Rabu, April 22, 2009

Malique, jelmakanlah dirimu!

petikan Utusan Malaysia 22 April 2009

SELEPAS Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008), Papa tidak sabar untuk menantikan kehadiran Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) yang akan berlangsung pada 2 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Biarpun ramai mengata- kan AIM tidak lagi relevan dengan industri muzik yang semakin merudum, AIM masih lagi mampu untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan hasil yang terbaik.

Papa dengar orang kuat AIM, siapa lagi kalau bukan Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai J. Tho tengah pening kepala untuk memikirkan konsep persembahan pada malam itu.

Kalau boleh J. Tho enggan menampilkan artis yang sama tetapi apa nak buat banyak kriteria yang perlu diambil kira dalam memuaskan hati semua pihak.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Hujan, Chakra Sonic dan ramai lagi.

Papa dengar J. Tho masih lagi sedang berusaha untuk mendapatkan bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique untuk membuat persembahan.

Bukan sahaja J. Tho, pihak wartawan juga mencari Malique untuk sesi fotografi dan temu ramah tetapi Malique terlalu sukar untuk dicari serta dihubungi.

Tiada siapa yang tahu di mana sebenarnya Malique berada kini. Padahal, Malique merupakan salah seorang calon AIM tahun ini.

Kalau nak tahu, sifu M. Nasir terlalu kepingin mahu nyanyikan lagu Mentera Beradu bersama Malique di AIM selepas gagal berbuat demikian untuk ABP2008.

Kalau Malique membaca akhbar ini, jangan terlalu lama bersembunyi.

Sekarang orang sedang menyeru nama anda dek kerana impak lagu Mentera Beradu.

Nanti lama sangat bertapa, orang dah tak peduli, susah juga anda nanti. Permintaan orang tidak baik dihampakan.

Mana tahu, pintu hati Malique terbuka untuk keluar dari persembunyian dan mahu membuat persembahan pada malam AIM nanti kan.

Papa percaya kolaborasinya bersama M. Nasir akan menjadi sebuah persembahan yang mantap kalau ia menjadi kenyataan.

10 ulasan:

matakucing berkata...

nak tgk lagu tu (mantera beradu) live la..sure gempak

Tanpa Nama berkata...

malique tak akan keluar sehingga industri hiburan berubah ke arah kebaikan.

Tanpa Nama berkata...

Berubah ke arah kebaikan? Kebaikan macam mana tu? ...terlalu umum penyataan itu.

Rantong berkata...

Salam ziarah. Sekadar pemberitahuan demi kesejahteraan hidup.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Tanpa Nama berkata...

Apa ni...iklan nak jadi kaya lagi ke hahahah?

Tanpa Nama berkata...

Nak kaye...

"kerja-kerja-kerja...."

portdy berkata...

Salam,

kalu takdek malique agak2 M.nasir bawak lagu ape eh?

Tanpa Nama berkata...

lagu 'ada' kot

D'Rimba berkata...

Mudahan seni Melayu tinggi nilai didikannya dimartabatkan. Seni suara tanah air sedang berkecamuk dengan kemunculan kumpulan anak muda menyanyi lagu Melayu sebutan ala Inggeris... Sukar untuk difahami dan jelek mendengarnya....Mungkin kena pergi kelas bahasa Melayu gamaknya perbaiki sebutan....

Saudagar Mimpi ... berkata...

matakucing : Setuju-setuju. T

Rantong : Nampaknya ni post kedua bro meletak iklan ni. Saudagar cuma berminat untuk jadi kaya dalam mimpi jerk.

Tanpa nama : setuju2....

Portdy : Dah terjawab tu ......

tanpa Nama : Memang la ada lagu.

D'Rimba : Ya mudah-mudahan. Persoalannya sanggupkah mereka ke kelas bahasa? :)