Isnin, Mac 03, 2025

KONSERT DATO’ M. N46IR ‘CIPTA RAYA’

Setelah viral dan Can’t Move On pada lagu terakhir Cipta 2 dengan lagu ‘Satu Hari Di Hari Raya’ kini wujud nya sebuah lagi konsert Cipta.. 🙏🏻🎶

Kita sudah terbiasa menyambut Raya bersama yang tersayang dalam lingkungan keluarga dan sahabat handai?

Apa kata tahun ini, Syawal dicambahkan lagi kemeriahannya dengan sambutan Raya dan Rumah Terbuka dalam suasana yang lebih besar?

Besar dari segi Makna, Lingkungan dan Suasana..

Kami menjemput semua peminat Dato’ M. Nasir yang mahu bersama-sama beraya, menikmati juadah di rumah terbuka dan kemudian menyanyikan lagu2 raya ciptaan beliau bersama-sama di Konsert Cipta Raya yang diwujudkan khas buat anda semua.

Jarang-jarang kita berkonsert, berumah terbuka di satu lokasi yang sama.

Kita buka ketidakbiasaan ini dan mewujudkan CIPTA RAYA untuk semua.

Buat semua para peminat Dato’ M.Nasir, jangan lupa dapatkan tiket untuk kita sama-sama berumah terbuka (juadah Raya disediakan) dan berkonsert selepas itu.

Kita nyanyi lagu raya sama-sama. Kita sambut lebaran dalam suasana lebih meriah dan lebih penting- kita cambahkan siratulrahim kita dalam satu suasana yang diraikan, yang penting kita lebih dekat dan intimate dengan Sang Penghibur..

Jumpa di Zepp Kuala Lumpur, cuma tiket limited sahaja untuk venue ni:

📍PEMBELIAN TIKET:

www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya

mulai 5 Mac 2025 ini (Rabu), jam 11:00 pagi


Tiket Kategori seperti berikut:

Sate dan Kuah Kacang (duduk) - RM558

Rendang dan Ketupat (standing) - RM 258

Lontong dan Kuah Kacang - RM 388

Lemang dan Serunding - RM 588

VIP Box - RM 10,000


KONSERT DATO’ M. N46IR ‘CIPTA RAYA’

13 APRIL 2025 (AHAD)

20:00 MALAM

ZEPP KUALA LUMPUR


KALI INI JANJI SEMUA AKAN DAPAT SAMPUL DUIT RAYA!! 💸💰


S A L A M R A M A D A N 1 4 4 6 A H &

S E L A M A T B E R P U A S A ⭐️🌙







⭐️🌙⭐️🌙⭐️🌙⭐️🌙⭐️🌙⭐️🌙

Tiada ulasan: