ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label Lagu Single. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagu Single. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 03, 2025

M.Nasir - Nuri Terbang Malam - Music Video Rasmi

Pada 8.00 malam 3 Februari 2025, Luncai Emas telah meluncurkan Video Muzik lagu Nuri Terbang Malam yang dinyanyikan semula oleh Datuk M Nasir. Nama asal lagu Laku Nuri Terbang Malam dendangan Kasim@Qasim difahamkan adalah rakaman muzik terawal dalam Bahasa Melayu yang dirakam dalam piring hitam pada tahun 1903. 

Produksi lagu Nuri Terbang Malam yang diberi nafas baru ini telah dimulakan 4 tahun lalu di studio Studio Ronggeng, Luncai Emas. Lagu ini adalah antara hasil kerja yang ditinggalkan oleh dua anggota Spider yang telah kembali ke rahmatulah iaitu Allahyarham Hanapi Hamdan (Napie Spider)  & Allahyarham Tony Iskandar.  Hanapi Hamdan (Napie Spider) bertindak sebagai produser/susunan muzik/Jurutera Rakaman sementara Tony Iskandar bermain Bass & Keyboard. Tam Mustafah dan  Usop Kopratasa pula menyumbangkan suara latar untuk lagu ini.

Lagu "Nuri Terbang Malam" kini boleh didengar di semua platform digital seperti Youtube, / Spotify / Shazam / Apple Music dan lain lain.

Musik Video Nuri Terbang Malam

-------------------------------


Kasim @Qasim " Laku Nuri Terbang Malam" (1903) CLEANER VERSION
" Laku Nuri Terbang Malam " Nyanyian Kasim Ini Merupakan Lagu Melayu Pertama Direkodkan Ke Piring Hitam Oleh Gramophone Company Pada Tahun 1903.Dirakam di Singapura Oleh Jurutera Bunyi  Fred Gaisberg Dan Pembantunya George Dillnutt . Dato' M. Nasir menghidupkannya semula sebagai single digital dan mengeluarkannya pada Jan, 3 2025. Sumber Youtube Muzik Nusantara

Rabu, Ogos 31, 2011

M.Nasir Gubah Lebih 50,000 Karya

petikan mStar 31 Ogos 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

M. Nasir menyambut Hari Raya Aidilfitri di Singapura. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer terkenal Datuk M.Nasir akui melakukan kerja mengubah lagu setiap hari sehingga berjaya mengumpul lebih 50,000 buah koleksi lagu.

Namun, penyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud ini belum merancang untuk mengeluarkan semua lagu yang telah digubah itu.

“Saya berkarya setiap hari dan ada sahaja idea untuk menggubah lagu tanpa mengira masa.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan menghasilkan sebuah “single” baru nyanyian saya sendiri,” katanya yang turut akan menghasilkan lagu untuk Azlan The Typewriter.

Namun perkara itu masih dalam perancangan dan dijangka akan menghasilkan lagu yang mengikut cita rasa masa kini.

“Saya selesa dengan seni dan kombinasi sesuatu lagu itu bergantung kepada perkembangan semasa dan seseorang penyanyi itu.

“Biasanya, saya menghasilkan lagu mengikut rasa. Kadangkala ada juga lagu yang tidak sesuai dengan seseorang itu sehingga terlampau susah untuk orang lain nyanyikan,” katanya yang masih menerima tawaran lakonan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kias Fansuri ini terpaksa selektif dengan tawaran tersebut bagi mendapatkan cerita yang bersesuaian.

“Saya sukakan skrip cerita yang mempunyai perwatakan menarik. Perkara itu juga menjadi faktor saya menerima tawaran berlakon iklan Kit Kat sebelum ini,” katanya yang kali terakhir berlakon sebagai penampilan khas dalam filem Magika.