Khamis, Mac 24, 2011

M.Nasir, Ramli MS Antara 148 Penerima Darjah Kebesaran Pahang

petikan mstar 24 Mac 2011
M.Nasir (kiri) bersama Ramli MS yang kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang.

PEKAN: Seramai 148 orang termasuk dua artis terkenal hari ini menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini, baginda menyampaikan anugerah tersebut didahului dua kerabat diraja Pahang iaitu Tengku Nor Aizah Sultan Abu Bakar dan Tengku Zabedah Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Baginda kemudian menganugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepada lapan penerima didahului Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Penerima lain termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Ketua Eksekutif Kumpulan APEX Development & Construction Berhad Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir dan Pengarah Urusan System Engineering & Construction Sdn Bhd Datuk Seri Ahmad Kamel Ibrahim.

Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran "Datuk" kepada lima penerima. Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya; Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Datuk Roslan Saad; Panglima Operasi Udara Lt Jen Datuk Ackbal Abdul Samad; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Mansor.

Seramai 11 penerima dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran "Datuk".

Mereka termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abd Bakir Zin; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Mohd Shariff Hussin; Pegawai Undang-undang Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Azhar Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Seramai 124 penerima pula dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran "Datuk" termasuk dua artis popular tanah air iaitu konduktor muzik, Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali Ramli MS, dan penyanyi dan pencipta lagu Mohd Nasir Mohamed atau M. Nasir.

Penerima lain termasuk anggota exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)Datuk S. Sivasundaram; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan; Pegawai Daerah Rompin Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha; Panglima 4 Briged, Brig Jen Zamrose Mohd Zain; Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Aripin Daud. - BERNAMA

7 ulasan:

deaf-angel berkata...

terkejut aku mula2 baca, aku ingat ramli sarip hehe.

Datok M Nasir. weewittt makin terserlah kemalaysian hehe

Tanpa Nama berkata...

juga makin terserlah kemelayuannya, bagaikan laksamana melayu.... semangat1111

Saudagar Mimpi ... berkata...

deaf-angel : Ramli Sarip on the way kot?
Hahahah. Terserlah kemalaysian- Ayat power tu kakkakak!

Tanpa Nama : Hehehhe...tu la, dengan baju hitam dan tanjak, ingatkan guru silat tadi :)

Portdy berkata...

Alamak, jumpa Datuk M. Nasir kena salam
cium tangan ni, ambik berkat , Datuk....

so Datuk M la ni?

razzmatazz berkata...

Hensem boy lah Datuk...

Saudagar Mimpi ... berkata...

Portdy : Mcm anak murid silat ambik berkat ke.

Aku cuma terbayang lepas ni kulit album CD sifu terbaru guna title Datuk ni.

Raz : Haha...maintain.

Tiket Pesawat Murah berkata...

Love your blog deh