petikan dari laman YTNZ (Yayasan Tuanku Nur Zahirah) 22 Jun 2009
MAJLIS Songket dengan persembahan pentas khas oleh Stephen Rahman Hughes, M. Nasir, Faizal Tahir dan Ida Mariana akan berlangsung bagi memartabatkan songket sebagai khazanah warisan Malaysia yang tinggi nilainya.
Bertemakan “Melestarikan Warisan”, para tetamu ke majlis pada 10 Julai ini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur akan dihiburkan sepanjang malam dengan nyanyian, tarian tradisional dan muzikal lagu.
Bersama para tetamu kehormat yang terdiri daripada para CEO badan korporat hinggalah kepada artis-artis selebriti dan orang-orang kenamaan Kuala Lumpur.
Majlis Songekt ini bawah naungan Diraja Baginda Permaisuri Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Majlis Songket bakal menjadi malam bahagia yang tidak akan dilupakan, bersama persembahan yang belum ditonton sebelum ini, ‘menggabungkan yang tradisional dan yang baru’.
“Para tamu Majlis Songket akan berpeluang melihat, merasa, menyentuh dan menikmati warisan seni halus tenunan songket,” kata pengerusi penganjuran Majlis Songket, Dato’ Larry Gan.
“Tetamu juga dapat meneroka songket dalam berbagai bentuknya bersama persembahan muzikal arahan pengarah teater ternama Dato’ Zahim Albakri disamping artis Man Bai sebagai pengarah teknikal dan Jason Voon sebagai pengarah muzikal,” jelasnya lagi.
Pasangan Diraja Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan mencemar duli untuk menyerikan majlis ini.
Majlis Songket merupakan malam amal bagi badan korporat, pertubuhan dan orang perseorangan untuk membantu matlamat YTNZ ke arah memelihara dan memajukan seni kraftangan asli serta warisan Malaysia.
Dalam masa yang sama juga memperbaiki penghidupan para tukang dan seniman penenun di Malaysia. Projek perintis YTNZ bertumpu untuk memapankan dan mengembangkan industri songket melalui pengenalan gubahan kegunaan dan fungsi pemakaian songket yang berinovatif.
Pada sesi memilih pakaian untuk para pelakon serta penari serta muzikal Majlis Songket di pejabat dan ruang pamer Yayasan Tuanku Nur Zahirah di Bangsar hari ini, Zahim turut melahirkan rasa kagumnya tentang keunikan songket yang ditenun menggunakan tangan.
Antara songket tenun halus dan kreatif, yang akan diperagakan di Majlis Songket itu nanti
“Apa yang unik tentang songket ni ialah bila anda memakainya, anda akan terfikir tentang penenun yang mengunakan tangannya sendiri untuk menenun songket yang memerlukan banyak kesabaran dan penelitian,” kata Zahim.
“Inilah yang masih membuat songket di Malaysia istimewa.”
“Saya mengetahui yang Yayasan Tuanku Nur Zahirah menerajui rekaan baju songket kontemporari untuk kaum wanita tetapi untuk lelaki pula, ia adalah sesuatu yang baru bagi saya," ujar Zahim.
Majlis Songket juga bakal memperagakan pakaian yang menggunakan songket ringan kontemporari keluaran para penenun Yayasan ini dan direka oleh pereka fesyen ternama seperti Tom Abang Saufi, Radzuan Radziwill, Melinda Looi, Jovian Mandagie, Rizalman Ibrahim, Tangoo dan Pink Jambu.
“Ianya merupakan peluang terbaik bagi para penaja, rakan kongsi, orang-orang penting industri serta para individu untuk menikmati malam berprestij di majlis menakjubkan ini,”kata Gan.
Tempahan tempat duduk meja (RM10,000) dan kerusi individu (RM1,000) tersedia dengan menghubungi Sarah atau Evelyn di talian 03 2284 8253. Kesemua sumbangan akan digunakan untuk membantu peluang pekerjaan yang saksama, khususnya buat para penenun Yayasan di Terengganu dan Sarawak, berserta usaha-usaha lain yang dilakukan Yayasan bagi mempromosi dan memelihara warisan songket Malaysia.
Berkenaan Yayasan Tuanku Nur ZahirahYTNZ ditubuhkan pada tahun 2007 dibawah Naungan Diraja, Baginda Permaisuri Agong Malaysia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Ia bermatlamat memperbaiki taraf hidup penghidupan rakyat melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan yang saksama bagi para pekerja seni, penenun dan tukang.
Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan memperkenalkan rekaan dan inovasi dalam kraftangan tempatan bagi memajukan nilainya dan memperluas pasaran kraftangan Malaysia.
Dengan mengangkat warisan Malaysia yang kaya, YTNZ percaya ia boleh membantu masyarakat terpinggir di kawasan luar bandar mendapat pendapatan yang berpatutan dan mapan seiring dengan hasrat memelihara budaya warisan tanah air.
Kebanyakan para penenun terdiri daripada ibu tunggal di desa sepanjang Pantai Timur Malaysia. Mereka menggunakan mesin tenun tangan bagi menenun dan menjual songket sebagai sumber rezeki membesarkan dan membiaya persekolahan anak-anak mereka.
Antara usaha bagi membantu para penenun songket di Terengganu, YTNZ menyediakan bantuan kewangan untuk memperbaiki dan menaik taraf kemudahan berkerja di rumah. YTNZ juga membeli songket tenunan mereka secara bulanan sebagai menambah pendapatan mereka.
Antara barangan yang bakal dipamerkan oleh YTNZ di Majlis Songket termasuklah buku eksklusif ‘coffee table’ bercitra mewah, berjudul “Songket Revolution” tajaan Yayasan, tulisan pakar tekstil Noor Azlina Yunus.
YTNZ turut menggunakan kesempatan ini bagi memperagakan songket kontemporari, bermutu tinggi yang direka dan dikeluarkan khas oleh YTNZ di bawah jenama Royal Terengganu Songket untuk fesyen, cenderahati berharga dan hiasan dalaman. Lembaga Pemegang Amanah YTNZ terdiri dari Tengku Dato’ Rahimah Al-Marhum Sultan Mahmud (Penasihat) Tengku Noor Alina Ibrahim-Eddy (Pengerusi), Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail, Datuk Sayed A. Rahman Sayed Mohd, Dato’ Larry Gan, Suryani Senja Alias dan Toh Puan Seri Nur Rahmah Mohd Zain.
Untuk sebarang maklumat, sila berhubung dengan Pegawai Perhubungan Media Alex Yong di +6 019 322 2932 atau alexyong@gmail.com
petikan berkaitan:
taken from The Star 16 June 2009
3 ulasan:
Terima Kasih En Razlizam kerana memberitahu kehadiran artikel ini.
Terima kasih kembali Tuan Saudagar. Kalau I banyak duit, nak gak pi Songket Ball ni.. hehehe
Wo wo wo , dalam Mstar dan The Edge pun ada
http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2009/6/22/mstar_hiburan/20090619151341.asp&sec=mstar_hiburan
http://www.theedgemalaysia.com/lifestyle/16694-a-modern-twist-on-a-time-honoured-craft.html
Catat Ulasan