Khamis, Disember 18, 2014

M Nasir jayakan Tombiruo?

petikan Sinar Harian 18 Disember 2014
AKMALIAH RAZAK, FOTO SINAR HARIAN OLEH ROSLI TALIB

WALAUPUN namanya lebih dikenali sebagai sifu dalam industri muzik tempatan, namun Datuk M Nasir turut membintangi beberapa filem sebelum ini.

Antaranya, Kembara Seniman Jalanan, Selubung, Fenomena, Balada, Simfoni Duniaku, Merah, Perempuan Melayu Terakhir, Putih, Puteri Gunung Ledang dan Magika.

Terbaharu, dikhabarkan filem adaptasi daripada novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Tombiruo yang bakal diangkat ke layar perak turut melibatkan kerjasama daripada bintang seni ini.

Meskipun keputusan rasmi masih belum dilakukan, namun ada ura-ura yang mengatakan M Nasir akan terlibat dalam pembikinan skor muzik dan turut tersenarai sebagai tonggak utama.

Ketika ditemui di majlis sidang media pra pelancaran filem di Auditorium Muhammad V di Karangkraf, Selasa lalu, M Nasir mengakui karya itu adalah sesuatu yang menarik untuk diangkat sebagai filem.

"Bagi saya ianya sangat menarik untuk difilemkan kerana mempunyai tema, sudut seni dan jalan cerita yang berbeza daripada karya lain.
Gambar Tambahan dari FB Pyan Habib : M Nasir & Pyan Habib

"Bila saya dapat tahu filem ini mendapat sentuhan pengarahan daripada pengarah yang juga kawan lama saya, Nasir Jani, saya turut meluangkan masa untuk memberi sokongan.

"Saya yakin, dia mempunyai semangat dan 'attitude' untuk buat filem yang ada pemikiran. Namun, mengenai penglibatan saya dalam filem ini, saya tak tahu lagi. Semuanya belum diputuskan," katanya.

Pada majlis berkenaan, M Nasir dan rakannya, Ito Blues Gang turut membuat persembahan dengan mendendangkan dua lagu dari kumpulan, Kembara.

Persembahan Datuk M Nasir & Ito Blues Geng


Ahad, Disember 07, 2014

Kembara, M. Nasir dan senandung hidup rakyat

petikan Utusan Malaysia 7 Disember 2014
KU SEMAN KU HUSSAIN

M. NASIR semasa konsert Kembara di Istana Budaya 30 November lalu .

Ada dua sebab yang memaksa saya meredah hujan lebat pada senja Ahad 30 November untuk ke Istana Budaya dan memberikan masa selama dua jam 30 minit kepada Konsert Kembara yang dianggotai M. Nasir. Pertama kerana Kumpulan Kembara dan keduanya kerana M. Nasir. Dia adalah antara sejumlah kecil orang yang saya ambil tahu tentang karyanya walaupun M. Nasir tidak kenal saya.

Pengalaman menonton konsert M. Nasir sebelum ini meyakinkan Konsert Kembara tidak mengecewakan. Ia boleh dianggap sebuah retrospektif tiga dekad Kembara yang dianggotai M. Nasir, A.Ali dan Sahlan.

Mereka mengisi vakum lagu-lagu Melayu yang ada signifikan dengan sosialisasi di Kuala Lumpur awal dekad 1980-an. Banyak lagu Melayu era itu seperti lagu sekarang yang mempromosi telatah cinta yang murah dan mentah. Tetapi Kembara berbeza, mereka menyanyikan lagu-lagu sosial tentang kehidupan, kerakusan kota dan tidak terkecuali pengabdian insan kepada Tuhan dalam apa keadaan sekalipun.

Kepada golongan marhaen dan gelandangan, Kembara sangat memahami getir hidup mereka. Sebabnya lagu Kembara bukan ekskapisme daripada realiti pahit kepada kemanisan yang palsu seperti filem Hindustan. Kembara meniupkan harapan bahawa kepahitan adalah kemanisan yang tertunda. Mereka berjiwa besar dan tidak merintih nasib. Idealisme tiga anak muda ini bukanlah jenis lelaki dalam banyak lagu Melayu yang patah hati kerana wanita, hidup yang bersisa tenggelam dalam air mata.

Ketika Kembara di puncak kemahsyuran pada awal 1980-an, saya menjadi buruh kasar di Kuala Lumpur dan berteduh di pondok setingan di belakang Angkasapuri di Kampung Kerinchi. Di kota yang ganas ini garis pemisah dosa dan pahala, kemanusiaan dan kebinatangan terlalu nipis. Warganya sangat individualistik dam materialistik, tetapi mujurlah Kembara sangat memahami orang seperti saya.

Lagu Sesat Di Kuala Lumpur membuatkan seolah-olah ada orang yang mengerti perihal kami yang sebati dengan hanyir lorong di celah bangunan tatkala mengalas perut sebelum pulang ke pondok setingan. Kembara seperti memerhati kami apabila mereka menyanyikan lagu Hati Emas, Gerhana, Duit, Impian Anak Jalanan, Senandung Buruh Kasar, Kolar Biru, Bas No 13 dan Kutu.

Saya sangat percaya M. Nasir adalah faktor Kembara menjadi begitu unik dan berbeza dengan banyak kumpulan muzik atau penyanyi lain. Kembara ditubuhkan di Singapura kemudian melintasi Tambak Johor dengan kemasyhuran Ekspress Rakyat tahun 1981. Lagu-lagu Kembara yang sebahagian besar dicipta oleh M. Nasir dan lirik oleh S. Amin Shahab dan M. Nasir sendiri melihat hidup dari sisi yang berbeza. Saya boleh simpulkan bahawa lagu mereka enak didengar serta ada wacana besar.

Kembara mengangkat suara-suara kecil yang terlindung. Popularnya lagu mereka memberi harapan keperitan warga marhaen juga turut dihayati para menteri kita. Cukuplah sekadar mereka bersiul-siul, setidak-tidaknya mereka diberi jiwa untuk merasa. Saya percaya M. Nasir menghayati kehidupan di sekelilingnya atau mungkin dia juga turut bergelut dalam kerakusan kota ini.

Bukan tidak ada kumpulan muzik atau penyanyi yang popular ketika itu. Tetapi maaf cakaplah sebahagian besarnya menerawang di alam mimpi. Lagu-lagu mereka tidak memberikan kekuatan untuk “bertarung” dalam gelombang ganas Kuala Lumpur. Mereka melayukan semangat dan cita-cita anak muda Melayu untuk berdepan realiti sebaliknya diracun dengan keseronokan palsu di ruang yang asing.

Seingat saya Kembara tidak banyak lagu percintaan. Yang paling diingati hanyalah Keroncong Untuk Ana, selebihnya lagu-lagu tentang kehidupan, kesunyian dalam kembara insan kepada Tuhannya. Cuba hayati lagu Kepada-Mu Kekasih dan Malam, sunyinya dapat kita rasakan. Inilah yang dilangsungkan oleh M. Nasir selepas bergiat secara solo apabila selalu tampil dengan karya-karya yang menjentik minda dalam longgokan lagu Melayu yang rendah martabatnya.

Karya agung M. Nasir seperti Andalusia, Tanya Itu Sama Hud Hud, Anak-anak Kita, Phoenix Bangkit, Bonda, Kepada-Mu Kekasih atau Inang Pulau Kencana menyumbang kepada karya lagu Melayu yang bercitra tinggi. Bunyi-bunyian yang diolah diangkat dari alam Melayu. Inilah antarabangsanya ciptaan M. Nasir kerana tidak ditemui dalam alam dan milieu sosial masyarakat negara lain di dunia.

Hakikatnya kita ketandusan pemikir dan seniman dalam dunia hiburan. Yang banyak adalah “kelkatu malam” yang berpeleseran mencari gemerlapan. Mereka menyuburkan hedonisme yang lebih merosakkan daripada membangunkan insan. Tidak banyak seperti M. Nasir yang memberikan sumbangan besar dalam khazanah lagu Melayu. Tetapi seperti orang politik, dia tidak terlepas daripada satu dua individu yang mahu menjatuhkan. Kontroversi “Siapa Mahathir” tahun 1995 sangat getir. Dia tenang dan akhirnya kebenaran berada bersamanya. Mereka terlupa M. Nasir bukan orang politik yang dengan mudah “dibunuh” oleh persepsi


***Tambahan : Ikuti juga artikel  menarik oleh blogger saudara Dimas Mohd Fittri ini

Khamis, November 27, 2014

Kembara masih membara!

*** Review yang terlewat.....seminggu.....

Oleh Saudagar Mimpi… yang melapor dari Upper Circle, Panggung Sari, Istana Budaya.
Kuala Lumpur.

REVIEW :
KONSERT HATI EMAS - KEMBARA
Jumaat : 21 November 2014
Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur


Aku bukan pelukis, 
aku bukan penulis, 
aku pengembara.
Mengembara dan berhijrah menuju destinasi yang pasti.

Sesiapa yang membesar pada tahun 80-an di bandar hatta pekan kecil sekali pun tentu memahami kehidupan marhaen yang berhijrah dan cuba mengubah nasib mereka pada masa itu. Sudah tentu lagu-lagu Kembara seolah-olah menjadi "soundtrack" kepada suka duka hidup golongan "orang kita" pada masa itu.

3 Mac 2013!

Aku mengembara menyeberang tambak ke Esplanade Singapura untuk Konsert Kembara -Ekspress Rakyat.  Di akhir konsert aku masih ingat M Nasir berkata, tahun depan (2014) akan buat konsert Kembara lagi! Tiket lagi mahal... selorohnya!

OK! Aku percaya cakap sifu tu! tapi terus terang orang marhaen macam aku tak kumpul duit untuk duduk seat mahal lagi...hahahaha.

Apabila Istana Budaya mengumumkan kalender tahunan 2014, Kembara tersenarai sebagai salah satu band yang akan membuat persembahan. Itu sudah tentu buat semua peminat dan "kutu" seperti aku gelisah. Lebih gelisah bila sidang media dan poster lukisan S Amin Shahab mula diperkenalkan dengan mengekalkan konsep lukisan surrealisme sebagaimana album Kembara di tahun 80an!


November 2014!

Mengembara lagi, tapi kali ni ke Kuala Lumpur!

Tempah tiket online, beli tiket kapal terbang tambang murah ke KLIA2 dan naik bas no 11 (...menapak ke sana sini ler brader....!). Itu perancangan untuk konsert Kembara kali ni. Naik flight pun sebab tak mahu memandu ke KL kerana beberapa hari sebelum tu sudah pulang dari KL...penat ler beb ....





Admin FB Ronggeng Sahabat M Nasir yang pemalu...
Di media sosial pula promosi giat dijalankan oleh Admin Ronggeng Sahabat M Nasir & FB Luncai Emas yang memberi info terkini mengenai Konsert Kembara Hati Emas. SM difahamkan pada malam sebelumnya iaitu pada 20hb telah diadakan malam gala Kembara Hati Emas yang dihadiri oleh rakan media dan ramai tetamu jemputan. Kembara dilaporkan mendapat reaksi positif dari mereka yang menghadirinya.  Sementara itu ada juga gambar-gambar perkembangan Kembara dikongsi di Instagram melalui #hatiemaskembara & #kembarahatiemas.

Petang itu, macam biasa selepas Maghrib aku akan jalan kaki ke Istana Budaya melalui Jalan Chow Kit, Bulatan Pahang sebelum tiba melintasi jejantas di depan Balai Seni Lukis Negara.

Setibanya di lobi Istana Budaya, seluk poket jeans, keluar duit beli T-Shirt, CD, Buku Program & coaster.
Apa Coaster?/pelapik cawan tu?. Hahah...dah macam immersion box set Pink Floyd plak! Kembara punya pasal!Beli jer...
Hari Raya ni bergaya la air sirap aku dengan pelapik cawan ni.....

Lukisan S Amin Shahab yang dipamerkan di lobi Istana Budaya
Sementara menunggu konsert bermula sempat juga aku melihat pameran lukisan surrealis S Amin Shahab yang menjadi penghias kulit album Kembara bertempat di lobi Istana Budaya. Seingat aku dulu-dulu tahun 90an aku pernah tengok lukisan ini semasa pameran di ruang legar Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Lukisan yang dipamerkan ini adalah reproduksi Balai Seni Lukis Negara dengan kerjasama Luncai Emas. Dipamerkan bersama adalah lukisan sempena Konsert Hati Emas yang bertajuk SERU.  Lukisan-lukisan ini sudah menjadi sebahagian dari koleksi Seni Visual Negara di  Balai Seni Lukis Negara Malaysia. Konspirasi? Jangan terlajak fikir beb.....

8.05 malam: SM melepak sekejab dekat tangga dan berbual dengan seorang peminat M Nasir berasal dari Sungai Petani Kedah yang pertama kali menonton persembahan di Istana Budaya. Teruja katanya kerana sebelum ini tidak pernah ke Istana Budaya. Seperti lagu "Sepasang mata",  mata SM memerhati mana tahu terjumpa rakan yang dikenali.

Apabila pintu dewan di buka bergegaslah aku ke Upper Circle. Duduk di tempat duduk marhaen dan menyapa orang di kiri dan kanan. Di kiri SM seorang peminat wanita M Nasir yang datang dari Kota Tinggi Johor. Katanya dia datang Jumaat sebab Johor cuti & Ahad hari berkerja pula. Sempat juga aku jual CD MPO yang aku terbeli tu pada peminat sebelah aku tu dengan harga kawan-kawan. Di kanan pula pasangan dari Bangi yang "cool" giler sepanjang konsert.

Lagu Negaraku dinyanyikan di Istana Budaya diikuti bacaan puisi menandakan konsert akan bermula.

Setlist (Malam Pertama 21 November 2014)

1. Ekspres Rakyat
2. Impian Anak Jalanan
3. Siapa Orang Kita
4. Sesat Di Kuala Lumpur
5. Ada Sepasang Mata
6. Bas No. 13
7. Perjuangan
8. Senandung Buruh Kasar
9. Impian Seorang Nelayan
10. Kolar Biru
11. Nusantara
12. Rupa Tanpa Wajah
13. Bunga Bakawali
14. Sekuntum Bunga Plastik
15. Di Perhentian Puduraya
16. Malam
17. Oh Bulan
18. Kiambang
19. Keroncong Untuk Ana
20. Kepada Mu Kekasih
21. Empat Penjuru
22. Ayahku & Angkasawan
23. Kupu-Kupu
24. Kutu
25. Duit
26. Hati Emas
27. Gerhana
28. ENCORE - Khafilah


1. Ekspres Rakyat
Tirai pentas mula bercahaya dan pentas hidrolik Istana Budaya dinaikkan. Kelihatan pemuzik undangan rancak memainkan intro lagu Ekspress Rakyat yang sedikit berbeza dengan versi asal. Tepukan gemuruh bergema dan kemunculan Datuk M Nasir, A Ali bersama gitar Fender & Che Man bassist di sebelah kanan pentas manakala S Sahlan & Zoul (Gitar Utama) di sebelah kiri pentas. Mohd Shah Othman & Rahman Akib pula diposisi keyboard.
Paparan animasi kereta api menghiasi latar sepanjang lagu Ekspress Rakyat ini.
Kalau Cats Steven melagukan harapan dalam Peace Train, Kembara melagukan pemerhatian mereka melalui Ekspress Rakyat!

2. Impian Anak Jalanan
Kau mampu patahkan sayapku, kau mampu tambatkan kedua kakiku....
Tapi kau tak dapat mematahkan semangatku untuk hidup!...
Pergh. Bersemangat siot aku dengar lirik ni..lagu semangat yang selamanya jadi lagu fav, aku.

Tanpa banyak bicara lagu ini dinyanyikan oleh M Nasir. Aku suka lagu ni jadi enjoy je tengok Zoul & A Ali menyolo!
Props yang digunakan bagi lagu ni adalah mata berlatar belakang lorong- red light. Disebabkan aku duduk di Upper Circle, aku rasa efeks props tidak aku rasai sepenuhnya. Tu ler, sapa suruh beli tiket murah...lagi banyak komplen..hahhaha

3.Siapa Orang Kita

Hela-hela....nafasku hela..hela hela
Ni siapa tahu boleh jerit nyanyi sama-sama tapi aku tengok orang belakang aku rilek jer..

Mana-mana "orang kita" tanya M Nasir setelah lagu ini berakhir...

Macam dialog masa konsert Sang Pencinta dulu yang bertembung dengan perlawanan bola sepak, konsert Kembara bertembung pula  dengan Lawak Mega! Kembara mengucapkan terima kasih kerana kesanggupan peminat meninggalkan keempukan di kaca TV! Semua penonton ketawa. M Nasir menyatakan sudah 28 tahun Kembara tidak bersama dan bersyukur dapat meraikan kejayaan Malaysia.M.Nasir menyatakan dahulu tiada lagi bangunan tinggi kecuali Dayabumi tapi masih boleh sesat...

4. Sesat di Kuala Lumpur
Lagu ini dimulakan dengan petikan gitar akustik dan dipertengahan lagu disambut oleh seluruh band Kembara. semasa lagu ni SM terfikir kalau la klip video filem Kembara Seniman Jalanan digunakan tentu lebih mengimbau kenangan 80an!

5. Ada Sepasang Mata
Lagu koboi...aku selalu terbayangkan koboi naik kuda sambil nyanyi lagu ni lalu dekat pekan sambil memerhati orang sekeliling...
Lagu ini dinyanyikan oleh A Ali. Aku rasa susunan muziknya agak berbeza sedikit dengan yang asal.

6. Bas nombor 13
Aku ingat M Nasir akan menyanyikan lagu Bas no 13 ini tapi sangkaan itu meleset!
Zoul menyanyikan lagu Bas no 13 pulak sambil bermain gitar!
Best juga!

M Nasir menerangkan bagaimana dari rumahnya beliau naik bas no 12 sambung Bas no 13 ke Geylang Serai yang merupakan tempat orang kita.

7. Perjuangan
Lagu best tapi entah kenapa aku rasa macam solo lagu ni agak tenggelam sedikit tapi part brass section tu menarik.

8.Senandung Buruh Kasar
Berlatarkan 5 alatan tukang, lagu ini dinyanyikan secara harmoni oleh A Ali, M Nasir & S Sahlan. Sudah tentu S Sahlan nyanyi bahagian kena tarik-tarik tu...
penonton sebelah aku dah mula tepuk tangan mengikut irama lagu ini.

9. Impian Seorang Nelayan
Lagu yang di tunggu-tunggu dan dinyanyikan oleh S Sahlan dengan baik sekali

M Nasir menerangkan kita dalam proses cari Hati Emas, mungkin kalau raba-raba bawah kerusi jumpa.
Ceh...orang sebelah aku ada yang memang try buat...hahah mana tau macam konsert Adele kan? peminat dapat surat istimewa! hahahah

10. Kolar Biru
Fuyoo! Aku memang nak dengar lagu bunyi-bunyi macam kilang ni secara live!
Terima kasih Kembara!
Teringat lagu Pink Floyd dan seumpamanya!

11. Nusantara
Peminat mula bertepuk tangan bersama sama walaupun tak berdiri.
Lagu ni aku rasa masa kat Esplanade ari tu lagi best mungkin sebab aku duduk depan...hahaha

12. Rupa Tanpa Wajah
Lagu Surrealis orang kata, Surrealistic...apa maknanya...entahlah...! seloroh M Nasir sebelum memulakan lagu yang sinonim dengan filem Kembara Seniman Jalanan ini.
Memang terbaik la lagu ni bila dinyanyikan secara live!

13. Bunga Bakawali
Lagu ini dinyanyikan oleh Zoul dengan penuh bertenaga.
Rock habis!
Bahagian jerit oooooo... tu memang best ooo!

14. Sekuntum bunga plastik
A Ali dan M Nasir berbual tentang lagu bertema bunga. kata M Nasir. Bakawali ni bunga Kembang malam...tapi dia ada hantunya...hahahha..
A Ali kata itu  kita cipta lagu bunga plastik!

15. Di Perhentian Puduraya
Lagu India kata A Ali
Lagu ni dinyanyikan oleh A Ali berlatar belakangkan sekeping gambar hentian Pudu Raya.

Kerusi diletakkan di pentas untuk A Ali, M Nasir & S Sahlan sambil M Nasir berbual bual dengan A Ali pasal Malam & bini garang.

16.  Malam
Best dengar lagu ni dinyanyikan oleh M Nasir. Tumpuan diberikan sepenuhnya hanya untuk mendengar bukan untuk nyanyi bersama sama.

17. Oh Bulan.
A Ali mengambil giliran menyanyikan lagu berentak asli ini. Sememangnya Kembara mengembara kesemua genre muzik, dari berentak Hindustan hingga ke asli.Jadi kalau Mat Rock boleh rilek kejab angguk kepala..hehehe

18. Kiambang.
Masih ada feel lagi...ujar M Nasir sebelum memulakan lagu ini.
Layan................lagu ini dicipta oleh A Ali & senikata S Amin Shahab

19. Keroncong untuk Ana
Lagu sedap yang biasa kita dengar... :)
Apa lagi yang SM boleh komen.

20. KepadaMu Kekasih
Jari memainkan intro lagu ini dengan penuh menarik sekali diikut vokal Datuk M Nasir yang mantap.

21. Empat Penjuru
Lagu ini dinyanyikan oleh M Nasir.
sepanjang lagu, Video memaparkan gambar bilik seakan penjara usang disamping tangan tangan keluar dari tingkap.

22. Ayahku dan Angkasawan
Lagu ini dinyanyikan oleh S Sahlan.
trivia:  Mungkin ramai tak tahu lagu ini terinspirasi dari lukisan “Ayahku dan Angkasawan” 1969 oleh Ibrahim Hussein

23. Kupu-Kupu
Lama dah tunggu lagu ini akhirnya dapat dengar dipersembahkan secara live!
Intronya buat aku tertanya tanya lagu apa tapi bila backdrop kupu-kupu diturunkan, aku tahu lagu apa. Bunyi keyboard signiture diawal lagu seolah kurang jelas dari tempat aku. Apa pun best!

"Yang benar tetap benar
Walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah
Walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku di sini hanya sementara waktu"

24. Kutu
Satu lagi lagu dari set-list harapan aku dimainkan oleh Kembara! Video latarnya "hip" abis dengan gambar LP, dubstep bagai...hahaha..
Seingat aku kutu mesti berambut panjang pakai jeans & kasut Fung Keong sahaja.

Apa pun seronok tengok Rahman Suri bermain bass untuk lagu...groovy beb! disamping solo setiap ahli kumpulan Kembara.

25. Duit
M Nasir kata nanti ada duit jatuh dari atas. jangan bergaduh eh..hahahah..

Suasana dah macam konsert Kembara dalam Kembara Seniman Jalanan dah kat upper circle. Org belakang aku ada yang dah berdiri sambil jerit duit-duit kuat kuat!!!!

26. Hati Emas
Nak jaga duit kena jaga hati...jadi lagu ni kena nyanyi dari mula sampai akhir....
Semua penonton menyanyi bersama-sama lagu ni.
Aku cuma jerit hey-hey hey kuat kuat dari atas..
Antara momen yang tak boleh dilupakan.

M Nasir memperkenalkan semua anggota Kembara & pemuzik undangan.

27. Gerhana
Dua lagu terakhir ni rasanya kalau M Nasir cakap semua orang berdiri maunya semua penonton berdiri macam dekat Esplanade dulu tu!!!!

Encore :

28. Kafilah
Seperti isyarat perjalanan mencari Hati Emas yang terpaksa diteruskan walaupun ada halangan seperti gerhana, ribut pasir dan sebagainya, Kafilah yang meneruskan pengembaraan ada kalanya perlu berhenti seketika....

Atas respon penonton malam tu, dan konsep penceritaan inilah agaknya penonton malam 21 November dihadiahkan dengan lagu ekstra Kafilah....Khabarnya malam lain tiada lagu tambahan. Kira untung la kami yang datang hari Jumaat.

Konsert tamat pada jam 11.35 setelah berlangsung lebih 2 jam 45 minit tanpa berhenti. Satu lagi momen penting dalam sejarah muzik Malaysia tercipta disaksikan oleh peminat yang menunggu 28 tahun!

Konsert Kembara Hati Emas berakhir dengan jayanya!
Pada 23hb November, berakhir sudah konsert Hati Emas Kembara. Benarlah kata Admin FB Ronggeng Sahabat, ini adalah konsert penjenamaan semula (rebranding) Kembara. Pastinya kita akan dapat melihat lebih banyak kemunculan Kembara selepas ini.  Difahamkan ramai VVIP,VIP, dan artis menonton konsert Kembara kali ini. Pada malam terakhir 23 hb pula dikhabarkan Dato Hattan turut hadir memberi sokongan kepada mentornya, sifu Datuk Dr. M Nasir! Selesai konsert terakhir itu juga diadakan party makan nasi lemak untuk semua crew production dan peminat.



Benar. Emosi dan kenangan memang tak boleh dibeli tapi "feel"nya tetap sama bila dikenang semula. Kembara selamanya menjadi ikon generasi Melayu di tahun 80-an yang mahu mengubah nasib di persekitaran yang serba mencabar.

Kembara tetap membara!

Folk rock band Kembara delights at comeback show

taken from The Star 27 November 2014
BY AZHARIAH KAMIN-DUNCAN

Leading the charge: M.Nasir in vibrant form at Kembara’s reunion show series at Istana Budaya in Kuala Lumpur.

As far reunion concerts go, the legendary Kembara rolled back the years and more with its Istana Budaya shows.

M.NASIR rarely shares the spotlight when he is on stage. But when it comes to folk rock group Kembara, which he helped form in Kuala Lumpur in the early 1980s, he is more than happy to be a team player. On the occasion of Kembara’s reunion shows at Istana Budaya in Kuala Lumpur last weekend, the 57-year-old music legend was a figure of youthful zest and joy as he rolled back the years with his bandmates A. Ali, 65, and S. Sahlan, 57, who made up the group’s original trio.

Truthfully, mere words cannot even come close to describing the musical feast that was unleashed on the media night of Konsert Hati Emas Kembara at Panggung Sari, Istana Budaya last Thursday. For a solid two-and-a-half hours, this concert brought Kembara’s music to a broader audience, while the group itself played its biggest show to date – complete with a horn section, backing vocalists and a percussion section.

While Kembara did a well-received “test run” at the Esplanade Concert Hall in Singapore last March, the shows at Istana Budaya were significantly bigger and proved that the group has been greatly missed in the Klang Valley since its last show here in 1986.

Arguably the best local concert to be staged this year at Istana Budaya, the sold out three-day event – produced by M. Nasir’s production company Luncai Emas in collaboration with Axiata and Bombay Productions – saw Kembara members (from various group incarnations) reunited.

A.Ali, turning on the street level grit on the night.

Fans young and old were treated to the band’s beloved music which was known for its poetic lyricism, working class edge and strong folk-driven backbone.

It was the best show for many reasons. For those who grew up listening to songs such as Hati Emas, Gerhana, Bas No. 13, Nusantara, Rupa Tanpa Wajah, Duit and Perjuangan, these made up the soundtrack to their lives as they struggled to make a living.

Whether while commuting in Kuala Lumpur in those nifty yet notorious mini buses in the 1980s, or feeling the homesick blues, there was a Kembara song to lift the spirits.

To put it into perspective, these songs where mostly written by M. Nasir when he was in his early 20s, a restless and exciting time for this Singapore-born singer-songwriter.

Personally, this recent concert was special because it reminded me of the first interview I did with M. Nasir in 1993 while he was working on his third solo album Canggung Mendonan in his Ronggeng Studio, Luncai Emas in Sungai Buloh, Selangor. He spoke fondly of his early days with Kembara, the idea of writing music from the heart and how the group’s “street” appeal has transcended the times. It was one of the handful of M. Nasir interviews that stayed in my mind in my 20-plus years as an entertainment journalist.

Working man blues

On the Istana Budaya stage last Thursday, it was Kembara in fine form as it frontloaded the setlist with some real-deal classics.

Much to delight of the fans, who filled up the hall to the brim, the reunion concert kicked off with the infectious Ekspres Rakyat performed by Zoul (who is also Nasir’s younger brother).

Honestly, who else could have possibly composed a song detailing the KTMB’s Ekspres Rakyat train service plying daily to and fro between Singapore and Kuala Lumpur? Signed to Philips/PolyGram Records in 1980, Kembara was the group to restore blue collar themes in the heady post-disco era here. It wrote about real life experiences and struggles, and, most importantly, always imbued dignity in the music. Express Rakyat became instant hit in 1981 and is still relevant more than 30 years later.

S. Sahlan delivering a stirring version of the rarely heard Ayahku Dan Angkasawan. 

The concert saw Kembara’s founding members – M. Nasir, S. Sahlan (singer) and A. Ali (singer, guitarist) – taking turns in the spotlight, with solid support from musicians like Cheman Suri (bassist), Zoul (lead guitarist) and Md Shah Othman (keyboardist), who all have a slice of history in the group.

Kembara took the fans down memory lane with songs most familiar – but there was a fresh rhythmic life with these new arrangements. For instance, the night saw a crisp version of Senandung Buruh Kasar, a catchy tune telling the tale of a labourer who constructed roads and big buildings in the big city Kuala Lumpur. There was also the rugged roots-based Kolar Biru, which spoke of standing apart and not being bound by society’s expectations.

Every lyrical twist and turn was meaningful, especially when it came to the sublime lyrics detailing romance and relationship. Love songs were always a shade “deeper” with this group. M. Nasir dug deep to deliver beautiful versions of Malam (1981), Kepadamu Kekasih (1982) and the haunting Keroncong Untuk Ana (1984).

Elsewhere, there were rarely played songs that made a return, including Oh Bulan, Bunga Bakawali and Ayahku Dan Angkasawan.
Legendary Malay folk rock group Kembara, featuring pioneering members (from left) A. Ali, M. Nasir and S. Sahlan in a PolyGram Records’ publicity handout photo from 1982.

Commanding presence

A man of few words, M. Nasir took over the microphone amidst screams and loud applauses and continued with Impian Anak Jalanan (1984), Siapa Orang Kita (1986) and Sesat Di Kuala Lumpur (1986). Despite being touted as Kembara’s reunion concert, it was fairly obvious that M. Nasir pulled the audience along with his charismatic and commanding stage presence single-handedly.

Out of 27 songs performed that night, a majority of the songs were sung by M. Nasir while Johor-born A. Ali performed four songs – Senandung Buruh Kasar, Oh Bulan, Ada Sepasang Mata and Di Perhentian Puduraya. Malacca-born S. Sahlan delivered two wonderful cuts (Impian Seorang Nelayan and Ayahku Dan Angkasawan).

M. Nasir joked that Kembara was way ahead its time when the group composed Ayahku Dan Angkasawan three decades ago when nobody thought about sending a local astronaut into space. The night also saw Kembara backed by top-notch Malaysian musicians, including Raffi (guitar), Ujang (drums), Paan (percussion), Romli (gendang) and a brass trio led by saxophonist/composer Jari. Originally with members from Singapore and Malaysia, Kembara has come a long way with seven albums (Kembara Seniman Jalanan being the last release in 1986).

Prior to the concert, M. Nasir did say that he hoped that the Kembara concert series would create excitement for the fans and music lovers in general. He was hoping that people would have a renewed desire to experience live performances and to keep close to their favourite bands. It was pretty obvious this concert achieved all that and more.


Isnin, November 24, 2014

Edry pecah dominasi M Nasir

petikan Berita Harian 24 November 2014

KUALA LUMPUR: Rekod 13 tahun sifu muzik terkenal, Datuk M Nasir sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, akhirnya dipecahkan Edry Abdul Halim pada Anugerah MACP 2014, malam ini.

Bagaimanapun, Nasir menerusi syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd mengungguli kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak pada majlis anugerah anjuran Persatuan Perlindungan Hak Cipta karyawan Muzik (MACP) itu.

Turut diumumkan, Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak yang dimenangi Habsah Hassan; Komposer Muda Berpontensi (Akim Ahmad); Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak (Yuna/I wanna Go); Lagu Melayu Persembahan Terbanyak (Malique/Zizan dan Kaka/Bawaku Pergi) dan Anugerah Nadi Cipta (Saari Amri).

Nostalgia Hati Emas dirungkai

petikan Kosmo Online 24 November 2014


“Aku bosan dengan lagu cinta yang mendayu-dayu, lagu itu buat masyarakat kita lemah. Aku mahu buat lagu untuk rakyat, sekali gus memperjuangkan akar Melayu kita.” Itulah bait kata yang terngiang di kepala tatkala menunggu konsert bersejarah kumpulan legenda Kembara di Panggung Sari Istana Budaya ‘memecahkan’ Istana Budaya malam 20 November lalu.

Bait kata tersebut dipetik dalam sebuah filem Kembara Seniman Jalanan yang diterbitkan pada tahun 1986. Watak Jebat yang dilakonkan oleh M. Nasir pada ketika itu mempamerkan prinsip vokalis kumpulan tersebut apabila berbincang mengenai muzik.

Jebat yang bermula sebagai seorang pemain muzik jalanan berjuang dengan muzik rakyat menghiburkan setiap manusia yang lalu-lalang. Kaki lima Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dan ba­ngunan Dayabumi menjadi saksi kepada perjuangan seorang wira seni.

Demam cetak rompak yang tiada kesudahan pada ketika itu menjadi musuh utama Jebat dalam perjuangannya. Kelesuan itu membuatkan dirinya mahu bangkit memartabatkan industri muzik ke satu tahap yang lebih tinggi tanpa melupakan asal-usul adat Nusantara.

Begitulah, sejarah yang dibuku ringkas dalam bentuk filem mengenai jasa yang ditabur oleh vokalisnya, Datuk M. Nasir serta kumpulan kembara terhadap industri seni muzik negara.

Kumpulan ini bukanlah sebuah band biasa, sebaliknya tidak keterlaluan jika dilabelkan sebagai pencetus revolusi dan pembawa suara rakyat melalui karya-karya mereka. Kumpulan ini betul dipandang sebagai seorang perwira pada era 80-an.

SUDAH berusia 28 tahun, Kembara membuktikan usia yang makin ‘tua’ bukan satu lambang buat mereka tidak lagi mampu beraksi dengan baik. Sebaliknya, ‘tua’ mereka penuh kredibiliti yang tidak mungkin ada pada kumpulan generasi baharu sekarang.

Keriuhan dek ratusan peminat yang datang seawal pukul 7 malam membuktikan keterujaan mereka me­nunggu saat konsert bermula. Melihat wajah-wajah yang hadir pada malam pembukaan konsert tersebut, jelas terpancar rasa dahaga mereka yang ingin melihat Kembara beraksi setelah hampir satu dekad kumpulan itu tidak beraksi di Malaysia.

Mengambil tempat masing-masing pada pukul 8.30 malam, hampir setiap ruang lompong kerusi dalam panggung Sari Istana Budaya dipenuhi. Masing-masing ingin menjadi sebahagian daripada sejarah yang ingin dicipta bersama kumpulan pujaan mereka.

Tepat pukul 9 malam, kanvas putih yang menutupi ruang depan pentas disingkap perlahan-lahan, dalam samar-samar, muncul kumpulan le­genda itu yang dikepalai oleh M. Nasir, A.Ali (Hamdan Atan) S. Sahlan (Ros­lan Tajuddin), Md. Shah, Che Man dan Zoul melalui pentas hidraulik.

Tampil ringkas mengenakan kemeja berkolar berona merah sulaman label British India, Tanpa berbicara, figura itu terus menyampaikan lagu hit sepanjang zaman berjudul Ekspres Rakyat.

Penonton yang tidak mampu menahan keterujaan bagaikan dirasuk semangat perjuangan wira itu apabila kesemuanya dilihat menggerakkan bibir turut ikut menyanyi bersama.

Walaupun kedengaran judul lagu tersebut agak ganjil, namun bas eks­pres rakyat merupakan pengangkutan utama masyarakat ketika itu.

Adrenalin konsert diteruskan lagi dengan beberapa buah lagu kerakyatan yang menjadi asas utama konsep perjuangan kumpulan itu. Lagu se­perti Impian Anak Jalanan, Siapa Orang Kita dan Sesat di Kuala Lumpur menjadi santapan buat penonton yang hadir.

Zoul (kiri)  dalam salah satu aksi mereka menerusi Konsert Hati Emas Kembara berlangsung sukses di Istana Budaya, minggu lalu.

Secara jelasnya, tempoh 28 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat namun, gabungan penyanyi tersebut bersama kumpulan asal Kembara menggamit kembali nostalgia kegemilangan kumpulan ini.

“Bagaikan baru semalam kumpulan ini (Kembara) ditubuhkan, masa berlalu begitu pantas tanpa sedar 28 tahun Kembara berdiri sebagai sebuah kumpulan memperjuangkan irama Nusantara,” lontar M.Nasir usai menyampaikan lagu Sesat Di Kuala Lumpur.

Kesinambungan konsert diteruskan lagi dengan nukilan berjudul Ada Sepasang Mata. Lagu yang disampaikan oleh salah seorang anggota asal kumpulan tersebut, A.Ali begitu puitis maksudnya. Ditambah pula dengan kenyaringan vokalnya, membuktikan beliau masih mampu menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna.

Tidak membiarkan penonton me­nunggu lama, mata audien yang hadir terus tertancap kepada susuk tinggi lampai yang dikenali sebagai Zoul. Terus menyanyikan lagu berjudul Bas No.13, Zoul menyampaikan lagu tersebut dengan gaya yang tersendiri berlainan dengan abangnya, M. Nasir.

Sinergi konsert diteruskan dengan beberapa buah lagu termasuk Kolar Biru, Nusantara dan Rupa Tanpa Wajah. Lagu-lagu ini pernah menjadi saksi kemunculan awal kumpulan ini sekitar awal tahun 80-an.

Energi yang dilontarkan melalui vokal luar biasa M. Nasir cukup me­ngagumkan sehingga mampu membuatkan penonton bersorak setiap kali selesai persembahan.

Memasuki segmen ketiga konsert, M. Nasir terus membawa penonton larut dalam emosi melalui lagu-lagu balada yang disampaikan. Lagu se­perti Malam, Oh Bulan, Kiambang te­rus membuai keasyikan penonton.

Ruang konsert bertukar menjadi gamat apabila lagu Keroncong untuk Ana dan Kepadamu Kekasih diperde­ngarkan. Sorakan itu membuktikan lagu tersebut menjadi titik tumpuan pendengar apabila bercerita mengenai seleksi pilihan lagu Kembara.

A.ALI turut mendendangkan sebuah lagu yang mempamerkan mutu vokalnya masih baik.

Barangkali, ia saat paling indah dalam konsert berkenaan kerana ke­dua-dua lagu berkenaan disampaikan M. Nasir dengan penuh penghayatan sehingga berjaya menyentuh perasaan penonton.

Sentuhan lagu Kepadamu Kekasih yang disulam dengan bunyi trumpet berjaya mengubah susunan muzik lagu tersebut menjadi sedikit moden. Ternyata pengalaman meniup trumpet oleh Jaring diluahkan sepenuhnya dalam konsert tersebut.

Menambahkan lagi rencah dalam konsert tersebut, bantuan pemuzik instrumental yang diketuai oleh pe­ngarah muzik Zamberi Shah atau Bombay ternyata berjaya memberi nafas baharu dalam setiap rangkap-rangkap lagu yang disampaikan.

Konsert pada malam itu turut di­iringi oleh 12 pemuzik dan empat pe­nyanyi latar, Secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu yang diambil daripada album-album hebat mereka.

Berkongsi perjalanan mereka terutama pada awal kemunculan sebagai penyanyi di Malaysia, M. Nasir bijak mencuri perhatian penonton dengan jenaka dan kisah sebenar di sebalik penubuhan kumpulan Kembara.

Tidak membiarkan penonton terbuai terlalu lama dengan lagu balada,beliau kembali bertenaga de­ngan menyampaikan lagu rancak seperti Kutu, Duit, Hati Emas.

Tepat pukul 11.30 malam, konsert tersebut melabuhkan tirai dengan persembahan sebuah lagu epik kumpulan itu yang pernah dinyanyikan semula oleh Datuk Hattan berjudul Gerhana.

Secara keseluruhan, konsert ini di­lihat sebuah untaian kisah perjalanan kumpulan Kembara. Segala tanda soal mengenai kumpulan ini terjawab secara lengkap sepanjang tiga jam konsert tersebut berlangsung. Biarpun ia disampaikan dalam sebuah kembara muzik, namun isi kembara itu dapat divisualkan dengan jelas dan dapat dihadam dengan baik oleh semua penikmatnya. Selamat terus mengembara, Kembara.

Kembara gegar Istana Budaya

petikan Berita Harian 24 November 2014


KONSERT Kembara, Hati Emas di Istana Budaya. - Foto Afendi Mohamed

KUALA LUMPUR: Selain konsert Krisdayanti, kumpulan Kembara yang pernah mencetuskan sensasi di era 80-an turut mengisi slot persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 21 hingga 23 November lalu.

Persembahan yang mengambil masa lebih dua jam itu mengembalikan kegemilangan kumpulan yang cukup terkenal dengan nuansa irama folk atau rakyat itu.

Trio yang dianggotai Datuk M Nasir, S Sahlan dan A Ali itu kembali bersatu selepas sekian lama berpecah.

Malah sistem bunyi konsert ini turut dipuji dan ternyata otai lama tetap berbisa.

Lagu Gerhana, Ekspres Rakyat, Duit, Keroncong Untuk Ana antara seleksi lagu yang dipilih pada konsert berkenaan.







Ahad, November 23, 2014

Kembara masih belum hilang bisa

petikan Astro Awani 23 November 2014
Irwan Muhammad Zain

Kembara masih belum hilang bisa seperti yang dipamerkan dalam persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Selepas 28 tahun tidak membuat sebarang konsert di negara ini, Kembara akhirnya mengubat rindu peminat-peminat mereka dengan satu persembahan yang bertenaga.

Dalam usia anggota kumpulan tersebut yang sudah melebihi 50 tahun, Kembara membuktikan mereka masih 'muda' dan merupakan antara kumpulan lagenda yang sukar ditandingi.

Memulakan persembahan dengan lagu 'Ekspress Rakyat' membuatkan peminat-peminat Kembara terus bersemangat untuk mengikuti 'Konsert Hati Emas' yang berlangsung di Istana Budaya. Konsert tiga malam ini akan melabuhkan tirai pada malam Ahad.

Peminat dibawa mengikuti alir cerita konsert ini dari lagu pertama hingga lagu 'Gerhana' yang merupakan persembahan penutup konsert yang berlangsung hampir tiga jam.

Sepanjang konsert itu, M.Nasir, A.Ali, S.Sahlan, Zoul menyanyi tanpa henti dan tidak langsung dilihat 'pancit' ketika membuat persembahan.

Dengan bantuan sistem bunyi dan lighting, konsert tersebut memberikan kepuasan kepada peminat-peminat Kembara.

Cuma ada ketikanya visual-visual yang digunakan terlalu surreal untuk sesetengah lagu dan menggangu penonton untuk menghayati lagu yang dipersembahkan.

M.Nasir juga kelihatan seolah-olah membuat persembahan solo beliau tetapi itulah Kembara yang sememangnya banyak lagu-lagu kumpulan tersebut dinanyikan oleh komposer kelahiran Singapura itu.

Bezanya mungkin ketika ditahun 80-an, ketika membuat persembahan di zaman mudanya M.Nasir tidak berjoget tetapi diusia yang 'tetap muda' ini, beliau lebih 'hyper' dan bertenaga ketika di pentas membuatkan ada masanya ada peminat merasakan seperti menonton konsert M.Nasir menyanyikan lagu Kembara.

Namun secara keseluruhannya konsert Hati Emas Kembara amat menghiburkan dan berjaya mengubati kerinduan peminat-peminat kumpulan tersebut.

Sound gitar A.Ali masih seperti ketika di awal 80an dan ia merupakan trademark gitaris, penyanyi dan komposer yang merupakan salah seorang pengasas kumpulan tersebut.

A.Ali dan Fender Stratocasternya membuatkan peminat dapat mengenali bunyi-bunyi Kembara yang mengimbau nostalgia tersendiri.

Begitu juga 'sound' gitar Zoul, anggota yang hingga kini merupakan paling muda dalam Kembara, ia tetap tersendiri dan memperlihatkan betapa blues-nya adik M.Nasir.

Rahman Suri tidak kurang hebatnya dengan skill-skill bassnya dan Md Shah yang bermain keyboard.

Dengan 27 lagu dipersembahkan, Kembara membuktikan bahawa mereka masih belum hilang bisa dan masih boleh beraksi seperti di tahun-tahun 80-an.

Kembara masih bertenaga

petikan Sinar Harian 23 November 2014
NINA FARZUIN MD SHAROM, FOTO SINAR HARIAN OLEH SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

TEPAT jam 9.05 malam, dewan Panggung Seri mulai riuh dengan sorakan penonton yang teruja menyaksikan kemunculan kumpulan Kembara yang menampilkan anggotanya Datuk Dr M Nasir, A Ali, S.Sahlan, Zoul, Cheman dan Md Shah.

Keriuhan dewan itu disambut dengan seleksi lagu Ekspres Rakyat, Impian Anak Jalanan dan Siapa Orang Kita sebagai pembuka tirai persembahan.

Selain terhibur dengan penyampaian lagu, keterujaan penonton turut diisi dengan kisah suka duka awal perjalanan Kembara yang dikongsi oleh M Nasir.

Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu yang suatu ketika dahulu pernah menjadi siulan seperti Sesat Di Kuala Lumpur, Perjuangan, Kolar Biru, Nusantara dan Sekuntum Bunga Plastik.

Seperti yang dijangkakan, kelincahan dan vokal mantap yang dipersembahkan oleh M Nasir nyata tidak pernah berubah.

Nyanyian A Ali, S Sahlan dan Zoul yang turut menyampaikan beberapa lagu secara solo menerusi Ada Sepasang Mata, Senandung Buruh Kasar, Impian Seorang Nelayan, Bunga Bakawali, Di Hentian Puduraya  serta Ayahku Dan Angkasawan juga tidak kurang hebatnya.

Perasaan penonton terus dibuai dengan persembahan beberapa lagu wajib seperti Malam, Oh Bulan, Kiambang, Keroncong Untuk Ana dan Kepadamu Kekasih.

Suasana dewan menjadi lebih menarik apabila penonton bukan sahaja menghayati lagu-lagu tersebut, malah turut menyanyikannya bersama.

Tidak terus membiarkan penonton di hanyut perasaan, Kembara kembali mendendangkan lagu-lagu yang lebih bertenaga seperti Empat Penjuru, Ayahku dan Angkasawan, Kupu-Kupu, Kutu  serta Duit sebelum menyampaikan Hati Emas dan Gerhana sebagai persembahan penutup.

Konsert pada malam itu turut diiringi oleh 12 pemuzik dan empat penyanyi latar dan secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu pada malam itu.

Persembahan konsert ini masih lagi diteruskan sehingga 23 November ini dan buat peminat yang teringin menyaksikan sendiri kehebatan Kembara beraksi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Konsert Hati Emas Kembara diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad.

Terus mengembara

Kemunculan semula Kembara kali ini bukan hanya tertumpu pada persembahan konsert tetapi mereka juga bakal menampilkan buah tangan terbaharu buat peminat.

Kata M Nasir, pelbagai perancangan telah diatur untuk meneruskan perjalanan Kembara selepas ini.

“Untuk album kali ini, terdapat beberapa lagu baharu yang kami rekodkan di mana ia masih mengekalkan identiti Kembara.

“Pada masa yang sama, ada juga lagu-lagu lama yang kami rakamkan semula tapi dengan susunan muzik yang sedikit berbeza.

“Kami berharap, dengan kemunculan album ini tidak lama lagi, ia akan mengubati rindu peminat yang mungkin sudah lama menantikannya,” ujarnya.

Selain itu, Kembara juga akan melancarkan buku biografi tentang sejarah dan perjalanan kumpulan itu untuk rujukan generasi akan datang.

Sebelum ini, Kembara pernah tampil dengan tujuh album iaitu Kembara pada 1981; Perjuangan (1982), Generasiku (1983), Seniman Jalanan (1984), 1404 Hijrah (1984), Duit (1985) dan Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986

Jiwa Kembara membara

petikan Utusan Malaysia 23 November 2014
SYED MUSSADDAD SYED MAHDI


TERTUNAI sudah impian sebahagian besar peminat Kembara untuk menyaksikan gabungan semula ahli-ahli Kembara yang pernah menggegarkan industri seni tanah air sekitar awal tahun 1980-an.

Jika tahun lalu Singapura menjadi saksi kepada kehebatan kumpulan ini, kini Istana Budaya (IB) pula mengangkat Kembara sebagai sebuah kumpulan muzik berpengaruh tanah air.
Walau pun 28 tahun tidak mengadakan konsert besar di sini, mereka tidak kekok. Satu persatu lagu yang pernah termuat dalam album dinyanyikan semula dengan semangat baru.

Tidak sekadar mempertaruhkan M Nasir selaku vokalis utama, Kembara sebenarnya lebih besar daripada itu. Kehebatan anggota asal lain yang terdiri daripada S Sahlan dan A Ali melengkapkan semula ‘roh’ Kembara itu sendiri.

Untungnya mereka tidak bertiga sepanjang tiga hari Konsert Hati Emas Kembara bermula Jumaat dan berakhir malam ini, sebaliknya turut diperkuat dengan kehadiran ahli lain termasuklah Zoul, Md. Shah dan Che Man sepanjang konsert.

Sejak awal penubuhan, Kembara hadir dengan pakej yang lengkap. Tidak sekadar mempertaruhkan M Nasir sebagai vokalis utama, tetapi kesemua ahli yang lain juga mampu menyanyi dengan baik.

Sesuai dengan status kumpulan vokal harmoni, perjalanan konsert ini pastinya memberikan variasi dan mengubat kerinduan peminat terhadap suara ahli yang lain.

Bagi generasi terdahulu pastinya lagu-lagu seperti Sesat Di Kuala Lumpur, Senandung Buruh dan Sekuntum Bunga Plastik tidak asing di telinga mereka.

Lagu-lagu tersebut bagaikan sudah meresap di hati sebahagian besar peminat setia mereka yang tidak pernah menganggap satu kebosanan.

Pun begitu Kembara membuktikan kematangan mereka semakin menyerlah kali ini. Sebanyak 27 buah lagu diperdengarkan kepada peminat yang pastinya terbuai dengan nostalgia.

Secara dasarnya mereka dilahirkan untuk menghibur semua lapisan peminat. Tidak sekadar memaparkan kisah-kisah cinta semata-mata, Kembara sebenarnya banyak mengangkat kisah rakyat.
Lagu-lagu seperti Impian Anak Jalanan, Siapa Orang Kita dan Sesat di Kuala Lumpur sudah cukup untuk menggambarkan apa sebenarnya yang lalui ketika mula menapak di dalam industri seni.

Kembara boleh dianggap pejuang lagu-lagu yang dekat di hati golongan marhaen yang menghadapi kesukaran hidup. Paling tidak lagu-lagu yang dimainkan dianggap ‘lagu kutu jalanan’ satu masa dahulu tetapi kini diangkat ke tempat tertinggi melalui perjalanan lebih 30 tahun mereka.

Seharusnya evolusi ini dilihat lebih besar memandangkan tidak semua kumpulan yang pernah hadir seperti mereka mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Bertambah manis apabila lagu-lagu ini menjadi lagu lima bintang yang akan dikenang dalam lipatan sejarah pada masa akan datang.

Melihatkan perjalanan Konsert Hati Emas Kembara yang bakal berakhir malam ini pastinya sebahagian besar peminat terbuai dengan irama nusantara dan folk yang menjadi tunjang kumpulan ini.

Mereka menghangatkan suasana dengan lagu Ekspres Rakyat yang masih popular sehingga ke hari ini. Pastinya lagu tersebut membangkit keterujaan sebahagian besar peminat yang memenuhkan Panggung Sari, IB.

Lagu-lagu lain yang turut dinyanyikan termasuklah Ada Sepasang Mata, Bas Nombor 13, Perjuangan, Impian Seorang Nelayan dan Kolar Biru begitu mengasyikkan.
Menambahkan kehebatan pastinya paparan visual dan keadaan pentas yang minimal tetapi terkesan serta ditambah dengan kekemasan susunan muzik menambahkan lagi kehebatan konsert ini.
M Nasir tidak ketinggalan bercerita mengenai Kembara yang pada asalnya sebuah kumpulan yang terlahir melalui pengamatannya awal terhadap industri seni ketika itu.

Tidak banyak kumpulan vokal harmoni yang ada dan menjadikan mereka unik. Paling tidak kenangan ketika kali pertama meneroka kota Kuala Lumpur terus segar dalam ingatannya sehingga hari ini.

Sudah pasti apa yang berlaku ketika itu dizahirkan di dalam lagu. Gambaran dan perlambangan itulah yang akhirnya dijadikan lagu seperti Nusantara, Bunga Bakawali, Kutu, Di Hentian Puduraya, Kiambang dan banyak lagu lain lagi.

Pastinya lagu-lagu popular seperti Keroncong Untuk Ana, Kepadamu Kekasih, Duit dan Hati Emas dilagukan dengan penuh perasaan sebelum menutup persembahan dengan lagu Gerhana.

Sabtu, November 22, 2014

Kembara Kembali, Mengubat Kerinduan Mengimbau Era 80-an

petikan Selangor Press November 22, 2014
Oleh Alisa
Kuala Lumpur – Kumpulan Kembara yang cukup terkenal pada era 80-an dengan lagu-lagu berunsurkan kerakyatan dengan melodi dan lirik puitis.
Setiap bait-bait kata yang indah dan mengena pada hati pendengar seperti Gerhana, Hati Emas, Ekspres Rakyat, Kolar Biru dan Duit meninggalkan kesan mendalam dan kekal segar sehingga hari ini.

Walaupun 30 tahun Kembara berada dalam industri muzik tanah air, namun nama itu tetap kekal utuh sebagai sebuah kumpulan terbaik yang melakar sejarah tersendiri dalam industri muzik.

Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari yang membawa Kembara kepada peminat itu sedikit sebanyak menunaikan impian peminat mereka yang sudah sekian lama menantikan kemunculan Kembara di pentas.

Konsert pembukaan pada malam Khamis lalu menjadi bukti mereka masih mempunyai bilangan peminat cukup ramai apabila kerusi di Panggung Sari penuh dengan penonton yang teruja menantikan persembahan sulung kumpulan itu.

Tepat pukul 9 malam dewan bertukar gamat dengan sorakan apabila anggota kumpulan Kembara iaitu Datuk M.Nasir, A.Ali, S.Sahlan, Zoul dan Md Shah muncul di atas pentas dengan seleksi lagu seperti Ekspres Rakyat, Impian Anak Jalanan, Siapa orang Kita danSesat Kuala Lumpur.

Energi luar biasa M. Nasir selaku vokalis utama pada awal segmen cukup mengagumkan serta pengawalan vokal yang cukup baik membuatkan penonton bersorak setiap kali selesai persembahan.

Konsert pada malam itu turut diiringi oleh 12 pemuzik dan empat penyanyi latar dan secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu pada malam itu.

Tidak membiarkan penonton menunggu lama, persembahan pada malam itu diteruskan lagu Perjuangan, Senandung Buruh dan Kasar sebelum S.Sahlan tampil mendendangkan lagu Impian Seorang Nelayan.

A.Ali turut menyampaikan dua buah lagu Di Perehentian Puduraya dan Ada Sepasang Mata manakala Zoul dengan Bas No 13.

Sebagaimana M.Nasir, vokal ahli kumpulan lain sama mantap disamping keghairahan mereka yang sudah lama tidak beraksi dalam sebuah konsert.

M.Nasir turut berkongsi perjalanan mereka terutama di awal kemunculan sebagai penyanyi di Malaysia selain cuba berjenaka dengan penonton tentang beberapa kisah menarik tentang Kembara.

Kembara meneruskan persembahan dengan mendendangkan lagu wajib mereka sepertiMalam, Oh Bulan, Kiambang sebelum dewan bertukar gamat apabila lagu Keroncong untuk Ana dan Kepadamu Kekasih diperdengarkan.

Barangkali ia saat paling indah dalam konsert berkenaan kerana kedua-dua lagu berkenaan disampaikan M.Nasir dengan penuh penghayatan sehingga berjaya menyentuh perasaan penonton.

Tidak membiarkan penonton terbuai terlalu lama dengan lagu balada, M.Nasir kembali bertenaga dengan menyampaikan lagu rancak seperti Kutu, Duit, Hati Emas sebelum mengakhiri persembahan dengan Gerhana.

Kepuasan menonton Kembara di atas pentas dengan barisan ahli asal kumpulan itu ternyata suatu pengalaman menakjubkan dan penantian peminat untuk melihat semula mereka beraksi berbaloi.

Berbaki tiga hari lagi persembahan sehingga Ahad ini, peminat tidak seharusnya melepaskan peluang menonton Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya.

Reunion Kembara selepas 28 tahun

Petikan Harian Metro 22 November 2014
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

'Kembara' muzik mereka tidak pernah berhenti.

Inilah yang dapat penulis simpulkan selepas menonton persembahan Kembara pada Malam Gala Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, kelmarin.
Selepas album terakhir Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan pada 1986, mereka berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Malam kelmarin, Kembara yang dianggotai Datuk Dr M Nasir (penyanyi), A Ali (gitar, penyanyi), S Sahlan (penyanyi,gitar, penyanyi), Zoul Mohd (gitar, penyanyi), Cheman Suri (bass), Md Shah Othman (keyboard) dan Ahmad Akib (keyboard) bersatu kembali.

Sejak mula mengenali Kembara ketika di sekolah rendah dan menghafal serangkap dua lirik lagu Hati Emas, Gerhana, Impian Anak Jalanan, KepadaMu Kekasih dan Keroncong Untuk Ana, penulis sudah memasang angan-angan untuk menyaksikan konsert mereka.

Namun, tidak pernah terfikir pula ia hanya menjadi realiti selepas hampir 30 tahun! Antara percaya dengan tidak, Kembara yang lagunya dulu penulis dengar daripada kaset atau piring hitam milik saudara dan jiran sebelah rumah kini berada di depan mata.

Memulakan persembahan dengan lagu Ekspres Rakyat, mereka yang turut dibantu pemuzik jemputan seperti Raffi (gitar), Ujang (dram), Paan (percussion), Romli (gendang) dan kumpulan pemuzik alat tiupan yang diketuai pemain seksofon terkenal, Jari dilihat berjaya mengubat rindu penonton dengan aksi 'live' Kembara yang ditubuhkan di Singapura pada 1980 itu.

Tanpa banyak bicara, M Nasir yang mengetuai Kembara meneruskan persembahan dengan lagu Impian Anak Jalanan, Siapa Orang Kita dan Sesat Di Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, tunjang konsert malam itu ialah M Nasir. Selain sebagai penyanyi utama, beliau juga lebih menonjol dan popular berdasarkan kerjaya solonya sebagai penyanyi, penerbit album, komposer dan penulis lirik (beliau juga seorang pelakon dan pelukis).

Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan konsert berkenaan boleh dilihat sebagai konsert M Nasir. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi itulah hakikatnya.

Daripada 27 lagu dipersembahkan, 19 daripadanya dinyanyikan oleh M Nasir manakala A Ali dan S Sahlan masing-masing menyanyi tiga lagu dan Zoul dua lagu.

Secara kebetulan kebanyakan lagu popular Kembara adalah nyanyian M Nasir. Namun, keempat-empat mereka sepatutnya menjadi 'frontman' dalam konsert berkenaan, tetapi yang berkomunikasi dengan penonton hanyalah M Nasir seorang sahaja.

Dalam erti kata lain, tidak ada interaksi sesama mereka bagi menunjukkan kepada penonton bahawa itu adalah konsert 'reunion' Kembara yang pertama di Malaysia selepas 28 tahun.

Apa yang berlaku ialah M Nasir 'menguasai' pentas pada malam itu manakala A Ali, S Sahlan dan Zoul dilihat lebih berperanan sebagai pemuzik pengiring. M Nasir dalam sidang media selepas konsert berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana mereka masih belum 'panas' memandangkan ia persembahan malam pertama.

"A Ali dan S Sahlan memang begitu sejak dulu. Mungkin ada perubahan malam esok (malam tadi) hingga Ahad ini," katanya. Selain kelmarin, Konsert Hati Emas Kembara mula dibuka kepada penonton berbayar malam tadi, malam ini dan esok di lokasi sama.

Apapun, peranan tiga anggota Kembara itu tetap tidak boleh diketepikan. A Ali yang menyanyikan lagu Oh Bulan, Ada Sepasang Mata dan Di Perhentian Puduraya lebih dominan sebagai pemain gitar utama.

Mungkin ada yang tidak tahu, walaupun selepas itu namanya lebih dikenali sebagai komposer dan penerbit yang menaikkan nama penyanyi seperti Zaiton Sameon, Rohana Jalil dan Wann, dia juga antara gitaris tempatan terhebat.

Menggunakan gitar kegemarannya iaitu Fender Stratocaster, A Ali yang juga bekas gitaris Sweet Charity memainkan gitar solo dengan hebat dalam lagu popular Kembara.
S Sahlan pula dilihat masih mampu membawakan lagu bernada tinggi seperti Impian Seorang Nelayan, Senandung Buruh Kasar dan Ayahku Dan Angkasawan.

Sementara itu, Zoul yang juga adik kepada M Nasir lebih berperanan sebagai gitaris untuk lagu rock Kembara seperti Duit, Hati Emas dan Gerhana selain dia sendiri menyanyikan lagu Bas Nombor 13 dan Bunga Bakawali.


Apapun, konsert anjuran Luncai Emas Sdn Bhd itu tetap memberi kepuasan. Kembara yang terkenal dengan lagu rakyat dan lirik puitis ini sebenarnya memiliki kepelbagaian dalam muzik mereka.
Hampir semua jenis muzik ada dalam lagu mereka. Baik pop, folk, tradisional, kemelayuan, dangdut, reggae hinggalah rock sekali gus menjadikan Kembara sebuah band yang tersendiri.

Lagu lain yang dipersembahkan ialah Perjuangan, Kolar Biru, Nusantara, Rupa Tanpa Wajah, Sekuntum Bunga Plastik, Malam, Kiambang, Keroncong Untuk Ana, KepadaMu Kekasih, Empat Penjuru, Kupu-Kupu, Kutu, Duit, Hati Emas dan Gerhana.

Semua lagu dipetik daripada album mereka seperti Kembara pada 1981, Perjuangan (1982), Generasiku (1983), Seniman Jalanan (1984), 1404 Hijrah (1984), Duit (1985) dan Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan pada 1986.

Jumaat, November 21, 2014

Kembara Masih Berbisa Dalam 'Konsert Hati Emas Kembara'

petikan Mstar  21 November 2014
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI


JIKA bercakap tentang lagu-lagu berunsurkan kerakyatan dengan melodi dan lirik puitis sudah tentu kita akan terus terbayangkan kumpulan Kembara yang cukup terkenal pada era 80-an.

Bait-bait kata yang indah dan mengena pada hati pendengar seperti Gerhana, Hati Emas, Ekspres Rakyat, Kolar Biru dan Duit meninggalkan kesan mendalam dan kekal segar sehingga hari ini.

Malah selepas 30 tahun nama Kembara kekal utuh sebagai sebuah kumpulan terbaik yang melakar sejarah tersendiri dalam industri muzik - fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

Berita mereka bakal mengadakan sebuah konsert yang diberi nama Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya sebelum ini seperti impian menjadi kenyataan kerana Kembara sudah lama tidak muncul dalam mana-mana persembahan pentas.

Kemantapan vokal M.Nasir pada Konsert Hati Emas Kembara cukup bertenaga.

Konsert pembukaan pada malam Khamis lalu menjadi bukti mereka masih mempunyai bilangan peminat cukup ramai apabila kerusi di Panggung Sari penuh dengan penonton yang teruja menantikan persembahan sulung kumpulan itu.

Tepat pukul 9 malam dewan bertukar gamat dengan sorakan apabila anggota kumpulan Kembara iaitu Datuk M.Nasir, A.Ali, S.Sahlan, Zoul dan Md Shah muncul di atas pentas dengan seleksi lagu seperti Ekspres Rakyat, Impian Anak Jalanan, Siapa orang Kita dan Sesat Kuala Lumpur.

Energi luar biasa M. Nasir selaku vokalis utama pada awal segmen cukup mengagumkan serta pengawalan vokal yang cukup baik membuatkan penonton bersorak setiap kali selesai persembahan.

Konsert pada malam itu turut diiringi oleh 12 pemuzik dan empat penyanyi latar dan secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu pada malam itu.

S.Sahlan turut menyampaikan beberapa buah lagu pada malam itu.

Tidak membiarkan penonton menunggu lama, persembahan pada malam itu diteruskan lagu Perjuangan, Senandung Buruh dan Kasar sebelum S.Sahlan tampil mendendangkan lagu Impian Seorang Nelayan.

A.Ali turut menyampaikan dua buah lagu Di Perehentian Puduraya dan Ada Sepasang Mata manakala Zoul dengan Bas No 13.

Sebagaimana M.Nasir, vokal ahli kumpulan lain sama mantap disamping keghairahan mereka yang sudah lama tidak beraksi dalam sebuah konsert.

M.Nasir turut berkongsi perjalanan mereka terutama di awal kemunculan sebagai penyanyi di Malaysia selain cuba berjenaka dengan penonton tentang beberapa kisah menarik tentang Kembara.

Kemantapan A.Ali bermain gitar sambil menyanyi menyerlah.

Kembara meneruskan persembahan dengan mendendangkan lagu wajib mereka seperti Malam, Oh Bulan, Kiambang sebelum dewan bertukar gamat apabila lagu Keroncong untuk Ana dan Kepadamu Kekasih diperdengarkan.

Barangkali ia saat paling indah dalam konsert berkenaan kerana kedua-dua lagu berkenaan disampaikan M.Nasir dengan penuh penghayatan sehingga berjaya menyentuh perasaan penonton.

Tidak membiarkan penonton terbuai terlalu lama dengan lagu balada, M.Nasir kembali bertenaga dengan menyampaikan lagu rancak seperti Kutu, Duit, Hati Emas sebelum mengakhiri persembahan dengan Gerhana.

Kepuasan menonton Kembara di atas pentas dengan barisan ahli asal kumpulan itu ternyata suatu pengalaman menakjubkan dan penantian peminat untuk melihat semula mereka beraksi berbaloi.

Berbaki tiga hari lagi persembahan sehingga Ahad ini, peminat tidak seharusnya melepaskan peluang menonton Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya

Selasa, November 18, 2014

Konsert Hati Emas Kembara untuk kembalikan semangat lama - M.Nasir

petikan Astro Awani 18 November 2014
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan Konsert Ekspres Rakyat yang diadakan di Esplanade Singapura tahun lalu, kumpulan lagenda Kembara bakal mengegarkan Istana Budaya pada 21 hingga 23 November ini.

Dalam tempoh tidak sampai seminggu konsert Hati Emas Kembara akan berlangsung, kumpulan yang pernah memberi impak besar kepada industri muzik tempatan itu giat menjalani latihan untuk memastikan peminat-peminat mereka berpuashati dengan persembahan yang bakal diberikan.

Mengembalikan semangat-semangat lama dan membawa nostalgia merupakan antara sebab utama konsert Hati Emas Kembara ini diadakan kata vokalis utama dan pengasas kumpulan Kembara, Datuk Dr M.Nasir.

"Saya sangat seronok nak lihat apa akan terjadi pada konsert itu nanti, element of suprise itu ada di situ.

"Kami (Kembara) ingin membawa nostalgia dan mengembalikan semangat-semangat lama yang ada ketika Kembara dikenali pada tahun 80an," katanya ketika menjadi tetamu Awani745. (video)

Bercakap tentang persembahan yang sering mendapat perhatian penonton, M.Nasir menjelaskan beliau percaya melakukan kerja dengan jujur akan dapat menarik orang ramai untuk menonton.

Sebelum ini, ketika ditemubual Astro AWANI (video) selepas sesi latihan di studio BYSNC, Petaling Jaya, M.Nasir berkata beliau bersyukur kerana dapat bersatu untuk konsert istimewa kepada peminat mereka.

Beliau juga berkata Konsert Hati Emas Kembara juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali kumpulan tersebut.

"Alhamdulillah impian untuk bersatu kembali dengan hampir semua anggota asal Kembara terlaksana khas untuk peminat-peminat di negara ini yang masih meminati dan merindui kami.

"Konsert itu selain mengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an akan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali siapa Kembara," katanya.
Ahmad Arkib salah seorang anggota Kembara yang menjadi sessionist sejak album pertama kumpulan tersebut

Kembara terbahagi kepada dua versi iaitu versi kumpulan harmoni yang tampil dengan lagu-lagu rakyat. Kumpulan ini pada awalnya dianggotai oleh M.Nasir, A.Ali yang turut bermain gitar dan S.Sahlan (Roslan Tajuddin).

Ketika merakamkan album ketiga, A.Ali dan S.Sahlan meninggalkan Kembara membuatkan M.Nasir mengambil keputusan untuk memanggil pemuzik-pemuzik yang bermain untuk Kembara bagi sesi rakaman Shahrum Basiron (drum), Rahman Suri (Bass), Md Shah Othman (Keyboard) dan Ahmad Arkib (keyboard) membentuk sebuah kumpulan serta mengekalkan nama Kembara dengan seorang anggota tambahan Zulkifli Mohamed atau Zoul sebagai Pemain Gitar Utama & penyanyi.
Pemain bass Rahman Suri ketika sesi latihan di BYSNC Studio, Petaling Jaya

Untuk Konsert Hati Emas Kembara, Shahrum tidak dapat bersama dan tempat beliau diganti oleh Ujang Exist.
Zoul yang juga adik M. Nasir pernah menubuhkan kumpulan Tenggara selepas Kembara di bubarkan dan telah menghasilkan tiga album solo di Singapura

Anggota ini terus kekal sehinggalah Kembara berpecah dan anggota kumpulan membawa haluan masing-masing. Sebanyak lebih kurang 65 buah lagu telah dihasilkan sejak dari awal, kebanyakannya karya M.Nasir, S.Amin Shahab & A.Ali.
Md Shah antara anggota asal Kembara dan bersama kumpulan itu sejak rakaman album pertama

Mengimbau kenangan penubuhan Kembara, A. Ali atau nama sebenarnya A.Ali@Hamdan Atan menjelaskan, Kembara ditubuhkan pada penghujung tahun 1979.
A.Ali dikenali dengan sound gitarnya yang sinonim dengan lagu-lagu Kembara untuk dua album pertama kumpulan tersebut

Katanya, M.Nasir mencadangkan supaya satu kumpulan vokal harmoni ditubuhkan dan menyampaikan lagu-lagu rakyat.

"Masa nak tubuhkan Kembara itu, saya main di kelab malam, M. Nasir ni selalu datang tengok dan dia bagitahu nak tubuhkan kumpulan vokal harmoni.

"M. Nasir dan S. Amin Shahab ketika itu selalu melepak di Wisma Indonesia di Singapura, mungkin dia tidur pun di situ.

"Jadi bila dia kata nak buat Kembara, saya cakap, cari lagu lah. Kemudian kami pun cari lagu, jadi M.Nasir dengan Amin bekerjasama, keluar lagu macam Hati Emas yang kita tak sangka sampai sekarang masih orang suka.

"Kemudian bila lagu dah ada semua, M.Nasir cakap kena cari seorang lagi anggota yang berasal dari Malaysia, jadi cari punya cari, jumpa lah Sahlan dan lepas pulak, jadi Kembara jadi tiga anggota," katanya kepada Astro AWANI.
S.Sahlan merupakan antara anggota awal kumpulan Kembara

Sementara bagi Ujang Exist, peluang bermain untuk Kembara bagaikan satu mimpi kerana tidak menyangka dapat bersama kumpulan yang diminati sejak kecil.

Bermain untuk Kembara bagaikan satu mimpi - Ujang Exist

"Masa M. Nasir call, saya ingatkan dia main-main tapi sangka pulak memang saya diajak untuk main untuk konsert di Istana Budaya.

"Ini macam mimpi, kumpulan yang saya minta sejak kecil sekarang saya dapat main bersama mereka," katanya.

Rafi merupakan penolong pengarah muzik untuk konsert Hati Emas Kembara

Selain konsert, Kembara juga merakamkan kembali lagu-lagu mereka dan turut menghasilkan lagu baru untuk dimuatkan dalam sebuah album selepas konsert di Istana Budaya nanti.