petikan Harian Metro 8 September 2007
Oleh Norhayati Nordin
KATEGORI Vokal Lelaki Pilihan Anugerah Era 2007 (AE07) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands malam ini diramalkan milik penyanyi dan komposer terkenal, M Nasir kerana satu-satunya calon ‘senior’ dalam kategori itu.
Calon lain, penyanyi nasyid Akhil Hayy, Diddy (AF4), Faizal AF4 dan Yazer (AF3) dan bukan menidakkan peluang mereka tetapi jika diukur pada pengalaman, mereka masih baru dalam industri. Apapun, semuanya bergantung pada pilihan pendengar stesen radio popular itu.
Kategori Vokal Wanita Pilihan pula menampilkan persaingan sengit antara Datuk Siti Nurhaliza dan juara Ikon Malaysia, Jaclyn Victor.
Kategori lain dipertandingkan, Artis Harapan Pilihan, Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan, Band Pilihan, Irama Global Pilihan, Lagu Nasyid Pilihan, Artis Inggeris Tempatan Pilihan, Lagu Rock Pilihan, Lagu Pop Pilihan, Video Muzik Pilihan dan Pilihan Kaki Wayang.
Mawi yang pernah menang Vokal Pilihan Lelaki tahun lalu, hanya dipilih bertanding empat kategori, Vokal Duo/Berkumpulan, Lagu Pop, Lagu Nasyid dan Video Muzik Pilihan.
Sukar untuk meramalkan kategori mana yang akan dimenangi Mawi. Kalau bukan dua, dia mungkin menyapu bersih empat kategori itu.
Selain debaran menanti keputusan diumumkan, AE07 juga diserikan dengan persembahan penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, Hattan, Anuar Zain, Misha Omar, Andy Flop Poppy, Ella, Man Kidal, Kristal, Jinbara dan bintang Akademi Fantasia, Vince, Bob, Farah, Diddy, Idayu, Mila serta Aizat.
Bagi penyampaian anugerah pula, Era mengundang beberapa nama besar dalam industri, Datuk Rahim Razali, Datuk Siti Nurhaliza, Fatimah Abu Bakar, Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim.
Penyampai Era, Rostam, Linda Onn, Aznil Nawawi, Nana, Zizi, Reza, Yasmin Hani, AC Mizal dan Jimmy Shanley juga terbabit menyampaikan anugerah kepada pemenang. Tema AE07 kali ini Trend dan Tradisi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan