Rabu, Januari 28, 2026

‘M. Nasir nampak garang, macam guru besar’

petikan Kosmo 28 Januari 2026

Oleh HANISAH SELAMAT

SUNGAI BULOH – Teruja bercampur gementar, kumpulan nasyid kontemporari Inteam mengakui peluang bakal sepentas dengan maestro muzik, Datuk M. Nasir di Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih ibarat bulan jatuh ke riba.

Anggotanya, Syah atau nama sebenar, Mohd Syahril Abdul Khalid, berkata segmen bersama seniman legenda itu dapat direalisasikan selepas berlakunya perubahan tarikh pemergian M. Nasir ke Tanah Suci atas sebab yang tidak diketahui mereka.

“Cadangan bersatu dengan sifu (M. Nasir) datang daripada penganjur Icon Entertainment, Iman Tang sendiri tetapi sebenarnya kami pun teringin bergabung bersama idola kami itu

“Cuma awalnya waktu usulkan hasrat, ia hampir tak jadi kerana beliau nak pergi umrah tetapi sudah ditakdirkan, ada pula perubahan pada jadual asal apabila beliau ‘terbang’ hanya beberapa hari selepas konsert.

“Rezeki Inteam dapat bersama-sama beliau walaupun dalam hati gementar kerana ini pertama kali kami beraksi dengannya. Sebelum ini beliau jadi juri program realiti yang kami sertai Gema Gegarvaganza (GGV),” katanya.

Syah berkata demikian ketika sesi latihan akhir Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih di Sg Buloh, baru-baru ini yang turut disertai tiga lagi ahli kumpulannya Rahim, Hazamin dan Hisyam.

Turut hadir ialah seorang lagi penyanyi undangan juga bekas ahli kumpulan Raihan, Nazrey Johani yang dijangka bakal membawakan dua lagu pada konsert 1 Februari ini.

Sebelum ini, Icon Entertainment mengumumkan dua kejutan dengan kemunculan dua figura nyanyian popular itu selain penyanyi, Zizi Kirana.

Konsert itu juga dijangka menjadi antara acara nasyid terbesar di Malaysia pada awal tahun ini, sekali gus menghimpunkan ribuan peminat bagi meraikan perjalanan seni Inteam selama lebih dua dekad.

Menurut Syah lagi, sebagai persediaan sebelum bersatu dengan sifu, mereka mengambil kesempatan menonton persembahan komposer prolifik itu di sebuah acara.

“Malam ini (semalam) adalah latihan pertama kami dengan Datuk (M. Nasir) selepas beberapa minggu membuat latihan sendiri.

“Ikutkan ada dua lagu yang akan dibawakan bersamanya iaitu karya ciptaan Datuk sendiri nyanyian asal Al Jawaher yang pernah disampaikan bersama Ustaz Akhil Hayy.

“Kami kena pastikan betul-betul bersedia. Gementar juga tapi macam kami katakan rasa gembira mengatasi segala-galanya. Sifu memang terbaik walaupun nampak garang, macam guru besar,” selorohnya.

Kata Hisyam pula, secara keseluruhan hampir 30 lagu yang bakal disajikan pada konsert di Axiata Arena Bukit Jalil itu nanti termasuk paduan suara dengan penyanyi jemputan.

Peminat setia kesemua artis masih berpeluang untuk mendapat tiket ke konsert itu menerusi laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih. – KOSMO! ONLINE

Ahad, Januari 18, 2026

UPSI students x M. Nasir: Drumline energy, 19 classics, 5,500-strong crowd and one good cause

 taken from Malay Mail 18 January 2026

M. Nasir addresses the crowd during the ‘Datuk Dr M. Nasir Pati Drum Charity Concert’ at UPSI, blending legacy, meaning and music into a single night. — Picture via Facebook/UPSIMalaysia

TANJONG MALIM, Jan 18 — The sound of drums, music and cheers from fans filled the Tuanku Canselor Hall, Sultan Azlan Shah Campus, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) when more than 5,500 spectators gathered to watch the Datuk Dr M. Nasir Pati Drum Charity Concert last night.

The concert, which was full of nostalgic and innovative elements, not only satisfied fans’ longing for the works of the national music legend, but also took the audience on a journey through the art of M. Nasir, who has shaped the local music landscape for more than four decades.

Featuring 19 iconic songs performed for almost two hours, the concert, which was based on the concept of the drum, was given a new lease of life through contemporary music arrangements, a combination of professional musicians and UPSI music students, thus showing a harmonious clash between the academic world and the art industry.

Among the works that invited thunderous cheers were Pawana, Phoenix Bangkit, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Langgam Pak Dogo, Melawan Arus and Kias Fansuri, in addition to a series of popular songs such as Sentuhan Listrikmu, Rajawali Terbang Tinggi and Yang Bertakhta Akihiya which were sung with the audience.

More than 5,500 fans light up Tuanku Canselor Hall as M. Nasir performs classics alongside UPSI musicians and students. — Picture via Facebook/UPSIMalaysia

Furthermore, UPSI Pati Drum which is a ‘live’ learning field for students of the Faculty of Music and Performing Arts (FMSP), are actively involved on stage and behind the scenes, covering aspects of vocal performances, music, drumming, dance and production management.

UPSI vice-chancellor Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff said the concert also carried a charitable mission when the proceeds were channeled to the university’s educational endowment and scholarships for music students.

“The endowment aims to help talented music students continue their studies, with the concert’s gross proceeds estimated at around RM500,000 and approximately RM300,000 expected to be put into the fund.

“The funds will later be used as best as possible, especially to support the development of artistic talent at the university’s FMSP,” he said.

He said the artist was chosen as the main artist because of his excellence and influence in the country’s music world, in addition to his works that are full of human values, divinity, life and the upliftment of culture and national identity.

“Datuk M. Nasir is a musical genius. His songs are full of meaning, uplifting the culture and dignity of the nation.

“That is why we chose him to make this charity concert a success in line with the spirit of UPSI as an institution of the Nusantara educational struggle because UPSI is the place where the struggle for education and independence began,” he said.

Drumlines, dancers and musicians surround M. Nasir as the ‘Pati Drum’ concept comes alive in a high-energy performance at UPSI. — Picture via Facebook/UPSIMalaysia

Md Amin said the concert also became a platform for industry and university cooperation when M. Nasir expressed his desire to involve UPSI students in the upcoming concert, thus providing industry exposure to FMSP students.

“This is what it means that the industry and the university move hand in hand. In the music industry, exposure like this is very important. Our students are given the opportunity to work hand in hand with experienced figures.

“The students involved are from FMSP UPSI, especially selected talents, some of whom come from the art school and culture school before continuing their studies at this university,” he said.

He said the concert was attended by about 5,500 spectators including those from Sarawak and abroad as well as representatives of several foreign embassies in this country.

“UPSI always welcomes cooperation with various parties in organising joint concerts or programmes, not only in the field of music, but also involving sports, culture, religion and national development,” he said. — Bernama

'Sekarang masa saya memberi' - M Nasir

petikan Sinar Harian 18 Januari 2026

Normawati Adnannormawati Adnan

Persembahan turut diserikan dengan kumpulan muzik Gong pimpinan Pengarah Muzik, Aznan Alias yang membawakan lagu popular seperti Sentuhan Listrikmu, Rajawali Terbang Tinggi, Yang Bertakhta Akhirnya dan Raikan Cinta. Foto: Bernama

Persembahan turut diserikan dengan kumpulan muzik Gong pimpinan Pengarah Muzik, Aznan Alias yang membawakan lagu popular seperti Sentuhan Listrikmu, Rajawali Terbang Tinggi, Yang Bertakhta Akhirnya dan Raikan Cinta. Foto: Bernama

PADA usia 69 tahun, Datuk M Nasir membuktikan bahawa seni tidak mengenal angka, dan keikhlasan tidak pernah menua.

Selama lebih dua jam tanpa henti, penyanyi dan maestro muzik negara itu menguasai pentas Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Konsert Amal Gendang Pati pada Sabtu.

Sebuah persembahan berskala mega yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh jiwa lebih 5,000 penonton, menyaksikan 20 lagu malar segar dipersembahkan dengan disiplin seni yang tinggi, penuh roh dan makna.

Tanpa kehadiran penyanyi jemputan dan tanpa selingan hiburan kosong, konsert berkonsepkan amal dan pendidikan seni itu berdiri utuh atas nama M Nasir semata-mata.

M Nasir melakukan persembahan sempena Konsert Amal Gendang Pati Datuk M. Nasir di Dewan Tuanku Canselor UPSI pada Sabtu. Foto: Bernama

Dengan iringan 30 pemuzik profesional serta mahasiswa Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, persembahan legenda itu bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya menjadi manifestasi kematangan seni, keteguhan idealisme dan kecintaan terhadap ilmu serta budaya.

Setiap dentuman gendang, bait lirik dan susunan muzik memperlihatkan mengapa M Nasir terus diangkat sebagai tokoh seni Nusantara yang berpengaruh merentasi generasi.

Ketika berinteraksi bersama penonton, pemilik nama sebenar Mohd Nasir Mohamed ini berkata, selepas lebih empat dekad dalam industri seni, beliau kini memilih untuk memberi kembali kepada dunia yang telah banyak membesarkan namanya.

“Empat puluh tahun dalam industri, dah banyak yang saya terima. Sekarang ini masa saya nak memberi pula. Terima kasih kepada semua pihak yang beri idea untuk saya buat konsert ini,” katanya disambut sorakan gemuruh penonton.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk membawa pelajar-pelajar UPSI terlibat dalam Konsert Cipta IV yang akan datang.

Antara lagu yang dipersembahkan dalam konsert amal ini termasuklah karya ikonik seperti Pawana, Phoenix Bangkit, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Langgam Pak Dogol, Melawan Arus, Apokalips, Mentera Semerah Padi dan Kias Fansuri.

Persembahan turut diserikan dengan kumpulan muzik Gong pimpinan Pengarah Muzik, Aznan Alias yang membawakan lagu popular seperti Sentuhan Listrikmu, Rajawali Terbang Tinggi, Yang Bertakhta Akhirnya dan Raikan Cinta.

Konsert amal tersebut merupakan kesinambungan kepada konsert ikonik Gendang Pati yang pernah dipentaskan lebih dua dekad lalu, namun kini diberi nafas baharu selari dengan konteks pendidikan universiti dan perkembangan industri muzik semasa.

Hasil jualan tiket yang berjaya mengutip lebih RM500,000 disalurkan ke Tabung Endowmen UPSI bagi menyokong dana wakaf pendidikan dan biasiswa, khususnya untuk membantu pelajar muzik berbakat melanjutkan pengajian.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pemilihan M Nasir sebagai artis utama adalah tepat kerana karya-karya beliau sarat dengan nilai keinsanan, ketuhanan, kehidupan serta jati diri bangsa.


Seramai 5,500 pencinta muzik tanah air berhimpun menyaksikan Konsert Amal Gendang Pati Datuk Dr M. Nasir di Dewan Tuanku Canselor UPSI pada Sabtu. Foto: Bernama

Seramai 5,500 pencinta muzik tanah air berhimpun menyaksikan Konsert Amal Gendang Pati Datuk Dr M. Nasir di Dewan Tuanku Canselor UPSI pada Sabtu. Foto: Bernama

“Lagu-lagu beliau mengangkat budaya, maruah bangsa dan identiti kita. Sebab itu kita pilih M Nasir untuk konsert amal ini. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengajaran dan pegangan hidup,” katanya.

Mengulas pemilihan lagu beliau berkata, kebanyakannya dipilih oleh M Nasir sendiri, namun selari dengan aspirasi UPSI sebagai medan perjuangan pendidikan dan budaya Nusantara.

“UPSI bermula sebagai medan perjuangan bangsa. Jadi lagu-lagu yang dipilih malam ini membawa intipati budaya, kebanggaan diri, maruah bangsa dan pembebasan minda,” katanya.

Konsert itu turut mencatat kehadiran penonton dari seluruh negara termasuk Sarawak dan Singapura, selain wakil-wakil kedutaan asing seperti Iran dan Iraq, mencerminkan daya tarikan seni M Nasir di peringkat antarabangsa.

M Nasir menjadi artis solo pertama yang mengadakan konsert berskala besar di UPSI selepas beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Istiadat Konvokesyen UPSI ke-26 pada tahun 2024.

5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI

petikan Astro Awani 18 Januari 2026

TANJONG MALIM: Alunan gendang, muzik serta sorakan peminat mengisi ruang Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila lebih 5,500 penonton berhimpun menyaksikan Konsert Amal Gendang Pati Datuk Dr M. Nasir, malam tadi.

Konsert yang sarat elemen nostalgia dan pembaharuan itu, bukan sekadar mengubat rindu peminat terhadap karya legenda muzik negara, malah membawa penonton menyelami perjalanan seni M. Nasir yang telah membentuk landskap muzik tempatan selama lebih empat dekad.

Menampilkan 19 lagu ikonik yang dipersembahkan hampir dua jam, konsert berkonsepkan instrumen gendang itu disuntik nafas baharu menerusi susunan muzik kontemporari, gabungan pemuzik profesional dan mahasiswa muzik UPSI, sekali gus memperlihatkan pertembungan harmoni antara dunia akademik dan industri seni.

Antara karya yang mengundang sorakan gemuruh ialah Pawana, Phoenix Bangkit, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Langgam Pak Dogo, Melawan Arus dan Kias Fansuri, selain deretan lagu popular seperti Sentuhan Listrikmu, Rajawali Terbang Tinggi dan Yang Bertakhta Akhirnya yang dinyanyikan bersama penonton.

Lebih istimewa lagi Gendang Pati UPSI ini menjadi medan pembelajaran langsung buat mahasiswa Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), yang terlibat secara aktif di pentas dan belakang tabir, merangkumi aspek persembahan vokal, muzik, pergendangan, tarian serta pengurusan produksi.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata konsert itu juga, membawa misi kebajikan apabila hasil kutipannya disalurkan kepada wakaf pendidikan dan biasiswa pelajar muzik universiti berkenaan.

"Wakaf itu bertujuan membantu pelajar muzik berbakat meneruskan pengajian, dengan kutipan kasar konsert dianggarkan sekitar RM500,000 dan kira-kira RM300,000 dijangka dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

"Dana itu kelak akan digunakan sebaik mungkin khususnya bagi menyokong pembangunan bakat seni di FMSP universiti ini," katanya.

Beliau berkata pemilihan seniman itu sebagai artis utama kerana keunggulan dan pengaruh beliau dalam dunia muzik tanah air, selain karya-karyanya yang sarat dengan nilai kemanusiaan, ketuhanan, kehidupan serta pengangkatan budaya dan jati diri bangsa.

"Datuk M. Nasir ialah seorang genius muzik. Lagu-lagu beliau penuh dengan makna, mengangkat budaya dan maruah bangsa.

"Sebab itulah kita memilih beliau untuk menjayakan konsert amal ini, selari dengan roh UPSI sebagai institusi perjuangan pendidikan Nusantara kerana UPSI, tempat bermulanya perjuangan kependidikan dan kemerdekaan," katanya.

Md Amin berkata konsert berkenaan turut menjadi platform kerjasama industri dan universiti apabila M. Nasir menyatakan hasrat melibatkan pelajar UPSI dalam konsert akan datang, sekali gus memberi pendedahan industri kepada pelajar FMSP.

"Inilah yang dimaksudkan bahawa industri dan universiti bergerak seiring. Dalam industri muzik, pendedahan seperti ini sangat penting. Pelajar-pelajar kita diberi peluang berganding bahu dengan tokoh-tokoh berpengalaman.

"Pelajar yang terlibat terdiri daripada FMSP UPSI, khususnya bakat-bakat terpilih yang sebahagiannya berasal daripada sekolah seni dan sekolah budaya sebelum melanjutkan pengajian di universiti ini," katanya.

Md Amin berkata konsert itu dihadiri kira-kira 5,500 penonton termasuk dari Sarawak serta luar negara, selain wakil beberapa kedutaan asing di negara ini.

"UPSI sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam penganjuran konsert atau program bersama, bukan sahaja dalam bidang muzik, malah melibatkan sukan, kebudayaan, agama dan pembangunan bangsa," katanya.

Jumaat, Januari 02, 2026

'Sifu' tiada istilah penat berkarya

petikan Harian Metro 2 Januari 2026

Ridzuan Abdul Rahman  mohamadridzuan@hmetro.com.my

Bakal menginjak usia 69 tahun pada tahun ini, penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir mengakui tiada istilah penat atau mahu berehat daripada karier seni.

Bahkan seawal 17 Januari ini, diari seninya sudah dibuka dengan Konsert Gendang Pati @ UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak).

"Ya... saya dah mula awal. Tapi, saya ada 'benda-benda' lain yang saya sedang buat. Perancangan saya dalam enam bulan (akan datang) ini. Sebenarnya setahun sudah ada benda yang kita rencanakan untuk buat dan tengah buat.

"Antaranya kesinambungan Konsert Cipta dalam pertengahan tahun depan yang kita rancang. Tapi, sebelum itu ada lagi, persembahan lain, bukan dalam persembahan muzik.

"Dengan semua 'benda' ini, nampaknya belum ada lagi masa untuk saya rehat. Selagi boleh, saya akan terus berkarya. Istilah bersara pun belum ada," katanya.

Menurutnya, selepas kejayaan Konsert Gendang Pati di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Singapura pada 2023, dia mahu meneruskan momentum itu dengan edisi seterusnya.

"Tapi, ia dah berlanggar dengan Cipta. Nanti saya akan rencanakan perancangan untuk yang itu (konsert), tak tahu kat mana lagi nak selit sebenarnya.

"Sebenarnya tujuan pertama dulu nak buat Gendang Pati dalam dua tiga tahun. Tapi, bila datang Cipta itu, ia macam sudah macam kacau sikit," katanya sambil ketawa.

Nasir berkata, Gendang Pati akan dipentaskan untuk siri ketiga dan dia gembira setiap perancangan yang dibuat menjadi fenomena.

"Macam saya, tujuan saya dulu nak popularkan muzik ini biar betul-betul masuk dalam saraf bangsa Melayu ini. Peminat muzik tempatan. Jadi, itu usaha saya untuk buat macam begitu.

M NASIR selepas sidang media Konsert Gendang Pati @ UPSI.

"Tapi, ia punya perjalanan itu agak tersekat-sekat juga. Ada 'benda-benda' lain. Orang takkan nak fikir saya sajakan? Cuma saya beruntung kerana peminat masih menyokong.

"Alhamdulillah, saya masih dapat sokongan peminat dan sahabat setia masih menyokong saya. Muzik sekarang ini sudah berubah dan ia sekarang ada fasa lain," katanya.

Turut dikongsikan tokoh yang juga dikenali dengan jolokan 'sifu' ini ialah perancangan menghasilkan album terbaru selepas album Sang Pencinta pada 2006 iaitu 19 tahun lalu.

Sesuatu yang ketara, namanya kini tercatat sebagai penyanyi paling aktif beraksi dengan konsert solo merangkumi tradisonal, kontemporari dan moden.

"Perancangan saya memang selalu ada. Ia akan jadi. Saya rindu untuk bekerjasama dengan generasi baharu seperti yang dibuat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Saya boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada dari segi lagu, lirik dan sebagainya. Siapa pun boleh, tapi saya tak dapat nak perkatakan usaha seseorang itu.

"Kebanyakannya mempunyai kekuatan masing-masing. Tapi, belum nampak sangat mereka punya konsistensi ataupun mereka itu boleh terus, boleh sentiasa menghasilkan," katanya.

Tambahnya lagi, ramai penggiat seni sentiasa menghasilkan sesuatu yang kuat dan baharu, tapi selalu tidak sebagus yang sudah dibuat.

"Ia bukan macam dia dah buat 'hit', kemudian yang kedua itu dia buat lagi meletup. Fenomena itu kita sudah jarang jumpa sekarang," katanya yang membuat perbandingan berdasarkan pengalaman luasnya dalam dunia seni.

Dalam pada itu, M Nasir meletakkan keyakinan album terbaharunya dikeluarkan pada tahun ini walaupun sibuk dengan agenda seni.