petikan Media Hiburan -7 Februari 2025
Karnival gaya hidup dan makanan, Makar Fest, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa kembali ikon muzik tanah air, Datuk Dr. M. Nasir, ke Kota Bharu, Kelantan selepas lebih dua dekad.
Menurut Issey Fazlisham, individu utama di sebalik penganjuran bersama Red Bean Productions & Agency dan Sunburst KL, kemunculan M. Nasir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu menjadi detik paling istimewa.
Apatah lagi, kali terakhir penyanyi dan komposer legenda itu membuat persembahan di sana adalah 25 tahun lalu.
Satu Penghargaan Besar
M.Nasir Kembali Ke Kelantan Selepas 25 Tahun, Issey Fazlisham Berbangga – “Saya Akui Bukan Mudah Memujuk Figura Hebat Itu.”M.Nasir Kembali Ke Kelantan Selepas 25 Tahun, Issey Fazlisham Berbangga – “Saya Akui Bukan Mudah Memujuk Figura Hebat Itu.”
“Pastinya satu penghargaan buat kami apabila beliau sudi dan bersetuju hadir membuat persembahan di Makar Fest sempena Malam Muzikal Makar pada 31 Januari lalu.
“Saya akui bukan mudah untuk memujuk figura hebat itu dek kesibukannya tapi bersyukur rezeki kami dan saya sendiri teruja selepas beliau setuju sebaik kita kongsi konsep karnival ini yang lain dari lain iaitu membabitkan tiga elemen makar (fesyen), makan dan muzik.
“Sifu M.Nasir mempunyai ciri-ciri itu iaitu seorang penyanyi yang sentiasa ada gaya tersendiri dan ditunggu-tunggu oleh peminat di Kelantan,” katanya.
Di dalam acara itu, M. Nasir menyampaikan beberapa buah lagu hits, antaranya Hati Emas, Mentera Semerah Padi dan lagu dialek Kelantan Lagam Pok Dogol.
Maestro muzik itu turut ‘sporting’ dan sudi menyampaikan lagu tambahan Raikan Cinta selain turut bersama-sama berdikir lagu Wau Bulan.
Selain M.Nasir, penyanyi Amir Masdi turut memeriahkan malam berkenaan bersama pelawak Sabri Yunus.
Teruja Dapat Sumbang Sesuatu
Issey yang juga penyampai radio Gegar FM dan pelakon bersyukur atas sambutan hampir 250,000 pengunjung sepanjang empat hari karnival yang turut diwangikan oleh Yaya Empire di perkarangan Mydin Mall di Tunjong, Kota Bharu.
Sebagai anak jati Kelantan, Issey pada masa sama gembira kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat termasuk peluang perniagaan.
Issey menambah, berdasarkan sambutan hangat diterima, karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti seisi keluarga termasuk barangan makanan, fesyen dan hobi bakal diteruskan dengan Makar Fest 2.0.
“Kita mendapat respon yang sangat baik dan sokongan padu daripada peserta karnival yang mahu Makar Fest diteruskan dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan