Sabtu, Oktober 10, 2009

Nostalgia filem 90-an

petikan Utusan Malaysia 9 Oktober 2009

M. NASIR dan Noraini Hashim berlakon sebagai anak dan emak dalam filem Balada.

KEJAYAAN filem-filem Melayu di pawagam yang berjaya mencapai kutipan box-office sejak tahun 90-an ternyata mengembalikan keyakinan ramai penonton untuk berkunjung ke pawagam.

Disusuli oleh pelbagai anugerah dalam beberapa festival filem tempatan mahupun serantau membuktikan karya filem tempatan tidak hanya di takuk lama.

Memberi penghormatan kepada beberapa filem yang mencatat sejarah dalam industri perfileman tempatan, Astro Citra (saluran 131 Astro) bakal menayangkan beberapa siri filem sepanjang Oktober ini.

Bersiaran setiap Sabtu pukul 9 malam, antara filem yang bakal mengisi tema Nostalgia 90-an sepanjang Oktober ini termasuklah Balada (17 Oktober), Cinta Metropolitan (24 Oktober) dan Queen Control (31 Oktober).

Karya Malaysia bakal membawakan tema yang berlainan pada setiap bulan.

"Tahun 90-an adalah zaman kebangkitan semula filem Melayu, dengan kemunculan ramai bakat baru, nilai produksi lebih bermutu dan kejayaan pecah panggung yang lebih besar.

"Kami mahu pelanggan kami menghargai dan menghayati beberapa filem yang memberi kesan besar kepada industri filem Malaysia," kata Pengurus Saluran Astro Citra, Sharlyza Alus Sharkawi.

Filem Balada menampilkan Fauziah Ahmad Daud yang melakonkan watak seorang gadis kampung yang berani dan cuba mempertahankan warisan bapanya.

Cinta Metropolitan pula menampilkan tiga beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry dalam filem komedi romantik yang berlatarkan perniagaan wang palsu.

Manakala filem Queen Control pula dijayakan oleh Raja Ema yang memegang watak sebagai seorang isteri yang kuat cemburu dan sering mengongkong suami. Pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Jalil Hamid dan Lorna Abdullah.

Turut mengisi takwim Astro Citra sepanjang Oktober ini ialah filem-filem seram dari Indonesia dalam slot Seram Sabtu yang bersiaran setiap Sabtu pukul 10.45 malam.

Filem-filem tersebut ialah Hantu (10 Oktober), Suster Ngesot The Movie (24 Oktober) dan Roh The Evil Spirit (31 Oktober).

Untuk tayangan perdana, Astro Citra membariskan tiga filem iaitu Histeria (4 Oktober), Jin Hutan (25 Oktober) dan Budak Kelantan (11 November) yang bersiaran menerusi slot Blockbuster Ahad, setiap Ahad pukul 9 malam.

Sepanjang Oktober, slot Suatu Ketika… Korban 44, merangkumi lapan episod yang memulakan siarannya pada 7 Oktober lalu bersiaran setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam.

Slot-slot lain yang turut bersiaran di Astro Citra ialah Senyum Isnin yang bersiaran setiap Isnin pukul 9 malam, Pentas Asean (Selasa, 9 malam), Aksi Citra (Rabu, 10 malam), Teater Oriental (Khamis, 10 malam) dan Dunia Citra (Jumaat, 9 malam).

6 ulasan:

deaf_angel berkata...

macam2 sey kat tv astro

Saudagar Mimpi ... berkata...

Dah depa guna slogan "macam-macam ada!".
Ulang-ulangan pun ade juge..

Ajami Hashim berkata...

Salaam dik,

blog anda di-hilite kat sini: ajamihashim

:-)

azyze gomez berkata...

Err...

Filem Balada menampilkan Fauziah Ahmad Daud yang melakonkan watak seorang gadis kampung yang berani dan cuba mempertahankan warisan bapanya.

huh?

Saudagar Mimpi ... berkata...

Ajami : Salam bro!
Terima kasih kerana sudi hilite blog prahara seni ini. :)

azyze: Errr....

salah fakta? ogy bukan ke jadi tom boy kan dalam filem ni.

azyze gomez berkata...

saudagar,
itu lah pasal. yang berjuang demi bangsa siap simpan tanah dari kampung tu adalah En. sifu. Kak Ogy tomboy jual cikedees yang akhirnya menjelma jadi wanita melayu terakhir. Dulu masa tengok rasa frust je sebab Kak Ogy pasrah masa ending tu. Peh, saya nak sangat watak Ogy berjaya cintun dengan M. Nasir.