ANALITIC

Ahad, Disember 29, 1991

M Nasir menang penulis lirik terbaik AJL 1991

sumber wikipedia

Anugerah Juara Lagu 1991 (Juara Lagu '91) merupakan pertandingan yang menampilkan lagu juara bulanan muzik-muzik yang dipertandingkan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 1991. Anugerah Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada 29 Disember 1991 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Siaran tersebut ditayangkan secara langsung melalui TV3 dan ditaja oleh SHARP. Seramai 3 orang artis solo dan 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari penggubah masing-masing. Pada tahun ini, tema rock dipertaruhkan hampir kesemua peserta. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk mengacarakan rancangan ini iaitu Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.

Finalis
Januari: Kumpulan Dinamik - Antara Gadis / Afzanizam / Azimah
Februari: Kumpulan Masa - Patahnya Sayap Malam / Awang BPR / Zur Ain
Mac: Ella - Sepi Sekuntum Mawar Merah / Fauzi Marzuki / Lukhman S
April: Kumpulan Blackrose - Penantian / Saari Amri / Mario
Mei: Hattan - Memburu Rindu / M. Nasir / Bob Lokman
Jun: Kumpulan Laksamana - Gugurnya Bunga Cinta / Ismail Ahmad Nawab / Nizam Arjuna
Julai: Kumpulan Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi / Awang BPR / S. Amin Shahab
Ogos: Kumpulan Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan / Farida / Nur Cahaya
September: Kumpulan Kris - Tiara / M. Nasir / M. Nasir
Oktober: Shima - Setelah Aku Kau Miliki / Saari Amri / Azida NS
November: Kumpulan Mega - Takdir Dan Waktu / Rahim Othman / Juwie

Pemenang
Juara Lagu:
Takdir dan Waktu ( Rahim Othman / Juwie / Kumpulan Mega )
Setelah Aku Kau Miliki ( Shaari Amri / Shima )
Tiara ( M.Nasir / Kumpulan Kris )

Persembahan Terbaik:
Shima - Setelah Aku Kau Miliki
Kumpulan Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi
Kumpulan Kris - Tiara

Lirik Terbaik: M.Nasir - "Tiara"


Khamis, Julai 04, 1991

'Berkhayal cara saya, bukan bangga diri'

petikan Berita Harian 4 Julai 1991

Wawancara Eksklusif bersama M Nasir

Kelolaan: Tuminah Sapawi

Oleh:Azman Siraj (Penulis sambilan)

BIODATA

NAMA: Mohd Nasir Mohammed

USIA: 34 tahun

TEMPAT LAHIR: Singapura

PERKAHWINAN: Mendirikan rumah tangga dengan Junainah Johari pada tahun 1981 dan mempunyai dua orang anak, Mohd Ilham dan Al-Yasin.

KERJAYA:bPenyanyi, penggubah lagu/lirik, pelukis, penerbit album, dan pelakon filem.

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Bukit Panjang, Sekolah Menengah Bukit Panjang Govt High, Institut Kejuruan Boy's Town, dan Akademi Seni Halus Nanyang.

ALBUM:Untuk Pencinta Seni* (1980), *Dia Ibuku* (duet dengan Yunizar Hoessein, 1981), *Kumpulan Kembara* (enam album), dan *Solo* (1989).

KERAKYATAN: Menjadi rakyat Malaysia pada Januari 1989.

Hijrah?

Siapa kata M. Nasir telah berhijrah?

Beliau tidak berhijrah.

Ilham seninya masih tetap bersama orang Singapura.

Cuma zahirnya sahaja beliau kini bermastautin di Kuala Lumpur.

Sungguhpun M. Nasir kini sudah menjadi rakyat Malaysia, karyanya terus mengalir tanpa sempadan.

"Saya ke KL untuk meluaskan kreativiti seni, khususnya dalam bidang muzik dan lakonan. Sebab di KL, seni muzik lebih berkesan untuk dimajukan," kata penyanyi, penggubah, penerbit, pelakon dan pelukis serba boleh itu meluahkan perasaannya.

Perwatakan komposer unik itu memang sukar dibaca.

Masyarakat sekeliling sering tersalah tafsir.

Ramai membuat kesimpulan bahawa anak asal Singapura ini seorang yang egoistik.

Apakah betul M. Nasir begitu?

"Entahlah! Mungkin itu adalah pandangan mereka yang tidak mengenali diri saya yang sebenar."

"Mungkin kalau masyarakat tadi tahu perangai saya, mereka tidak akan cakap begitu," kata M. Nasir sewaktu ditemui di studio Luncai Emas, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, minggu lalu.

Dengan berpakaian kemas berbaju lengan panjang dan berseluar ketat, M. Nasir yang sedang mengumpulkan bahan untuk album solo terbarunya semakin rancak berbicara.

"Berkhayal! Memang itu cara saya."

"Tapi bangga atau besar diri, itu bukan saya!"

"Terserahlah kepada penilaian masing-masing."

"Yang penting, saya tidak susahkan orang lain," kata beliau dengan nada suara yang menurun tetapi tegas.

Tidak kiralah apa pandangan masyarakat, apa yang penting ialah M. Nasir sudah meluaskan skop seni muzik Melayu di rantau ini.

Masyarakat, terutamanya golongan peminat seni, mula menghargai sumbangannya.

"Sebenarnya, saya tidak suka diangkat sebagai wira atau pejuang lagu-lagu Melayu."

"Saya tidak menolak memang terdapat ramai golongan artis yang selalu mengharapkan sangat kepada anugerah."

"Sedikit kerja, macam-macam yang diminta."

"Sedangkan, menghasilkan lagu adalah tugas dan pekerjaan saya."

"Ia sudah menjadi kewajipan."

"Sebab di situlah sumber pendapatan saya mengalir."

"Kalau lagu-lagu yang saya ilhamkan digemari, saya suka."

"Senang."

"Tapi apa yang saya inginkan ialah lagu-lagu tadi didengar dan pendengar menghayati sama liriknya."

"Sebab, setiap melodi dan seni katanya mempunyai cerita tersendiri."

"Oleh itu, saya akan lebih senang kalau lagu-lagu saya diperkatakan."

"Dari situ, baru kita dapat sama-sama berfikir," katanya.

M. Nasir suka menghasilkan seni kata lagu yang mempunyai mesej yang mendalam.

Maksudnya, satu perkataan yang digunakan boleh membawa pengertian yang sangat berkesan.

Sebab itulah, selain penulis lirik Bob dan S. Amin Shahab, kesemua lirik lagu M. Nasir ditulis oleh beliau sendiri.

Kenapa?

"Sebab saya beratkan mesej daripada lagu-lagu tadi."

"Saya mahukan seni kata yang dapat meninggalkan kesan," ulasnya.

Kebolehan M. Nasir selaku penerbit album sudah terbukti.

Malah, tidak seperti penerbit-penerbit lain, beliau sering mengeluarkan dua tiga buah album daripada kumpulan atau penyanyi yang berlainan pada waktu yang sama.

"Seniman hanya dapat melahirkan ilhamnya apabila dicabar."

"Saya tidak boleh bekerja mengikut waktu yang selesa."

"Sebab itu, apabila saya rasa terdesak barulah saya dapat hasilkan ilham dan lagu-lagu."

"Ini sudah saya lakukan sejak zaman kumpulan Alleycats dan Kembara," M. Nasir menjelaskan lebih lanjut.

Beliau tidak ingat jumlah sebenar lagu-lagunya yang telah dirakamkan oleh artis dan kumpulan di sini.

Apabila diminta memilih antara lagu-lagu ciptaannya yang dianggap paling berkesan, beliau menjawab:

"Susah untuk saya kategorikan lagu-lagu yang saya ilhamkan."

"Seperti kata saya tadi, mencipta lagu memanglah kerja saya."

"Jadi, setiap melodi yang saya cipta mempunyai keistimewaannya tersendiri."

"Maaflah, saya tidak dapat nak pilih dan kategorikan lagu-lagu berkenaan."

Di Indonesia, lagu ciptaannya, *Fantasia Bulan Madu*, telah diubah liriknya kepada *Cinta Kita* untuk disesuaikan dengan selera masyarakat di sana.

Apa kata M. Nasir?

"Nak kata apa... benda itu sudah macam itu."

"Kalau kita larang pun, mereka tetap ciplak."

"Jadi, suka tak suka, terpaksa beralah."

"Sebab, kita tidak mempunyai kuasa untuk menuntutnya."

"Berlainan halnya di Malaysia dan Singapura."

"Sebab kita mempunyai badan tertentu untuk menjaga kepentingan para artis," katanya sambil mengurut rambutnya yang panjang melepasi kedua-dua belah bahunya.

Apabila diberitahu tentang persetujuan pihak Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) untuk membayar royalti lagu-lagu yang disiarkan, M. Nasir tersenyum sinis.

Lambat untuk beliau menjawab.

Keadaan lengang seketika.

Kemudian sambil mengangkat mukanya dan memandang tepat ke arah saya, beliau membuka mulutnya lagi:

"Perkara itu sepatutnya sudah lama dilakukan."

"Sahaja ada pihak tertentu yang melambat-lambatkannya," kata beliau tanpa melanjutkan percakapan.

Dalam bidang lakonan, menurutnya, beliau tidak memilih sangat watak-watak yang diberikan.

"Yang penting, jalan cerita itu mesti padat dan bermakna."

"Selama ini, saya hanya diberi peluang membawa watak-watak yang iras diri saya sendiri."

"Kalau boleh, saya mahu lakonkan filem komedi pula."

"Baru tercabar," kali ini M. Nasir kelihatan betul-betul mengorak senyuman melebar.

Ahad, Disember 30, 1990

Mustika - M Nasir (AJL 1990)

sumber : Youtube & Wikipedia Bahasa Melayu
(nota : tarikh peristiwa tidak dapat dikenal pasti)



Juara Lagu 1990 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1990. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. JL 90 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.

Finalis

Januari: "Mustika" nyanyian M. Nasir
Februari: "Sentuhan Kecundang" nyanyian Kumpulan Ekamatra
Mac: "Pusara di Lebuhraya" nyanyian Kumpulan Ekamatra
April: "Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" nyanyian Kumpulan Mega
Mei: "Sejati" nyanyian Kumpulan Wings
Jun: "Dari Sinar Mata" nyanyian Kumpulan BPR
Julai: "Kembang Terhalang" nyanyian Kumpulan Gamma
Ogos: "Sangkar Emas" nyanyian Endang S. Taurina
September: "Suci Dalam Debu" nyanyian Kumpulan Iklim
Oktober: "Janji Manismu" nyanyian Aishah
November: "CINTA" nyanyian Kumpulan XPDC

Pemenang

Juara Lagu
"Janji Manismu" nyanyian Aishah
"Suci Dalam Debu" nyanyian Kumpulan Iklim
"Sejati" nyanyian Kumpulan Wings

Persembahan Terbaik
Kumpulan Wings - "Sejati"
Aishah - "Janji Manismu"
Kumpulan Iklim - "Suci Dalam Debu"

Lirik Terbaik
"Suci Dalam Debu"





TAMBAHAN : Klip Asal Mustika
sumber Youtube


Sabtu, Disember 15, 1990

Jumaat, Jun 01, 1990

Menilai Kejujuran M Nasir dalam Karya Muziknya

Sumber ruangan ARTISKU TERSAYANG . URTV 1 Jun 1990. (Terima kasih Wiraaz Collezzione)

Tahniah kepada M.Nasir kerana menerima dua anugerah khas daripada BMG pada 28 Februari 1990 lalu atas kejayaan album (kaset) ‘solo'nya yang mencapai angka jualan melebihi 50.000 unit. Sebagai peminat setia M. Nasir sejak beliau menerbitkan album Ibuku (1981) duetnya dengan Yunizar saya kecewa juga kerana tidak dapat memilIki poster promosi album Solo. Saya hanya nampak poster M. Nasir dengan pelbagal aksi itu, di sudut potret. Pasar Budaya. Kuala Lumpur tetapi tidak ada di kedai kaset depan jalan Chow Kit, tempat saya membeli kaset itu.


Pertama kali melihat kulit album (kaset) 'Solo, saya tercari-cari makna perkataan ‘Solo' yang diabstrakkan. Dan saya memang sudah menjangka lagu 'Mustika' akan popular kerana gubahan muziknya memang unik. Itulah kreativiti M. Nasir. CayaLah.

Pemain gitar utama dalam album ini tidak dinyatakan tetapi saya dapat merasakan sentuhan tangkap lentuk yang lembut itu milik Hillary Ang. Setiap lagu dalam album. Solo' M. Nasir mempunyai mesej kekuatan dan peribadi tersendiri dan memang dicipta untuk memenuhi semua golongan pendengar dan masyarakat yang berbilang kaum. Lagu-lagu M. Nasir walaupun mengikut selera dan kehendak pendengar masa kini dengan ciri-ciri kebaratan, tetapi masih menyalurkan budaya kita dengan mengekalkan ciri-ciri tradisional, ketimuran, kemelavuan dan budaya nasional seperti muzik Cina. India dan Jepun. Itu yang dinamakan koleksi unsur-unsur muzik Balada Nusantara.

Kepada mereka yang memiliki kaset M. Nasir ini akan dapat menghayati apa yang tersirat di sebalik lirik lagu yang dapat mempengaruhi pemikiran manusia terutama orang Melayu.

MUSTIKA

'Mustika'. lagu berirama Balada Nusantara ini pasti menjadi lagu evergreen kerana melodinya yang unik dengan muzik asli Jawa dan bunyi-bunyian seperti angklung gamelan dan gong.

Lirik lagu Mustika' itu sendiri mempunyai banyak makna. Seperti lagu Kepadamu Kekasih ciptaan M.Nasir adalah rasa cinta seorang hamba kepada Tuhannya tetapi boleh dianggap kepada seorang kekasih. Terpulang kepada penerimaan pendengar.

Begitu juga lagu 'Mustika' selain melambangkan rasa cinta seorang kekasih kepada kekasihnya, seorang suami kepada isterinya atau sebaliknya, juga melambangkan rasa cinta manusia kepada Tuhannya.

Ini jelas dalam lirik 'Malam dingin yang kejam, aku tidak gentar kerana cintamu'. Hanya orang-orang yang dicintai Allah yang diberi kekuatan untuk bangun di malam  dingin untuk sembahyang malam dan berqiamullail. M. Nasir memang suka menggunakan perkataan 'malam' mungkin kerana malam yang sunyi banyak memberi ilham kepadanya. Sembahyang di waktu malam waktu paling baik untuk manusia mendekati Tuhannya. Lagu ‘Malam' nyanyian dan ciptaan M. Naslr yang berbentuk puisi pernah dinyanyikan oleh Ruhil dalam pertandingan Bintang Pujaan RTM dan dirakamkan dalam album “Live Search' nyanyian Amy dengan baik sekalI. Selalunya selepas mendengar lagu Maiam 'nyanyian M.Nasir saya akan mcmutarkan lagu Malam yang di rock kan oleh Amy Search.

Tahniah kepada M. Nasir kerana lagu Mustika menjadi juara rancangan paling popular 'Pujaan 10' Radio 1 RTM selama 7 minggu berturut-turut bermula pada 17 Disember 1989 lalu. Dan menjadi juara bulan Januari rancangan Muzlk-Muzik 90' TV3. Tahniah juga kerana lagu ‘Sentuhan Kecundang' ciptaan M. Nasir nyanyian kumpulan rock remaja Ekamatra pula mcnjadi juara bulan Februari Muzik-Muzik '90 TV3. Wa caya sama lu brother M.Nasir! Terus hidup!

'RAJAWALI TERBANG TINGGl' & SEMAKIN NYATA’

Dalam Kaset Solo' M. Nasir mengetengahkan melodi kaum Cina dan Tamil untuk menarik perhatian pendengar kaum itu dan sebagai melambangkan budaya nasional.

Lagu 'Rajawali Terbang Tinggi'. intronya bermuzik Cina. Lagu patriotik berentak  rancak ini mempunyai lirik yang baik seperti “Seluruh Nusantara rentaknya sama”. Kerana seluruh Nusantara (Kepulauan Melayu) rentaknya sama maka lahirnya irama Balada Nusantara.

Sementara lirik “Aku tak mahu dijajah lagi” menyedarkan orang Melayu yang pemikiran mereka masih dijajah dan kebaratan.

Lagu ‘Semakin Nyata', melodi lirik, gaya penyampaian dan suasananya mempunyai unsur India dan Hindustan. Masyarakat kita memang meminati irama Hindustan dan dangdut seperti yang banyak terdapat dalam lagu ciptaan A. Ali dan Ahmad Nawab. Tetapi ciptaan M.Nasir unik kerana lebih progresif.

‘DEMI MASA'

Lagu 'Demi Masa' yang mengambil masa panjang selama 6 minit 44 saat diambil dari terjemahan Surah Al-Ashr (Masa). Surah ini menerangkan bahawa manusia yang tidak menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya termasuk golongan yang rugi.

Antara liriknya. “Demi masa manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu”. Mereka yang tahu adalah mereka yang beriman beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Surah ini selalu dibawa sebagai penutup majlis ilmu atau ceramah agama.

Sebelum ini M. Nasir mencipta lagu ‘Dedaun Masa’ dan ‘Suatu Masa’ yang menggunakan tajuk masa. Ramli Sarip juga pernah mencipta lirik lagu yang diambil dari Al-Quran menerusi Surah Al-lkhlas dalam lagu ‘Kau Yang Satu' untuk filem Tsu Feh-Sofia.

PADANG LALANG

Lagu Padang Lalang mcmpunyai unsur muzik Jepun sesuai dengan lirik oleh Bob yang mengisahkan percintaan tiga segi antara tiga bangsa ketika pemerintahan Jepun dulu. Lirik lagu berbentuk cerita ini menggunakan unsur simbolik. Kisah seorang pemuda Cina (dilambang sebagai lalang) yang dicintai gadis Melayu (Si Kembang Cina) dan seorang pegawai Jepun wanita (Sakura).

Walaupun tidak sepopular lagu 'Isabella' tetapi lagu ini mempunyai peminat sendiri terutama peminat setia M.Nasir. Juga mereka yang suka melihat lalang.

SELOKA JEGELA MELAYU

‘Seloka Jegela Melayu', lirik oleh Loloq membawa kita mengenali perkataan Jegela. bahasa orang Perak bermaksud bandut atau 'pelawak’.

Bahasa menunjukkan bangsa. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun, budi bahasa dan peribahasa tetapi sekarang ini telah dilupakan.  Sorakan 'La la la la ' dalam lagu ini berciri kemelayuan. Sebelum ini lagu 'Putar Alam’ bercntak 'reggae' ciptaan M. Nasir menggunakan sorakan 'Eya, eya, eyo' yang berciri kemelayuan.

BIARKAN LUNCAI TERJUN

Hanya lagu 'Biarkan Luncai Terjun' yang berirama rock dalam album ini. Lagu ini adaptasi (penulisan semula) dari puisi Pyanhabib.

Sejak dalam filem 'Kembara... Seniman Jalanan’  lagi telah nampak minat M.Nasir mengetengahkan puisi Pyanhabib yang sinis kepada orang Melayu. Kepada pembaca yang pernah menghayati lirik lagu yang menggarapkan sifat orang Melayu ini dan membaca puisi "Melayu uv Melayu". Pyanhahib akan faham maksud saya.

Lagu-lagu lain lagu Tarian Rimba Mistikal lirik oleh Dr. Wan Zawawi memang cukup abstrak kerana mcnyentuh alam tasawuf. Tasawuf adalah ajaran untuk mengenal dan mendekatkan diri dengan Allah. Lagu ini mengajak kita membersihkan jiwa (dilambangkan sebagai 'rimba') yang telah temoda.

LAGU-LAGU LAIN…

Lagu ‘Sayembara Hidup’ menggunakan hembusan harmonika yang mirip irama blues dan country. Lagu ini mcmpunyai tema kehidupan seperti lagu 'Lebuh Raya Kehidupan' ciptaan M. Nasir, nyanyian Kumpulan Kopratasa.

Sementara lagu Yang Bertakha Akhirnya  adalah lagu cinta untuk mereka yang kecewa tetapi liriknya tidak mengecewakan atau mengkhayalkan.

Lagu ‘Fasafah Cinta' lirik oleh Bob yang dinyanyikan secara duet M.Nasir dan Rahim Maarof yang mempunjai ‘key' suara yang hampir sama mengajak kita mencintai keindahan dan kedamaian.

Lagu ini pernah menjadi lagu tema  cerekarama TV3, 'Alina’ lakonan M.Nasir dan arahan pengarah muda yang kreatif  dan berbakat. Aziz M. Osman. Siapa kata kita tidak boleh buat drama futurisme.? Tahniah kepada Aziz! Semoga filem Fenomena lakonan M.Nasir dan arahan Aziz M Osman akan mendapat sambutan hangat! Sehangat lagu Isabella!

Ada maksud yang tersirat dalam dialog terakhir M.Nasir sebagai Zahfuan dalam cerekarama 'Alina' iaitu “Kita sembang, apa saja, mengenai Tuhan mengenai alam mengenai kita (manusia)”. Ketuhanan alam dan kemanusiaan (kehidupan) itulah yang sering menjadi tema lagu-lagu M.Nasir.

M.Nasir memang suka memegang watak yang unik seperti dalam cerekarama ‘Novel Oleh Atikah (Ogy’s Production) dan Alina.

Apakah M.Nasir yang telah menjadi warganegara Malaysia  tahun 1989 lalu akan memberi saingan hebat kepada pelakon lelaki lain dalam Pesta Filem Malaysia dan kepada pcncipta lagu lain dalam rancangan Muzik Muzik 90' TV3 itu? Bagi saya itu tidak mustahil kerana M,Nasir memang seorang dramatis dan pelakon berbakat. M.Nasir juga banyak mencipta lagu yang "evergreen" sejak dulu seperti lagu 'Srikadi Cintaku” dan banyak lagi……

Sambungannya di ….majalah URTV 1 Jun 1990

Khamis, Mac 01, 1990

Album ‘Teori Domino’ Wings diedar minggu ini

petikan Berita Harian 1 Mac 1990

 

WINGS: Jualan dua albumnya sebelum ini, Irama Belenggu dan Hukum Karma melebihi 290,000 unit.

ALBUM terbaru kumpulan Wings, berjudul Teori Domino terbitan M. Nasir telah diedarkan mulai minggu ini.

Album ketiga yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sendiri, Fly Wings dan diedarkan oleh BMG, masih menggunakan konsep ‘hard-rock’. Ia memuatkan pelbagai rentak seperti ‘reggae’, ‘blues’, pop rok, ‘ballad’ dan ‘hard rock’.

Di samping itu, album itu juga memuatkan rangkaian lagu yang dinamakan Trilogi, yang mengandungi tiga lagu iaitu Potret Monalisa ciptaan J. S. Kevin dan lirik oleh Ann, Insaf (Wings/Ann) dan lagu Inggeris Midnight Blues (M. Nasir).

Manakala lagu lain berjudul Rantai ciptaan dan lirik M.Nasir, Sejati (M. Nasir), Romania (Keon/Nasir Jani), Bujang Senang (Wings), Di Persimpangan (Keon), Harapan (M. Nasir), Perhentian (J. S. Kevin) dan Alam Barzakh (Wings).

Rakaman album mereka dijalankan selama dua minggu di Sarawak mulai 19 Disember tahun lalu manakala rakaman lagu Sejati dijalankan selama sehari di Kuala Lumpur.

Sebelum rakaman, anggota Wings iaitu Ahmad Azhar Othman (Awie), Abul Zamin Kadir (Joe), Samsaidin Ulung Idris (Eddie) dan Azmi Hashim (Black) bersama M. Nasir telah mengadakan latihan pesat untuk memastikan album mereka kali ini lebih hebat.

Wings, yang dianggap sebagai salah sebuah kumpulan rok terbaik di negara ini, bukan saja terkenal di Malaysia, tetapi Singapura dan Brunei Darussalam. Mereka juga pernah mengadakan persembahan di Thailand.

Album pertama mereka yang berjudul Belenggu Irama yang diedarkan pada 1987 mendapat sambutan menggalakkan dan kira-kira 120,000 unit telah dijual. Lagu Peronda Jaket Biru dan Biarkan Berlalu adalah antara lagu yang diminati ramai.

Album kedua pula berjudul Hukum Karma dikeluarkan tahun lalu dan lebih 170,000 unit telah dijual.

Lagu popular mereka, Misteri Mimpi Syakilla, Hukum Karma dan Taman Rashidah Utama menjadi siulan anak muda.

Lagu Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama berjaya ke peringkat akhir ‘Juara Lagu 89’ terbitan TV3 dan Wings berjaya meraih tempat kedua dan ketiga dalam kategori Persembahan Terbaik.

Pengurus mereka, Ali Bakar, berkata sebagai langkah memperkemaskan lagi persembahan Wings, anggotanya kini menjalani pelbagai kursus.

Penyanyi utamanya, Awie, mengambil kursus vokal dan bahasa Inggeris, Joe kursus membaca nota di Yamaha, Eddie kelas bass di Babybos Studi, membaca nota dan susunan muzik, manakala Black kursus dram.

Awie, selain menyanyi boleh bermain gitar utama, dram dan bass, Joe (dram dan keyboard), Eddie (dram, keyboard dan gitar), Black (gitar utama dan gitar bass). — BHM.

M. Nasir perkenal muzik senusantara

petikan Berita Harian 1 Mac 1990

Oleh A. Kadir Pandi

Penulis sambilan

SATU era baru telah muncul dalam arena muzik Melayu. Era ini dikenali sebagai ‘Balada Nusantara’ yang mendapat perhatian serius daripada pemuzik, pencipta dan juga peminat seni suara.

M. Nasir, seorang pencipta dan penerbit album, telah memperkenalkan era ini melalui lagu Mustika yang terdapat dalam album solonya yang terbaru.

Kemudian, Manan Ngah, seorang lagi pencipta terkenal dari Malaysia, mengembangkan muzik nusantara ini kepada orang ramai menerusi penyanyi sulungnya, Sheqal.

Apakah itu muzik ‘Balada Nusantara’?

Dalam temuramah yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di Kuala Lumpur baru-baru ini, M. Nasir memberitahu bahawa muzik tersebut adalah satu komposisi alat-alat muzik tradisional yang satu ketika dulu menjadi kebangaan di kepulauan Melayu yang merangkumi beberapa buah pulau seperti New Guinea, Filipina, daerah Acheh, Jawa, Sumatera, Borneo dan juga Sulawesi.

Ia adalah campuran muzik populor masa kini bagi menyesuaikan suasana dan selera para pendengar.

Ia juga merupakan satu percubaan untuk menyatukan gabungan irama dan alat-alat muzik tradisional seperti angklung, gamelan dan irama zapin yang disatukan menjadi muzik populor.

M. Nasir menyifatkan muzik ‘Balada Nusantara’ bukan satu tren, tetapi satu perkembangan yang harus dikekalkan sampai bila-bila.

“Muzik ini boleh dijadikan sebagai satu budaya kita sendiri,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan bahawa muzik rok hari ini adalah warisan dari Barat. Ia bukan budaya Melayu dan sama sekali tidak boleh diterima sebagai budaya orang-orang timur.

Istilah ‘rok Melayu’ yang sering kedengaran hari ini adalah kebetulan liriknya Melayu dan dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Tetapi muzik rok dan irama itu sendiri adalah dari Barat.

Dalam majlis pelancaran album solo M. Nasir di Kuala Lumpur tahun lalu, satu seminar mengenai corak dan irama ‘Balada Nusantara’ ini telah diadakan. Beberapa orang pemuzik terkenal menjadi panel dalam seminar itu.

Berbagai tanggapan dan pendapat telah diluahkan. Seminar tersebut, menurut beberapa orang pemerhati, berguna untuk generasi hari ini meskipun terdapat beberapa pandangan yang bercanggah.

Dalam satu temuramah di Kuala Lumpur tidak lama dulu, Manan Ngah berkata masanya sudah tiba bagi pemuzik-pemuzik hari ini melebihkan perhatian kepada muzik dan lagu-lagu ‘Balada Nusantara’.

“Amatlah baik kalau percubaan M. Nasir dan saya sendiri menjadi satu rangsangan kepada pencipta-pencipta dan pemuzik-pemuzik lain,” kata Manan.

Beliau mula tertarik dengan lagu-lagu ‘Balada Nusantara’ ini setelah mendapatinya amat berguna untuk generasi hari ini.

Alat-alat muzik tradisional yang terdapat di rantau Nusantara ini dapat diadun menjadi satu komposisi muzik yang menarik.

Dalam album sulung Sheqal, yang sudah ada dalam pasaran sekarang ini, Manan telah membuat satu percubaan yang serius.

Adunan irama daripada alat-alat muzik tradisional ketara dalam lagu Cinta Nusantara ciptaan Manan Ngah sendiri dan lirik oleh Habsah Hassan.

Antara seni kata lagu itu berbunyi:

Berinduk bak ayam

Rumpun bak serai

Junjung Bak Sirih

Itulah kita

Di Nusantara....’

Seni kata Habsah Hassan ini jelas menggambarkan bukan saja satu rumpun bangsa, tetapi juga satu rumpun muzik tradisional yang harus disatukan menjadi satu budaya untuk perkembangan muzik hari ini.

Rabu, Februari 28, 1990

Telefilem Alina

 Sebuah telefilem "cult" bagi peminat M.Nasir. Ada yang masih ingat ingat lupa semasa ia ditayangkan di TV?

Ahad, Januari 21, 1990

Mega berterima kasih kepada Nasir

petikan Berita Harian 21 Januari 1990

Oleh A. Kadir Pandi.

PENCIPTA lagu dan penyanyi M. Nasir telah dapat menyelamatkan sebuah kumpulan rok dari Kuala Lumpur yang hampir tenggelam dalam persaingan memenangi hati peminat.

Dengan lagu ciptaannya, Sekuntum Bunga Sakura Di Gunung Sahara, M. Nasir dikatakan telah menaikkan semula nama kumpulan Mega.

Ini disahkan sendiri oleh Asma Zarith Ismail, penyanyi utama kumpulan itu. Menurutnya, lagu ciptaan M. Nasir itu adalah lagu terbaik antara sepuluh lagu kumpulan tersebut.

Turut menyumbang mengharumkan nama kumpulan yang terdiri daripada lima orang itu ialah penulis lirik S. Amin Shahab.

Semasa ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini, Asma berkata Mega beruntung kerana M. Nasir sudi menyumbangkan lagu ciptaannya itu.

Tambahnya, Rahim Othman, seorang pemuzik yang dikenali di Malaysia, juga mengakui lagu itu mempunyai mutu dan nilai komersil.

"Rahim yang menerbitkan album kami, memberitahu lagu itu akan menaikkan nama Mega dan ia kini menjadi kenyataan. Kami berasa berbesar hati," kata Zarith.

Beliau menambah: "Malah, semasa merakamkan lagu itu kami sudah mengagak Sekuntum Bunga Sakura Di Gunung Sahara akan meletup."

Bagaimanapun, mereka tidak pasti tentang masa depan Mega. Mereka tidak dapat mengambil album sulung mereka yang berjudul Mega, sebagai satu jaminan yang utuh.

Anggota-anggota Mega terdiri daripada Hasdi Kamal Arif, 21 tahun (gitar utama); Husni Kamal Arif, 23 tahun, (gitar kedua); Abdul Hamid Sahlan, 18 tahun (dram); Ahmad Sulaiman, 24 tahun (bes) dan Zarith sendiri.

Zarith berkata: "Apa yang dapat saya katakan di sini ialah lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara hanya dapat mendorong kami untuk terus berusaha memperbaiki persembahan dan nyanyian kami.

"Kalau boleh, kami mahukan sumbangan M. Nasir lagi bagi album kami yang akan datang. Tapi ini tidak bermakna kami bergantung semata-mata kepada sumbangan beliau. Dalam pada itu kami akan berusaha untuk menyamakan kedudukan Mega dengan kumpulan-kumpulan yang terkenal dewasa ini."

 — Asma Zarith Ismail, penyanyi utama Mega.

Khamis, November 23, 1989

M.Nasir memburu muzik Nusantara

petikan Berita Harian 23 November 1989, Page 5

Penulis sambilan

“Kita semua sedang mencari apakah sebenarnya irama muzik Nusantara yang sebenarnya kerana ia meliputi pelbagai negeri di nusantara ini dan banyak alat muziknya"


Atas permintaan M.Nasir,  bekas pengurus kumpulan Wings menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan Gong. Kumpulan seramai empat orang ini adalah pem pemuzik pemuzik berpengalaman.

MUZIK Nusantara menjadi ‘buruan’ pencipta lagu dan penyanyi M. Nasir dewasa ini. Muzik demikian sedang dicari, diteroka dan diteliti untuk diketengahkan kepada pendengar.


Jenis muzik begini masih lagi dipertikaikan dan para pencipta muzik belum menemui nilai-nilainya yang sebenar.


Ini diterangkan oleh Bob, seorang pencipta lagu dan penulis lirik, yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Bob berkata, beliau dan M. Nasir akan memperkenalkan muzik Nusantara itu secara beransur-ansur melalui lagu-lagu ciptaan M. Nasir. Lagu-lagu itu akan diselitkan  dengan pelbagai bunyian daripada alat-alat bunyi tradisional.


“Kami telah membuat percubaan ini melalui lagu Mustika yang terdapat dalam album solo M. Nasir berjudul Solo,” jelas Bob. Bunyi gamelan terdapat dalam lagu ini.


Beliau menyambung: “Dari maklum balas yang saya terima, lagu itu mendapat sambutan baik. Ini satu percubaan yang mengalakkan kerana dengan adanya alat-alat bunyian tradisional, sekaligus akan membangkitkan semula citarasa, mengenal dan mencintai alat-alat yang kian pupus itu.


“Masanya sudah sampai bagi pencipta dan penerbit lagu-lagu Melayu memuatkan lebih banyak irama tradisional ke dalam muzik. Bob, atau nama sebenarnya Mohd Lokman Hakim dan bertindak selaku pengurus peribadi kepada M. Nasir, menambah: “Alat-alat muzik tradisional sudah tidak lagi menjadi alat utama.


“Lebih 20 alat bunyi tradisional yang harus digunakan untuk mewujudkan citarasa muzik Nusantara yang sebenarnya.


“Saya percaya dengan adanya alat-alat muzik tradisional dalam lagu-lagu moden hari ini akan menghasilkan irama muzik nusantara.


Mereka ialah Muhd Hanif Mohd Ali (gitar utama), pemuzik yang sering membantu M. Nasir di dalam studio; Sahar Adam (dram), Yanto Yan (bass) dan Zulkifli Haji Mahat (keyboard), bekas pemain kumpulan Memories.


Selain bertindak selaku kugiran pengiring, kumpulan Gong, Bob dan M. Nasir akan cuba mencari sesuatu yang dapat diperkenalkan sebagai muzik Nusantara meskipun sekarang belum ada suatu irama yang pasti dapat diperkenalkan.




Mahu kenalkan Muzik Nusantara : M Nasir (tengah) dengan para anggota Gong, Dari kiri Mohd Hanafi, Sahar Adam, Yanto Yan dan Zulkifli