Selasa, Mei 12, 2015

Konsert "M Nasir.. Kembara" di Kuantan di tunda pada 24 Mei

petikan meportal.net 11 Mei 2015
Oleh Nazghoul

Peminat Datuk M Nasir, khasnya di Kuantan bakal  berpeluang menyaksikan konsert solo penyanyi, penerbit dan komposer popular itu pada 24 Mei ini tidak seperti yang dijadualkan sebelum ini, iaitu pada 23 Mei.

Kembaranya yang bakal bermula  Stadium Tertutup SUKPA Kuantan, Pahang pada 24 Mei ini seterusnya akan berlabuh Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor (13 Jun), Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang (5 September) dan Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 November ini.

Penundaan konsert di Pahang adalah disebabkan untuk memberi peluang serta ruang kepada peminat bolasepak negeri Pahang untuk memberikan sokongan kepada Skuad Tok Gajah yang dijangka bakal beraksi pada peringkat akhir untuk merebut Piala FA.

Peminat yang sudah mendapatkan tiket tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan tiket tersebut pada keesokkan harinya. Konsert “M.Nasir..Kembara” di Kuantan bakal menyaksikan persembahan hebat dengan artis undangan seperti Fynn Jamal, Spider dan kumpulan Kembara.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM65.00 dan RM125.00.  Pembelian secara online boleh di buat dengan melayari www.ticket2u.biz.  Sebarang pertanyaan serta informasi terkini boleh menghubungi 03-414786000 atau 03-6156 6700




2 ulasan:

deaf-angel berkata...

interesting nye ialah Kembara kat situ.

Kau tahu tak cammana susunan konsert?
Is it
M Nasir solo 6 songs etc
then Kembara join 12 songs gitu?
Or Kembara selit kat tengah?

Yang aku terus nak muntah bila baca -
Fynn Jamal, Spider

JANGAN SIBUK LA OI!!!!

sorry emo.



Saudagar Mimpi berkata...

Ntah la Deaf... aku pun tak tau cammana susunan konsert. Yang aku tau ni konsert Solo M Nasir ke 4 , Lagu M Nasir dah tentu lagi banyak main. Kembara jadi guest. Jadi rasanya mungkin Kembara muncul untuk beberapa lagu jer kot?

Artis undangan ni mungkin jadi Opening Act jer utk tarik org muda datang
(aku kategori tak brp muda sgt ler).. :)