Jumaat, Februari 07, 2025

M.Nasir Kembali Ke Kelantan Selepas 25 Tahun, Issey Fazlisham Berbangga – “Saya Akui Bukan Mudah Memujuk Figura Hebat Itu.”

petikan Media Hiburan  -7 Februari 2025

Karnival gaya hidup dan makanan, Makar Fest, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa kembali ikon muzik tanah air, Datuk Dr. M. Nasir, ke Kota Bharu, Kelantan selepas lebih dua dekad.

Menurut Issey Fazlisham, individu utama di sebalik penganjuran bersama Red Bean Productions & Agency dan Sunburst KL, kemunculan M. Nasir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu menjadi detik paling istimewa.

Apatah lagi, kali terakhir penyanyi dan komposer legenda itu membuat persembahan di sana adalah 25 tahun lalu.

Satu Penghargaan Besar

M.Nasir Kembali Ke Kelantan Selepas 25 Tahun, Issey Fazlisham Berbangga – “Saya Akui Bukan Mudah Memujuk Figura Hebat Itu.”M.Nasir Kembali Ke Kelantan Selepas 25 Tahun, Issey Fazlisham Berbangga – “Saya Akui Bukan Mudah Memujuk Figura Hebat Itu.”



“Pastinya satu penghargaan buat kami apabila beliau sudi dan bersetuju hadir membuat persembahan di Makar Fest sempena Malam Muzikal Makar pada 31 Januari lalu.

“Saya akui bukan mudah untuk memujuk figura hebat itu dek kesibukannya tapi bersyukur rezeki kami dan saya sendiri teruja selepas beliau setuju sebaik kita kongsi konsep karnival ini yang lain dari lain iaitu membabitkan tiga elemen makar (fesyen), makan dan muzik.

“Sifu M.Nasir mempunyai ciri-ciri itu iaitu seorang penyanyi yang sentiasa ada gaya tersendiri dan ditunggu-tunggu oleh peminat di Kelantan,” katanya.

Di dalam acara itu, M. Nasir menyampaikan beberapa buah lagu hits, antaranya Hati Emas, Mentera Semerah Padi dan lagu dialek Kelantan Lagam Pok Dogol.

Maestro muzik itu turut ‘sporting’ dan sudi menyampaikan lagu tambahan Raikan Cinta selain turut bersama-sama berdikir lagu Wau Bulan.

Selain M.Nasir, penyanyi Amir Masdi turut memeriahkan malam berkenaan bersama pelawak Sabri Yunus.

Teruja Dapat Sumbang Sesuatu

Issey yang juga penyampai radio Gegar FM dan pelakon bersyukur atas sambutan hampir 250,000 pengunjung sepanjang empat hari karnival yang turut diwangikan oleh Yaya Empire di perkarangan Mydin Mall di Tunjong, Kota Bharu.

Sebagai anak jati Kelantan, Issey pada masa sama gembira kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat termasuk peluang perniagaan.


“Syukur juga kerana kami dapat membuka peluang kepada rakan artis dan pempengaruh sama-sama berniaga selain turut menarik pengujung bukan saja tempatan tetapi juga selatan Thailand,” katanya lagi.

Issey menambah, berdasarkan sambutan hangat diterima, karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti seisi keluarga termasuk barangan makanan, fesyen dan hobi bakal diteruskan dengan Makar Fest 2.0.

“Kita mendapat respon yang sangat baik dan sokongan padu daripada peserta karnival yang mahu Makar Fest diteruskan dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Vokal M Nasir bergabung muzik elektronik Ejen Ali

petikan Berita Harian 7 Februari 2025

Oleh Affan Rostam - affan.rostam@bh.com.my

Keterujaan terhadap sekuel Ejen Ali terus memuncak sejak teaser rasmi pertama disiarkan pada September tahun lalu, ditambah lagi, debut lagu tema rasminya, Hanya Kamu, nyanyian M Nasir.

KUALA LUMPUR: Primeworks Studios (PWS) dan Wau Animation mengumumkan tayangan semula filem animasi popular, Ejen Ali The Movie di pawagam terpilih seluruh negara bermula semalam.

Tayangan kembali filem box office itu bakal menghidupkan kembali fenomena luar biasa yang pernah menggegarkan Malaysia, Singapura, dan Brunei pada 2019.

Ini sekali gus mengimbas kembali pengembaraan epik Ejen Ali di kota futuristik, Cyberaya kerana peminat bakal berpeluang menikmati kejutan istimewa.

Buat pertama kali, tayangan kali ini akan dipertontonkan sedutan eksklusif Ejen Ali The Movie 2 berdurasi lima minit.

Ini akan membawa penonton ke dalam misi baharu penuh cabaran apabila Ejen Ali menyarung mantel Projek Satria - sut perisai baharu yang direka khas untuknya menguasai keempat-empat Teras MATA: Tekno (Teknologi), Neuro (Strategi), Kombat (Seni Pertempuran) dan Inviso (Penyamaran).

Filem animasi penuh aksi ini mencatatkan rekod luar biasa, apabila meraih lebih daripada RM30 juta dalam tempoh enam minggu, menjadikannya filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

Ini membuktikan bahawa karya tempatan terus menjadi pilihan hati rakyat Malaysia berbanding judul animasi antarabangsa yang popular.

Sejak kemunculannya pada 2016, siri animasi popular Ejen Ali berjaya memikat hati penonton dari pelbagai generasi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di lebih 65 negara, termasuk Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV dan RTV di Indonesia serta AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Dengan jutaan penonton di TV3 dan pengikut setia di YouTube, francais ini mencipta sejarah sebagai IP animasi Malaysia pertama yang bekerjasama dengan Walt Disney Company Southeast Asia mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor dalam industri animasi tempatan dan memperluas pengaruhnya di peringkat global.

Hanya Kamu adalah gabungan ikonik antara bunyi muzik elektronik Ejen Ali dengan kehebatan vokal M Nasir yang terkenal melalui koleksi lagu hit dalam pelbagai genre.

Diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin, Ejen Ali The Movie membawa penonton menyelami kisah budak lelaki berusia 12 tahun yang secara tidak sengaja direkrut sebagai seorang 'ejen' untuk organisasi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Dengan tanggungjawab besar untuk melindungi bandar futuristik Cyberaya, Ejen Ali berdepan krisis apabila gajet IRIS-nya dinaik taraf kepada IRIS Neo yang boleh digunakan oleh ejen MATA lain.

Ketika mendapati dirinya bukan lagi satu-satunya ejen istimewa, muncul pula individu misteri yang mendakwa mengetahui rahsia tentang masa lalunya. Ali terpaksa mempersoalkan peranannya dalam MATA dan kesetiaannya terhadap agensi itu turut diuji hebat.

Berbekalkan keberanian dan keazaman, dia memulakan misi berbahaya untuk membongkar kebenaran, menghadapi perkara yang tidak diketahui, dan mencari erti sebenar tanggungjawab sebagai seorang 'ejen'.

Lebih daripada sekadar nostalgia, ini adalah momen untuk menghidupkan kembali semangat Ejen Ali menjelang pelancaran sekuel Ejen Ali The Movie 2.

Keterujaan terhadap sekuel terus memuncak sejak teaser rasmi pertamanya disiarkan pada September tahun lalu, ditambah lagi dengan debut lagu tema rasminya, Hanya Kamu, nyanyian Datuk M Nasir.

Lagu pertama daripada album runut bunyi filem itu dilancarkan pada 31 Januari lalu dan kini boleh didengari di platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

Hanya Kamu adalah gabungan ikonik antara bunyi muzik elektronik Ejen Ali dengan kehebatan vokal M Nasir yang terkenal melalui koleksi lagu hit dalam pelbagai genre termasuk pop, rock dan irama tradisional Malaysia.

Sabtu, Februari 01, 2025

Hanya Kamu – Simfoni Misteri dalam Ejen Ali The Movie 2

Wau Animation benar-benar tahu cara mencuri perhatian! 

Bukan terus melancarkan soundtrack Ejen Ali The Movie 2, mereka bermain teka-teki dengan peminat.


Bermula dengan anagram yang membawa kepada frasa Original Motion Picture Soundtrack, kemudian muncul lagi satu puzzle yang mendedahkan tajuk lagu – Hanya Kamu – lengkap dengan cover art yang mengingatkan kita kepada album Phoenix Bangkit M. Nasir. Imej Ali dalam suit SATRIA berlatarkan warna merah menyala, berbeza dengan semangat kebangkitan SATRIA dalam filem ini.



Kemudian muncul satu lagi misteri – siapa penyanyinya? Petunjuknya hanya satu perkataan: Kersani. Jika dihayati dalam lagu Mantera Semerah Padi M. Nasir, ia membawa gambaran keteguhan seorang laksamana Melayu:


"Hei, kersani mengalirlah dikau...

Menjadi raksa mengisi belikat punggungku..."

Menariknya, adegan dalam Ejen Ali The Movie 2 memaparkan suit SATRIA yang mengalir ke tubuh Ali, seolah-olah besi cair membentuk perisai—sama seperti gambaran lirik M. Nasir!

Akhirnya, teka-teki pun terjawab. M.Nasir sendiri yang menyanyikan Hanya Kamu, kolaborasi bersama Azri Yunus menghasilkan sebuah lagu bergenre Eletronic Music yang secocok dengan tema dunia teknologi yang menjadi latar cerita filem ini.

Wau Animation bukan sekadar menjual lagu, mereka mencipta pengalaman!

Bangkit!

Lagu OST Ejen Ali The Movie 2 - Hanya Kamu  mula dilancarkan di plaform Spotify & Apple Muzik tepat jam 12 tengah malam 1 Februari 2025  dan di Youtube pada 10 pagi.

Hanya Kamu - Dato M.Nasir | OST Ejen Ali The Movie 2


Lirik - Hanya Kamu - Dato M Nasir

(Hanya kamu yang berani
Di saat perjuangan
hanya kamu, hanya kamu, hanya kamu)
Pergi dan kembali, tawar kecewa
luka di hati, makanan jiwa
Pergi dan kembali, langit terbelah
Resah di hati, tiada terolah
Tanya diri, kemana haluan... Ku pergi (bangkit)
(Bangkit) Tangan ini, menjadi penentu
Mengubah takdirku
Hanya kamu yang berdiri
Di saat perjuangan
Hanya kamu, hanya kamu
Bertakhta
Tiada bayang tiada ego, yang melemahkan semangat
godaan pada diri, masih dapat disekat
Pergi dan kembali, langit terbelah
Resah di hati, tiada terolah
Tanya diri, kemana haluan..ku pergi(bangkit)
(Bangkit)Tanya diri, kemana haluan..ku nanti(bangkit)
(Bangkit)Tiada siapa selain mu, yang mampu Mengubah nasib diri
Semoga kau mendapatkan restu
Yang kekal
Tinggal kamu yang berdiri
Di saat perjuangan hanya kamu, hanya kamu
Menguasai dirimu
Di mana pun kau berada, Di situ langit dijunjung
Hanya kamu, hanya kamu, hanya kamu
(Tinggal kamu yang berdiri
Di saat perjuangan)
Hanya kamu, hanya kamu

Selasa, Januari 21, 2025

Berani Tegur ‘Pitching’ M. Nasir, Netizen Puji Sikap Rendah Diri – ‘Legend Pun Tak Melenting Bila Kena Tegur’

 petikan Oh Bulan 21 Januari 2025

Penyanyi dan maestro muzik, Datuk M. Nasir pasti dikenali rata-rata rakyat Malaysia dengan keunikan suaranya.

Terbaru, penyanyi lagenda itu meraih perhatian dengan sikapnya yang rendah diri semasa proses bekerja.

Santai terima teguran

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang penerbit muzik yang dikenali sebagai FLQ dilihat selamba menegurs M. Nasir ketika sesi rakaman suara.

@flq_555

M.Nasir sesh

♬ original sound - FLQ

Apa yang meraih perhatian apabila teguran itu diterima baik oleh pelantun lagu ‘Mentera Semerah Padi’.

Datuk tak sihat lagi saya rasa suara itu.

Better jangan abuse, nanti lagi sakit.

Terbuka menerima teguran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Datuk M. Nasir yang terbuka menerima teguran demi mendapatkan hasil yang terbaik dalam pembikinan lagu.


Isnin, Januari 13, 2025

Nuri Terbang Malam versi M. Nasir lebih ‘muda’

 petikan Kosmo! 13 Januari 2025

Oleh Nur Al-fairuza Syarfa Nor Saidi

M. NASIR menyanyikan semula lagu Nuri Terbang Malam dalam versi baharu.

BARANGKALI ada yang langsung tidak tahu bahawa melodi indah berjudul Nuri Terbang Malam merupakan lagu Melayu pertama pernah direkodkan sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company menerusi piring hitam sekitar tahun 1900-an.


Mengembalikan semula fakta yang sudah pudar daripada ingatan khalayak itu, maestro muzik, Datuk M. Nasir hadir dengan inisiatif paling murni, menggubah semula lagu nyanyian asal Qasim iaitu penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang tersebut ke dalam versi baharu.

“Sebagai seorang penggiat seni, saya ingin membawa karya ini sampai kepada generasi baharu tanpa mengubah asal usulnya.

“Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya,” kata sifu muzik itu.

Kata komposer ulung itu, insan yang turut menyumbang khidmat dalam pembikinan semula Nuri Terbang Malam adalah Allahyarham Nafie Spider selaku penerbit sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat strok November lalu.

“Allahyarhan telah mereka semula struktur lagu tersebut dengan memperkenalkan rentak lebih rancak tetapi masih mengekalkan elemen tradisional India dan Timur Tengah yang menjadi tunjang asal lagu ini.

“Arwah juga mencipta dinamik dan nuansa yang berbeza daripada lagu asal, memberikan pengalaman mendengar lebih moden serta segar.

“Secara tak langsung, lagu ini dedikasi buat arwah yang telah berkhidmat melakukan kerja-kerja rakaman dan susunan muzik ini sehingga siap sepenuhnya,” ujarnya.

ALLAHYARHAM Napie Spider merupakan penerbit lagu Nuri Terbang Malam yang menggubah muzik untuk memberikan pengalaman pendengar lebih moden dan segar.

100 lagu 100 tahun

Usaha menghidupkan semula lagu berkenaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada projek kerjasama antara Luncai Emas dan World Business Affairs (WBA) yang diberi nama 100 Lagu 100 Tahun.


Projek 100 Lagu 100 Tahun adalah cetusan idea Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak bersama produser dan komposer terkenal Dr. Mohd. Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer.

Objektif projek berkenaan adalah menghimpunkan 100 lagu popular Melayu dari abad ke-20 dalam bentuk audio dan buku.

Buku berkenaan pula memuatkan informasi tentang latar belakang dan sejarah setiap lagu, sekali gus menjadi rujukan berharga kepada generasi masa kini dan akan datang.

Buku 100 Lagu 100 Tahun bakal diterbitkan Universiti Utara Malaysia (UUM) Press, manakala audio 100 lagu 100 tahun hasil penerbitan Azmeer akan diedarkan Luncai Emas.

Nuri Terbang Malam kini boleh didengari menerusi semua platform digital seperti Youtube, Spotify, Apple Music dan semua platform digital bermula 3 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Jumaat, Januari 03, 2025

M.Nasir - Nuri Terbang Malam - Music Video Rasmi

Pada 8.00 malam 3 Februari 2025, Luncai Emas telah meluncurkan Video Muzik lagu Nuri Terbang Malam yang dinyanyikan semula oleh Datuk M Nasir. Nama asal lagu Laku Nuri Terbang Malam dendangan Kasim@Qasim difahamkan adalah rakaman muzik terawal dalam Bahasa Melayu yang dirakam dalam piring hitam pada tahun 1903. 

Produksi lagu Nuri Terbang Malam yang diberi nafas baru ini telah dimulakan 4 tahun lalu di studio Studio Ronggeng, Luncai Emas. Lagu ini adalah antara hasil kerja yang ditinggalkan oleh dua anggota Spider yang telah kembali ke rahmatulah iaitu Allahyarham Hanapi Hamdan (Napie Spider)  & Allahyarham Tony Iskandar.  Hanapi Hamdan (Napie Spider) bertindak sebagai produser/susunan muzik/Jurutera Rakaman sementara Tony Iskandar bermain Bass & Keyboard. Tam Mustafah dan  Usop Kopratasa pula menyumbangkan suara latar untuk lagu ini.

Lagu "Nuri Terbang Malam" kini boleh didengar di semua platform digital seperti Youtube, / Spotify / Shazam / Apple Music dan lain lain.

Musik Video Nuri Terbang Malam

-------------------------------


Kasim @Qasim " Laku Nuri Terbang Malam" (1903) CLEANER VERSION
" Laku Nuri Terbang Malam " Nyanyian Kasim Ini Merupakan Lagu Melayu Pertama Direkodkan Ke Piring Hitam Oleh Gramophone Company Pada Tahun 1903.Dirakam di Singapura Oleh Jurutera Bunyi  Fred Gaisberg Dan Pembantunya George Dillnutt . Dato' M. Nasir menghidupkannya semula sebagai single digital dan mengeluarkannya pada Jan, 3 2025. Sumber Youtube Muzik Nusantara

Sabtu, Disember 07, 2024

M Nasir pertahan gelaran Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi 2024

petikan Berita Harian 7 Disember 2024 

Oleh Affan Rostam - affan.rostam@bh.com.my

Dari kanan, Pengasas Inkhouse Pictures, Datuk Khairul Anwar Salleh bersama Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail menyampaikan anugerah Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah MACP 2024 kepada M Nasir.

KUALA LUMPUR: Datuk M Nasir mengekalkan kedudukan sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2024 di sini, malam tadi.

Maestro muzik legenda itu mengenepikan saingan terdekat, iaitu Saari Amri dan Namewee, sekaligus mempertahankan anugerah yang pernah dimenanginya, tahun lalu.

M Nasir dalam ucapan ketika menerima anugerah mengakui apa yang diterima adalah hasil sokongan insan penting di sekelilingnya.

"Saya berterima kasih kepada keluarga, isteri anak-anak, kawan-kawan dan mereka yang bersama-sama berjuang serta menjadi pengkritik terbesar kepada diri saya.

"Ini membuat saya mahu cuba mencipta sesuatu lebih bagus, sedap didengar dan artistik. Mereka inilah pengkritik terbesar saya. Saya bersyukur ada orang seperti ini," katanya.

Selain itu, M Nasir turut memenangi kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu Tiara mengatasi dua calon lain iaitu lagu Ke Zai Wo Xin Di De Ming ciptaan Jia Wang dan Xu Yuan Ting serta Gatal (Aepul Roza).

Pada anugerah sama, syarikat rakaman miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi kategori Lagu Luar Negara Persembahan Tertinggi menerusi lagu Cinta Sampai Mati mengenepikan Warner Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd (Ya Allah) dan Shake Music Company Limited (Pamela).

Bagi kategori Lagu Melayu Persembahan Tertinggi dimenangi lagu Gatal ciptaan sepenuhnya Aepul dengan menewaskan lagu Pasti (Hang Nadim/Afiez Newboyz) dam Gadis & Bunga (Johari Salleh).

Lagu Inggeris Persembahan Tertinggi dimenangi lagu Que Chill ciptaan Malique dan Tripdis dengan lirik ditulis Hang Nadim mengatasi WHUT (Aisha Retno) dan My World Too (Aubrey Suwito)

Lagu A La Si Jia Hai Wan ciptaan Firdhaus memenangi kategori Lagu Cina Persembahan Tertinggi mengenepikan lagu Bo Li Xin (Namewe) dan Ke Zai Wo Xin Di De Ming Zi (Jia Wang dsn Xu Yuan Ting).

Lagu Tamil Persembahan Tertinggi menyaksikan kemenangan berpihak kepada lagu Perak Kulle ciptaan Krish K menewaskan Sandiyar Kathai (DJ Gan/Havoc Naven/Havoc Math) dan Nanbanukaghe (Havoc Mathan).

Sementara itu, syarikat rakaman, Taja Archive Sdn Bhd memenangi kategori Penerbit Tempatan Pendapatan Tertinggi menewaskan pemenang tahun lalu, Luncai Emas Sdn Bhd dan satu lagi calon iaitu MVM Production Sdb Bhd.

Penerbit Pendapatan Tertinggi Universal Music Publishing Sdn Bhd mempertahankan kemenangan tahun lalu dengan menewaskan Sony Music Publishing Sdn dan Warner Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd.

Pencipta Terbaik di TikTok 2023/2024 dimenangi Harry Khalifah atau Apak dengan mengatasi M Nasir dan Saari Amri

Penyanyi rap wanita yang kian menempa nama dengan pelbagai kejayaan diraih iaitu Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari diumum penerima kategori Komposer Muda Berpotensi.

Bunga diumum penerima kategori Komposer Muda Berpotensi pada Anugerah MACP 2024 di ibu negara, malam tadi. - Foto NSTP Aswadi Alias

Anugerah khas, Nadi Cipta diberikan kepada penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq atas pelbagai sumbangan dalam bidang muzik sepanjang hayatnya.

Anugerah MACP 2024 turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Nik Kamarulzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam; Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Dr Mohd Zuhan Mohd Zain serta Pengarah Serantau, Gabungan Persatuan Pengarang dan Komposer Antarabangsa (CISAC), Benjamin Ng.

Anugerah MACP 2024 sempena ulang tahun ke-35 dihoskan oleh Hafiz Hatim dan Hunny Madu.

Acara berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada Salamiah Hassan, Misha Omar, Akim Ahmad, Stacy, Dhilip Varman, Bell Foo Zya dan M Nasir.

Jumaat, Disember 06, 2024

Legend in the limelight: 15 minutes with Ethno-Rock pioneer M Nasir

taken from Tatlerasia.com 6 December 2024

By Lynette Ow

Lifestyle   |   Entertainment

With his unmistakable aura and dedication to originality, M Nasir discusses his roots, his rise to fame, and his mission to inspire the next generation of artists

In person, there’s a near-mythical aura about M Nasir (Dato' Mohamad Nasir Mohamed). This is not entirely surprising with his legendary status for fusing ethnic sounds with rock, thereby creating a genre all his own. 

A self-taught artist, he’s one of very few who has become a leading voice in integrating traditional Malay sounds with rock, pop, and blues, earning him recognition as a pioneer of “ethno rock”—a category that elegantly reflects the complexity of Malaysia’s own multicultural identity. 

His influence began in the 1980s with the formation of Kembara, a folk-rock band, before launching a successful solo career that explored deeper themes of spirituality, identity, and heritage. Loved for his poetic lyricism, he also composed iconic songs for renowned Malaysian artists and contributed to various theatre productions as a set designer, painter, and actor.

Over the years, M Nasir’s artistry and dedication to his craft have earned him an iconic status, solidifying his place as an enduring cultural legend in Malaysia. His advice to young artists is simple but powerful: “Work hard, make mistakes, learn, and do.”

M Nasir’s journey from suburban Singapore to becoming one of Malaysia’s most respected musicians is a story of resilience, pure talent, and a visionary approach. He is more relevant today than ever as his work reflects Malaysia’s current music landscape—one that’s adapting to global influences while holding on to its roots.


What types of music have influenced you most?

A mix of ethnic music, rock, and blues. In particular, I remember buying a Pink Floyd album—The Wall—after I finished school. Before that, I mainly listened to my brother’s records, which were mostly classic albums.


Is there anything you wish you had known when you first started as a musician?

It’s hard to say. Maybe just that everything is a learning experience.


What’s one of the best investments you’ve made, whether it’s time, money, or effort?

Probably moving out and living independently after school. I didn’t stay with my parents; I lived in the city. I was a Singaporean at the time, so it felt like a university education in itself.


Over the last five years, is there a belief, behaviour, or habit you've developed that’s improved your life?

Learning patience and restraint. I’m still working on it, but I’ve definitely become more patient.


What advice would you give to a talented, driven artist about to enter the entertainment industry?

Work hard and be industrious. Do what you love and keep doing it, again and again. Mistakes and failures are part of the journey, and you learn from them.


Is there any advice you think they should ignore?

I’m not big on advice, honestly. Some advice I received wasn’t the best, so I believe each person learns in their own way.


If you had the power to grow and develop the Malaysian music industry, what would you focus on?

Creativity and originality. It’s important to create something uniquely your own and build character.


If not a musician, what do you think you would have been?

I was interested in football when I was younger, but after attending art school, I shifted toward painting. I still paint and hold exhibitions occasionally. At one point, I was offered a chance to build sets for a Bangsawan play, which got me involved with dramatists and stage performers. That experience inspired me to explore stage performance.


What’s one unique thing you love about Malaysia?

The dynamism and diversity here.


What was the last great Malaysian meal you had?

Probably nasi kandar. But I’d also say my wife’s cooking—she prepares almost all the traditional main dishes and they’re fantastic. Lately, we’ve been frequenting Hameediyah as well.


This interview has been edited for clarity and length.

read more about Best of Tatler Malaysia Music Icon here


Isnin, November 25, 2024

Ahmad Nawab pemuzik tulen - M Nasir

 petikan Harian Metro 25 Novenber 2024

Affan Rostam  affan.rostam@bh.com.my

Gombak: Datuk M Nasir, 67, menganggap kehebatan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, 92, barangkali tidak dapat ditandingi mana-mana pemuzik termasuk di peringkat antarabangsa.

M Nasir atau nama sebenar, Mohamad Nasir Mohamed turut menyifatkan seniman legenda kelahiran Pulau Pinang itu adalah permata seni tanah air yang cukup berharga apabila berjaya melahirkan ramai penyanyi hebat.

"Kalau kita lihat, tiada sesiapa yang dapat berada pada tahap pencapaian arwah. Beliau berjaya pada era 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Maksudnya selama tiga dekad beliau berada pada satu tahap yang tinggi.

"Tidak perlu cerita berapa ramai penyanyi yang beliau bantu naikkan nama. Satu dunia pun mungkin tidak dapat meraih sebagaimana pencapaiannya.

"Kita tidak nampak seniman di dunia ini yang kita tahu dapat meraih pencapaian seperti beliau. Beliau berjaya menaikkan penyanyi seperti Ramlah Ram dan Siti Fairuz yang mana ketika itu adalah zaman rock," katanya.

M Nasir berkata, Allahyarham Ahmad Nawab adalah sosok pemuzik tulen yang pernah bekerja bersama Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Malah, katanya, keunggulan dimiliki Allahyarham Ahmad Nawab wajar dihormati.

"Beliau adalah pemuzik yang 'genuine'. Beliau hidup dengan muzik. Arwah dahulu

pernah bekerja sebaris dengan Allahyarham P Ramlee sehingga Seniman Agung itu pernah meminta saksofon beliau untuk dimainkan dalam filem lakonannya.

"Arwah seniman dan pemuzik sepenuh masa, jadi itulah perkara yang kita perlu hormati.

"Ada yang menganggap pemuzik atau pencipta lagu ini sebagai kerjaya yang tidak menjanjikan masa depan baik atau bukan pekerjaan yang dikejar pada era beliau.

"Arwah sudah ada dalam bidang ini begitu lama. Kalau saya dalam bidang ini sudah 45 tahun, beliau lebih 60 tahun sejak era 1950-an lagi beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini," katanya.

Jenazah Allahyarham Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih di sini, pada jam 11.15 pagi tadi.

Pengebumian Allahyarham Ahmad Nawab berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat bagi memberi penghormatan terakhir.

Semalam, Allahyarham Ahmad Nawab disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves di sini, jam 3.15 petang.

Allahyarham Ahmad Nawab dianggap maestro muzik yang mencipta legasi dalam industri rakaman negara dengan lebih 2,000 lagu digubah sejak era 1950-an.

Penyanyi terkenal Datuk M.Nasir turut hadir mengiringi perjalanan akhir jenazah Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Beliau jugak menyatakan kekaguman arwah yang merupakan seorang seniman hebat dalam arena muzik tanah air. Ramai artis-artis besar telah berjaya dilahirkan berdekad-dekad dengan karya lagu yang begitu banyak dan ciri-ciri seorang seniman telah pun ada pada arwah.
 (Sumber Youtube Astro Awani)


Sabtu, November 23, 2024

Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir

petikan Sinar Harian  23 November 2024

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan) yang juga Canselor UPSI berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan kepada penggiat seni terkenal tanah air, Datuk M Nasir pada Istiadat Konvokesyen UPSI ke-26 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI pada Sabtu. Foto Bernama

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan) yang juga Canselor UPSI berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan kepada penggiat seni terkenal tanah air, Datuk M Nasir pada Istiadat Konvokesyen UPSI ke-26 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI pada Sabtu. Foto Bernama

PENYANYI dan maestro muzik, Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi kepadanya selepas lebih 45 tahun bergelar anak seni.

Beliau berkata, pengiktirafan ini juga membuktikan UPSI antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyokong pembangunan serta kemajuan bidang seni di negara ini.

"Bagi saya penghormatan ini satu anugerah yang besar dan mereka (UPSI) antara pihak yang mengikuti perkembangan seni saya secara dekat.

"Penghormatan ini juga membuktikan bahawa UPSI antara pihak yang menyokong serta mengangkat bidang seni ke peringkat tertinggi,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali ke-26 di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.

Penerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, Datuk M Nasir (dua dari kanan) ketika hadir pada Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI pada Sabtu. Foto Bernama

Penerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, Datuk M Nasir (dua dari kanan) ketika hadir pada Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI pada Sabtu. Foto Bernama

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan kepada penyanyi kelahiran Bukit Panjang, Singapura berusia 67 tahun itu.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed berkata, buat masa ini beliau akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selain bercadang menerbitkan sebuah filem dalam masa terdekat.

Sementara itu, vokalis kumpulan Lefthanded Datuk Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias berkata, usia bukan halangan buatnya untuk mengenggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.

Penyanyi berusia 65 tahun itu berkata, beliau mengambil masa dua tahun untuk menghabiskan pengajian yang bermula awal Januari 2022.

"Saya akui pada awalnya berdepan pelbagai cabaran untuk menyiapkan tugasan yang diberikan namun sokongan tenaga pengajar dan keluarga menjadi penguat untuk saya menghabiskan pengajian ini,” kata anak jati kelahiran Muar, Johor itu.

Penerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, Datuk M Nasir (tiga dari kanan) ketika hadir pada Istiadat Konvokesyen UPSI ke-26 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI pada Sabtu. Foto Bernama

Nash berkata, keputusannya melanjutkan pelajaran juga didorong oleh keinginan untuk mendalami ilmu khususnya dalam bidang seni persembahan yang melibatkan pelbagai cabang.

"Kebanyakan orang lihat seni itu hiburan semata-mata tetapi kalau dilihat dari skop yang lebih mendalam, seni itu sebenarnya bersifat pelbagai.

"Dalam seni, ia bukan hanya melibatkan nyanyian, tarian dan lakonan semata-mata sebaliknya ilmu untuk menguruskan perkara itu (aktiviti seni) juga perlu seiring supaya produk yang dikeluarkan berkualiti,” katanya. - Bernama