Khamis, Oktober 15, 2015

M Nasir akhiri konsert jelajah di Stadium Malawati

petikan Berita Harian 15 Oktober 2015

Oleh Farhana Ab Rahman
 farhana@bh.com.my
M Nasir bakal mengakhiri konsert jelajah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 November ini. - Foto Rohanis Shukri


KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk M Nasir bakal mengakhiri konsert jelajah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 November ini.

Bandaraya Anggerik itu adalah lokasi terakhir program berkenaan selepas dia selesai menghiburkan peminatnya di Kuantan, Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

Konsert Jelajah M Nasir sememangnya dinantikan oleh peminat muzik tempatan kerana beliau bukan saja menyanyi dan mencipta lagu malah turut mempunyai kelebihan dalam menghiburkan peminat dengan auranya tersendiri.

Persembahannya yang bakal menyanyikan lagu-lagu hit di zaman kegemilangan Kumpulan Kembara, akan diiringi pemuzik dan penyanyi latar profesional. Konsert selama dua jam itu adalah pelengkap siri jelajah Konsert M Nasir...Kembara yang dibawakan oleh Celcom dengan kerjasama Perodua dan syarikat miliknya,

Luncai Emas Sdn Bhd. Celcom menawarkan diskaun sebanyak 30% kepada pelanggan yang akan dimaklumkan menerusi pesanan ringkas selain tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, Celcom turut menawarkan 'Nada Dering Pemanggil CMT' dari lagu-lagu Luncai Emas dengan melayari www.thecube.my atau m.thecube.my dari telefon mudah alih, atau dengan mendail *888# dari telefon mudah alih dan pilih lagu.

1 ulasan:

deaf-angel berkata...

Ni yang sebelah stadium Shah Alam ye?
Pergi pakai public transport dah macam pelarian dan macam pendatang haram..

seberang rail ketapi, masuk lobang kat pagar2 kena potong, seberang highway, balik dah lambat ramai tak beli tiket ketapi dah, semua main lompat je nak kejar last train.
kalau ada facilities untuk mereka yang gunakan public transport seberang jalan dengan selamat all that, is so much better.
Kalau ada bola kat sini, konsert kat sini, aku langsung tak terfikir nak gi lagi dah hahaha