Ahad, Jun 11, 2006

Sang Pencinta makin diterima

petikan Berita Minggu 11 Jun 2006

Album terbaru M Nasir, Sang Pencinta,sudah memasuki pasaran. Maklumat terbaru yang didengar,album itu mula bergerak dengan angka jualannya mencecah 14,000 unit sejak dipasarkan bulan lepas. Kini ia memasuki cetakan kedua dan khabar ini pasti menggembirakan sifu terbabit.

Bagi menghangatkan lagi kemunculan Sang Pencinta, Warner Music Malaysia tidak duduk diam. Syarikat itu tampil menganjurkan satu peraduan menarik bergelar Destinasiku. Difahamkan peraduan itu membolehkan sejumlah 30 pemenang bertuah bersantai di luar negara seperti China, Indonesia, India dan Eropah dengan segala kos ditanggung beres oleh pihak penaja. Borang penyertaan boleh didapati di dalam sebuah majalah hiburan terkemuka mulai bulan ini.

Selain itu, setiap pembelian album Sang Pencinta yang tulen akan berpeluang memenangi hadiah telefon bimbit Motorola SLVRL7 yang canggih. Pendek kata untuk M Nasir bermacam agenda disusun Warner Music.

Sehingga kini lagu yang mula dipromosikan daripada album itu ialah Juwita... (Citra Terindah). Selepas ini, single kedua pula akan muncul iaitu Tujuh Nafas. Ternyata album M. Nasir kali ini berbeza daripada album terdahulu terutama Mentera Semerah Padi dan Tanya Sama itu Hud Hud.

Dengar cerita pihak Warner Music Indonesia begitu tertarik dengan lagu Setiap Dambaan dan ini memudahkan laluan kepada album M Nasir itu untuk dipasarkan ke republik itu.

Dalam pada itu, beberapa video klip untuk Sang Pencinta akan menyusul dikaca TV tidak lama lagi. Tahun ini, M Nasir tentu kembali sibuk menyanyi dan membuat showcase selepas tahun lalu serius menjadi pengetua AF3.

3 ulasan:

Iron Board berkata...

album kali ni lebih easy listening.

tp tak setuju la lagu "Tujuh Nafas Lagi" jadi 2nd single. Rasanya bnyk lagu lain yg best

rimanilzah berkata...

Saya setuju dengan Iron Board. Saya lebih senang dengan lagu "Setiap Dambaan". Saya paling suka akan lagu tu selain "Juwita". Yang lain juga enak didengar. Cuma saya tidak anggap album ini lebih baik daripada album yang terdahulu. Pada hemat saya, album M.Nasir yang terbaik ialah "Canggung Mendonan". Album tersebut benar-benar berjiwa Melayu.

Iron Board berkata...

Susah nak cakap album mana yg lebih baik, setiap album berlainan jiwa sebenarnya Album Canggung dan Saudagar Mimpi lebih kpd Nusantara dan berjiwa melayu. Album Phoenix Bangkit lebih kepada World music. Album Solo dan Sang Pencinta lebih kepada pop rock atau zaman Kembara.

For me, saya betul2 menjiwai lagu Balada Seorg Teman, tp rasanya lagu ni susah nak diterima sikit.