ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

Khamis, Mei 14, 2026

‘Saya tak tahu, mungkin penyamar’ – M. Nasir nafi balas komen netizen

petikan HibGlam 14 Mei 2026

oleh HELMI ANUAR 

PENYANYI dan komposer terkenal M. NASIR menegaskan tidak tahu menahu dirinya tular dalam media sosial kerana sering membalas komen netizen dan pempengaruh.

Menurut M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamed Sam, 69, dia tidak pernah ambil tahu tentang media sosial.

“Apa? Saya aktif di media sosial? Dekat mana? Yang mana satu?

“Saya tak berapa ikut sangat la. Saya tak tahu,” katanya.

Ditanya jika benar dirinya tidak tahu, maka siapa yang menjawab soalan-soalan daripada netizen?


“Tak tahu. Mungkin penyamar,” komennya sewaktu usai sidang Konsert Cipta 4 di Ipoh, Perak susulan komen-komen yang dibuat dalam media sosial.

Terdahulu kemunculan penyanyi yang terkenal dengan gelaran sifu itu dalam media sosial terutamanya Instagram mendapat perhatian ramai.

Terbaharu pula, komposer terkenal itu mencuri tumpuan dengan komen balasnya terhadap pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai DMA Islam.

Pempengaruh tersebut menyamakan anak seni dengan anak bodoh.

M. Nasir dilihat membalas kenyataan tersebut dengan menulis ‘baik anak sains’.

Komen balas M. Nasir telah mendapat lebih 23 ribu tanda suka, ratusan komen dan hampir 2 ribu ulang siar.

Malah ada yang menggelarnya sebagai ketua baharu Threads menggantikan Kamal Adli.

Dalam perkembangan lain, M. Nasir bakal muncul dengan Konsert Cipta 4 yang akan berlangsung pada 4 Julai 2026 bertempat di Unifi Arena Bukit Jalil. – HIBGLAM

Ahad, Disember 10, 2023

Nakalnya, luculah M. Nasir!

petikan  KOSMO! 10 Disember 2023,

Ruangan DIVA

M. NASIR mencetuskan perhatian netizen apabila menjawab komen-komen nakal dalm media sosial secara berseloroh.

TERKEJUT Diva baru-baru ini dengan Datuk M. Nasir yang tiba-tiba muncul dalam aplikasi X membalas komen netizen.

Bukan membalas kecaman atau bergaduh dengan netizen sebaliknya M.Nasir melayan komen peminat yang berseloroh mahu pinjam duit untuk membeli tiket konsert Tamasya Anak Muda Pesta Jiwa Rakyat.

“Pinjam 100. Minta Nilam Sari,” tulis sifu muzik itu nakal melayan komen netizen selepas memuat naik hantaran mengenai konsert tersebut.

Lucu sehingga sakit perut Diva tergelak baca reaksi M. Nasir. Ringkas tetapi cukup menghiburkan ramai.

“Datuk jangan rosak juga!

“Jarang muncul tetapi sekali dia ‘bagi’, memang kelakar!” kata netizen.

M. Nasir memang seorang yang lucu tetapi tersembunyi di sebalik wajahnya yang selalu serius.

Isnin, April 27, 2020

Meme M Nasir?

Salam sejahtera semua pengunjung Prahara Seni,  moga semua dalam keadaan sihat dalam tempoh PKP yang masuk ke fasa ke 4 ini.

Dalam tempoh berkurung di rumah dan menghabiskan data internet masing masing,  SM dan rakan blog Portdy mendapati adanya trend terkini mengenai M Nasir di media sosial. Trend itu adalah apabila munculnya internet meme M Nasir (Trend itu boleh dirujuk pada Google Trends ini).

Contoh meme itu adalah seperti dibawah.

Meme rindu sembang Teh Tarik semasa PKP?

Meme Teka teki bulan puasa?

Bagi yang tidak tahu,  maksud " Meme "  adalah seperti berikut

"A meme is an idea, behavior, or style that spreads by means of imitation from person to person within a culture and often carries symbolic meaning referring to a particular phenomenon or theme." (wikipedia)

Berdasarkan pemerhatian,  meme yang menggunakan watak M Nasir yang didapati banyak muncul dalam pelbagai platform media sosial  ini sebenarnya adalah meme Hang Tuah. Kenapa Hang Tuah? Kerana M Nasir dan Hang Tuah dekat dengan peristiwa, persekitaran dan budaya Melayu pada masa ini.


Himpunan Meme Hang Tuah (sumber Youtube)

Kesimpulannya...............................,

"ok la kita layan meme dia kejab, asyik Chuck Norris je.😅 "- Portdy




Rabu, Jun 26, 2019

Selepas sekian lama, M. Nasir akhirnya buka akaun Instagram dan Twitter

petikan Astro Awani,  26 Jun 2019

Datuk M.Nasir mula mencipta akaun media sosialnya pada 25 Jun - Foto Instagram M Nasir

SEBAGAI seorang selebriti, media sosial dilihat sebagai sebuah platform yang baik untuk mendekati peminat disamping mengemaskini segala perkembangan dan aktiviti.

Selepas sekian lama, komposer dan penyanyi legenda, Datuk M. Nasir akhirnya menggunakan platform itu untuk mendekati peminatnya dengan mewujudkan akaun Instagram dan Twitter rasmi beliau pada Selasa.

Sehingga kini, penyanyi yang popular dengan lagu Tanya Sama Hud Hud dan Semerah Padi itu telah mendapat 978 pengikut di laman Instagram.

Manakala di laman Twitternya baharu sahaja 47 pengikut.


Sudah pasti anda semua tidak sabar untuk mengetahui apa perkembangan terkini Datuk M. Nasir bukan?

Jadi jangan lupa ikuti beliau dilaman sosial rasminya di @mnasirmohamed

Ahad, April 03, 2011

M Nasir dalam "Jom Chat bersama....."

Bagi peminat M Nasir di luar sana, jangan lupa menyertai program Jom Chat bersama...Datuk M Nasir di Utusan Online pada hari Isnin 4 April 2011 jam 9.30 malam. Sebelum ini siaran online "Jom Chat bersama..." yang dikelolakan oleh Utusan Online... pernah menjemput beberapa artis dan ahli sukan antaranya Ramli Sarip, Aizat dan Anna Raffali.
*sila klik banner untuk ke laman web tersebut.

Selasa, Julai 03, 2007

M.Nasir Schedule (July 2007)

diperolehi dari Kelab Sahabat M Nasir

18 Julai 2007 - Show @ Butterwoth, Pulau Pinang.

29 Julai 2007 - Malam Puisi Kementerian Kebudayaan Kedah @ Stadium Alor Setar, Kedah. (8.30pm)

29 Julai 2007 - Show @ PWTC


* bagi peminat M.Nasir layarilah luncaiemas.com.my kerana ruang forum baru sahaja dibuka. Antara topik forum ialah perbincangan berkaitan artis-artis LESB seperti M.Nasir, Spider, Yazer, Idayu, Azfar, Quest, dan Zoul. Topik "Senandung Semalam" pula membolehkan pengunjung berkongsi tafsiran atau pandangan mengenai kisah disebalik lagu & lirik. Galeri Seni & Foto pula menyediakan platform bagi mereka diluar sana berkongsi kreativiti dan gambar bersama artis-artis LESB!. Jom meriahkan forum ini. Jumpa di sana!

Khamis, Mei 24, 2007

Kini boleh dilayari.


Setelah hampir setahun Luncai Emas memiliki laman sawangnya, kini laman rasmi Luncai Emas dan sifu boleh dilayari. Ia mengandungi maklumat korporat Luncai Emas dan maklumat artis -artis Luncai Emas (seperti M.Nasir, Spider, Yazir, Azfar, Quest, Idayu dan Zoul). Paling menarik, pengunjung boleh menempah produk Luncai Emas secara online. Malah ada peluang mendapat autograf jika membeli secara online.

Tunggu apa lagi, lawati sekarang dan daftarlah.

Sabtu, Februari 10, 2007

"Fan Based" M.Nasir di myspace.


Baru-baru ini Saudagar Mimpi berbual secara maya dgn org kuat KSMN. Hasilnya saya mendapat tahu kewujudan "Fan Based" M.Nasir di myspace yang mana Aie'z Quest dan Ain_Eza bertindak sbg moderator page itu setelah mendapat persetujuan Sifu M.Nasir sendiri. Rupanya banyak Account Fake M.Nasir celup di luar sana. Jangan terpedaya ya!.
Mungkinkah ini salah satu dari akaun fake itu?

Selasa, Oktober 31, 2006

Wallpapers



Sebenarnya agak sukar mencari wallpaper sifu M Nasir di luar sana. Hasil "gatal tangan" Saudagar Mimpi..., Wallpaper ringkas yang diinspirasi dari konsert Akustika tempoh hari telah terhasil.

Sila muat turun di sini.
Resolution: 1024px x 768px (24.64 KB)

Selasa, September 05, 2006

Akan datang...



Berita yang menggembirakan diterima dari Kelab Sahabat menyatakan Luncai Emas sudah memiliki laman webnya sendiri di http://www.luncaiemas.com.my Walaupun ia masih dalam pembinaan diharap dengan adanya laman rasmi ini menjadi jambatan komunikasi dan maklumat antara peminat & karyawan yang bernaung di bawah Luncai Emas.

Tahniah Luncai Emas!

Isnin, Ogos 09, 2004

Laman Rasmi PGL the movie

Saudagar Mimpi baru sahaja menemui laman rasmi PGL ini.
Menarik! Dihasilkan menggunakan Flash.
Anda boleh mendapatkan screensaver, poster, gambar, wallpaper & info PGL di sana.

Laman Rasmi PGL

Jumaat, Julai 09, 2004

Filem Kita. Laman info PGL

Untuk mereka yang sedang menunggu-nunggu filem PGL,laman dari filemkita.com ini mungkin menarik untuk anda. Ia menyediakan gambar-gambar dari filem PGL, petikan menarik dan komen penonton.

INFO berkenaan filem ini dari filemkita.com