Ahad, Julai 19, 2009

Konsert terakhir M Nasir?

petikan Bintang Popular 19 Julai 2009

WALAUPUN disabotaj, M Nasir tidak menoleh ke belakang lagi. Persiapan Konsert Satu Wajah M Nasir tetap berlangsung seperti biasa. Bersama 14 barisan pemuzik yang diketuai Aznan Alias selaku Pengarah Muzik, penyanyi yang mendapat jolokan `sifu’ itu menjanjikan persembahan terbaik dalam konsert keduanya di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu, 25 Julai ini, jam 8.30 malam.

Mungkin juga konsert yang dianjurkan Maya Axis Creative Sdn Bhd, Konsert Satu Wajah M Nasir bakal menjadi konsert slo terakhir komposer dan penyanyi hebat ini memandangkan ada pohak sengaja untuk mensabotaj konsert beliau dan bagaikan tidak senang dengan kehadirannya tampil lagi menerusi konsert solo sesudah melakukannya empat bulan yang lalu. Apapun, alasannya, konsert itu akan mengembalikan nostalgia Konsert Canggung Mendonan pada 1994 apabila lebih 10,000 menggegarkan Stadium Negara untuk menyaksikan persembahan mantap penyanyi lagu Hati Emas dan Mentera Semerah Padi itu.

Secara jujur, M Nasir akui: “Pastinya konsert ini menjadi kenangan indah buat saya kerana masih diberi ruang untuk terus berkongsi serpihan bakat yang ada dengan penonton. Saya tidak pernah menyangka akan kembali memanaskan segenap ruang Stadium Negara. Saya berharap konsert ini bukanlah konsert solo terakhir saya. Ia menjadi pengubat duka kepada mereka yang tidak berkesempatan menonton persembahan solo saya di Istana Budaya pada Februari lalu. Apa yang disajikan kali ini jauh berbeza dengan persembahan lalu.

“Konsert Satu Wajah membawa banyak pengertian. Saya percaya sebagai manusia, kita ada banyak karektor tetapi hanya mempunyai satu wajah. Ini interpretasi saya dalam konsert ini. Saya akan menghimpunkan karya terbaik sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni, bermula era kegemilangan bersama kumpulan Kembara sehinggalah dikenali sebagai komposer dan penerbit album.

“Saya menyampaikan 29 lagu termasuk lagu yang dinyanyikan penyanyi lain seperti Alleycats, Hattan, Search, Wings, Mawi, Ella dan ramai lagi. Adalah kepuasan buat saya apabila persembahan yang dijayakan akan meninggalkan kesan peminat.”

M Nasir berkata, dia bersyukur apabila mendapat tahu tiket konsertnya mencatat jualan yang membanggakan.

“Saya berharap peminat yang menyaksikan Konsert Canggung Mendonan kira-kira 15 tahun dulu tidak melepaskan peluang menyaksikan saya dalam konsert kedua. Saya tak kisah sekiranya mereka boleh membuat perbandingan dulu dan sekarang. Dulu saya berusia 37 tahun, kini sudah 52 tahun. Usia hanyalah angka, Saya tak berani berjanji menggunung tetapi kita tengoklah nanti,” katanya yang bakal membuka tirai persembahan dengan menyampaikan lagu Di Balik Cermin Mimpi.

Selain Aznan selaku Pengarah Muzik, konsert M Nasir diiringi barisan pemuzik handalan seperti Mohd Rafi Shafie selaku pemain gitar, Zulkifli Mahat (piano), Ahmad Firdaus Mahmud (keyboard), Eddy Slam (keyboard), Wan Kelly Abd Rahman (bass), Mohardiman Ismail (bamboo flute), Khairul Izwan Kamarulzaman (alatan tradisional), Rock (alatan tradisional), Nizam (latin) dan Ujang (dram). Manakala penyanyi latar pula dibarisi Eja, Norakmal Kamarulzaman, Wan Mohd Azran dan Izzad Borhan.

Antara rangkaian lagu bakal dinyanyikan seperti Lara, Serikandi Cintaku, Anak Anak Kita, Andalusia, Sentuhan Listrikmu, Kias Fansuri, Tanya Sama Hud Hud, Lambaian Sukma, Hati Emas, Mustika, Apokalips, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Gerhana, Keroncong Untuk Ana, Di Balik Cermin Mimpi, Sang Pencinta, Mentera Semerah Padi, Phoenix Bangkit Dari Abu, Raikan Cinta, Kepadamu Kekasih, Satu Masa dan Bonda.

Tiket berharga RM383 RM383 (termasuk hidangan ringan & pelekat kereta VIP), RM253 (termasuk pelekat kereta VIP), RM153, RM83 dan RM53 setiap satu (RM3 adalah untuk yuran pemprosesan) boleh dibeli di Ticket Hotline di www.tickethotline.com.my atau menghubungi talian 03-7725 1177 atau 03-8076 9872. Pelekat kereta VIP adalah untuk 500 pembeli pertama saja. Tiket mula dijual di Stadium Negara pada Isnin, 20 Julai ini.

11 ulasan:

Saudagar Mimpi berkata...

Aku perhatikan tajuk berita ini "mungkin" menggunakan cerita sabotaj itu untuk mencetuskan suasana "mungkin" sifu M Nasir akan berhenti dari buat konsert selepas ini. Segalanya "mungkin". Agak lucu jika dibaca kerana semuanya berdasarkan kemungkinan.

Tajuk artikel ini juga mengingatkan aku aku satu lagi artikel "mungkin" Bintang Popular dibawah.

http://praharaseni.blogspot.com/2009/03/mungkin-konsert-solo-terakhir-m-nasir.html

Apa pun artikel ini menjelaskan senarai pemuzik utk konsert kali ini. Aku agak gembira juga bila lihat nama Rafi tersenarai sebagai pemain gitar dan "mungkin" agak terkejut bila nama Jay Jay tidak bermain bass.

Tanpa Nama berkata...

Konsert terakhir? Ya kot? Konsert terakhir dalam bulan Julai.... hehehhe

razzmatazz berkata...

Sapa Wan Kelly sebagai Bassist Sifu pada konsert kali ini? Kenapa bukan Jay Jay?

Tamar Jeles berkata...

selalunya kalau tak jay jay, yan yg jadi bassist. tapi nampaknya jay jay sibuk, maybe promote album solo terbaru dia.

rafi is back, that's good. masih tercari-cari dimanakah ramli rebana yg dah lama menghilangkan diri. romli rock juga telah kembali.

hampir complete team m.nasir, kecuali tanpa jay jay & ramli

Portdy berkata...

wan kelly ni @ sotong kan?

Tanpa Nama berkata...

stadium negara tuh kalo nearest monorail station tuh yg mana satu ye?maharajalela atau hang tuah.yg mana paling dekat?

Saudagar Mimpi berkata...

Tanpa Nama : hehehe...betul juga tu.

razmatazz & Portdy : Wan Kelly @ Sotong ni pernah jadi bassist untuk Amy Search kalau tak silap.

Hadi : Kombinasi Rafi & Nan sama seperti dalam konsert Canggung. Pasti menarik!

Tanpa nama : Kurang pasti. Cuba rujuk peta google earth untuk anggaran jarak.

http://maps.google.com.my/maps?ie=UTF-8&q=stadium+negara&near=Petaling+Jaya,+Selangor&fb=1&split=1&gl=my&cid=12202900897277650836&li=lmd

razzmatazz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
razzmatazz berkata...

Tanpa Nama: STAR LRT Hang Tuah lah yg paling dekat

Kita boleh solat Maghrib kat Masjid Al-Bukhari dulu sebelum start konsert

http://www.wikimapia.org/#lat=3.1393752&lon=101.7048759&z=18&l=0&m=b&search=Masjid%20AlBukhary%20Jalan%20Hang%20Tuah

razzmatazz berkata...

Ni dia Masjid nya:

http://lufizo83.fotopages.com/?entry=1319707

Saudagar Mimpi berkata...

razzmatazz : TQ! Info berguna utk semua. Solat Maghrib di Masjid Al Bukhari satu cadangan yang sangat baik selain bersolat di surau Stadium Negara.