Selasa, Januari 21, 2025

Berani Tegur ‘Pitching’ M. Nasir, Netizen Puji Sikap Rendah Diri – ‘Legend Pun Tak Melenting Bila Kena Tegur’

 petikan Oh Bulan 21 Januari 2025

Penyanyi dan maestro muzik, Datuk M. Nasir pasti dikenali rata-rata rakyat Malaysia dengan keunikan suaranya.

Terbaru, penyanyi lagenda itu meraih perhatian dengan sikapnya yang rendah diri semasa proses bekerja.

Santai terima teguran

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang penerbit muzik yang dikenali sebagai FLQ dilihat selamba menegurs M. Nasir ketika sesi rakaman suara.

@flq_555

M.Nasir sesh

♬ original sound - FLQ

Apa yang meraih perhatian apabila teguran itu diterima baik oleh pelantun lagu ‘Mentera Semerah Padi’.

Datuk tak sihat lagi saya rasa suara itu.

Better jangan abuse, nanti lagi sakit.

Terbuka menerima teguran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Datuk M. Nasir yang terbuka menerima teguran demi mendapatkan hasil yang terbaik dalam pembikinan lagu.


Isnin, Januari 13, 2025

Nuri Terbang Malam versi M. Nasir lebih ‘muda’

 petikan Kosmo! 13 Januari 2025

Oleh Nur Al-fairuza Syarfa Nor Saidi

M. NASIR menyanyikan semula lagu Nuri Terbang Malam dalam versi baharu.

BARANGKALI ada yang langsung tidak tahu bahawa melodi indah berjudul Nuri Terbang Malam merupakan lagu Melayu pertama pernah direkodkan sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company menerusi piring hitam sekitar tahun 1900-an.


Mengembalikan semula fakta yang sudah pudar daripada ingatan khalayak itu, maestro muzik, Datuk M. Nasir hadir dengan inisiatif paling murni, menggubah semula lagu nyanyian asal Qasim iaitu penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang tersebut ke dalam versi baharu.

“Sebagai seorang penggiat seni, saya ingin membawa karya ini sampai kepada generasi baharu tanpa mengubah asal usulnya.

“Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya,” kata sifu muzik itu.

Kata komposer ulung itu, insan yang turut menyumbang khidmat dalam pembikinan semula Nuri Terbang Malam adalah Allahyarham Nafie Spider selaku penerbit sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat strok November lalu.

“Allahyarhan telah mereka semula struktur lagu tersebut dengan memperkenalkan rentak lebih rancak tetapi masih mengekalkan elemen tradisional India dan Timur Tengah yang menjadi tunjang asal lagu ini.

“Arwah juga mencipta dinamik dan nuansa yang berbeza daripada lagu asal, memberikan pengalaman mendengar lebih moden serta segar.

“Secara tak langsung, lagu ini dedikasi buat arwah yang telah berkhidmat melakukan kerja-kerja rakaman dan susunan muzik ini sehingga siap sepenuhnya,” ujarnya.

ALLAHYARHAM Napie Spider merupakan penerbit lagu Nuri Terbang Malam yang menggubah muzik untuk memberikan pengalaman pendengar lebih moden dan segar.

100 lagu 100 tahun

Usaha menghidupkan semula lagu berkenaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada projek kerjasama antara Luncai Emas dan World Business Affairs (WBA) yang diberi nama 100 Lagu 100 Tahun.


Projek 100 Lagu 100 Tahun adalah cetusan idea Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak bersama produser dan komposer terkenal Dr. Mohd. Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer.

Objektif projek berkenaan adalah menghimpunkan 100 lagu popular Melayu dari abad ke-20 dalam bentuk audio dan buku.

Buku berkenaan pula memuatkan informasi tentang latar belakang dan sejarah setiap lagu, sekali gus menjadi rujukan berharga kepada generasi masa kini dan akan datang.

Buku 100 Lagu 100 Tahun bakal diterbitkan Universiti Utara Malaysia (UUM) Press, manakala audio 100 lagu 100 tahun hasil penerbitan Azmeer akan diedarkan Luncai Emas.

Nuri Terbang Malam kini boleh didengari menerusi semua platform digital seperti Youtube, Spotify, Apple Music dan semua platform digital bermula 3 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Jumaat, Januari 03, 2025

M.Nasir - Nuri Terbang Malam - Music Video Rasmi

Pada 8.00 malam 3 Februari 2025, Luncai Emas telah meluncurkan Video Muzik lagu Nuri Terbang Malam yang dinyanyikan semula oleh Datuk M Nasir. Nama asal lagu Laku Nuri Terbang Malam dendangan Kasim@Qasim difahamkan adalah rakaman muzik terawal dalam Bahasa Melayu yang dirakam dalam piring hitam pada tahun 1903. 

Produksi lagu Nuri Terbang Malam yang diberi nafas baru ini telah dimulakan 4 tahun lalu di studio Studio Ronggeng, Luncai Emas. Lagu ini adalah antara hasil kerja yang ditinggalkan oleh dua anggota Spider yang telah kembali ke rahmatulah iaitu Allahyarham Hanapi Hamdan (Napie Spider)  & Allahyarham Tony Iskandar.  Hanapi Hamdan (Napie Spider) bertindak sebagai produser/susunan muzik/Jurutera Rakaman sementara Tony Iskandar bermain Bass & Keyboard. Tam Mustafah dan  Usop Kopratasa pula menyumbangkan suara latar untuk lagu ini.

Lagu "Nuri Terbang Malam" kini boleh didengar di semua platform digital seperti Youtube, / Spotify / Shazam / Apple Music dan lain lain.

Musik Video Nuri Terbang Malam

-------------------------------


Kasim @Qasim " Laku Nuri Terbang Malam" (1903) CLEANER VERSION
" Laku Nuri Terbang Malam " Nyanyian Kasim Ini Merupakan Lagu Melayu Pertama Direkodkan Ke Piring Hitam Oleh Gramophone Company Pada Tahun 1903.Dirakam di Singapura Oleh Jurutera Bunyi  Fred Gaisberg Dan Pembantunya George Dillnutt . Dato' M. Nasir menghidupkannya semula sebagai single digital dan mengeluarkannya pada Jan, 3 2025. Sumber Youtube Muzik Nusantara