Rabu, Julai 26, 2006

M.Nasir Schedule (July-August)

diperolehi dari Kelab Sahabat M Nasir

For all M.Nasir fans,

JULY
* 21/7 - Titian Kasih Concert @ Auditorium Putrajaya (8pm)
* 29/7 - Hari Pengguna TV3 @ Bukit Jalil (Warner Music)
* 30/7 - Konsert SP Setia with Siti Nurhaliza @ Setia Alam (8pm)
* Please call SP Setia at 03-3343 2255 if you need a free tickets!!

AUGUST
* 2/8 - Mega Merdeka Concert @ RTM (2pm) Warner Music

(8pm)
* 6/8 - Fantasia Concert @ Bukit Jalil (8pm)
* 7 & 8/8 - Recording ‘Antara KL & Jakarta’ tv3 @ Finas (Warner Music)
* 9/8 - ITD Launch @ Sime Darby Convention (8pm)
* 13/8 - Festival Filem Malaysia @ PWTC (Warner Music)
* 18 & 19/8 - Senandung Muhibah @ RTM Kuching, Sarawak.
* 26/8 - Konsert 25th Years Anniversary, SEARCH (3 Event)
* 27/8 - Promo MTFS @ Central Market
- Pesta Puisi Patriotik @ Putrajaya (TBC)

SEPTEMBER
* 1/9 - Promo SHOWCASE ‘Sang Pencinta’ @ Ruum, Life Centre
* 2/9 - Promo tour to JB
* 3/9 - Promo tour to JB
* 7/9 - Anugerah ERA @ Bukit Jalil
* 16/9 - Karnival Fiesta Pulau Indah, Klang (Warner Music)

Jumaat, Julai 21, 2006

M Nasir, Siti jadi pilihan

petikan Harian Metro 21 Julai 2006
Oleh Norhayati Nordin

POPULAR dan punya ramai peminat menjadi faktor utama M Nasir dan Siti Nurhaliza dipilih pemaju hartanah, S P Setia Berhad menjayakan `Konsert Malam Bersama Bintang S P Setia’ pada 30 Julai ini.

Konsert julung kali diadakan itu bertujuan meraikan pembukaan Lingkaran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)-Setia Alam. Secara tidak langsung, menjimatkan masa perjalanan ke kawasan itu.

Pengurus Besar Bandar Setia Alam Sdn Bhd, Norhayati Subali berkata sebelum adanya lebuh raya itu, pengunjung dari Lembah Klang yang datang ke Setia Alam atau Setia Eco Park akan mengambil masa 45 minit.

“Jadi, dengan terbinanya lebuh raya ini (NKVE-Setia Alam) sekarang, masa diperlukan pengunjung hanya kira-kira 20 minit saja. Namun, masih tidak ramai mengetahuinya dan perlu ada promosi.

“Justeru, menerusi penganjuran `Konsert Malam Bersama Bintang S P Setia’, kami (S P Setia Berhad) sangat berharap dapat memperkenalkannya kepada orang ramai. Tambahan pula, konsert diadakan secara percuma,” katanya.

Norhayati berkata sebanyak RM150 juta dilaburkan S P Setia Berhad untuk membina lebuh raya bebas tol sepanjang 7.5 kilometer itu. Bagi melancarkan perjalanan, dua lorong berkembar dibuka.

Katanya, dua lorong berkembar itu akan menyambung terus pengunjung ke dua projek kami di Setia Alam dan Setia Eco Park. Selain itu, lebuh raya ini turut memudahkan pengunjung ke Meru, Klang.

Mengulas mengenai `Konsert Malam Bersama Bintang S P Setia’, Norhayati berkata M Nasir dan Siti Nurhaliza dipilih kerana mereka popular dan ramai peminat. Justeru, sebanyak 30,000 tiket sudah dikeluarkan dan sasaran sebenar pengunjung adalah kira-kira 60,000 orang.

“Saya sangat berharap konsert ini akan menghiburkan pengunjung terutama pelanggan kami. Ditambah dengan kehadiran M Nasir dan Siti Nurhaliza pada malam itu, diharap menjanjikan hiburan yang sihat.

“S P Setia sedaya upaya berusaha memberi yang terbaik pada orang ramai dan pelanggan kami yang inginkan hiburan segar. Konsert ini akan berlangsung dari jam 8 malam hingga 10.30 malam di Taman Rekreasi Setia Alam,” katanya.

Selain Norhayati, hadir sama pada sidang media yang diadakan di Pejabat Jualan Setia Eco Park, kelmarin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bandar Eco Setia Sdn Bhd, Koe Peng Kang dan M Nasir.

Menurut M Nasir, dia berbesar hati menerima tawaran S P Setia Berhad untuk menjayakan konsert itu bersama Siti Nurhaliza. Katanya, dia akan berusaha menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu popularnya.

“Saya akan menyanyi lebih 20 lagu pada malam itu. Namun, apa lagunya masih belum ditentukan lagi. Selain itu, saya juga akan menyanyikan satu lagu duet dengan Siti Nurhaliza.

“Masih banyak perlu dilakukan. Buat masa ini, saya sibuk memilih lagu yang sesuai untuk dinyanyikan nanti. Apapun, saya sangat berharap pengunjung konsert pada malam itu akan terhibur,” katanya.

Siti yang tidak hadir pada sidang media itu dimaklumkan akan menyanyi sembilan lagu pada konsert itu.

Sebelum persembahan M Nasir dan Siti Nurhaliza, penyanyi popular Taiwan iaitu Emil Chau akan bergandingan dengan penyanyi Cina tempatan, Victor Wong menjayakan konsert malam pertama pada 29 Julai, jam 8 malam di Taman Rekreasi Setia Alam.

Bagi orang ramai yang inginkan tiket konsert boleh mendapatkannya di Pejabat Jualan Setia Alam atau Wisma S P Setia di Pusat Bandar Puchong, Selangor.

Kaunter turut dibuka di Tingkat 1, Sunway Piramid, Tingkat 2, One Utama New Wing atau Tingkat Bawah, The Curve Fashion Walk bermula hari ini hingga Ahad (23 Julai) ini, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Keterangan lanjut berhubung tiket, boleh menghubungi Pejabat Jualan Setia Alam di talian 03-3343 2255 atau layari laman web, www.setiahomes.com.


tambahan artikel dari NST 25 Julai 2006
Stars to light up SP Setia concerts
Dennis Chua

DEVELOPER SP Setia’s Night Of The Stars on July 29 and 30 promises wholesome entertainment for families.

The free concerts have received overwhelming response from the public and might turn out to be one of this year’s biggest open-air concerts.

Fans of pop sensations Siti Nurhaliza and M. Nasir who have yet to get their tickets have been urged to act fast.

Taiwanese pop star Emil Chau and Malaysian artiste Victor Wong will be the star attractions on July 29 while Siti and Nasir will light up the stage on July 30.

Both concerts will be held at Taman Rekreasi Setia Alam in Pusat Bandar Puchong from 8pm to 10.30pm.

Bandar Setia Alam Sdn Bhd general manager Norhayati Subali said 40,000 tickets have been distributed.

“We expect to give out 20,000 more tickets over the next week,” she said.

The concerts mark the successful opening of the NKVE-Setia Alam Link, which starts at KM3.3 of the New Klang Valley Expressway (NKVE) and exits at KM7 in Jalan Meru, Klang.

SP Setia invested RM150 million to build the 7.5km toll-free, two-lane dual carriageway link to provide direct access to its Setia Alam and Setia Eco Park developments.

Nasir will perform eight songs including those from his latest album Sang Pencinta. He will also sing a duet with Siti.

Siti will perform nine songs in the second segment of the concert.

For tickets, call the Setia Alam Sales Office at 03-3343-2255 or log on to www.setiahomes.com. Tickets can be collected from the Setia Alam Sales Office or Wisma SP Setia at Pusat Bandar Puchong.

Khamis, Julai 20, 2006

M Nasir rasa tak sesuai

petikan Harian Metro 20 Julai 2006
Oleh Norhayati Nordin

LAGU Jiwa Lagu Cinta cukup sinonim dengan M Nasir dan Mawi. Malah, gandingan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dengan pengetua AF3 itu sentiasa dinantikan peminat. Namun, ia tidak kesampaian pada malam Hitz 1 Akhir, Sabtu lalu.


Kedua-dua bintang pujaan ramai itu tidak hadir dengan alasan tersendiri. Malah, tempat mereka digantikan dengan kombinasi bintang AF3, Yazer dan Felix. Ternyata ia tidak sia-sia.

Siapa sangka, Lagu Cinta Lagu Jiwa menang besar malam itu. Bukan sekadar memenangi kategori Lagu Terbaik dengan hadiah RM25,000 tetapi turut dipilih Lagu Paling Popular dengan hadiah RM10,000.

M Nasir berkata, dia tidak hadir menyanyi bersama Felix pada malam itu kerana berasa tidak sesuai.

“Pada saya, menyanyi perlu ada kespontanan. Seperti saya dan Mawi, `feel’ itu dapat dirasakan hingga membuatkan melodi yang dinyanyikan sedap didengar.

“Jadi, apabila bergandingan dengan orang lain, ia belum tentu dirasakan kerana tidak semua penyanyi memilikinya. Oleh itu, biarlah ia digantikan dengan Yazer dan Felix,” katanya.

Bekas pengetua AF3 itu berkata, pemilihan Yazer dan Felix juga mendapat persetujuan Maestro Talent & Management yang menguruskan kerjaya seni mereka.

“Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka kerana berjaya mendendangkan lagu itu dengan baik,” katanya.

Mengenai Mawi yang dikatakan gagal mengendalikan urusan peribadi dan kerjaya seninya, M Nasir atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Mohamad mengatakan tidak tahu banyak perkara peribadi Mawi.

“Sukar untuk saya mengulas lanjut mengenai dirinya. Apa yang terjadi padanya ketika ini mungkin disebabkan keadaan sekeliling. Jika dulu dia tidak popular dan dikenali, tapi sekarang semua orang ingin tahu mengenai dirinya.

“Bukan saja kerjaya seninya tetapi juga peribadi. Pihak media juga sentiasa mendekatinya untuk mengetahui kisah terkini dengan soalan bertubi-tubi,” katanya.

Sebagai artis baru, kata M Nasir tidak semua perkara mampu ditangani Mawi dengan baik termasuk isu putus pertunangannya.

“Saya tidak pernah terkejut dengan hal ini. Ia memang akan berlaku sekiranya tidak diurus dengan betul. Pada saya, apa yang berlaku bukan keputusan yang dibuat Mawi seorang diri,” katanya.

M Nasir berkata, artis juga adalah manusia biasa dan dia pernah mengingatkan mana-mana artis, apabila mereka memilih bidang ini haruslah sentiasa bersedia menghadapi media.

Katanya, mereka tidak hanya akan dikenali menerusi perkembangan kerjaya seni semata-mata.

Isnin, Julai 17, 2006

Juara berganda Hits1

petikan Harian Metro 17 Julai 2006
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lagu Jiwa Lagu Cinta nyanyian asal Mawi dan M Nasir muncul juara berganda dalam pertandingan akhir carta lagu popular Hits1 di Stadium Negara, malam tadi.

Biarpun menampilkan Felix dan Yazer sebagai pengganti Mawi yang masih lagi berkabung atas kematian bapanya, ternyata persembahan mereka tidak mengecewakan dan mendapat sokongan peminat.

Lagu ciptaan komposer M Nasir dan lirik ditulis Loloq itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000, trofi dan sijil apabila memenangi Anugerah Lagu Terbaik.

Malah seperti dijangka, lagu itu turut memenangi kategori Lagu Paling Popular menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton yang melayakkan mereka menggondol hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.

Kemenangan itu sekali gus mengesahkan populariti Mawi masih unggul sebagai Raja SMS.

Tempat kedua pula dimenangi Misha Omar menerusi lagu Ku Seru. Kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penyertaan. Misha juga muncul juara berganda apabila turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik yang menawarkan wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil.

Felix yang mewakili Mawi ketika ditemui selepas acara itu tidak menduga lagu nyanyiannya dipilih lagu terbaik kerana dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.

“Saya terharu dan gembira dengan kemenangan ini. Saya menganggapnya sebagai bonus dan hadiah paling istimewa buat penyanyi asalnya iaitu Mawi dan M Nasir.

“Apa yang memeranjatkan lagi, kami hanya berlatih bersungguh-sungguh dua hari sebelum pertandingan selepas diberitahu Maestro.

“Memang diakui saya sudah biasa menyanyikan lagu ini, tetapi sama sekali tidak menyangka ia mendapat sambutan peminat dan diterima ramai pada malam ini sehingga melayakkannya menerima dua anugerah,” katanya.

Bagi Misha pula, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang dan hanya bertekad memberikan persembahan terbaik.

“Mengenai kemenangan kategori persembahan terbaik, ini tuah sebenarnya. Awalnya saya tertekan kerana orang lain menggunakan penari iringan, tetapi saya muncul solo saja. Namun bila difikirkan balik, ia lebih sesuai secara solo dan saya lebih menekankan dari aspek penghayatan lagu,” katanya.

Selain mereka berdua, Hits1 akhir turut dijayakan enam artis popular tanah air iaitu Daniel Lee dengan lagu Mimpi, Shazzy (Kenapa), Shanon (Dilanda Cinta), Siti Nordiana dan Achik (Dilanda Cinta), Farah (Antara Dua) dan Fazley (Kerna Asmara).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon. Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid.

Selasa, Julai 04, 2006

M Nasir bangga prestasi jualan Sang Pencipta

petikan Berita Harian 4 Julai 2006


MENGAMBIL kira keadaan semasa, M Nasir tetap berasa bangga album terbarunya Sang Pencipta mencatatkan jualan lebih 12,000 unit selepas hampir dua bulan berada di pasaran.

Album itu mengambil masa disempurnakan, hampir dua tahun, satu tempoh yang dianggap Nasir sebagai agak lama.

Dan, ketika ini ancaman kepada pasaran muzik bukan saja cetak rompak tetapi juga kecanggihan teknologi multimedia apabila orang ramai boleh memuat turun (download) sesuatu karya muzik dengan mudah.

“Pada saya kalau lebih dua tahun tak buat album bermakna sudah lama. Peminat sekarang sudah tidak peduli kita siapa, kalau lama tak ada album baru, mereka beralih pada penyanyi lain.

“Ini kenyataan. Saya bernasib baik album ini (Sang Pencipta) sudah dijual mencapai angka itu (lebih 12,000 unit). Album saya sebelum ini pun memang tidak tinggi jualannya,” kata M Nasir yang ditemui selepas sesi bertemu peminat di Tower Records, KLCC baru-baru ini.

Ia adalah aktiviti pertama beliau dalam mempromosikan album terbarunya sejak mula dipasarkan pada April lalu.

Selepas lagu Juwita yang sudah berjaya menambat hati peminat muzik, M Nasir mahu mempromosikan lagu Tujuh Nafas, Sang Pencipta dan Definisi Inferniti.

“Pasal Sang Pencipta ini, saya buat sebab saya suka eksperimen. Kadang-kadang saya suka kembalikan lagu lama, gaya lagu yang pernah saya buat dalam album dulu.

“Terpulanglah kepada orang yang menerimanya. Mungkin ada yang sukar sebab sudah ada kebiasaan dengan aliran muzik sekarang,” jelasnya lagi.

Ditanya sama kehadiran album penyanyi Indonesia mengganggu pasaran muzik tempatan, M Nasir berkata, pendapat itu hanya spekulasi semata-mata.

Katanya, menyalahkan media termasuk stesen radio atau TV kerana membesar-besarkan kehadiran penyanyi Indonesia bukan penyelesaiannya kerana pemuzik dan penyanyi sendiri kena bangkit menghasilkan karya lebih bermutu.

“Mereka (penyanyi Indonesia) datang dengan muzik yang hebat. (Tapi) Kita tidak hasilkan muzik sehebat mereka. Kita patutnya ada kumpulan (muzik) yang kuat untuk menjadi benteng yang boleh menahan kedatangan kumpulan dari sana.

“Tapi kita tak ada dua atau tiga kumpulan baru yang betul-betul kuat. Kalau kita ada penyanyi, komposer dan kumpulan muzik yang kuat, sesiapa pun yang masuk kita tetap kuat, kita tidak hairan dengan kehadiran mereka,” katanya lagi.

Nasir juga berpendapat, dunia muzik tanah air ketika ini seolah-olah sudah kekurangan penyanyi dan komposer yang bagus kerana tuntutan yang pelbagai.

“Banyak sebabnya. Komposer atau pencipta sudah tidak ada masa memikirkan lagu yang baik. Komposer kena ambil masa untuk kreatif, tetapi dihambat dengan duit,” jelasnya.

Masihkah buat lagu untuk penyanyi lain? “Buat juga, tetapi saya nak bagi pada siapa sebab tidak ada penyanyi yang bagus. Kalau ada yang minta saya tetap bagi, saya tidak pernah kata tak nak buat,” jawab Nasir.

Beliau juga berpendapat, walaupun sudah ada pelbagai pertandingan mencungkil bakat baru terutama menerusi program realiti TV, masih agak sukar untuk menemui penyanyi yang betul-betul boleh diiktiraf kemampuannya.

“Kita sibuk dengan program realiti TV, rancangan mencari bakat baru, tetapi hanya seorang dua yang berpotensi untuk diketengahkan. Selebihnya tak boleh untuk kita iktiraf,” jelasnya.

FAKTA:

* Album Sang Pencipta adalah album solo ketujuh daripada penyanyi dan komposer yang akan menyambut ulang tahun ke-50 pada 4 Julai nanti. Album solo pertamanya berjudul Untuk Pencinta Seni dikeluarkan pada tahun 1979, diikuti Dia Ibuku (1981), Solo (1988), Saudagar Mimpi (1992), Canggung Mendonan (1993) dan Phoenix Bangkit dihasilkan pada tahun 2001.

* Album sulung bersama kumpulan Kembara berjudul Kembara pada tahun 1981. Selain Nasir, Kembara dianggotai oleh S Sahlan dan A Ali. Selain album Kembara, mereka turut menghasilkan Generasiku (1982), Perjuangan (1983), 1401 Hijrah dan Kembara Seniman Jalanan, kedua-duanya pada tahun 1984.