Ahad, April 29, 2007

Siti tetap unggul di AIM14

petikan Mstar Online 29 April 2007
Radin Sri Ghazali

Siti memenangi Album Terbaik menerusi Transkripsi
(Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)


KUALA LUMPUR: Kemuncak Anugerah Muzik (AIM) ke-14 memaparkan penguasaan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mendominasi kategori-kategori penting yakni Album Terbaik dan Album Pop terbaik menerusi Transkripsi pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Namun, gelaran Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) yang disandangnya selama lapan kali dirampas oleh juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor.
Sifu M.Nasir pula berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Terbaik menerusi Juwita Citra Terindah serta Album Pop Rock Terbaik dengan album Sang Pecinta.

Reshmonu dinobatkan sebagai pemenang Vokal lelaki Terbaik di AIM14
(Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)

Kejutan berlaku apabila penyanyi berambut cacak Reshmonu dinobatkan sebagai pemenang Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album dengan mengalahkan M.Nasir serta Bob, Saleem dan Sean Ghazi.

Manakala penyanyi veteran Ahmadi Kassim pula memenangi Album Nasyid Terbaik menerusi Bahagia Berkasih sekaligus mengumumkan bahawa dirinya akan bersara daripada dunia nyanyian pada tahun 2007.

Anugerah Wirama pula diberikan kepada Pengurus Operasi Maestro, Freddie Fernandez berdasarkan sumbangannya terhadap pembangunan industri muzik tempatan.

M.Nasir membawakan lagu Tujuh Nafas Lagi dalam persembahan malam tadi.

Majlis yang diacarakan oleh Bob Lukman, Afdlin Shauki dan Adibah Noor itu turut mempaparkan persembahan yang bertenaga daripada artis-artis tempatan seperti Wings, Search, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Sofaz dan kumpulan dari Indonesia, Samsons.

ARTIS BARU TERBAIK
Sean Ghazi

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
Reshmonu - Album: Superfine

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
Jaclyn Victor - Album: Inilah...Jac

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM

Raihan - Album: Tawakkal

ALBUM POP ETNIK TERBAIK
Syura - Album: Syahda Berdendang

ALBUM NASYID TERBAIK
Ahmadi Hassan - Album: Bahagia Berkasih

ALBUM POP ROCK TERBAIK
M.Nasir - Album: Sang Pencinta

ALBUM HARD ROCK TERBAIK
Search - Album: Gothik Malam Edan

ALBUM POP TERBAIK
Siti Nurhaliza - Album: Transkripsi

LAGU TERBAIK
Juwita...(Citra Terindah) - Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siti menang ? bodohnya wartawan ni . kalau tak silap tadi , bukan siti yg menang . ada 9 ke 10 lagi nama penerbit yg disebutkan naik atas pentas . penyanyi ?

Teropong Kertas berkata...

Aku setuju. Bagi kategori album terbaik yang lebih layak digelar pemenang ialah penerbit album itu sendiri. Kalau kategori lagu plak, pencipta tu lebih layak.
Kali ini nampaknya dominasi Siti dalam Vokal terbaik juga berjaya dipecahkan oleh Jac!

Tanpa Nama berkata...

CT merupakan salah seorang penerbit album Transkripsi juga. Jadi dia memang menang pun.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Jika penglibatan sifu sebagai salah seorang penerbit album Gothik Malam Edan- Search dikira,nampaknya kali ini Sifu menang besar jugak la...

Tahniah!

Tanpa Nama berkata...

CT penerbit album ? kau tak faham apa maksud penerbit album ....

Tanpa Nama berkata...

CT as usual is overated . she anly sing the songs , even that in vocal , she was beaten by jac . while m.nasir single handedly won everything all by himself , including the SEARCH's album , even m.nasir wrote his own lyric for his 3 songs nominated in the best songs category .

Tok CT is nothing , media and ignorant people tend to exaggerate things .

Tanpa Nama berkata...

Tergelak aku bila tengok rambut Reshmonu yang mcm bunga manggar tu. Kalau letak lampu kelam kelip lagi mengancam! (serupa lampu manggar kat tepi jalan di KL!)