Khamis, Oktober 07, 2010

DVD - Konsert Alam Muzik - M.Nasir Di Istana Budaya

Telah ada di pasaran!!! Seperti kata rakan SM, Portdy ini adalah item panas khusus untuk peminat M  Nasir. Rasanya tak perlu SM mengulas panjang mengenai konsert ini kerana DVD konsert yang telah mengegarkan Istana Budaya ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan khususnya peminat terutamanya yang bersama-sama menghadiri konsert Alam yang telah berlangsung pada 27, 28 Februari dan 1 Mac 2009. Pada pemerhatian Saudagar,  DVD terbitan Boxoffice dan edaran Sony Music Malaysia ini merupakan rakaman konsert live pada malam kedua iaitu pada 28 Februari. Ini boleh  dilihat dimana respon penonton pada malam itu sememangnya "happening" habis!!! Yang menariknya, encore dengan teriakan We Want More! juga terakam sebagai kenangan dalam DVD ini. Sudah tentunya aku juga sedikit teruja kerana dicelah-celah penonton, lensa kamera terakam gelagat Saudagar Mimpi pada malam itu.  Mungkin lebih menarik jika DVD ini turut menyediakan bonus disc yang menyediakan dokumentari disebalik konsert.



Konsert Alam Muzik - M.Nasir Di Istana Budaya
RM26.90
Format : DVD
Barcode : 886977954290
Edaran : Sony Music
Bahasa : Malay
Subtitle : none
Region : PAL
Jumlah disc : 1

Track list
1. Gong Impian
2. Ekspress Rakyat / Hati Emas
3. Rajawali Terbang Tinggi
4. Falsafah Cinta
5. Masirah
6. Keroncong Untuk Ana
7. Dah Lagu Tu
8. Bukalah Hatimu
9. Balada Seorang Teman
10. Suatu Masa
11. Langgam Pak Dogo
12. Getaran Jiwa
13. Keroncong Nostradamus
14. Mentera Semerah Padi
15. Raikan Cinta
16. Phoenic Bangkit
17. Sahabat Gua
18. Ada
19. Apokalips
20. Hijab Kekasih
21. Sentuhan Listrik Mu
22. Andalusia
23. Juwita Citra Terindah

8 ulasan:

matakucing berkata...

wah..masih teringat2 lagi konsert ni ..haha thanks for the info

deaf-angel berkata...

ada versi cd tak?
cuma dvd je eh

Tanpa Nama berkata...

yahoo!!!!!dah lama tunggu nih, timasih sm!

Saudagar Mimpi berkata...

matakucing : No problem bro!

deaf_angel : Kurang pasti pulak sama ada dirilis atau tidak dalam versi CD. Kalau ada mcm Konsert Akar dulu tu, menarik juga.

Tanpa Nama : Sama-sama!

rimanilzah berkata...

sudah beli. saya ada konsert2 lama m.nasir dlm bentuk VCR. nak convert ke dvd. tapi belanja agak mahal.

nak main vcr player dah kong.

Saudagar Mimpi berkata...

Wah! En Rimanilzah, Rare tu! Konsert Canggung Mendonan 1994 dan konsert rakaman dari TV ada tak?

rimanilzah berkata...

ada. paling klasik konsert hmi yg set mcm perkhemahan pengakap tu. yg rakaman ntv7 pun ada - yg pyanhabib baca sajak.

Qazwsx berkata...

rimanilzah:minta jasa upload kn kt youtube.menarik tu.