Sabtu, November 15, 1986
KEMBARA...Seniman Jalanan
Sabtu, April 12, 1986
“Kembara” Tonjol Budaya Kuning?
Oleh Raja Yusoff Ariffin
RANCANGAN Pentas Filem di rangkaian Nasional Radio Malaysia awal minggu lalu mengulas bahawa filem Kembara- Seniman Jalanan menerapkan unsur-unsur budaya kuning.
Jika difikirkan sepintas lalu diakui filem berkenaan seolah olah menerapkan unsur itu berdasarkan pakaian para pelakonnya dan bahasa kata bual yang digunakan.
Tetapi. Jika dihalusi serta dilihat dari satu segi lain yang lebih mendalam dan rasional filem arahan Nasir Jani ini mengandungi pelbagai bentuk sindiran kritikan dan pendedahan bahawa sebenarnya memang terdapat unsur-unsur budaya kuning dalam masyarakat muda-mudi (juga masyarakat lain) di Malaysia hari ini .
Disebabkan penuh dengan kritikan yang dipaparkan menerusi adegan dan kata bual, maka filem ini menyelitkan dua jenis kritikan iaitu kritikan ketara dan kritikan tidak ketara.
Apa yang disebutkan terdapat unsur budaya kuning dalam masyarakat muda mudi termasuk dalam apa termasuk dalam apa yang disebutkan sebagai kritikan tidak ketara. Gejala yang dipaparkan dalam KSJ memang wujud benar benar berlaku. Tetapi untuk terus menuduh filem ini berunsur budaya kuning secara melulu adalah tidak wajar.
Terlebih dahulu kita harus memikirkan pakaian bagaimanakah yang sepatutnya dan bercorak Malaysia untuk digunakan dalam berlatarbelakang zaman moden sedangkan kita tidak mempunyai pakaian kebangsaan yang dengan sesuai dengan zaman moden ini.
Andainya pelakon pelakon KSJ memakai kemeja dan seluar (contoh pakaian) yang kemas sekalipun itu belum mencukupi serta bersesuaian. Belum lagi menunjukkan itulah corak pakaian kebangsaan kita. Sebaliknya pakaian sedemikian sendiri diwariskan secara tidak langsung oleh penjajah Barat ( budaya kuning berkaitan dengan Barat) kemudian kita jadikan pakaian kita turun-temurun.
Sikap rasional
Tentu pula tidak sesuai sama sekali jika digunakan pakaian Melayu serta bersongkok dan kain samping atau berkain sarong. Pakaian sebegini lebih sesuai untuk filem filem purba.
KSJ memaparkan kisah hidup seorang penyanyi jalanan (Bujang) dan penyelok saku (Osman) sebagai watak watak utama. Pakaian selekeh dan ‘rugged’ sedikit tentunya lebih sesuai. Jika kita lihat filem filem melayu sebelum ini ada juga menonjolkan watak watak yang memakai kot dan bertali leher. Memanglah nampak kemas tetapi harus disedari ini juga unsur budaya kuning.(ada juga berpakaian menjolok mata). Tetapi tidak dipertikaikan. Janganlah disebabkan nampak kemas walaupun itu pakaian barat, ia tidak dikatakan unsur budaya kuning.
Kita haruslah bersikap rasional. Jangan melihat dari satu segi yang ketara sahaja.- yang ketara itu dianggap buruk, maka keseluruhannya dianggap buruk belaka.
Filem KSJ sebenarnya cuba mengikis anggapan buruk masyarakat terhadap muda mudi yang berpakaian selekeh dan rugged. Masyarakat biasanya menganggap golongan berkenaan tidak berakhlak, tidak bermaruah dan sebagainya. Melalui KSJ masyarakat cuba disedarkan bahawa ada antara mereka (muda mudi) yang berfikiran baik, berakhlak tinggi, Intelek bersemangat untuk berjuang agar terus hidup, berpendirian teguh dan sebagainya. Kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan rupa paras semata mata.
Teliti watak Bujang (M.Nasir) dan Osman (Pyanhabib) Memang pakaian dan rambut mereka tidak senonoh (dikatakan berumur budaya kuning tetapi sebaliknya mereka mempunyai pendirian dan keperibadian sendiri.
Bujang adalah seorang pemuda berjiwa seni yang berfikiran intelek, sering memikirkan nasib bangsanya, tidak suka berfoya-foya hidup mewah, tidak suka hidup berpura-pura, mempertahankan miliknya (menentang lanun-lanun cetak rompak) dan meminati lagu rakyat bertemakan perjuangan, kemasyarakatan dan sebagainya)
Golongan muda-mudi
Osman pula seorang pemuda yang juga berjiwa seni dan bersemangat kuat dalam berjuang untuk terus hidup meskipun caranya ke arah itu wajar tidak dicontohi.
Menyentuh soal kata bual yang digunakan pula, ia juga adalah sindiran, kritikan dan pendedahan terhadap beberapa golongan.
Apa yang dimaksudkan ialah pendedahan terhadap gejala yang memang wujud bahawa golongan muda-mudi tidak tahu atau tidak mahu menggunakan bahasa standard ketika berbual. Mereka menggunakan bahasa yang boleh disebut sebagai bahan rojak dengan istilah -istilah yang difahami, ringkas dan pendek. Istilah-istilah seperti pun gua, lu, Brader, lepak dan lain lain sebagaimana terdapat dalam KSJ sering digunakan di kalangan mereka.
Mereka menggunakan bahasa itu kerana menganggap Bahasa Malaysia standard standard agak sukar difahami memeningkan kepala dan melambatkan.
Bukan golongan muda-mudi, tetapi golongan dewasa dan di kalangan pemimpin sendiri juga sering menggunakan bahan yang bercampur aduk ketika berbual. Semasa berucap misalnya, ada pemimpin yang menyelit istilah-istilah Inggeris dalam teks ucapan mereka.
Mungkin ramai yang tidak mahu menyedari ini juga unsur budaya kuning. Jadi siapakah sebenarnya yang patut dipersalahkan?
Satu hal yang menarik dalam hubungan ini ialah secara tidak langsung ia adalah cabaran dan dorongan kepada pihak berkenaan supaya berusaha menyediakan kata bual kata bual untuk filem dalam Bahasa Malaysia yang seratus peratus standard tetapi tetapi ringkas dan mudah difahami.
Kita sebagai penonton filem tentu tidak mahu kata bual yang dikatakan standard tetapi panjang dan meleret leret dengan istilah bombastik yang sukar difahami. Ia juga adalah cabaran dan dorongan pihak berkenaan dapat merangka dan corak pakaian yang sesuai untuk filem berlatarbelakangkan moden. Sesuai dalam erti kata keMalaysiaan.
Kesimpulannya, filem KSJ tidak boleh terus dianggap sebagai filem yang tidak bercorak Malaysia dan berunsur budaya kuning. Harus disedari ia memaparkan (selain soal cetak rompak) kehidupan sebenar masyarakat di Malaysia yang wujud hari ini. Masyarakat Malaysia hari ini hampir keseluruhannya masih tidak bercorak atau berperibadi Malaysia, baik dari segi pemikiran mahu pun pakaian, tutur kata dan sebagainya.
Ahad, Mac 02, 1986
M Nasir merayu dipendekkan masa pengharaman
petikan Berita Minggu, 2 March 1986
Oleh BUDIMAN A.R.
Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu telah membuat rayuan kepada pihak berwajib Malaysia supaya mengurangkan tempoh pengharaman ke atasnya.Nasir telah diharamkan dari mengambil bahagian dalam pertunjukan-pertunjukan pentas di Malaysia selama dua tahun, selepas beliau didapati tidak mempunyai perrnit kerajaan ketika menyertai satu pertunjukan di Johor Bahru.
Rayuan yang dikemukakan oleh Nasir itu, bagaimanapun, sehingga kini belum mendapat keputusan.
Beliau mengharapkan agar rayuan itu dapat diterima oleh pihak yang berkenaan. kerana "seni adalah sumber mata pencarian saya".
"Buat masa ini, kalau ada pihak penganjur atau produser filem yang mahukan khidmat saya, mereka terpaksa menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengharaman itu, seperti mendapatkan permit khas, kata Nasir.
Sementara itu, Nasir juga belum memutuskan sama ada hendak meninggalkan atau tidak syarikat piring hitam PolyGram apabila tempoh kontraknya berakhir dalam beberapa bulan lagi.
Nasir menafikan khabar-khabar angin yang mengatakan kononnya beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan PolyGram.
Nasir menegaskan bahawa PolyGram merupakan syarikat pertama memberinya peluang sebagai pencipta lagu dan penerbit album.
Semasa dengan syarikat itulah. katanya, beliau menimba dan meluaskan pengalaman. "Walaupun kontrak saya dengan PolyGram akan tamat tidak lama lagi, saya belum membuat sebarang keputusan.
Banyak perkara yang harus saya fikirkan secara terperinci dan mendalam," katanya.
Ramai dari kalangan dunia piring hitam merasakan bahawa Nasir tidak akan kerugian kalau beliau memutuskan untuk meninggalkan PolyGram.
Menurut mereka, banyak syarikat piring hitam yang sedla mempelawanya untuk menjadi penerbit atau pencipta lagu sepenuh masa.
Isnin, Julai 15, 1985
Gambar Pelakon KSJ dalam Variapop
Sabtu, Mei 11, 1985
Anak Anak Teater Jadi "Kembara Seniman Jalanan"
Khamis, November 15, 1984
Seniman Jalanan...
Klik disini untuk membaca dengan lebih jelas
Dalam petikan ini M Nasir menceritakan tentang Filem Kembara Seniman Jalanan yg menggunakan tenaga produksi Golongan Muda, disamping menjadi Komposer Muzik tema Azura dan Album 1404 Hijrah
Rabu, Julai 11, 1984
Sharom Basiron jadi anggota baru Kembara
petikan Berita Harian, 11 Julai 1984
Oleh M. FADL1 A. KADIR
M.Nasir ketua kumpulan Kembara akan memperkenalkan seorang muka baru dalam kumpulannya tidak lama lagi. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Sharom Basiron, seorang pemain dram dan adik kepada seorang 'pencipta lagu dalam tahun-tahun 60an, Cik Salamah Basiron.
Menurut M.Nasir yang ditemui ketika sedang membuat rakaman sebuah rancangan hiburan di televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC), Inilah Laguku, yang diterbitkan oleh Yusoff Ismail, Sharom akan disertakan untuk rakaman album Kembara yang kelima tidak lama lagi.
Dua tahun yang lalu, kumpulan Kembara telah kehilangan seorang anggotanya iaitu Shahlan yang kini telahpun melahirkan sebuah album secara solo. Bagaimanapun, kehilangan Shahlan tidak menjejas kemunculan Kembara dalam arena seni suara. Kembara terus melahirkan album, walaupun hanya dianggotai oleh A. Ali dan M. Nasir sendiri.
Kemunculan Kembara dalam arena piring hitam telah memberikan nafas baru kepada dunia hiburan Melayu. Kebanyakan lagu-lagu mereka telah mendapat sambutan hangat terutama di kalangan anak-anak muda sekarang yang 'kehausan' dengan pembaharuan.
Kini dengan bertambahnya kembali anggota Kembara. mungkin sekali kumpulan itu akan menunjukkan persembahan yang lebih menarik. Sebenarnya nama Sharom Basiron bukanlah baru dalam arena muzik di sini. Beliau sudah lama menjadi seorang 'pemuzik sesi' dan pernah terlibat ketika Kembara membuat rakaman. Memandangkan potensinya dalam bidang muzik. M.Nasir sering mendapatkan khidmatnya.
Dengan adanya Sharom Basiron, ini bermakna kumpulan Kembara kembali dianggotai oleh tiga orang. Apakah pilihan M. Nasir tepat? Sama-samalah kita tunggu potensi yang akan ditunjukkan oleh Sharom.
Kalau anda bertanya pendapat saya, saya mengatakan M. Nasir telah membuat pilihan yang sesuai. Sebelum beliau membuat pilihan selalunya beliau akan mengkaji kebolehan seseorang itu terlebth dahulu. Mungkin M. Nasir merasakan Sharom memang layak menggantikan Shahlan yang telah menarik diri.
Khamis, Mei 31, 1984
Gambar Kembara dalam Variapop Mei 1984
Ahad, April 15, 1984
M. Nasir kecil hati terhadap dua pihak...
petikan Berita Minggu, 15 April 1984
Oleh MOHD KAMSAH SIRAT
Pencipta terkenal ingin dianggap sasterawan kreatif ..
M.NASIR menyesali anggapan setengah-setengah orang bahawa para artis adalah golongan yang tidak kreatif. Mereka menganggap kami sebagai penghibur atau penyanyi saja, tidak lebih dari itu."Mereka tidak pernah menganggap kami sebagai golongan sasterawan yang kreatif. Pada mereka hanya novelis, cerpenis dan penyajak saja yang menghasilkan kerja kreatif."
Nasir berkata semasa menjalani rakaman baru-baru ini. Beliau kemudian mengambil contoh penyanyi Sudirman Haji Arshad dan Anita Sarawak yang menurutnya adalah artis-artis yang kreatif.
Bagaimanapun, Nasir dengan terus terang berkata bahawa penyanyi memang tidak seharusnya tahu menyanyi semata-mata . Seseorang artis mestilah ikut meninjau atau meneliti prestasinya sendiri bila mengadakan atau menyertai pertunjukan.
Malah kalau holeh. tambahnya. biarlah si penyanyi itu ada pengetahuan dan pelajaran. Jangan dibiarkan diri “kosong”.
Nasir selanjutnya berkata bahawa pertunjukan atau rancangan televisyen yang turut dijayakan oleh Sudirman atau Anita sering berjaya berbanding dengan pertunjukan oleh artis-artis lain.
Tak paksa
Ini adalah kerana kedua-duanya tidak duduk diam selepas pertunjukan itu. Mereka meneliti kelemahan yang ada dengan azam untuk memperbaikinya pada masa depan.
"Seseorang artis mesti tegas, kreatif, mempunyai imej sendiri di samping matlamat.
Mereka juga perlu bertukar-tukar pendapat dengan penerbit atau penganjur pertunjukan. katanya.
Menyentuh tentang kerjayanya. Nasir yang sentiasa mencari unsur-unsur baru untuk diterapkan ke dalam lagu-lagu ciptaannya. tidak mahu memaksa orang lain supaya menyetujui pendapat atau pendiriannya.“ Biarlah masyarakat memikirkan dan menilai hasil-hasil ciptaan saya dan rakan-rakan saya dalam kumpulan muzik Kembara.
"Tugas saya ialah seberapa daya mencipta lagu yang baik.
"Sesuatu Iagu mesti ada tema dan kami tetap pada konsep Kembara.
Perjuangan Kembara untuk pelajaran, masyarakat. negara dan agama." katanya.
"Konsep Kembara ialah cinta pada bangsa, negara dan agama. "Sesuatu lagu itu mesti ada cerita, mesti ada mesej yang hendak disampaikan kepada para pendengar." tambahnya.
Nasir sering berbincang dengan dua orang rakannya dalam Kembara iaitu S. Amin Shahab dan A. Ali mengenai sesuatu lagu dan senikata yang hendak dirakamkan.
"Kami akan dapatkan persetujuan semua pihak sebelum rakaman dimulakan. Kalau pun ada perselisihan pendapat maka ia hanya pada teknik.” jelasnya.
Menyentuh mengenai lagu Cetak Rompak rakaman Kembara, Nasir menjelaskan lagu itu dicipta untuk melahirkan kekecewaan golongan artis, terutama dirinya sendiri, dengan pihak berkuasa yang kurang bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak.
Betapa kecewanya kami dengan perbuatan itu. Kita yang bersusah payah menulis senikata atau mencipta lagu. lanun-lanun pula yang mengecap keuntungan yang besar.- katanya.
Undang-undang
Bagaimanapun. beliau tidak memberikan butir-butir lanjut mengenai hal ini. Apa yang jelas ialah para artis dan pencipta penggubah lagu tidak dapat berbuat apa-apa. orang ramai — para pendengar — yang dapat membantu mereka mengatasi masalah ini iaitu dengan memulaukan piring hitam atau kaset-kaset tiruan itu.
Bahkan, syarikat-syarikat rakaman juga tidak perlu berbuat apa-apa kerana pihak berkuasalah yang memegang 'kunci' untuk mengubah nasib penyanyi, pencipta penggubah dan syarikat-syarikat rakaman dengan mengadakan undang-undang yang lebih keras untuk membanteras pencetak-pencetak rompak ini.
Nasir dengan terus terang berkata bahawa pendapatan yang diperolehi dari menulis senikata dan mencipta lagu tidaklah lumayan seperti yang disangka oleh ramai orang. Pada mata orang ramai. katanya. penyanyi hidup mewah kerana mereka sering kelihatan berpakaian cantik dan kemas.
Dibagi tiga
'"Tetapi mereka lupa bahawa apa yang mereka lihat itu hanya pada layar televisyen ataupun di atas pentas pertunjukan. Sebenarnya. hidup artis dan pencipta lagu adalah seperti kebanyakan orang." Nasir menegaskan.
Beliau pernah dibayar hanya $30 bila beliau mula-mula menulis lagu. Hanya setelah beliau dilantik untuk menerbitkan beberapa buah album tidak lama kemudian pendapatannya bertambah. Itu pun terpaksa dibahagi kepada tiga orang, termasuk dirinya. Bagaimanapun. beliau tidak menerangkan berapakah pendapatannya sekarang.
Selain dari menulis senikata. mencipta lagu dan menyanyi, Nasir juga menulis skrip drama dan berlakon.
Beliau kemudian melahirkan harapannya supava Kembara akan dapat ‘hidup’ lama — sesuai dengan namanya — untuk berbakti kepada masyarakat melalui hiburan.
“Sesuatu lagu mesti ada tema. Sesuatu lagu itu mesti ada cerita, mesti ada mesej yang hendak disampaikan kepada para pendengar. Perjuangan Kembara ialah untuk pelajaran, masyarakat, negara dan agama.” -M Nasir
Ahad, Januari 01, 1984
M. Nasir akan berlakon filem pula....
(*tarikh dan sumber asal majalah tidak dikenalpasti. Teks digital dari gambar milik Mohd Taufik FB - Kelab Sahabat M Nasir)
![]() |
| NASIR bersama isterinya |
Skrip asal filem ini ditulis sendiri oleh Nasir tetapi telah diolah kembali oleh penulis veteran Hamzah Hussein. Filem itu akan diarahkan oleh seorang wartawan, Robert Helmy dan dikeluarkan oleh Era Filem Productions.
Encik Hamzah Hussein, yang dihubungi hari ini menyatakan, beliau hanya menulis lakon layar untuk Seniman Jalanan.
Sehingga hari ini, lakon layar itu masih ada dalam simpanannya dan belum diambil oleh pengarah atau pengeluar filem Itu.
Seniman Jalanan mengisahkan seorang anak muda yang berbakat besar dalam bidang penggubahan lagu. Dia berhijrah ke kota dengan harapan mendapat kejayaan. Sebaliknya, kejayaan yang diharapkan itu, tidak datang menggolek.
Namun demikian, dia langsung tidak mengenal erti kecewa. Dia terus mencipta lagu walaupun semua syarikat rekod menolak lagu-lagunya.
Sinopsis cerita ini seakan filem Sumber IIhamku yang dikeluarkan oleh Syed Kecik Filem Productions tidak lama dulu.
Terkenal
Dalam filem itu, pengarahnya, Aziz Jaafar, telah menggunakan dua penyanyi iaitu Latiff Ibrahim dan Sharifah Aini untuk memegang peranan utama. Dalam Seniman Jalanan pula, M. Nasir akan memegang peranan utama sebagai hero. Peranan heroin belum ditentukan tetapi menurut Encik Hamzah, beberapa orang pelakon wanita telah dicalonkan.
Sebahagian besar filem ini akan digambarkan di Kuala Lumpur. Sepuluh buah lagu lama dan lagu baru ciptaan Nasir akan digunakan dalam filem itu.
Walaupun peminat Nasir di Malaysia mengenalinya sebagai penyanyi, di Singapura, Nasir terkenal sebagai pelakon drama yang berbakat. Dia banyak berlakon drama TV keluaran SBC dan kebolehannya dalam bidang itu memang tidak dinafikan.
Sebagai seorang penggubah lagu dan penerbit album, Nasir telah menaikkan nama ramai penyanyi antaranya kumpuIan The Ideal Sisters, The Alleyeats, Yusnizar Hossein dan juga kumpulannya sendiri iaitu Kembara.
Nasir juga terkenal sebagai seorang pencipta lagu yang mempunyai idea-idea yang berlainan, Hidupnya yang penuh sederhana di paparkan menerusi lagu-lagu yang diciptanya.
Kini, dia sudah mengalih pandangannya kepada menulis skrip filem dan juga berlakon. Mungkin masih terlalu awal untuk menilai kebolehannya. Bagaimanapun, bldang seni lagu dan juga seni lakon bukanlah dua bidang yang berlainan.
Mungkin, setelah berlakon, Nasir boleh mencuba bakatnya dalam bidang pengarahan.
Siapa tahu, satu hari nanti, dia dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarham P. Ramlee.










