REVIEW :
KONSERT EKSPRESS RAKYAT -KEMBARA
Sabtu : 30 Mac 2013
Concert Hall, Esplanade Singapura
"Bukan senang menjadi senang", itu antara lirik lagu Kembara. Begitulah keadaan aku yang nak pergi tengok Kembara Live di Esplanande Singapura. Bermula dari 17 Januari, aku telah mula menempah tiket secara online. Terima kasih pada bro Hamlau yang mewar-warkan di FB yang tiket sudah mula dijual, kalau tak memang lambat la nak beli tiket tu. Selesai urusan tiket, timbul pula masalah passport yang tamat pada bulan Februari. Terpaksa pula berdiri tercegat di pejabat imigresen membuat passport baru. Bukan senang sebenarnya nak masuk sempadan ni, bimbang sesat jadi bantuan google map digunakan sepenuhnya menentukan arah kembara yang dibuat nanti.
30 Mac 2013, kembaraan dibuat menuju ke kota singa menggunakan bas awam. Perancangan awal mahu naik kereta api macam Ekspress Rakyat tapi tak jadi. Setibanya di Singapura sempat juga meronda ke Marina Square, Bugis Street, Arab Street & makan briani & murtabak Singapura di Zam Zam.
Setlist Konsert Ekspress Rakyat 2013.
01) Ekspres Rakyat
02) Balada Osman Tikus
03) Kafilah
04) Rupa Tanpa Wajah
05) Sekuntum Bunga Plastik
06) Impian Seorang Nelayan
07) Di Perhentian Puduraya
08) Duit
09) Di Manakah Dikau
10) Bunga Bakawali
11) Lagu Untuk Seorang Ibu (Akustik)
12) Keroncong Untuk Ana I (Akustik)
13) Bus No. 13
14) Tarian Hidup
15) Nusantara
16) Kiambang
17) Empat Penjuru
18) Senandung Buruh Kasar
19) Impian Anak Jalanan
20) Hati Emas
21) Perjuangan
Encore:
22) Kepada Mu Kekasih (Akustik)
23) Gerhana
---------------
Jam 7.45 malam, Dewan konsert mula dibuka dan hadirin memenuhi ruang tempat duduk masing-masing. Sebagaimana dijangka, audien kali ini pukul ratanya dari mereka yang membesar dan dewasa dengan lagu Kembara pada tahun 80an. Untuk konsert kali ini SM memilih untuk berada hampir dengan pentas dengan kesanggupan membayar tiket SG75 (tiket paling mahal seh...). Ianya sememangnya berbaloi untuk konsert yang penting dalam sejarah muzik melayu ini.
Konsert bermula dengan tayangan video pendek memaparkan S Amin Shahab. Apa yang aku dapat tangkap, S Amin Shahab menyatakan kembara itu umpama lukisan, dari satu titik ke satu titik membentuk garis yang merupakan satu perjalanan dan disitu adanya pelbagai rupa dan warna. Kalau tak silap, S Amin Shahab menerangkan yang kumpulan Kembara mendapat namanya dari puisi "Kembara Malam" karya pelukis terkenal Latif Mohidin.
Video itu diikuti dengan temubual ringkas dengan A Ali dan S Sahlan yang menceritakan sejarah penubuhan Kembara. Pada masa yang sama ahli Kembara yang terdiri dari Zoul, Shahrum Basiron, Rahman Suri, Md Shah Othman dan Rahman Akib bersama dua orang pemuzik undangan mengambil posisi masing masing. Penonton sudah mula bersorak.
01) Ekspres Rakyat
Paling memeranjatkan adalah kehadiran A Ali dan S Shahlan yang berada bersama diatas pentas untuk konsert selama 2 jam setengah itu. Sorakan penonton terus menerus dan memuncak apabila sifu M Nasir turut serta di atas pentas mendendangkan lagu Ekspress rakyat bersama A Ali & S Shahlan.
02) Balada Osman Tikus
"Kau nak halang aku, halang mereka dulu, tiada undang-undang dalam hutan batu... ha..ha Haru!" Lagu yang sinonim dengan watak Osman Tikus dari filem Kembara Seniman Jalanan. Ia dinyanyikan oleh sifu dengan bertenaga sekali. Audien pula macam malu-malu kucing nak jerit "haru!" kuat-kuat. Malu tapi mahu agaknya.
03) Kafilah
Apa lagi boleh dikatakan pasal lagu berentak padang pasir ini. Sememangnya muzik Kembara bervariasi. Dari keroncong ke irama Cina semua ada.
04) Rupa Tanpa Wajah
Satu lagi lagu yang sinonim dengan filem Kembara Seniman Jalanan. Pada masa ini baru perasan bunyi drum abang Shahrum Basiron dan pemain percussion undangan agak kuat dan kadang kala menenggelamkan gitar solo yang dibawa oleh Zoul & a Ali.
05) Sekuntum Bunga Plastik
Lagu yang dicipta oleh A Ali ini dinyanyikan oleh M Nasir. Sempat M Nasir bertanya pada A Ali, siapa yang nak nyanyi lagu ini ,... dan M Nasir membawakan lagu ini dengan baik sekali.
06) Impian Seorang Nelayan
Lagu ini semestinya dinyanyikan oleh S Shahlan. Setiap kali abang S Shahlan tarik, penonton akan menjerit sebagai tanda sokongan. Abang S Shahlan masih boleh tarik suara tau, tak de nak acah-acah mikropon suruh penonton sambung lagu macam sesetengah rock star.
07) Di Perhentian Puduraya
Sebelum lagu ini mula M Nasir sempat usik A Ali, katanya A Ali dulu selalu naik bas di Puduraya. Lagu ini dinyanyikan sendiri oleh A Ali.
08) Duit
Kalau banyak duit nak buat apa? .. Khawin.. Itu antara jokes Rahman Suri (pemain bes) yang aku ingat sebelum lagu ni mula. Apa pun jerit Duit-Duit kuat kuat masa lagu ini memang puas hati. Ironinya duit dalam poket aku semakin nipis....
09) Di Manakah Dikau
10) Bunga Bakawali
Sebagaimana lagu asalnya, lagu ni dinyanyikan oleh Zoul (gitar utama) dengan bertenaga sekali. Beliau juga memainkan solo dalam lagu ini, disamping dibantu jeritan oooo .. yang berulang-ulang dari penonton yang "duduk".
Selepas Bunga Bakawali, penonton ditayangkan dengan video S Amin Shahab yang menerangkan pentingnya seni halus dalam Kembara, Menurutnya Kembara adalah gabungan tiga unsur seni iaitu Seni Halus/Seni Lukis, Seni Kata (sastera) dan Seni Muzik. Video diteruskan dengan bual bicara ringkas dengan Eric Yeo, Penerbit Urusan Polygram, Zoul, Rahmat, Shahrom & Md Shah.
Set Akustik
A Ali & Zoul duduk disebelah kanan pentas memainkan gitar akustik untuk dua lagu
11) Lagu Untuk Seorang Ibu (Akustik)
Lagu mengenai anak yatim yang kehilangan bapa tempat bergantung. Sekuat semangat anak dalam lagu itu, sekuat itulah kehebatan lagu ini.
12) Keroncong Untuk Ana I (Akustik)
Ni lagu cinta mengenai orang lain, seloroh sifu sebelum memulakan lagu ini.
13) Bus No. 13
Lagu ni memang aku jangkakan dimain di Singapura sebab ia lebih dekat dengan penonton yang rata-ratanya warga Singapura. Lagu Sesat di Kuala Lumpur tidak dimainkan pada konsert ini.
14) Tarian Hidup
Sifu mula mula macam tertinggal nak masuk lagu ni tapi bila dah mula, jangan cakap apa apa lagi. Gerek seh!
15) Nusantara
"kulit warna sawo matang..
adat resam pegangannya..
gotong royong satu amalan..
indah budi bicara...
marilah bersatu padu..
dengan semangat nusantara..
hidup generasi baru..
kekal selamanya..."
Di akhir lagu M Nasir meminta penonton menyanyi beramai ramai part ni, tapi penonton tak terikut sangat. Agaknya berbelit belit atau tak hafal lirik kot.
16) Kiambang
Lagi lagu pasal bunga yang kesepian. Ada sesiapa kesepian? tanya sifu sebelum membawakan lagu ini.
17) Empat Penjuru
Lagu mengenai Penjara. Ya la, dulu masa muda - Jahat.. selorohnya diikuti ketawa penonton.
18) Senandung Buruh Kasar
Lagu ini dibawakan secara harmoni oleh Kembara.
19) Impian Anak Jalanan
Bagi aku ini lagu semangat! Best dengar lagu ni secara "live".
20) Hati Emas
Sebelum memulakan lagu ni, sifu berjenaka lagu ni boleh meruntuhkan dewan. Jadi penonton boleh pilih untuk bangun, menari atau tidur. Satu dewan bantai gelak.
21) Perjuangan
Lagu terakhir sebelum "encore", Penonton ramai yang tidak lagi hanya duduk dan menyanyi larilalarila....bersama Kembara! Mengujakan!
Semua ahli Kembara meninggalkan dewan dan penonton sudah mula bising dan menjerit meminta lagu lain. ada juga yang mula menjerit "We Want More!" bersama-sama.
Encore:
Pentas digelapkan dan Kembara kembali ke pentas mendendangkan dua lagu lagi.
22) Kepada Mu Kekasih (Akustik)
Terus terang aku katakan ini adalah persembahan terbaik Kembara pada malam konsert itu. Lagu Kepada Mu Kekasih ini diberi nafas baru yang lebih dramatik dan dibawakan dengan penuh syahdu. Meremang bulu roma! kata isteri SM. Di akhir lagu M Nasir menyatakan lagu awet muda itu ditulis olehnya dan lirik oleh Eunosasah. Persembahan itu adalah satu "homage" (penghormatan) buat penulis lirik Eunosasah.
23) Gerhana
Lagu terakhir paling dahsyat. Masing masing dah berdiri dan menyanyikan "gerhana ooooh gerhana...ooo gerhana dalam jiwaku!
Konsert akhirnya tamat setelah berlangsung 2 jam 30 minit tanpa henti.
Kembara mengucapkan terima kasih kepada penonton yang telah hadir. Penonton di baris depan mengambil kesempatan bersalaman dengan anggota Kembara seperti A Ali dan S Shahlan. Penonton mula meninggalkan dewan dan menuju tempat bersembang pintu keluar.
Ada juga sudah siap sedia berbaris untuk mengambil autograf kumpulan Kembara. Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan S Amin Shahab yang mempamerkan lukisannya sempena konset Ekspress Rakyat 2013.
Abang semua memang Rock!
Terima Kasih atas persembahan hebat!
Tahniah atas usaha penganjur membawakan Kembara ke Esplanade.
Harapannya , moga konsert itu diterbitkan dalam bentuk DVD atau BluRay sebagai bukti kenangan dan khazanah sejarah industri muzik nusantara.
9 ulasan:
Esplanade nye staff pandai pilih artis/band melayu main kat dewan utama dorang.
Deaf : Sebelum ni Sweet Charity;Datuk Siti & Datuk M Nasir dan Lovehunters pernah main dkt situ kan?
Reviu 'orang pertama' yang terbaik sekali bro SM. Syabas.
Ya persembahan terbaik di ikuti review terbaik.
Terima kasih SM
Kalau Kembara ke KL.lagi byk otai dgn seragam "Kutu" akan hirok pikokkan arena
Hamlau : Terima kasih. Reviu ringkas ringkas sahaja bro. Apa pun aspisiasi muzik Kembara ini begitu bermakna bila berpeluang menonton persembahan mereka di negara kelahiran kumpulan ini.
tokasid : Terima kasih kembali doc.
Harap harap kalau di KL bukan sahaja lebih ramai seragam "kutu" tapi lagu Kutu & Kolar Biru juga dipersembahkan.
review mantap..harap ada main kat kl
bagus mantap sekali josss
matakucing : Harapnya ada la tahun depan. Cd konsert ini pun dengarnya akan diedar bulan Jun ini.
Seni baru : :)
Tuan Saudagar,
Konsert Kembara di IB, tuan datang hari apa?
Catat Ulasan