ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label KSMN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KSMN. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 23, 2009

Temu Bual Santai Bersama Sifu M.Nasir -KSMN (2006)

nota arkib : Temu bual santai ini berlangsung pada 19 November 2006 di Majlis Hari Raya Kelab Sahabat M Nasir (KSMN). Temu bual telah dikendalikan oleh rakan Saudagar dari KSMN iaitu Norhaidatul Azian. Ikuti temubual "santai" yang SM perolehi dari Facebook ini.

Atas permintaan Sahabat bernama ‘Azarudin’,saya menggeledah juga mencari transkrip sessi temu bual santai bersama Sifu M.Nasir lewat beberapa tahun dulu.Dalam timbunan nota nota dan buku buku yang menggunung..penat jugak menggeledah..haha.Ini merupakan majlis raya dalam Kelab Sahabat M.Nasir yang di adakan pada 2006 di Restoran Bora Ombak Kuala Lumpur.Dalam temu bual ini,kesempatan yang saya ada menjadikan saya lagi memahami akan metafora metafora perjalanan,melodi dan bahasa bahasa insan seni yang bernama M.Nasir.Ribuan terima kasih kepada Luncai Emas kerana atas tiket Kelab Sahabat M.Nasir yang ada,memberikan saya peluang,walau setitik.Ianya amat bermakna sepanjang saya ‘menyintai’ dan menyorot karya karya beliau.Jauh di sudut hati,dari mata hati saya memandang beliau tika temu bual ini berlangsung kesimpulannya beliau sangat menghargai dan menyayangi peminat peminatnya yang teguh menyokong akar perjalanan seninya selama ini,.

1)Bagaimana boleh tercetusnya idea Abg Nasir untuk menubuhkan ‘KSMN’ ini dan mengapa?

Ermm,rasanya macam hubungan antara peminat la,macam satu..lebih dari sekadar ‘beli album’.Macam manifestasi minat dia pada penyanyi dia dan penyanyi itu sendiri memberi balik,mcm ‘acknowledge’lah

2)Apakah sumbangan ‘KSMN’ dalam karier Abg Nasir dalam dunia seni?

Besar,besar…besar…(terharu,tergamam)..kerana daripada bila dia tu fans,dia ada macam sikap setia pada apa sahaja karya yang kita buat.kerja kita buat dan beri sokongan.Ianya perlu untuk orang macam saya.

3)Apakah objektif/matlamat yang Abg Nasir harapkan dalam penubuhan dan pembabitan ‘KSMN’ ini?

Saya punya objektif ialah kita berkembang sebagai kelab yang lebih daripada sekadar kelab sahabat tetapi menjadi satu kelompok yang bergerak sempena atau dengan memperingati M.Nasir,bergerak.. kelab macam NGO,bukan macam sekadar artis tetapi lebih kepada ‘persahabatan’,berkongsi pengalaman,ilmu atau apa sahaja.

4)Bagaimana ‘KSMN’ boleh berkembang lagi dari perspektif seni Abg Nasir?

Saya ingat di antara diorang tu harus lebih aktif,sering duduk macam berbincang nak buat apa,mungkin tanpa penyanyi itulah.Buat sesuatu yang lebih ‘high profile’.Buat semua orang sedar,buat sesuatu yang berani!

5)Bagaimana dengan peluang peluang ahli ‘KSMN’ dalam mengembangkan bakat mereka dalam seni dan bagaimanakah mereka boleh mencapainya di ‘KSMN’?

Baguslah,kalau ada yang mempunyai bakat.Dia sudah dekat dengan M.Nasir,dikira dekatlah…dan mendapat,diberi peluang yang lebih dari orang lain.Kalau dia bersungguh sungguh dia kena tunjukkan bakat dia.

6)Akhir kata,gambarkan ‘KSMN’ dari perspektif Abg Nasir dalam 3 perkataan?

Perspektif seni?(ketawa)…3 perkataan?uihh berat ni…(ketawa lagi),soalan punya susah…(ketawa lagi)..’KERANA MINAT M.NASIR’!..(ketawa)

Oleh Norhaidatul Azian Tajul Ariffin
-Kelab Sahabat M.Nasir-
2002-2009

Info tambahan : Dengan motto KSMN ‘Telunjuk Lurus Digalas Ibujari, Sahabat Tulus Mengasah Hatibudi’, Kelab Sahabat M Nasir (KSMN) mempunyai buletinnya sendiri iaitu ‘Koran Untuk Sahabat’ khas untuk ahli.
(kredit gambar: Norhaidatul Azian)

Ahad, Julai 05, 2009

Sesi bertemu peminat M.Nasir

sumber : KSMN Yahoo Group

~11 July,Gloria Jeans Coffee BB Plaza
2pm-6pm
Tiket tiket boleh dibeli di situ

~18 July,Gloria Jeans Sunway Pyramid

Skuad SinarFM akan membuat lintas langsung dan memberi pelbagai hadiah untuk kuiz dan sesiapa yang berminat untuk nyanyi lagu lagu M.Nasir pun akan dapat hadiah.Jumpa M.Nasir di sana!

b/p pengurusan Luncai Emas Sdn Bhd & Kelab Sahabat M.Nasir

Jumaat, Ogos 08, 2008

RAKAMAN KONSERT SALAM DUNIA

sumber : Facebook M Nasir

HARAP MAAF RAKAMAN" PROGRAM SALAM DUNIA M.NASIR" UNTUK TV9 TELAH BERTUKAR TARIKH PADA 28 AGOS 2008 (KHAMIS) DISEBABKAN OLEH JADUAL YANG PADAT. TQ

RAKAMAN KONSERT TV "SALAM DUNIA M.NASIR" UNTUK TV9
Hari : Khamis , 28 Ogos 2008
Masa: 7:00pm - 11:00pm
Tempat : studio NTV7 (Shah Alam)
No.7, Jalan Jurubina U1/18, Hicom-Glenmarie Industrial Park,
Shah Alam, Malaysia

JOM, RAMAI-RAMAI MERIAHKAN LAGI RAKAMAN KONSERT TV "SALAM DUNIA M.NASIR" UNTUK TV9 SEMPENA KEDATANGAN SYAWAL. PERCUMA DAN TERHAD!!!

pst: Untuk Ahli KSMN yang ingin sertai, kod pakaian adalah "Putih". (Maklumat lanjut sila hubungi Ain/Ina di talian Luncai Emas)

Contact InfoPhone:
03615613576700
Email: lcemas1@gmail.com

Jumaat, Februari 23, 2007

Aktiviti terbaru KSMN

berita diperolehi dari Yann KSMN

• VCD DAN GAMBAR MAJLIS HARI RAYA KELAB SAHABAT 2006 'ON SALE' SEKARANG

Kini kami ada menjual VCD Majlis Hari Raya itu yang berharga RM15.00 dan foto-foto semasa Majlis Raya itu. VCD ini hanya dijual kepada ahli Kelab Sahabat M.Nasir sahaja. Jika berminat mendapatkannya sila jadi ahli terlebih dahulu dengan menghubungi Yann KSMN (norhaidatulazian@yahoo.com.sg) atau Luncai Emas Sdn. Bhd. (03 - 61561357) email ke ksmn_10@yahoo.com

• AKTIVITI M.NASIR – FEBRUARI 2007

25/1 -AIM PC @ 3PM

3/2 - SHOW @ TITIWANGSA (10.30PM)

10/2 - SHOW @ J.B

24/2 - KONSERT CIT CAT @ TERENGGANU

**Jom datanglah beramai-ramai untuk Show di Titiwangsa dan Konsert Cit Cat, ianya percuma!!!


AKTIVITI KSMN SETERUSNYA…

● Cadangan Bengkel Penulisan Lirik & Lagu

Bengkel penulisan lirik dan penciptaan lagu ini telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1996. Bengkel selama dua hari itu telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru seperti En.Ismail Mohd Shariff atau lebih dikenali sebagai 'Mael' yang mana karya-karyanya telah dimuatkan dalam album artis-artis tempatan seperti Kau Saja(Spider), Resam Pak Belalang(Kristal), Janji Kita(Spin),dan banyak lagi.

Melalui kejayaan tersebut Kelab Sahabat berharap untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan sekaligus mencungkil bakat di kalangan ahli. Untuk anda yang berminat di dalam bidang penulisan lagu/lirik harap akan menyertai bengkel ini.

● Konsert M.Nasir – Sang Pencinta

Pihak pengurusan Luncai Emas & AJK KSMN kini dalam proses ingin mengadakan Konsert Sang Pencinta M.Nasir. Oleh kerana kos produksi yang tinggi, kami amat berharap akan mendapat sokongan anda dalam acara ini.

• Majlis Hari Raya 2007

Majlis Hari Raya Kelab Sahabat M.Nasir 2007 akan diadakan sebagai acara tahunan.

● Percutian bersama M.Nasir

Kami juga bercadang ingin menganjurkan Percutian bersama M.Nasir dengan ahli kelab pada hujung tahun ini bagi penutup aktiviti Kelab tahun 2007 ini.

Untuk kami menganjurkan aktiviti-aktiviti yang diatas, KSMN amat berharap pihak sahabat dapat memberi indikasi samada para sahabat minat untuk menyertai aktiviti tersebut atau sebaliknya. Semoga dengan indikasi ini KSMN dapat mengatur rancangan yang diminati semua.

AKHIR KATA

Kami berharap akan mendapat lebih banyak penyertaan daripada pihak sahabat pada tahun ini. Penyertaan daripada sahabat merupakan faktor utama kepada kejayaan penganjuran aktiviti-aktiviti ini. Ambillah peluang ini untuk beramah mesra dengan M.Nasir dan para sahabat. Andainya ada cadangan untuk aktiviti-aktiviti lain sila usulkan kepada kami.

“Telunjuk lurus Digalas Ibujari,
Sahabat Tulus Mengasah Hati Budi”

Pihak Pengurusan
Kelab Sahabat M.Nasir.

Jumaat, April 04, 1997

M.Nasir Crossing UK 97

sumber : FB  Sahabat M Nasir & Youtube Luncai Emas

M.Nasir Crossing UK 97
SEMA Group Concert Hall
Royal Northern College of Music
Oxford Road Manchester, UK
2nd & 4th April 1997
8.00 pm
Tickets: £15.00 £20.00 £25.00

Vocal : M.Nasir
Guitar : Rafi Suhu
Bass : Jay Jay
Accordian/Harmonium : S.Atan
Gendang Melayu : Ramli Mohram
Seruling Melayu : Mohar Mohram II Mohar Mohram

Rajawali Terbang Tinggi


Apokalips


Keroncong untuk Ana

Rabu, Januari 15, 1997

Konsert M. Nasir di Eropah April depan

petikan Berita Harian 15 Januari 1997
Oleh Hanim Mohd Saleh

PENYANYI M.Nasir menjadikan tahun baru 1997 sebagai permulaannya keluar dari rantau ini.

Beliau untuk pertama kali akan mengadakan konsert di Eropah. Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn Bhd, Junainah Johari, memberitahu pihaknya sedang membuat persiapan untuk konsert M.Nasir di Manchester April depan.

"Kami sedang mengaturkan pesta tiga hari di Manchester dengan konsert unplugged Nasir menjadi acara kemuncaknya. Konsert itu akan diadakan selama dua malam.

“Dalam tempoh tiga hari di Manchester kami akan mengadakan majlis dialog dan apresiasi lagu-lagu Nasir dengan para pelajar Melayu yang sedang menuntut di sana” kata Junainah yang juga adalah isteri Nasir ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.

Idea mengadakan acara di Manchester itu kata Juninah lagi tercetus melalui seorang anggota Kelab Sahabat Kelab Peminat Nasir yang sedang belajar di Eropah.

“Melalui anggota kami di luar negeri itulah, kami mendapat maklum balas yang mereka sangat merindui persembahan Nasir. “Oleh itu, kami  memutuskan untuk menganjurkan konsert itu dan telah melantik salah seorang daripada mereka untuk menyelaraskan konsert Nasir di sana.

“Selain konsert, kami akan juga mengadakan sesi dialog dengan para peminat untuk membincangkan perkembangan lagu-lagu dengan Nasir agar kunjungan Nasir ke sang lebih bermakna kepada mereka yang mengenalinya.” Tambah Junainah lagi.