petikan sebuah majalah dari koleksi Wiraaz Collezzzione. TQ bro!...
KEMBARA...Seniman Jalanan
berkisarkan perjalanan hidup seorang anak muda yang menghadapi lima persoalan hidup dalam usaha menempatkan dirinya sebaris dengan popular setempat.
Kini menapak di Kuala Lumpur. Berbagai-bagai peristiwa lucu, aneh, terasing, tekanan jiwa dan sedih berbaur geram dialaminya hasil dari kejutan budaya kota-desa.
Tapi anak desa ini yang berbekalkan semangat Melayu yang tidak mengenal erti jemu dan kekecewaan mampu berhadapan dalam semua kemungkinan, walaupun pada keadaan tertentu tindaklakunya tidak ubah seperti Hang Jebat berada di zaman Raja berjulang dan Bujang di zaman biadap!
Bob Dylan - semangat muzik rakyatnya meresap ke jiwa Bujang. Penerimaan negatif nasyarakat terhadap lagu-lagu rakyat benar-benar membingungkan. Keanehan mula berputik, Dengan memperjuangkan lagu-lagu rakyat inilah menyebabkan dia gagal dalam uji suara pertamanya. Tapi aneh! Perjuangan ini jugalah membawa BUJANG berdepan dengan kancah cetak rompak.
Tuhan Maha Kaya - perjuangannya ini mendapat simpati dari seorang produser muda yang unik, Biarpun dia dipungut dari barisan-barisan seniman jalanan, namun konsep dan imej tetap terpelihara. Kejayaan mula terserlah. Bujang berdepan pula dengan persoalan cinta dan persahabatan.
Cinta-cinta ertinya kebenaran. Kembara dalam seni ertinya satu perjuangan mencari kebenaran. Tidak sesiapa dapat berbicara tentang kebenaran dan tidak sesiaa dapat memberikan cinta kepada seorang pejuang seni...kerana apa itu cinta,,.inilah yang dilalui oleh Bujang.
Persahabatan - Bujang juga tidak terlepas dari mencari dan mengenal erti persahabatan. Peristiwa-peristiwa yang dilaluinya menyedarkan tentang berbagai-bagai darjah perhubungan yang wujud sesama manusia.
Osman walaupun seorang kutu dari kaca mata manusia lain, dia juga seorang pejuang. Falsafahnya kita mesti terus hidup dalam apajua keadaan, kejayaan boleh dimiliki di atas hak milik orang lain. Dengan falsafah inilah dia mengenali Bujang hingga secara tidak langsung membantu Bujang ke mercu kejayaan...tapi dengan falsafah ini juga mambawa kerenggangan persahabatan mereka yang berakhir dengan suasana yang tragik. Berjayakah Bujang menukar imej Osman?
KEMBARA...SENIMAN JALANAN
PENERBIT PRODUSER : ZSA FILM PRODUCTION
PRODUSER EKSEKUTIF : SHAHARUDDIN ABD WAHAB
PENGARAH : NASIR BANI
CERITA ASAL : M NASIR
PENDUKUNG WATAK :
M.NASIR
KHATIJAH IBRAHIM
PYAN HABIB
DR. SAM
IMUDA
AZMI MOHAMMAD
NEERUAM
SHAH REZA
KUMPULAN UNDANGAN :
KEMBARA
BLUES GANG
KUMPUALAN THE SEARCH
* RAMLI SARIP & SWEET CAHRITY turut berlakon dalam filem ini
* Sila klik di sini utk membaca keratan sebenar dari laman http://wiraaz2.multiply.com/photos/album/4015/Kembara-....-Seniman-Jalanan-1984
berikut pula adalah keratan Variapop milik saudara Kamal Talib (klik gambar utk membacanya)
Lagi info mengenai filem Kembara Seniman Jalanan boleh diperolehi di :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan