ANALITIC

Rabu, Ogos 12, 2026

M Nasir 'peram' Mansur & Liu 6 tahun

petikan  Berita Harian 12 Ogos 2026

Oleh Affan Rostam 

M Nasir bersama barisan pelakon Teater Muzikal Mansur & Liu selepas sidang media pementasan berkenaan di Istana Budaya, baru-baru ini. - Foto NSTP/ Nabila Adlina Azahari

KUALA LUMPUR: Bakal mengarahkan teater buat kali pertama selepas hampir lima dekad bergelar anak seni, maestro muzik, Datuk M Nasir, tidak sabar menterjemahkan segala yang terbuku dalam fikiran dan hati ke pentas menerusi teater muzikal Mansur & Liu.

Selepas lebih enam tahun 'memeram' idea berikutan beberapa faktor, M Nasir bakal mencipta satu lagi sejarah peribadi menerusi pementasan yang dijadual berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di sini, selama 11 hari mulai 10 September depan.

Memilih mengangkat kisah Sultan Melaka keenam, iaitu Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu daripada Dinasti Ming yang diambil daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, karya berkenaan dijangka hadir dengan kekuatan jalan ceritanya.

Malah, Mansur & Liu bakal menjadi antara pementasan berskala besar terawal dipersembahkan di IB selepas panggung seni utama negara itu selesai menjalani kerja pembaikan dan naik taraf.

Bagaimanapun, dalam keghairahan mengarah dan mementaskan teater sulungnya, M Nasir tidak terlepas daripada kritikan warga maya susulan pemilihan artis sensasi, Aliff Aziz, untuk melakonkan watak Sultan Mansur Shah.

Pemilihan nama pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu dipersoalkan segelintir pihak susulan kontroversi yang pernah membabitkannya.

Namun, komposer dan penyanyi legenda berusia 68 tahun itu berkata, beliau bersama pasukan produksi mempunyai alasan tersendiri dalam pemilihan setiap pelakon selepas mengadakan sesi uji bakat.

"Semua ini (watak) ada kriterianya. Teater muzikal ini membabitkan ramai pelakon, tetapi ada yang tidak memenuhi kriteria yang kita cari. Satu perkara lagi yang penting, terutama dari segi nyanyian.

"Jadi, proses memilih itu cerewet dan memang kena cerewet. Bukan sebab perangai kita cerewet, tetapi memang kita perlu cerewet. Kalau tidak, nanti kita yang menyesal.

"Tapi saya pasti ada juga orang yang tidak berpuas hati sebab kita semua ada hak untuk memilih.

"Namun, kita cuba dapatkan pelakon yang sedekat mungkin dengan watak yang kita bayangkan sebelum ini. Jadi, yang dipilih ini adalah paling dekat dengan bayangan kita," katanya pada sidang media Teater Muzikal Mansur & Liu di Istana Budaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, pengasas Icon Entertainment, Iman Tang selaku penganjur bersama dan Pengarah Produksi Istana Budaya, Hanida Mohamed Yusof.

Mengulas mengapa idea pementasan berkenaan akhirnya dapat direalisasikan sekarang, M Nasir berkata, ia bergantung kepada peluang yang sebelum ini belum berpihak kepadanya.

"Ini mengenai peluang. Ia bergantung pada semangat juga kerana sekian lama saya memang mahu buat, tetapi peluang itu tidak dapat.

"Saya sudah tengok kebanyakan persembahan di negara kita dan memang hasrat saya mahu buat. Tetapi kalau hendak buat, saya mahu buat betul-betul dan memberikan satu persembahan yang baharu, kuat dan impaknya besar," katanya.

M Nasir berkata, idea tercetus lebih enam tahun lalu selepas dia tertarik dengan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu ketika membaca Sulalatus Salatin.

"Saya ambil peluang mengusulkan idea pementasan teater muzikal ini kepada sebuah syarikat, tetapi akhirnya ia tidak menjadi kenyataan.

"Kemudian, pandemik COVID-19 melanda dan idea itu seakan-akan terhenti. Maknanya, sudah enam tahun idea untuk menghasilkan karya ini tercetus.

"Apabila saya mendapat peluang dan ada pihak yang berminat untuk menjayakan pementasan muzikal ini dari sudut pembiayaan dan sebagainya, idea itu muncul semula.

"Akhirnya, saya dapat merealisasikan apa yang selama ini saya bayangkan," katanya.

Menyentuh persediaan pementasan, M Nasir berkata, pihaknya sudah melalui pelbagai proses bagi memastikan karya berkenaan dapat dipersembahkan mengikut konsep yang dirancang, khususnya di pentas IB.

"Itu semua kita sudah lalui. Kita sudah lalui prosesnya kerana IB tempat yang paling sesuai untuk mementaskan teater epik seperti ini.

"Ada kelemahannya, tetapi kita sudah dapat atasi dengan bantuan daripada pihak luar," katanya.

Ditanya mengenai perasaan menjelang pementasan yang juga menjadi pengalaman sulungnya sebagai pengarah teater, M Nasir berkata, debaran itu kemungkinan hanya dirasakan apabila semakin hampir dengan hari persembahan.

"Belum lagi (rasa gemuruh). Orang kata kalau tidak gemuruh, tidak bagus. Kena ada rasa gemuruh. Tapi biasanya ia datang pada saat-saat akhir," katanya.

M Nasir berkata, antara cabaran utama menjayakan pementasan teater muzikal adalah mendapatkan pelakon yang mempunyai kemahiran seimbang dalam bidang lakonan dan nyanyian.

"Saya tengok perkembangan sekarang, hendak mencari pelakon untuk muzikal agak susah. Kita tidak dilatih dengan cara begitu.

"Banyak penyanyi kita tidak dilatih untuk menjadi pelakon dan pelakon pula tidak dilatih untuk menjadi penyanyi.

"Tapi kalau dua-dua sekali, kalau kita ada kemahiran yang diperlukan dalam muzikal ini, kita ada satu budaya yang mengasah mereka untuk boleh membuat persembahan.

"Saya pasti ramai pelakon yang boleh menyanyi. Tetapi menyanyi untuk muzikal ini ada sedikit perbezaannya," katanya.

Teater Muzikal Mansur & Liu mempertaruhkan gandingan Aliff sebagai Sultan Mansur Shah dengan bakat baharu, Melinda Dadew yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak Puteri Liu.

Selain Aliff dan Melinda, pementasan itu turut dibarisi Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad.

Diterbitkan Roman Abadi dengan kerjasama Icon Entertainment, teater muzikal itu akan mempersembahkan 30 lagu serta skor muzik asli ciptaan M Nasir.

Karya berkenaan bukan sekadar mengisahkan pertemuan antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, bahkan menyingkap satu zaman yang menyaksikan diplomasi mengatasi sengketa, kebijaksanaan mengatasi kekuatan dan kasih merapatkan dua empayar yang dipisahkan lautan.

Isnin, Ogos 10, 2026

Teater Muzikal Mansur & Liu

“Mansur & Liu” merupakan produksi teater muzikal pertama yang diarahkan oleh legenda muzik Malaysia, Dato' M. Nasir, yang menggabungkan barisan penghibur, pemuzik, dan penggiat kreatif ternama bagi menyajikan pengalaman teater bertaraf dunia.

Diinspirasikan oleh kisah-kisah daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Sri Lanang, produksi yang mengasyikkan ini menghidupkan semula kisah hubungan antara Sultan Mansur Shah dari Melaka dengan Puteri Liu dari China sebagai lambang diplomasi budaya, percintaan, serta ikatan geopolitik antara Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming. Berlatarkan suasana Melaka pada abad ke-15, pementasan ini menampilkan lebih daripada 30 lagu dan gubahan muzik baharu hasil ciptaan penyanyi serta penggubah lagu terkemuka Malaysia, Dato’ M. Nasir. Produksi ini akan meneroka tema-tema seperti identiti, kuasa, dan permuafakatan melalui penceritaan visual yang kaya serta gubahan muzik yang memukau.

🎟️ Pembelian Tiket

Tempat : Istana Budaya

Tarikh Persembahan:

10 Sept - 20 Sept 2026

Sesi 3.00 petang & 8.30 malam

Sesi Ramah Mesra (Meet & Greet) tambahan tersedia



M.Nasir bets big on newcomer Melinda Dadew and Aliff Aziz as the main stars of his Mansur & Liu musical

 taken from Malay Mail 10 August 2026

By Arif Zikri

Datuk M.Nasir’s first ever musical theatre Mansur & Liu, is set to open at Istana Budaya from September 10 to September 20. — Picture by Choo Choy May

KUALA LUMPUR, Aug 10 – After months of searching, music maestro Datuk M.Nasir has finally found the main stars for his upcoming musical Mansur & Liu in Sabahan newcomer Melinda Dadew and Singaporean singer and actor Aliff Aziz. 

The full cast revelation was made recently at the prestigious Istana Budaya where local media were given a glimpse of the cast lineups in their full traditional attire, as well as footage from some of the training and auditions. 

Mansur & Liu marks M.Nasir’s first endeavor in producing a musical alongside his wife Datin Marlia Musa. It follows the encountering tales between Sultan Mansur Shah from the Malacca sultanate and Princess Liu from the Ming dynasty, heavily inspired by the Sulalatus Salatin (The Malay Annals). 

More than a royal love story, the musical epic aims to bring to life an era where diplomacy beat war and love bridged two vast empires.

“We have our own reasons as to why we’ve chosen Aliff for the role but based on his audition performance alone, he is definitely the right person for this character (Sultan Mansur Shah). 

“Another thing about Aliff is that he is the second most handsome actor in Malaysia,” M.Nasir said with a chuckle. 

In a more serious tone, the 68-year-old pointed out that despite Malaysia having a pool of talented actors, there are not many who could sing, which is one of the main criterias for the role. 

“There’s a lot of talented actors but not many could fulfil the requirements especially when it comes to singing. 

“Which is why we need to be picky to avoid any future regrets. 

“There will inevitably be some dissatisfaction, but we set out to select the actor who most closely aligns with the character we imagined—and Aliff truly fits the bill,” he said. 

M.Nasir who will be serving as the director, composer, and musical scorer for Mansur & Liu also revealed that the idea to direct a musical  first came to him six years ago when he was recording an audiobook on Tun Sri Lanang’s Sulalatus Salatin. 

“Previously I was involved in reading an audiobook where I had to read the entirety of Sulalatus Salatin, which recounts ancient Malay legends by Tun Sri Lanang. 

“I was captivated by the tales and lore in the text and I came across the tale of Mansur and Liu which particularly piqued my interest in creating this work,” he said, adding that he’s grateful for the opportunity to finally direct his own musical after years of patiently waiting. 

M.Nasir cheekily describes Singaporean actor and singer Aliff Aziz as the second most handsome actor in Malaysia. — Picture by Choo Choy May

Meanwhile, it is a huge honour for Aliff Aziz to have been selected to portray Sultan Mansur Shah in the musical and the 35-year-old revealed that he took some time before agreeing to audition for the role. 

“Before joining the audition, I actually took some time to decide whether I had the courage to take it on – but after encouragement by my family and close friends, I decided to go for it. 

“Joining this production has been amazing – the team is absolutely amazing, from Datuk M.Nasir to Datin Marlia to the entire cast, everyone has been so supportive and guiding. 

“They’ve given me the confidence I needed and I am beyond excited to be part of such a special production,” Aliff said. 

Newcomer Melinda Dadew, who first gained recognition on last year’s local singing reality show Raise The Star Malaysia, recalled her six-hour audition process. Expecting to land a supporting role, she was both shocked and thrilled to secure the lead as Princess Liu.

Marking her acting debut, the singer admitted the pressure is mostly self-imposed. 

“The pressure is really on myself rather than from the cast, as this is my first acting gig. 

“I need to put in extra effort to bring Princess Liu to life,” Dadew said. 

To prepare, she completed targeted assignments from Datin Marlia Musa and attended masterclasses with fellow cast members. 

“One of my main assignments was to dissect Princess Liu’s character—her traits, mannerisms, and speech patterns,” she said. 

Despite Mansur & Liu marking her first time acting, newcomer Melinda Dadew came from a classical music background. — Picture by Choo Choy May

She added that in order to prepare for her role as Princess Liu, she has been reading the script repeatedly to grasp her character while watching clips from traditional Chinese period dramas to study the posture and mannerisms of royalty.

Outside of the acting demands, Dadew is unfazed by the show’s musical requirements, drawing on her classical voice training.

Aside from Aliff and Dadew, Mansur & Liu also boasts a stellar lineup of other local stars including Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh, and Shahrul Mizad.

Mansur & Liu is set to open from September 10 to September 20, taking place at the Panggung Sari in Istana Budaya. 

Organised by Roman Abadi in collaboration with Icon Entertainment, the musical is set to feature around 30 songs and musical scores composed by M.Nasir. 

Tickets will go on sale starting from August 10 with prices ranging from RM88 to RM388.

Sabtu, Ogos 08, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 5)

 sumber Youtube Luncai Emas

Podcast Magnum Opus M. Nasir Episod 5 menampilkan Ismail Shariff (lebih dikenali sebagai Mail Lirik, Mail Luncai, atau nama pena Bambino) sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pengalaman unik beliau yang bermula daripada seorang "super fan" sehingga menjadi rakan kolaborasi Dato' M. Nasir,.

Berikut adalah ringkasan kandungan utama episod tersebut:

Latar Belakang Tetamu: Ismail Shariff merupakan seorang arkitek, pensyarah, penulis skrip, dan penulis lirik yang telah menghasilkan karya untuk kumpulan-kumpulan besar seperti Search dan Wings menggunakan pseudonim "Bambino",.

 Pencetus Konsert Ikonik "Crossing UK 97": Antara perkongsian paling penting ialah peranan Ismail sebagai individu yang mencetuskan dan menguruskan logistik untuk konsert akustik M. Nasir di Manchester, United Kingdom pada tahun 1997 semasa beliau sedang menuntut di sana,. Beliau menceritakan cabaran membawa muzik Melayu ke dewan berprestij seperti Royal Northern College of Music tanpa penaja besar dan hanya bergantung kepada jualan tiket,,.

Dokumentasi Rare: Episod ini mendedahkan mengenai rakaman audio konsert Manchester yang sangat jarang ditemui, yang kini telah didokumentasikan semula dalam bentuk CD dan buku kecil (booklet) sebagai khazanah seni yang berharga,.

Pengalaman Penulisan Lirik: Ismail berkongsi proses "berguru" dengan M. Nasir di studio Luncai Emas yang disifatkannya sebagai tegas dan sinikal dalam memberikan kritikan. Beliau mendedahkan pernah membaiki lirik sehingga 11 kali untuk memenuhi standard yang ditetapkan oleh maestro tersebut.

Rebranding "Sahabat M. Nasir": Beliau merupakan antara penggerak utama di sebalik penjenamaan semula kelab peminat kepada Sahabat M. Nasir pada tahun 2015 serta penganjuran siri forum Magnum Opus (2017 & 2019) yang membincangkan sumbangan seni M. Nasir secara akademik dan mendalam,,.

Nasihat "Life is Too Short": Ismail berkongsi pesanan M. Nasir yang paling diingatinya iaitu "Life is too short for regrets" (Hidup ini terlalu singkat untuk kekesalan), yang mendorongnya untuk terus aktif menyumbang dalam dunia seni.

Secara keseluruhannya, episod ini memberikan perspektif mengenai betapa pentingnya pendokumentasian dan arkib dalam memelihara sejarah muzik tanah air, selain memperlihatkan sisi M. Nasir sebagai seorang mentor yang sangat mementingkan kualiti karya,.

Jumaat, Ogos 07, 2026

Aliff Aziz pelakon kedua paling tampan di Malaysia - M Nasir

 petikan Harian Metro 7 Ogos 2026

Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pelakon, Aliff Aziz dan M Nasir bergambar pada sidang media Mansur & Liu di Istana Budaya. Foto Nabila Adlina Azahari

Kuala Lumpur: Maestro muzik tanah air, Datuk M Nasir menyifatkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai individu paling sesuai memegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu berdasarkan kriteria serta bakat yang dimiliki.

Malah, M Nasir yang juga pengarah teater berkenaan secara berseloroh mendedahkan faktor ketampanan Aliff turut menjadi antara kriteria pemilihannya untuk watak terbabit.

"Semua pelakon dipilih melalui sesi uji bakat. Mengapa mereka dipilih? Kami mempunyai kriteria kami sendiri. Jika melihat kepada persembahan mereka, saya merasakan mereka sangat sesuai dengan watak masing-masing.

"Terutamanya Aliff. Mengapa saya memilihnya? Sebab dia pelakon kedua paling tampan di Malaysia," katanya memaklumkan pementasan akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 20 September depan..

Mengulas mengenai cetusan idea pementasan terbabit, M Nasir mendedahkan naskhah berkenaan sebenarnya sudah berada dalam fikirannya sejak enam tahun lalu selepas terbabit dalam projek pembacaan buku audio kisah tulisan Tun Sri Lanang.

Bagaimanapun, katanya, perancangan awal untuk merealisasikannya terhenti susulan penularan pandemik Covid-19 selain kekangan tertentu sebelum ini.

"Semasa membacanya, saya menemui kisah Mansur dan Liu lalu sangat tertarik untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah itu.

"Idea ini sudah wujud sejak enam tahun lalu. Apabila ada pihak yang berminat untuk saya menghasilkan pementasan muzikal serta menyediakan sokongan dari segi dana, idea itu muncul semula dan akhirnya berjaya direalisasikan," katanya.

M Nasir menambah, persediaan dan latihan yang dijalankan selama hampir sebulan memberi keyakinan tinggi bahawa karya itu mampu memberikan impak mendalam kepada industri hiburan tanah air.

Sementara itu, Aliff menyifatkan kepercayaan yang diberikan oleh M Nasir dan pihak produksi sebagai satu penghormatan besar sepanjang kerjaya seninya.

"Ini kali pertama saya menerima peluang seperti ini. Apabila menerima tawaran, saya mengambil sedikit masa untuk berfikir sama ada saya berani atau tidak untuk menerimanya.

"Selepas berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan, Alhamdulillah, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran ini.

"Seluruh pasukan banyak memberikan sokongan dan saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pementasan teater ini," katanya.

Teater Muzikal Mansur & Liu diterbitkan oleh Roman Abadi dan Icon Entertainment turut dibintangi Melinda Dadew sebagai Puteri Liu, Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad.

Sabtu, Ogos 01, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 4)

 sumber Youtube Luncai Emas

Podcast Magnum Opus Episod 4 menampilkan Dato' Khairul Anwar Salleh (Dato' Khai), seorang tokoh korporat media dan penyiaran, yang berkongsi memori penglibatan awal beliau bersama Dato' M. Nasir sejak zaman mereka di Singapura.

Berikut adalah ringkasan kandungan utama episod ini:

Pertemuan Awal di Singapura: Dato' Khai mengenali M. Nasir melalui aktiviti kesenian di balai rakyat dan bengkel lakonan di Singapura. Beliau menyifatkan M. Nasir pada waktu itu sebagai seorang yang sangat kreatif, spontan, dan "nakal" (playful) dalam sesi improvisasi

Pementasan Muzikal "Uda dan Dara": Dato' Khai merupakan pelakon asal watak "Uda" dalam pementasan muzikal Uda dan Dara di Singapura, di mana M. Nasir bertindak sebagai pengarah muzik. Beliau adalah penyanyi pertama bagi lagu "Menentang Badai" sebelum lagu tersebut dirakamkan semula oleh M. Nasir dalam album Kembara Hijrah.

Persona yang Berbeza-beza: Dato' Khai mendedahkan bahawa M. Nasir mempunyai persona yang berubah mengikut keadaan—beliau boleh menjadi sangat serius dan garang di studio rakaman (seperti di King Studio), namun menjadi sangat "manusiawi" dan santai apabila berada di rumah.

Dokumentari "Destinasi Dunia": Episod ini menyentuh tentang kembara mereka ke luar negara termasuk Turki dan Sepanyol untuk mencari bunyi muzik baharu. Dato' Khai berkongsi momen unik di mana M. Nasir meminta bas berhenti di tengah-tengah jalan di Silk Road hanya untuk turun bermain gitar setelah mendapat inspirasi melodi secara tiba-tiba, yang kemudiannya membentuk elemen dalam album "Phoenix Bangkit".

Kaitan Seni Lukis dengan Muzik: Sebagai rakan yang tahu M. Nasir mempunyai latar belakang dalam seni halus, Dato' Khai berpendapat kehebatan M. Nasir dalam mencipta lagu berpunca daripada kepekaan pemerhatian (observation skills) yang diasah melalui proses melukis.

Falsafah "Buat Aje": Dato' Khai berkongsi nasihat paling ringkas tetapi mendalam yang pernah diberikan oleh M. Nasir ketika beliau ingin berhijrah ke Kuala Lumpur, iaitu "Buat aje, lenjan aje". Falsafah ini menggambarkan sikap M. Nasir yang lebih mementingkan tindakan dan keberanian dalam berkarya berbanding teori yang rumit.

Episod ini memberikan perspektif mengenai bagaimana seorang pemuzik muda dari Singapura berevolusi menjadi seorang "Sifu" yang dihormati dalam industri penyiaran dan muzik Malaysia melalui disiplin dan pemerhatian seni yang tajam.

Jumaat, Julai 24, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 3)

sumber Youtube Luncai Emas



Podcast Magnum Opus M. Nasir Episod 3 menampilkan kelainan dengan membawakan Ilham Mohamad Nasir, iaitu anak kepada Dato' M. Nasir sendiri, untuk berkongsi perspektif peribadi mengenai sosok legenda tersebut dari kacamata seorang anak.

Berikut adalah ringkasan kandungan utama episod ini:

Perspektif Seorang Anak: Ilham, yang juga vokalis kumpulan Pitahati, menyifatkan kehidupan membesar dengan seorang bapa yang terkenal sebagai sesuatu yang "normal" kerana mereka sudah didedahkan dengan dunia seni sejak kecil. Beliau hanya mula menyedari impak besar bapanya dalam industri apabila melangkah ke usia remaja.

Perwatakan M. Nasir di Rumah: Berbeza dengan imej "Sifu" di luar, Ilham mendedahkan bapanya seorang yang sangat tegas dan mementingkan disiplin (ibarat "warden penjara"). Namun, beliau juga seorang yang kelakar dengan gaya "lawak kering" (non-shalan) dan gemar berjoget secara spontan di rumah apabila mendengar lagu kegemaran seperti karya Michael Jackson atau Madonna.

Budaya Ilmu dan Bacaan: Rumah mereka di Paya Jaras dipenuhi dengan buku. M. Nasir sering bercerita mengenai sejarah, sains, dan agama, serta menggalakkan anak-anaknya membaca karya sastera hebat seperti Animal Farm, Grapes of Wrath, dan karya-karya Hamka untuk membentuk pemikiran.

Kenangan di King Studio: Semasa kecil, Ilham sering meluangkan masa di King Studio dan melihat bapanya mengemudi proses rakaman artis-artis besar seperti Amy Search dan Awie. Beliau memerhatikan bahawa M. Nasir sangat mementingkan kejujuran vokal berbanding aspek teknikal semata-mata.

Hubungan dengan Arwah Loloq: Ilham turut berkongsi keakrabannya dengan penulis lirik lagenda, arwah Loloq, yang dianggapnya seperti abang. Beliau sering melihat M. Nasir dan Loloq berhujah secara mendalam (argue) demi mendapatkan kupasan lirik yang terbaik.

Karya Kegemaran & Muzik Pitahati: Ilham lebih meminati karya era kumpulan Kembara kerana kualiti bunyi band yang lebih dekat dengan jiwanya. Walaupun M. Nasir sering mengkritik muzik kumpulan Pitahati, beliau tetap memberi kebebasan kreatif kepada anak-anaknya untuk mencari identiti sendiri tanpa perlu meniru gayanya.

Saranan untuk Generasi Muda: Sebagai pengenalan kepada karya M. Nasir, Ilham mencadangkan generasi muda (Gen Z) untuk memulakan pendengaran dengan lagu "Hati Emas" dan "Mentera Semerah Padi".

Secara keseluruhannya, episod ini memberikan gambaran lebih intim mengenai sisi kemanusiaan M. Nasir sebagai seorang bapa, pendidik, dan pencerita di sebalik tabir kemasyhurannya sebagai seniman sakti.

Rabu, Julai 22, 2026

PODCAST MAGNUM OPUS M.NASIR (Episod 2)

 sumber Youtube Luncai Emas

Podcast Magnum Opus Episod 2 merupakan sesi perbincangan antara pengacara dengan penyanyi berkaliber, Hazama, yang berkongsi memori, pengaruh muzik, dan inspirasi beliau berkaitan dengan Dato' M. Nasir.

Berikut adalah ringkasan kandungan utama episod tersebut:

Pengaruh Awal & Lagu "Apokalips": Hazama mula mengenali karya M. Nasir melalui lagu "Apokalips" semasa beliau masih di sekolah rendah (sekitar tahun 1992-1993). Beliau tertarik dengan liriknya yang unik seperti "1 2 3 doremi"* dan "roller coaster" serta melodinya yang santai dan tidak tipikal.

Evolusi Persepsi terhadap M. Nasir: Pada mulanya, Hazama lebih meminati muzik rock dan tidak begitu memahami perjuangan seni M. Nasir. Namun, setelah terjun ke industri muzik pada tahun 2006, beliau menyedari bahawa kebanyakan lagu yang diminatinya sebenarnya dicipta oleh M. Nasir. Beliau mula mengkaji "formula" dan pemikiran di sebalik karya-karya maestro tersebut.

Pengalaman di bawah Empayar M. Nasir: Hazama berkongsi pengalaman bekerja selama 10 minggu di bawah bimbingan M. Nasir semasa menyertai rancangan *Mania* pada tahun 2012. Beliau menyifatkan dirinya sebagai "anak murid" yang banyak bertanya sehingga M. Nasir terpaksa menyuruhnya serius.

Nasihat Melalui Teka-Teki (Gospel): Salah satu momen menarik adalah apabila M. Nasir menceritakan tentang asal-usul muzik "Gospel" (berita gembira) kepada Hazama. Hazama mentafsirkan perbualan itu sebagai pesanan tersirat supaya beliau mencipta karya yang membawa "berita gembira" atau manfaat kepada pendengar.

Sifat Peribadi M. Nasir: Walaupun ramai yang menganggap M. Nasir seorang yang serius dan menggerunkan, Hazama mendedahkan bahawa beliau sebenarnya seorang yang sangat kelakar dan suka menyakat, tetapi dalam nada yang serius ("kelakar serius").

Kupasan Teknis & Kreativiti:  Hazama memuji kebolehan M. Nasir sebagai produser yang bijak menyesuaikan melodi dan hala tuju muzik mengikut identiti penyanyi (seperti perbezaan antara Search dan Wings). Beliau juga menyifatkan M. Nasir sebagai seorang seniman yang berjaya mengevolusikan muzik Nusantara dengan menyulam elemen rock dan tradisional.

Saranan untuk Generasi Z: Hazama mencadangkan lagu "Hati Emas" sebagai pengenalan terbaik untuk generasi muda (Gen Z) mengenali M. Nasir kerana mesejnya tentang ketulusan dan keikhlasan yang boleh dijadikan panduan hidup.

Secara keseluruhannya, episod ini memperlihatkan rasa hormat yang tinggi Hazama terhadap M. Nasir, yang dianggapnya bukan sekadar penyanyi, tetapi sebagai "simbol seni" itu sendiri.

Isnin, Julai 13, 2026

Buatlah 1,000 kali konsert M. Nasir, takkan pulang ‘kosong’

petikan KOSMO 13 Julai 2026

Oleh Mohd Haikal Isa

BUKAN terlalu mengagung-agungkan figura bernama Datuk. M. Nasir (walaupun beliau selayaknya menerima pujian tersebut), namun penulisan ini hanyalah pendapat peribadi daripada seorang milenial selepas beberapa kali mengikuti siri konsert terbaharu individu kehormat seni itu.

Ternyata ada alasan kuat, mengapa jenama M. Nasir sentiasa disebut setiap kali sesiapa pun berbicara tentang keindahan seni muzik tanah air. Jawapannya bukan semata-mata kerana jumlah lagu hit yang dimiliki, tetapi kerana karya-karyanya terus bernyawa merentas zaman.

Konsert M.N47IR CIPTA 4 anjuran Icon Entertainment di Unifi Arena, Bukit Jalil minggu lalu bukan sekadar meraikan ulang tahun kelahirannya ke-69 tahun atau perjalanan hampir lima dekad dalam industri muzik. Acara berkenaan adalah sebuah penghormatan terhadap legasi yang tidak pernah luput ditelan masa.

Tiada gimik ‘murahan’

Sedari tirai persembahan dibuka, arena seolah-olah berada dalam genggaman M. Nasir. Penonton terus bagai dihipnosis. Hal ini kerana, kalau beliau melaksanakan persembahan secara langsung, kalau ada yang memandang ke arah lain, orang itu bodoh atau buta seni.

DENGAN katalog muzik yang cukup luas sebagai komposer dan penyanyi, ‘masalah’ utama M. Nasir dari sudut pandang peminat bukanlah lagu apa yang hendak didendangkan, tetapi sama ada beliau akan mendendangkan kesemua mahakaryanya.

Tanpa gimik berlebihan atau percikan teknologi yang melampau, beliau membuktikan bahawa seorang penghibur sebenar tidak memerlukan helah untuk memukau. Cukup dengan karisma, susunan muzik yang ampuh dan himpunan karya yang sudah menjadi sebahagian daripada memori rakyat Malaysia, itulah M. Nasir.

Hampir 40 lagu dipersembahkan sepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung yang dibahagikan kepada empat segmen.

Menariknya, setiap karya diberikan nafas baharu tanpa menghilangkan identiti asal. Susunan muzik yang lebih segar menjadikan lagu-lagu malar segar seperti baharu dilahirkan, namun masih cukup akrab untuk dinyanyikan bersama ribuan penonton.

Apa yang paling menyerlah adalah bagaimana M. Nasir memahami kuasa kesederhanaan.

Beliau tidak banyak berbicara, malah tidak cuba mencipta momen-momen dramatik secara paksa. Sebaliknya, setiap kali gitar dipetik dan suara jantannya bergema, seluruh arena seakan-akan tunduk kepada magis yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

AWIE merupakan penyanyi jemputan ‘rasmi’ di konsert Konsert M.N47IR CIPTA 4 mendendangkan dua buah lagu iaitu Ghazal Untuk Rabiah dan Istana Menanti yang merupakan ciptaan M. Nasir.

Kemunculan tetamu jemputan seperti Datuk Awie dan Melly Goeslaw menambah warna kepada persembahan. Namun, kejutan terbesar pastinya apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hadir sebagai penonton akhirnya memenuhi permintaan ribuan peminat untuk naik ke pentas mendendangkan lagu Bagaikan Sakti.

Momen spontan tersebut mencetuskan sorakan paling gemuruh malam itu, sekali gus menjadi hadiah yang tidak dijangka buat para penonton.

Lebih mengagumkan, konsert tersebut menyatukan pelbagai generasi.

Satukan peminat

Dalam satu ruang yang sama, anak muda, golongan dewasa dan peminat yang membesar bersama era Kembara menyanyikan setiap bait lagu tanpa perlu bergantung kepada paparan lirik.

Tidak perlu disertakan di sini untaian lagu didendangkan pada malam konsert. Tugas pendengar adalah beralih ke streaming platform, melipatgandakan jumlah streaming lagu-lagu beliau, kerana M. Nasir layak menerima layanan tersebut.

Kesemua ‘pemandangan’ itu menjadi bukti bahawa karya M. Nasir bukan sekadar popular, tetapi telah berkembang menjadi warisan budaya.

Diusik secara spontan di bangku penonton, Siti Nurhaliza sempat naik pentas menghiburkan audiens menerusi lagu ikonik, Bagaikan Sakti duet bersama sang genius muzik, M. Nasir.

Jika ada sedikit kelemahan, itu bukan pada aspek teknikal mahupun persembahan. Sebaliknya, katalog lagu M. Nasir yang terlalu luas menyebabkan ada karya yang pastinya diharapkan peminat tidak sempat dipersembahkan.

M.N47IR CIPTA 4 bukan konsert yang bergantung kepada nostalgia semata-mata, sebaliknya membuktikan bahawa muzik yang lahir daripada kejujuran sentiasa menemukan jalannya kepada pendengar, walaupun masa berevolusi.

Selepas hampir lima dekad berkarya, M. Nasir masih berdiri megah di atas pentas tanpa perlu mengejar relevansi. Sebaliknya, relevansi itulah yang terus mengejar kelibatnya.

Itulah bezanya seorang penyanyi dengan seorang legenda. Penulis sebagai seorang milenial mengangguk tanda setuju bahawa M. Nasir seorang seniman yang tiada hujung ganti.

Meski 1,000 persembahan berstatus konsert dijayakan, kalau ada kesempatan yang usia yang panjang, penulis semestinya akan ‘mencuri’ masa menghadirkan diri meski dibatasi kesibukan tuntutan harian. Panjang umurnya, Sifu! – KOSMO! ONLINE

Sabtu, Julai 11, 2026

Telah terbit : PODCAST MAGNUM OPUS - M NASIR (Episod 1)

 sumber Youtube Luncai Emas

Buat julung kali, Luncai Emas menerbitkan Podcast Magnum Opus M Nasir. 

Podcast Magnum Opus Episod 1 merupakan sebuah sesi temu bual mendalam yang diterbitkan oleh Luncai Emas, menampilkan Mawi (Asmawi Ani) sebagai tetamu pertama untuk berbincang mengenai perjalanan seni, muzik, dan inspirasinya bersama Dato' M. Nasir.

M. Nasir digambarkan sebagai produser yang sangat mementingkan kesempurnaan (detail) dan kejujuran dalam nyanyian, malah pernah menyuruh Mawi balik jika nyanyiannya dirasakan "tidak sampai" atau "bodoh"

Kupasan Makna Lagu & Spiritual: Mereka membincangkan dimensi spiritual dalam lagu-lagu seperti "Mustika" dan "Di Balik Cermin Mimpi"

Mawi berkongsi juga pengalaman peribadinya yang mengalami kesedaran spiritual selepas melalui tempoh "sakit mistik", yang membuatkannya lebih memahami lirik puitis M. Nasir yang penuh rahsia

Nasihat "Jangan Poyo": Antara pengajaran terbesar yang diterima Mawi daripada M. Nasir sepanjang kerjayanya adalah untuk "jangan poyo" (jangan sombong), sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai ketua, dan kepentingan menjadi diri sendiri (jujur) dalam berkarya

Kolaborasi Ikonik: Podcast ini juga menyentuh tentang pembikinan lagu duet "Lagu Jiwa Lagu Cinta" serta penglibatan penulis lirik lagenda, arwah Loloq, dalam proses tersebut.

Secara keseluruhannya, episod ini memperlihatkan hubungan erat antara guru dan murid serta bagaimana sentuhan magis M. Nasir telah membentuk identiti seni Mawi sehingga menjadi fenomena dalam industri muzik tanah air.

Isnin, Julai 06, 2026

CIPTA 4 saksi karya M. Nasir terus dekat di hati peminat

petikan Berita RTM 6 Julai 2026

Datuk M. Nasir/ Bangsawan Pictures

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Selepas 47 tahun mewarnai industri muzik tanah air, Datuk M. Nasir membuktikan karya seorang maestro tidak pernah luput ditelan zaman, sebaliknya ia terus mekar di hati peminat tanpa mengira usia.

Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lepas, yang juga merupakan hari ulang tahun ke-69 beliau, menjadi saksi karya-karya malar segar artis ini terus hidup dalam jiwa serta ingatan peminat.

Ketika lampu arena dipadamkan, sorakan hampir 13,000 penonton bergema menyambut kemunculan penyanyi legenda itu yang membuka persembahan menerusi Ekspres Rakyat, diikuti Hati Emas, Perjuangan dan Aku Dah Bosan.

Segmen rampai menampilkan Sentuhan Kecundang, Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara, Azura dan Milik Siapakah Gadis Ini mengingatkan penonton sentuhan M. Nasir tidak terhad pada sebuah genre atau seorang penyanyi.

Diiringi barisan pemuzik berpengalaman diketuai pengarah muzik Aznan Alias, setiap karya diberikan susunan baharu tanpa menghilangkan identiti asal.

Antara detik paling mencuri perhatian apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang hadir sebagai tetamu, memenuhi permintaan penonton untuk naik ke pentas berduet bersama-sama M. Nasir menerusi Bagaikan Sakti pada pertengahan konsert

Kemunculan spontan itu disambut sorakan gemuruh sehingga memenuhi segenap ruang arena.

Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4/ Bangsawan Pictures

Suasana penuh nostalgia itu diteruskan dengan kemunculan Datuk Awie yang bergandingan dengan M. Nasir menerusi Ghazal Untuk Rabiah, sebelum legenda rock tanah air itu mengambil alih pentas dengan persembahan solo Istana Menanti.

Penyanyi dan komposer Indonesia Melly Goeslaw kemudian menyuntik semangat Nusantara menerusi duet Suatu Masa dan Fantasia Bulan Madu yang memperlihatkan karya M. Nasir juga merentasi sempadan negara.

Konsert kemudian dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada sambutan ulang tahun kelahiran M. Nasir dengan pulut kuning dibawa ke pentas sebelum barisan rakan artis yang hadir berserta ribuan penonton menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.

Belum sempat keterujaan itu reda, M. Nasir sekali lagi menghadiahkan kejutan apabila menjemput Ziana Zain ke pentas untuk mendendangkan Halaman Asmara, sekali gus melengkapkan himpunan figura besar industri muzik yang bersama-sama meraikan perjalanan seninya.

Menjelang penghujung konsert, Unifi Arena bertukar menjadi lautan suara apabila hampir semua penonton bangun menyanyikan lagu demi lagu dengan M. Nasir antaranya Kembara, Apokalips dan Raikan Cinta.

Malah, ketika mendendangkan lagu terakhir iaitu Mentera Semerah Padi, beliau sempat turun dari pentas untuk mendekati dan meraikan peminat, menghulurkan tangan serta menyanyi bersama-sama mereka dalam satu momen yang menggambarkan hubungan akrab antara seorang legenda dengan pencinta karya-karyanya.

Persembahan yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar susunan lagu atau produksi pentas tetapi menjadi himpunan memori kolektif bersama.- BERNAMA

M.N47IR CIPTA 4: Tetralogi pengajian khazanah seni M Nasir yang cukup sempurna

petikan GEMPAK 6 Julai 2026

Maliah Surip

BARANGKALI tulisan ini bersifat sedikit peribadi tetapi penulis tetap mahu berbagi rasa mengenai seorang seniman yang menerima beragam panggilan termasuk sifu dan meastro dengan nama Datuk M Nasir.

Ini juga bukan reviu pertama mengenai persembahan M Nasir ; sudah beberapa kali penulis diberi amanah melunaskan tanggungjawab menonton, melihat dan merasa atmosfera yang ditebarkan karyawan seni unggul sejak beberapa tahun menekuni bidang kewartawanan hiburan.

Empat siri, satu Legenda: M. Nasir lengkapkan konsert CIPTA

Namun, setelah duduk menonton dan menikmati tetralogi atau saga konsert dengan penjenamaan Cipta yang telah dimulai sejak Ogos 2024, penulis berasa ‘kecil’ kerana bagaimana seorang penulis amatur mahu menggisahkan perjalanan seni dan karya seorang M Nasir.

Antara sebabnya juga ialah, M.N47IR CIPTA 4 yang berlangsung di Unifi Arena Kuala Lumpur adalah perayaan 47 tahun beliau meneroka lalu menerjemahkan karya-karya seninya yang beragam; bukan buat dirinya peribadi tetapi ‘menghidupkan’ nama banyak penyanyi tempatan dengan cukup gah. Ironi, penulis hanya baru menjadi wartawan hiburan sekitar 22 tahun.

Apa sangat yang penulis tahu mengenai karya-karyanya seperti Suatu Masa, Bas No 13, Padang Lalang, Empat Penjuru, Andalusia, Berikan Nurbisa atau Sahabat Gua dan Apokalips (hanya beberapa yang didendangkan malam itu) yang bukan hanya melodinya sudah jauh ke depan daripada zaman ia diciptakan tetapi bagaimana sarat isu kemanusiaan, perasaan, pemerhatian serta ‘kelembutan’ yang dibina dalam bunyi bahasa, pembentukan kata, pembinaan ayat serta makna yang disampaikan dalam karya bernama budaya pop.

M Nasir tahu segalanya. Beliau seperti punya poket Doraemon ; minta, maka lahirlah pula karya-karya ikonik seperti Fantasia Bulan Madu (Search), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Datuk Hattan), Sampai Hati (Spring), Azura (Datuk Jamal Abdillah), Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara, (Mega) Andai Aku Pergi Dulu (Alleycats) dan Istana Menanti (Rahim Maarof) yang beragam nuansa (juga beberapa karya yang disampaikan malam itu). 

Entah apa yang ada dalam otak beliau atau berapa ‘megabait’ data yang disimpan secara manual sebagai seorang manusia dengan bakat luar biasa ini.

Baik, masuk kepada konsert yang dianjurkan Icon Entertainment ini. Dengan penjenamaan Cipta, ia sesungguhnya signifikan dengan keseluruhan konsep yang dipersembahkan. M Nasir adalah pencipta. Beliau adalah manusia yang dicipta Allah dengan keajaiban menyentuh jiwa manusia lain memenerusi bakat yang dianugerahkan kepadanya.

Beliau mencipta karya-karyanya mengikut firasat bergantung rasa atau momen peribadi dan peristiwa yang terjadi sehari-hari (saya tebak begitu). Beliau kemudian memanjangkan ilmu dengan mencipta pula karya-karya buat penghibur mengikut acuan masing-masing lalu ’subur’ dengan sentuhan listrik seorang M Nasir. Bersama karya-karya yang dicipta, M Nasir mencipta eko sistem atau kumpulan pemuzik yang cukup mahir dengan ‘peralatan perang’ masing-masing’.




Lihat sahaja bagaimana enak dan mempersona permainan setiap pemuzik diketuai pengarah muzik, Aznan Alias yang juga pemain gitar (satu) dibantu pembantu pengarah muzik,  Firdaus Mahmud (keyboard) bersama rakan lain seperti Rafi Mohd, Norman Abdullah, Ujang Exists, Eddie Slam, Pa’ang Zaman, Awe, Mohar, dan penyanyi Yuaz, Eja, Widy, Juanita serta Awe. M Nasir telah mencipta rantaian pemuzik tempatan dengan kualiti tinggi. Dan semuanya dipersembahkan dalam sebuah konsert yang mengusung penjenamaan Cipta. 

Tahniah juga buat Icon Entertainment selaku penganjur dan OPR Network yang pakar dalam memberi hala tuju penganjuran ; kalian telah mencipta satu lagi sejarah manis tentang belantika hiburan tanah air yang patut dibanggakan.

Tidak perlu penulis menulis panjang lebar tentang reviu vokal terkucil, lupa atau salah lirik, lampu malap atau terlebih terang kerana tugas penulis bukan untuk menghakimi (ia juga pasti banyak diluahkan peminat sendiri di media sosial) tetapi penulis hanya mahu menikmati dan meraikan karya seniman negara yang perlu terus dimartabatkan, kecuali telah berlaku momen yang sangat tidak logik atau merugikan banyak pihak terutama peminat yang mengeluarkan duit mereka untuk menikmati hiburan yang dihidangkan.

Sementelah jika kalau penulis tidak salah menyimpulkan dengan melihat betapa bergembiranya peminat ‘bertemasya’ dengan karya-karya yang disampaikan melalui ‘cara M Nasir’ yang bila-bila masa boleh menjadi lain kerana dipersembahkan secara langsung melalui improvisasi spontan, penulis percaya semua menerima baik konsert terakhir itu.

Meski tidak dilakukan secara berlebihan untuk meraih pengiktirafan atau pujian, sebenarnya penghormatan terbesar yang diperoleh M Nasir dan seluruh tim produksi adalah konsert berjalan lancar serta berjaya menyempurnakan pengajian khazanah seni beliau yang telah menemani kita dalam banyak fasa hidup.

Dengan semua yang penulis sampaikan, melihat bagaimana stadium dipadati peminat pelbagai generasi merayakan tetralogi Cipta M Nasir dengan penuh antusias, ia cukup memberi justifikasi bahawa M Nasir adalah seniman sakti. Terima kasih M Nasir semoga kita mampu melihat, mendengar, merasa dan menikmati  lagi karya-karya sakti anda di masa depan.

Ahad, Julai 05, 2026

Diasak penonton, Siti pecah ‘protokol’ duet dengan M. Nasir

 petikan KOSMO 5 Julai 2026

Oleh Mohd Haikal Isa

KUALA LUMPUR – Bagai sebuah upacara keraian seorang pemuzik legenda,  konsert M.N47IR CIPTA 4 di Unifi Arena Kuala Lumpur malam tadi menyaksikan Datuk M. Nasir berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi ‘papan atas’ termasuklah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.Seni & Hiburan

Siti yang hadir sebagai penonton bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, diundang M. Nasir pada pertengahan konsert untuk tampil ke pentas dan menyanyikan lagu duet bersamanya.

“Saya dengar Siti Nurhaliza boleh menyanyi. Kalau hendak, silakan,” kata M. Nasir dalam nada berseloroh sekali gus mengundang sorakan gemuruh ribuan penonton.

Siti dilihat teragak-agak untuk menyahut pelawaan pemuzik diberi julukan ‘Sifu’ itu sebelum beliau berubah fikiran apabila terus ‘didesak’ peminat dengan sorakan yang menggemakan satu arena.

“Demi seorang legenda yang saya hormati dan hari ulang tahunnya hari ini, saya saya sudi menyanyi.Persembahan Muzik & Duet

“Saya cubalah walaupun tiada ear monitor. Ini antara karya terhebat yang pernah saya nyanyikan. Kita buat konsert bersama-sama selepas ini,” katanya.

Dua figura  seni tersohor tanah air itu kemudian menghiburkan penonton menerusi lagu Bagaikan Sakti, karya duet popular yang turut menjadi antara lagu tema filem epik, Puteri Gunung Ledang.

Selain Siti, konsert anjuran Icon Entertainment itu turut dimeriahkan dengan kemunculan vokalis Wings, Datuk Awie, serta penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.Muzik & Audio

Pada penghujung konsert, M Nasir atau nama lengkapnya, Mohamad Nasir Mohamed turut diraikan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-69.

Majlis sambutan itu diserikan dengan kehadiran beberapa rakan artis termasuk Ziana Zain, Marsha Milan, Sherry Alhadad, Elyana, Mawi dan Siti.

“Takbir! Terima kasih kepada semua yang sudah memberi sokongan. Saya harap persembahan ini tidak membosankan kalian,” katanya sebelum memotong pulut kuning sementelah penonton menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.

Tidak cukup dengan itu, M. Nasir juga sempat berduet Ziana Zain menyampaikan lagu Halaman Asmara. – KOSMO! ONLINE

Siti Nurhaliza idam konsert bersama M. Nasir, hadiahkan duet ‘Bagaikan Sakti’

 petikan Utusan Malaysia 5 Julai 2026

Oleh . Wafa Aula

KUALA LUMPUR: Kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas konsert M.N47IR CIPTA 4 nyata mencuri perhatian apabila dia tampil secara spontan memenuhi pelawaan Datuk M. Nasir untuk berduet, malam tadi.

Pada asalnya, Siti hadir sebagai penonton bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Namun, suasana bertukar gamat apabila M. Nasir secara berseloroh mengundang penyanyi tersohor itu menyertainya di atas pentas.

“Orang kata ada yang datang ke konsert ini boleh bernyanyi. Kalau Siti Nurhaliza mahu bernyanyi, silakan,” seloroh M. Nasir.

Pelawaan itu disambut Siti yang kemudiannya berjalan ke pentas, sekali gus menerima sorakan gemuruh daripada ribuan penonton.

Menurut Siti, kesediaannya membuat persembahan secara spontan itu merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran penyanyi dan komposer yang disifatkannya sebagai seorang legenda yang amat dihormati.

“Demi seorang legenda yang saya hormati pada hari lahirnya, saya sudi untuk bernyanyi. Saya cubalah walaupun tiada earpiece. Ini antara karya terbaik yang pernah saya nyanyikan.

“Semoga suatu hari nanti kita dapat mengadakan konsert bersama-sama,” katanya sebelum mendendangkan lagu Bagaikan Sakti secara duet bersama M. Nasir.

Selain Siti, penyanyi, Ziana Zain turut membuat penampilan mengejut apabila menyanyikan lagu Halaman Asmara selepas dipelawa M. Nasir.

Konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran M. Nasir itu turut dimeriahkan dengan persembahan Awie, Devokalis dan Melly Goeslaw.

Mengakhiri konsert, M. Nasir meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua yang hadir meraikan hari istimewanya.

“Terima kasih. Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas segala yang anda lakukan untuk saya hari ini.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana membawa saya hingga ke tahap ini. Saya harap ini bukan yang terakhir dan semoga saya terus dapat menghiburkan anda semua.

“Terima kasih kerana sanggup meninggalkan keselesaan di rumah dan meluangkan masa bersama ‘pak cik’ meraikan hari lahir,” katanya sambil disambut gelak tawa penonton.

Dalam majlis sama, M. Nasir turut memotong pulut kuning seberat 20 kilogram bersama isterinya, Marlia Musa, serta beberapa rakan artis yang hadir, antaranya Marsha Milan Londoh, Sherry Alhadad, Elyana, Mawi dan Awie. -UTUSAN

M Nasir usik Siti terus naik pentas

petikan Berita Harian 5 Julai 2026

Oleh Affan Rostam 

Siti Nurhaliza menyahut pelawaan spontan M Nasir untuk berduet menyampaikan lagu Bagaikan Sakti pada konsert M.N47IR CIPTA 4 di Unifi Arena Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Konsert solo maestro muzik legenda, Datuk M Nasir menerusi M.N47IR CIPTA 4 di Unifi Arena Kuala Lumpur, di sini, malam ini dikejutkan dengan kemunculan istimewa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti yang hadir sebagai penonton bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, diundang M Nasir pada pertengahan konsert untuk tampil ke pentas dan menyanyikan lagu duet bersamanya.

"Saya dengar Siti Nurhaliza boleh menyanyi. Kalau hendak, silakan," kata M Nasir dalam nada berseloroh sehingga mengundang sorakan gemuruh ribuan penonton.

Pada mulanya, Siti dilihat teragak-agak untuk menyahut pelawaan komposer dan penyanyi yang digelar 'Sifu' itu, namun mengubah fikiran selepas menerima sorakan serta 'desakan' peminat, apatah lagi wajahnya dipaparkan di skrin gergasi arena.

Sebaik melangkah ke pentas, Siti mengakui sukar menolak pelawaan daripada seniman yang dihormatinya itu, lebih-lebih lagi konsert berkenaan berlangsung pada hari ulang tahun kelahiran M Nasir.

"Demi seorang legenda yang saya hormati dan hari ulang tahunnya hari ini, saya sudi menyanyi.

"Saya cubalah walaupun tiada earpiece. Ini antara karya terhebat yang pernah saya nyanyikan. Kita buat konsert bersama-sama selepas ini," katanya.

Dua figura seni tanah air itu kemudian menghiburkan penonton menerusi lagu Bagaikan Sakti, iaitu karya duet popular yang turut menjadi antara lagu tema filem epik Puteri Gunung Ledang.

Selain Siti, konsert anjuran Icon Entertainment itu turut dimeriahkan dengan kemunculan vokalis Wings, Datuk Awie, serta penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Penampilan artis jemputan terbabit menambah kemeriahan persembahan yang menghimpunkan pelbagai karya malar segar ciptaan M Nasir.

Pada penghujung konsert, M Nasir turut diraikan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-68.

Majlis sambutan itu diserikan dengan kehadiran beberapa rakan artis termasuk Ziana Zain, Marsha Milan, Sherry Alhadad dan Siti.

"Takbir! Terima kasih kepada semua yang sudah memberi sokongan. Saya harap persembahan ini tidak membosankan anda," katanya sebelum memotong pulut kuning dan bersama-sama penonton menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.

Konsert kemudian melabuhkan tirai dengan M Nasir dan Ziana bergandingan menyampaikan lagu Halaman Asmara.

M. Nasir Cipta 4 Setlist

analisis dan artikel janaan AI berdasarkan setlist konsert dan gambar sumbangan En Razlizam

Berikut adalah analisis setlist Konsert Cipta 4 M. Nasir, disusun mengikut kategori penyanyi asal, kumpulan Kembara, dan karya solo beliau. Konsert ini jelas meraikan bukan sahaja karya nyanyiannya sendiri, tetapi juga legasinya sebagai seorang komposer legenda (M. Nasir sebagai pencipta).

Tiket fizikal Konsert Cipta 4
Setlist Konsert Cipta 4 M. Nasir:

1. Hati Emas (Kembara)

2. Perjuangan (Kembara)

3. Aku Dah Bosan (Amy Search)

4. Sentuhan Kecundang (Ekamatra)

5. Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (Mega)

6. Sampai Hati (Spring)

7. Azura (Jamal Abdillah)

8. Fenomena (Search)

9. Musnah (Search)

10. Pembakar Perasaan (Search)

11. Ukiran Jiwa (Awie)

12. Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan)

13. Milik Siapakah Gadis Ini (Sudirman)

14. Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof)

15. Masing-Masing (M. Nasir)

16. Lihatlah (M. Nasir dan Yunizar Hussin)

17. Padang Lalang (M. Nasir)

18. Empat Penjuru (Kembara)

19. Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)

20. Hingga Akhir Nanti (Alleycats)

21. Andalusia (M. Nasir)

22. Berikan Nurbisa (Hattan)

23. Bagaikan Sakti (M. Nasir/Siti Nurhaliza) – duet dengan Siti Nurhaliza

24. Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir/Jamal Abdillah) – duet dengan Awie

25. Istana Menanti (Rahim Maarof) – dinyanyikan oleh Awie

26. Suatu Masa (M. Nasir) – duet dengan Melly Goeslow

27. Isabella (Search) - duet dengan Melly Goeslow

28. Allah Selamatkan Kamu – nyanyian ramai-ramai untuk M. Nasir

29. Halaman Asmara (Ziana Zain/Awie) – duet dengan Ziana Zain

30. Tanya Sama Itu Hud Hud (M. Nasir)

31. Bas No 13 (Kembara)

32. Gerhana (Kembara)

33. Sahabat Gua (M. Nasir)

34. Apokalips (M. Nasir)

35. Raikan Cinta (M. Nasir)

36. Ada (M. Nasir)

37. Sentuhan Listrikmu (M. Nasir)

38. Mentera Semerah Padi (M. Nasir)

1. Kategori Kumpulan Kembara (5 Lagu)

M. Nasir memulakan kerjaya seninya bersama Kumpulan Kembara. Lagu-lagu ini adalah karya klasik yang mengukuhkan namanya dalam industri muzik rock dan folk tempatan.

  • Hati Emas

  • Perjuangan

  • Empat Penjuru

  • Bas No 13

  • Gerhana

2. Kategori Solo M. Nasir (11 Lagu)

Lagu-lagu yang dipetik daripada pelbagai album solo beliau, merangkumi pelbagai era dari pop balada hingga ke irama nusantara dan world music.

  • Padang Lalang

  • Andalusia

  • Suatu Masa

  • Tanya Sama Itu Hud Hud

  • Sahabat Gua

  • Apokalips

  • Raikan Cinta

  • Ada

  • Sentuhan Listrikmu

  • Mentera Semerah Padi

  • Masing-Masing

3. Kategori Duet Asal M. Nasir (3 Lagu)

Lagu-lagu di mana M. Nasir merupakan penyanyi asal bersama rakan duetnya.

  • Lihatlah (bersama Yunizar Hussin)

  • Bagaikan Sakti (bersama Siti Nurhaliza)

  • Ghazal Untuk Rabiah (bersama Jamal Abdillah)

4. Kategori Khas / Nyanyian Ramai (1 Lagu)

  • Allah Selamatkan Kamu (Ditujukan khas untuk M. Nasir)

5. Kategori Artis Lain (Ciptaan M. Nasir) (18 Lagu)

Bahagian ini membuktikan betapa meluasnya sentuhan emas M. Nasir (Sifu) kepada artis-artis popular tanah air dari pelbagai genre, terutamanya rock.

Kumpulan Search & Amy Search (5 Lagu)

  • Aku Dah Bosan (Amy Search)

  • Fenomena

  • Musnah

  • Pembakar Perasaan

  • Isabella

Awie & Ziana Zain (2 Lagu)

  • Ukiran Jiwa (Awie)

  • Halaman Asmara (Awie & Ziana Zain)

Dato' Hattan (2 Lagu)

  • Dari Kekasih Kepada Kekasih

  • Berikan Nurbisa

Rahim Maarof (2 Lagu)

  • Jangan Kau Rayu

  • Istana Menanti

Alleycats (2 Lagu)

  • Andainya Aku Pergi Dulu

  • Hingga Akhir Nanti

Jamal Abdillah (1 Lagu)

  • Azura (Nota: Beliau juga berduet dalam Ghazal Untuk Rabiah)

Artis-Artis Lain (4 Lagu)

  • Sentuhan Kecundang (Ekamatra)

  • Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (Mega)

  • Sampai Hati (Spring)

  • Milik Siapakah Gadis Ini (Sudirman)

Rumusan Analisis Setlist

Kategori LaguJumlah LaguPeratusan (Anggaran)
Karya Penyanyi Lain1847%
Solo M. Nasir1129%
Kumpulan Kembara513%
Duet Asal M. Nasir38%
Khas (Lagu Allah Selamatkan Kamu)13%
JUMLAH KESELURUHAN38100%

Pemerhatian Menarik:

  1. Dominasi Karya Untuk Orang Lain: Hampir separuh (47%) daripada keseluruhan setlist adalah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lain. Ini bertepatan dengan tema konsert "Cipta", di mana fokusnya adalah untuk merayakan M. Nasir sebagai seorang Pencipta Lagu yang banyak membentuk landskap muzik artis lain, terutamanya kumpulan rock 80-an dan 90-an.

  2. Keseimbangan Genre: Susunan lagu memperlihatkan transisi yang cantik daripada genre balada rock/pop artis lain, lagu-lagu nostalgia Kembara berentak folk/rock, sebelum memuncak di penghujung konsert dengan deretan karya solo masterpis Nusantara dan irama Melayu beliau sendiri (Apokalips, Mentera Semerah Padi).

  3. Kumpulan Search sebagai 'Anak Didik' Terbesar: Kumpulan Search (dan Amy) menyumbang jumlah lagu terbanyak (5 lagu) dalam kategori artis lain, membuktikan pengaruh besar M. Nasir dalam melahirkan "fenomena" muzik rock tempatan.