ANALITIC

Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 29, 2026

Semarakkan semangat merdeka, BSN julang perjuangan usahawan mikro menerusi kempen Cerita Mereka Jiwa Malaysia

petikan Mstar 29 Ogos 2026

Oleh: Wais Azizan

Antara usahawan mikro BSN dan peserta yang memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 menerusi kempen Cerita Mereka, Jiwa Malaysia pada Jumaat.

SEMANGAT keusahawanan rakyat Malaysia terus diserlahkan menerusi kempen Cerita Mereka, Jiwa Malaysia yang melabuhkan tirainya dengan penganjuran Karnival BSN Mikro Madani pada Jumaat.

Berlangsung di Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, karnival berkenaan menghimpunkan usahawan mikro yang disokong Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama komuniti setempat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Menerusi kempen berkenaan, BSN mengetengahkan 69 usahawan mikro daripada pelbagai latar belakang dan budaya, masing-masing dengan kisah serta perjalanan tersendiri dalam membina sumber pendapatan melalui perniagaan. 

Tetamu kehormat bersama warga BSN dan komuniti yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik.

Bukan sekadar membina perniagaan untuk diri sendiri, usaha golongan itu turut membuka peluang dan memberi manfaat kepada komuniti di sekeliling mereka.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kisah perjalanan usahawan Mikro-i Madani di bawah BSN merupakan kejayaan yang wajar diraikan dan boleh menjadi inspirasi kepada usahawan lain.

"Kisah perjalanan usahawan mikro BSN ini adalah kejayaan yang wajar kita raikan agar dapat terus menjadi inspirasi untuk usahawan lain.

Tetamu kehormat melawat reruai usahawan mikro BSN sambil melihat produk dipamerkan sempena Karnival BSN Mikro Madani.

"Kejayaan 69 usahawan mikro yang diketengahkan ini mewakili hampir 180,000 usahawan mikro BSN, yang membuktikan komitmen BSN untuk terus memperkukuh asas pertumbuhan ekonomi negara

"Mereka adalah nadi pembangunan ekonomi negara yang melambangkan semangat keusahawanan rakyat Malaysia. Dengan pelbagai sokongan dan inisiatif kerajaan, saya yakin usaha ini membantu mereka membina perniagaan lebih mampan," katanya.

Majlis tersebut berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian acara sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ia dimulakan dengan acara flag-off kontinjen kawad kaki BSN sebelum tetamu dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam.

Tetamu kemudiannya dipertontonkan tayangan video Hari Kebangsaan BSN bertemakan Cerita Mereka, Jiwa Malaysia.

Suasana majlis bertambah menarik dengan persembahan lagu Raikan Cinta oleh penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir bersama kumpulan busker Ramayan.

Kemuncak sambutan diserikan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang serta laungan kemerdekaan yang bergema penuh semangat patriotik.

Persembahan istimewa M. Nasir bersama buskers kumpulan Ramayan memeriahkan acara sambutan.

Karnival itu turut menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti yang membolehkan pengunjung mengenali para usahawan serta produk yang ditawarkan.

Dalam masa sama, program literasi kewangan turut diadakan khusus untuk usahawan kurang upaya (OKU) daripada MyOKU Preneur serta usahawan desa di bawah Kemas, Khadijah Artisans dan Usahanita. 

Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, menerusi Cerita Mereka, Jiwa Malaysia, pihaknya mahu meraikan kisah usahawan serta impak positif dihasilkan melalui keusahawanan dalam komuniti.

Usahawan mikro BSN, Mirwan Badri memperkenalkan produk kopi kepada pengunjung sempena Karnival BSN Mikro Madani.

"Menerusi Cerita Mereka, Jiwa Malaysia, kami ingin meraikan kisah-kisah ini serta impak positif yang dapat dihasilkan melalui keusahawanan dalam komuniti.

"Di BSN, sokongan kami tidak terhad kepada pembiayaan semata-mata. Kami mahu melangkah seiring bersama usahawan dalam perjalanan mereka membina perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti di sekeliling mereka," katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, hampir 5,000 pemegang cawan atau cup sleeve edisi khas bertemakan batik turut diedarkan kepada pelanggan di seluruh negara.

Persembahan pelajar SMPKV Shah Alam menceriakan suasana sambutan dengan tarian berlatarkan kepelbagaian budaya Malaysia. -Foto The Star/ Low Boon Tat

Cup sleeve berkenaan diinspirasikan daripada motif batik uniform teller BSN dan dihasilkan menerusi sentuhan kreatif pelajar SMPKV Shah Alam, yang merupakan Sekolah Angkat Madani BSN 2025. 

Inisiatif itu turut menjadi ruang untuk para pelajar berkongsi bakat dan hasil kreativiti mereka dengan masyarakat, selain menghubungkan elemen keusahawanan dengan kreativiti.

Seiring dengan berakhirnya kempen tersebut, BSN kekal komited menyokong usahawan mikro pada setiap peringkat perjalanan mereka bagi membantu meningkatkan kelestarian perniagaan serta memperkukuh ekonomi dan komuniti setempat. 


Rabu, Ogos 23, 2006

M. Nasir and Ramli Sarip unplugged

taken from The Star 23 August 2006

A CASUAL dinner for the Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2006 convoy participants turned into a mini concert with singer M. Nasir and rocker Ramli Sarip ruling the stage.

The buffet dinner on Monday at the Sungai Nibong pesta site in Penang started tamely enough with Rocky Din and Rozi belting out oldies to the accompaniment of a three-piece band made up of Hashim Ariffin on the violin, Azmi Ahmad on guitar and Nordin Ahmad on the keyboard.

While the music played, guests and convoy members comprising superbikers and four-wheel drive enthusiasts, were busy tucking in roti jala with chicken curry, satay and nasi himpit, pasembur, nasi briyani, beehoon and ais kacang.

By the time Ramli was invited to perform, the stage was sufficiently warmed up, tummies were half-full and many were in high spirits, ready to rock and roll.

The moment Ramli sang the first few notes of Bee Gees’ To Love Somebody in his husky voice, the audience dropped their forks and spoons momentarily to wave and cheer.


ALL WORKED UP:Members of the audience going ga-ga over the rare appereance together of the two local pop and rock icons.


Next, he sang Doa Buat Kekasih in a duet with Rozi that got the audience clamouring for an encore. Ramli obliged with a solo rock-and-roll number before giving up the microphone.

When Rocky Din returned to the stage singing Lagu Jiwa Lagu Cinta, originally popularised by Nasir and Mawi, the audience called and gestured for Nasir who hung on to his chair, pretending not to hear until he was led to the stage.

Nasir and Rocky Din then performed a duet of the same song. However, the audience, emboldened by the fulfilment of their earlier demands, began chanting for Mawi although the hottest Akademi Fantasia idol was not present.

Nasir kept disappointment at bay with a cool rendition of Hati Emas.

When Ramli joined Nasir on stage, the duo sang a wacky number by coining new lyrics to a blues tune accentuated by impassioned cries of Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rocky Din closed the show with Sudirman’s patriotic song Tanggal 31.

Present at the dinner, organised by the state Information Depart-ment, was state executive councillor Datuk Dr Teng Hock Nan representing the Chief Minister.

The convoy of 149 superbikers and 49 four wheel-drives, headed by Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi, started from Kuala Terengganu on Aug 18 and will end in Kuching on Aug 31.

Nasir is the appointed ambassador of Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2006 which is jointly organised by the Information De-partment and Superbikers Association of Malaysia.

more picture of M Nasir & convoy Jalur Gemilang

Isnin, Ogos 21, 2006

Laluan Kembara Jalur Gemilang

diperolehi dari Kelab Sahabat M Nasir

Sifu M.Nasir bersama-sama menjelajahi seluruh Malaysia untuk Laluan Kembara Jalur Gemilang 2006 dari 16hb Ogos hingga - 31hb Ogos ini!!!

Semenanjung : 16hb Ogos - 26hb ogos (dari Kuala Terengganu mengelilingi Semenanjung & berakhir di Kuantan)

Sabah : 27hb Ogos - 28hb Ogos (Kudat-Kota Kinabalu-Sipitang hingga sempadan Sarawak)

Sarawak : 28hb Ogos - 31hb Ogos (Lawas,sempadan Sabah - Miri - Sibu - Kuching,Sarawak)

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Laluan Kembara' ini anda boleh menghubungi kami di talian 03-61561357 / 03-61566700.

Sabtu, Ogos 05, 2006

M Nasir Appointed 2006 Jalur Gemilang Merdeka Expedition Ambassador

petikan BERNAMA 4 Ogos 2006

KUALA LUMPUR, Aug 4 (Bernama) -- Popular singer and composer M. Nasir has been appointed the 2006 Jalur Gemilang Merdeka Expedition ambassador.

Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi said Nasir would take part in the nationwide expedition organised by the Information Department and the Superbikes Associations of Malaysia from Aug 17 to 31.

The singer was chosen at a meeting attended by the deputy minister's representative, the department and the association, Ahmad Zahid said in a statement Friday.

Zahid, who is also the chairman of the Campaign to Wave Jalur Gemilang 2006, said the expedition would be flagged off at Kuala Terengganu and end in Kuching on National Day.

The Jalur Gemilang is the national flag.