Khamis, Ogos 31, 2006

Patuhi ideologi sendiri

petikan Harian Metro 31 Ogos 2006
Oleh Rudy Imran Shamsudin

HARI ini, negara meraikan Hari Kemerdekaan Ke-49 tahun. Setiap daripada kita mempunyai persepsi tersendiri terhadap kemerdekaan. Bagi penyanyi dan komposer M Nasir kemerdekaan haruslah diisi dengan segala kebaikan dan perkara penting yang perlu dielakkan ialah tercicir daripada perlumbaan masyarakat dunia.

“Masyarakat kita tidak seharusnya menjadi pengikut sebaliknya perlu mengisi kemerdekaan itu dengan erti sebenar.

“Kita sudah 49 tahun merdeka daripada British namun sebilangan besar daripada kita masih lagi dikuasai ideologi Barat. Berbeza dengan negara yang pernah dijajah Barat, sebaik saja memperoleh kemerdekaan mereka terus merangka dan melangkah jauh sehingga ada antaranya muncul sebagai masyarakat maju selaras perkembangan dunia.

“Seharusnya kemerdekaan ini diisi dengan kemajuan dari segala aspek, paling penting jangan jadi bangsa yang ketinggalan. Perkara pertama yang harus diberikan penekanan orang kita mesti menguasai sains dan teknologi kerana bidang itu kini menjadi agenda utama dunia,” katanya.

Dalam pada itu, kata M Nasir, harus ada keberanian dalam menyertai masyarakat dunia. Perasaan malu atau rendah diri tidak harus ada kerana tuhan menciptakan keupayaan manusia itu sama dan yang membezakannya usaha.

“Sangat penting masyarakat kita harus bersatu malah asasnya dalam menyentuh soal bersatu ini dalam Islam ia sudah diberikan penekanan menerusi saf sewaktu bersolat berjemaah. Ia mesti dijaga dan harus rapat.

“Akhirnya masyarakat di Malaysia harus kreatif dan sentiasa sensitif dengan perubahan masa,” katanya lagi.

Apa yang dinyatakan itu mungkin lahir daripada pengalaman M Nasir sendiri.

Dilahir dan dibesarkan di Singapura, dia merantau ke Malaysia untuk berkarya dan kini M Nasir muncul antara yang terbaik dalam dunia hiburan sehinggakan namanya dikagumi penggiat industri muzik di Indonesia.

Apabila berbicara mengenai pengisian kemerdekaan masyarakat di tanah kelahirannya dalam mengejar kemajuan, jelas M Nasir kemahuan terhadap kesempurnaan hidup di kalangan orang Singapura tinggi.

“Mereka turut akur dan mengikut peraturan ditetapkan kerajaan yang pada dasarnya ia untuk kebaikan mereka sendiri.

“Lebih penting mereka bertegas terhadap rasuah. Bukan ia langsung tidak berlaku namun terlalu kurang kerana mereka tahu korupsi boleh menghancurkan sesebuah bangsa dan itu harus kita di Malaysia renungkan,” katanya.

Rabu, Ogos 23, 2006

M. Nasir and Ramli Sarip unplugged

taken from The Star 23 August 2006

A CASUAL dinner for the Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2006 convoy participants turned into a mini concert with singer M. Nasir and rocker Ramli Sarip ruling the stage.

The buffet dinner on Monday at the Sungai Nibong pesta site in Penang started tamely enough with Rocky Din and Rozi belting out oldies to the accompaniment of a three-piece band made up of Hashim Ariffin on the violin, Azmi Ahmad on guitar and Nordin Ahmad on the keyboard.

While the music played, guests and convoy members comprising superbikers and four-wheel drive enthusiasts, were busy tucking in roti jala with chicken curry, satay and nasi himpit, pasembur, nasi briyani, beehoon and ais kacang.

By the time Ramli was invited to perform, the stage was sufficiently warmed up, tummies were half-full and many were in high spirits, ready to rock and roll.

The moment Ramli sang the first few notes of Bee Gees’ To Love Somebody in his husky voice, the audience dropped their forks and spoons momentarily to wave and cheer.


ALL WORKED UP:Members of the audience going ga-ga over the rare appereance together of the two local pop and rock icons.


Next, he sang Doa Buat Kekasih in a duet with Rozi that got the audience clamouring for an encore. Ramli obliged with a solo rock-and-roll number before giving up the microphone.

When Rocky Din returned to the stage singing Lagu Jiwa Lagu Cinta, originally popularised by Nasir and Mawi, the audience called and gestured for Nasir who hung on to his chair, pretending not to hear until he was led to the stage.

Nasir and Rocky Din then performed a duet of the same song. However, the audience, emboldened by the fulfilment of their earlier demands, began chanting for Mawi although the hottest Akademi Fantasia idol was not present.

Nasir kept disappointment at bay with a cool rendition of Hati Emas.

When Ramli joined Nasir on stage, the duo sang a wacky number by coining new lyrics to a blues tune accentuated by impassioned cries of Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rocky Din closed the show with Sudirman’s patriotic song Tanggal 31.

Present at the dinner, organised by the state Information Depart-ment, was state executive councillor Datuk Dr Teng Hock Nan representing the Chief Minister.

The convoy of 149 superbikers and 49 four wheel-drives, headed by Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi, started from Kuala Terengganu on Aug 18 and will end in Kuching on Aug 31.

Nasir is the appointed ambassador of Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2006 which is jointly organised by the Information De-partment and Superbikers Association of Malaysia.

more picture of M Nasir & convoy Jalur Gemilang

Isnin, Ogos 21, 2006

Laluan Kembara Jalur Gemilang

diperolehi dari Kelab Sahabat M Nasir

Sifu M.Nasir bersama-sama menjelajahi seluruh Malaysia untuk Laluan Kembara Jalur Gemilang 2006 dari 16hb Ogos hingga - 31hb Ogos ini!!!

Semenanjung : 16hb Ogos - 26hb ogos (dari Kuala Terengganu mengelilingi Semenanjung & berakhir di Kuantan)

Sabah : 27hb Ogos - 28hb Ogos (Kudat-Kota Kinabalu-Sipitang hingga sempadan Sarawak)

Sarawak : 28hb Ogos - 31hb Ogos (Lawas,sempadan Sabah - Miri - Sibu - Kuching,Sarawak)

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Laluan Kembara' ini anda boleh menghubungi kami di talian 03-61561357 / 03-61566700.

Isnin, Ogos 14, 2006

Artis tempatan sertai Malam Ekspresi Lubnan 2

petikan Utusan Malaysia 14 Ogos 2006

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Artis-artis terkenal tanah air akan menyertai malam Ekspresi Lubnan kali kedua yang akan disiarkan secara langsung di RTM1 dari Auditorium P. Ramlee bermula 8.45 malam esok.

Antara artis yang mengambil bahagian ialah M.Nasir, Mawi, Erma Fatima, Rosyam Noor, Datuk Jins Shamsuddin, Datuk Rahim Razali, Azharina, Liza Hanim, Nasir Bilal Khan, Too Phat dan Yassin.

Rancangan khas itu bertema “Lubnan...Gurisan Anak Seni” akan menyaksikan barisan artis mempersembahkan gurindam, sajak, prolog, deklamasi dan lakonan, hasil ciptaan beberapa pencipta tanah air iaitu Habsah Hassan, Datuk Aziz Abdul Rahman, Allahyarham Osman Awang, Siso, Amir Hafizi dan Adnan Abu Hassan.

Sambutan

Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin berkata, malam ekspresi kali kedua itu diadakan bagi mengutuk serangan Israel ke atas bumi Lebanon selepas malam ekspresi kali pertama yang diadakan pada 3 Ogos lepas mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Zainuddin berkata ini adalah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk menyatakan perasaan mereka terhadap keganasan Israel terhadap rakyat Lebanon.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyaksikan luahan anak-anak seni negara ini yang menunjukkan bahawa mereka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Lebanon dan Palestin.

“Semakin ramai jumlah penonton yang menyaksikan program ini akan menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia yang marah dengan kekejaman Israel terhadap Lebanon,” katanya.

Zainuddin berkata, RTM sebagai sebuah stesen yang melaksanakan tanggungjawab sosialnya merasakan program seperti ini yang akan diadakan dari semasa ke semasa dapat membantu meningkatkan kesedaran dan juga semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.


Malam Ekspresi Lebanon gurisan rasa anak seni

Oleh Nor Fadzilah Baharudin
lagi petikan Utusan Malaysia 16 Ogos 2006

Penuh Penghayatan: Aksi Rosyam Noor ketika melakonkan babak Jiwa Perjuangan.ATAS kesedaran kemanusiaan, awal Ogos lalu Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menerbitkan rancangan Malam Ekspresi... Kezaliman dan ia disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Memandangkan sambutan yang diberikan cukup memberansangkan, RTM sekali lagi mengambil langkah yang sama. Malam Isnin lalu, telah berlangsung Malam Ekspresi Lebanon... Gurisan Anak Seni yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

Tujuannya hanya satu iaitu ingin melahirkan tanda protes di kalangan anak seni terhadap kezaliman dan kekejaman Israel yang dilakukan pada warga Lebanon.

Segala kekecewaan dan kekesalan itu dilontarkan melalui puisi dan lagu yang merangkumi prolog, deklamasi dan nyanyian dari warga seni.

Anak-anak seni yang telah mengambil bahagian ialah Mawi, M.Nasir, Erma Fatima, Rosyam Noor, Liza Hanim, Azharina, Nasir Bilal Khan, Kelvin Lau, Tengku Khalidah, Akbar, Mirwana, Lisa Suri Hani, Juanita Ismail, Datuk Jins Shamsudin, Khir Rahman dan Datuk Rahim Razali.

Setiap prolog, deklamasi dan nyanyian yang dipersembahkan oleh para artis yang terlibat kesemuanya menceritakan tentang kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa yang tidak berdosa iaitu rakyat Lebanon.

Menurut pelakon lelaki popular, Rosyam Nor, usaha pihak Kementerian Penerangan mengadakan program sebegini patut diberi pujian.

“Kita sebagai anak seni turut merasai penderitaan masyarakat di sana. Kita nak pergi ke sana tak mampu. Jadi program ini merupakan satu tempat untuk kita ekspresikan perasaan kita terhadap keganasan tersebut.

“Hari ini kita dah merdeka. Tapi dalam kita tak sedar, kita masih dijajah oleh budaya Barat. Dan kita juga kena bersiap sedia dan beringat supaya kita juga tidak mengalami nasib yang sama seperti rakyat Lebanon,” katanya yang menjayakan deklamasi puisi dan lakonan bertajuk Jiwa Perjuangan.

Bagi Mawi pula, penglibatannya dalam program tersebut merupakan satu penghormatan buat dirinya.

“Melalui program sebegini, kita dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kesengsaraan orang lain.

“Semoga mesej ini dapat menjadikan kita lebih bersyukur kerana berada di bumi Malaysia yang aman dan damai. Mudah-mudahan program seperti ini dapat menyemai perasaan sayang pada negara terutamanya kepada para remaja” katanya yang segak berbaju Melayu berwarna merah.

Sementara Liza Hanim, yang tampil menyanyikan lagu Tiang Keamanan bersama Kelvin Lau pula berkata, “Ini merupakan satu program yang memberi contoh yang baik kepada khalayak.

“Kita dapat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang keperitan hidup masyarakat di sana. Kita juga perlu ingat, bila peperangan berlaku yang menjadi mangsa ialah wanita dan kanak-kanak.

“Kalau peperangan itu memberi kesan positif tak mengapa tapi ia memberi kesan yang negatif kepada mereka. Mereka merupakan golongan pemimpin masa depan. Apabila mereka mengalami situasi sebegitu, mereka akan menyimpan dendam. Dan akhirnya apabila mereka dewasa, mereka juga bersikap sebegitu.”

Usaha pihak kementerian, di bawah pimpinan Datuk Zainuddin Maidin mengadakan program tersebut merupakan satu inisiatif terbaik bagi melontarkan segala kemarahan khalayak terhadap keganasan yang dihadapi oleh rakyat Lebanon.

Jumaat, Ogos 11, 2006

Soseh-soseh : M Nasir kejutkan Marcell

petikan Harian Metro 11 Ogos 2006

TERKEJUT tetapi bertuah, begitulah dirasai Marcell dapat bertemu M Nasir ketika rakaman program Hari Raya terbitan TV3 baru-baru ini. Siapa sangka M Nasir itu dikagumi Marcell.

Rakan artis yang turut bersama mereka pada malam itu adalah Anuar Zain. Mulanya mereka cuma berbual kosong hal mengenai perkembangan muzik semasa . Melalui kesempatan itu, M Nasir sempat tanyakan beberapa lagu penyanyi tempatan yang masih diminati di sana.

Dari riak wajah, Marcell begitu bersungguh bercerita depan M Nasir bagaimana lagu Isabella nyanyian asal Amy Search masih digilai remaja Indonesia dari dulu hingga kini.

Marcell yang popular dengan lagu Semusim turut menjelaskan selain Isabella dia gemar lagu Fantasia Bulan Madu (Search) dan Sejati (Wings) ketika di zaman kanak-kanak dulu.

Tanpa berselindung lagu nyanyian kumpulan rock dari Malaysia kata Marcell banyak membentuk dirinya. Malah kalangan rakannya yang mengilai irama itu menjadikan lagu itu untuk lari daripada irama jazz yang melanda industri muzik Indonesia sekitar 80-an.

Menariknya, sebaik selesai bercerita, Anuar yang asyik mendengar terus memberitahu Marcell pencipta lagu yang diminatinya itu kini duduk di hadapannya.

M Nasir yang dari tadi mendiamkan diri pula waktu itu hanya tersenyum. Berbeza dengan Marcell, secara spontan dia mengambil tangan M Nasir dan menciumnya beberapa kali.

Secara jujur, kata Marcell, dia tidak sangka pada hari itu barulah dia tahu M Nasir adalah pencipta lagu Fantasia Bulan Madu dan Sejati, lagu yang begitu diminatinya dulu.

Selasa, Ogos 08, 2006

Konsert Fantasia bukti kehebatan Mawi

petikan Utusan Malaysia 8 Ogos 2006
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Mawi, M. Nasir dan Jamal yang mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah mendapat pekikan gemuruh daripada penonton di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.PADA masa ini tidak dapat dinafikan Mawi merupakan seorang penyanyi yang cukup bertuah. Baru setahun bertapak dalam industri, pelbagai kejayaan yang diraih olehnya selain muncul dengan tiga album antaranya Best Of Mawi dan Yang Tercinta. Dia juga dipilih menjadi duta beberapa produk.

Bagi meraikan ulang tahunnya yang pertama dalam industri, Mawi diberi kesempatan mengadakan konsert solo pertama yang merupakan konsert besar-besaran bagi dirinya.

Belum pernah lagi juara Akademi Fantasia diberi peluang sebegitu dan Mawi satu-satunya juara AF yang bertuah.

Selain itu, keistimewaan Konsert Fantasia Mawi yang dianjurkan oleh Maestro dengan Alliance Cosmetics Sdn. Bhd. itu merupakan penampilan Mawi yang pertama selepas bercuti selama hampir sebulan.

Mawi memperlihatkan kematangan pada persembahan tersebut. Biarpun pelbagai kontroversi yang menimpanya, konsert itu membuktikan Mawi masih gah dan world!

Sambutan peminat terhadap konsert tersebut tidak menghampakan. Nyata Mawi masih diminati biarpun kontroversi putus tunang dengan Nurdiana Mohd. Naim atau Ina dikatakan sedikit sebanyak mengganggu popularitinya.

Sikap Mawi sendiri jauh berubah daripada dulu. Jika dulu dia agak sukar berinteraksi bersama peminat ternyata pengalaman yang dikutipnya selama setahun sebagai artis telah mengajarnya berdikari dan matang di pentas.

Berinteraksi bersama peminatnya dengan penuh yakin, bergurau dan berlawak membuatkan penonton yang menonton konsert itu tidak bosan dan mampu bertahan selama hampir dua jam lebih.

Tidak cukup dengan itu, apabila Mawi baru menggerakkan tangan dan kakinya sahaja, sorakan dan pekikan peminat mengiringinya.

Nampak sangat peminatnya begitu teruja melihat perubahan Mawi yang dulunya tidak mahir menari tetapi kini sudah mampu menari.

Dalam pada itu, pada konsert tersebut Mawi turut menerima anugerah medalion. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.

Anugerah itu diberikan kepada Mawi sempena ulang tahunnya yang pertama dan dia dipilih kerana memperoleh pelbagai kejayaan dalam masa setahun.

Impak maksimum konsert tersebut ialah persembahan duet Mawi bersama Jamal (Kekasih Awal dan Akhir dan Terharu) dan bersama M. Nasir dalam lagu Lagu Jiwa, Lagu Cinta, diikuti lagu Ghazal Untuk Rabiah yang dinyanyikan oleh mereka bertiga.

Bukan setakat itu sahaja, malah anak kampung dari Felda ini sudah berani mengusik sifunya, M. Nasir dan Raja Pop, Jamal Abdillah ketika sama-sama di pentas. Usikan spontan dan gurauan Mawi bukan sahaja menghiburkan malah yang lebih nyata Mawi sememangnya sudah pandai bergaya di pentas nyanyian.

Konsert tersebut dimulakan dengan nyanyian daripada Mawi menerusi empat buah lagu iaitu Aduh Saliha, Kian, Perempuan dan Al-Jannah.

Raihan tampil dengan lagu Nabi Anak Yatim dan berduet menerusi lagu Iqra.

Dua bintang AF4 baru, Salima dan Farhan turut diberi peluang untuk memeriahkan konsert Mawi itu.

Lagu Arab, Tamally Maakk menjadi lagu pilihan Mawi dan Salima untuk berduet, dan Fly Me To The Moon menyaksikan Mawi dan Farhan pula mengambil pentas menghiburkan peminat. Selepas itu Farhan diberi peluang untuk menyanyikan lagu solonya iaitu Aku Saja Yang Tahu.


petikan The Star 10 Ogos 2006

Mawi delivers
By AZHARIAH KAMIN

Fun and entertaining. That’s two words that came to mind right after watching singer Mawi in his first major concert at Putra Stadium in Bukit Jalil last Sunday.

The concert titled Konsert Fantasia Mawi was held to celebrate Mawi’s first anniversary in the music industry after being crowned champion of Akademi Fantasia 3 last August.

For a solid two-and-a-half hours, Mawi tried his best to entertain fans who had turned up in droves; many carrying banners professing how much they adored and loved the star who shot to fame during the reality series’ run last year.
M. Nasir and Mawi belting out Lagu Jiwa Lagu Cinta during a concert at the Putra Stadium

Mawi opened his concert with the highly-popular Aduh Saliha before moving on to Kian and Perempuan. As expected, in his fans’ eyes, he could do no wrong.

A little gesture here, a few words there by the 26-year-old phenomenon drew thunderous applause and screams from the crowd.

The entertainment continued with Mawi’s duet performances with Nor Salima Habidi – better known as Salima (a student of the just-completed Akademi Fantasia 4) – in an Arabic number entitled Tamally Maak. Unfortunately, there wasn’t any chemistry between the two singers, which left the audience a little dissatisfied.

But things started to look up when Mawi’s next guests – the legendary nasyid group Raihan – took to the stage.

This time, the teaming up was more successful – their vocals complemented nicely on Iqra (originally sung by Ramli Sarip).

Next up, Nor Farhan Azizan or Farhan, the AF4 second runner-up, turned up to perform Fly Me to the Moon, a duet with Mawi. Though the performance was a bit amateurish, it was entertaining.

But for this seasoned entertainment reporter, the highlight of the concert was when Mawi called on his idols, the unrivalled Jamal Abdillah and the charismatic M. Nasir.

It was so pleasant to see how established singers such as Jamal and Nasir treated the young star with brotherly respect on stage. There was even a bit of comical banter to lighten things up.

Jamal and Mawi brought the house down with a rock version of Gadis Melayu (originally made popular by Othman Hamzah), complete with four dancers clad in beautiful kebaya and batik sarong.

Despite his established presence in the music industry, Jamal humbly said that he was honoured to share the stage with Mawi.

“I’m a bit jealous of you, Mawi. All the fans who are here tonight, they are here to see you and not me,” teased Jamal.

Much to the audience’s delight, Jamal performed Seroja, to prove to the masses that his vocal prowess remains unrivalled after all these years. Jamal still rules!

If that was not enough, Mawi joined in on another fast-paced, all-time favourite tune, Terharu (made popular by now-defunct rock outfit Sweet Charity), which sent the crowd into a frenzy.

Then came “Datuk M” – well, that’s how Mawi referred to the person who was responsible for making him what he is today.

“This person is very special in my life. He is a teacher and a brother who has taught me a lot about the entertainment industry.

“He has such a big and generous heart. Ladies and gentlemen, my sifu M. Nasir.”

Nasir had the audience in stitches when he commented on how Mawi had changed in just over a year.

“This young guy is very chatty now. He was very shy before ? he couldn’t even talk on stage! He can even dance a bit now!” teased Nasir.

To everyone’s delight, Nasir and Mawi then launched into glorious rendition of songs (solos and a duet) that included Sang Pencipta, Juwita Citra Terindah and Lagu Jiwa Lagu Cinta.

Just as Jamal reappeared, Mawi jokingly asked choreographer Lan to teach them both some dance routines on the spot.

As expected, the duo performed Jamal’s popular song Kekasih Awal Dan Akhir before Nasir joined them to perform a powerful rendition of the award-winning Ghazal Untuk Rabiah (made popular by Jamal and M. Nasir).

That was surely a fitting finale to a night that was filled with fun

Apabila dua penyanyi sensasi berkongsi pentas

petikan Berita Harian 8 Ogos 2006
Oleh Rozdan Mazalan

GABUNGAN mantap dua penyanyi sensasi, Siti Nurhaliza Tarudin dan M Nasir menggegarkan penempatan Setia Alam di Meru Klang apabila berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung malam kelmarin.


Setia Alam yang dihadiri pengunjung yang tidak mengira bangsa hadir bagi menyaksikan konsert anjuran pemaju SP Setia bagi memberi penghargaan penduduk yang menetap di sana.

Rata-rata pengunjung tidak pulang hampa kerana persembahan yang disajikan adalah himpunan lagu popular mereka berdua, lebih-lebih lagi mereka dapat menyaksikan persembahan secara percuma.

Apa yang menarik pada persembahan itu adalah konsert yang dijayakan di dalam kawasan taman rekreasi yang luas berdekatan tasik yang cantik dengan berbumbung bintang membuatkan penonton berasa begitu santai.

Bagi mereka yang tidak memiliki pas masuk percuma, empat skrin layar besar yang dipasang sudah cukup untuk melihat segala persembahan di taman yang begitu indah dengan panorama menarik di sekitar.

Penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penonton yang hadir untuk memasuki ke kawasan itu di mana kenderaan harus diletakkan di satu kawasan khas sebelum dijemput dengan menaiki bas.

Kemunculan Siti sangat dinantikan penonton yang tidak sabar untuk mendengar kelunakan suara dan wajah seri bakal pengantin itu mendendangkan lebih 10 lagu yang pernah mengangkat namanya suatu masa dulu.

Siti yang tampil di pentas ditemani M Nasir turut berduet dengan lagu pertamanya Dua Insan yang mendapat tepukan gemuruh peminatnya.

Antara lagu lain yang dinyanyikan seperti Destinasi Cinta, Medley Bukan Cinta Biasa, Dialah Di hati dan Seindah Biasa. Medley lagu Indonesia seperti Teman Tapi Mesra (Ratu), Pupus (Dewa) dan Pudar (Rossa). Selain itu lagu Mandarin, Wo Ai Nee, Dealova (Once), Nirmala, Lagu Rindu dan Biarlah Rahsia.

Persembahan satu jam 45 minit itu dengan keadaan cuaca yang sangat baik, seakan merestui persembahan Siti yang akan mula mengenepikan sementara aktiviti seninya, bermula 15 Ogos ini bagi menumpukan persiapan terakhir sebelum menaiki jinjang pelamin bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K pada 28 Ogos ini di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun, konsert itu tidak pula dihadiri bakal suami Siti sendiri, Datuk K dan anak-anaknya yang khabarnyasering mengikuti ke mana saja konsert yang dijayakannya.

Hadir sama pada konsert itu, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarah Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar.

Suasana yang indah pada malam itu turut diterangi dengan percikan bunga api sebagai tirai penutupan konsert pada malam itu.

Sabtu, Ogos 05, 2006

M Nasir Appointed 2006 Jalur Gemilang Merdeka Expedition Ambassador

petikan BERNAMA 4 Ogos 2006

KUALA LUMPUR, Aug 4 (Bernama) -- Popular singer and composer M. Nasir has been appointed the 2006 Jalur Gemilang Merdeka Expedition ambassador.

Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi said Nasir would take part in the nationwide expedition organised by the Information Department and the Superbikes Associations of Malaysia from Aug 17 to 31.

The singer was chosen at a meeting attended by the deputy minister's representative, the department and the association, Ahmad Zahid said in a statement Friday.

Zahid, who is also the chairman of the Campaign to Wave Jalur Gemilang 2006, said the expedition would be flagged off at Kuala Terengganu and end in Kuching on National Day.

The Jalur Gemilang is the national flag.