Rabu, April 12, 2006

Isu banding P. Ramlee lucu - M. Nasir

petikan Utusan Malaysia 12 April 2006

KUALA LUMPUR 11 April - Komposer muzik terkenal, M. Nasir menganggap isu membandingkannya dengan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai `melucukan'.

Malah beliau menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz bahawa dia tidak setanding dengan karyawan tersohor negara itu, tidak perlu diambil serius.

Sehubungan itu, M. Nasir menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan isu tersebut kerana ia langsung tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.

Ketika ditanya sama ada beliau `ambil hati' dengan kenyataan wakil rakyat itu yang seolah-olah memperlekehkan sumbangannya dalam industri muzik, beliau menyatakan: ``Saya tidak tersinggung.''

``Isu ini melucukan, kelakar,'' ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

M. Nasir diminta mengulas kenyataan Mohamed yang mempertikaikan siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam yang menyiarkan perdebatan siapa lebih hebat antara P. Ramlee, Sudirman dan M. Nasir.

Wakil Rakyat itu menyatakan: ``P. Ramlee tiada tandingan, siapa M. Nasir, siapa Sudirman nak dibuat perbandingan.''


Kakak Sudirman tersinggung
lagi petikan Utusan Malaysia 12 April 2006

KUALA LUMPUR 11 April - Keluarga Allahyarham Sudirman Hj. Arshad tersinggung dengan keceluparan seorang ahli Parlimen yang membandingkan penghibur tersohor itu dengan Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee.

Kakak penyanyi tersebut, Datin Rudiah @ Rodziah berkata, Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz juga tidak wajar membandingkan P. Ramlee dengan M. Nasir.

Menurut beliau, sumbangan Seniman Agung itu memang tidak dapat dinafikan tetapi ia tidak harus menidakkan langsung bakat kedua-dua anak seni yang banyak berjasa kepada negara.

Katanya, bukan semua boleh menghibur seperti Allahyarham Sudirman sehingga digelar Penghibur Terbaik Asia manakala hasil karya M. Nasir memang diakui antara yang terbaik sehingga digelar `Sifu'.

``Sikap mengkritik membuta-tuli seperti itu amat tidak wajar dan tidak adil kepada Sudirman dan M. Nasir kerana bakat seni mereka anugerah Allah s.w.t.

``Sudirman sudah meninggal dunia, dia tidak dapat mempertahankan dirinya, jika saya M. Nasir, sudah tentu saya berkecil hati,'' ujarnya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau meluahkan kekesalannya berhubung kenyataan Mohamed yang mempertikaikan siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam yang mendebatkan siapa lebih hebat di antara P. Ramlee, Sudirman dan M. Nasir.

Wakil Rakyat itu menyatakan: ``P. Ramlee tiada tandingan, siapa M. Nasir, siapa Sudirman nak dibuat perbandingan.''

Ekoran kenyataan itu, Rudiah berkata, mereka sekeluarga terluka kerana ia ternyata memperlekehkan hasil penat lelah Sudirman yang tidak jemu-jemu mengangkat martabat seni tanah air.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan, keluarganya boleh menerima perdebatan itu jika ia disertai oleh tokoh-tokoh akademik yang menjalankan penyelidikan mendalam mengenai sumbangan ketiga-tiga pihak.

7 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku tak hairan bila baca atau dengar kenyataan MP seperti itu. Dia nak mendapat nama barangkali...atau juga untuk mendapat publisiti murahan?

P. Ramlee tetap P Ramlee, Sudirman tetap Sudirman, M.Nasir tetap M. Nasir... Mereka bertiga mempunyai 'class' dan karisma tersendiri....

osh berkata...

sepatutnya M Nasir kena sebut jugak....'siapa dia Mohamed Aziz ni?'.....mamat ni jugak kalo tak silap pernah nak humban Hattan ke laut sebab kononnya nyanyi lagu Negaraku tak betul....

Saudagar Mimpi berkata...

Yup! MP yang sama juga.
Isu "siapa......" ni sensitif. Ingat lagi dulu sifu pun pernah terkena.

osh berkata...

"siapa Dr Mahathir?".....haha ingat lagi....sampai kena ban tu....kesian sifu.sampai diungkit2 yang sifu ni orang kelahiran singapura tak layak nak kritik Tun...

Lord Vorphalack berkata...

aku rasa jasa M.Nasir pd dunia seni tanahair akan lebih dikenang bila dia dah tiada....

samalah mcm kes P.Ramlee or Sudirman...bila dah takde baru kenang...

Tanpa Nama berkata...

MP malaysia bukannya terkenal kerana intelek mereka. Mcm pepatah mat saleh mengatakan, "you dont argue with idiots", kita patut menendahkan MP yang tak de kelas tu.

orang muda berkata...

manusia masing2 ada kelebihan dan kelemahan.. mp tu sape nk persoalkn bnde ni.. dh rse bgus sgt ke..?? dah bnyk sgt ke jasa kt tnh air ni.. dh rse hebat ke smpai bley keluarkan isu ni.. jgn prlekehkn org yg sdh mndpt tmpat di hati masyarakat.. lgpun p.ramlee, sudirman dan m.nasir dh byk mnaikkn nama tnh air dlm bdang seni.. mereka mghiburkn org bknlh semata2 utk mngejr populariti.. usaha mereka sndiri xde mnyushkn org lain pon.. so x perlulah kite bnding2kn.. kte sbgai rkyt malaysia prlulh sokong.. bknnya mnjatuhkn org laen.. orang yang berjasa psti akn dkenng hingga ke akhir hayat.. bak kt pepatah melayu harimau mati meningglkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
maafkn sy krna mgkin ad kata yang bleh mnyinggung prasaan.. krana sya mmbesar dgn cerita p.ramlee.. sy jga mndalami kisah hidup sudirman dn lagunya.. dalam menghiburkn org.. ad kisah duka mereka.. tggl x smpat jmpe mreka.. klulh sy bleh putr masa.. tringin jga sy jmpa arwah sudirman dan p.ramlee.. klu bleh sy nk sume klip2 video mreka.. terima kasih..