Jumaat, Januari 30, 2009

Rahmat buatmu Loloq - M. Nasir

petikan Utusan Malaysia 30 Januari 2009

M. NASIR (kanan) bersama Allahyarham Loloq pada Majlis Anugerah MACP pada tahun 2006.

MUKADIMAH
SETAHUN yang lalu, pada tarikh hari ini, industri hiburan tanah air kehilangan penulis lirik prolifik, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis.

Kehilangan seniman itu pada usia 50 tahun dianggap sebagai kehilangan besar pada industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, di kalangan ramai karyawan muzik, Loloq dianggap orang paling kanan dalam kehidupan sifu M. Nasir.

Pemergian Loloq merupakan kehilangan paling besar buat seniman kelahiran Singapura itu.

Justeru, sempena setahun pemergian Loloq, Hits mengundang M. Nasir untuk menulis dan bercerita mengenai rakan karibnya itu.

– PENGARANG,


SETAHUN sejak Loloq pergi, aku melepaskan keterbiasaan sedikit demi sedikit.

Keterbiasaan melalaikan aku pada sesuatu yang tidak biasa.

Kerana keterbiasaanlah hampir hari-hariku terasa Loloq akan hadir menyambung bicara jam 3 pagi, semalam di Warung Awe atau Yeop dekat pejabat Luncai Emas berbicara penemuan-penemuan pencetus idea atau sekadar bicara prestasi Manchester United yang kekadang mencemaskan.

Kemudian mengingatkannya tentang lirik yang seharusnya siap dua minggu lepas.

Pernah ketika umur kami menjangkau 40 tahun, kami berbicara tentang mati.

Lalu sentuh kematian P. Ramlee yang masih agak muda. Seniman mati muda ramai.

Khairul Anwar mati muda walau dia mahu hidup seribu tahun lagi. Kita mahu hidup seribu tahun lagi.

Namun, itu hanyalah penyataan puitis dan nyatanya ajal bergaul dengan fitrah.

Buat diriku, seniman terus hidup selagi karyanya hidup.

Loloq adalah seniman dan sahabat karibku. Lebih dari itu, dia adalah 'cerminku' yang kini hilang.

Aku tak pasti dia pemujaku, tapi aku hampir pasti dia pengkritik aku yang setia.

Zaman pencarian di Singapura dekat 30 tahun dahulu menemukan aku dengannya.

Gayanya yang menangkap, bercermin mata ala John Lennon dan gigi ala Tompel sukar dilupakan.

Dia telah lalui zaman gelap. Allah sahaja yang tahu sejauh mana dia telah merantau tapi dia menjelma seperti burung api yang gemerlap.

Aku akui waktu itu aku hanya pelajar. Namun, aku telah menghasilkan album Kembara dan dia cuba membongkar pemikiranku.

Dia penggemar Beatles dan Bob Dylan seperti aku.

Umur kami sama. Hidup kami ala hippies lalu reaksi kimia pun tercerna.

Loloq datang dan pergi dalam hidupku sehingga dia muncul semula di Sungai Buluh, sewaktu aku mula membina tapak Luncai Emas 15 tahun dahulu.

Itu pun dengan keresahan perantaunya sehingga bersama kawan-kawan lain menetap di rumah sewa di belakang pejabat lama Luncai Emas.

Bagaimana dia mula mengambil berat dalam penulisan adalah keanehan.

Aku sedar dia pembaca tetapi menulis?Namun, dia mula menulis dengan kumpulan percubaannya, Rastari waktu di Singapura.

Kapal Belayar dan Wak Jono adalah antara lirik pertama yang ditulisnya.

Walau kurang sempurna, ia menghidupkan satu aliran muzik indie dengan suaranya dapat didengar dalam beberapa trek album itu.

Loloq hilang agak lama lepas itu, sehingga dia muncul dengan lirik Insan & Manikam dalam albumku.

Sejak itu dia tidak melihat belakang lagi. Dalam masa-masa yang sama 'menikah' dan membuat 'duit' dari album seterusnya seperti Ella dan Search.

Kekadang dia menyatakan kerisauannya dengan kestabilan hidup.

Takut kalau perantauannya akan berakhir seperti orang biasa.

Loloq, kekadang Nurbisa, Abdullah Romani, kekadang Heikal dan Kristo Bimbo adalah ironi pada Rosli Khamis.

Dia adalah jegela yang bermainkan watak- watak, namun, mencari dirinya yang sebenar.

Loloq memasuki dunia seni hiburan ini dengan semangat menambah warnanya dengan cara tersendiri.

Walau bagai seorang penulis lirik suaranya lebih lantang dan dirasai daripada kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu.

Dia adalah karakter yang sukar dilupakan. Siapa yang mengenalinya tidak akan lupa dengan gayanya, tawanya, pemakaian fesyen terkini dan ranggi serta anting-anting di telinga.

Tapi yang mendalami jiwanya, akan mengenal manusiawi bernama Loloq.

Rupanya perantauan Loloq tak habis lagi. Dia kini merantau ke satu daerah baka melepasi fana dan lagu-lagunya adalah gema karya rasanya di bumi ini.

123 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

(Petikan lirik lagu Apokalips oleh Loloq)

Rahmat Allah Untukmu Loloq,
Daripada aku,
M. Nasir

Khamis, Januari 29, 2009

Falsafah hidup M Nasir dalam lagu

petikan Berita Harian 29 Januari 2009
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

SIDANG media konsert M Nasir turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.

Beri penekanan kepada muzik berbentuk 'fusion' dan sejagat, namun irama popular tidak dilupakan pada persembahan di Istana Budaya

SELAMA 30 tahun dalam industri muzik, membawa lebih 1,500 khazanah seni untuk dikongsi khalayak yang menghargai kekuatan bakatnya pastinya memberi bebanan kepada M Nasir memilih sentuhan terbaik bakal dipersembahkan pada Konsert Alam Muzik M Nasir di Panggung Sari, Istana Budaya selama tiga malam bermula 27 Februari ini.

Akui seniman berusia 51 tahun ini, dia sendiri turut bertanyakan peminatnya di laman interaksi meminta pandangan mereka lagu apa yang patut dinyanyikannya pada tiga malam itu. Pelbagai judul lagu diberikan, namun anak kelahiran Singapura pada 4 Julai 1957 ini mempunyai acuan persembahannya yang tersendiri.

“Saya akui agak terbeban memikirkan soal persembahan namun saya akan membawa peminat untuk mengembara mengikuti perjalanan muzik M Nasir bermula dari 1978 hingga hari ini.

“Pada konsert itu nanti, penggemar saya akan dapat melihat perkembangan muzik M Nasir yang merentasi evolusi dari zaman sentimental, membawa kepada lagu rakyat, Irama Malaysia, sentuhan sejagat dan terbaru, hip hop.

“Saya meminati apa saja muzik kontemporari seperti lagu Kenangan Lalu nyanyian Flybaits. Mungkin ada yang tidak percaya bagaimana saya boleh menghasilkan lagu itu,” katanya pada sidang media Konsert Alam Muzik M Nasir di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, petang Khamis lalu.

Konsert kelima yang dijayakannya bersama Boxoffice Malaysia Sdn Bhd itu juga membawa peminat untuk menghayati falsafah hidup yang dilalui M Nasir selama bergelar insan seni.

Malah kata M Nasir lagi, pengembaraan itu juga akan mendekatkan khalayak kepada kejiwaan seni yang dititinya sehingga kelebihannya diangkat dengan jolokan sebagai sifu industri muzik.

“Saya akan memberi penekanan kepada muzik berbentuk fusion dan sejagat, namun irama popular juga tidak dilupakan pada malam itu,” katanya.

Biarpun digugat pelbagai dugaan untuk merealisasikan impian besar selepas kali terakhir menyempurnakan Konsert Andalusia di Stadium Merdeka, lapan tahun lalu, M Nasir tetap berterima kasih kepada Pengarah Boxoffice Malaysia, Ali Bakar yang mempercayai kekuatan bakat yang dimilikinya.

Penganjur yang dikenalinya sejak masih di Singapura, malah Ali Bakar juga ialah insan yang bertanggungjawab membawanya ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert di sini.

“Dia tidak pernah jemu dan serik menganjurkan konsert saya. Ali tahu apa yang masyarakat mahukan dan itu adalah satu penghargaan buat saya.

“Saya tidak tahu apakah ini penghargaan yang tertangguh kerana bagi saya, setiap kali selesai menghasilkan album dan masyarakat menyukainya, itu adalah pengiktirafan kepada saya,” katanya.

Selesa tampil solo tanpa penyanyi jemputan

SENTIASA mengikuti perkembangan industri hiburan, bahkan pernah menyaksikan sendiri jatuh bangun seseorang anak seni, M Nasir bertuah kerana dirinya masih dihargai peminat.

Namun dalam mengadakan persembahan, dia yang turut dikenali sebagai penggubah lagu, pelakon serta pelukis itu lebih selesa melakukan sesuatu berdasarkan kesesuaian tubuh badan dan suara.

“Ada penyanyi yang suaranya mampu merentas peredaran masa, ada yang sampai satu masa tidak lagi laku dan telinga juga tidak boleh menerima vokalnya.

“Saya tidak mahu jadi begitu. Bagaimanapun saya menyukai apa saja pembaharuan dan sentiasa memandang ke depan. Untuk menerima perhatian pembeli dan peminat, semua itu bergantung kepada lagu serta penyampaian seseorang penyanyi,” katanya.

Menyifatkan menjayakan konsert sama seperti menyempurnakan sebuah lukisan, justeru M Nasir selesa jika muncul solo tanpa disokong penyanyi jemputan.

“Saya banyak dipengaruhi lukisan, satu dunia halus di mana kita menyempurnakannya berdasarkan apa yang kita sendiri fikirkan.

“Itu yang saya percaya sebagai seorang penyanyi dan saya cuma menyampaikan apa yang ada dalam pemikiran untuk dikongsi bersama peminat.

“Industri muzik sekarang sudah dirosakkan oleh persembahan yang pelbagai, menyebabkan kita sudah terbiasa dengan bermacam-macam konsep tetapi malangnya semua itu tiada makna,” katanya.

Petanda awal yang positif

ALI Bakar ketika ditemui mengakui, dia sendiri diburu ketakutan untuk merealisasikan konsert ini apatah lagi terpaksa berdepan dengan M Nasir yang ada ketika menyukarkannya untuk memberikan jawapan kepada persoalan yang diajukan.

Memahami M Nasir sebagai insan seni, Ali Bakar menyerahkan keseluruhan konsep Konsert Alam Muzik M Nasir kepada penyanyi itu sendiri.

“Biar ia datang dari jiwanya tanpa perlu ada paksaan daripada pihak lain. Saya akui agak mencabar untuk menjayakan konsert ini kerana ada lagu yang saya mahu dia sampaikan, tetapi M Nasir juga mempunyai pilihannya sendiri.

“Ia agak mendebarkan namun saya akan cuba untuk merealisasikan apa yang diimpikannya pada konsert ini. Saya membuka ruang yang luas untuk dia berkarya pada konsert itu,” katanya.

Konsert Alam Muzik M Nasir bagi Ali Bakar turut menyajikan sesuatu yang istimewa kerana ditangani tenaga kerja profesional dan berpengalaman di atas pentas yang direka khas oleh Usop Kopratasa.

“Gabungan lagu, skrip, penataan cahaya dan bunyi selain layar memberikan satu dimensi baru kepada M Nasir yang akan beraksi solo tanpa artis undangan mempersembahkan khazanah lagunya yang sangat berharga,” katanya.

Petanda awal kejayaan konsert itu sudah jelas apabila tiket berharga RM85 untuk ketiga-tiga malam persembahan habis dijual.

Rabu, Januari 28, 2009

'Terima kasih Ali Bakar'

petikan Harian Metro 28 Januari 2009
Oleh ELRAFAEI SAPI

SEJAK 30 tahun lalu, minat Mohamad Nasir Mohamad atau M Nasir terhadap seni muzik tidak pernah padam. Dalam tempoh itu, dia sudah menghasilkan 11 album solo bermula Untuk Pencinta Seni pada 1979 diikuti Dia Ibuku (1981), Solo (1988), Saudagar Mimpi (1991), Canggung Mendonan (1993), Konsert Akar M Nasir: Manifestasi Akustika (1995), Terbaik M Nasir (1998), Srikandi Cintaku (1999), Prahara Seni Abadi dan Phoenix Bangkit (2001) dan Sang Pencinta (2006).

Pada awal pembabitan dalam muzik, dia pernah menganggotai kumpulan Kembara yang menghasilkan tujuh album di samping 33 album kompilasi. Sebagai penggiat seni yang aktif berkarya, M Nasir turut mengembangkan bakat seni dalam bidang lakonan. Bermula dengan filem Kembara Seniman Jalanan pada 1986 arahan Nasir Jani, dia kemudian membintangi filem Fenomena (1990), Selubung (1992), Balada (1993), Simfoni Kasih (1994), Merah (1996), Perempuan Melayu Terakhir (1999), Putih (2001) dan Puteri Gunung Ledang (2004).

Selain album dan filem, pencapaian seni M Nasir juga diukur daripada kejayaan konsert yang diadakan. Konsert Canggung di Stadium Negara pada 1994 dan Konsert Andalusia di Stadium Merdeka (2000) antara persembahan yang meninggalkan kenangan manis pada peminatnya.

Tidak terkecuali, M Nasir pernah melakar sejarah peribadi menerusi persembahan di luar negara seperti Konsert M Nasir Crossing UK'97 pada 1997 bertempat di Manchester diikuti Konsert Gembala di Harbour Pavilion, Singapura (1999) dan Konsert Phoenix Bangkit di Suntec City, Singapura (2001).

Menjelang 27 Februari depan, M Nasir, 51, kembali mengadakan konsert solo, Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert yang sepatutnya dijadualkan pada Oktober tahun lalu, pastinya membuatkan pencinta setia M Nasir tidak sabar menantikan detik itu. Kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) menjadi media rasmi konsert ini.

Ikuti temu bual wartawan Rap, ELRAFAEI SAPI (ahmadelrafaei@hmetro.com.my) bersama M Nasir mengenai perkembangan konsertnya serta pandangannya mengenai perkembangan muzik semasa.

SOALAN(S): Apakah yang ingin dikongsi menerusi konsert kali ini?

JAWAPAN(J): Konsert ini menterjemahkan perjalanan seni saya selama 30 tahun dalam bidang muzik. Saya mahu peminat berkongsi dengan pengalaman saya sejak dari muzik sentimental beralih pada rock, pop rock, irama Malaysia hingga saya bekerjasama dengan hip hop.

Mungkin ada peminat yang tidak sempat mengikuti muzik saya sebelum ini tetapi kali ini mereka berpeluang untuk kenal. Untuk konsert kali ini, saya berusaha sampaikan lebih 20 lagu daripada lebih 1,500 koleksi ciptaan saya sendiri.

Menariknya, pada malam itu nanti, saya akan memberi peluang pada peminat mencadangkan lagu pilihan mereka untuk saya nyanyikan secara langsung. Sebelum ini, menerusi lamab web di Internet iaitu Facebook, ada peminat yang memberikan cadangan lagu yang harus saya nyanyikan pada malam konsert itu nanti. Pelbagai genre lagu berbeza disampaikan dan mungkin ada kejutan buat peminat.

Mengenai konsep persembahan, saya akan menggabungkan muzik fusion dan world beat. Namun, jika dilihat pada poster konsert ini, saya banyak terpengaruh dengan subjek lukisan saya sendiri. Pada saya, kita tidak boleh guna orang lain untuk menghasilkan lukisan kita sendiri. Untuk mendapat kepuasan, kita harus lakukan mengikut cara sendiri.

Walaupun saya percaya dengan konsep sebegitu tetapi ia tidak boleh disamakan dengan cara penyanyi lain. Saya ingin persembahkan apa yang ingin saya sampaikan dan tampilkan kelainan dalam persembahan tiga malam itu nanti.

S: Apakah konsert ini satu penghargaan buat anda atas sumbangan selama 30 tahun dalam bidang muzik?

J: Sejak dulu hingga kini, saya melihat pelbagai masalah berlaku dalam persada muzik tempatan. Bagaimanapun, saya harus berterima kasih pada Ali Bakar yang menjadi orang pertama membawa konsert saya di sini. Dia tidak jemu dan serik untuk menganjurkan konsert saya walaupun ini adalah kali kelima. Pada saya, Ali adalah promoter yang tahu apa yang masyarakat mahukan.

Biarpun orang lain menganggap konsert sebegini adalah penghargaan buat saya tetapi saya sendiri berpandangan penerimaan peminat yang menyukai muzik saya selama ini adalah penghargaan terbaik buat saya. Sokongan peminat pada saya selama ini harus saya hargai dan konsert ini diadakan untuk menghiburkan mereka.

S: Bagaimana dengan persiapan konsert setakat ini?

J: Segalanya mengikut apa yang dirancang. Latihan bermula sejak awal bulan ini dan saya bersama 14 pemuzik mula menyesuaikan diri dengan keadaan di Istana Budaya. Ketika latihan, kami tidak mempunyai banyak masalah kerana antara satu sama lain, kami pernah bekerjasama dalam persembahan sebelum ini.

S: Khabarnya, anda juga akan menyanyi lagu ciptaan sendiri yang pernah dinyanyikan orang lain. Apakah ini akan memberi cabaran?

J: Lagu yang saya hasilkan untuk rakaman, kebanyakannya mempunyai sesuatu yang peribadi buat saya. Apa yang ingin saya sampaikan kepada penonton adalah mengikut jiwa saya sendiri. Pada saya, lagu ciptaan sendiri yang pernah dinyanyikan orang lain tetap mempunyai unsur popular.

Konsert ini mempunyai graf tersendiri dan saya hanya menyanyikan lagu yang difikirkan sesuai dengan kemampuan vokal saya. Mungkin tidak untuk saya menyanyikan lagu seperti kumpulan Search yang mempunyai vokal lebih tinggi.

Apa yang boleh saya katakan, persembahan saya ini dekat dengan penonton. Gabungan pelbagai genre muzik dan rekaan persembahan ini mampu membawa hasil yang berbeza. Seperti berlakon drama dan teater, ekspresi yang ditunjukkan juga berbeza. Begitu juga dengan muzik, apabila ia dipersembahkan atas pentas akan membawa hasil yang berbeza.

S: Tanpa penyanyi jemputan, apakah anda yakin untuk beraksi seorang diri di pentas?

J: Jika merujuk pada persembahan antarabangsa seperti Michael Jackson dan Sting, mereka hanya membuat persembahan secara solo. Tiada penyanyi jemputan lain kerana peminat yang hadir memang mahu menonton aksi penyanyi itu sendiri.

Saya juga percaya peminat yang hadir menyaksikan konsert saya mahu berhibur bersama saya. Mengapa perlu penyanyi jemputan menjadi satu kemestian dalam setiap konsert? Saya fikir penonton kita banyak terpengaruh dengan bermacam konsert yang sering tampil dengan penyanyi jemputan. Sikap ini perlu diubah agar penonton lebih faham dengan matlamat penganjuran sesebuah konsert.

S: Berbeza dengan konsert dari luar negara, konsert tempatan sukar mendapat penaja. Apakah ini memberi kesan pada sambutan konsert anda?

J: Ia bukan isu apabila penaja enggan menyokong konsert tempatan. Tidak semua persembahan perlu sempurna tetapi apa yang penting, penyanyi itu perlu ikhlas dalam membuat persembahan. Bagi mereka yang meminati seseorang penyanyi, dia tetap akan datang dan sanggup bayar untuk menonton persembahan itu walaupun tanpa penaja.

S: Andai konsert ini tidak mendapat sambutan, bagaimana anda menghadapi perkara ini?

J: Saya sebagai penyanyi akan terus menyanyi dan membuat konsert. Seseorang artis mesti membuat konsert apabila dia mempunyai lagu dan album. Bagaimanapun, jika sambutan konsert seperti ini dikatakan gagal, sesiapa saja harus terima kenyataan.

Apa yang boleh kita buat jika peminat tidak mahu datang. Mungkin zaman penyanyi itu sendiri sudah berubah. Orang lain boleh cakap macam-macam bila sesebuah konsert itu gagal sama ada cara pemasaran tidak berkesan atau mungkin penyanyi itu tidak membuat persembahan dengan baik.

S: Apa komen anda jika konsert menjadi tanda aras kejayaan seseorang penyanyi?

J: Merujuk pada budaya masyarakat kita, bukan setiap minggu kita mempunyai konsert. Lalu, apabila kita melalui banyak perubahan seperti perkembangan teknologi moden, peminat mula demand. Mereka mahukan visual dan bunyi yang bagus dalam konsert.

Namun, kemampuan kita terbatas dan hanya artis luar dapat penuhi permintaan peminat itu. Setiap komposer atau penyanyi perlu tahu kekuatan diri yang dapat ditampilkan menerusi konsert. Apa salahnya untuk penyanyi yang hanya mempunyai single mengadakan konsert tetapi saya percaya masih banyak lagu lain yang dapat dinyanyikan dalam konsert.

S: Perjuangan selama 30 tahun disimpulkan menerusi konsert. Adakah konsert ini memberi kepuasan pada anda atas perjuangan selama ini?

J: Setiap apa yang kita lakukan mempunyai matlamat. Mungkin ada yang melihat matlamat itu tercapai dan mungkin sebaliknya. Namun, pada saya, nilai artistik pada karya seni dan penerimaan peminat seharusnya mempunyai keseimbangan.

S: Bagaimana pandangan anda dengan muzik indie yang makin mendapat perhatian khalayak?

J: Saya juga mengikuti perkembangan muzik sebegini. Pada saya, muzik perlu mengikut penyesuaian dalam diri seseorang. Sebagai komposer dan penyanyi, saya juga sukakan perubahan pada muzik seperti aliran indie yang mula menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Mungkin tidak ramai yang tahu, saya juga menyukai muzik punk dan hip hop. Bagi mereka yang mengikut satu aliran muzik saja, agak sukar untuk mereka keluar untuk meminati genre muzik lain. Namun, saya tidak begitu kerana saya turut mendengar muzik genre lain. Saya percaya untuk menarik perhatian khalayak khusus generasi muda, seseorang penyanyi itu bergantung pada lagu dan gaya penyampaian.

Saya melihat banyak band indie yang bagus dan berbakat. Sukar untuk kita jumpa band seperti Meet Uncle Hussain dan Hujan di negara lain. Berbanding dulu, peluang kini lebih banyak tetapi lirik lagu dulu banyak tertumpu pada perjuangan. Lagu masa kini pula lebih memfokuskan pada cinta tetapi ia bukan satu kesalahan.

S: Apa komen anda jika penyanyi baru yang mendapat bimbingan komposer terkenal seperti anda gagal dalam karier seni. Apakah ini satu kesilapan besar komposer itu?

J: Pandangan saya, itu bukan kesilapan kerana karier penyanyi baru adalah satu percubaan. Bagi saya, sejak awal saya boleh tahu penyanyi itu boleh pergi atau tidak berdasarkan kualiti suaranya. Bagaimanapun, ada juga penyanyi baru yang saya ambil sebagai anak didik tetapi sukar untuk saya beri penjelasan.

Ahad, Januari 25, 2009

Perjalanan M Nasir

petikan Harian Metro 25 January 2009
Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

“KONSERT ini bakal mengungkap perjalanan muzik saya dari dulu hingga kini. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni, saya melalui pelbagai frasa dalam penciptaan lagu.

“Pelbagai genre lagu sudah saya cipta dan selami kerana saya memang gemar menyuntik elemen baru dalam setiap karya saya,” kata M Nasir.

Komposer, penyanyi, pelakon dan pengarah filem ini berkata demikian apabila ditanya mengenai persembahan keseluruhan konsert solo Alam Muzik M Nasir yang bakal menggemakan dewan Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Februari hingga 1 Mac depan.

Malah, lelaki ‘seni’ ini menyifatkan konsertnya sebagai sesuatu yang sangat bermakna dalam kehidupannya dan memberi jaminan bahawa peminat pasti terhibur dengan pengalaman serta perjalanan muziknya dari dulu hingga sekarang.

Pementasan di Istana Budaya ini pernah tertangguh. Berbulan-bulan lamanya, tetapi tidak mematahkan semangat dan jiwa anak seni kental ini. Penantiannya terlerai dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk kumpulan media The New Straits Time Press Berhad.

Berkonsepkan alam muzik M Nasir, konsert ini antara penganjuran pertama yang diadakan selama tiga hari berturut-turut. Sebagai penyanyi yang membina nama di persada seni hiburan sejak 30 tahun lalu, M Nasir sekali lagi diberi penghargaan apabila berpeluang mengadakan persembahan di Istana Budaya.

Menurut anak seni ini, Alam Muzik M Nasir dianjurkan oleh Box-office (M) Sdn Bhd. Katanya, ini adalah kerjasama kali kelima diadakan bersama syarikat penganjur terbabit.

“Sudah pelbagai jenis persembahan muzik dan konsert pernah saya lakukan sejak berkecimpung dalam dunia seni ini. Malah, kerjasama antara saya bersama Box-office bermula sejak 1983 apabila mereka mengundang saya yang pada waktu itu masih bersama kumpulan Kembara mengadakan satu konsert rock.

“Sejak itu kerjasama yang terjalin menjadi semakin rapat dan saya percaya dengan pengurusan mereka. Kini, kerjasama itu sekali lagi terjalin,” katanya.

Tambah M Nasir, konsertnya tidak akan menampilkan mana-mana artis sebagai jemputan, sebaliknya pentas Panggung Sari akan sepenuhnya menjadi penyanyi ini.

“Sebenarnya, ia adalah idea pihak penganjur. Bagi menampilkan kelainan, tiada artis jemputan diundang untuk bersama saya pada malam konsert itu.

“Ia juga bakal menjadi persembahan eksklusif daripada saya untuk penonton. Pada malam konsert itu, saya akan menyanyikan pelbagai jenis lagu ciptaan dan nyanyian sendiri atau orang lain. Begitupun, hanya lagu yang sesuai akan dipilih,” katanya.

Tambah anak seni berkaliber ini, bagi menampilkan kelainan, konsert berkenaan akan melalui beberapa perubahan. Katanya, dia mahukan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan untuk menghiburkan peminatnya.

“Pentas di Panggung Sari akan direka khas untuk konsert berkenaan. Gambaran asasnya sudah ada, tetapi ia perlu melalui beberapa perbincangan sebelum keputusannya dibuat. Untuk kali ini, saya menggunakan khidmat dan kreativiti Usop Kopratasa dalam menghasilkan pentas menarik.

“Sekalipun konsert ini akan diadakan tiga hari berturut-turut, pengisiannya sedikit berbeza. Keadaan pentas tidak akan diubah, sebaliknya susunan lagu sedikit berbeza daripada malam sebelumnya.

“Di samping itu penataan cahaya, muzik dan beberapa perkara lagi akan diberi tumpuan supaya konsert ini diingati selama-lamanya,” katanya sambil memberitahu konsert berkenaan diiringi 10 pemuzik handalan.

Sabtu, Januari 24, 2009

M Nasir janji kejutan

petikan Harian Metro 24 Januari 2009
Oleh Elrafaei Sapi

IMPIAN peminat penghibur, M Nasir untuk menyaksikan konsert solonya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila persembahannya kali ini diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Acara selama tiga malam berturut-turut bermula 27 Februari depan dianggap istimewa kerana jangka masa lapan tahun tanpa konsert membuatkan ramai peminatnya rindu untuk berhibur bersamanya.

Kali terakhir, M Nasir mengadakan konsert adalah pada 2000 menerusi Konsert Andalusia yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Bagi M Nasir, konsert ini adalah manifestasi perjalanan seninya yang bermula sejak 30 tahun lalu hingga bertahan kini.

Biarpun kehadiran penyanyi generasi baru menyaingi penyanyi terdahulu, sebaliknya peminat merasakan aura M Nasir masih belum digugat.

Sebagaimana kepercayaan peminat terhadap karya M Nasir, penganjur konsert ini, Boxoffice (M) Sdn Bhd yang diketuai Pengurus Besar, Ali Bakar juga berkeyakinan dengan kelebihan M Nasir.

Antara Ali dan M Nasir, mereka adalah rakan yang pernah sama berjuang ketika persada muzik tempatan berkembang pada 80-an.

Menariknya, konsert kali ini adalah kelima buat Ali yang memikul tanggungjawab sebagai penganjur.

Sejak kali pertama mereka bekerjasama menerusi Konsert Canggung M Nasir yang diadakan di Stadium Negara pada 1994, Ali dan M Nasir tidak putus asa untuk terus menghiburkan peminat dengan konsert seterusnya.

Kata Ali, sejak awal konsert M Nasir mencipta kelainan kerana persembahannya dilakukan secara solo tanpa membabitkan penyanyi jemputan.

Malah, M Nasir sendiri gemar menggunakan khidmat pemuzik yang faham dengan karya seninya berbanding kehadiran orkestra yang sering ditampilkan dalam konsert penyanyi lain.

“Secara peribadi, saya berbangga dengan M Nasir yang masih berjuang dalam muzik dan mahu mengadakan konsert ketika ini.

“Saya faham dia mempunyai idea baru dan kelainan yang ingin ditampilkan dalam konsert kali ini. Seperti yang diketahui, konsertnya kali ini istimewa kerana ia diadakan di Istana Budaya.

“Apa yang saya tahu, hanya artis yang mempunyai prestij tinggi dan kelebihan berpeluang untuk mengadakan konsert di situ. Sebenarnya, perancangan konsert ini bermula sejak dua tahun lalu,” katanya.

M Nasir, 51, dijangka menghiburkan peminat dengan persembahan lebih dua jam bersama lebih 20 lagu.

Menariknya, lagu yang dinyanyikan adalah koleksi peribadinya yang hampir mencecah 1,500 lagu.

Janji M Nasir, dia turut menyampaikan lagu ciptaan sendiri, tetapi pernah dinyanyikan orang lain.

Kelmarin, konsert ini diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media yang diadakan di Istana Budaya.

M Nasir kini giat berlatih sejak awal bulan ini tanpa mendedahkan awal senarai lagu yang akan dinyanyikan.

Katanya, ada kejutan pada malam itu nanti.

2,000 penonton sayu

petikan Utusan Malaysia 24 Januari 2009
Oleh HERMAN HAMID dan SAIFUL HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my

M. NASIR bersama kumpulan teater Bingkas Kebayan menyanyikan lagu Masirah sebelum mengakhiri Malam Puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sedih, hiba dan sayu. Itulah gambaran yang jelas terpancar di wajah lebih 2,000 penonton termasuk tetamu kenamaan pada Malam Puisi Utusan Demimu Palestin di sini malam ini.

Walaupun Malaysia dipisahkan ribuan kilometer dengan Gaza namun dalam majlis di Laman Santai, Istana Budaya itu, mereka ternyata sangat hampir dengan penderitaan dan kesengsaraan dahsyat rakyat Palestin.

Ini jelas dilihat apabila setiap kali sesebuah puisi disampaikan, para tetamu dilihat terpaku menghayati bait-bait yang menceritakan keperitan dan penderitaan rakyat Gaza menghadapi kekejaman Israel.

Senario ini bertepatan dengan matlamat Kumpulan Utusan selaku penganjur Malam Puisi Utusan Demimu Palestin iaitu sebagai wadah menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Palestin selain manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim Zionis.

Penganjuran majlis itu mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang turut hadir, mendeklamasikan puisi bertajuk Untukmu Palestin, nukilan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di luar negara, menyampaikan salam sambil menyatakan sokongan terhadap usaha Kumpulan Utusan itu.

Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi ialah Jihad Abu Ghoush iaitu anak Duta Palestin, Abdelaziz Abu Ghoush yang hadir bersama isterinya, Iman Abu Ghoush.

Pada majlis itu, 21 penyair mendeklamasikan puisi termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang menyampaikan dua buah puisi ciptaannya pada majlis tersebut.

Samad dalam gayanya tersendiri menyampaikan puisi nukilannya sendiri bertajuk Anak-Anak Palestina dan Bendera Tengkorak.

Majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Muzahet Masruri; Setiausaha Bahagian Kementerian Luar, Datuk Mohamad Kamal Yan Yahaya dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali.

Hadir sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamad Johari Shaarani dan Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia (IRM), Zawahir Abdullah.

Tetamu kehormat lain ialah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan beberapa kerabat diraja.

Penggiat-penggiat sastera tersohor tanah air yang turut menjayakan Malam Puisi Demimu Palestin ialah Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Rahimidin Zahari.

Sementara itu, beberapa selebriti tanah air juga tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi.

Antaranya, Aznil Nawawi yang turut bertindak sebagai pengacara; Zubir Ali menerusi kumpulannya, Trio Harmoni, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam bersama anaknya Shamsul, David Teo, kumpulan Meet Uncle Hussain, Engku Emran, Fouziah Ghous, kumpulan Kopratasa, Sohaimi Meor Hassan dan M. Nasir.

Selain penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin, Kumpulan Utusan turut menubuhkan tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) dengan kerjasama IRM.

Dalam pada itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya berkata, penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin ini merupakan satu usaha menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menghayati kesedihan dan kesusahan rakyat Palestin.

“Apa yang penting ialah matlamat menyemai perasaan simpati kepada rakyat Palestin tercapai selain menunjukkan perasaan benci kita terhadap kekejaman yang dilakukan Israel.

“Tabung Dakap pula ternyata mendapat sambutan apabila sehingga kini berjaya mengutip lebih RM500,000,” katanya.

Jumaat, Januari 23, 2009

M. Nasir ‘pinggir’ artis lain untuk Konsert Alam Muzik

petikan mstar 23 Januari 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

USIA 30 tahun semestinya menjadi suatu jangka masa yang lama bagi penyanyi dan komposer M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad, 52, membuat keputusan untuk mengadakan konsert solo tanpa memerlukan sokongan atau bantuan artis jemputan.

Selepas melewati usia 30 tahun merentas dunia seni muzik tanah air, penyanyi yang dikenali dengan gelaran ‘Sifu’ ini semakin yakin untuk menyanyi di pentas seorang diri dengan ditemani oleh 10 orang pemuzik profesional.

Memandangkan konsert ini dibuat juga sempena meraikan 30 tahun penglibatannya di dalam industri, maka termeterailah konsert yang diberi nama ‘Alam Muzik’ menggambarkan perjalanan seni M. Nasir yang berwarna-warni.
Sifu M. Nasir bakal menjayakan Konsert Alam Muzik di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 27 Februari hingga 1 Mac depan sejajar untuk meraikan karier seninya yang ke-30. foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

Namun, bagi M. Nasir, sebab beliau membuat konsert secara solo dengan ‘meminggirkan’ artis jemputan bukanlah isunya.

“Kalau saya nak menyanyi, saya inginkan seseorang artis yang menepati apa yang saya inginkan. Apabila ada ‘chemistry’ barulah saya dan artis itu boleh adakan konsert bersama-sama.

“Lagipun, dalam konsert ini kita sudah mempunyai konsep tersendiri, jadi jika kita jemput artis lain mungkin ia akan mengganggu sedikit perjalanan konsert pula nanti. Saya juga lebih selesa menyanyi seorang diri di pentas,” jelas M. Nasir dalam sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.
Melakukan persembahan secara solo tanpa artis jemputan merupakan salah satu kelainan yang bakal ditonjolkan M. Nasir dalam konsert selama tiga malam berturut-turut itu.

Menurut pengasas kumpulan Kembara pada tahun 80-an ini, idea untuk tampil solo banyak dipengaruhi oleh dunia lukisan kerana ia mempunyai seni yang halus.

“Kita tidak perlu menggunakan orang lain untuk melukis wajah kita. Jadi, kita perlu sampaikan lagu kita dengan sendiri. Apa yang kita fikirkan tidak sama dengan orang lain fikirkan.

“Itu yang saya percaya sebagai seorang seniman. Oleh itu, saya boleh menyanyikan lagu yang orang lain inginkan dan menyampaikan lagu yang saya ingin nyanyikan,” kata M. Nasir yang juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn. Bhd dan bekas pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3).
M. Nasir di samping Ketua Pengarah Istana Budaya, Juhari Shaarani (kiri) dan penganjur dari Boxoffice Malaysia Sdn. Bhd., Ali Bakar ketika sidang media di Istana Budaya semalam.

M. Nasir bercerita, khazanah yang berjaya dikumpul oleh beliau sepanjang 30 tahun ini adalah sebanyak 1,500 buah lagu.

Melalui FaceBook, M. Nasir berkata beliau cuba mendapatkan pandangan peminat tentang lagu apa yang mereka ingin beliau nyanyikan di dalam konsert ini.

“Ramai yang meminta saya menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh saya iaitu kira-kira 70 buah lagu. Tetapi, saya merancang untuk mengadakan persembahan mengenai suatu perjalanan seni yang telah saya hasilkan sejak tahun 1978 hingga ke hari ini.

“Saya harap, semua penonton akan dapat melihat perkembangan muzik yang berubah-ubah bermula daripada zaman sentimentalisma, selepas itu lagu-lagu kerakyatan, seterusnya lagu-lagu rock, ‘Malaysia world beat’ dan terakhirnya ‘hip hop’.

“Saya rasa mungkin ada yang tak sempat mengikut kerana saya ni minat apa sahaja yang kontemporari. Mungkin juga ada orang akan terperanjat apabila saya mengatakan lagu itu dibuat oleh saya.

“Mungkin itulah yang akan rasa di dalam konsert ini iaitu apa yang telah saya lalui sebelum ini di mana saya akan mempersembahkan muzik ‘fusion’, ‘world beat’ dan muzik popular,” tambah M. Nasir yang sudah lebih sebulan membuat persediaan untuk konsert mega ini.

Konsert Alam Muzik M. Nasir akan berlangsung selama dua jam di mana beliau menjangkakan akan menyanyikan dalam anggaran tidak lebih daripada 30 buah lagu bagi tiga malam berturut-turut dan pemilihan lagu adalah berbeza-beza bagi setiap malam.
M. Nasir akan mendendangkan hampir 30 buah lagu bermula daripada zaman sentimentalisma, lagu-lagu kerakyatan, lagu-lagu rock, ‘Malaysia world beat’ dan ‘hip hop’ yang dinyanyikan dan diciptakan olehnya mahupun diciptakan oleh komposer lain dalam konsert tersebut.

“Lagu yang saya hasilkan mempunyai sesuatu yang peribadi untuk disampaikan kepada masyarakat. Berapa banyak lagu yang saya hasilkan kepada penyanyi lain berunsur popular.

“Jadi, saya akan menyanyikan lagu-lagu yang saya ciptakan di mana konsepnya mempunyai graf-graf tersendiri dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh orang lain mengikut kesesuaian suara saya termasuk lagu yang orang lain ciptakan untuk saya,” ujar pelantun lagu duet Mantera Beradu bersama-sama Malique Too Phat ini.

Antara puluhan lagu ciptaan M. Nasir yang dinyanyikan oleh penyanyi lain adalah Hati Emas nyanyian Kembara, Hingga Akhir Nanti (Alleycats), Sekuntum Mawar Merah (Alleycats), Fantasia Bulan Madu (Search), Istana Menanti (Rahim Maarof), Sejati (Wings), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan), Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah) dan Aduh Saliha (Mawi).

Selain pertama kali membuat persembahan secara solo di Istana Budaya, apa yang mengujakan M. Nasir untuk membuat persembahan kali ini kerana suasana persembahan yang berbeza dan lebih dekat dengan penonton.

“Apabila ‘intimasi’nya agak kecil, ia lebih dekat dengan penonton. Akustik dan rekaan pentas di sini akan menimbulkan suatu perasaan yang berlainan. Jika kita membuat di luar, mungkin kita tidak berpeluang untuk merasai kelainan ibarat orang yang berlakon di televisyen dan di pentas.

“Jika saya menyanyi di luar, saya perlu sesuaikan dengan lagu yang lebih kuat. ‘Intimasi’ ini seperti kita menyanyi di hadapan penonton secara dekat di mana ia membuatkan penyampaian artistik lebih daripada biasa,” tutur penyanyi kelahiran Kota Singa ini.

Sebelum ini, M. Nasir telah banyak menjayakan puluhan konsert mega seperti Malam Bonda M. Nasir di UKM pada tahun 1994, Konsert Canggung M. Nasir di Johor Bahru, 1995, Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 1995, Konsert M. Nasir Crossing Uk’ 97 di Manchester, 1997 dan Konsert Gembala M. Nasir di Harbour Pavilion, Singapura, 1999.
Apa yang mengujakan M. Nasir untuk membuat persembahan kali ini kerana suasana persembahan yang berbeza dan lebih dekat dengan penonton.

Dalam pada itu, menurut Penerbit dan Pengarah Boxoffice Malaysia Sdn. Bhd., Ali Bakar, idea dan perancangan untuk membuat Konsert Alam Muzik M. Nasir terbit sejak tahun 2007.

“Saya terfikir untuk membuat Konsert Alam Muzik M. Nasir kerana ini merupakan konsert solo kelima beliau dengan Boxoffice Malaysia melibatkan beliau sebagai artis utama.

“Menariknya apabila membuat konsert M. Nasir, dia sentiasa mempunyai idea dan kelainan bagi setiap konsertnya.

“Yang istimewanya bagi Konsert Alam Muzik M. Nasir ini adalah ia diadakan selama tiga malam. Selain itu, ini merupakan kali pertama M. Nasir membuat konsert solo di Istana Budaya.

“Bukan itu sahaja, konsert ini akan dipersembahkan dengan peralatan yang sesuai dengan zamannya serta konsepnya seperti audio, pencahayaan, 'props', kostum dan lain-lain lagi akan dilakukan oleh ‘team’ yang kreatif dan berpengalaman.

“Segala idea rekaan pentas konsert ini akan disediakan oleh penyanyi Usop Kopratasa.

“Konsert kali ini juga adalah sesuatu yang istimewa kerana ianya melibatkan NSTP Charity Fund, di mana setiap RM1 dari hasil jualan tiket akan diagihkan kepada tabung ini.

“Barangan eksklusif edisi terhad seperti ‘mug’ dan ‘mouse pad’ yang tertera tandatangan juga akan turut dijual. Hasil dari jualan ini juga akan disalurkan terus ke NSTP Charity Fund,” ujar Ali Bakar.

Memandangkan sudah lima tahun menjayakan konsert melibatkan M. Nasir, Ali Bakar berkata beliau sudah faham dan masak dengan perangai penyanyi tersebut setiap kali menyentuh soal pemilihan lagu.

“Cabaran untuk saya berhadapan dengan konsert kali ini sama juga seperti cabaran sebelum-sebelum ini yang melibatkan kelainan yang ingin ditonjolkan oleh M. Nasir kerana beliau hanya mahu nyanyikan lagu yang beliau ingin nyanyikan sedangkan dalam masa yang sama saya sudah siapkan senarai lagu yang mahu beliau sampaikan,” tambah Ali Bakar mengenai cabaran yang dihadapinya untuk mengadakan konsert kali ini.

Sebelum ini, M. Nasir telah menjayakan konsert anjuran Boxoffice antaranya di Stadium Merdeka pada tahun 1987, Konsert Canggung M. Nasir di Stadium Negara pada 1994 dan Konsert Andalusia M. Nasir di Stadium Merdeka pada 2000.

Tiket-tiket berharga RM250, RM200, RM150, RM85 dan RM45 telah mula dijual dan tenpahan boleh dibuat melalui talian 03-41498600 atau layari laman web www.ticket2u.biz.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Istana Budaya Juhari Shaarani memaklumkan tiket berharga RM85 telah habis dijual untuk ketiga-tiga malam tersebut.

Konsert Alam Muzik M. Nasir dibawa khas untuk semua peminat setia M. Nasir yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya selama tiga hari berturut-turut mulai 27 Februari hingga 1 Mac depan.

Khamis, Januari 22, 2009

M. Nasir wants fans to sing and dance

taken from The New Straits Times 22 January 2009

KUALA LUMPUR: A mystical musical journey into the realm of M. Nasir.
Exquisite world beats infused with modern rhythms, coupled with his strong stage persona, are pretty much what's in store for the audience as singer/producer/composer/actor M. Nasir takes centre stage at Konsert Alam Muzik M. Nasir at Istana Budaya next month.

Produced by Boxoffice (M) Sdn Bhd, the three-day concert will kick off on Feb 27.

The multiple award-winner says he envisions a "song-and-dance" showcase.

"Why not? I'd love my fans to sing and dance with me during the show," he said at his management office, Beyond DBB Sdn Bhd, yesterday.
Accompanied by a 14-member team of musicians and backup singers, the 51-year-old is expected to perform about 30 songs during the 21/2-hour musical extravaganza.

"This concert is my personal musical journey and it reflects my experience."

Known to be a man of few words, Nasir only smiled when asked for details of the show.

"Rehearsals started about a week ago. I've more than 70 songs from my solo albums, and over 1,000 songs in my collection. The audience can expect to hear two new compositions."

He is also working on a new album.

The last concert Nasir staged was Andalusia at Stadium Merdeka in 2000.

"I've plans to stage a bigger concert after my show at Istana Budaya," said the former principal of Akademi Fantasia 3.

The New Straits Times Press is the official media of Konsert Alam Muzik M. Nasir.

Tickets are priced at RM45, RM85, RM150 and RM200.

They are available at www.ticket2u.biz and Istana Budaya. For details, call 03-41498600.

Rabu, Januari 21, 2009

WordHasIt: Will Nasir have his show?

taken from The New Straits Times Online 21 January 2009
By : Hafidah Samat

Ali (foreground) and M. Nasir are collaborating to stage Konsert Alam Muzik M.Nasir at Istana Budaya next month.

Concert organiser Ali Bakar is having another go at staging Konsert Alam M. Nasir despite the lack of funds.

NEXT month will be a busy one for Istana Budaya with the staging of the big-budget Puteri Gunung Ledang — The Musical (Season 3).

This is followed by Konsert Alam M. Nasir from Feb 27 to March 1.

The show is regarded as Nasir’s mega concert after his Andalusia show in 2000 at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (produced by veteran concert organiser Ali Bakar).

Konsert Alam Muzik M. Nasir will take audiences down memory lane as he will be singing more than 30 of his compositions.
Even with the lack of funds, the show must go on.

According to sources, Ali, who has staged a series of successful concerts for the late Sudirman Arshad and Jamal Abdillah, said there’s no corporate sponsorship for the concert.

Apparently an established financial organisation is interested in funding it but the show’s producers could not accept its conditions.

Sources also revealed that Ali may get assistance from Istana Budaya. The concert was supposed to be staged in November but was put off due to lack of funds.

During an interview with Ali at a function last year, the promoter said he knocked on many doors seeking sponsorship but to no avail.

He hoped it would materialise and that it would be a big-scale and memorable project for Nasir’s fans.

It’s a pity that sponsors are shying away. Nasir is a force to be reckoned with and has a large following.

Most of us grew up listening to Nasir’s songs. From his days with pop rock outfit Kembara in the 1970s, his songs have touched the hearts of many listeners, both young and old.

Each time Nasir is on stage, he never fails to impress with his vocals and showmanship.

Here’s wishing Ali and Nasir the best of luck!

Hollywood flick next for KRU

taken from The New Straits Times Online 21 January 2009
By : Dennis Chua

(From left) Tan, Ning, Aznil, Nasir, Norman, Edry, Zainir, Yusry, Maya, Diana and Harun at Kuala Lumpur Tower. — Picture by RAMZAN MASIAM.

THE brothers from Gopeng behind the success of Cicak Man will have their first Hollywood production Deadline in cinemas at the year’s end.

The horror flick by Norman, Yusry and Edry Abdul Halim, otherwise known as KRU, stars Brittany Murphy (Don’t Say A Word) and Thora Birch (American Beauty). It is produced by KRU Studios and Enso Entertainment of the United States, and directed by Sean McConville.

Filmed in Louisiana, last year, its sound and visual effects were engineered in Kuala Lumpur.

Deadline will be distributed in eight West Asian countries, Brazil, South Africa and Malaysia by Epic Pictures.

Norman, who is KRU Studios chief executive officer, hopes that a fully-Malaysian English language movie with an international cast will be a reality soon.
“Come next year, we’ll be moving into our new nine-hectare studio in Cyberjaya. It will be ready by Christmas,” he said.

“Our first project there will be an epic English movie tentatively called The Merong Mahawangsa Chronicles.”

The movie, based on legendary tales of ancient Kedah, Kelantan and Johor, will be directed by Yusry and employ kung-fu exponents and stuntmen from Hong Kong.

“Next year will also see the release of Magika, a science-fiction and fantasy film with a star-studded cast,” he said.

The film, expected to be screened in the first quarter of 2010, is a fun-filled, colourful and educational adventure that revolves around Malaysian legends.

Directed by Edry, it stars Diana Danielle, M. Nasir, Mawi, Ziana Zain, Sharifah Aleya and Sharifah Amani, among others.

Taking a cue from ABBA tribute musical Mamma Mia!, the film revolves around 14 KRU hit songs.

The company will also be distributing American animated films Sunshine Barry and the Disco Worms and Planet 51 in Malaysia, Singapore and Brunei this year.

Planet 51 features the voiceover talents of Hollywood stars The Rock and Jessica Biel.

KRU Studios’ films this year are comedy-fantasy Jin Notti, starring Fara Fauzana and Mawi; and action-comedy My Spy, starring AC Mizal, Harun Salim Bachik and Hannah Tan.

They are directed by Azhari Mohd Zain and Afdlin Shauki respectively.

KRU Studios is now a smart partner of satellite television station Astro, and the TV giant has a three-year deal to screen all of the company’s films.

“Astro subscribers in Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia and Vietnam can now get to see KRU films via the Astro Box Office service,” Norman said.

“We are happy with the tie-up. It’s a recognition of our hard work and a tribute to our talented actors and directors.”

Astro Entertainment executive director Zainir Aminullah said the deal with KRU marked the station’s first agreement with a local film company.

“We always look for high-quality films and local ones that meet our criteria are top priority. KRU Studios believes in pushing the boundaries of film-making, and we look forward to working with the company,” he said.

According to Norman, KRU regularly “shopped” at international film markets to pick credible films worthy of local viewing.

“Ultimately, we want to work with leading American, Hong Kong, Chinese, Indian and Indonesian names in the film industry to produce films worthy of international awards,” he said.

KRU and Zainir announced their companies’ tie-up in a ceremony at the Kuala Lumpur Tower last week. They were joined by actors Tan, Ning Baizura, Aznil Nawawi, Nasir, Maya Karin, Diana and Harun.

Isnin, Januari 19, 2009

18 penaja tak layan

petikan Harian Metro 19 Januari 2009
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

KONSERT solo penghibur terkenal M Nasir, Konsert Alam Muzik M Nasir sepatutnya dijadualkan Oktober tahun lalu, namun, atas beberapa faktor ia terpaksa ditunda.

Selepas tiga bulan, tanda tanya bila tarikh sebenar konsert ini akan diadakan akhirnya diketahui apabila penganjur, Boxoffice (M) Sdn Bhd memaklumkan ia berlangsung selama tiga hari bermula 27 Februari depan.

Sebagai penggiat seni yang berpengalaman hampir tiga dekad, tentunya persembahan berkenaan dinantikan ramai peminatnya.

M Nasir yang dikenali sebagai penyanyi, komposer, pelakon dan pengarah filem dijangka menarik perhatian ramai peminat untuk menyaksikan konsert julung kalinya di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bagi M Nasir, impian mengadakan konsert solo adalah satu peluang untuk dia dan peminat berhibur dalam suasana yang lebih eksklusif.

Berbanding konsert penyanyi lain, dia lebih gemar menonjolkan diri sendiri dalam persembahan tanpa membabitkan penyanyi undangan lain.

Katanya, dia tidak terlalu memikirkan soal penaja dalam membantu jualan tiket konsertnya, malah berjanji akan meneruskannya walaupun sukar mendapat sokongan penaja sejak awal lagi.

“Kejayaan sesebuah konsert diukur pada persembahan yang memberi kepuasan dan sokongan peminat yang hadir. Konsert ini adalah terjemahan manifestasi muzik saya. Muzik adalah falsafah. Sejak mula berkecimpung dalam seni dengan merangkak, hingga sekarang saya mencuba pelbagai genre muzik berbeza.

“Saya pernah terbabit menghasilkan album rock penyanyi dan juga irama Malaysia dan terbaru bersama Malique Too Phat menerusi lagu Mantera Beradu.

“Apa yang dapat dilihat pada persembahan untuk konsert solo saya ini adalah perjalanan seni saya. Walaupun saya tidak tahu bila penamat karier seni saya ini, yang pasti ia masih diteruskan.

“Saya gambarkan muzik saya seperti cat yang dilemparkan di atas kanvas yang membentuk corak sendiri. Dalam diri, saya juga berasa risau sama ada saya bergerak terlalu jauh dan laju hingga tidak dapat ikut rentak. Namun, saya sukakan benda baru yang menyuntik muzik saya.

“Saya berharap elemen hiburan dalam persembahan ini sampai pada penonton. Dalam persembahan ini yang dijangka mengambil masa lebih dua jam, saya akan membawakan pelbagai lagu saya sendiri.

“Mungkin sebagai kelainan, saya akan nyanyikan lagu Tan Sri P Ramlee,” katanya.

Mengenai ketiadaan penyanyi undangan, M Nasir berkata, baginya konsert ini bersifat peribadi dan tidak perlu menampilkan penyanyi undangan.

“Ini konsert solo saya, sudah tentu peminat mahu melihat saya menyanyi di pentas.

“Sebelum ini, penonton kita sebenarnya terlalu banyak terdedah dengan konsert dari Barat hingga terikut cara mereka yang mahukan penyanyi undangan dalam setiap konsert penyanyi lain,” katanya.

Katanya, dia kini sibuk berlatih dan dijangka menyampaikan 20 lagu untuk satu persembahan.

Menariknya, persembahan kali ini tidak menggunakan muzik orkestra, tetapi cukup hanya 10 pemuzik.

Selain itu, M Nasir juga sibuk dengan pembikinan album baru dan separuh lagunya sudah siap dirakam.

Sementara itu, pengarah merangkap penerbit konsert, Ali Abu Bakar pula berkeyakinan konsert M Nasir ini akan mendapat sokongan positif peminatnya.

Meskipun, penyanyi antarabangsa Rihanna turut berada di negara ini untuk konsertnya pada 13 Februari ini, Ali yang terbabit dengan lima konsert bersama M Nasir sebelum ini berkata, dia tidak menganggap itu sebagai halangan.

“Sebagai rakan yang kenal lama dengan M Nasir dan berdasarkan konsert lain yang kami terbabit sama, saya yakin dia mampu meraih sambutan peminat kali ini. Sebelum ini, saya berusaha mendapatkan penaja.

“Ada 18 penaja yang saya dekati, tetapi keputusannya mendukacitakan. Pada saya, mungkin penaja ini mempunyai alasan lain seperti terbabit dengan konsert lain, menganggap konsert ini tidak sesuai atau lebih berminat dengan penyanyi remaja. Apapun, seperti kata M Nasir, konsert ini akan tetap diteruskan.

“Saya gembira dengan sokongan kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) sebagai akhbar rasmi konsert ini yang turut membantu dari aspek promosi.

“Menerusi kerjasama ini, peminat berpeluang mengetahui berita sebalik tabir konsert ini menerusi akhbar kumpulan NSTP iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

“Soal penaja, saya tidak salahkan sesiapa. Mereka mempunyai hak untuk kata setuju atau tidak. Bagaimanapun, saya berterima kasih pada mereka yang sudi berbincang dengan saya mengenai konsert ini. Walaupun terkilan sedikit, saya menganggap ia tiada rezeki,” katanya.

Persembahan 'interlude' M Nasir AJL23

sumber : mstar 19 Januari 2009

Persembahan finalis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) termasuk artis jemputan iaitu One Nation Emcees, M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn, Wada, Haqiem dan Hafiz berjaya memukau 15,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

M. Nasir menyanyikan lagu Andalusia bersama adik Hafiz Idola Kecil.

Paduan nyanyian antara Hafiz, Haqiem, Wada, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir menerusi lagu Isabela berjaya menawan hati penonton sehingga ramai yang tidak henti bersorak.Ternyata persembahan 'interlude' semalam merupakan persembahan penutup yang terbaik.

Sabtu, Januari 17, 2009

KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR - flyer & info terkini



sumber : facebook M.Nasir
Dalam Facebook M.Nasir, beliau menulis spt berikut :
Untuk sahabat-sahabat lama yg masih setia, terima kasih diucapkan... Untuk maklumat lanjut mengenai tiket sila hubungi Istana Budaya ataupun Box Ofice.. dan untuk ahli Kelab Sahabat yg telah register dgn Luncai Emas sila hubungi 03-6156 1357 / 6700 (Cik Ain) utk diskaun tiket konsert dan maklumat lanjut...

terima kasih

* lawati ticket2U.biz untuk tempahan secara online. Hasil tinjauan Saudagar, beberapa seat sudah ditempah. Tentunya tempahan awal membolehkan anda mendapat seat terbaik untuk acara bersejarah ini nanti.

Jumaat, Januari 16, 2009

Artis dan Menteri kutuk kekejaman Israel di 'Malam Demimu Palestin'

petikan mstar.com.my 16 Januari 2008
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

KUALA LUMPUR:Penderitaan terhadap mangsa perang yang menderita akibat terkena bedilan kekejaman regim Zionis di Palestin yang masuk hari ke-21 hari ini terus mendapat perhatian daripada mereka yang prihatin di negara ini.

Selepas melancarkan tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP), Disember lalu syarikat akhbar terkemuka Utusan Malaysia Berhad sekali lagi merasa terpanggil dengan mengadakan sebuah majlis istimewa, 'Malam Puisi Demimu Palestin' yang bakal diadakan pada 23 Januari ini.

Menurut Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Sdn Bhd, Aziz Ishak objektif penganjuran majlis tersebut adalah untuk menterjemahkan rasa kemanusiaan daripada rakyat negara ini terhadap krisis kemanusiaan yang paling tragis berlaku dalam sejarah moden manusia.

"Majlis ini diadakan sebagai meneruskan usaha untuk mencetuskan semangat di kalangan rakyat Malaysia bagi memainkan peranan memulihkan semangat rakyat Palestin untuk terus hidup dan berjuang.

"Ia juga sebagai memperlihatkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang golongan artis dan karayawan seni terhadap penderitaan mereka yang disampaikan melalui puisi dan lagu-lagu puisi yang bakal dipersembahkan pada malam ini nanti.

Jelas Aziz, majlis tersebut juga sebagai satu wadah perjuagan kegiatan kesusasteraan negara dan menjadikan ianya sebagai medium penyampaian maklumat kepada khalayak, selain daripada berita-berita yang diterbitkan oleh mereka.

"Konsep persembahan pada malam itu nanti adalah berteraskan puisi dengan pengisian kepada persembahan lagu-lagu yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan kesejagatan," kata Aziz.

Majlis yang bakal berlangsung pada 23 Januari ini turut mendapat kerjasama yang baik daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Kementerian Luar Istana serta pihak Istana Budaya sendiri.

Antara tokoh-tokoh kenamaan yang bakal hadir pada dan menyampaikan puisi mereka adalah, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Shafie Apdal serta Pengerusi Kumpulan Utusan Malaysia, Tan Sri Hashim Makaruddin.

Lebih istimewa majlis ini nanti bakal menggabungkan persembahan puisi dikalangan penggiat sastera dan budaya serta dua orang penerbit filem terkenal di negara ini.

Antara penyajak yang bakal mendekelamasikan puisi ciptaan mereka sendiri adalah, sasterawan tersohor negara, Datuk A. Samad Said, Dr Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Puzi Hadi, Shukri Abdullah, Rahimidin Zahari, ASP Rosebaini Kassim, Lt Kolonel Radzi Abdul Hamid.

Tidak ketinggalan dua penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam serta anaknya Shamsul Yusof, David Teo dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez bakal mendeklamasikan sajak istimewa ciptaan mereka sendiri.

Menurut Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd., Datuk Yusof Haslam beliau merasa terpanggil untuk turut serta dalam majlis berkenaan sebagai tanda sokongannya sebagai penggiat seni menentang keganasan yang dilakukan oleh tentera Zionis kepada warga palestin.

“Saya menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh pihak Utusan Malaysia dan sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti menentang keganasan saya dan anak saya Shamsul akan mendeklamasikan puisi istimewa yang dicipta oleh saya dengan bantuan rakan baik saya, saudara Aimi Jarr,” katanya.

Menurut Yusof, biarpun pada mulanya agak sukar dia memujuk anaknya, Shamsul untuk turut serta kerana sifat remaja yang kurang berminat dengan persembahan puisi sebegini, namun setelah puas dipujuk anak bujangnya itu akur menerima cabaran yang diberikan.

"Pada mulanya agak sukar juga. Puas saya pujuk dia. Saya kata cuba dia hayati dan selami penderitaan masyarakat Palestin dan sebagai golongan muda inilah masanya untuk dia menyumbangkan sesuatu ke arah menentang keganasan. Alhamdulillah akhirnya dia setuju.

"Selain itu, saya juga memang ada menerapkan isu-isu semasa yang berlaku di Tebing Gaza dalam dialog-dialog pelakon dalam drama terbitan saya, iatu Gerak Khas," ujar Yusof.

Biarpun pada awalnya, beliau agak terkejut dengan undangan yang diberikan, namun bagi pengarah Urusan Metrowealth Movies Sdn Bhd, David Teoh, berkata beliau tetap akan memberikan komitmen 100 peratus pada majlis itu nanti.

"Pada mulanya saya terkejut kerana saya tak pandai baca puisi. Saya hampir tak boleh lelapkan mata bila fikir kena tulis puisi sendiri. Kalau fikir pasal terbit filem dan kira untung saya tahu la," ujarnya dalam nada bergurau.

Menurut David, beliau tetap merasa terpanggil untuk terlibat dengan usaha murni yang diadakan oleh Utusan Malaysia.

"Saya anggap ini satu usaha kemanusiaan kerana keganasan dan kekejaman perlu dihapuskan dan ditentang di mana-mana negara sekalipun," katanya serius.

Selain persembahan deklamasi puisi majlis Malam Demimu Palestin akan diserikan dengan persembahan artis-artis tersohor negara seperti, sifu M.Nasir, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Aznil Nawawi, kumpulan Harmoni, Zubir Ali, kumpulan Kopratasa dan Sohaimi Meor Hassan.

Bagi mereka yang berminat bolehlah berkunjung ke Laman Santai, Istana Budaya, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur pada 23 Januari ini bermula pada jam 8:30 malam dan masuk adalah percuma.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan melahirkan tanda sokongan terhadap penderitaan yang dialami oleh masyakarat di Palestin.

Khamis, Januari 15, 2009

Akhbar rasmi konsert M Nasir

petikan Berita Harian 15 Januari 2009


HISHAMUDDIN dan Ali bertukar dokumen sambil diperhatikan Anthony (tiga dari kiri), M Nasir, Mohd Hakim dan Aziz Bakar (kiri) pada majlis menandatangani perjanjian Konsert Alam Muzik M Nasir di antara NSTP dan Boxoffice Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menerusi akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro dilantik sebagai akhbar rasmi untuk konsert Alam Muzik M Nasir yang bakal berlangsung di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut, mulai 27 Februari depan.

Sehubungan itu, satu majlis menandatangani perjanjian antara NSTP dan Boxoffice (M) Sdn Bhd, penerbit dan penganjur konsert berkenaan diadakan di Balai Berita, di sini, semalam.

Pada majlis itu, NSTP diwakili Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun dan Ketua Perundangan dan Kesetiausahaan NSTP, Zafrul Shastri Hashim, manakala Boxoffice (M) Sdn Bhd diwakili pengarah dan penerbit konsert itu, Ali Abu Bakar serta Mohd Hakim Lokman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; penyanyi dan juga komposer terkenal, M Nasir; Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan pengurusan kanan NSTP.

Mengulas pembabitan NSTP sebagai akhbar rasmi, Hishamuddin berkata, ia bertujuan memberi sokongan kepada karyawan seni seperti M Nasir yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada industri hiburan tanah air.

On with M. Nasir's show at Istana Budaya

taken from The New Starits Times 15 January 2009

KUALA LUMPUR: The show must go on. The sponsors have pulled out, but M.Nasir's Konsert Alam Muzik is still on at Istana Budaya from Feb 27 to March 1.
"It's their right to pull out. But we will work hard to make it a success," Boxoffice Malaysia chairman Ali Bakar told a press conference after the signing of the memorandum of understanding between The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) and Boxoffice.

Also present were NSTP chief executive officer Datuk Anthony Firdaus Bujang, group editor-in-chief Datuk Hishamuddin Aun, AirAsia chairman Datuk Aziz Bakar and the music maestro himself, M. Nasir.

Hishamuddin said NSTP was honoured to be a part of the event, which will also support the NSTP Charity Fund. For each ticket sold, RM1 will be donated to the fund.

M. Nasir said he was glad to be back performing on a big scale. His last solo concert, Andalusia, was held in 2000.

"I will be accompanied by 10 musicians.

"The concert is a reflection of my music throughout the years," he said, adding that he was open to requests.

"A lot of requests have been posted on my Facebook account, even for songs by Tan Sri P. Ramlee," he said.

Tickets are priced at RM250, RM200, RM150, RM85 and RM45. For reservations, call 03-4149-8600 or visit www.ticket2u.biz.

Isnin, Januari 12, 2009

AJL fever on

taken from The New Starits Times 12 January 2009
By : HIZREEN KAMAL

VIEWED as one of the country’s most prestigious music competitions, Anugerah Juara Lagu 23, (AJL 23), slated for Sunday, kicks off the musical calendar for 2009.

To be broadcast live over TV3, AJL 23 is set to rock Stadium Putra Bukit Jalil, from 9pm to 11.30pm. The Red Carpet Glam Walk begins at 7.30pm.

However, the red carpet event can only be viewed via www.tv3.com.my

TV3 chief executive officer Datuk Amrin Awaluddin said this year’s theme is ‘‘Music Illuminates’’.
“I promise that it will be spectacular as the lights will be in sync with the music. I think this time, AJL will be a notch higher than the previous years’ events,” he said, adding that last year’s AJL recorded some 4.7 million viewers, making it TV3’s highest-rated show for that year.

TV3 celebrates its 25th anniversary this year.

Hosting the awards show are Cheryl Samad, Faizal Ismail and Ally Iskandar.

The star-studded evening will also see performances from acclaimed entertainers M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor and One Nation Emcees, who will be featured in a special segment called “AJL Interlude”.

Fourteen songs will be competing for the six awards: Song of the Year, Ethnic Creative, Ballad, Pop/Rock, Best Performance and Best Vocal.

Winner of the Song of the Year will take home RM25,000, while the respective champions of the Ethnic Creative, Ballad and Pop/Rock categories will each win RM12,000.

Recipients for Best Performance and Best Vocal stand to win RM10,000 each. The finalists range from the genres of pop to grunge.

Among the songs competing this year are Faizal Tahir’s Sampai Syurga, Aizat’s Lagu Kita, Elyana’s Kalis Rindu, Meet Uncle Hussain’s Lagu Untuk Mu and Stacy’s Aku Stacy.

Amrin said the response to songs nominated through the popular programme Muzik-Muzik each year has been encouraging.

“Viewership has increased throughout the years, and especially so for the finals. This reflects a positive acceptance of quality local music,” he said.

As a prelude to the awards show, a TV special called Debaran AJL will be aired over TV3 at 5.30pm (on the same day).

The programme offers viewers an early preview and exclusive behind-the-scenes snippets on what to expect during the live event. There will also be a live telecast on the official radio station, HotFM.

Also adding flavour to the big night is the “Nyanyian Hangat AJL” organised by HotFM.

To be held at Stadium Bukit Jalil earlier on the awards night at 4.30pm, the event welcomes anyone who wishes to have a go at singing any of AJL’s past and present songs.

Participants stand to win cash prizes ranging from RM300 to RM1,000.

“We will also be distributing 10 special VIP passes for the ceremony,” said Amrin.

Tickets to AJL 23 are available to the public at no charge and can be claimed at Sri Pentas’ Security Post at Bandar Utama on a first-come, first-served basis.

Khamis, Januari 01, 2009

Ketibaan 2009 disambut meriah

petikan Berita Harian 1 Januari 2009

SEBAHAGIAN daripada warga kota datang untuk meraikan ambang 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi yang turut menyaksikan konsert anjuran Kumpulan AmBank dan mengira detik 12 malam.

Puluhan ribu berkumpul rai detik 12 malam

KUALA LUMPUR: Ketibaan tahun baru 2009 disambut meriah di seluruh negara dengan puluhan ribu rakyat dari pelbagai kaum dan agama berkumpul di beberapa lokasi, untuk meraikannya dan menghitung detik jam 12 tengah malam.

Kemuncak sambutan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diadakan di Dataran Merdeka dengan memimpin lebih 20,000 pengunjung menghitung detik tahun baru 2009 dan diikuti persembahan bunga api.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Fuad Ismail dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim serta isteri, Tunku Puan Sri Arishah Tunku Maamor.

Perdana Menteri dalam amanatnya meminta warga Malaysia berwaspada dan berjimat cermat sekiranya berlaku perkara yang menyusahkan dan dengan kekuatan serta kesabaran perkara ini akan dapat diatasi.

"Saya mendoakan dan kita perlu berusaha supaya tahun 2009 akan jadi lebih baik untuk kita," katanya.
ABDULLAH bersama Jeanne dan Azman meraikan 'Ambang 2009 Kuala Lumpur' yang dianjurkan Kumpulan AmBank di Dataran Merdeka, malam tadi.

Jeanne ketika ditanya harapannya berkata: "Adalah untuk bersabar dan bergembira dengan apa kita ada."

Sambutan di Dataran Merdeka bermula jam enam petang.

Acara 'Ambang 2009 Kuala Lumpur' yang dianjurkan Kumpulan AmBank untuk kali kedua ini mendapat kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur.

Pengunjung dihiburkan persembahan Mawi, M Nasir, Suki, Point Blanc dan persembahan Orkestra Kumpulan Kesenian DBKL dan Aswara.
PERCIKAN bunga api dari bangunan Pemodalan Nasional Berhad sempena sambutan tahun baru di Jalan Tun Razak, semalam.

Azman turut membuat persembahan menyanyikan lagu What A Wonderful World dan Bila Larut Malam.

Sementara itu lebih 15,000 pengunjung membanjiri sekitar KLCC bagi menyambut Ambang 2009 bertemakan 'Pengalaman, Pengembaraan Melangkaui 2009'.