Sabtu, Mac 25, 2006

Artis kita dominasi Anugerah Planet

petikan Utusan Malaysia 25 Mac 2006

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SINGAPURA 24 Mac - Dua artis popular Malaysia Jaclyn Victor dan Siti Nurhaliza Tarudin muncul Artis Wanita Terbaik dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2006 yang berlangsung di Max Pavillion, Singapore Expo, Singapura di sini, malam ini.

Jaclyn menewaskan empat pesaing terdekatnya iaitu Audy, Kris Dayanti, Rossa dan Titi DJ.

Siti Nurhaliza pula yang menang kategori yang sama buat tahun keenam berturut-turut, berjaya menewaskan saingan rakan artis dari Indonesia seperti Kris Dayanti, Rossa, Melly Goeslaw, Audy dan Shanty.

Artis tempatan yang turut dicalonkan untuk kategori ini ialah Misha Omar, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah dan Azharina.

Anugerah berprestij itu turut menyaksikan lagu Aduh Saliha ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Loloq yang dinyanyikan oleh Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Asmawi Ani, 25, dipilih sebagai Lagu Paling Popular.

Seorang lagi artis tempatan yang turut mengharumkan nama negara ialah Nikki yang dipilih sebagai Artis Wanita Baru Terbaik. Beliau menewaskan Adibah Noor, Eka Mairina, Helen dan Sharifah Zarina.

APM 2006 yang diadakan sejak tahun 2000 itu merupakan majlis yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kejayaan

Anugerah tersebut yang mempertandingkan 15 kategori itu turut memperlihatkan kejayaan kepada Ello (Artis Lelaki Baru Terbaik), Maliq & D`Essentials (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik), Marcell (Artis Lelaki Terbaik) dan Peter Pan (Duo/Kumpulan Terbaik dan Kumpulan Paling Popular).

Sementara itu Dea Lova nyanyian Once muncul sebagai Lagu Terbaik, Album Terbaik pula dimenangi Senyawa (Chrisye) dan Loloq dipilih sebagai Penerima Anugerah Khas APM tahun ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tgk APM semalam. Ni tadi aku terjumpa lagi link di forum cari dot com. Ada peserta forum letak lagu M.Nasir - Juwita utk didownload. Klik kat link aku tu kalau nak tgk.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=204354&extra=page%3D1

blackpurple @ jowopinter berkata...

cayalah..............

Saudagar Mimpi berkata...

Boleh tengok video persembahan M Nasir di APM 2006 di sini http://youtube.com/watch?v=RDJXKjpkIR8