taken from New Straits Times 20 March 2006
KUALA LUMPUR: M. Nasir reigned supreme when he clinched the Top Composer Award for the fifth consecutive year at the Music Authors’ Copyright Protection Awards Nite 2005 held at the Kuala Lumpur Convention Centre last night.
He defeated Edry Abdul Halim (Edry KRU) and Mohd Faizal Maas (Ajai), who were also nominated for this category.
The award is given to the composer who earned the highest royalties from the MACP last year.
In the Top Lyricist category, Rosli Khamis@Loloq took home the award for the fifth time.
MACP also honoured Mabel Lew with the Most Promising Songwriter award (aged below 25). This 24-year-old has been writing songs for the past four years.
The Nadi Cipta Award was given to Habsah Hassan for her influence over the past three decades in the industry.
Habsah Hassan Terima Anugerah Nadi Cipta MACP
petikan BERNAMA 20 Mac 2006
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pengerusi Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) dan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan menerima anugerah Nadi Cipta MACP bagi mengiktiraf pengaruh dan sumbangan beliau kepada industri muzik.
Habsah yang menerima anugerah itu daripada Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin, merupakan tokoh yang amat dihormati dalam industri muzik dan sudah berada dalam industri itu sejak tiga dekad lalu.
Sehingga hari ini beliau sudah menulis lebih 1,000 lirik bagi lagu-lagu yang didendangkan oleh ramai artis popular di Malaysia.
Penyanyi serta komposer M. Nasir pula membawa pulang anugerah komposer terbaik kerana memperolehi royalti tertinggi dari MACP pada tahun 2004, yang merupakan anugerah yang diperolehinya bagi tahun kelima berturut-turut, manakala Loloq memenangi anugerah penulis lirik terbaik, bagi kali kelima.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Zainuddin berkata Radio Televisyen Malaysia yang merupakan pembayar royalti terbesar MACP, sedia menambah kadar bayaran royalti untuk lagu-lagu yang dimainkan stesen-stesen radionya.
Bagaimanapun beliau meminta agar bayaran royalti itu dikecualikan bagi lagu-lagu patriotik yang boleh dimainkan di mana-mana sahaja termasuk di dalam bas, kerana menurutnya lagu-lagu patriotik bertujuan untuk melahirkan rasa cinta negara di kalangan rakyat Malaysia.
Dari 1991 hingga tahun lepas, MACP mengagihkan lebih RM90 juta kepada pecipta lagu tempatan dan asing berdasarkan penggunaan karya mereka.
lagi tambahan petikan Utusan Malaysia 21 Mac 2006
Anugerah MACP nobatkan M. Nasir sekali lagi
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
UNTUK kali keenam, M.Nasir mengungguli kategori Anugerah Komposer Terunggul kerana menerima royalti tertinggi daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik (MACP) bagi pengagihan tahun lepas.
Secara peribadi M.Nasir melahirkan perasaan gembira kerana kemenangannya itu (1996, 2000, 2002, 2004, 2005 dan 2006) tidak ditentukan oleh juri profesional atau awam.
“Saya gembira kerana pihak MACP mengiktiraf idea komposer dan kejayaan saya ini juga dibuktikan menerusi kekerapan lagu-lagu saya disiarkan.
“Daripada senario itu semua komposer tahu kedudukannya dalam bidang penciptaan lagu,’’ kata Nasir yang ditemui selepas majlis Anugerah MACP ke-10 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin.
Namun, kata M.Nasir, calon-calon yang bertanding dalam kategori tersebut seringkali orang yang sama dan itu merupakan satu persaingan sihat.
Selain M.Nasir, dua lagi komposer yang tercalon untuk kategori itu ialah Edry Abdul Halim (Edry KRU) dan Mohd. Faizal Maas atau Ajai.
Dia yang turut mengadakan persembahan penutup pada malam itu, bagaimanapun, menolak dakwaan yang melabelnya sebagai komposer kaya.
Sambil tersenyum M.Nasir berkata, kalau ikut penciptaan lagu memanglah dia ‘kaya’ kerana itu adalah anugerah. Namun kalau dikira dari segi wang ringgit, dia bukanlah komposer kaya.
“Kalau anda berfikiran begitu terpulanglah. Lagipun saya bukanlah komposer yang menjalankan perniagaan lain. Sebenarnya, dulu tidak ramai yang yakin dengan MACP. Saya adalah di antara orang awal yang mendaftar dengan MACP.
“Saya yakin dengan MACP kerana sebelum itu sewaktu di Singapura saya juga bernaung di bawah Performance Right Society (PRS),’’ katanya.
Selain M.Nasir, penulis Rosli Khamis atau Loloq turut memenangi kategori Penulis Lirik Terunggul untuk kali kelima.
Kebanyakan lirik ciptaan Loloq dibuat berdasarkan lagu-lagu ciptaan M.Nasir. Malah, kata Loloq, antara dia dan komposer kreatif itu ada banyak persamaan dan sebab itulah mereka mudah bekerjasama.
Jelas Loloq, dia hairan kenapa ada yang berpendapat menulis lirik satu bidang yang tidak glamor, pada hal bidang itu mampu memberi keuntungan besar.
“Sebenarnya bidang ini juga glamor seperti nyanyian kerana kalau tidak ada lagu dan lirik, macam mana orang akan kenali penyanyi. Bagi saya sendiri, saingan untuk penulis lirik memang sengit. Bayangkan nama-nama seperti Mama Juwie dan Kak Chah (Habsah Hassan), penulisan mereka amat berkesan,’’ katanya.
Loloq yang sudah 21 tahun menceburi bidang penulisan lirik secara sepenuh masa berkata, setiap karyanya mempunyai mesej dan jalan cerita tertentu.
Sementara itu Pengerusi MACP, Habsah Hassan ternyata amat terkejut apabila namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta yang merupakan kemuncak penganugerahan pada malam itu.
“Ini memang satu kejutan. Sebenarnya saya rasa malu kerana sudahlah saya pengerusi MACP, tiba-tiba dipanggil untuk terima anugerah. Ini mesti kerja Johari Teh dengan Fauzi Marzuki,’’ katanya yang menerima anugerah itu daripada Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.
Anugerah Nadi Cipta diberikan kepada Habsah sebagai tanda penghargaan penglibatannya selama tiga dekad dalam industri muzik. Sepanjang pembabitannya, dia telah menghasilkan lebih 1,000 lirik yang dinyanyikan oleh ramai artis.
Pada malam itu tetamu dihiburkan dengan dendangan daripada Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Daniel Lee, Vince, Yasin, Salih Yaacob dan Pija.
lagi petikan Berita Harian 25 Mac 2005
MACP minta kaji kadar royalti
Oleh Zainuri Misfar
Kementerian Penerangan melalui RTM digesa teliti ikut perjanjian supaya bersesuaian penggunaan muzik di stesen penyiaran nasional
PERLINDUNGAN Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) berharap fungsinya akan menjadi dinamik dan lebih menyerlah dalam mempertahankan hak royalti karyawan muzik di Malaysia selaras penubuhan Dasar Muzik Malaysia.
Pengerusi MACP, Habsah Hassan juga berharap masa depan MACP akan menjadi lebih baik untuk kepentingan ahli yang menjadi penggerak industri muzik negara jika semua pihak termasuk kerajaan dapat membantu golongan itu.
Terdahulu, dalam ucapannya pada Malam Anugerah MACP 2005 baru-baru ini, Habsah mengumumkan pendapatan MACP pada tahun kewangan lalu mencapai lebih RM20 juta untuk diagihkan kepada ahlinya dan persatuan persembahan hak cipta luar negara.
Katanya, MACP memohon Kementerian Penerangan melalui RTM supaya dapat mengkaji semula kadar bayaran royalti mengikut perjanjian badan itu dengan kementerian supaya bersesuaian penggunaan muzik di stesen penyiaran nasional itu.
“Dari pendapatan sumber royalti inilah, anak-anak buah saya dapat bernafas sikit. Jika diharapkan hasil dari jualan album yang cukup terjejas dengan kegiatan cetak rompak yang terus berleluasa, ramai yang akan pengsan dengan mata terbuka!” katanya.
MACP ditubuhkan pada tahun 1989, adalah badan pelesenan yang mewakili karyawan muzik di Malaysia dan diiktiraf kerajaan sebagai satu-satunya badan pelesenan yang berjaya melindungi harta intelek muzik.
Habsah juga menghargai usaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKwa) mengenai penubuhan Dasar Industrik Muzik dan bekerjasama dengan pihaknya dalam menganjurkan Cipta Express.
Sempena majlis anugerah itu, M Nasir buat lima tahun berturut-turut membawa pulang gelaran Anugerah Komposer Terunggul kerana menjadi komposer yang menerima royalti tertinggi daripada Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik (MACP) bagi pengagihan tahun lepas.
Sementara itu, Rosli Khamis atau lebih dikenali dengan nama penanya, Loloq memenangi Anugerah Penulis Lirik Terunggul, juga untuk kali kelima berturut-turut.
Habsah turut menerima Anugerah Nadi Cipta sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan beliau selama tiga dekad dalam industri muzik. Habsah sudah menulis lebih 700 litik yang dinyanyikan ramai penyanyi popular di Malaysia.
Beliau mengaku terkejut menerima anugerah itu kerana tidak diduga dan tidak mengetahui namanya dicalonkan bagi anugerah itu kerana majlis berkenaan diuruskan pihak lain.
Semua anugerah itu disampaikan pada Anugerah MACP Ke-10 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 11 anugerah disampaikan di majlis ini yang turut dihadiri Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin dan Timbalan Pengerusi MACP, Ahmad Izham Omar.
Majlis sederhana itu turut menampilkan persembahan hiburan menarik seperti tiupan saksofon daripada Datuk Ahmad Nawab, aksi M Nasir dengan lagu terbarunya Oh Juwita dan Balada Seorang Teman, selain kemunculan Ruffedge, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Vince dan Yassin, Pija serta Salih Yaacob.
Keahlian MACP kini melebihi 2,300 orang meningkat dari 1,000 ahli pada tahun 1998, membuktikan bahawa karyawan terbabit dalam industri muzik masih meningkat dan mereka bukan berkarya sekadar hiburan sahaja.
Walaupun kutipan royalti MACP semakin meningkat, tetapi kutipannya adalah diagihkan kepada pencipta berdasarkan penggunaan karya mereka. Lebih RM92 juta diagihkan MACP kepada pencipta tempatan dan asing berdasarkan penggunaan karya oleh pelesen MACP dari 1991 hingga 2005.
Sementara itu, Zainudin dalam ucapannya berkata, RTM bersedia menambahkan kadar bayaran royalti kepada MACP sekiranya pengecualian diberikan kepada premis yang menyiarkan siaran RTM.
Jelas beliau, kerajaan seharusnya dikecualikan daripada bayaran royalti bagi siaran di tempat awam berdasarkan fungsi RTM untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat, khususnya bagi membolehkan lagu patriotik dapat dimainkan di mana saja.
Senarai Pemenang MACP
* Anugerah Nadi Cipta
Habsah Hassan
* Komposer Terunggul
M Nasir
* Penulis Lirik Terunggul
Rosli Khamis@Loloq
* Penerbit Terunggul
BMG Music Publishing (M) Sdn Bhd
* Penerbit Tempatan Terunggul
Luncai Emas Sdn Bhd
* Lagu Dengan Pendapatan Luar Negara Tertinggi
Jue Bu Neng Shi Qi Ni (F4)
Ciptaan: Theng Siaw Hang
* Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak
Supterstar (SHE)
Ciptaan: Heiko Schmidt, Villalon Jade Valerie, Roberto Rosan dan Chen Shi Ren
* Lagu Melayu Persembahan Terbanyak
Menuju Puncak (AF)
Ciptaan: Aubrey Suwito dan Shatesh Raj
* Lagu Cina Persembahan Terbanyak
Ai De Lu Shang Zhai You Wo He Ni (Richie Ren)
Ciptaan: Tan Swee Guan @ Ah Di
* Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak
Monay Monay (Poetic Ammo)
Ciptaan: Reefa, Yogi B & Point Blanc @ Nicholas Ong
* Anugerah Pencipta Muda Berpotensi
Mabel Lew
Fakta Nombor
RM20j Pendapatan kewangan MACP sepanjang 2005
RM92j Jumlah hasil yang diagihkan kepada MACP untuk pencipta tempatan dan asing dari 1991 hingga 1995
2,300 Jumlah ahli MACP sehingga 2005
17 Tahun usia penubuhan MACP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan