ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label MAGNUM OPUS M.NASIR DEKAD KE -5. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAGNUM OPUS M.NASIR DEKAD KE -5. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 16, 2026

M. Nasir ‘spill’ banyak benda, kongsi perjalanan seni hampir 50 tahun

 sumber Youtube mStar 16 Oktober 2026


Temubual dalam podcast Kenot Brain mStar Online Malaysia ini membincangkan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang telah bertapak hampir lima dekad (47 tahun) dalam industri muzik.

Berikut adalah sinopsis ringkas dan poin-poin utama daripada temubual tersebut:

Asal Usul Gelaran "Sifu": Gelaran ini mula dipopularkan oleh penyanyi Khattan yang kerap memerhatikan M. Nasir bekerja di studio semasa rakaman dan menganggap beliau sebagai guru. Walaupun M. Nasir menyifatkan jolokan tersebut sebagai "permainan dunia" dan cuba mengelaknya, beliau tetap menerima hakikat bahawa gelaran itu sudah mesra di kalangan masyarakat.

Kuantiti Karya & Proses Kreatif: Beliau telah menghasilkan hampir 3,000 buah lagu, dengan lebih 2,000 daripadanya telah diterbitkan. M. Nasir mendedahkan bahawa teknik menghasilkan lagu adalah mudah bagi yang mahir, namun mencipta lagu yang benar-benar bermutu memerlukan naluri serta pemikiran dari sudut pandang pendengar.

Pandangan Mengenai AI & Etika Muzik: Dari sudut etika dan moral, M. Nasir menegaskan bahawa teknologi AI tidak sepatutnya digunakan untuk mencuri hasil hak cipta orang lain demi mengaut keuntungan. Walau bagaimanapun, dalam industri, AI boleh dijadikan sebagai alat pemudah cara (tools) berlandaskan undang-undang dan kawalan hak cipta yang jelas.

Cabaran Era Digital & Trend Tular: Beliau menyifatkan landskap muzik digital masa kini lebih mencabar dan memenatkan. Jika dahulu syarikat rakaman menguruskan promosi album, kini artis perlu berdikari membina hubungan di media sosial. Beliau turut memerhatikan bahawa kandungan tular (viral) cenderung membuatkan sesebuah lagu popular bertahan sekejap sahaja (sekitar tiga bulan).

Konsert "Magnum Opus" & Kenangan Konsert "Canggung": Pementasan konsert Magnum Opus di Istana Budaya bakal menawarkan persembahan akustik yang lebih intim bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan serta gitaris ikonik seperti Kid (Search), Hillary, Joe, dan Op (Bloodshed). Selain itu, konsert yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya beliau ialah Konsert Canggung di Stadium Negara anjuran sahabatnya, Ali Bakar, berikutan kejayaan fenomena album Canggung Mendonan.


Jumaat, Ogos 21, 2026

Magnum Opus : M Nasir Dekad Ke-5

Konsert Magnum Opus : M Nasir Dekad Ke-5 meraikan perjalanan seni selama lima dekad lagenda muzik Nusantara, Dato' M Nasir. Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, persembahan eksklusif ini menampilkan susunan muzik orkestra bagi 30 karya ikonik beliau. Berkonsepkan surrealisme, penonton bakal dibawa pencerita simbolik, "Saudagar Mimpi". Acara ini memartabatkan warisan kebudayaan serta kecemerlangan artistik muzik Melayu moden dalam bentuk persembahan berskala besar yang gilang-gemilang.


KERAIAN LEGASI KARYA AGUNG DATO' M.NASIR " MAGNUM OPUS M.NASIR DEKAD KE 5 ISTIMEWA BAKAL DIPENTASKAN DI ISTANA BUDAYA. 

Anjuran Luncai Emas Sdn Bhd Dengan Insentif Mycreative Ventures dan sokongan rakan strategik Istana Budaya dan sahabat kerjasama Sahabat M.Nasir 
Acara : Magnum Opus M.Nasir Dekad ke -5 
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya 
Tarikh : 5 Disember 2026 
Jualan tiket bakal bermula 21 Ogos 2026 jam 3 petang di https://www.ilassotickets.com



Kena fikir kejutan lagi buat penonton pada konsert MOMND5 pada Disember depan

petikan Harian Metro 21 Ogos 2026

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

M. NASIR kekal aktif terbabit dengan konsert berskala besar.

Sering kali orang berkata usia cuma sekadar angka, namun bagi figura popular bernama Datuk Dr M Nasir, tempoh lima dekad keberadaan dalam dunia muzik bukan sekadar angka.

Sebaliknya, ia adalah sebuah perjalanan panjang yang sarat dengan karya, pemikiran, pencarian dan perubahan zaman yang dilalui di depan mata.

Pada usia 69 tahun, M Nasir terus rancak menyemarakkan persada seni tanah air dengan pelbagai konsert mega.

Sedang popular dengan Konsert Cipta yang sudah memasuki edisi keempat penganjurannya, tiba-tiba muncul pula Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5 (MOMND5) yang mengungkap perjalanan seni maestro muzik terkenal ini sejak 1979 hingga kini.

Pentas berprestij Panggung Sari Istana Budaya akan digegarkan dengan persembahan bertenaga M Nasir pada 5 Disember depan.

Menyedari kedua-dua konsert ini berkisar mengenai karyanya dan mungkin boleh menimbulkan kekeliruan, M Nasir sudah bersedia dengan penjelasan yang sempurna.

"Saya memang dah tahu soalan begini bakal ditanya, tapi Magnum Opus ini lain. Yang ini, dia agak fokus sikit. Kita telah memilih beberapa lagu yang istimewa bagi kita untuk dipersembahkan.

"Kali ini saya banyak menyerahkan kepada kawan saya yang merasakan lagu itu istimewa bagi mereka," katanya.

Menurutnya, beliau menyerahkan pemilihan lagu untuk konsert Magnum Opus ini kepada peminat dan pencipta lirik, Ismael Sharif yang mencetus idea asal kerana dia sudah mengikutinya sejak awal lagi.

"Sejak dia belum kahwin, dah kahwin, dah beranak-pinak, apa semua. Dah hampir pencen daripada kerja dia. Dia juga terlibat dengan kerja pembikinan lagu, dan rakaman apa semua.

"Ismael mengikuti konsert-konsert, persembahan saya dan aktiviti-aktiviti saya, dan juga mengetuai kelab sahabat saya. ?Jadi saya serahkan kepada dia dan kawan-kawan dia yang dia rasa. bersama-sama mengikuti saya. memilih lagu-lagu itu.

"Dia kumpulkan lagu-lagu itu dan serahkan pada saya, saya terima kebanyakannya lagu-lagu yang dia disyorkan untuk dimainkan di konsert ini," katanya.

Bagi mereka yang masih belum memahami apa itu Magnum Opus, ia adalah istilah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud karya terpenting seseorang seniman.

Namun dalam konteks M Nasir, pengertiannya berkembang jauh lebih luas. Ismael melihat istilah itu sebagai gambaran keseluruhan perjalanan seni M Nasir, bukannya tertumpu kepada satu karya tertentu.

Magnum Opus sudah dipentaskan bermula dengan Magnum Opus Siri 1: Kembara Ke Solo pada 2017 di MATIC dan Magnum Opus Siri 2: Search, Wings & Rock 'N' Roll di Auditorium DBKL pada 2019.


Jika dua produksi terdahulu menelusuri fasa tertentu dalam perjalanan seni, edisi Dekad Ke-5 pula mengangkat keseluruhan perjalanan lima dekad M Nasir sebagai seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit.

M Nasir berkata, beliau menghargai inisiatif Ismael yang memainkan peranan besar mengadakan Magnum Opus edisi pertama dan kedua serta yang bakal berlangsung kelak.

"Saya percaya dia sangat-sangat mengikuti saya dan saya percaya dengan citarasa dia. ?Begitu juga yang lain, maka Magnum Opus kali ini kami buat secara konsert.

"Bukan seperti dulu yang macam bual bicara tentang lagu-lagu saya. Dulu itu ada juga persembahan. Kali ini kita buat konsert, manakala penceritaan pula dalam bentuk podcast yang menampilkan Hasnul Rahmat.

"Lagu-lagu pilihan antaranya Nurnilam Sari. Bagi dia lagu hit tapi mungkin bukan nombor satu. Lagu hit banyak kategori, saya tak ada buat pilihan sendiri dan serahkan kepada mereka sepenuhnya.

"Persembahan saya juga dijangka berlangsung lebih dua jam. Tentang kejutan kepada penonton, saya kena fikirlah. Tiga bulan lagi pementasannya. Yang penting, kesan keunikan lagu-lagu itu dan kenapa ia popular?

"Kenapa lagu-lagu itu dapat memberikan satu macam punya semangat zaman dan kebanyakannya daripada tahun-tahun 80-an dan 90-an," katanya penuh mendalam.

Biarpun karya-karyanya dilabel sebagai karya hebat dan sebagainya, M Nasir tidak sesekali mendabik dada, malah beliau mengakui mengambil inspirasi penciptaan lagu daripada nama popular seperti The Beatles.

"Semasa awal-awal dulu saya mengikuti perkembangan penciptaan lagu dekat dunia ini dari segi falsafah, mengikuti sejarah pencipta-pencipta lagu yang hebat-hebat dan sebagainya.

"Siapa yang besar, siapa yang dapat menghasilkan koleksi lagu yang banyak hits. Seperti kumpulan Beatles umpamanya yang mana keseluruhan karya mereka membawa pengaruh pada dunia muzik popular.

"Saya pun terpengaruh jugalah dengan pemikiran macam begitu. Nak menghasilkan karya-karya besar, jadi saya dengarlah lagu-lagu itu kenapa ia menjadi karya besar.

"Ia mesti mempunyai ciri-ciri, macam mesti nak bagus dari segi melodi dan dia punya senikata yang menyentuh sudut kemanusiaan.

"Pemikiran kemanusiaan ini mesti mempunyai ciri-ciri sedikit pendidikan, sedikit moral dan banyak kasih sayang. Dan persoalan-persoalan manusia ini. Jadi saya terpengaruh dengan benda-benda itu semua.

"Jadi lagu-lagu itu yang dianggap karya besar dalam pemikiran orang-orang yang mengikutinya. Saya pun terdesak untuk nak buat... karya besarlah kononnya. Saya ikut teori-teori penciptaan lagu maka terhasillah lagu-lagu saya

"Tetapi ada satu ciri, ada satu sisi yang saya ikut iaitu dunia puisi. Itu yang mungkin orang lain tak ikut," katanya.

Antara tarikan utama konsert MOMND5 ini adalah pementasan semula 30 karya ikonik M Nasir yang diberi nafas baharu menerusi kolaborasi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Karya berkenaan akan disusun semula dalam bentuk simfoni oleh Mohd Rafi Shafie (Rafi Suhu), manakala OSK dipimpin oleh Eric Lee Yin Fah.

Khamis, Ogos 20, 2026

M. Nasir to celebrate five decades of music with concert at Istana Budaya in December

taken from The Star 20 Aug 2026

Singer M. Nasir will celebrate five decades in the music industry with Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5. Photo: Handout

Datuk M. Nasir will celebrate five decades in the music industry with Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5, a special concert featuring 30 of his iconic works reimagined with the Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

The concert will be held on Dec 5 at 8.30pm at Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Spanning his career from 1979 to 2026, the 150-minute performance will showcase selected works from his extensive catalogue as a singer, composer, lyricist and producer.

The 30 songs will receive new symphonic arrangements by Mohd Rafi Shafie, with the OSK led by music director Eric Lee Yin Fah.

Directed by Shabromo, the production will incorporate surrealism, philosophy and symbolism, reflecting Nasir’s distinctive artistic style.

The show continues the Magnum Opus series, following Magnum Opus Siri 1: Kembara Ke Solo in 2017 and Magnum Opus Siri 2: Search, Wings & Rock ’N’ Roll in 2019.

Tickets go on sale Friday (Aug 21) at 3pm via ilassotickets.com.

Ticket prices range from RM288 to RM1,588, with seats available across the Stalls, Grand Circle and Upper Circle categories.

There will also be accompanying programmes at the Istana Budaya foyer, including an exhibition and sale of children’s artwork, as well as a talk session on the publication of a book about Nasir’s musical works.

Rabu, Ogos 19, 2026

Magnum Opus M. Nasir Dekad Ke-5: Lima Dekad Bukan Sekadar Sejarah

 petikan MMY- MY MEDIA SYNDICATE 19 Ogos 2026

Lima dekad dalam dunia muzik bukan sekadar angka, sebaliknya perjalanan panjang yang sarat

dengan karya, pemikiran, pencarian dan perubahan zaman.

Bagi Dato’ M. Nasir, perjalanan seni sejak 1979 hingga 2026 kini diterjemahkan menerusi Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 (MOMND5) yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Lebih daripada sebuah konsert, produksi berkenaan menjadi manifestasi terhadap legasi seorang seniman yang sudah menghasilkan lebih 2,000 karya muzik merentasi pelbagai genre dan generasi.

Istilah magnum opus berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud karya terpentingseseorang seniman. Namun, dalam konteks M. Nasir, pengertiannya berkembang jauh lebih luas.

Ismael Sharif, pencetus idea asal Magnum Opus, melihat istilah itu sebagai gambaran keseluruhan perjalanan seni M. Nasir, bukannya tertumpu kepada satu karya tertentu.


“Apabila kita menyebut Magnum Opus, kita tidak bercakap tentang satu karya. Kita bercakap tentang keseluruhan perjalanan seorang seniman. Lima dekad M. Nasir adalah sebuah Magnum Opus yang masih hidup, masih dimainkan dan masih memberi makna kepada orang ramai.”

Bermula daripada Magnum Opus Siri 1: Kembara Ke Solo pada 2017 di MATIC, siri berkenaan diteruskan dengan Magnum Opus Siri 2: Search, Wings & Rock ’N’ Roll pada 2019 di Auditorium DBKL

Jika dua produksi terdahulu menelusuri fasa tertentu dalam perjalanan seni, edisi Dekad Ke-5 pula mengangkat keseluruhan perjalanan lima dekad M. Nasir sebagai seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit.

Bagi M. Nasir sendiri, perjalanan berkenaan bukan sekadar mengenai jumlah lagu atau pencapaian yang sudah diraih.

“Lima dekad ini bukan tentang berapa banyak lagu yang saya sudah hasilkan, tetapi tentang bagaimana karya-karya itu terus hidup dan menemui generasi yang berbeza. Magnum Opus ini bagi saya adalah satu perjalanan melihat kembali apa yang sudah kita lalui, dan pada masa yang sama melihat ke mana muzik kita boleh pergi selepas ini.”ujarnya ketika di temui media di Lambang Sari Istana Budaya pada 18 Ogos lalu.

Antara tarikan utama MOMND5 ialah pementasan semula 30 karya ikonik M. Nasir yang diberi nafas baharu menerusi kolaborasi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Karya berkenaan akan disusun semula dalam bentuk simfoni oleh Mohd Rafi Shafie, manakala OSK dipimpin Eric Lee Yin Fah.

Dengan durasi kira-kira 150 minit, persembahan itu bakal mempertemukan vokal serta tenaga pentas M. Nasir dengan kekuatan barisan pemuzik profesional OSK.

Gabungan berkenaan dijangka memberikan dimensi baharu kepada karya yang sudah begitu dekat dengan masyarakat, selain menghadirkan pengalaman lebih sinematik, dinamik dan emosional

Setiap karya yang dipilih mewakili era serta fasa penting dalam perjalanan seni M. Nasir, sekali gus membolehkan penonton menyelami evolusi penulisan lirik, penciptaan melodi dan susunan muzik beliau.

Ia bukan sekadar persembahan semula lagu popular, sebaliknya sebuah usaha mentafsir semula karya lama melalui bahasa muzik simfoni.

Dari sudut artistik, MOMND5 mengangkat pendekatan surealisme yang disuntik dengan elemen falsafah dan simbolisme, selari dengan karakter seni M. Nasir yang terkenal dengan karya puitis, imaginatif dan berlapis makna.

Shabromo selaku Pengarah Konsert dan Artistik bertanggungjawab membentuk hala tuju kreatif serta keseluruhan bahasa visual dan persembahan agar selari dengan visi Magnum Opus.

Sementara itu, Ismael Sharif yang mencetuskan idea asal Magnum Opus terus menjadi sebahagian daripada perjalanan produksi yang mahu meraikan karya serta pemikiran M. Nasir.

Pendekatan visual berkenaan bukan hanya bertujuan mencantikkan pentas, tetapi menjadi sebahagian daripada naratif persembahan untuk mengajak penonton melihat karya M. Nasir sebagai cerminan perjalanan pemikiran dan ekspresi seorang seniman.


Bagi Keon Omar, selaku Penerbit Eksekutif daripada Luncai Emas, MOMND5 bukan produksi yang sekadar mahu membawa penonton bernostalgia dengan karya lama. Sebaliknya, ia menjadi jambatan yang menghubungkan legasi muzik lima dekad dengan generasi baharu

“Kami tidak mahu Magnum Opus ini sekadar menjadi konsert mengenang masa lalu. Kami mahu generasi hari ini datang, mendengar dan melihat sendiri mengapa karya M. Nasir mampu bertahan selama lima dekad. Ini adalah usaha untuk membawa warisan itu ke hadapan, bukan sekadar menoleh ke belakang.”

Menurutnya, karya yang hebat tidak sepatutnya berhenti pada satu generasi kerana kekuatan sebenar sesebuah karya terletak pada kemampuannya untuk terus diterokai, difahami dan diwariskan.

“Lima dekad M. Nasir bukan sejarah yang sudah selesai. Ia warisan yang masih hidup.

Tanggungjawab kami adalah memastikan karya itu terus didengar, difahami dan diwariskan kepada generasi seterusnya.”

Pemilihan Panggung Sari, Istana Budaya pula dilihat cukup bertepatan dengan skala dan karakter produksi, terutama dalam mempertemukan kekuatan seni persembahan pentas dengan bunyi sebuah orkestra simfoni.

Selain konsert, beberapa program sampingan turut diadakan di ruang legar Istana Budaya termasuk pameran dan jualan karya seni kanak-kanak serta sesi bual bicara berkaitan penerbitan buku mengenai karya muzik M. Nasir

Sepanjang perjalanan seninya, M. Nasir menerima pelbagai pengiktirafan utama industrin termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Planet Muzik n(APM) serta pengiktirafan daripada MACP sebagai antara pencipta lagu terunggul negara.

Namun, nilai legasi seorang seniman tidak semestinya terukur pada jumlah anugerah yangnmenghiasi rak atau banyaknya karya yang dihasilkan. Legasi sebenar terletak pada karya yang masih didengar, dinyanyikan, dimainkan, ditafsir dan diperkenalkan kepada generasi yang tidaknpernah melalui zaman ketika karya itu mula dicipta.

Atas sebab itu, MOMND5 hadir sebagai sebuah apresiasi budaya terhadap khazanah muzik tanah air. Ia adalah pertemuan antara masa lalu dan masa kini serta lima dekad penciptaan M. Nasir diterjemahkan melalui muzik, puisi, falsafah, simbolisme dan bunyi simfoni.

Konsert ini mendapat insentif Dana Kandungan Kreatif – Persembahan Muzik daripada MyCreative Ventures, manakala Istana Budaya bertindak sebagai Rakan Strategik.

Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 21 Ogos 2026, jam 3 petang menerusi laman sesawang www.ilassotickets.com 

Tiket ditawarkan dalam beberapa kategori iaitu Stalls A (RM1,588), B (RM1,188), C (RM988) dan D(RM838), Grand Circle E (RM638) dan F (RM538) serta Upper Circle G (RM338) dan H (RM288).

MOMND5 akhirnya bukan sekadar persoalan tentang bagaimana lagu-lagu lama akan dibunyikan semula.  Sebaliknya, ia menjadi persoalan yang lebih besar iaitu bagaimana lima dekad pemikiran dan karya seorang seniman diterjemahkan apabila ia bertemu dengan kekuatan sebuah orkestra simfoni