petikan Ohbulan 5 Jun 2024
‘Kawan yang setia’
Kata M Nasir, arwah akan sentiasa menyokong dan mempertahankan pandangan yang diutarakan olehnya.
Saya mengenali arwah sejak tahun 80-an lagi. Apa yang boleh saya katakan dia seorang kawan yang setia.
Kalau ada apa-apa berlaku pada saya yang bagi dia tidak adil, dia sentiasa pertahankan saya.
M Nasir berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, pelantun lagu Mustika ini turut berkongsi momen ketika mereka bersama merakam video promosi bagi konsert Cipta M.N45IR yang bakal berlangsung pada 10 Ogos depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Saya tak terperanjat sebab kali terakhir jumpa dia ketika kami buat video promosi untuk konsert saya. Semasa itu, saya lihat dia dalam keadaan tidak berapa sihat.
Ketika kami rakan video promosi itu sepatutnya dia sebut ‘this is the time’ tapi dia lupa, dia sebut ‘what is the time’.
Saya rasa dia lupa sebab nampak kelihatan sudah penat sangat. Tapi cara dia sebut itu seakan-akan memberi bayangan kepada saya.
Sementara itu, M Nasir berkata arwah sepatutnya akan muncul pada salah satu segmen di konsert tersebut, namun berasa sedikit terkilan apabila hajatnya tidak tercapai.
Saya berasa kehilangan dan terkilan apabila beliau tidak dapat turut serta dalam konsert itu.
Mengikut perancangan dia sepatutnya ada dalam konsert itu. Dia ada bahagian dekat situ. Akan ada segmen dia dan saya bersama.
Sekadar info, M Nasir pernah berlakon bersama arwah dalam filem Kembara Seniman Jalanan yang diterbitkan pada 1986.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan