Ahad, Jun 01, 2025

M. Nasir, Marlia berlepas tunai haji

petikan Kosmo 1 Jun 2025

Oleh Nur Emira Saizali

KOMPOSER Datuk M. Nasir dan isteri, Marlia Musa terpilih menjadi tetamu Allah menyahut panggilan haji musim 2025.

PETALING JAYA – Lebih setahun selepas mengerjakan umrah pada 2024, maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir dan isteri, Datin Marlia Musa kali menyahut panggilan suci melengkapkan rukun Islam kelima, berangkat menunaikan haji hari ini.

Menerusi sebuah video Instagram, M, Nasir dan Marlia dilihat tiba di lapangan terbang serta diiringi ahli keluarga sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Perkara tersebut dikongsi pemilik akaun dikenali sebagai Siella Zamri yang mendoakan perjalanan penyanyi juga komposer berkenaan.

“Semoga perjalanan Datuk dan Datin ke Tanah Suci dipermudahkan Allah.

“Segala amalan diterima dan mendapat haji mabrur. Doa kami semua sentiasa mengiringi setiap langkah, insya-Allah,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Mentera Semerah Padi turut mengulang siar foto momen di lapangan terbang sebelum berangkat dalam InstaStorynya.

Selain M. Nasir, selebriti tempatan lain yang turut menunaikan ibadah haji musim kali ini adalah Bella Dally dan suaminya

Selasa, Mei 27, 2025

Ditawar berlakon filem komedi, M. Nasir tengok jalan cerita sebelum setuju

 petikan Mstar 27 Mei 2025

Oleh: Maszuhaira Sarimin

MAESTRO muzik terkenal, Datuk M. Nasir dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah filem komedi yang bakal memulakan penggambaran pada Disember ini.

Menjawab mengenai perkara itu, M. Nasir atau Mohd Nasir Mohamed, 68, berkata, dia tidak teragak- agak untuk menerima watak komedi yang jarang diberikan.

"Saya akan utamakan watak dan cerita itu, mungkin orang ingat saya buat perkara serius saja.

"Tapi kalau saya suka watak dan cerita itu tentu saya terima. Itu paling penting bagi saya," katanya kepada mStar.

Dia dikhabarkan bakal terlibat dalam komedi Daud M Origin yang akan diarahkan oleh Amen Khalid memberitahu masih lagi mempertimbangkan perkara itu.

Jelasnya dia ada menerima pertanyaan daripada rakannya iaitu pelawak Joey Daud namun masih belum memberi kata putus.

"Saya tak cakap apa-apa lagi, saya cuma tanya dia (Jeoy) melamar saya ke untuk watak bapa itu? Tapi dia sudah sahkan.

"Kalau tawaran bagus saya mungkin tak tolak," ujarnya.

Sementara itu, Amen, 30, selaku pengarah filem berkenaan memberitahu dia mendapat idea untuk menghasilkan filem itu selepas mendapat pertanyaan netizen.

Anak kepada anak kepada pengarah Mamat Khalid itu berkata filem Daud M mengisahkan tentang masa kecil Daud M dan kejadian membuatkan dia pelat dalam percakapannya.

Joey (kiri) dan Amen (kanan) bersama M Nasir bakal terajui filem Daud M Origin.

"Tercetusnya idea ini apabila bertemu dengan peminat arwah ayah saya, mereka tertanya-tanya macam mana Daud M boleh dapat 'M' itu.

"Dari situlah dapat idea untuk kongsi kisah dia dari kecil sampai besar dan macam mana dia boleh dapat pelat 'M' itu.

"Skrip pun belum siap lagi, pelakon tentulah abang Joey sendiri sebagai Daud M. Pelakon yang lain masih belum beri kata putus lagi," kongsinya.

__________________

Penampilan M Nasir dalam  video klip Daud M feat Ritz Metalasia & A.D ISOBAHTOS - Wamwamsam (Official Music Video)

Khamis, Mei 22, 2025

M Nasir pun 'pelat M'

 petikan Kosmo Online 22 Mei 2025

Syafil Syazwan Jefri  syafil.syazwan@hmetro.com.my

M Nasir ketika bercakap pada Majlis Pelancaran single Daud M Wamwamsam di SkyArk Event Spaces. FOTO Nabila adlina Azahari

Kuala Lumpur: Datuk M Nasir memberi kejutan apabila tampil sebagai watak cameo dalam video muzik single baharu Joey Daud berjudul Wamwamsam.

Lebih 'mengejutkan', M Nasir yang sering dilihat sebagai 'sifu' dalam bidang muzik dan berperwatakan serius turut melontarkan dialog 'pelat' menggunakan bahasa M seperti watak Daud M yang dilakonkan Joey.

Daud M adalah watak lakonan Joey dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid.

"Saya terbabit dalam muzik video itu. Bila dah masuk, saya muncul sebagai cameo. Bila dah masuk, saya kena bawa watak itu," kata M Nasir.

Diminta mengesahkan mengenai pembabitannya sebagai pelakon dalam filem komedi Daud M Origin yang akan diarahkan Amen Khalid, M Nasir berkata, dia akan pertimbangkan

"Saya tak cakap. Saya tanya dia (Joey), 'awak melamar saya ke?' Dia dah sahkan. Tengoklah nanti kalau tawaran dia bagus," katanya.

Ditanya mengenai watak komedi yang asing buatnya, M Nasir tidak menolak untuk terbabit sekiranya watak dan jalan cerita yang ditawarkan menarik perhatiannya.

"Yang penting bagi saya adalah watak dan jalan ceritanya. Kadang-kadang orang ingat saya lebih cenderung kepada watak yang serius.

"Tapi kalau wataknya menarik dan saya suka, saya pertimbangkan. Itu dasarnya," katanya

Rabu, Mei 21, 2025

Tanya "Siapa M. Nasir?" ‘Blue Screen’ Samsung Raih Perhatian!

*artikel janaan AI

Siapa sangka, M. Nasir sekarang jadi “bahan kempen” buat Samsung? Kejadian kelakar-seram ini berlaku bila sekumpulan papan iklan digital tiba-tiba mempamerkan carian-carian pelik, termasuk soalan “Siapakah M. Nasir?”, “Apa rasa makanan kucing?”, dan “Kenapa badan gatal selepas membeli pakaian terpakai?”. Rupa-rupanya, semua itu adalah strategi halus (tapi agak kelakar) Samsung Malaysia untuk lancarkan produk baru mereka: Galaxy S25 Series dengan Gemini Live AI Assistant. Jom kita selongkar kisah di sebalik billboard ni—dan macam mana M. Nasir tanpa disangka-sangka membantu buat kempen ni jadi tular!

Papan Iklan Misteri: Blue Screen dan Soalan Gila

Bayangkan anda sedang memandu di tengah Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu  atau Kuching, tiba-tiba ternampak papan iklan digital di hadapan anda dengan layar “blue screen of death” yang biasanya muncul bila Windows nak crash. Dan yang lebih pelik, di bawahnya tertera beberapa soalan rawak macam:

* Siapakah M. Nasir?

* Apakah rasa makanan kucing?

* Kenapa badan gatal selepas membeli pakaian terpakai?

Kalau anda tertanya-tanya, “Eh, siapa guna papan iklan ni buka Google?”, anda tidak keseorangan. Netizen ramai-ramai angkat kening, ambil gambar, dan kongsikan di TikTok serta Xiaohongshu. Ada yang terfikir mungkin admin ni memang confirm “hebat”—sampai salah taip query depan khalayak ramai!

Sementara itu, pihak pengendali billboard dan pihak berkuasa pula diam seribu bahasa. Rupanya, semua ini bukan salah taip biasa… ia adalah sebahagian daripada satu kempen “guerrilla marketing” yang cukup licik (dan lucu), hasil kreativiti Samsung Malaysia bersama agensi mereka.

 “INI\_LIVE\_GEM”: Petunjuk Kecil, Makna Besar

Kalau anda perasan, di bawah skrin biru itu tertulis “INI\_LIVE\_GEM”. Sekilas – cukup mengelirukan kalau kita baca terus. Tapi kalau disusun semula, berkerlip-kerliplah satu mesej rahsia: “GEMINI LIVE”! Ya, itulah nama suara AI assistant baru daripada Google yang dibawa khas untuk Galaxy S25 Series.

Samsung, dalam satu video ringan di Instagram, mengakui “It was us. Always has been #DoneClaim.” Mereka minta pengguna bersedia untuk “Talk Not Type” (cakap, jangan taip) dengan Gemini Live—yang katanya mampu jawab segala soalan hidup tanpa kesilapan menaip. Memang kena betul-betul di hujung ucapan “baiklah, saya nak tahu apa makanan kucing rasa macam?”, terus Gemini Live boleh jawab dengan tenang, tanpa skrin biru.

 M. Nasir: Dari “Legenda Kedah” ke Duta Senyap

Soalan “Siapakah M. Nasir?” bukan sahaja gimik lucu—berkait rapat dengan “perang” papan iklan kopi yang dah lama viral. Sebelum ni, ZUS Coffee pernah letak papan iklan tulis “ZUS Coffee kegemaran M. Nasir”, dengan nota kecil “M. Nasir ni cikgu di Alor Setar, bukan penyanyi legenda”. Tak lama kemudian, Wonda Coffee bangkit dengan papan iklan rupa bentuk berlainan: “Kopi Wonda kegemaran M. Nasir” sambil letak gambar sebenar M. Nasir. Terus jadi tular sebab orang kata “baru betul!”.

Samsung Malaysia yang bijak ini ambil kesempatan untuk join “dendam kopi” ni—tiba-tiba selit soalan “Siapakah M. Nasir?” di papan iklan carian internet mereka. Dengan berani (dan licik), Samsung “pinjam nama” M. Nasir untuk tarik perhatian rakyat Malaysia. Mungkin kalau tidak letak nama seorang lagenda macam M. Nasir, ramai orang takkan berhenti kereta ambil gambar papan iklan tersebut. Ya, tanpa sedar, M. Nasir jadi “duta senyap” yang bantu Samsung viralkan kempen baru mereka.

Video Influencer: J dan “Babe” Gemini Live

Tak cukup dengan papan iklan, Samsung Malaysia juga menjemput lokal influencer bernama J (handle @isawkwardguy) menghasilkan satu video ringkas bersama “babe”nya (iaitu Gemini Live di Galaxy S25).  Beliau ketawa sorang-sorang sebab soalan-soalan tu. Dalam video tu, J geli hati tengok soalan  soalan yang dipaparkan pada billboard dan menunjukkann bagaimana Gemini Live membantu beliau mencari jawapan.

Kesimpulan: M. Nasir, Makanan Kucing, dan AI Masa Kini

Aduh, ternyata M. Nasir tak sekadar lagenda seni—dia pun secara tak langsung jadi “penyebab” orang ramai tertanya-tanya dan sama-sama gelak tengok papan iklan yang pelik. Kempen Samsung ni memang berjaya buat orang Malaysia tertanya-tanya, “Sebenarnya, apa jadi dengan M. Nasir?”, “Betul ke AI boleh jawab soalan pelik?”, dan “Adakah skrin biru boleh dijadikan bahan iklan?”.

Jadi, kalau korang ternampak iklan pelik-pelik kat tepi jalan lepas ni, ingatlah: mungkin itu strategi Samsung nak tayangkan betapa menariknya fungsi Gemini Live di Galaxy S25 Series. Dan M. Nasir? Walau tak muncul secara rasmi dalam iklan tu, nama dia dah cukup buat ramai orang berhenti scroll dan berbual tentang teknologi canggih AI sambil tergelak.


Isnin, Mei 12, 2025

M Nasir nyanyi sukarela, kenang arwah Jay Jay di Malam Rindu Bayangan

petikan Harian Metro 12 Mei 2025

Ridzuan Abdul Rahman  mohamadridzuan@hmetro.com.my

M NASIR pada Konsert Malam Rindu Bayangan di Hotel Grand Barakah, Ampang. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Datuk M Nasir mencipta kejutan apabila tampil beraksi dalam Konsert Malam Rindu Bayangan yang berlangsung di Hotel Grand Barakah Ampang, di sini, malam tadi.

Penyanyi bergelar sifu itu menyanyikan lagu popularnya Raikan Cinta sekali gus menggamatkan suasana konsert anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) ini.

Kehadiran M Nasir sebenarnya bertujuan menyokong konsert penghargaan bagi mengenang jasa dan sumbangan sahabat baiknya, Allahyarham Jay Jay dalam industri seni tanah air.

Menurutnya, dia terpanggil untuk menyanyi sebagai menghargai dan mengingati sahabat baiknya yang mula dikenali sejak 45 tahun dulu.

"Masa itu saya mula menyanyi. Saya tak ada duit, comot. Saya pergi menonton konsert Carefree. Tiada yang kenal saya waktu itu.

"Saya bersama kawan-kawan saya. Di atas bukit itu ada pokok. Di atas pokok itu kita boleh menonton pementasan malam itu. Itulah pertemuan saya dengan Jay Jay.

"45 tahun dahulu. Tapi tiba-tiba dia bermain dengan saya. Dia bermain bass dengan saya, merakam album dengan saya dan mewakili sebahagian hidup saya," katanya disambut tepukan bergemuruh peminat.

Sementara itu, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez melahirkan keterujaan apabila M Nasir menyatakan hasrat untuk beraksi.

"M Nasir bukan dibayar, dia beli meja lagi untuk datang. Memang kita jemput dia. Pada awalnya dia kata dia tengah buat persediaan untuk pergi haji.

"Jadi kita okey. Tiba-tiba Datin Marlia hubungi tanya bolehkah mereka beli meja. Saya cakap okeylah, boleh lah.

"Sebenarnya meja dah tak ada lagi, jadi kita tambah lagi satu meja dekat depan itu. Lepas itu dia siap menyanyi lagi pasal sayangkan Jay Jay," katanya.

Malam Rindu Bayangan menampilkan artis Datuk Ramli Sarip, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Hattan, Datuk Jeffrydin, Jatt Black Dog Bone, Tam Spider serta barisan asal kumpulan Carefree.

Karyawan turut memberikan sumbangan buat waris artis antaranya untuk Hairie KOOL yang kehilangan ibunya, Allahyarham Sophia Ibrahim yang meninggal dunia baru-baru ini.

Turut menerima sumbangan ialah Sazali P Ramlee, pelakon Iqbal Mazlan, penyanyi veteran Mariam Ahmad, penyanyi Zaiton Sameon dan balu Allahyarham Jay Jay iaitu Zaitoon Wahid.

Ahad, Mei 04, 2025

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berangkat Ke Majlis Makan Malam Amal Bersama M Nasir

petikan Bernama 3 Mei 2025

Foto: Farhan Najib

IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK) Bersama Datuk M Nasir di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini malam ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubir.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,400 tetamu itu, M Nasir mendendangkan tujuh lagu iaitu Mentera Semerah Padi, Ada, Tanya Sama Itu Hud Hud, Hati Emas, Mustika, Bonda dan Satu Hari Di Hari Raya.

Selain itu, KBGK turut menyerahkan sumbangan RM150,000 kepada 10 penerima antaranya Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Abie Taman Cempaka, Pusat Pendidikan Orang Asli Kampung Lalang, Tabung Pelajar Yatim The Malay College Kuala Kangsar serta Maahad Tahfiz al-Quran Wal-qiraat Addin Sungai Ular. Presiden KBGK Muhammad Hamzah Md Hamdan berkata sesi 2025 telah membawa kelab kepada hala tuju baharu sejajar dengan sasaran kerajaan negeri Perak di bawah Rancangan Perak Sejahtera 2030. "Kelab dengan ini berikrar untuk membantu kerajaan negeri memberi penerangan tentang program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan ibu bapa di Perak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Makan Malam Amal Nusantara KBGK Norali Nordin berkata pihaknya berjaya mengumpul RM700,000 hasil jualan 140 meja. -BERNAMA

Sabtu, Mei 03, 2025

PM, M. Nasir bincang soal industri kreatif

petikan KOSMO! 3 Mei 2025

M. Nasir ketika bertemu Anwar di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menerima kunjungan daripada penyanyi serta seniman agung negara Datuk M. Nasir di Putrajaya.

Anwar berkata, menerusi pertemuan bersama figura seni tanah air itu anatara lain soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan.

“Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M. Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan.

“Saya juga titipkan pesan agar beliau dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air,” tulisnya di media sosial rasmi Perdana Menteri hari ini.



Perdana Menteri Anwar (kanan) menerima kunjungan seniman M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada Jumaat. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim


Jumaat, April 25, 2025

Perang Billboard Kopi: Wonda Sindir Halus ZUS dengan “M. Nasir Sebenar”

*artikel janaan AI

Entah sengaja atau tidak, Wonda Coffee baru-baru ini melancarkan iklan papan tanda yang cukup ‘menyedapkan hati’—atau sekurang-kurangnya membuatkan kita tersengih sinis di tepi jalan raya. Di tengah-tengah kesibukan lebuh raya utama Lembah Klang, terpampang ayat ringkas tapi menggigit:

“Kopi Wonda kegemaran M. Nasir. Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia”

Tanpa sebarang asterik menjengkelkan, tiada nota halus tentang guru matematik Kedah yang suka karaoke, malah lengkap dengan tandatangan sang legenda sendiri. Cuma wajah M. Nasir, tin kopi Wonda, dan pesan yang seolah-olah berkata, “Kalau nak yang tulen, jangan main-main.”

Semuanya bermula apabila ZUS Coffee, beberapa minggu sebelumnya, cuba ‘trendjacking’ dengan papan iklan mirip ayat sama, menjerit:

“ZUS Coffee kegemaran M. Nasir”
*Bukan M. Nasir yang korang fikirkan. Hanya guru matematik dari Alor Setar yang hobi karaoke.

Langkah ZUS disambut dengan tawa—dan sedikit geram—dari kalangan pengguna media sosial. Ada yang berkongsi foto di LinkedIn, ada pula yang menghamburkan komen sarkastik di X (dahulu Twitter). Pun begitu, tidak dapat dinafikan, ia berjaya mencuri perhatian.

Masuk pula Wonda Coffee, pemegang jenama di bawah Etika Sdn Bhd, yang membalas dengan gentian halus: “Ini M. Nasir yang asli, bukan yang main-main tu.” Netizen bertepuk tangan virtual—paling viral entah dari aplikasi Threads, di mana satu perlawanan “ZUS vs. Wonda” meraih lebih 1,000 like, puluhan komen, dan puluhan kali disalin semula. Ada status mendesah, “Bila ZUS guna Nasir, Wonda guna M. Nasir sebenar.”

Pakar pemasaran pun tidak terkecuali mengangkat kening. Mehul Mandalia dari Moving Walls memuji  kecekapan iklan menonjol dalam kekalutan dan menjadi tumpuan perbualan pengguna di media sosial. Manakala Afif Suhaimi dari Strategic Digitalab menggelarkan papan iklan tersebut sebagai langkah pintar, dan perbualan yang timbul daripadanya merupakan “kemenangan besar" dalam lanskap digital masa kini.

Bukan setakat itu, ZUS pun pernah cuba ‘tagline’ Siti Nurhaliza—tetapi sekali lagi dengan nota kecil, “Mungkin bukan Siti yang korang sangka.” Lucu, tentu.

Pada akhirnya, wawasan Wonda Coffee—senyap tapi berani—mengingatkan kita bahawa idea tajam tak perlu histeria over-the-top. Kadang-kadang, letak saja nama selebriti tersohor, pastikan tiada keraguan, dan biarkan penonton mentafsir sendiri. Tangan yang tenang, bisa menggoncang media sosial.

Jadi, adakah ini perang kopi sebenar, atau sekadar catur jenaka marketer? Kita mungkin tak pernah tahu. Yang pasti, kopi Wonda sudah ‘memenangi’ hati mereka yang mahukan ketulenan.

Oh ya! Bagi peminat jangan terlepas pandang nota Konsert CIPTA 3 dalam kempen billboard kopi Wonda!

Rabu, April 23, 2025

The real M Nasir just showed up on a Wonda billboard – and Malaysians are talking all about it

taken from Free Malaysia Today 23 April 2025

Sheela Vijayan @ FMT Lifestyle


Wonda Coffee’s latest out-of-home ad is creative, fun, playful, and a clever example of modern trendjack marketing.

Wonda Coffee’s billboard ad, which may or may not be a cheeky jab to ZUS Coffee, is certainly brewing a buzz. (Wonda Coffee pics)

PETALING JAYA: You can depend on Wonda Coffee, a product under Etika Sdn Bhd, to put a smile on your face. And this time, they’ve done it with an out-of-home ad that has stirred up quite a buzz!

Featuring the legendary M Nasir, Wonda keeps its copy short on the billboard: “Kopi Wonda kegemaran M Nasir. Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia” (“Wonda Coffee is M Nasir’s favourite. The real choice of Malaysia’s Music Legend”), complete with the artiste’s signature.

Despite its simplicity, it has got tongues wagging because many are wondering if it’s a cheeky response to ZUS Coffee’s recent billboard, which also seemed to feature M Nasir with a microphone… that is, until you take a closer look.

As it turns out, THAT M Nasir is actually a maths teacher from Kedah who loves karaoke!

It’s certainly hard not to grin when you spot the playful similarities between both ads. You might even have a chuckle about it with your colleague over lunch, or share a laugh with your family as you reach for the shelves of Wonda Coffee while out grocery shopping.

In short, the ad is a win: it is brand playfulness done right, a solid example of guerilla-style marketing that sticks in the viewer’s mind without needing a loud call to action. There are no over-the-top gimmicks or visual clutter: just a beloved face, a simple layout, and a witty – and perhaps very intentional – copy.

Bold and memorable, it’s only fitting that the real M Nasir chooses Wonda Coffee, too. (Wonda Coffee pics)

In true Etika fashion, the ad is a powerful reminder that a sharp idea can speak for itself without influencer hype, making a big splash – quietly yet confidently. More than just trendjack marketing, it demonstrates how brands can remain witty and non-confrontational while sparking creative conversations.

The world may never know for sure whether or not Wonda’s ad IS a playful response to ZUS Coffee’s. But one thing’s for sure: it’s “Wonda-ful” and memorable: bold and strong, like the best brew.

Hey, it’s no surprise that the real M Nasir chooses Wonda Coffee, too!

🤎🤎🤎☕☕☕☕☕🤎🤎🤎

Additional : Billboard video from CILISOS

Wonda Coffee taps the real M. Nasir for billboard blowout across Klang Valley

 taken from marketing-interactive.com 23 April 2025

Lee Shin Yiing

Wonda Coffee's latest out-of-home (OOH) campaign has captured the attention of road users across major highways in the Klang Valley, as it features music legend M. Nasir alongside its original milk coffee can drink. 

The billboards read "Kopi Wonda kegemaran M. Nasir", which translates to "Wonda Coffee is M. Nasir's favourite".

Here's the twist, the billboard is a trendjacking jab at ZUS Coffee's recent cheeky OOH campaign which seemingly "featured" musical greats such as M. Nasir and Siti Nurhaliza.

The ZUS billboard featuring a man, had the words 'ZUS Coffee kegemaran M. Nasir' ('ZUS Coffee is M. Nasir's favourite') sprawled across it, but with an asterisks behind the name of M. Nasir, to state a caveat that the person they are referring to, is a mathematics teacher from Alor Setar, Kedah, who likes singing karaoke. 

The guerilla-style marketing gimmick by Etika Holdings, the parent company of Wonda Coffee, has also garnered some buzz from local media outlets. These articles and photos of Wonda Coffee and ZUS Coffee's billboards have also been widely shared across LinkedIn by creative and marketing professionals. 

According to checks by A+M on social platform X, a few netizens have been sharing pictures of the Wonda Original coffee can with the caption M. Nasir, and photos of the Wonda billboards. One post read "Bila Zus guna Nasir, Wonda guna M. Nasir sebenar" ('When ZUS uses Nasir, Wonda uses the real M. Nasir'). 

Over on threads, user @fly.eat.sleep_repeat's post pitting the ZUS and Wonda billboards against each other, garnered 1K likes, 73 comments and 89 reshares. 

Last month, ZUS Coffee generated online buzz for its creative billboards, one of which took a playful jab at national songstress Siti Nurhaliza.

In a TikTok video seen by A+M, the billboard depictured a woman from the nose down holding a ZUS Coffee cup. Accompanying the image is a text which reads "ZUS Coffee is Siti's favourite." Below it, a small phrase reads "Might not be the Siti you're thinking of". 

The now-deleted video then pans across the street from ZUS Coffee's billboard to reveal another billboard. The yellow billboard featured Siti hugging her mother to promote healthcare brand Appeton. The singer is seen smiling directly at road users with the text "Mother, have you eaten?". 

In conversation with A+M, Mehul Mandalia, co-founder and head of product, Moving Walls praised the billboard for its ability to cut through the clutter and become a talking point for users on social media. He added that the billboard is a good example of how physical billboards have a 'halo effect' that contributes to brand recognition on other channels.

"ZUS Coffee has done a great job with this execution because it is a playful take that complements the existing billboard from the other brand," said Mandalia.

Similarly, Afif Suhaimi, head of digital and creative at Strategic Digitalab called the billboard a clever move and that the conversation sparked by it is a "big win in today's digital landscape.

Selasa, April 22, 2025

#SHOWBIZ M. Nasir's magical Raya music

taken from New Starits Times 22 April 2025

By Dennis Chua 


Datuk M. Nasir performed 20 iconic Hari Raya and pop songs during his recent two-hour concert at Zepp KL. (NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

WHEN music maestro Datuk M. Nasir is on the big stage, he never disappoints to give fans a great time.

This was exactly what he did recently, serenading 1,500 of them in Zepp KL with 20 mostly Hari Raya gems, and showing that he was very much a 'party animal' despite hitting 67.

Nasir kept his fans singing, dancing and swaying along to his beats, like a modern-day version of Merlin throughout his 8pm show.

TWO HOURS

Nasir's two-hour Raya extravaganza was the 'Dato M N46IR Cipta' show.

In this non-stop show, which mainly featured Hari Raya gems over the ages, Nasir unveiled a treasure trove of songs he had penned for other artistes throughout his illustrious career.

Fans enjoyed themselves by singing and dancing to Datuk M. Nasir's tunes during his Raya-themed concert. (NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

Nasir, dressed stylishly in a brown Baju Melayu, appeared on the dot with 10 musicians and three backing vocalists.

He kicked off his concert with the power-packed 'Raya Yang Sempurna', a hit for rock legend Datuk Awie, and followed this up with 'Hari Raya Hari Bahagia', whose original singers included his late wife Junainah Johari.

The vibrant concert featured a giant screen with lots of stylish Hari Raya graphics to accompany the classic songs. (NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

"Happy Raya and thank you all. Was it jammed?" asked Nasir.

"Let's go for nostalgic songs tonight. It's simply great to see you all in baju Melayu.

"This is a very special concert, so let us make it a culture, let us have it annually!"

Datuk M. Nasir's young guest for the evening was an anonymous fan named Puteri. (NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

Nasir's fans sang along heartily to the celebratory 'Hati Emas' and 'Raikan Cinta'. The latter was very percussive and got the audiences dancing at their seats.

'Sentuhan Di Hari Raya' was a hit for another rock legend Datuk Amy of Search.

"It's been years since I sang this song. Amy made it popular, so looks like I've got to compete with him," said Nasir with a smile.

Nasir paid tribute to Tan Sri P. Ramlee and Ahmad Jaafar with his sixth song, 'Suara Takbir'.

His rendition of the Ramlee gem was melodious and poignant with strong accordion and drum sounds.

 TRIBUTE

His seventh song was 'Lebaran Bonda', a "tribute to all mums" and his composition for Datuk Hattan with a zapin sound.

Song number eight was an Indonesian hit popular in Johor and Singapore most recently sung by Gigi.

Titled 'Selamat Hari Lebaran', it was easily recognised for its Arabic sound and chorus, and Nasir got everyone singing along to its catchy tune.

Nasir then invited a 20-something lass known only as Puteri up stage.

They sang a heartwarming duet 'Halaman Asmara', made popular by Awie and Ziana Zain, and the maestro praised the starlet for her performance.

Nasir also introduced the oldest recorded Raya song, 'Selamat Hari Raya' by Al-Jawaher.

A spiritual tune with a Middle Eastern flavour, it invoked memories of Hari Raya celebrations in the early 20th century.

Best of all, the screen behind Nasir heralded stylish computer-generated graphics of ketupat, lamps, mosques, and Raya greetings in Middle Eastern-style fonts.

 DETOUR

Nasir took a detour from festive songs to deliver three of his poignant pop tunes — 'Suatu Masa', 'Salam Dunia' and 'Sahabat Gua'.

Fans sang along to the choruses and many began waving their hands, clapping and taking photos of the maestro with their handphone cameras.

"How is everybody doing?" asked Nasir, teasing his guests with a song that they knew well.

Everybody knew that it was a signal for 'Satu Hari Di Hari Raya', and they were right.

This hearty song saw Nasir aim his microphone at the crowd, and fans did a great job singing the entire chorus.

"Thank you, ladies and gentlemen!" said Nasir, who soon belted out his catchy hit 'Apokalips'.

Nasir returned to Raya songs, starting with Sepahtu's 'Raya Sedondon', a light-hearted fusion of tradition and modernity, the boisterous 'Esok Hari Raya' which Dr Sam made popular, and the most iconic Raya song Puan Sri Saloma's 'Selamat Hari Raya'.

"It's been a wonderful concert, and I hope to see all of you next year too," said Nasir, who proved a magnanimous and chatty host throughout the show.

"I plan to re-record all these classic Raya songs live, and hopefully, more Malaysians will get to appreciate these national treasures."

 STYLISH

As he ended the concert with his hit from 'Puteri Gunung Ledang' titled 'Kepadamu Kekasih', Nasir said: "These songs evoke a sense of nostalgia during the festive season."

Nasir's labour of love to Hari Raya music is timely, and a milestone in the country's mission to preserve its musical heritage for posterity.

Isnin, April 21, 2025

Momen nostalgia raya

petikan Harian Metro 21 April 2025

Ridzuan Abdul Rahman   mohamadridzuan@hmetro.com.my

APA sahaja konsert solo diadakan maestro muzik, Datuk M Nasir kebelakangan ini sentiasa mendapat sambutan hebat dari peminatnya.

Maka tidak menghairankan apabila hampir 2,000 peminatnya membanjiri Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini untuk merasai keseronokan melayan Konsert Cipta Raya M N45IR.

Bukan tidak pernah ada konsert bertema Raya dan Syawal sebelum ini tetapi persembahan Maestro muzik ini agak berbeza kerana M Nasir menyanyikan lagu-lagu Hari Raya ciptaannya kepada penyanyi lain.

Siapa yang tidak tahu lagu Suatu Hari Di Hari Raya nyanyiannya sendiri, Halaman Asmara (duet Datuk Awie dan Ziana Zain), Raya Yang Sempurna (Datuk Awie), Sentuhan Di Hari Raya (Datuk Amy) dan banyak lagi.

Lagu-lagu ini membawa dan menghidupkan kembali kenangan lama serta semangat Aidilfitri dalam jiwa setiap kita yang pernah menelusuri momen indah beraya zaman bebas gajet suatu waktu dulu.

Menariknya, rata-rata penonton hadir mengikut tema pakaian raya, sekali gus menghadirkan aura Syawal yang masih berbaki.

Yang wanita datang berkebaya, berbaju kurung siap berselendang, manakala si lelaki segak bertengkolok, bersongkok dan bersamping.

Bertambah meriah apabila sebelah petangnya sehingga sebelum konsert bermula, diadakan jamuan raya ala-ala rumah terbuka.


SELAIN menyanyi, M Nasir juga semakin galak berjenaka dengan penonton.

Sudah pasti juadah disediakan sinonim dengan menu raya antaranya nasi himpit, lemang, kuah kacang, rendang, sate dan kuih muih.

Tepat jam 8.20 malam, keseronokan bermula apabila kelibat M Nasir yang ditunggu-tunggu, tampil membuka pentas dengan lagu Raya Yang Sempurna yang agak rancak.

Dia kemudiannya menaikkan bahang persembahan dengan lagu Hari Raya Hari Bahagia (Ramlah Ram) diikuti Hati Emas, Raikan Cinta dan Suara Takbir yang sinonim dengan Hari Raya.

Sesekali dia berkomunikasi dengan peminat apabila menyelitkan fakta berkenaan lagu dinyanyikan. Ia sangat membantu peminat generasi baharu mendapatkan info lagu terbabit.

Ada ketika sebelum menyanyikan lagu Sentuhan Di Hari, M Nasir meminta peminat tidak membandingkannya dengan Amy Search kerana 'key' suara mereka yang berbeza.

Ketika menyanyikan lagu Lebaran Bonda yang asalnya dinyanyikan Datuk Hattan, M Nasir mempersoalkan kegagalan lagu ini menarik minat pendengar sedangkan ia lagu yang sedap didengar.

Selama lebih dua jam beraksi, M. Nasir menyampaikan 20 seleksi malar segar yang bukan sahaja menghiburkan tetapi membahagiakan jiwa-jiwa yang merindui keindahan hari raya sebenar.


DUET dengan Putery berjaya mencipta sensasi.

Pilihan pada malam terbabit tidak terhad kepada lagu raya semata-mata, bahkan turut diselitkan dendangan lagu popularnya seperti Raikan Cinta, Suatu Masa, Sahabat Gua dan Apokalips.

Tidak ketinggalan, dia turut menyanyikan lagu raya klasik iaitu Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma) dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein, Selamat Hari Lebaran.

M Nasir juga mempelawa peminat wanita berduet dengannya menerusi lagu Halaman Asmara dan ia disambut peminat bernama Putery.

Apa yang lucunya, sebaik Putery menyanyikan intro lagu terbabit dan tiba gilirannya, M Nasir bergurau menyebut nama Awie membuatkan peminat ketawa.

Duet ini menjadi kenangan terhebat pada malam itu dan perkongsian video lagu ini oleh penonton di YouTube mendapat tontonan agak tinggi.

M Nasir sekarang juga bukanlah M Nasir yang dahulu kerana dia kini sudah pandai berjenaka kepada peminat, sekali gus mencipta keintiman dengan mereka.

Khamis, April 17, 2025

M Nasir isi lompong 'Bapa Lagu Raya'

petikan Berita Harian 17 April 2025

Oleh Farihad Shalla Mahmud - farihad@bh.com.my

Konsert terus gamat apabila M Nasir mendendangkan Salam Dunia dan Satu Hari Di Hari Raya hingga berjaya mengajak penonton untuk menyanyi dan berdansa dengannya. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Selepas pemergian komposer legenda, Allahyarham Datuk S Atan yang digelar 'Bapa Lagu Raya' kerana mencipta sebahagian besar koleksi malar segar menjadi halwa telinga peminat, tidak keterlaluan andai dikatakan lompong itu sudah diisi Datuk M Nasir.

Jika Allahyarham pernah menjayakan pementasan khas hari raya di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di ibu negara pada 2022, M Nasir juga berjaya menyempurnakan persembahan serupa di Zepp Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Apa yang berbeza, Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya berkonsep rumah terbuka, dengan penonton dijamu juadah hari raya enak seperti ketupat, lemang, rendang, sate dan banyak lagi.

Lebih menarik, penonton yang hadir cukup sporting mengenakan busana hari raya seperti baju Melayu lengkap bersamping, manakala wanita berkebaya dan berbaju kurung.

Sesuai dengan judulnya, konsert di bawah jenama Cipta itu menyajikan himpunan lagu raya pelbagai genre yang dinyanyikan sendiri M Nasir atau karya dihasilkannya untuk penyanyi lain.

M Nasir yang digelar sifu turut menyatakan penghargaan terhadap tiga lagu raya klasik dan penciptanya.

Tiga lagu itu adalah Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma) dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran.

Dendangan tiga untaian indah dan malar segar itu membawa penonton mengembara ke zaman silam, iaitu ketika zaman gemilang karya diterbitkan antara era 1950-an dan 1960-an itu.

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian penonton pada konsert berdurasi hampir dua jam itu adalah paduan suara M Nasir bersama seorang penonton wanita ketika menyampaikan lagu Halaman Asmara yang pernah dipopularkan Datuk Awie dan Ziana Zain.

Tergelak besar penonton apabila penyanyi dan komposer kelahiran Singapura berkenaan selamba meminta wanita dikenali sebagai Putery Nurshafika itu merendahkan key suara supaya nyanyian mereka senada.

"Key lagu ini rendah sikit, jadi awak kena rendahkan key suara. Bukan rendah sikit tapi rendah banyak," katanya.


Konsert di bawah jenama Cipta itu menyajikan himpunan lagu raya pelbagai genre yang dinyanyikan M Nasir atau karya dihasilkannya untuk penyanyi lain. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sebaik sahaja Putery Nurshafika mula menyanyi, tepukan gemuruh bergema memenuhi ruang kerana rata-rata penonton mengagumi vokal wanita terbabit yang saling tak tumpah seperti suara penyanyi asal.

Secara tidak langsung, lagu ikonik yang diterbitkan pada 1994 itu kembali segar dengan rendisi versi mereka.

Konsert terus gamat apabila M Nasir yang menginjak usia 68 tahun mendendangkan Salam Dunia dan Satu Hari Di Hari Raya. Aura dua lagu itu berjaya mengajak penonton untuk menyanyi dan berdansa dengannya.

Kemeriahan konsert anjuran Icon Entertainment itu diteruskan dengan alunan lagu Apokalips, Sahabat Gua, Hati Emas, Raikan Cinta dan Phoenix Bangkit Dari Abu yang memiliki melodi rancak lagi bertenaga.

Biarpun bukan lagu raya, namun ketika temu bual sebelum ini, M Nasir menjelaskan rasional karya berkenaan dipilih berikutan elemen keraian yang sinonim dengan Syawal yang masih bersisa.

Sesekali seniman asal Singapura itu membuai perasaan penonton dengan lagu bernada melankolik menerusi lagu Suatu Masa.

Menyifatkan konsert itu sesuatu yang istimewa, M Nasir atau nama sebenar, Mohamad Nasir Mohamed Sam, berkata kemeriahan dan kesyahduan lebaran wajar diraikan setiap tahun secara besar-besaran.

Sehubungan itu, beliau berharap konsert berkonsepkan hari raya dapat dijadikan budaya baharu dalam industri hiburan tanah air.

"Konsert hari raya sangat istimewa, saya harap boleh jadi satu budaya. Maknanya, setiap kali hari raya, mesti kena ada konsert. Menarik bukan kalau kita kongsi banyak lagu nostalgia macam malam ini (konsert).

"Kita tunggu tahun depan," katanya di hadapan hampir 2,000 penonton persembahan itu.

Seperti yang dijanjikan, tetamu tidak pulang dengan tangan kosong apabila diberi duit raya diisi dalam sampul eksklusif sebagai tanda kenangan daripada penganjur.

M. Nasir raikan raya, raikan cinta

petikan KOSMO 17 April 2025

Oleh Hanisah Selamat

SEPANJANG lebih dua jam beraksi M. Nasir menyampaikan 20 seleksi malar segar yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga membahagiakan jiwa-jiwa tamu acara rayanya.

LENGKAP hidangan juadah rumah terbuka dan pemberian duit raya, Konsert Datuk M. N46IR Cipta Raya yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur Ahad lalu melangkaui jangkaan awal.

Bukan sebelum ini tiada persembahan berskala besar yang mengangkat seleksi bertemakan raya dan Syawal, namun tidak semeriah kemunculan maestro muzik bernama M. Nasir.

Hampir 2,000 penonton yang memenuhi gelanggang muzik popular di tengah ibu negara itu juga hadir mengikut tema. Masing-masing berbusana tradisional, yang wanita datang berkebaya, berbaju kurung siap berselendang, si lelaki pula bertengkolok bersongkok dan bersamping, saling tak ubah seperti baru hendak menyambut 1 Syawal.

Memilih lagu ciptaannya untuk Datuk Awie, Raya Yang Sempurna sebagai pemanas panggung, itu seolah-olah menjadi isyarat kesempurnaan konsert tersebut.

Momentum persembahan diteruskan dendangan asal Ramlah Ram, Hari Raya Hari Bahagia sebelum memilih Hati Emas, Raikan Cinta, Suara Takbir sebagai penaik semangat keraian raya.

Selain lagu Awie, komposer tersohor itu turut menyampaikan lagu yang pernah dibawakan Datuk Amy Search, Sentuhan Di Hari Raya serta nyanyian Datuk Hattan, Lebaran Bonda buat santapan tamunya.

Bagai diluahkan sebelum konsert, seleksi pilihan pada malam tersebut tidak terhad kepada lagu raya, bahkan turut diselitkan adalah dendangan hitya seperti Raikan Cinta, Suatu Masa, Sahabat Gua dan Apokalips.

Konsert Datuk M. N46IR Cipta Raya direalisasikan sebagai acara istimewa, susulan daripada impak sambutan Cipta 1 dan 2 di Axiata Arena pada tahun lalu. – MOHD. FIRDAUS. MOHD. JOHARI & ECHOLAILA PICTURES

Untuk khalayak yang barangkali bukan pengikut konsert M. Nasir, jangan terkejut jika terlihat ada susuk pengunjung konsert legenda itu terdiri daripada anak muda.

Seperkara lagi, biarpun katalog karya ciptaan dan nyanyiannya cukup panjang, M. Nasir tetap tidak menyanyikan tiga lagu klasik popular sebagai penghargaan buat legenda yang sudah pergi.

Tiga pilihan yang disifatkan antara 10 lagu raya terbaik tersebut adalah Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma) dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein, Selamat Hari Lebaran.

“Saya ingin memberi ‘homage’ kepada pencipta lagu yang saya sanjungi seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,” katanya sebelum menyampaikan bingkisan kegemarannya.

M. Nasir turut memberi duit raya berbeza jumlah sama ada RM5, RM10 atau RM50 kepada pembeli tiket konsert Cipta Rayanya.

M. Nasir ‘rosak’

Sepanjang lebih dua jam M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, tidak berceloteh panjang.

Tetapi dalam setiap patah bicara diselitkan cerita di sebalik pembikinan hampir semua naskhah yang disampaikan sekali gus membolehkan penonton mengetahui sejarah lagu terbabit.

Ini antara perkara yang harus dipelajari penyanyi pelapis ketika beraksi di pentas mega, bukan membuang masa berulang kali bertanya khabar penonton.

Bijak membuai emosi antara lagu raya syahdu serta irama rancak, penggiat muzik dihormati ramai itu juga memancing tawa ramai dengan jenaka bersahaja.

Malah ketika berpadu suara dengan seorang peminat wanita mendendangkan lagu Halaman Asmara, M. Nasir yang sinonim dengan gelaran sifu sempat mengajuk gelagat Awie.

Tidak hairan ada dalam kalangan penonton berseloroh menggelarkan M. Nasir sudah ‘rosak’ memandangkan tidak lagi serius seperti dahulu.

Seperkara lagi, sebenarnya agak ‘comel’ saat figura dengan lagu-lagu berlirik ‘deep’ itu mendendangkan material ‘simple’ dengan sekadar larik-larik kata ‘esok hari raya’ berulang-ulang dan berwatak ceria seperti anak kecil girang tak sabar beraya.

M. Nasir membawa rasa itu. beliau menyegarkan semangat raya yang mungkin semakin hilang dalam jiwa segelintir kita.

Apa pun, sepanjang lebih dua jam Konsert Datuk M. N46IR Cipta Raya digarap sempurna bahkan seperti dizahirkan pada awal tirai dibuka, konsert seumpama itu dapat direalisasikan setiap tahun.

MERINTIS konsert bertemakan hari raya M. Nasor mahu jadikan konsert sedemikian sebagai acara tahunan.

Isnin, April 14, 2025

M Nasir mahu konsert raya jadi budaya baharu

petikan Berita Harian 14 April 2025

Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my


M Nasir membawa 20 lagu termasuk tiga lagu raya klasik yang mengimbau nostalgia pada konsert di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi. Foto NSTP Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Datuk M Nasir berharap konsert berkonsepkan Hari Raya dapat dijadikan budaya baharu dalam industri hiburan tanah air.

Menyifatkan konsert itu sebagai sesuatu yang istimewa, M Nasir atau nama sebenar, Mohamad Nasir Mohamed Sam, 68, berkata kemeriahan dan kesyahduan lebaran wajar diraikan setiap tahun secara besar-besaran.

M Nasir berharap konsert berkonsepkan Hari Raya dapat dijadikan budaya baharu dalam industri hiburan tanah air. Foto NSTP Mohamad Shahril Badri Saali

"Konsert Hari Raya ini sangat istimewa. Saya harap boleh jadi satu budaya. Maknanya, setiap kali Hari Raya mesti kena ada konsert. Menarik bukan kalau kita kongsi banyak lagu nostalgia macam malam ini (tadi)... Kita tunggu tahun depan," katanya ketik beraksi pada Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya, di Zepp KL di sini, malam tadi.

Pada malam itu, komposer yang mendapat jolokan sifu itu membawa 20 lagu termasuk tiga lagu raya klasik yang mengimbau nostalgia.

Untaian malar segar itu adalah Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma) dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran.

Lagu raya lain yang turut dinyanyikan adalah Raya Yang Sempurna, Hari Raya Hari Bahagia, Halaman Asmara, Lebaran Bonda, Salam Dunia dan Satu Hari Di Hari Raya.

Turut dipersembahkan pada konsert berdurasi hampir dua jam itu adalah Hati Emas, Sahabat Gua, Apokalips dan Raikan Cinta.

Lebih menarik apabila hampir 2,000 penonton yang hadir cukup 'sporting' mengenakan busana hari raya seperti baju Melayu lengkap bersamping, manakala wanita berkebaya dan berbaju kurung mengikut tema.

Selain dijamu dengan aneka juadah Syawal seperti lemang, ketupat, rendang dan satay, penonton juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut diberi duit raya.

Siapa Putery tu? Suara persis Ziana dan macam 'telan kaset'

petikan Harian Metro 14 April 2025

Ridzuan Abdul Rahman  mohamadridzuan@hmetro.com.my

M Nasir, bersama penonton menyanyikan lagu halaman Asmara ketika membuat persembahan ketika Rumah Terbuka dan Konsert Cipta Raya M Nasir di Zeep Kuala Lumpur. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Kemunculan seorang wanita berduet dengan Datuk M Nasir menerusi lagu Halaman Asmara dalam Konsert Cipta Raya M N45IR yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi mencuri tumpuan ramai. 

Ia bermula apabila M Nasir memberitahu mahu mencari seorang wanita untuk berduet dengannya menerusi lagu asal nyanyian Datuk Awie dan Ziana Zain itu. 

Wanita yang dikenali sebagai Putery tiba-tiba menyahut pelawaan berkenaan dengan penampilan cantiknya mengenakan pakaian tradisional meskipun awalnya nyanyian diragui kerana 'key' asal lagu yang tinggi. 

Bagaimanapun Putery mencipta kejutan apabila berani meminta lagu itu dinyanyikan dengan 'key' asal sepertimana ketika rakaman studio oleh Awie dan Ziana. 

Sebaik menyanyikan intro lagu ini, peminat kagum dan bertepuk tangan kerana suara Putery seakan persis Ziana dan boleh dikategorikan sebagai 'telan kaset'. 

M Nasir turut kagum dengan kebolehan Putery kerana berjaya menyempurnakan lagu raya yang sangat popular pada penghujung era1990-an dan kekal 'evergreen' hingga kini. 

Video nyanyian duet itu yang dikongsi oleh pengguna media sosial dan portal hiburan turut mendapat perhatian ramai sehingga mengundang perbincangan netizen yang ingin tahu siapa Putery. 

Menerusi info yang dikongsi oleh pelayar media sosial yang mengenali wanita itu memberitahu nama sebenar Putery ialah Putery Nurshafika dan berasal dari Seremban. 

Mereka turut menyertakan Instagram (IG) Putery, namun akaun media sosial itu dalam tetapan privasi dan infonya tidak dapat dilihat oleh orang lain.

M Nasir mahu budayakan konsert raya

petikan Astro Awani Gempak 14 April 2025 

Aksi M Nasir ketika Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Gempak

MAESTRO muzik, Datuk M Nasir berharap konsert mega sempena hari raya perlu menjadi budaya di Malaysia.

M Nasir atau Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, berkata demikian ketika Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad.

"Okey rasanya kalau kita kongsikan banyak lagu nostalgia macam malam ini. Konsert ini sangat istimewa.

"Saya harap konsert seperti ini dijadikan budaya. Setiap hari raya akan ada konsert besar. Kalau boleh konsert saya,” katanya berseloroh.


M Nasir dan kru terlibat ketika Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Gempak

Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya yang dibawakan oleh Icon Entertainment menyaksikan M Nasir mendendangkan lagu raya ciptaannya dan menjadi kegemaran sepanjang masa.

Ini termasuklah lagi ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Suara Takbir dan Selamat Hari Raya, Puan Sri Saloma.

Penerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu juga turut milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran.

Selain lagu raya, M Nasir turut mendendangkan lagu hitnya termasuk Suatu Masa, Ada dan Apokalips.

Bukan itu sahaja, penganjur membuat kejutan menyelitkan duit raya di bawah kerusi pengunjung yang rata-ratanya bernilai RM5, RM10 dan RM20.

Terdahulu, sebelum konsert bermula, pengunjung juga disajikan dengan hidangan juadah raya seperti lemang, rendang, sate dan kuih raya. -- Gempak

M Nasir Cipta Raya Setlist

sumber Kelab Sahabat M Nasir. (*Thank you bro Hamlau)


 M Nasir Cipta Raya Setlist 13 April 2025

1. Raya Yang sempurna (Awie)

2. Hari Raya Hari Bahagia (Ideal Sisters)

3. Hati Emas

4. Raikan Cinta

5. Sentuhan Hari Raya (Amy)

6. Suara Takbir (P. Ramlee)

7. Lebaran Bonda (Hattan)

8. Lebaran (Oslan Hussein)

9. Halaman Asmara - feat. Puteri (Ziana Zain & Awie)

10. Phoenix Bangkit

11. Selamat Hari Raya (Al Jawaher)

12. Suatu Masa

13. Salam Dunia

14. Sahabat Gua

15. Satu Hari Di Hari Raya

16. Apokalips

17. Medley: Esok Hari Raya (dR. Sam) / Ada

18. Selamat Hari Raya (Saloma)

19.Salam Dunia (encore)