menampilkan persembahan terpuji pada hari pertama Festival Seni Mempertahankan Diri Sedunia ke-10 di Chungju, Korea Selatan, semalam.

Segak berpakaian mahtar hitam, barisan lima pesilat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) diketuai jurulatih Mohamad Hairil Mohamad Tanuri turun pada giliran ketiga sesi tunggal tengah hari mempertaruhkan empat aksi memukau di hadapan kira-kira 2,000 penonton.

Mengambil giliran selepas wushu (China), kurash (Uzbekistan), Amrazs Zakaria membuka tirai dengan gerakan solo tangan kosong disusuli pergerakan buah asas parang Mohd Shafie Omar dan Mohd Redzuan Mohd Salleh.

Persembahan disusuli dengan gerakan tangan kosong Mohamad Hairil dan Mohd Azizi Hassan diikuti aksi regu bersenjata parang parang Shafie dan Ridwan diakhiri permainan dua lawan satu oleh Mahamad Hairil, Azizi dan Amrazs.

Tepukan dan sorakan gemuruh penonton pada akhir persembahan menceritakan betapa mereka sentiasa ternanti-nantikan persembahan barisan negara pada saban tahun.

Mohamad Hairil menyifatkan persembahan mereka amat baik, lebih lagi ketika ia dilakukan dalam keadaan mereka berpuasa.

"Persembahan permulaan amat baik, walau pun pada bulan puasa sekali pun, kami masih menampilkan mutu permainan baik," kata Mohamad Hairil.

Wakil negara akan menghabiskan masa hari ini dengan menyertai latihan bagi acara sampingan pertandingan gusti tradisional Korea (Sirum) dengan Mohamad Hairil dan Azizi dipilih bagi cabaran ini.

Rabu, Mei 17, 2006

Bonda keramatnya sebuah lagu

petikan Utusan Malaysia 17 Mei 2006
Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

KELMARIN kita menyambut Hari Ibu. Sana sini orang bercakap fasal Hari Ibu. Kompleks membeli–belah dan restoran lima bintang pun turut sambut Hari Ibu.

Mereka mungkin tersenyum mengira untung pada Hari Ibu. Semua ini sangat materialistik dan begitulah apabila Hari Ibu dikomersialkan sedemikian rupa. Biarlah.

Saya ingin menarik perhatian pada sebuah lagu ciptaan M. Nasir, Bonda. Ini lagu lama, kalau tidak silap sudah berusia 15 tahun. Tetapi apabila lagu ini bercakap tentang suara hati seorang anak terhadap ibunya, Bonda tidak ada batas usia.

Kesan kepada kita jauh lebih mendalam daripada merayakan ibu dengan menjamu selera atau hadiah yang mahal. Lagu ini sememangnya rapat dan sebati dengan jiwa semua orang tanpa mengira siapa dan apa darjat mereka.

Semalam hampir semua stesen radio dan televisyen pula menyiarkan lagu-lagu yang bertemakan kasih ibu. Kita mempunyai banyak lagu yang bertemakan kasih sayang ibu, ada yang didaktik, kontang dan tidak kurang mirip syarahan. Tidak kisahlah kalau ia boleh memberikan sesuatu kepada yang mendengarnya.

Tetapi antara lagu-lagu itu, Bonda terasa sangat mengganggu kita. Kepada siapa yang menghayati lirik lagu ini pasti akan terasa basahnya kucupan ibu sewaktu kecil dulu. Itulah rahsia keramat dalam Bonda yang membawa kita menyelusuri relung hidup masa lalu.

Tanpa dipaksa-paksa, suara M. Nasir dan lirik Loloq melontarkan semacam pengalaman peribadi yang dilalui oleh semua orang.

Semalam Bonda memberikan satu perasaan yang sangat hiba. Dalam keriuhan orang menyambut Hari Ibu dengan cara yang menjurus berpesta-pestaan, Bonda mengutuskan suatu menginsafkan kepada kita semua.

Banyak lagu lain sekadar menyapu lapisan luar dengan bahasa yang miskin keindahannya. Mungkin faktor inilah yang meminggirkan lagu-lagu stereotaip daripada jiwa dan penghayatan kita.

Bonda membuatkan kita mahu segera terbang pulang ke pangkuan ibu yang jauh di mata. Ini kerana lagu ini mengingatkan satu fragmen kasih ibu yang tidak terukur nilainya. Kadang-kala apabila ibu jauh di mata, si anak terlupa seketika dan Bonda mengingatkan kembali hakikat ini.

Apabila lagu Bonda memberikan semacam satu yang menginsafkan, demikianlah kuasa sebuah karya yang baik kepada khalayaknya. Apa lagi yang diperlukan oleh sebuah karya seni kalau bukan memberikan satu peringatan ke arah kebaikan kepada khalayak?

Ketika ditanya mengenai Bonda, Loloq cuma berkata, apabila jauh merantau, kita pasti akan terkenang kepada tangis dan gurindam keramat seorang ibu.

Khamis, September 15, 2005

Siapa M.NASIR?

petikan ROTTW Vol 106 September 2005

Teks & Temuramah: SEIR & HASRUL

Fotografi Cover: SEIR

Foto: Luncai Emas 


Sebagaimana yang orang mengenali M. Nasir, membencinya atau menyukainya, M. Nasir tetap juga begitu. Berterus terang tanpa selindung, berkata-kata dengan hanya sedikit tapisan, berkarya tanpa batasan, memberi kejutan tanpa alasan.. yang pastinya, dia mahu menjadi dirinya sendiri tanpa mengambil-kira sangat tentang orang lain. 

Siapa M. Nasir? Mungkin itu yang selalu dipersoalkan segolongan generasi 'alternative' yang ratanya lahir di 80-an, yang lahir untuk membidas apa saja produk berdasarkan nama Melayu itu sendiri. Mereka yang selalu berkiblatkan muzik Barat ala Amerika atau British... Itu mungkin hanya beberapa golongan (yang menganggap mereka) intelek yang menolak langsung budaya Melayu dalam lagu dan yang pasti, mereka bukan membesar dalam lagu-lagu Melayu. Mungkin sebilangan sahaja, tetapi cuba cari golongan tersebut dan tanya mereka, siapa M. Nasir. Yang pasti, kenangan nama dan pengaruh M.Nasir mungkin hanya sekelumit sahaja dalam ingatan atau hanya didengar anggota famili lain.

Bagaimanapun nama M. Nasir itu tetap kedengaran dan tetap dikenali juga, M. Nasir ialah insan yang digelar media sebagai 'sifu' yang mengembangkan sudut kreatif irama rock dari nama dan kumpulan kumpulan besar Malaysia seperti Wings, Search, Ella, Hattan dan RAMAI lagi! Karier solonya memberangsangkan seniman-seniman muda untuk berfikir lebih mendalam sambil mengaitkan muziknya dengan seni filem, teater, lukisan dan lain lain. Malahan, ramai yang mahu menjadi seperti dia, membikin muzik, lantas menjadi seperti muziknya juga. Kenapa ya? Tiada idea lain kot…

Sebagai pencipta lagu dan lirik, semuanya bermula dengan senikata Senandung Semalam nyanyian Alleycats serta lagu ciptaan pertama Hujan bawaan Sweet Charity. Karya-karyanya yang seterusnya boleh dikatakan 'membentuk' dunia muzik Melayu Malaysia dan serantau. Antara tema serius, masyarakat, fantasi dan cinta, M. Nasir ialah sejarah muzik Malaysia.


Bukan sahaja akar muzik Malaysia secara meluas, malahan ruang pop tanahair hampir didominasi oleh anak seni kelahiran Singapura ini. Bermula dari 1981, dia sudah keluar dengan album Untuk Pencinta Seni dengan menggunakan nama Mohamed M.N. dan seterusnya dengan enam album bersama sebuah kumpulan muzik dan harmoni bernama Kembara. Dia yakin mengakui yang hampir kesemua usaha Kembara ialah usaha besar dirinya sendiri. Tiga album solo dari 1989 hingga 2002 cukup hebat tetapi hampir tiada konsistensi terutama ketika album terbaru Phoenix Bangkit keluar sekitar 2002. M. Nasir ada jawapan itu di dalam temuramah di bawah.

Sekarang bukan kita mahu bercakap tentang konsistensi dalam perjalanan muziknya, tetapi lebih menjurus kepada imej serta perjuangannya yang kita nampak dari luar kulitnya. Jika di era pra-Phoenix, lebih jelas tampak seninya serta lebih dekat karya karyanya dengan masyarakat. Tetapi di zaman pasca-milenium, M. Nasir mula terbabit kuat dengan imej-imej pop yang luar biasa kilatnya, dengan busana-busana rekaan pereka fesyen terkenal serta gaya pentas yang mengeluarkan api (AIM 2002). Ya... gaya-gaya yang bagi sesetengah orang, bagai dewa pop yang menyanyikan lagu-lagu rakyat! Di kala ini hinggalah kini, M. Nasir dilihat bukan lagi dirinya sendiri lagi, tetapi lebih sebagai satu percaturan dunia cantik, kemas, dan berkilat muzik pop. Dan imej itu sukar sekali dikikis sehingga sekarang.

Apatah lagi apabila M. Nasir sendiri yang menjadi pengetua sebuah rancangan realiti popular Akademi Fantasia menggantikan Ramli M.S. Orang yang masih mempercayai M. Nasir mungkin berkata, "tujuannya dia bersekongkol sebegitu ialah untuk mengubah situasi dan mempengaruhinya dari dalam. Kita perlu menjadi seperti ITU, barulah kita boleh mengubahnya." Mungkin juga…

Sebagaimana yang orang mengenali M. Nasir, membencinya atau menyukainya, M. Nasir tetap juga begitu. Berterus terang tanpa selindung, berkata kata dengan hanya sedikit tapisan, berkarya tanpa batasan, memberi kejutan tanpa alasan... yang pastinya, dia mahu menjadi dirinya sendiri tanpa mengambil kira sangat tentang orang lain.

Dari sebuah artikel di majalah muzik Inggeris Tone (sekitar 2002), M. Nasir dikatakan sebagai pemula dan pencetusnya irama Melayu leleh... pengaruh dari hit-hit yang pernah dihasilkannya. Isabella mungkin salah satu darinya.

Bersama M. Nasir…

Ketika memasuki ROTTW sekitar 1997, M. Nasir ialah subjek pertama yang menjadi bahan tulisan penulis dan dia adalah artis pertama yang saya temuramah, bersama Editor Aznie Dean di tingkat atas pejabat dua tingkat Luncai Emas di Sungai Buluh. Kini, setelah hampir 8 tahun berlalu, M. Nasir masih mahu berbual dengan ROTTW buat kali ketiga. Secara panjang lebar. Jadual M. Nasir rupanya tidaklah sesibuk yang kami ingatkan. Satu panggilan telefon ke Luncai Emas sudah boleh membuahkan satu sesi temubual yang selesa dan panjang tempohnya.

Tak banyak berubah sangat pejabat itu sejak dahulu, masih tenang dan hiasan di dindingnya hanya bertambah sedikit sahaja. Hari ini saya dan penulis Hasrul memasuki ruang yang belum kami pernah masuki. Lorong kecil ke bilik mesyuarat juga dihiasi poster poster filem yang pernah M. Nasir lakonkan. Berderet kemas. Ruang bilik berbincang ini hampir kesemuanya dicatkan hijau dengan meja besar di tengah-tengahnya. Di kiri dinding penuh dengan anugerah-anugerah yang pernah dimenanginya. Di dinding lain pula penuh dengan lukisan dari pelukis (yang saya kenali Fuad) dan M. Nasir sendiri. Kebanyakannya dari medium cat minyak di atas kanvas hinggalah kepada pensel.


M. Nasir duduk di hujung meja, di atas kerusi yang diletakkan jaket kulitnya. Kerusi bos. Dia tak bertanya apa-apa, hanya duduk diam. Hanya meneliti majalah ROTTW terbaru yang baru kami berikan. Di luar tadi dia bertanya, apa makna ROTTW ni? Lalu saya menjawab, "Rhythms Of The Third World...... Dia membalas sambil ketawa kecil, “third world apa. Ini main muzik barat ni..." merujuk kepada band yang menghiasi muka depan ROTTW bulan lalu, Seven Collar T Shirt. Di dalam bilik mesyuarat, Hasrul sudah berbual sedikit. M. Nasir bertanya lagi.... (temuramah) ini untuk cover? Haah saya jawab. "Abang OK? Abang ada masa sampai pukul berapa?" "Tak kisah,"... jawab dia perlahan. Oleh itu, sesi petang yang molek hari itu berlalu tanpa banyak tekanan masa dan sensor. Lapan tahun lalu, pihak Luncai Emas meminta ROTTW menghantar faksimili soalan dan salinan artikel yang akan dikeluarkan, mungkin kerana fobia dengan kejadian beberapa kenyataan M. Nasir yang diputarbelitkan atau disensasikan kerana ketika itu, M. Nasir memang sensasi. Ketika itu, M. Nasir hangat di media kerana bertanyakan “Siapa Mahathir?”

Lincai Emas ialah di mana letaknya jiwa M Nasir

Hampir sedekad berlalu, secara zahirnya di mata penulis, karier muzik M. Nasir semakin menunjukkan ketumpulannya. Benarkah begitu? Corak dan perkembangan muzik Malaysia sememangnya menjadi semakin kompleks dan sukar dibaca masa depannya. Tetapi M. Nasir ada pendapatnya sendiri juga. Petang itu kami banyak berbual tentang album albumnya, tentang muzik secara global, filem, tentang program realiti dan tentang pengkorporatan M. Nasir... la mungkin sebuah temuramah yang agak panas dan isu-isunya tidak akan terbongkar oleh medium lain pastinya. Ia lebih terarah kepada persoalan muzik yang serius dan terpulanglah kepada anda untuk menilai pro dan kontra, positif dan negatifnya serta baik dan buruknya. Ikuti temubual yang di antara M. Nasir, Hasrul dan Seir di petang yang nyaman itu....

Hasrul: Apa projek terbaru abang sekarang? 

M. Nasir: Tak banyak sangatlah, tengah AF. Tak sesibuk mana sangatlah buat masa ni. (sambil membelek naskah terbaru ROTTW). Gambar cantik, ini masa Ramli rock kat Istana, kan? Hmmm.....ok gak, tapi kalau dekat URTV tak kenalah lah kot. Hahaha…

Diam sebentar sambil membaca beberapa artikel dan menyelak rambang

M. Nasir: Oh..ini Seven Collar TShirt. Macam mana album dia boleh jual?

Seir: Tak juallah. M. Nasir: Tahu pasal apa tak jual?

Seir: Tahu jugalah, satu sebab Bahasa Inggeris.. mm..... lagi satu mungkin sebab terlalu eksperimental. 

M. Nasir: Bukan.... lagu dia tak sedap. Itu jer jawapan dia, tak kiralah apa jenis muzik pun. Macam sekarang kita suka pada Muse dan apa lagi satu grup tu, aaaa... head apa Motorhead. (Mungkin Audioslave)

Seir: RATM (Rage Against The Machine) M. Nasir: Tak kiralah... kita suka dengan dia. Tetapi... bila kita cuba buat macam dia, kita tak dapat semua attitude macam dia. Tang tu yang kita tak berapa nak bagus. Aku dengar juga dia orang punya ni....(7 Collar T-Shirt). Kalau dia buat semula album Kembara, dia boleh jual. (Batuk) Lagu tu, melodi tu.

Hasrul: Kalau kita masuk dalam market kita hari ini pun, banyak juga lagu yang tak sedap orang jual? 

M. Nasir: Mana dia ? Lagu tak sedap macam mana, cuba bagi contoh.

Hasrul: Grup-grup yang tempias yang leleh ni, macam.... (sambil merujuk beberapa nama kumpulan) 

M. Nasir: Mana tak sedap, dalam konteks dia.....sedap apa. Engkau dalam konteks engkau.Jadi bila kita nak kritik pun kena tengok dan kritik dalam konteks dia. Dia ada zoner dia sendiri, tak boleh nak disamakan dengan aliran engkau. Dalam aliran tempias dia, dia tetap sampai. Argh... walaupun kita tak berapa nak suka aliran macamtu. Kira gelilah, kan. Tapi macam... (menyebut nama-nama beberapa band sebegitu) ni umpama lah katakan. Lagu dia kira OK, masih boleh nyanyi, tetapi... dalam konteks dia lah, zoner dia.

Faham tak? Kita kena balik pada basics, macam mana... nak start lagu (buat lagu).

Hasrul: Kalau saya katakan... mentaliti orang Malaysia itu sendiri yang tak sampai? 

M. Nasir: Itu satu hal juga, kita dalam Malaysia.... berapa ramai yang minat grup (SCTS) macam ini? (tergelak)

Hasrul: Masih ada yang tahu nilai dan menilaikan. 

M. Nasir: Betul, dia orang bagus. Tapi engkau dah belanja.... katakan 50 ribu. Lepas tu, belanja untuk promosi lagi puluh-puluh ribu. Off course, kau expect benda itu datang balik, kan?

Hasrul: So... kira masalah marketlah. 

M. Nasir: Itu sahaja, (tergelak).

Seir: Jadi.... abang punya aliran sekarang ni, apa? 

M. Nasir:Tiada aliran.

Seir: Kalau Pop? 

M. Nasir: Aaa... Ya juga.

Seir: Abang punya production material sekarang, fokus kepada apa? 

M. Nasir: Dia lebih kepada.... macam improvisation, macam lagu yang sedap didengar dan boleh dinyanyikanlah. Senang dan sedap didengar.

Seir: So... abang tengah workout untuk next albumlah. Pendapat abang sendirilah... Phoenix Bangkit itu sendiri macam mana? Puas hati, successful atau pukul rata sahaja? 

M. Nasir: Tak pernah rasa puas hati, tapi... dari segi apa nak dibuat, kira sudah tercapailah. Argh... dari segi yang orang lain tak boleh nak buat, tapi dah terlambat…

Hasrul: Lambat? Maksudnya... patut keluar zaman Canggung Mendonan? 

M. Nasir: Canggung Mendonan...... mungkin juga.

Hasrul: Kalau kita nak comparekan Canggung Mendonan dengan Pheonix Bangkit itu sendiri. Canggung Mendonan ada kekuatan sendirinya dari Sentuhan Listrikmu, Bonda dan Apokalips. 

M. Nasir: Aaa.... Apokalips bukan dari Canggung (membetulkan)

Hasrul: Oh..ye ker. Tetapi kalau kita dengar aura dari Canggung itu sendiri lebih kuat untuk jadi evergreen berbanding Pheonix. Kita pilih sesiapapun sepuluh orang suruh nyanyi lagu M Nasir, sure dia orang pilih lagu dari album Canggung. Kenapa? 

M. Nasir: Ya, itulah dia (menjawab soalan yang sebelumnya). Semuanya pasal album, kita tidak akan buat benda yang dah keluar. Tetapi pendekatannya... lebih pada teknikal. Always... selalunya tiap album itu patut ada harapan. Masa dia dah habis. Telinga orang dah penat mendengar, dia sudah terarah ke lain. Kita rasa nak perfectkan craft tu. Umpamanya.... macam Canggung banyak kekurangannya, aspek jiwa, kira dia dah lepas... kira cukuplah. Tapi dari segi craft, aaa.... teknikal dia, kita rasa belum lagi, kan. Ingat nak buat kat album lain lah. Kira hendak capai puncak dialah. Cuma jarak masa antara Canggung ke Pheonix terlalu lama. Mula-mula Mustika selepas itu kita ke Saudagar Mimpi dan baru datang Canggung. Masa album ketiga dan empat jarak dia lama sangat lebih kurang empat ke lima tahun (sambil memejamkan memejamkan mata, seolah mengimbas kembali).

Hasrul: Tetapi antara jarak jarak itu, ada transition (beberapa) kompilasi, kan? 

M. Nasir: Banyak.... tapi singles-singles yang macam gitu jugalah.

Hasrul: Ada Akar. 

M. Nasir: Akar pun ya juga, selepas itu kita ada Kias Fansuri, Andalusia. Ghazal Untuk Rabiah mela juga tapi itu untuk album Jamal. Album sebelum pun lebih kurang sebegitu, jadi.... bila sampai sahaja Phoenix Bangkit dia orang dah dengar benda tu tawar... Sepatutnya tak payah keluar apa-apa. Single tu (Kias Fansuri, Akar Kita, Andalusia) patut keluar dalam itu (Phoenix Bangkit). Tapi company hendak keluar something juga. Orang... dah fine tune kat situ. Bila keluar album seterusnya, dia jadi nothing.... sama je. Benda tu jadi tidak seberapalah.... dia orang kata mungkin Oklah, tapi tak cukup mabuk.

Hasrul: Karya itu.... kiranya, semakin bosanlah? Kenapa buat juga? 

M. Nasir: Ya, orang dah mula bosan. Saya dah (agak/tahu) benda ini dari dulu lagi. Dia.... benda macam ni lima tahun je, orang dah tak boleh tahan. Muzik itu jadi tidak berapa jauh beza, kan? Sepuluh tahun lama tu, eh..lima tahun. Saya dah figure benda tu, bayang-bayang Irama Malaysia tu dah nampak. Orang pun mula buat, labelkan Irama Malaysia. Jadi sampai waktu itu, dah basi... tak ada apa lagi dah. Kalau benda itu lahir sebagai baru, mungkin orang excited juga. Macam muzik rock juga. (Tiba-tiba teruja) Satu kepelikannya muzik rock ini, dia punya keindahanlah, kan. Rock ini susah nak bosan. Tak tahulah kenapa, benda ini susah nak jawab.

Seir: Projek terbaru Abang dengan Search? 

M Nasir: Lebih kepada sambunganlah. Break atau tidak itu... bergantung pada artis itu sendiri. Fire yang ada pada dia orang. Memang involve, tetapi macam biasalah... dia orang ni.... ada problem lain (komitmen masing-masing). Itu yang buat benda jadi lambat sikit.

Seir. Dari segi kreativiti, perbezaan yang abang nampak Search dulu dan sekarang? 

M Nasir: Tak banyak, Amy seorang yang suka pada pembaharuan. Band itu boleh ikut cara Amy. Tapi tidak semua yang boleh ikut kepala Amy. Kalau kita tengok pada aliran rock, kan.... pernah satu masa zaman glam rock macam rock n' roll jugalah. Rock (ialah) zaman hero.... semua nak jadi guitar hero dengan drum solo yang panjang-panjang. Sekarang orang dah tak heran, engkau pandai main gitar.... ok fine, dia habis macam tu jelah. Kalau tak boleh nak buat macam mana lagu sekarang, kiranya engkau tak berapa in lah dalam industri. Orang boleh respect sebab engkau bagus dengan instrumen sahaja. Lain lain tidak. Macam Aerosmith (humming sesuatu dan lama mencari nama) Ha!.... Bon Jovi. Dia orang takkan berubah punya. Tetap macam itu, Rock n' roll cuma lagu... yang barulah, imej tetap sama. Jadi engkau expect apa dengan Search?

Hasrul: Push.... untuk meletup balik. 

M. Nasir: Lagu, macam-macam.... (terdiam sejenak). orang punya tumpuan dah lari, AF (Akademi Fantasia) contohnya.... itu mungkin muzik punya hal. Entertainment punya hal... dia mungkin promote muzik tapi dari segi nyanyian sahajalah. Pembaharuan? Tiada.....

Skop temuramah kian panas…

Hasrul: Rasionalnya M. Nasir itu sendiri join AF? 

M. Nasir: Apa rasional dia.... (tergelak). Apa nak kena rasional pula? Tak perlu rasional...

Hasrul: Apa fungsi M. Nasir di situ (AF). Sebagai pengkritik tentu bukan atau hanya sekadar Pengetua semata-mata? 

M. Nasir : (tergelak lebih besar kali ini) Jawapan dia... memang sengaja untuk di situ. Cerita dia memang begitu (terdiam agak lama juga).

Hasrul: Atau Astro ambil M. Nasir itu untuk jual lebih berbanding musim Ramli MS? Komen Abang? 

M. Nasir: Tak jugak. (Pendek dan penuh tanda tanya).

Seir: Abang fikir panjang tak sebelum masuk AF? 

M. Nasir: Dah lama...... tapi itu isu last minute, kan. Siapa yang nak masuk ni? Sebelum itu, tolak juga... sekeras-kerasnya.

Hasrul: Atas alasan? 

M. Nasir: Orang akan fikir benda ini dua tiga bulan sahaja.... dia orang tak ambil kisah sangatlah.

Hasrul: M. Nasir sebagai ikon besar industri.... daripada join AF yang sifatnya cuma realiti di TV sahaja. Lebih baik bertindak sebagai birokrat seni... mengkritik untuk seni. 

M. Nasir: Buat apa? Tak nak lah. Kalau nak, saya dah pergi naik satu-satu... takut orang tak tahan nanti. Ini.... (sambil menunjuk pada cover ROTTW) Kenapa dia orang kat dalam ni?

Seir: Untuk hidup... bang. 

M. Nasir: Jual ni untuk apa? Hidup semata-mata... dia-dia orang yang dalam ini?

Hasrul: Sebab....dia orang ni tak boleh nak naik dengan jalan yang ada. 

Seir: Sebab itu kita letak M. Nasir... untuk cover bulan depan. 

Hasrul: Impak dia lain sikit kot. M. Nasir : (tergelak besar)

Seir: Kalau orang kata yang M. Nasir dah tumpul idea? 

Hasrul: Kira.... agak perlahan sikitlah? 

M. Nasir: Perubahan tu........dalam 10 tahunlah, ketara dalam lima tahun kot. Perubahannya adalah (kerana) radio. Kita tak sedar, tetapi.... baik atau buruknya, peranan radio ini dah terlampau besar sangat. Radio ambil lagu yang ada hook kuat sahaja. Kumpulkan dan mainkan sekali dengan lagu-lagu lama yang hits. Jadi ada tension dan bebanan pada komposer untuk buat lagu. Adalah dalam dua atau tiga radio untuk orang muda. Orang-orang lama pula.... dia kumpul lagu 70-an dan 80-an. Radio itu sendiri dah banyak. Orang suka sebab DJ, ragam DJ. Orang dulu zaman mini compo beli album, memang concentrate.... sekarang tak. Kita dengar radio pun...bila? Masa naik kereta... kalau tak, kita pasang lagu hits, kan. CD yang kita belilah. Beban sebenarnya nak buat lagu yang hits ikut design radio. Contohnya... macam Search, kita nak buat album yang rugged katakan. Album yang ada cerita, arrangement, skill tetapi 10 tahun kebelakangan ini, pop turut digubah begitu juga. Kadangkala lagu pelik macam kumpulan Akar, yang kita pun pelik... rock jenis apa ni? Tapi dari konteks dia mungkin sedap kot. Komposer terarah ke situ.... untuk catchy. Hal lain pulak, lambakan dan kemunculan penyanyi kita yang tiada karakter. Pattern macam ni banyak yang ke sebelah R n' B dan pop. Album tak jalan pun, tapi dia orang ni rasa macam besar sangat. Kenapa? Sebab radiolah yang layan. Jadi itu yang buat kita agak slow sikit. Mencari..... apa benda ya?

Hasrul: Sesuatu yang baru? 

M. Nasir: Haaaa... macam itulah. Kita cari dan cuba buat juga. (telefon beliau berbunyi, perbualan terhenti seketika). Penyanyi berkarekter ni cuma tahun 80-an sahaja. Karakter orang sekarang ni tak kuat.

Hasrul: Pakej verstailiti? 

M. Nasir: Ya juga, tapi itu satu hal lain pula. Dia.... lebih kurang macam nilah. 

Penyanyi yang bercakap untuk masyarakat dia, sebab... masa mula-mula aku join muzik dulu, itu yang aku nak buat dan memang buat masa itu.

Hasrul: Lebih kepada seorang pengkritik sosial, kan? 

M. Nasir: Haaa...macam tu. Masalahnya masuk sahaja era 90-an, mood dia berubah pada lagu keperempuanan, cenderung ke situ. Tersandar sekejaplah masa itu. Kita tengok.... dia orang buat macamana. Dia orang buat sebelah sini, aku buat sebelah sini (sambil melakar garis lurus di mejanya). Sebelah sana makin banyak, tapi aku tetap buat macam itu. Jadi orang ada ruang untuk dengar aku. Kemudian datang alternative, dia panas sekejap. Dia membuat musician, macam engkau.... tahu kord gitar sikit, kira dah boleh lepas lah. Tak lama... kualiti dia.... baru nak mula nak ada, dia dah padam. Ini semua pecahan dialah, baru nak naik balik... (sambil menunding pada majalah ROTTW)

Hasrul: Tapi dari segi perjuangan... dia orang lebih jujur. Mengkritik, M. Nasir pun mengkritik juga bukan? Macam... duit, anak kita, akar kita. Abang rasa? 

M. Nasir: Ya, tetapi... medium dia itu susah nak sampai kepada masyarakat am. Tak ramai yang boleh dengar begitu. Basic untuk dengar lagu ini... dia nak sedap juga.

Hasrul: Merujuk pakej, Abang rasa.... pakej penyanyi macam mana yang orang Malaysia hajatkan? 

M. Nasir: Hmm......suara yang sedap, boleh nyanyi macam-macam lagu, personaliti yang massa boleh terima, orang bandar orang kampung boleh terima, artikulasi bagus, sedikit kebijaksanaan untuk menghantar perasaan... tak perlu bijak sangat. Paling penting dia pandai menghargai dan respect peminat dia, semua skop ini untuk penyanyi pop lah yang saya maksudkan. Band (pun) macam itu juga, tetapi kalau kita tengok England dan Amerika. Grup-grup yang bertahan lama ni biasanya punya karakter yang kuat. Imej…

Hasrul: Dulu muzik kita pernah meletup habis pada 60-an dan turun pada 70-an sebelum empayar rock berkuasa. 90-an kita slow... perlahan sangat, macam ada benda yang tersangkut. Kalau saya katakan graf muzik kita sekarang ini statik, sakit...Abang rasa macam mana? 

M. Nasir:Betul, setuju. Satu dunia...memanglah.

Hasrul: Abang rasa.... Abang berada di garis statik itu juga? 

M. Nasir: Haaa.... dia sebenarnya ada perkembangan dengan sosial kita aa.... ya sosial. Tapi kau tak sebut kenaikan nasyid, tahu tak sejarah kenaikan nasyid? Penjualan dia, lebih dari artis-artis lain. Itu menunjukkan apa? Orang kita sudah mula sukakan keIslaman. Nilai tu dah ada, cuma sekarang muzik macam tu agak pudar sikit, sebab....lambakan. Tapi tak mustahil dia boleh naik balik kalau kena pada caranya. Macam pop, walaupun industri dia besar...tapi jualan dia tak sebesar mana dan tetap macam itu sejak dari dulu lagi. Paling tinggi sekalipun untuk jualan album pop kalau kita masih ingat tak silap akulah.... Ukays 300 ribu. Zaman dia pernah ada market... dia sedaplah. Rock paling tinggi Search itupun 200 ribu lebih. Paling besar kredit pun untuk Ella setakat ini dengan 300 ribu lebih. Mungkin sebab dia popish dan perempuan barangkali.

Hasrul : Atau orang Malaysia yang tidak boleh nak identified dan salute muzik kita sendiri, masalah bahasa mungkin? Kita tidak boleh keluar jauh sebab ini. Kira-kira Abang macam mana? 

M. Nasir: Kalau kita lihat pada Turki umpamanya. Mereka punya aliran muzik barat dan muzik Turki itu sendiri. Jadi budak-budak muda yang main muzik barat di sana, bermasalah juga sebab... market dia orang Turki. Paling berpengaruh Arab pop, western orang dengar juga.... tapi, tak sehebat lagu Arab. Cuba kita lihat industri kita, apa yang kuasai muzik kita? (telefon beliau berbunyi lagi) Dia ada Arab groove dia sendiri, macam Arab campur dengan rhythm westernlah... tapi Arab dia yang lagi kuat. Kita ada Irama Malaysia... tapi tak kuat untuk jadi satu aliran. Orang kita tetap pegang pop sebagai yang main (utama). Macam negara yang patriotik... seperti India, Pakistan. Macam Indonesia, dia pop. Tapi dia ada dangdut. Malaysia.......ada apa? (bersungguh) Itu yang kita cuba buat Irama Malaysia... tapi dah menghilang lepas Siti dah tak nyanyi macam itu lagi, kan. Siti takkan selamanya nyanyi lagu-lagu yang macam itu. Macam Turki.. Arab pop itulah core bagi mainstream dia. India.... Hindustan mainstream bagi dia. Indon... dia pop, tapi dia ada dangdut. Irama Malaysia.... yang sebenarnya... Malaysia poplah. Irama Malaysia itu label semata. As long popish macam ini senang attitude Malaysia. Radio punya kerja jugalah yang jadi macam ini. Ingat tak dulu lagu Scorpions..... 80-an. Lagu ballad dia tulah...lagu rock yang paling gelilah bagi aku. Orang Malaysia ni dia tak kira asal sedap... dia dengarlah. Dia orang tak ada masa nak dengar arrangement dan benda-benda remeh macam ni.

Hasrul: Jadi.... M. Nasir itu sendiri, buat lagu yang asal sedap sahajalah? 

M. Nasir: Aku boleh buat macam macam. Ada sembilan lagi lagu lain, samada engkau yang nak dengar atau tak nak. Album ada 10 buah lagu, orang ada masa nak teliti teknikal dia? Tak. Orang beli pasal lagu itu sedap je. Mungkin ada pembeli yang akan teliti, tetapi.... DJ radio tak ada masa dia nak teliti semua. Dia dengar mana yang rasa boleh masuk kepala dia sahaja. Nak yang catchy. Itu yang banyak komposer terdorong ke arah situ. Nak catchy punya pasal dia jadi macam kebudak-budakan. Hook yang murahan. Dia orang tak fikir mahal (masak masak). Dalam tiga bulan jual habis habisan, lepas itu biarkan. Ini fenomena dunia manusia hari ini.... orang sudah tak boleh nak sabar. Aku sendiri pun sudah jarang dengar western sekarang ini. Dia orang pun sakit nak jual... (telefon dia bunyi lagi............)

Hasrul: Tiada lagu baru? Abang tak buat painting.... aaaa writing ke? 

M. Nasir: Banyak... benda lain pun buat juga. Orang yang tak tahu.

Hasrul: Tak nak open untuk public? (painting collection) 

M. Nasir: Nantilah, kadang-kadang orang nampak macam serius sangatlah pula. Itu pasal bila aku transfer ke acting, orang tak boleh terima watak watak lain.

Seir: Abang rasa... mana direction filem local kita? 

M. Nasir: Tiada. Kalau kita tengok masa FFM hari itukan, kita masih ada lagi golongan yang old school...... intelek. Apa yang patut kita buat sekarang ini? Lepaskan sahaja budak budak muda kita ini (telefon berbunyi untuk kali ke 4). Pasal, no big deal. Kalau dia orang boleh buat filem, buatlah. Cari duit sendiri. Kalau tak, pergilah jalan minta mana-mana sponsor tour dunia masuk competition. Bukannya happening sangat pun festival

: Abang perlu support? 

M. Nasir: Memang lagi teruk.. (terdiam seketika). Arus perdana.... dia bergantung pada cara kita. Jati diri kita.

Seir: Abang sendiri.... apa Abang perjuangkan? 

M. Nasir: (agak serius) Aku... selain kasi makan anak-anak aku yang 6 orang itu. Anak dari isteri aku yang pertama dan yang sekarang. Pembangunan masyarakat (minda), tanggungjawab aku nak bagi dia orang mabuk dengan lagu-lagu aku sebab..... kita nak ambil duit dari dia orang. Di Amerika benda-benda macam ini dah lepas. Amerika itu kalau kita tengok, di tengah-tengah, kan? Semua orang mengelilinginya, jadi.... kalau hendak berhenti mengelilinginya. Kita kena buat pusingan kita sendiri. Kita perlu untuk terbuka, tetapi di dalam satu sudut.... kita kena strong, satunya bahasa. Malaysia ini masalahnya, terlalu banyak pendapat yang tidak setuju. Kalau bersetuju pun, aliran dia lain. Tak boleh juga.

Hasrul: Tentang ? M. Nasir: Banyak perkara.... Malaysia ini macam-macam. Kita nak tengok grup-grup yang macam ini naik (menunding kepada cover ROTTW-7 Collar lagi) tetapi, yang naik, grup yang... aalahai. Tapi, tidak jadi macam yang kita nak. Masih lagi berusaha dan... datang pula reality TV. Perkara perkara macam ini yang menghambat kita. Malaysia tidak ada satu gerakan kesatuan yang padu. Tetapi movement itu hendaklah jelas. Movement.... movement juga, tapi muzik apa? Kita berjuang ada sebab. Sebab yang paling utama, bangsa kita. Kita nak juangkan Irama Malaysia, tapi malu. Alahai.... lembiknya muzik ni. Kita kena create benda ni sehabisnya hingga kita boleh identified. 'Semangat zaman', bukan Semangat Zaman album rock tu.

Seir: Abang masih cipta lagu macam dulu lagi? Atau... kuantiti sikit tetapi lebih pada (kualiti) penciptaan? 

M. Nasir: Susah nak cakap. Kuantiti... buat banyak, cuma rakam yang sikit. Hari-hari buat, koleksi....entah berapa ribu entah. (ketawa kecil) Dengar-dengar balik macam tak sesuai, macam sekarang 10 buah lagu... tapi, tak sesuai lagi. Macam rock jugalah. Tengah buat lagi…

Seir: Abang bila nak keluar oversea? (album) 

M. Nasir: Tak tahulah, dulu ada jugak ataslah... lama-lama senyap macam itu sahaja. Budak-budak kita sekarang yang patut fikir benda macam ni. Buat satu band yang bagus, cari gitaris bagus, bass yang hidup, dram... vokalis ada rupa sikit. Pergi Europe, Amerika... pergi duduk sana. Dah berulang kali cakap market kita tak besar. Malaysia pun susah nak hidup. Indonesia.. hmmm lagilah, kalau tak ada hits yang betul-betul boleh tangkap dia, dia tak akan layan.

Hasrul: Industri kita ada double standard, Cromok dahulu pun mula dari luar. Bila dah meletup.... balik semua nak sambar. Macam band sekarang ini, masalahnya tak ada yang betul-betul nak push (sponsor) dia orang keluar. 

M. Nasir: Ya, betul itu tak dinafikan. Kita jangan cerita tentang Cromok... muzik macam itu dah tak ramai orang yang dengar sekarang. Banyak lagi.. kalau bukan band mungkin yang pop, hip-hop atau yang modern rock macam Linkin Park. Dulu excited jugalah dengar. Linkin Park masa mula-mula keluar... sekarang dah tak ada apa. Sama.

Hasrul: Apa agaknya lagi yang M. Nasir tak dapat buat lagi? 

M. Nasir : (terdiam sejenak) Endorsement! Hahahaah. Tak penting, asalkan buat tapi tercapai. Orang buat muzik dia buat cerita. Muzik itu bunyi.. lirik itu perlu di baca, bila digabungkan jadi satu form. Cerita apa yang engkau rasakan ada dalam perjalanan hidup engkau. Tengok environment dan ubah, ada orang boleh ikut (hayati) tapi ramai yang nak hiburan sahaja. Ramai yang tak faham, tetapi sebenarnya... seni itu menghiburkan pada yang faham.

Seir: Agaknya apa yang Abang buat bila dah pencen nanti? 

M. Nasir: Menulis, melukis semuanyalah tentang... sebenarnya last painting yang aku buat itu kelakar sedikit. Masa pelancaran kereta terbaru Perodua aa... MyVi. Ramai jugalah yang dia orang jemput sampai aku sekali kena melukis.

Seir: Abang tak rasa yang Abang dah jadi alat korporat? 

M. Nasir: Tidaklah, itu semua lakonan..... kita kena divide dengan realiti. Kadang-kadang membohongi kita juga, macam reality TV itu pun tipu. Semua tak guna. Sampai Pyan Habib nak buang TV bila tahu M. Nasir join AF, ramai yang marah... (terdiam sejenak) Ini semua permainan jiwa.... macam mana engkau tengok sesuatu benda itu. Apa efek dia?

Hasrul: Mungkin betul, tapi itulah.... perjalanan M. Nasir yang dah sebegitu, tiba-tiba involve dengan benda macam ni. Sejarah yang berjalan itu sedikit sebanyak mungkin ada calar dia. Rugi. 

M. Nasir: Itulah sedapnya cerita, kalau tiada cerita... aku tak nak nampak garang. Tetapi lama kelamaan bila engkau sudah sebati dengan suatu benda, susah. Ini berlaku pada orang 70-an dan 80-an khususnya orang Melayu. Benda yang dah memang ada dalam jiwa engkau, memang tetap ada. Itu pegangan engkau, walau ke mana engkau pergi. Kita Melayu dan tetap akan Melayu. Itu simbol semata…

Apa yang boleh disimpulkan di sini, seolah ada sesuatu entiti tersembunyi yang cuba diselindungkan bagi mempertahankan label dan nama M Nasir itu sendiri. Walaupun ada jawapan yang tidak menjawab persoalan yang diajukan, rasanya beliau yang lebih mengetahui dan lebih arif tentang situasi atau dilema konflik diri yang berlaku. Mungkin tersepit atau tertekan dengan soalan yang diberi. Walau apa pun 'ini cuma lakonan cuma semata-mata...' Jika ini bukan zaman kejatuhan M. Nasir, ia mungkin zaman pengkorporatan M. Nasir... -ROTTW


Jumaat, Disember 15, 1995

Apalah Yang Ada Pada M Nasir?

sumber Mastika Disember 1995

Terima kasih Dr Rizal Azuar atas sumbangan artikel









Selasa, Julai 11, 1995

Kekalkan identiti

petikan Berita Harian, 11 Julai 1995

M. Nasir mahu ‘Melayukan’ muzik ciptaannya

BUDAYA dan rohani tidak boleh dipisahkan. Sebab itulah, sebagai orang Melayu, penyanyi M. Nasir beranggapan bahawa lagu-lagunya harus beridentitikan Melayu.

Muzik asing yang dianggap moden sejak sekian lama, membuat beliau semakin peka terhadap perkembangan muzik Melayu sendiri.

"Seboleh-bolehnya saya mahu meMelayukan semua muzik saya," kata M. Nasir dalam majlis penyampaian anugerah platinum berkembar dua bagi album Canggung Mendonan dan juga pelancaran konsertnya, Akar Manifestasi Akuistik di Kuala Lumpur minggu lalu.

Penjualan album Canggung Mendonan telah melebihi 120,000 unit dan Nasir menerima anugerah sebagai penyanyi dan penerbit.

Dalam majlis tersebut, Nasir memotong kek hari jadi yang pertama dalam hidupnya yang kini menjangkau 38 tahun.

Menurutnya, beliau tidak pernah menyambut hari jadi kerana "itu bukan budaya Melayu". Bagaimanapun, pada malam itu, beliau terpaksa melakukannya atas permintaan para tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Konsert Akar Manifestasi Akuistik dijangka diadakan bulan depan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Katanya, beliau masih berbincang dengan penaja mengenai kos produksi dan butir-butir yang diperlukan.

Beliau juga berkata, kemungkinan penyanyi lagu-lagu puisi terkenal dari Indonesia, Ebiet G. Ade akan diundang menjayakan konsert tersebut.

"Pada dasarnya, Ebiet telah memberikan persetujuan," kata Nasir.

Isnin, Mac 27, 1995

He also paints, writes and acts

 taken from The New Paper, 27 March 1995

By Siti Rohanah Koid


M. NASIR'S latest album, Canggung Mendonan (Awkward Stranger), is his most successful.

Sales of more than 100,000 copies has given it double-platinum status in Malaysia.

But music is not his only creative outlet.

The Nanyang Academy of Fine Arts (Nafa) graduate plans to hold an art exhibition. He has also acted in five movies and has just finished a 60-scene movie script.

"I've got a sponsor for my exhibition but none yet for my movie idea. But if no one wants to take it up, I'll use my own money," he said with a shrug.

How can he find time to paint, write and act while composing award-winning songs for himself and other artistes?

"I'm just expressing my creativity in different forms. Creativity should never dry up," he said.

"It's like a river, always flowing into the ocean, which then comes back as rain."


IMPERFECTIONS

Nasir likes his expression of creativity to be raw, with imperfections — "like my present album".

"If judged by Malaysian standards, it's okay. But internationally, it has its weaknesses," he said.

"It may not have the best engineering or best vocals, but it's got spirit. And that is something important to me."

Many would agree. Canggung Mendonan won the Best Traditional Album award and a track, Mentera Semerah Padi, won the Best Song at the Malaysian Music Industry Awards last week.

Nasir disagreed with the Traditional Album award.

"Is it that traditional? Yes, it contains traditional elements in its sound and spirit, but it is not a traditional album," he argued.

"The album is better classified as a Malay pop album. It reflects my style — a fusion of the ethnic and the modern. You have to know your roots."

Nasir scoffed at the Malay rap music that dominates airplay here and in Malaysia.

"It's just a fad. Those teen rap groups, they are just there for the fun of it. They know there's no future in it," he said.

"They may say that with rap music, they are rebelling against teachers, parents or the government. But really, most youths have no cause to rebel.

"Rap music belongs to the West. We were colonised physically once. Today, we are being colonised artistically."


MUSIC AND MOVIE MAN

M. NASIR released his first album, Pecinta Seni (Art Lover), in Singapore in 1980. It would take him another 10 years to make his second album, Solo.

But those years were put to good use as he wrote hit songs and produced albums for the likes of Search, Wings, Ella and Ramlah Ram.

His third album, Saudagar Mimpi (Dream Merchant), was released in 1992.

Nasir has also acted in five movies, including the award-winning Selubung (Veil) and Balada (Ballad).

His latest film is Simfoni Dunia Ku (Symphony of My World), which has yet to be released.

He swept four out of the five awards in the Malaysian song contest Juara Lagu '94, including the coveted Song of the Year.

Ahad, Januari 15, 1995

Hud Hud & Bonda Ubah Selera

 petikan URTV 15 Januari 1995

Terima kasih Portdy atas sumbangan keratan URTV ini.



Klik gambar untuk membaca keratan URTV ini


Ahad, Januari 01, 1995

Memang kurang ajar sikit'

petikan Berita Harian, 1 January 1995

AKHIRNYA, penat lelahnya dihargai. Akhirnya, sumbangannya dalam bidang seni mendapat ganjaran.

M. Nasir berjaya merebut hadiah Juara Lagu '94, acara kemuncak Muzik Muzik terbitan TV3. Lagunya "Tanya Sama Itu Hud Hud" menang kategori Rock yang menawarkan hadiah M$7,500 (kira-kira $4,275), "Bonda" untuk Irama Malaysia (M$7,500), Juara Lagu (M$12,000) dan Persembahan Terbaik.

Namun, setelah meraih kemenangan manis itu, beliau dikecam hebat oleh media massa dan karyawan muzik Malaysia berikutan komen yang dibuatnya mengenai mengapa penyanyi lain tewas dalam kategori Persembahan Terbaik. Katanya, mereka tewas kerana persembahan tidak kena dengan lagu yang mereka sampaikan. Ada yang berkata mulutnya celupar, ada yang menganggap beliau terlalu ghairah sehingga tidak memikirkan perasaan penyanyi lain.

Benarkah M. Nasir lupa diri? Berikut kami bawakan sedutan temu bual Berita Harian Malaysia dengan Nasir mengenai kekecohan itu.

Soalan: Pendapat saudara selalu menimbulkan kontroversi. Apakah saudara sering menimbulkan pertengkaran?

Nasir: Sebenarnya masyarakat kita mempunyai satu sikap iaitu suka menyimpan egonya sendiri. Mereka tidak bersikap terbuka terutama dalam bidang seni dan tidak tahan dengan kritikan.

Soalan: Sejauh mana saudara suka timbulkan kontroversi?

Nasir: Sebenarnya saya ada matlamat dengan apa yang saya katakan. Itu saja.

Soalan: Orang kata anda kata begitu sebab anda sendiri tak buat persediaan untuk Juara Lagu.

Nasir: Betul, saya tak buat persediaan. Maksud saya, saya buat secara sederhana, ala konsert. Tetapi ia masih ada kesinambungan. Cara saya menyanyi tak ikut seperti dalam rekod sebab idea datang pada masa itu juga.

Soalan: Ada juga yang kata cara saudara macam menyanyi di fun fair atau ekspo saja.

Nasir: Memang betul sebab nyanyian saya adalah nyanyian rakyat tetapi hari itu saya nyanyi di ekspo yang besar-besar (beliau merujuk kepada Malam Juara Lagu).

Soalan: Perlu ke buat persediaan dengan prop yang berat-berat?

Nasir: Itu bergantung kepada juri sebenarnya. Cita rasa juri juga berlainan. Mereka juga ada cita rasa sendiri dan perlu mengikut tren. Itu sebab saya kata ada artis buat persembahan yang tidak relevan dengan lagu mereka. Sepatutnya mereka mengkaji seni kata betul-betul dan pakaian sekali sebelum buat persembahan. Itu semua terpulang pada mereka sebab masa tu, saya sendiri tak harap untuk menang. Masing-masing punya pendirian. Selain daripada itu, saya rasa Juara Lagu banyak menaikkan nama artis, tidak kurang juga yang menjatuhkannya.

Soalan: Apa maksud anda menjatuhkan?

Nasir: Secara umum saya katakan, jika ada artis itu menang dan bersuara lebih sedikit maka dengan sendirinya dia akan jatuh.

Soalan: Berapa anda belanja untuk Juara Lagu?

Nasir: Langsung tak ada bajet. Saya pakai yang lama-lama saja. Kasihanlah merekalah yang susah-susah buat persediaan. Saya hanya mengikut kehendak lagu dengan susunan muzik yang harmoni. Kalau tidak, saya nyanyi seorang pun tak kisah.

Soalan: Apa komen anda bila saudara dikatakan seniman canggih?

Nasir: Saya tak suka. Dari segi konsepnya tak betul. Sebab bagi saya, benda ini tak ada apa-apa. Masyarakat Malaysia suka mencipta apa saja, termasuk papa rock, mama rock.

Soalan: Ramai yang tak faham apa pendirian anda sebenarnya. Bila kalah saudara seperti tidak puas hati dan menang, timbul pula kontroversi.

Nasir: Terpulanglah kepada mereka. Era 90-an ramai yang menyanjung tinggi lagu-lagu tradisi. Tetapi mereka tidak menggunakan unsur tradisi itu dengan cita rasa yang lebih tinggi, tak kiralah imej fun fair ke...

Soalan: Ada yang berpendapat kenyataan saudara itu dianggap biadap. Apa komen saudara sendiri?

Nasir: (Ketawa) Memang. Kurang ajar sikit.

Khamis, September 15, 1994

NASIHAT M.NASIR : ARTIS ARTIS KITA JANGAN MUDAH PERASAN.

Petikan URTV 15 September 1994
(sumber : Terima kasih Wiraaz Collezzione)

Seniman Berjanggut, M Nasir walaupun sibuk mencipta lagu album artis tempatan, berlakon filem dan kini pula konsert tidak pernah mengatakan “no” kepada wartawan yang ingin menemubualnya.  Walaupun terlalu sibuk. M. Nasir yang diuruskan isterinya Nana dari syarikat bersama LUNCAI  EMAS Sdn. Bhd tidak mengecewakan.

Caranya profesional.  Tidaklah kerana sibuk dijadikan alasan sukar menemui wartawan. Tidak dapat  melayani wartawan, sebagaimana ada artis kita yang kononnya tidak ada masa untuk wartawan.
Sehinggakan wartawan terpaksa mencari artis itu di studio di tengah malam demi untuk mendapatkannya. M Nasir bukan berlagak atau mudah bersikap begitu.

Dalam pertemuan baru-baru ini  saya sempat-lah  berbual agak panjang dengan M Nasir yang sudah lebih 13 tahun berkecimpung dalam arena seni muzik.


PENYANYI KITA PERLU UBAH SIKAP

Kata M Nasir penyanyi dan pemuzik kita hari ini perlulah mengubah sikap. Fikirkan masa depan dan kenali diri  serta bakat yang ada untuk pergi lebih jauh.

Bukannya dengan mudah perasan dan lupa diri.

Mereka tidak boleh malas. Kalau ada peluang untuk pergi jauh jangan dipersia siakan.
Ini tidak ada, baru jadi artis, tetapi lagaknya pula lebih.

Cuba selami bakat yang ada. Fikirkan sejauh  mana boleh diperkembangkan.  Jangan jadi pemuzik  atau artis yang sekali diketuk baru bergerak' katanya yang turut bertindak sebagai
Timbalan Presiden PAPITA.

Kata M.Nasir lagi “Kadang kala mereka yang malas belajar dan memperkayakan diri dengan ilmu seni hanya bijak berdebat kepada perkara yang tidak kena”

Begitulah M Nasir mahukan artis tidak tidur hanya kerana mempunyai pengurus. Bila menandatangani kontrak dia tidak faham apa yang dibaca, inilah yang salah.

"Pernah Papita bersama pihak  lain menganjurkan program motivasi kepada artis. Di situ banyak hal mereka boleh belajar mengenai undang undang kontrak, mengenai karear sebagai penyanyi.

“Tapi sayang hanya beberapa kerat saja yang datang? Kebanyakannya hanya tahu meluahkan masalah.   Kemudian bercakap lantang, tetapi banyak lagi yang mencari arah” katanya.

M.Nasir mengakui “Ada artis nasibnya memang baik. Bakatnya terserlah, buat album, syarikat tidak fikir panjang untuk buat promosi.

“Tidak kurang juga yang agak malang album dikeluarkan tak boleh jual. Sesungguhnya ada nama, ada popular...tetapi banyak mana wang yang syarikat keluarkan ..album tak laku juga.”

 “Dan di situ syarikat rakaman ini tidak mengira sangat soalan bayaran tinggi kepada artis tadi kerana memikirkan rugi dan untung. Mereka lebih pakar soal bisnes”

Kerana itu artis pun perlu tahu soal undang-undang, bisnes perlu belajar bukan memberontak”. Tapi yang peliknya artis kita ini masih ramai yang malas.”

Oleh itu M Nasir mahukan artis mengenali diri mereka, berapa lama menjadi penyanyi atau pemuzik, belum cukup mendabik dada dan hidung tinggi.

M.Nasir menyarankan artis terutama dibawah PAPITA untuk bangun dan memikirkan masa depan memperbaiki diri dari kelemahan.

Mengenai kesibukan artis kita mahu merakamkan album diluar negara , bagi M.Nasir bagi mendapatkan teknologi canggih dan pengalaman tidak salah tetapi biarlah sesuai untuk mendapatkan sesuatu.

“Bergantung dengan albumnya juga. Macam Zainal dan Shiela Majid mereka ada sebab kenapa mahu gunakan kombinasi pemuzik luar. Begitulah mengapa saya ke Australia untuk album Amy”.

“Saya perlukan beberapa pemuzik bagi biola dan violin kerana merasakan perlu bagi mendapatkan perkhidmatan mereka”.katanya

M.Nasir masih yakin dengan kebolehan  pemuzik tempatan kerana itulah dia mengutamakan kehadiran mereka. Dan kerana itulah dia mahu pemuzik tempatan celik, bangun dan berdiri bersama sama.

Jangan hanya diketuk baru terjaga. Itulah juga kepada semua penyanyi lain.masanya untuk serius harus bermula ketika diri menjejak langkah bukannya kerana popular dan glamor terus lupa diri.

RM12,000 SAHAJA UNTUK M. NASIR?

Saya tanyakan M Nasir benarkah hanya dibayar cuma RM12,000 untuk Konsert Canggung M.Nasir di Stadium Negara awal Ogos lalu?

Mana kau tahu? beliau bertanya sambil tersenyum.

"Sebenarnya pada aku bayaran itu diterima kerana sudah dibuat perjanjian kontrak. Sudah ditandatangani sebelum itu bayaran cuma sebanyak itu.”
"Kalau pun banyak mana diperolehi penganjur,  tetetapi aku sudah ikut perjanjian. Tidak boleh buat apa-apa. Tapi Box-Office berani untuk mencuba konsert untuk aku, katanya.

Kenapa?  Apakah penganjur lain tidak berani? tanya saya.

“Bukan tidak berani, tapi tak yakin. Dulu syarikat rokok tidak mahu aku. Mereka memikirkan soal aku dah berusia 30 tahun lebih. Biasanya orang seusia aku kurang merokok. Kemudian ada penganjur lain tak yakin untuk taja konsert aku. Mereka yakin dengan artis lain.
Kerana itulah konsert solo aku baru diadakan.

“Sebelum ini aku hanya  jadi penyanyi undangan sahaja.  Konsert solo aku di Stadium Negara itulah dianjurkan  oleh Box-Office.” katanya

Apa perasaannya melihat peminat-peminat konsert malam itu melebihi 14 ribu, catat sejarah  penyanyi  Malaysia mengadakan konsert di Stadium Negara.

“Sebenarnya waktu atas pentas aku tidak  begitu  memikirkan sangat soal penonton ramai sungguhpun pada mulanya aku langsung tidak menduga ramai yang akan datang.
" Sebabnya aku rasa di Lembah Klang ini sungguhpun album aku banyak  terjual, tetapi untuk  konsert mungkin ramai tidak datang. Tetapi ternyata sangkaan itu sebaliknya.

“Tapi waktu di atas pentas yang aku fikirkan ialah rancangan yang sudah diatur untuk konsert itu tidak terganggu.”

“Jangan diubah ...terus mengikut rancangan asal. Aku rasa menyanyi di konsert  bukannya untuk melayan peminat macam  penghibur di Kelab Malam atau eksklusif.”

"Tak boleh kita suruh mereka menyanyi atau menarik mereka naik ke pentas berjenaka. Zaman itu sudah berlalu.  Konsert sekarang kita utamakan persembahan,  muzik dan jalinan  cerita dalam konsert kita”.  katanya yang menceritakan caranya d atas pentas di malam konsert itu.

Bagaimana pun hatinya turut terusik gembira melihat sambutan yang  diberikan. Di Situ  juga dengan alunan muzik dan dan cerita yang mahu disampaikan  dalam konsertnya  diluahkan agar penonton berasa puas.

M Nasir bagaimanapun tidak  menolak masalah sistem bunyi  yang kurang baik. Pada masa akan datang dia akan berusaha mengelakkan masalah itu.

Malam itu M Nasir mengenakan pakaian yang dbeli di Australia sewaktu menyiapkan proses akhir album Amy.

KONSERT BESAR MENJELANG 95

Belum puas dengan konsert M.Nasir? M.Nasir akan bertemu lag kali ini berkemungkinan di Johor Bahru.

Saya juga dapat tahu M Nasir bersetuju untuk menyanyikan lagu-lagu hits di zaman dulunya yang paling diminati dan masih kekal sehingga hari ini menjadi “evergreen”.

“InsyaAllah akan diadakan dan mungkin aku akan menyanyikan lagu lama juga.” katanya
Tidakkah M.Nasir menyanyikan semula lagu cinta “Seperti  Dua Insan Bercinta bersama  Yosenesar Hussein,  lalu M.Nasir bertanyakan “Agak-agak siapakah yang layak berduet  semula dengan aku.?”
Saya tanyakan Nasir apakah tidak berminat merakamkan semula lagu-lagu hits olehnya mahupun yang dipopularkan oleh penyanyi lain dalam album koleksi terbarunya?  “Mungkin” kata M. Nasir ringkas

ALLEYCATS SILA BERBAHASA MELAYU DENGAN BAIK

M.Nasir memberitahu dia akan menulis dan mencipta lagu untuk Alleycats asalkan kumpulan itu  membuktikan mereka boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

“Kenapa mereka tu tak boleh? Mereka asal dari mana? Tengok tu DJ Dave kenapa dia boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik. Aku akan mencipta lagu mereka semula kalau mereka memperbaiki, bahasa Melayu mereka”

M Nasir pernah diminta oleh Alleycats akan memberikan sentuhan irama pada album mereka kerana ternyata lagu-lagu Nasir sebelum ini  serasi dengan mereka.

NASIR BUAT FILEM TARIKAT!

M. Nasir memberitahu dia akan bergerak untuk membuat filem baru. Dimana dia belum pasti berlakon kerana berada di bawah arahan orang lain, dan ada perkara yang ingin dilakonkan tapi terbatas.

Kini dalam persiapan akhir, M. Nasir akan merakamkan sebuah filem yang pasti gempar.

Apakah filem mengenai arahan dan lakonannya?

"Apa pasal filem 'Tarikat'? Saya menyukai filem yang berasaskan lagu bersama mono di studio room..."

"Artinya... belum ada. Tapi filem itu mengenai dunia tarikat. Di dalam negara kita hari ini ramai yang terlibat, cuma... yang akan diceritakan," katanya.

NASIR BERUNTUNG BERISTERIKAN NANA

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, M. Nasir banyak dibantu dan didorong oleh isterinya Nana (Nanaishah) sebagai pengurusnya.

Pernah difitnah, fitnah dan persepsi negatif terhadap M. Nasir pernah menjejaskan hubungannya dengan rakan-rakan.

Namun Nasir bersyukur kerana beristerikan Nana yang sentiasa faham dan sentiasa berada di belakangnya. Menerusi latihan, Nasir dibantu untuk bertindak secara mata-mata profesional.

Sebagai seorang pengurus, Nana bertindak tegas. Sebelum ini dia pernah membimbing kumpulan Slam dan Utama.

Bagaimana pandangan Nasir terhadap pelakon wanita yang didampinginya?

Mereka mesra. Masing-masing ada bakat tersendiri. Namun pada akhirnya mereka bersikap profesional. Mereka mahu dengan apa yang mereka kerjakan.

"Di dalam diri mereka ada sesuatu yang menjadikan mereka begitu."

Profil Nasir mahupun tempatnya tidak pernah menggoyahkan/menjejaskan apa-apa yang melibatkan kekeluargaan. Bahagia bersama anak-anak, isterinya amat dikagumi di kalangan penonton.

M. Nasir terpaksa mengakui senario begitu yang datang sebahagiannya di mana konsert dan perancangannya. Menerusi lakonan, Nasir dibantu/didorong untuk bertindak secara profesional.

Kebijaksanaan Nana menjadikannya sebagai 'pengurus' yang tegas. Sebelum ini dia pernah membimbing beberapa artis.

Sewaktu Nasir tidak beruntung bersama Amy, beliau tetap dampingi Nasir untuk mendapatkan konsertnya mengenai senarai lagu serta konsert yang dianjurkannya, M. Nasir kelihatan begitu yakin.

"Dia tidak mencampuri, tapi bagaimanakah saya patut dengan keputusannya sendiri. Memang itu aku suka. Seperti orang lain, saya lakukan secara sendiri,"

"Satu-satu perwatakan saya lakukan/rangkakan dengan mengambil jumlah. Kemudian saya akan ambil untuk dijadikan lagu. Akhirnya, M. Nasir mempunyai gaya tersendiri dan tidak meniru mana-mana."

"Kalau konsert lain tu luar pun, sekurang-kurangnya aku boleh membawakan persembahan ini di Holiday Inn On The Park. Kalau di sini dengan/tanpa lagu pun barang kali/tak perlukan,"

Apa yang Nasir mahukan dari Kumpulan Alleycats?

"Harus ada pembaharuan dari mereka. Mana? Kena berani datang ke rumah saya untuk membuat lagu baharu dulu. Dan aku suka cara persembahan mereka," katanya.

M. Nasir kalau bercakap tentang lagu, lagu yang baik mestilah mempunyai identiti dan tidak dipengaruhi. Dia mahu penyanyi wanita dan lelaki bertindak berani mencuba sesuatu yang baru, bukan setakat menyanyi lagu yang mudah tanpa ada sebarang daya usaha.

"Lagu asli juga ada daya tarikannya. Saya mahu membangkitkan semangat itu semula agar irama asli ini terus diminati oleh anak-anak muda zaman ini," tambahnya lagi.

Tetapi orang hanya memandang dari satu sudut sahaja. Sebenarnya kami memperjuangkan seni dan persefahaman ber-15 tahun. Apakah tidak boleh dirasa/difikirkan?

Segala kritikan, teguran mahupun komen, M. Nasir tidak pernah mengambil hati. Sebaliknya ia dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri dan karya-karyanya.

M. Nasir - seorang seniman yang sentiasa mencari kelainan, berani mencuba dan mempunyai pendirian teguh dalam memperjuangkan irama serta karya seni yang bermutu tinggi. Syabas untuk M. Nasir!

Sabtu, Julai 30, 1994

Konsert Canggung menakjubkan

petikan Berita Harian (1994 - tarikh tidak dapat dikenalpasti)
Gambar dari majalah PESTA & Facebook Group Kelab Sahabat M.Nasir 
oleh Zainuri Misfar

Suntikan dari Mentera Semerah Padi dan berbekalkan Secangkir Kopi Semanis Puan yang air yang diambil dari Wadi di padang pasir memberikan semangat yang cukup berkesan kepada penyanyi terkenal tanahair, M.Nasir untuk beraksi mantap di Konsert Canggung - M.Nasir di Stadium Negara, Jumaat lalu.


Garapan pelbagai rentak lagu tradisional dari inang kepada keroncong melangkah ke irama joget dan seterusnyq bergoyang dengan dangdut menyaksikan keunggulan M Nasir sebagai penghibur dengan gayanya tersendiri.

Gabungan alatan muzik tradisional dan kontemporari seperti gendang, tabla, seruling, angklong, mandolin hingga sape memaparkan kesungguhan M. Nasir untuk menaikkan martabat muzik berunsur Nusantara.

Penonton terpegun malah tidak menyangka penyanyi, pelakon dan komposer yang terkenal dengan sikap tidak banyak cakap berhasil mengisi setiap ruang persembahan dengan pelbagai gaya yang menakjubkan.

Dia pernah menganggap konsertnya mengetengahkan konsep theatrical itu sebagai pemulaan dalam perjuangan dalam bidang seni, dan ternyata hasrat Nasir berjaya. Dia mengetepikan aspek enjoy.

Dalam kelincahan, keletihan dan nafas yang tercungap-cungap, Naslr masih sempat melontarkan falsafah mengenai kemanusiaan dan kehidupan manusia.

Mulutnya tidak terlepas melaungkan semangat juang dan inilah yang dimahukan oleh peminat yang sudah sekian lama menantikan kemunculannya dala sebuah konsert istimewa.
Sememangnya hampir 10,000 peminat yang menyaksikan konsert pasti sukar untuk melupakan setiap adegan yang dipamer oleh penyanyi itu.


Tapi konsertnya juga terpaksa menghampakan kira-kira 3000 penonton lain yang terpaksa duduk di luar kerana kehabisan tiket.Ini adalah satu langkah tegas penganjur, Boxoffice demi mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini. Konsert Canggung M.Nasir ditaja bersama oleh akhbar Harian Metro, BMG, Lion Suzuki dan Telepromo.

Tirai konsert dibuka kira-kira jam 9.15 malam dengan sedikit sketsa daripada Loloq hampir 10 minit, dimana dia mendakwanya sebagai mukadimah konsert itu.
M Nasir memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu Rajawali. Tapi dia sedar terlalu awal untuk mengamatkan keadaan lalu meredakannya dengan membawakan lagu berentak sederhana iaitu Wadi, Inang pulau Kencana, Bukalah Hatimu dan Lara sebelum kembali semula persembahan hangat dengan mendendangkan lagu Aplokalips.


Sambil diiringi wayang wong pada layar putih dibelakang pemain dram ; M Nasir meneruskan aksi lincah dan bersahaja seolah-olah tidak menghadapi sebarang tekanan dengan mendendangkan lagu Perang yang satu lagi, Anak-anak kita, Tanya sama itu hud-hud, Aduhai Kasih aduhai dan Sentuhan Listrikmu.

Setiap lagu yang dimainkan tidak menyenangkan sebahagian penonton apabila mereka bangun bertepuk tangan, menari sambil menyanyi bersama penyanyi itu.Dalam konsert lebih dua jam itu, Nasir tidak banyak membuang masa. Satu demi satu lagu dinyanyikan iaitu Ada, Secangkir kopi semanis puan, Keroncong Nostradamus dan Bonda.

Lagu Mentera Semerah Padi disifatkan kemuncak konsert ini. Beberapa pelakon tambahan yang mengenakan pakaian silat serba hitam, yang hanya menampakkan mata lagak ninja sambil memegang sabit seolah memberikan makna simbolik pada konsert ini.

Dilihat dari dekat, wajah M Nasir seolah terkena libasan sabit, tapi sebenarnya melambangkan perjuangan penyanyi ini untuk mengangkat dan mengukuhkan martabat muzik Melayu.

M. Nasir kemudian meninggalkan seribu tanda tanya kepada penonton apabila dia menyanyikan sebahagian lagu Tudung Periuk di akhir konsertnya.








Keratan tiket : Sumber FB Kelab Sahabat M Nasir

Keratan tiket : Sumber osmantikus.tripod.com



 
Poster Konsert Canggung sumbangan FB Firdaus Sanudin


Promo Konsert dalam majalah tempatan


Ahad, Mei 01, 1994

M.Nasir Kembangkan Nilai Etnik

Petikan URTV - Mei 1994
Ruangan MINDA ARTIS oleh Mohd ...
(Terima kasih Wiraaz Collezzione)

M Nasir merupakan seorang aktivis muzik yang cukup kreatif dan disegani ramai. Selain muncul sebagai seorang penyanyi popular, beliau  merupakan seorang pelakon, komposer, pencipta dan penulis lagu yang memiliki wacana  tersendiri ketika berkarya.

Barangkali disebabkan ciri ciri inilah menyebabkan kenapa M Nasir sentiasa 'dlburu' oleh para penyanyi amatur yang mahu  mendapatkan karya karyanya bagi dijadikan tiket untuk menempah  populariti.

Sehingga  tahun 1993 sahaja insan seni yang dikatakan sebagai  manusia unik ini telah menghasilkan  sekitar 70 buah karya lagu untuk disumbangkan kepada penyanyi-penyanyi lain terutamanya kumpulan muzik rock.

Ikutilah  wawancara khas M.Nasir  mengenai beberapa perspektif penting di dalam Industri muzik di Malaysia serta pandangannya mengenai falsafah  muzik yang  dihasilkan.

SOALAN: Perkembangan muzik di Malaysia pada keseluruhannya boleh dikatakan baik. Kita sudah memiliki bakat-bakat baru yang mahu berkarya, tetapi tahap karya kita masih 'senada dan seirama’. Apa pandangan saudara?

M.NASIR : Sebenarnya setiap karya itu suci cuma cara berkerja dan pembawaan yang dilakukan berbeza. Tugas seorang pengkarya adalah untuk mengajak masyarakat berfikir. Dari aspek ini, selain melodi  penghasilan lirik  juga adalah penting  untuk menuju ke arah itu. Kita mempunyai penulis lirik seperti ini.

SOALAN : Apabila bercakap mengenai lirik, ada yang berpendapat bahawa Iirik yang menggunakan perkataan yang dianggap asing sebagai “simbolik” dan falsafah yang  sukar difahami.  Apakah benar?

M.NASIR : Soal ini tidak timbul kerana pendengar sekarang sudah tahu menilai antara yang bermutu dengan tidak bermutu. Apa yang penting kalau melodi itu indah,
penyampaian di dalam segala apa bahasa sekalipun masih orang meminatinya.

SOALAN : Adakah saudara kecewa sekiranya karya seperti itu tidak mendapat sambutan pendengar?

M.NASIR : Sebagai pengkarya, kita cuba membawa pendekatan karya kita ke dalam bentuk pasca-modenisme. Sebahagian besar pendengar memahami dan dapat menerima karya itu. Kalau mereka kurang faham mengenai muzik atau lirik yang dihasilkan saya tidak berasa kecewa kerana sekurang- kurangnya percubaan ke arah membentuk pemikiran masyarakat sudah dilakukan.

SOALAN :  Adakah saudara fikir bahawa muzik kita boleh menuju ke peringkat yang lebih global?

M.NASIR : Sebenarnya muzik mencerminkan masyarakat tetapi cara kita untuk menglobalkannya masih tidak mencukupi. Dasar muzik kita adalah terbuka menyebabkan “wajah” muzik kita sendiri tidak ada identiti. Setakat ini sebahagian besar karya kita tidak mempunyai “akar umbi”

SOALAN : Kalau begitu bagaimanakah caranya untuk menglobalkan muzik kita?

M.NASIR : Dalam soal ini setiap pemuzik seharusnya banyak menghasilkan karya yang mempunyai akar umbi. Muzik itu adalah sebagai media dan saya berpendapat nilai nilai etnik muzik boleh dikembangkan kepada pendekatan yang popular.

SOALAN : Adakah pemuzik kita perlu mengangkat nilai nilai etnik di dalam karya mereka?

M.NASIR : Itu sudah pasti. Kalau perkara ini tidak dititikberatkan, bermakna satu hari nanti nilai-nilai etnik dari negara ini akan hilang. Justeru itulah dalam berkarya setiap pemuzik seharusnya memperlengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan asas asas pengetahuan mengenai kebudayaan.

SOALAN : "Canggung" merupakan album terbaharu saudara.  Bagaimana pula dengan usaha saudara untuk meletakkan album "Canggung" di tengah-tengah gemerutu karya cinta antara lelaki dan perempuan?.

M.NASIR : Mencari erti dalam menghasilkan album sekarang ini amatlah merimaskan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan tekanan dan kemahuan perasaan serta harapan khalayak pendengar yang menjulang tinggi. Namun begitu, pada pandangan saya album yang sebegini gagasannya harus dihasilkan walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi.

SOALAN: Apakah pandangan saudara setelah terhasilnya album "Canggung"?

M.NASIR : Sebenarnya pembikinan album ini dari segi tekniknya adalah cuba mengeksploitasikan beberapa percubaan termasuk dari rakam secara “convensional” kepada penggunaan komputer. Walaubagaimanapun ciri-ciri asli masih menjadi terasnya.

SOALAN: Barangkali album ini berteraskan dari falsafah muzik yang cukup kuat.
Bagaimanakah caranya saudara mengumpulkan khalayak pendengar?

M.NASIR: Saya rasa persoalan ini tidak pernah timbul kerana apa yang saya paparkan turut merangkumi semua unsur muzik dalam dunia. Antaranya termasuklah unsur muzik China, Arab, India, Jepun dan Australia di samping penggunaan alat tradisional seperti gendang ibu, gendang anak, serunai dan kompang.

SOALAN :  Apa harapan saudara terhadap album inl?
Yang penting ialah karya yang saya hasilkan ini dapat membantu dari segi pemikiran masyarakat.