ANALITIC

Ahad, Jun 21, 1992

M. Nasir di alam fantasi

petikan Berita Harian, 21 June 1992

KEMUNCULAN album terbaru M. Nasir, Saudagar Mimpi seolah-olah turut meletakkan komposer dan penyanyi itu dalam alam fantasi. Katanya, mimpinya untuk menjadi seperti 'saudagar kaya' dalam lagu itu sukar menjadi kenyataan.

Ini kerana sejak album itu dipasarkan, lagu-lagunya tidak dimainkan di corong-corong radio nasional Seberang Tambak. Malah, satu-satu lagunya yang termuat dalam senarai Pujaan 10 Nescafe, Inang Pulau Kencana telah pun dikeluarkan.

Apa yang menggelisahkannya, sehingga kini Nasir tidak pasti sama ada lagu-lagunya memang telah diharamkan atau tidak.

Tiada ulasan: