Rabu, Ogos 31, 2011

M.Nasir Gubah Lebih 50,000 Karya

petikan mStar 31 Ogos 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

M. Nasir menyambut Hari Raya Aidilfitri di Singapura. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer terkenal Datuk M.Nasir akui melakukan kerja mengubah lagu setiap hari sehingga berjaya mengumpul lebih 50,000 buah koleksi lagu.

Namun, penyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud ini belum merancang untuk mengeluarkan semua lagu yang telah digubah itu.

“Saya berkarya setiap hari dan ada sahaja idea untuk menggubah lagu tanpa mengira masa.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan menghasilkan sebuah “single” baru nyanyian saya sendiri,” katanya yang turut akan menghasilkan lagu untuk Azlan The Typewriter.

Namun perkara itu masih dalam perancangan dan dijangka akan menghasilkan lagu yang mengikut cita rasa masa kini.

“Saya selesa dengan seni dan kombinasi sesuatu lagu itu bergantung kepada perkembangan semasa dan seseorang penyanyi itu.

“Biasanya, saya menghasilkan lagu mengikut rasa. Kadangkala ada juga lagu yang tidak sesuai dengan seseorang itu sehingga terlampau susah untuk orang lain nyanyikan,” katanya yang masih menerima tawaran lakonan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kias Fansuri ini terpaksa selektif dengan tawaran tersebut bagi mendapatkan cerita yang bersesuaian.

“Saya sukakan skrip cerita yang mempunyai perwatakan menarik. Perkara itu juga menjadi faktor saya menerima tawaran berlakon iklan Kit Kat sebelum ini,” katanya yang kali terakhir berlakon sebagai penampilan khas dalam filem Magika.

3 ulasan:

deaf berkata...

Aku cuma hegeh2 nak update diri lagu pop melayu macam gini la..
bila M Nasir nak keluar lagu baru.

Portdy berkata...

salam lebaran bro SM, maaf zahir batin.

Saudagar Mimpi berkata...

deaf : Heheh... tapi nak tunggu M Nasir keluar lagu baru (yg dia sendiri nyanyi) mmg la payah.
Oh Ya! Selamat Hari Raya.

Portdy : Selamat Hari Raya Portdy. Maaf Zahir Batin