Khamis, Februari 23, 2012

Nama besar adu nasib


petikan Harian Metro 23 Februari 2012
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
* gambar dari Kosmo & mstar
       
CUBA kita bayangkan bagaimana agaknya jika artis-artis hebat dipertandingkan di satu pentas manakala penjurian terletak seratus peratus pada tangan penonton? Siapakah yang akan menyerlah menunjukkan sisi lain dalam persembahan dan siapa pula yang bakal kecundang?

Gah dan berprestij, Astro Ria secara eksklusifnya memperkenalkan program realiti terbaru Mania, di mana 15 artis popular tanah air bertarung untuk merebut ganjaran lumayan yang ditawarkan.

Meskipun sebelum ini, Astro pernah menerbitkan rancangan pertarungan antara artis iaitu Ikon, namun Mania menampilkan kelainan tersendiri.

Buat pertama kalinya dan belum pernah diadakan negara-negara lain, penonton bakal menyaksikan satu dimensi baru dalam industri hiburan dengan terbitnya Mania.

Dikemudi hos tersohor, Aznil Nawawi, 12 artis popular sudah menempa tempat dalam pertandingan ini dan tiga lagi bakal diumumkan pada episod pertama nanti.

Mengambil berat relevan dan kekuatan daripada segi bakat serta populariti, semua yang terpilih bukan calang-calang artis, malah ramai daripada mereka sudah berdiri selesa di pentas industri nyanyian. Segelintir mereka juga pernah memenangi anugerah acara-acara berprestij.

Mengulas lanjut mengenai Mania, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, sudah tiba masanya pihak Astro menerbitkan satu program yang mampu memperkasakan industri.

“Seni muzik adalah cabang yang paling ketara mendapat perhatian ramai. Dengan hadirnya program ini, suatu kelainan dapat penonton saksikan kerana bukan saja disertai artis, tiga ikon muzik tersohor turut terbabit sebagai penerbit muzik dalam program berkenaan.

“Dengan nama-nama besar ini, satu fenomena bakal tercetus dalam industri hiburan dan yang pasti, akan melahirkan superstar pilihan ramai bertepatan dengan matlamat rancangan ini.

“Kriteria pemilihan artis bertanding pula adalah berdasarkan kepada keinginan serta komitmen mereka untuk terbabit sepenuhnya dalam rancangan yang akan berjalan selama 10 minggu ini. Sebenarnya, ada ramai nama yang tersenarai pada awalnya, namun selepas ditapis, pihak juri sebulat suara memilih 12 yang layak,” katanya.

Memulakan episod pertamanya pada 17 Mac ini, 12 penyanyi terkenal yang berjaya menjadi peserta Mania adalah Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Adira AF8 dan Awi Rafael. Manakala, dua lagi tempat diisi oleh band Estranged dan Kristal.

Mereka semua akan dibimbing oleh tiga penerbit lagu tersohor iaitu Datuk M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito. Setiap penerbit juga diberi kuasa untuk memilih empat artis kegemaran untuk diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka.

Nizam berkata, tiga ikon berkenaan dilantik berdasarkan latar belakang, reputasi serta kredibiliti hebat sepanjang berada dalam industri. Sudah lama bertapak di industri, pemilihan mereka amat tepat lantaran masing-masing mempunyai kekuatan dari sudut berbeza seperti konsep muzik dan genre.

“Proses pembentukan seseorang penyanyi adalah penting dan tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam mencorak kepada kejayaan mereka di persada seni.

“Penerbit muzik yang hebat ini sebenarnya tunjang utama dalam membuat transformasi kepada setiap peserta. Ini seterusnya mencetuskan evolusi superstar dalam industri muzik dan segala tunjuk ajar serta khidmat bimbingan bakal merubah penyanyi ke sisi yang lebih tinggi.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing, kami percaya ia akan dapat memberi manfaat kepada peserta, sekali gus menyumbang kepada kejayaan program Mania ini,” ujarnya.

Bagi tiga lagi artis yang bakal diserap masuk menjadi peserta, pemilihan mereka adalah berdasarkan undian Hot Seat daripada peminat.

Kaedah ini bukan saja memberi peluang kepada peminat untuk mengundi artis kegemaran mereka, malah mampu memperkuat lagi sokongan terhadap artis yang mereka inginkan berada dalam program berkenaan.

Dari segi format rancangan, Mania akan memberikan kuasa sepenuhnya kepada penonton di rumah untuk memilih siapa peserta kegemaran mereka dan dalam setiap episod, sebaik undian ditutup, maka peserta dengan undian tercorot akan disingkirkan.

Cukup lumayan, habuan untuk juara Mania berupa wang tunai RM500,000, naib juara RM200,000 manakala tempat ketiga RM100,000.

Sementara itu, penerbit muzik yang mana penyanyi bimbingannya berjaya dinobatkan juara, juga bakal menerima ganjaran wang tunai RM300,000.


Senarai Artis Kategori Undian Hot Seat

1. Idayu AF2
2. Akma AF3
3. Noni AF5
4. Ebi AF5
5. Shawal AF5
6. Riz AF6
7. Toi AF6
8. Nadia AF6
9. Aishah AF7
10. Aril AF7
11. Daus AF8
12. Maulana AF8
13. Azri AF9
14. Kay AF9
15. Lena AF9
16. Erul AF9
17. Fina AF9
18. Chaq Mentor
19. Fiq Mentor
20. Mohd Mentor

Undian boleh dibuat di www.mania.com.my bermula 20 Februari hingga 16 Mac 2012.

Ahad, Februari 19, 2012

Inspirasi Personaliti : Datuk M Nasir

Tidak puas dengan 9 soalan, ikuti pula temubual besama Datuk M Nasir dalam slot "Inspirasi Personaliti" dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 yang telah disiarkan secara langsung jam 8.00 - 10.00 pagi pada 18 Februari 2012.

Bahagian 1  
*Nampaknya pada minit ke 8:40 soalan SM minta Nur Islah tanyakan kepada sifu telah dibaca dan dijawab oleh  Datuk M Nasir. Best!. 

Bahagian 2 
Temubual bersama Datuk M Nasir & Loque-Monoloque yang menerangkan bagaimana "sifu" menjadi sebahagian inspirasi dalam karyanya. 
(Tahukah anda: Dalam lagu Kupu Kupu Malam dari album terbaru Monoloque, kedengaran sample lagu ciptaan sifu.)

Sabtu, Februari 18, 2012

M Nasir's Folk Band Gig in April

Berita terkini dari seberang tambak... 
Kembara Reunion  di Esplanade selepas 25 tahun! (lihat program info)
Kredit kepada rakan SM,  Deaf-Angel. (Sori beb, gua cilok entry lu!)

UPDATED!
Difahamkan konsert ini telah dibatalkan
"Disebabkan konflik penjadualan, barisan artis yang ingin ditampilkan tidak dapat berada di Singapura pada April ini" ujar jurucakap The Esplanade  - sumber Cyberita online Singapura 

TV3 Kesal Pemenang AJL26 Tak Nampak 'Batang Hidung'


petikan Mstar 19 Februari 2012.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Ahmad Izham Omar (kanan) bersalaman dengan M.nasir dan wakil artis yang memenangi AJL26.

PETALING JAYA: Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.

"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.

"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas,di sini, Jumaat.

Bagaimanapun tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.

Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, ramli MS turut hadir memberikan sokongan.

Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, ciptaan M.Nasir dan Budi Hekayat telah diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Ahad, Februari 12, 2012

9 Soalan untuk Datuk M Nasir

Pada 9 Februari 2012, TV9 menyiarkan rancangan bual bicara terbaru, 9 Soalan.  Datuk M.Nasir telah menjawab sembilan soalan ditanya oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk beberapa soalan yang selalu bermain di dalam fikiran peminat karya sifu diluar sana.

Bahagian 1: Soalan 1 hingga 6 


Bahagian 2: Soalan 7 hingga 9




Soalan Pilihan Saudagar Mimpi

Soalan 6 : Saya rasa Datuk M Nasir ni sexy lah, Datuk M Nasir rasa tak Datuk sexy?
Jawapan sifu : ..(gelak)...ni soalan diberikan pada dia..., (gelak) Saya rasa..erm ..em (serius) saya rasa saya sexy. I work out (sambil buat gaya)
Pengacara : ok..jadi apakah definisi sexy Datuk itu sendiri?
Jawapan sifu: Tak tau la, saya sexy ke tidak? ...Apa awak percaya ke saya cakap? (senyum & gelak)

Soalan 9 : (diajukan 2 kali oleh pengacara & minta diulang oleh sifu)
Jawapan sifu : Ini yang susah nak jawab, seperti susahnya anda soal begitulah susah nak jawab...

Listen all, the sifu speaks

taken from NST 12 February 2012
By David Christy
davidchristy@nst.com.my


The cosmos is full of ‘stars’, and most do not support life. Here’s an exception

FEW are there among mortals clever in the arts who have the gift of stirring and strumming our spirit, and offering a glimpse into the mystery that is us. Most can give us only a whiff of what is good, and then, they disappear.

Of the admirable first company M. Nasir belongs to. Long have I been fascinated by this genius, from my days in learning and playing until but a few years ago.

Then, perhaps because of a newfound love for strains of folksiness from the Emerald Isle, I ceased to follow the fortunes of this singer-songwriter and actor. I believed him a celestial red giant which had left its brightest and liveliest days behind, and was closer to the end than the beginning.

But lo! There came suddenly his triumph at Anugerah Juara Lagu recently. Memories streamed back, at first Gerhana, and then a deluge from the reservoir of my fondest thoughts of him. He wasn't about to be eclipsed and let me forget him so easily.

There's something marvellously soothing  about this man and his creations, and I came upon them quite by mischief not mine, when I overheard my chums stumbling through Keroncong untuk Ana to tease another about youthful passions and regrets.

It was a time when little was written about local singers, and hard was it for them to rise above the cacophony of the New Age showmen who my generation was besotted with.

Television and radio were full of the foreign acts because they were "refreshing" and "exciting", whereas the home talent was nowhere near. Or so many thought and sought to believe.

But when I chanced upon more of Nasir's treasures, on Pilihan Bersama on 95.3 and in the odd cassette here and there, from friends and pasar big and small, I knew I had found something different and yet, the same. A kindred spirit who lived and roamed in realms I dreamt about, but which I couldn't step into.

This I felt very strongly, although I couldn't quite understand it then, in Layang-layang Terputus Talinya, sung so mournfully well by David and Loga.

 It struck more than a chord in me, for I was moved to tears and much later, when I gave thought to it, I realised why.

 I saw myself in the allegory, smote by angst and confusion, as must be the miserable fate of unwise teenagers.

It was this then that drew me, again and again, to Nasir and his songs. For so much of his work is a narrative of the seasons of life. Whether he or others sung it, there was the whimsical (Tanya Sama Itu Hud-Hud), separation (Yang Bertakhta Akhirnya), defiance (Rajawali Terbang Tinggi), mockery (Bikin Filim) and love for a warrior (Srikandi Cinta Ku). Doubtless, the imagery was strange and perplexing, but always entrancing.

And yes, there were many love songs, too, but even these stood as masterpieces (Mustika), and I considered them a balm for that segment of fans who must needs it for aching hearts.

He lives with us, but Nasir straddles two worlds -- the present and future. In Anak-Anak Kita in 1993, he was already asking:

Fikir... Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir, selamatkah kita di tangan pakar kitab itu



My favourite remains Rajawali Terbang Tinggi, where he speaks of fierce courage and independence:

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi

Aku tak mahu dijajah lagi

And he gave such a masterful insight into that which is judgmental in man, in Paranoid, which Amy delivered without too much growling and drawling, but with rip-roaring effect that made me tremble with delight.

Reams of writing there are about Nasir and his reach and influence, and little I can add that will extend it.

And yet, here is this. His philosophical motions have stirred the still waters about me, and of a generation's, quite mightily.

Because his songs do not speak only of love between man and woman, which is the wont and weakness of too many in the constellation of lesser "stars", he shows life for the strange complexity that it is, or that which we have made it out to be.

This stage of ours could do with a few more like him.

 For if we care to listen, we will hear and know their verses transcend culture and the emotional walls we have foolishly built around ourselves. If we hear differently, may we not see differently, too?

As I hope I do now. In Galway Bay I long for the earth and home, In Bonda I remember a precious soul. My life continues and my spirit rejoices. Thank you, sifu.

Rabu, Februari 01, 2012

Melodi, vokal Awan Nano kuat


petikan Utusan Malaysia 1 Februari 2012
Oleh ABD. AZIZ ITAR dan MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANUAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH, ABDUL RAZAK LATIF, MOHD. ASRI SAIFUDDIN dan ALI ISKANDAR


PENYANYI awan nano, Hafiz, bakal dikenang dalam sejarah sebagai juara dengan penampilan paling sempoi di pentas ajl.

ANUGERAH Juara Lagu (AJL) merupakan acara berprestij yang mempertandingkan lagu dan lirik sekali gus mengangkat martabat golongan komposer, penulis lirik serta penyanyi anjuran stesen TV3 yang kini telah memasuki edisi ke-26.

Pada final AJL26 Ahad lalu, lagu gubahan Datuk M. Nasir berjudul Awan Nano dan lirik hasil nukilan Budi Hekayat diangkat sebagai juara pertandingan itu dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM35,000 serta trofi.

Ia bukan satu kemenangan yang mengejutkan memandangkan Awan Nano adalah sebuah lagu yang mempunyai perisa kehebatan tersendiri, selain muncul antara lagu popular sepanjang 2011.

Ketua Juri AJL26, Azmeer sendiri mengakui, kesemua 20 juri yang terbabit sepakat memilih Awan Nano sebagai juara pertandingan itu kerana kekuatan melodi, vokal dan liriknya berbanding 11 lagu lain.

"Saya yakin para juri memilih Awan Nano berdasarkan melodi dan keindahannya. Vokal dan lagu itu layak menang dimana liriknya juga bersesuaian kerana ia menggunakan gaya bahasa yang baik," komennya tentang Awan Nano.

Pada sidang akhbar selepas berakhirnya AJL26 itu, Azmeer berkata kaedah penjurian tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tidak dilakukan pada malam berlangsungnya anugerah tersebut.

Sebaliknya, selain menilai persembahan para peserta di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur tempat berlangsungnya final AJL26, pra-penjurian turut diadakan di lokasi luar sebelum malam kemuncak anugerah.

"Terdapat 20 sesi penjurian dengan hampir 20 juri di mana 80 markah diberi berdasarkan lagu. Manakala 10 juri daripada keseluruhannya ditugaskan untuk memberi 20 markah untuk persembahan para peserta terbabit.

"Sebelum malam final ini, kami telah mengadakan pra-penjurian. Kalau 100 peratus penjurian dilakukan pada malam kemuncak ini mereka tidak cukup masa.

"Kami melakukan penjurian dengan telus, ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Kami tidak akan menidakkan kemenangan sesiapa. Semua memberi markah seolah-olah sedang menikmati lagu yang mereka adili," ujarnya.

Jelas Azmeer, di kalangan juri yang dilantik oleh TV3 pada AJL26, mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti komposer lama dan baru, pengamal media dan penerbit eksekutif rancangan televisyen.

Malah, beliau yang juga seorang komposer menambah, para juri yang bukan terdiri daripada kalangan komposer juga tidak boleh dipertikaikan kerana mereka secara tidak langsung mewakili masyarakat luar.

"Saya sudah 20 tahun dalam industri muzik di negara ini di mana hampir kesemua juri terutamanya komposer faham akan kekuatan sesebuah lagu bergantung kepada keindahan melodi dan lirik serta vokal penyanyinya.

"Itu yang membuatkan sesebuah lagu berbeza dan menjadi sebab utama untuk diangkat sebagai juara yang kami cari," jelasnya.

Bukan setakat para juri, malah Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar turut mengakui kekuatan melodi, lirik dan vokal yang dipersembahakan dalam Awan Nano.

"Sebagai penggiat stesen televisyen dan pencinta muzik, saya akui lagu Awan Nano bagus. Tujuh nota muzik pertama lagu itu sudah menangkap melodinya, manakala empat nota pada korusnya sudah menaikkan semangat pendengar seperti saya,".

Selain anugerah utama itu, komposer Edry Abdul Halim dipilih memenangi anugerah Juara Mobile Celcom menerusi lagu Sedetik Lebih yang disampaikan Jacklyn Victor

 :