Jumaat, Februari 10, 2006

Masrah Hijrah di Dataran Merdeka

petikan Utusan Malaysia 10 Februari 2006

SEMPENA kedatangan Maal Hijrah, satu konsert yang dinamakan Masrah Hijrah akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini. Konsert anjuran Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan untuk membuat pembaharuan dengan mewujudkan satu revolusi mental baru bagi membentuk kesedaran kepada masyarakat khususnya remaja.

Penganjurnya, Erma Fatima berkata, konsert tersebut menggabungkan pentomin, nyanyian dan puisi.

“Pentomin yang dilakonkan oleh Azri Iskandar, Shahrul Nizam dan Elly Suriaty mengisahkan kelalaian bangsa Melayu beragama Islam yang sering berdusta pada Tuhan, akhirnya mendapat balasan atau peringatan daripada-Nya.

“Antara artis yang terlibat untuk segmen nyanyian ialah M. Nasir, Ramli Sarip, Nora dan kumpulan Fansuri. Kesemua artis akan menyanyikan dua buah lagu,” katanya.

Kesemua penyanyi yang terlibat akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian seperti Raikan Cinta, Kaulah Yang Satu, Tahjud Cinta dan lain-lain lagi.

“Semoga Masrah Hijrah akan merealisasikan Islam Hadhari bersesuaian dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” kata Erma.

1 ulasan:

Tukang tengok berkata...

Konsert yang menarik walaupun tak de penaja yang besar besar.Klik sini kalau nak tengok gambar dari konsert tu