Jumaat, September 24, 2010

Penunggu Tasik Chini & filem Magika

Kredit  untuk poster watak : Tupai.com

Seperti yang ditunggu-tunggu pengemar filem tanah air, Filem Magika arahan Edry Abdul Halim terbitan KRU studio telah mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 23 September 2010 (rujuk jadual tayangan di sini). Sifu M Nasir melakonkan  watak "Penunggu Tasik Chini" . Untuk menyaksikan apa yang boleh dilakukan oleh penunggu di atas,  kita perlulah menonton  filem muzikal ini. Filem Magika berdurasi 94 minit ini membariskan pelakon seperti Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,Fimie Don, M. Nasir, Mawi,Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,  Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Ziana Zain dan ramai lagi. Jangan lupa menyaksikannya di pawagam berhampiran.

* nota : terima kasih sekali lagi kepada rakan Saudagar Mimpi, En Razlizam kerana berkongsi info dan mengingatkan SM tentang filem Magika yang sudah mula berada di pawagam,.... al-maklum la Saudagar sekarang tengah sibuk  raya sebagaimana pelajar sekolah sibuk menyediakan diri utk peperiksaan. :-)

Sumber bacaan lanjut :

2 ulasan:

deaf_angel berkata...

teringat aku kat dio punye magica

tapi, aku takde konfiden langsung ngan wayang melayu dah

Saudagar Mimpi ... berkata...

Deaf_angel :. A-ha. tajuk filem Magika dan gambar sifu tu pun ada iras-iras cover Magica-Dio cuma Dio punya lebih seram ler..