petikan Harian Metro 11 Ogos 2006
TERKEJUT tetapi bertuah, begitulah dirasai Marcell dapat bertemu M Nasir ketika rakaman program Hari Raya terbitan TV3 baru-baru ini. Siapa sangka M Nasir itu dikagumi Marcell.
Rakan artis yang turut bersama mereka pada malam itu adalah Anuar Zain. Mulanya mereka cuma berbual kosong hal mengenai perkembangan muzik semasa . Melalui kesempatan itu, M Nasir sempat tanyakan beberapa lagu penyanyi tempatan yang masih diminati di sana.
Dari riak wajah, Marcell begitu bersungguh bercerita depan M Nasir bagaimana lagu Isabella nyanyian asal Amy Search masih digilai remaja Indonesia dari dulu hingga kini.
Marcell yang popular dengan lagu Semusim turut menjelaskan selain Isabella dia gemar lagu Fantasia Bulan Madu (Search) dan Sejati (Wings) ketika di zaman kanak-kanak dulu.
Tanpa berselindung lagu nyanyian kumpulan rock dari Malaysia kata Marcell banyak membentuk dirinya. Malah kalangan rakannya yang mengilai irama itu menjadikan lagu itu untuk lari daripada irama jazz yang melanda industri muzik Indonesia sekitar 80-an.
Menariknya, sebaik selesai bercerita, Anuar yang asyik mendengar terus memberitahu Marcell pencipta lagu yang diminatinya itu kini duduk di hadapannya.
M Nasir yang dari tadi mendiamkan diri pula waktu itu hanya tersenyum. Berbeza dengan Marcell, secara spontan dia mengambil tangan M Nasir dan menciumnya beberapa kali.
Secara jujur, kata Marcell, dia tidak sangka pada hari itu barulah dia tahu M Nasir adalah pencipta lagu Fantasia Bulan Madu dan Sejati, lagu yang begitu diminatinya dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan